nilaikan peranan jerman dalam perang saudara sepanyol 1936

Upload: nor-aqilah-mohammed-saaer

Post on 09-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    1/8

    AJ21103 SEJARAH EROPAH SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

    SEKOLAH SAINS SOSIAL

    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    KUASA FASIS DALAM PERANG SAUDARA SEPANYOL : PUNCA

    DAN IMPLIKASI KEPADA EROPAH

    NAMA : NOR AQILAH BINTI MOHAMMED SAAER

    NO. MATRIK : BA09110045

    PENSYARAH : EN. WAN SHAWALUDDIN BIN WAN HASSAN

    TUTOR : CIK HARYATI MAGINDRI

    MASA : 4.00 6.00 P.M

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    2/8

    PENDAHULUAN

    Perang saudara Sepanyol ( 1936 1939 ) merupakan perang Saudara yang terbesar dan

    terpenting dalam sejarah Sepanyol dan sejarah Eropah itu sendiri. Peperangan yang bermulapada 17 Julai 1936 dan berakhir pada 1 April 1939 itu dengan cubaan rampasan kuasa oleh

    pihak tentera terhadap kerajaan republikan Sepanyol kedua. Tujuan pihak tentera membuat

    rampasan kuasa adalah untuk menentang kebangkitan kerajaan republikan dari terus

    memerintah. Menurut Helen Graham, pula faktor untuk mejadi kuasa yang kuat seperti yang

    dilakukan oleh Hitler dan Mussolini dalam memerintah negara dan penyebaran ideologi juga

    mengundang kepada peperangan ini serta untuk mengawal perubahan yang berlaku struktur

    sosial, politik dan kebudayaan di Sepanyol.1

    Perang saudara ini menarik minat negara negara atau kuasa kuasa besar

    terutamanya kuasa kuasa yang mempunyai ideologi yang berbeza. Kuasa kuasa ini pula

    dilihat membentuk pakatan seterusnya membantu pihak pihak yang bertelingkah dalam

    peperangan ini. Pihak kerajaan republikan dibantu oleh Rusia (USSR), Ireland, Amerika Syarikat

    dan Perancis. Manakala pihak tentera atau nasionalis pula dibantu oleh Jerman, Itali dan

    Portugis. Jika dilihat dan diperincikan, dapat dinyatakan bahawa perang ideologi berlaku dalam

    perang tersebut kerana negera negara yang kuat menyertai peperangan tersebut. Rusia

    membantu dan menyebarkan fahaman komunisnya dan Itali serta Jerman membantu sambil

    menyebarkan ideologi fasisnya.

    Jerman, dilihat sebagai salah sebuah kuasa yang pada awalnya kurang menunjukkan

    minat terhadap peperangan ini. Namun disebabkan beberapa faktor, Jerman dibawah pimpinan

    Hitler telah menunjukkan minat terhadap Sepanyol terutama dari aspek ketenteraan, politik dan

    ekonomi. Penglibatan Nazi Jerman ini mengundang pelbagai reaksi dari kuasa kuasa asing

    dan Liga Bangsa. Penglibatan ini juga dilihat sebagai salah satu strategi Nazi Jerman untuk

    memperkukuhkan pertahanan bagi menghadapi Perang Dunia Kedua di samping mengukuhkankuasa berikutan peristiwa penyatuan Jerman Austria 1938.

    1Graham, Helen, dlm. The Spanish Civil War, A very Short Introduction , London : Oxford University Press, 2005,

    hlm 1.

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    3/8

    FAKTOR FAKTOR PENYERTAAN NAZI JERMAN DALAM PERANG SAUDARA

    SEPANYOL

    Sebelum tahun 1936, Jerman kurang menunjukkan minatnya terhadap Sepanyol kerana tiada

    kepentingan yang diperoleh dengan meluaskan kuasa ke negara tersebut. Apabila tercetusnyaperang Saudara Sepanyol pada 17 Julai 1936, Jerman mula menunjukkan minat dan simpatinya

    terhadap Sepanyo. Jerman menganggap diri mereka sebagai kuasa yang anti Komunis mula

    membantu pihak Nasionalis dibawah pimpinan Jeneral Francisco Franco. Pada awalnya, idea

