newsletter sekitar jpa edisi 10

8
1 S ekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 10: 16—30 Jun 2015 MENARIK DI DALAM Sesi Bersama Media Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 ................3 Penerapan Nilai-nilai Murni JPA ...................5 Lawatan Kerja ke Kuching, Sarawak .......6 Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIV telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 17 Jun 2015. Tema pada tahun ini ialah 'Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi'. MAPPA telah dianjurkan mulai tahun 2000. Majlis tahunan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan YAB Perdana Menteri, memaklumkan dan menerangkan strategi serta perancangan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan seterusnya berdialog bersama-sama penjawat awam. YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara Kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Di kesempatan itu, YAB Perdana Menteri turut melancarkan buku 'Melakar Wajah Baharu Perkhidmatan Awam'. Seramai 7,000 jemputan hadir dalam program ini. Jemputan terdiri daripada 1,130 jemputan untuk program Persada Transformasi, 5,000 jemputan untuk MAPPA dan 1,300 jemputan untuk Taklimat Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Di samping itu, penjawat awam di peringkat persekutuan dan negeri, pesara, ahli-ahli Kesatuan Sekerja, pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah, social partners kementerian/agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir. MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEEMPAT BELAS (MAPPA XIV)

Upload: dinhthuan

Post on 17-Jan-2017

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

1

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 10: 16—30 Jun 2015

MENARIK DI DALAM

Sesi Bersama Media

Laporan Ketua Audit

Negara Siri 2 ................3

Penerapan Nilai-nilai

Murni JPA ...................5

Lawatan Kerja ke

Kuching, Sarawak .......6

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIV telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 17 Jun 2015. Tema pada tahun ini ialah 'Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi'.

MAPPA telah dianjurkan mulai tahun 2000. Majlis tahunan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan YAB Perdana Menteri, memaklumkan dan menerangkan strategi serta perancangan kera jaan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan seterusnya berdialog bersama-sama penjawat awam.

YAB Perdana Menteri dalam u c a p a n b e l i a u t e l a h mengumumkan Bantuan Khas K e wa nga n R M5 00 s e ba ga i persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga

Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara Kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Di kesempatan itu, YAB Perdana Menteri turut melancarkan buku ' M e l a k a r W a j a h B a h a r u Perkhidmatan Awam'.

Seramai 7,000 jemputan hadir dalam program ini. Jemputan terdiri daripada 1,130 jemputan u n t u k p r o g r a m P e r s a d a Transformasi, 5,000 jemputan untuk MAPPA dan 1,300 jemputan untuk Taklimat Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Di samping itu, penjawat awam di peringkat persekutuan dan negeri, pesara, ahli-ahli Kesatuan Sekerja, pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah, social partners k e m e n t e r i a n / a g e n s i s e r t a pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir.

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEEMPAT BELAS (MAPPA XIV)

Page 2: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

2

PERSADA TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Program Persada Transformasi Perkhidmatan Awam merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh JPA yang melibatkan pameran daripada 24 Kementerian, Sudut Bicara, Sudut Demonstrasi, Taklimat RMK-11 dan

aktiviti untuk pelajar sekolah. Ia bertujuan untuk mengetengah dan mempromosi produk dan perkhidmatan di bawah inisiatif transformasi berimpak tinggi yang dilaksanakan di semua kementerian dan agensi serta menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam menjayakan Transformasi Perkhidmatan Awam.

Inisiatif transformasi berimpak tinggi bermaksud usaha-usaha transformasi yang bersifat praktikal dan realistik serta mempunyai elemen lonjakan berganda yang dapat memberikan manfaat yang besar khususnya kepada kumpulan sasar. Sudut Bicara pula merupakan satu ruang yang dikhaskan untuk program berbentuk perkongsian informatif. Sebanyak lapan slot telah disusun berkaitan pengalaman mengendalikan tragedi MH17, bencana banjir, perkongsian pengalaman pelajar tajaan JPA yang berjaya serta penjawat awam muda yang cemerlang.

Turut memeriahkan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam ialah kehadiran 900 pelajar yang dijemput khas oleh JPA terdiri daripada 600 pelajar sekolah menengah dan 300 pelajar sekolah rendah di sekitar Putrajaya dan Dengkil.

Page 3: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

3

SESI BERSAMA MEDIA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2015 SIRI 2

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika sesi bersama media Laporan Ketua Audit Negara pada 23 Jun 2015 berkata bahawa terdapat 635 teguran dibentangkan iaitu 17 teguran hukuman dan 618 teguran pembetulan. Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan lima Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat sebanyak sembilan teguran yang melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan iaitu lapan teguran dan Jabatan Perdana Menteri dengan satu teguran.

