new text document

Upload: mohammad-sufry-bin-kadir

Post on 14-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

  • 7/18/2019 New Text Document

    1/5

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dilaksanakanmengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Abdul Rahim (1999) dalam Sarimah (2008), pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan warganegara yang dapat memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab kepadanegara. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan fikiran ibarat jasad tanpa roh.Pendidikan perlu melahirkan golongan yang berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam masyarakat.

    4.1 Isu pertama: Adakah penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mempunyai kepentingan untuk melayan gaya pembelajaran?

    Peranan yang dimainkan oleh guru dalam menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah begitu penting.Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tanpa unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menjadi tidak efektif. Namun begitu pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan yang berbeza. Olehitu penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan strategiyang berkesan untuk melayan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan pelajar.

    Setiap manusia mungkin mempunyai lebih daripada satu atau dua jenis

    gaya pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar, isu pembelajaran serta juga beberapa ciri mental, fisikal danpsikologi orang yang berkenaan. Dan mungkin juga, seseorang itu lebih cenderungkepada satu atau eberapa gaya pembelajaran tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis. Ia boleh dikembangkan dan boleh berubah ( Guild, 1994) dalam K.Narayanasamy (2000).

    Menurut Felder (1996) dalam Mohd Noor Badlishah (2009), gaya pembelajaran merujuk kepada kecenderungan dan kekuatan pada sesuatu gaya bagi mendapatdan memproses maklumat. Setiap individu mempunyai kekuatan serta kecenderungan yang unik untuk memahami dan memproses memproses maklulmat. Dengan lain perkataan

    , setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaranditakrifkan sebagai cara unik yang digunakan oleh individu untuk mengambil, memproses, memahami dan mempersepsi maklumat. Gaya pembelajaran juga sering dikaitkan dengan gaya kognitif. Ada individu yang cenderung untuk belajar maklumat yangkonkrit (seperti fakta dan konsep, simbolik dan model matematik). Sebilangan besar pelajar lebih suka sekiranya maklumat dipaparkan secara visual (seperti carta alir,gambar rajah, skema) dan ada pula yang lebih gemar sekiranya maklumat diberikan dalam bentuk verbal (seperti kuliah). Sebilangan individu lebih suka belajar secara aktif seperti berbincang dengan rakan serta belajar dengan berbuat, manakala ada sebilangan individu yang belajar secara reflektif iaitu dengan berfikir dan lebih gemar belajar secara sendirian. Ada juga individu yang belajar secara urutan dan memahami perincian dahulu kemudian mendapat gambaran keseluruhan sesuatu konsep, manakala ada pula yang belajar dengan memahami gambaran keseluruha

    n kemudian barulah memahami perincian sesuatu konsep.

    Sekiranya gaya pembelajaran pelajar adalah sama atau selari dengan gaya pengajaran guru, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif.Sebaliknya, jika gaya pembelajaran pelajar tidak selari dengan gaya pengajaranguru, kemungkinan besar pelajar akan mudah berasa bosan, tidak selesa, kurang memberi tumpuan, mempunyai tanggapan yang negatif terhadap subjek atau kemungkinan menyebabkan prestasi yang kurang memuaskan dalam sesuatu subjek. Oleh itu pros

  • 7/18/2019 New Text Document

    2/5

    es pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan realiti ini. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajarandan pembelajaran merupakan strategi yang dapat mengisi hasrat ini.

    Menurut K.Narayanasamy (2000), seseorang guru yang mengajar kemahiran berfikir akan memberi tumpuan kepada beberapa elemen penting di dalamnya. Di antara elemen-elemen tersebut adalah, salah satu kemahiran berfikir yang spesifik, proses kemahiran berkenaan, metakognisi, pengurusan lisan dalam bentuk soalandan pengurusan grafik dalam bentuk visual. Misalnya, seorang guru cuba menyebatikan kemahiran berfikir membuat banding-bezadi dalam mata pelajarannya. Beliau akan memberi penekanan terhadap proses-proses utama kemahiran berfikir berkenaan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Proses-proses utama kemahiran berfikir membuat banding dan beza yang ditekankan oleh guru tersebut seperti :

    Mengenal pasti perkara/objek yang dibanding bezakanMencari aspek-aspek persamaan di antara perkara/objek tersebutMencari perbezaanSebelum mencari perbezaan, menentukan komponen-komponen perbezaanMencari perbezaan berdasarkan komponen-komponen tersebutMemberi pendapat/membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan.

