nilai murni

Upload: eric-tan-chee-kheong

Post on 06-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PERINCIAN NILAI MURNI

TRANSCRIPT

Nilai Murni

PERINCIAN NILAI MURNI

1.BAIK HATI-belas kasihan-bersimpati terhadap kesusahan orang lain.-bertimbang rasa-mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.-murah hati-memberi bantuan srcara ikhlas kepada yang memerlukan.-saling memahami-sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.-saling bermaafan-sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2.BERDIKARI-berupaya bertindak sendiri-sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.-yakin diri sendiri-percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

3.HEMAH TINGGI-kesopanan-berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan.-mengakui kesilapan sendiri-sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.-ramah mesra-sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4.HORMAT-MENGHORMATI-hormat / taat ibubapa /guru/org tua/jiran memuliakan dan patuh kepadamereka,menunjukkan rasa hormat,serta memberi layanan yang baik kepada mereka.-hormat kpd kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum.-hormat kpd kerajaan dan negara-menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara.-hormat undang-undang-mematuhi undang-undang setiap masa.5.KASIH SAYANG-sayang diri sendiri -sayang orang lain-sayang alam sekitar-memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.-sayangkan negara6.KEADILAN-adil dalam sesuatu perkara-membuat pertimbangan dan keputusan secara positif,menyeluruh dan bersesuaian.-saksama/tidak berat sebelah-tidak menyebelahi sesuatu pihak sahaja dalam membuat keputusan/pertimbangan.

7.KEBEBASAN-boleh lakukan sesuatu asalkan tidak melanggar peraturan dan batasan undang-undang yang telah ditetapkan.8.KEBERANIAN-berani mencuba-berani melakukan sesuatu yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.-berani kerana benar-berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL-kebersihan diri-kebersihan anggota badan kita.-kebersihan persekitaran-memelihara alam sekitar/sekeliling supaya bersih dan bebas kotoran/pencemaran.-kebersihan minda/mental-pertuturan/pelakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10.KEJUJURAN-amanah-bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.-ikhlasmelakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.-bercakap benar-menyatakan perkara yang benar tapa menokok tambah/berselindung.11.KERAJINAN-daya usaha/bersungguh-sungguh-mempuanyai inisiatif,kreativiti dan untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.-dedikasi-berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12.KERJASAMA-gotong-royong-melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela-toleransi/tolak ansur- -dapat mengawal /mengelakkan berlakunya perselisihan.-perpaduan-bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,masyarakat,negara dan antarabangsa.

13.KESEDERHANAAN-pertuturan dan pelakuan yang sederhana-tidak berkelakuan melampai batas serta menyinggung perasaan orang lain.-sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri-sederhana dalam menimbangkan kepentingan orang lain.

14.KESYUKURAN-berterima kasih-melahirkan perasaan untuk menjelaskan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,pertolongan,sumbangan daan sebagainya.

15.PATRIOTISME-semangat cintakan negara-berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara.-sanggup berkorban untuk negara-demi mempertahankan negara .

16.RASIONAL-membuat pertimbangan-dengan mengambil kira baik dan buruk.-dapat berfikir secara waras/menggunakan akal yang logik apabila melakukan sesuatu perkara/membuat keputusan.

17.SEMANGAT BERMASYARAKAT-bermuafakat-mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.-kejiranan-tolong menolong dan kerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat.-peka terhadap isu sosial dalam masyarakat-memahami masalah masyarakat dan berusaha selesaikannya.

18.SETIAKAWAN-setia dalam bersahabat

19.MENGHARGAI-menghargai pertolongan-berterima kasih atas pertolongan-menghargai kejayaan-mengucapkan tahniah atas kejayaan--menghargai anugerah tuhan-ucapkan kesyukuran-menghargai jasa guru-ucap terima kasih kepada guru