    berkenaan dibantah oleh diplomat Jerman di Sepanyol dengan alas an tidak mahu menanggung

    risiko. Namun nasihat berkenaan diabaikan. Terdapat beberapa sebab mengapa Jerman

    meneruskan minatnya terhadap peperangan tersebut. Pertama, pada tahun 1936, Perancis dan

    kerajaan republikan Sepanyol mengundi bagi kerajaan Popular Front. Pada ketika itu,

    percubaan memperkenalkan perikatam tentera diadakan dengan pihak Soviet Union untuk

    menyekat penguasaan Nazi Jerman dalam mana mana kawasan dan menyekat ideology fasis

    Jerman.

    Sebab kedua adalah dasar luar Jerman pada waktu tersebut. Salah satu daripada dasar

    luar kerajaan Nazi Jerman adalah mengadakan kerjasama atau hubungan diplomatik palsu

    dengan Itali. Berlin mengandaikan bahawa bantuan Jerman ke atas pari Nasionalis Sepanyol

    akan membawa kepada pembentukan kuasa perikatan antara Jerman, Itali dan Sepanyol.

    Jerman dan Itali membentuk kerjasama dalam perang saudara Sepanyol tetapi kedua dua

    kuasa ini mempunyai pandangan dan keinginan yang berbeza dala peperangan ini.

    Sebab terakhir yang menyebabkan nasihat dari wakil diplomat Jerman ditolak adalah

    pemulihan terhadap perkhidmatan ketenteraan pada tahun 1935 menyebabkan Jerman

    menubuhkan kembali angkatan tentera dan membina senjata baru, peralatan perlatan perang

    dan stratregi peperangan. Namun, keberkesanan terhadap pembangunan ini belum dapat diuji.

    Perang Saudara Sepanyol dilihat sebagai peluang yang baik bagi Jerman untuk menguji

    keberkesanan peralatan, senjata dan teknik peperangan bagi menghadapi peperangan yanglebih besar seperti perang Dunia Kedua.2

    PERANAN JERMAN DAN ITALI DALAM PERANG SAUDARA SEPANYOL 1936 -1939

    2Carlos Caballero Jurado & Ramiro Bujeiro, dlm. The Condor Legion , German Troops in the Spanish Civil War,

    United Kingdom : Osprey Publishing Ltd., 2006. Hlm 6 7.

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    4/8

    Sebagaimana yang dibincangkan di atas, Jerman merupakan salah sebuah kuasa besar yang

    terlibat secara langsung dalam peperangan ini. Jerman dilihat sebagai salah satu penyokong

    utama parti nasionalis pimpinan Jeneral Francisco Franco. Oleh itu, peranan yang dimainkan

    oleh Jerman lebih berbentuk memberi bantuan ketenteraan dari aspek senjata perang, teknik

    dan strategi peperangan baru dan juga bantuan sukarelawan.

    Untuk itu, kerajaan Nazi Jerman menghantar pasukan sukarelawan yang terdiri daripada

    angkatan tentera Jerman ( Luftware), angkatan tentera darat Jerman( wehrrmacht Heer ), dan

    angkatan tentera laut Jerman ( Kreigsmarine ). Ketiga tiga pasukan ini digabungkan dan

    membentuk Pasukan Condor ( Condor Legion). Jumlah tentera yang terlibat dianggarkan

    sebanyak 16000 orang dan kebanyakkan daripada mereka merupakan juruterbang pesawat,

    tentera pertahanan, jurupandu dan teknikal dalam kereta kebal dan penasihat ketenteraan.

    Turut terlibat dalam Condor Legion ini adalah tentera Sepanyol sendiri dan sukarelawan fasis

    Itali.

    Pembentukan Condor Legion ini sebenarnya mendapat tentangan daripada kuasa

    kuasa besar dan Liga Bangsa kerana Jerman telah melanggar salah satu daripada fasal dalam

    perjanjian Versailles. Fasal tersebut melarang Jerman menubuhkan angkatan tentera ataupun

    memperbaiki angkatan tentera. Namun, larangan tersebut tidak diendahkan oleh Jerman yang

    berada dibawah pimpinan Adolf Hitler. Dalam peperangan ini, tentera atau sukarelawan

    Jerman banyak memainkan peranan penting dalam mengawal dan menguji senjata senjata

    ketenteraan yang baru dan menguji taktik taktik peperangan yang baru.