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan konteks dan isikandungan pembelajaran memberi peluang untuk pelajar memproses informasi secaraaktif dan reflektif. Teks atau bahan isi kandungan yang digunakan oleh guru membolehkan pelajar beranjak dalam satu kontinum gaya pembelajaran.

    Apabila guru menggunakan pengurusan lisan (soalan-soalan berpandukanproses tersebut) pelajar analitik dapat terlibat secara aktif. Mereka dapat mengamati proses berfikir secara abstrak dan memikir secara reflektif. Mereka dapatmenganalisis, menaakul dengan lebih berkesan.

    Malahan, dengan menggunakan pengurusan grafik, pelajar bukan sahajamelihat proses kemahiran berfikir tersebut secara eksplisit dan konkrit tetapi juga berfikir dan memproses secara aktif. Secara lazimnya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan dengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik adalah bentuk visual proses berfikir berkenaan. Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses berfikiryang terbentang secara abstrak. Kombinasi menggunakan pengurusan lisan dan grafik dalam jangka masa panjang akan membolehkan concrete perceivers menjadi abstract perceivers ((McCarthy 1987) dalam K.Narayanasamy (2000).

    4.2 Isu kedua: Bagaimanakah pendekatan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dijalankan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

    Setiap guru mata pelajaran selain memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogidan sikap yang sesuai, harus bijak untuk mengatur perancangan proses pengajaran

  • 7/18/2019 New Text Document

    3/5

    dan pembelajaran. Guru mesti berusaha menukar amalan pengajaran pembelajaran dikelas mereka supaya amalan tersebut benar-benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Menurut Bereiter & Scardamalia, 1987 dalam N.S.Rajendran (2001), pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses tersebut. Ini bermakna pelajar seharusnya terlibat secara langsung dari masabahan ataupun kandungan sukatan pelajaran dipilih untuk sesi pelajaran dan dalampemilihan dan pengendalian aktiviti pengajaran pembelajaran.

    Pendekatan penyebatian menstruktur semula isi kandungan mata pelajaran untuk mengajar pemikiran secara langsung. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendekatan penyebatian, guru mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit,menyebatikan pengajaran pemikiran dalam kandungan pelajaran, membincangkan kemahiran yang digunakan oleh pelajar semasa berfikir dan berusaha untuk meningkatkan cara pemikiran pelajarnya.

    Masa pelajaran diperkongsikan untuk mengajar kedua-dua komponen pelajaran, kandungan pelajaran dan kemahiran atau proses berfikir secara saling berkait. Pendekatan penyebatian mengutamakan empat amalan pengajaran yang mencirikancara berfikir secara eksplisit iaitu :

    Guru memperkenalkan kemahiran atau proses berfikir dengan menunjukkan pentingnyamelakukan kemahiran atau proses berkenaan dengan bijak.Guru menggunakan rangsangan yang eksplisit untuk membimbing pelajar mengamalkanpemikiran yang bijak sambil pelajar mempelajari fakta, konsep dan kemahiran yangberkaitan dengan kandungan mata pelajaran.Guru bertanya soalan-soalan, refleksi yang dapat menjauhkan pelajar daripada kandungan pelajaran supaya pelajar sedar akan bagaimana dirinya berfikir dan mempelajari cara berfikir yang bijak.Guru mengukuhkan lagi stategi berfikir dengan cara menyediakan peluang-peluang tambahan untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran atau proses yang sama secara

    berdikari.