Beliau berkata, teguran hukuman tersebut melibatkan isu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas manakala teguran pembetulan menjurus kepada penambahbaikan sistem dan prosedur dalaman. Tambahnya lagi, daripada 618 teguran pembetulan, 303 teguran atau 49 peratus telah selesai setelah tindakan penambahbaikan dilaksanakan oleh kementerian/agensi berkenaan. Manakala, 315 teguran atau 51 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran tersebut melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan.

Selain itu, pihak kementerian juga telah bertindak dengan lebih proaktif, bermula seawal peringkat ‘Exit Conference’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan iaitu dengan mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan prosedur. Melalui inisiatif-inisiatif ini, tahap kesedaran dan komitmen dalam kalangan pegawai sektor awam berhubung Laporan Ketua Audit Negara telah meningkat ke tahap yang lebih baik.

SESI INTERAKTIF DAN PERCAMBAHAN MINDA BAGI PELAKSANAAN

PROGRAM BLUE OCEAN COMPETITION PERKHIDMATAN AWAM

Pada 23 Jun 2015, telah berlangsung satu sesi interaktif dan percambahan minda di Dewan Sri Baiduri, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Sesi ini turut disertai oleh YBrs. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

1Malaysia Blue Ocean Entrepreneurs (1MBOE) telah diumumkan sebagai satu inisiatif NBOS yang baharu semasa NBOS Summit Meeting yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 26 Mac 2015. Antara tujuan utama inisiatif 1MBOE adalah untuk menyerlahkan daya kreativiti dan inovasi dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai satu hub kreatif di rantau ini.

Susulan itu, bagi merencana gerakan kreativiti dan inovasi ini, satu mesyuarat berkaitan pelaksanaan Blue Ocean Competition yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia yang diadakan pada 3 Jun 2015 (Rabu) telah memutuskan bahawa JPA dan INTAN diberi mandat untuk menyediakan cadangan pelaksanaan Blue Ocean Competition dari konteks dan perspektif Perkhidmatan Awam.

Sejumlah enam agensi telah membentangkan pelbagai pertandingan yang diterajui dan dilaksanakan di agensi masing-masing

Page 4: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

4

Pada 23 Jun 2015, telah berlangsung Sesi Khas Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di INTAN Bukit Kiara. Sesi ini telah dihadiri seramai 91 orang pegawai dari bahagian-bahagian di JPA.

Dalam ucapan amanat Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), beliau menyatakan bahawa Bab 9 dalam RMK-11 merupakan suatu amanah yang besar serta penghormatan kepada JPA untuk merealisasikannya. JPA bertanggungjawab terhadap tiga bidang fokus dan 10 strategi dalam RMK-11. Tiga strategi berkenaan ialah Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan dengan Mengutamakan Rakyat, Merasionalisasi Institusi Sektor Awam untuk Meningkatkan Produktiviti dan Prestasi, dan Memperkukuh Pengurusan Bakat untuk Perkhidmatan Awam Masa Hadapan.

Tan Sri KPPA juga menggesa agar penjawat awam memahami secara mendalam dokumen RMK-11 kerana banyak perkara yang harus dilakukan. JPA akan bertransformasi sekali lagi, iaitu dari segi rasionalisasi. JPA juga dengan kerjasama MOF and EPU akan melihat satu persatu projek yang terdapat dalam RMK-11 dan berbincang tentang peranan penjawat awam. Tan Sri KPPA juga mahukan agar pegawai JPA mempunyai pandangan baharu, melengkapkan diri dengan ilmu dan menjana idea yang inovatif.

SESI KHAS RANCANGAN MALAYSIA KE-11

On June 25th, 2015, Research, Planning and Policy Division, JPA has organised Malaysian Public Service Colloqium 2015 in Harmony Hall, Legal Affairs Division, Prime Minister’s Department, Putrajaya. 120 officers from various ministries and agencies attended the Colloqium.

The speaker, Mr. Max Everest-Phillips is the Director for UNDP Global Centre for Public Service Excellence based in Singapore. He delivered a talk entitled, 'Trends in Public Sector Reform'.

According to Mr. Max Everest-Phillips, public administrations all over the world are called on to innovate, improve and support economic and social growth and to focus ever more on values and outcomes. Innovation is a crucial element which can be implemented following a multitude of approaches and models. There will never be a one-size-fits-all approach, nor a single ‘best practice’. Preferring instead to adopt a more inclusive and concrete attitude, he suggested a more constructive profile by looking at the opportunities for developing common reflections while taking into account the specificities of each region.

He talked on the studies made, not only on European countries, but also major Asian, African and Latin-American countries, countries of which much less is known regarding the developments in Public Administration reform. Participants also get to share their experience regarding the transformation made in their respective ministries with the speaker.