    Selain itu, Perang Saudara Sepanyol ini dilihat oleh Jerman sebagai medan atau tapak

    menguji senjata senjata baru. Antara senjata yang dibina oleh Jerman adalah kereta kebal

    dan juga misil pengebom jarak jauh. Penggunaan kereta kebal pada ketika itu adalah yang

    terbaru dalam peperangan dan pertama kali digunakan semasa perang saudara sepanyol.

    Kereta kebal yang waktu itu digunakan terdiri daripada Panzerkampfwagen 1 (PzKpfw 1).

    Sebanyak 122 kereta kebal digunakan yang terdiri daripada 96 buah kereta kebal modelPanzerkampfwagen 1 Ausf A, 21 buah Panzerkampfwagen 1 Ausf B, 4 buah Befehlswagen dan

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    5/8

    satu kereta kebal protataip.3 Junker Ju 52 turut digunakan sebagai pengangkutan dan

    pengebom di medan perang.

    Penggunaan kereta kereta kebal ini dipandu uji dan digunakan sehingga penghasilan

    blitzkrieg iaitu kereta kebal yang lengkap dengan peralatan canggih, sistem penglihatan jarak jauh, dan juga radar pengesan. Malahan juga, Jerman menghantar 92 pesawat pejuang dan

    kapal perang Jerman (Deutsehland) digunakan. Kapal perang tersebut digunakan untuk

    mengawal sekitar Centa daripada gangguan kapal pihak Loyalis manakala Franco pula

    memindahkan pasukan luar dan pasuka penembaknya ke tanah besar Sepanyol.

    Fasis Itali pula terlibat dalam koflik ini apabila turut sama bekerjasama dengan Jerman.

    Mussolini menghantar sukarelawannya yang terdiri daripada tentera diraja Itali, tentera udara

    diraja dan tentera diraja laut yang akhirnya membentuk pasukan tentera sukarelawan atau

    Corpo Truppe Volontarie. Jumlah tentera yang dihantar adalah seramai 50000 dan jumlah ini

    meningkat kepada 75000 berikutnya. Rakyat Itali juga berkhidmat dengan pasukan tentera

    dalam briged dan bahagian pasukan campuran Itali Sepanyol.

    KESAN CAMPUR TANGAN FASIS DALAM PERANG SAUDARA SEPANYOL

    Campur tangan kuasa kuasa Fasis dalam Perang Saudara Sepanyol menyebabkan implikasi

    yang besar terhadap politik dalaman Sepanyol. Kemenangan yang berpihak kepada pihak

    nasionalis membuktikan bahawa kuasa kuasa fasis dapat menguasai wilayah wilayah eropah

    di bahagian timur. Ideologi fasis yang tersebar dalam peperangan melalui propaganda

    menyebabkan rakyat Sepanyol yang menyokong pihak Republikan menoleh ke arah barisan

    nasionalis sekaligus fahaman fasis tersebar dengan meluas.

    Antara kesan yang lain adalah satu persatu dasar luar Jerman dapat dilaksanakan.

    Dalam bersimpati dengan Sepanyol, Jerman juga mengambil peluang tersebut untuk

    menaklukan Austria dan Chezslovakia menjadi salah satu daripada wilayah Jerman. Peristiwa

    yang berlaku dalam tahun 1938 itu membolehkan hasrat Jerman untuk muncul sebagai ThirdReich hampir terlaksana. Malahan juga, dalam perang Saudara ini juga, Britain dan perancis

    bertindak sebagai pihak neutral dan kurang membantu pihak Republikan dalam perang

    3Zaloga, Steven J. dlm. Spanish Civil War Tanks, The Proving Ground for Blitzkrieg , United Kingdom : Osprey

    Publishing Ltd., 2010, hlm. 22.

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    6/8

    tersebut. Bantuan dari Amerika Syarikat yang lambat membolehkan Jerman dan Itali

    mengungguli peperangan tersebut dan akhirnya kuasa fasis berkembang di Sepanyol.