MALAYSIAN PUBLIC SERVICE COLLOQIUM 2015

Page 5: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

5

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI JPA

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Kelab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan satu program Penerapan Nilai-Nilai Murni JPA Tahun 2015. Program ini diadakan dalam tiga siri dengan tajuk yang berbeza. Program yang dijalankan selama tiga hari ini diadakan di Surau Blok C3, Kompleks C Putrajaya. Siri pertama program ini diadakan pada hari Selasa, 23 Jun 2015 dengan ceramah yang bertajuk “Puasa Tapi Zero”. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz bin Hafizudin.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi kedua iaitu pada hari Rabu, 24 Jun 2015 dengan ceramah yang bertajuk “Menghidupkan Ramadhan”. Ia disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Tuarno. Siri terakhir program ini diadakan pada hari Khamis, 25 Jun 2015 dengan ceramah yang bertajuk “Ramadhan Bulan Al-Quran” yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah bin Yusof.

Majlis ilmu anjuran Kelab JPA ini bertujuan untuk menanam semangat penghayatan Ramadhan di samping ilmu-ilmu yang boleh dijadikan amalan seharian agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga dapat memperkukuhkan ukhuwah Islamiyah dalam kalangan warga JPA. Semoga dengan pengisian yang telah dikongsi bersama ini dapat dimanfaatkan seterusnya menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik.

FADHILAT RAMADHAN

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang

belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut

daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi

Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon

istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka

puasa".

Ubadah Bin Somit RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang

kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di

dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-

dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan

kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga

mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada

Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib

malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Page 6: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

6

LAWATAN TAPAK KE INTAN SARAWAK

Pada 29 Jun 2015, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), (TKPPA(O), Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengadakan lawatan tapak ke Institut Tadbiran Awam Negara, Wilayah Sarawak (INSARA), Kuching, Sarawak.

Lawatan tapak ini merupakan sabahagian daripada program

Lawatan Kerja TKPPA(O) ke Kuching, Sarawak. Dr. Ahmad Jailani

mengambil kesempatan untuk meninjau kemajuan projek pembangunan

pembinaan asrama Fasa 2 di INSARA.

Projek yang dijangka siap pada 30 September 2015 ini merangkumi

bangunan asrama, dewan seminar dan serbaguna, perpustakaan, kuarters,

astaka dan kerja-kerja lain. Program turun padang oleh pengurusan tertinggi

JPA seperti ini amat bermakna kepada warga INTAN Sarawak kerana ia

membuktikan keprihatinan pihak pengurusan tertinggi terhadap warga.

Seterusnya pada 30 Jun 2015, Dr. Ahmad Jailani mengadakan lawatan kerja ke Kaunter One Government Kerajaan Negeri Sarawak di UTC Sarawak. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat pelaksanaan amalan multi-tasking yg diguna pakai oleh Kerajaan Negeri. Projek amalan multi-tasking ini melibatkan 14 buah Kerajaan Negeri.

Dr. Ahmad Jailani juga sempat singgah ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sarawak untuk melihat khidmat pengoperasian yang mereka sampaikan kepada pelanggan. Dr. Ahmad Jailani menyampaikan hasrat Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang mahu melihat inter-relation iaitu kerjasama antara agensi antara JIM dan Jabatan Pendaftaran di UTC di bawah program 1Serve.

1Malaysia Customer Service of Civil Servants atau 1Serve merupakan satu lagi inisiatif transformasi yang digagaskan Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bertujuan untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan sistem penyampaian petugas barisan hadapan (front liners) di Sektor Awam menerusi jaringan kolaboratif strategik dengan agensi swasta khususnya dalam bidang latihan dan perkongsian amalan-amalan terbaik (best practices).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif ini menerusi kerjasama strategik bersama-sama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

LAWATAN KERJA KE UTC SARAWAK

“The strength of the team is each member. The strength of each member is the team.” - Phil Jackson

Page 7: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

7

“DOKTOR, UBAT SAYA MACAM MANA MASA PUASA RAMADHAN?”

Itu adalah antara persoalan yang sering dikeutarakan oleh pesakit-pesakit Muslim yang sudah sekian lama mengambil ubat mereka, terutama bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun, tidak kurang juga ada antara mereka yang tidak mahu bertanya.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah kewajiban bagi semua orang Islam bagi mereka yang berkemampuan, tidak terkecuali bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik selagi tidak memudaratkan kesihatan mereka. Sebahagian daripada aktiviti berpuasa termasuklah mencegah diri dari makan dan minum dari waktu terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari, iaitu sekitar 5.30 pagi sehingga 7.30 malam jika di semenanjung Malaysia. Ini termasuklah mencegah dari mengambil ubat pil ke dalam mulut mereka di dalam tempoh tersebut. Justeru, jadual pemakanan dan perubahan dos yang terbaru perlu diberitahu oleh para pegawai perubatan mahupun pegawai farmasi dalam lawatan pesakit terakhir di klinik-klinik kesihatan mahupun hospital sebelum memasuki bulan Ramadhan.

Para pesakit yang berpuasa perlulah mendisiplinkan diri dalam mengamalkan rutin bersahur (sebelum berpuasa), berbuka ringan (ketika masuk waktu berbuka), berbuka sederhana (malam selepas usai solat maghrib) dan makan menu ringan sebelum tidur. Ini kerana ada di antara ubat yang perlu diambil sebelum makan (untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil), selepas makan (untuk megelakkan gejala perut tidak selesa atau keradangan) atau perlu diambil ketika makan (membantu penyerapan ubat yang lebih berkesan). Ubat-ubat yang menyebabkan kesan kerap kencing seperti ubat ‘frusemide’ perlulah diambil ketika bersahur untuk megelakkan gangguan tidur jika diambil pada waktu malam atau berbuka.

Untuk pengambilan ubat pil, perubahan masa pengambilannya bergantung kepada kekerapan pengambilan ubat tersebut dalam sehari.

Untuk pengambilan ubat sekali sehari sebelum makan, pesakit boleh mengambil sekali sehari iaitu sekitar 20 hingga 30 minit sebelum sahur. Pengambilan ini adalah lebih baik bagi pesakit yang sudah terbiasa mengambil pemakanan ubat di waktu pagi terutama bagi pesakit darah tinggi bagi mengekalkan kestabilan bacaan darah tinggi ketika waktu sibuk bekerja pada waktu siang.

Untuk pengambilan ubat sekali sehari selepas makan pula, amat mudah jika pesakit mengambil ubat tersebut sejurus selepas bersahur pada awal pagi (sebelum tamat tempoh sahur) atau selepas berbuka pada malam hari. Ianya bergantung kepada kebiasaan pesakit sebelum ini samada menjadi kebiasaan mengambil pada waktu pagi atau petang.

Berkenaan dengan pengambilan ubat dua kali sehari selepas makan pula (iaitu kebiasaanya mengambil ubat pada awal pagi dan lewat petang), pesakit perlu mengambil ubat sejurus selepas bersahur untuk pengambilan ubat pada waktu pagi dan mengambil ubat selepas berbuka untuk pengambilan ubat pada waktu malam. Pastikan pesakit ada membawa ubat di dalam beg sekiranya berbuka puasa di luar rumah atau bersama rakan di pejabat.

Untuk pengambilan ubat dua kali sebelum makan (iaitu kebiasaanya mengambil ubat awal pagi dan lewat petang), pesakit perlulah mengambil ubat tersebut sekitar 20 minit sebelum bersahur (untuk awal pagi) dan mengambil ubat selepas berbuka ringan dengan kurma dan memastikan jarak sekitar 20 hingga 30 minit sebelum berbuka makanan utama.

Berkenaan dengan pengambilan ubat tiga kali sehari selepas makan pula, pesakit perlulah mengambil ubat tersebut selepas berbuka pada waktu malam dan juga selepas bersahur di awal pagi sebelum tamat tempoh sahur. Namun, untuk menggantikan satu lagi waktu pengambilan ubat, ianya boleh diambil pada lewat malam iaitu sebelum tidur selepas mengambil snek atau makanan ringan.

Untuk pengambilan ubat tiga kali sehari sebelum makan pula, pesakit perlulah mengambil ubat tersebut sekitar 20 minit sebelum bersahur (untuk awal pagi) dan mengambil ubat selepas berbuka ringan dengan kurma dan memastikan jarak sekitar 20 hingga 30 minit sebelum berbuka makanan utama (sama seperti pengambilan ubat dua kali sebelum makan seperti di atas). Namun, untuk menggantikan satu lagi waktu pengambilan ubat, ianya perlulah diambil pada lewat malam iaitu sebelum tidur tanpa didahului oleh apa-apa makanan dalam tempoh 30 minit.

Sumber: www.mmgazette.com

Page 8: Newsletter Sekitar JPA Edisi 10

8

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000

10 AWESOME TIPS FOR BEING A BETTER LEADER

Let's be honest. Being a great leader ain't easy. As in an effective, inspiring, well-respected leader for your company.

The good news is that we've compiled this list of awesome, actionable leadership tips that will have you running your business...like a boss -- a good one. Some are relatively basic but are important reminders. Others, well, perhaps you've never considered before.

Consider these tips when upping your leadership game:

1. Lead by example.

2. A little humility goes a long way.

3. Communicate effectively.

4. Keep meetings productive.

5. Know your limits.

6. Find a mentor.

7. Be emotionally aware.

8. Watch out for (and avoid) common pitfalls of leadership.

9. Learn from the past.

10. Never stop improving.

Source: www.entrepreneur.com