    Walaupun begitu, campur tangan fasis ini juga menimbulkan pelbagai persoalan kerana

    pendirian Jerman yang mahu menjadikan Sepanyol sebagai tapak ujian senjata, pembentukandan baikpulih tentera Nazi dan juga strategi peperangan yang dibuat mendatangkan bencana

    kepada rakyat Sepanyol itu sendiri. Peperangan tersebut merugikan pihak Sepanyol juga kerana

    banyak nyawa yang terkorban akibat perang tersebut. Mangsanya pula terdiri daripada tentera

    dan orang awam yang tidak berdosa. Jerman dan Soviet pula masing masing berlumba

    menguji senjata masing masing tanpa memikirkan signifikan. Walaupun begitu, ujian senjata

    ini juga menyebabkan Jerman rakus untuk membina senjata yang terbaru iaitu blitzkrieg iaitu

    kereta kebal model baru yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua. Hal ini amat bermanfaat

    bagi kuasa fasis untuk bersiap sedia menghadapi peperangan yang akan datang.

    KESIMPULAN

    Campur tangan Nazi dan Itali dalam perang saudara Sepanyol mendatangkan manfaat bagi

    kedua dua pihak. Kemenangan terhadap barisan Nasionalis membolehkan fahaman fasis

    berkembangan dan meninggalkan komunis dan repulik ke belakang. Dalam masa yang sama

    Jerman dan Itali dilihat melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi peperangan

    yang lebih besar dan mengejutkan dunia Eropah bahawa mereka bergandingan dalam perang

    saudara ini sehingga membentuk pakatan tentera fasis ketika itu. Keadaan yang sebegini rupa

    menyebabkan kuasa kuasa Eropah yang lain seperti Britain dan Perancis mengambil jalan

    untuk berkecuali dalam peperangan ini. Hal ini kerana Britain dan Perancis masih dalam

    pemulihan kesan daripada pertempuran dalam Perang Dunia Pertama. Jika kedua dua belah

    pihak menyertai peperangan ini kebarangkalian untuk menang adalah nipis.

    Dalam peperangan ini juga, Jerman dan Itali dilihat sebagai kuasa yang tidak dapatdiberhentikan oleh mana mana kuasa. Liga Bangsa yang ditubuhkan seperti tiada kuasa untuk

    menghalang dan mengelakkan kedua dua buah kuasa fasis ini daripada terlibat dalam perang

    tersebut. Perlanggaran perjanjian Versailles yang ditandatangani oleh Jerman pada 6 Jun 1920

    umpama menyiram air ke daun keladi. Jerman masih menguatkan angkatan tentera dan

    menubuhkan tentera udaranya. Itali juga tidak terkecuali dengan menghantar tenteranya ke

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    7/8

    dalam peperangan tersebut. Britain dan Perancis terpaksa melihat sahaja tanpa bertindak tanda

    toleransi terhadap kedua dua Negara terbabit. Isu isu ini akhirnya memuncak sehingga

    menimbulkan rasa tidak puas hati yang antara lain membawa kepada kancah Perang Dunia

    Kedua.

  • 8/7/2019 Nilaikan peranan Jerman dalam Perang Saudara Sepanyol 1936

    8/8

    RUJUKAN

    Carlos Caballero Jurado & Ramiro Bujeiro, 2006. dlm. The Condor Legion , German Troops inthe Spanish Civil War. United Kingdom : Osprey Publishing Ltd., 2006

    Graham, Helen. 2005. dlm. The Spanish Civil War, A very Short Introduction, London : OxfordUniversity Press, 2005,

    Wilkinson, J & Hughes, Stuart H. 2004. dlm. Tenth Edition Contemporary Europe : A History.New Jersy : Perason Prentice Hall

    Zaloga, Steven J. 2010. dlm. Spanish Civil War Tanks, The Proving Ground for Blitzkrieg, UnitedKingdom : Osprey Publishing Ltd.

    INTERNET

    Spanish Civil War dlm. http://en.wikipedia.com/. Diakses pada 20 Oktober 2010