    5.0 CADANGAN

    Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia lebih menekankan aspek penyebatiankemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Gaya pengajaran guru dalam prosespengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Menurut (Lortie, 1975) dalam N.S.Rajendran (2001), guru-guru telah menerima orientasiyang sungguh berbeza daripada apa yang mereka sendiri dikehendaki lakukan di kelas-kelas sebagai pendidik. Mereka memilih untuk mencontohi gaya guru mereka send

    iri. Faktor ini menjadi penghalang utama kepada usaha guru dalam membuat inovasike atas proses pengajaran pembelajaran mereka. Perlu diakui bahawa perubahan yang dihasratkan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan oleh guru-guru. Namundemikian, guru-guru haruslah dibimbing supaya mereka melihat kepentingan inovasi ini dan membuat perubahan yang diperlukan. Dalam hubungan ini, (Duckworth 1987) dalam N.S.Rajendran (2001), mencadangkan bahawa, one of the two aspects of teaching is to have the students try to explain the sense they are making and instead of explaining things to students do try to understand their sense.

  • 7/18/2019 New Text Document

    4/5

    Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkara penting yang perlu diteliti oleh guru-guru ialah merancang pengajaran pembelajaran dengan baikdan teratur. Namun perkara yang menjadi cabaran utama kepada guru-guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses pengajaran pembelajaran.Menurut Atan Longdalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am Mengajar (Rafiei, 1998), pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang berlaku antara tiga komponen penting iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah. Di dalam mengatur perancangan pengajaran pembelajaran guru perlulah mengambil kira dari setiap sudut. Cazden (1979) dalam N.S.Rajendran (2001) telah menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran mendengar dan bertutur oleh guru dan pelajar mewujudkan suasana bilik darjah yang boleh menyokong atau menghalang perkembangan beberapa jenis kemahiran berfikir. Memberi klu (clue) dan menyoal juga adalah dua strategi utama yang boleh digunakan oleh guru untuk menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifdalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha mengubahpemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Inovasi tersebut telah mengharapkan bahawa guru akan menjalankan sebahagian besar daripada pengajaran yang berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk melibatkan pelajar dengan aktif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981) dalam N.S Rajendran ( 2001). Guru-guru perlu diberi sistem sokonga

    n untuk melaksanakan inovasi di dalam bilik darjah di sekolah masing-masing. Sistem sokongan ini meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, sumber untuk mengendalikan pengajaran pembelajaran, dan wacana untuk guru-guru membincangkan isu-isu berkaitan pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir. Guru-guru juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan masing-masing berhubung dengan pendekatan dan strategi yang bakal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru mempunyai kreativiti tersendiri dalammengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk keperluan kurikulum yang begitu padat dan isu peperiksaan pusat.

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kelas

    penting untuk mewujudkan suasana yang memberangsangkan kepada pelajar. Guru mestilah berusaha menukar amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merekasupaya amalan tersebut benar-benar berbeza daripada amalan di kelas konvensional. Oleh itu, guru perlu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikapyang sesuai untuk melakukan perubahan tersebut. N.S Rajendran ( 2001) menyatakanterdapat perkara-perkara yang asas yang perlu dimiliki oleh guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran di sekolah, guru-guru perlu memiliki perkara tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

    Guru juga boleh menggunakan pengajaran kemahiran membaca untuk menggalakkan pelajar supaya mereka menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Satu daripada cara ialah teknik reciprocal teachingyang diperkenalkan olehPallnscar dan Brown (1994) dalam N.S.Rajendran (2001).Teknik ini menggunakan satu proses koperatif di antara guru dan pelajar dalam mengemukakan soalan dan mendapatkan respons dengan tujuan menunjukkan ciri-ciri metakognitif dalam proses membaca. Ini bermakna proses metakognitif boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas membaca.

  • 7/18/2019 New Text Document

    5/5

    Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Guru-guru setiap matapelajaran boleh mengaplikasikan penggunaan alat-alat berteknologi untuk memantapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran. Menurut Molnar (1997) dalam N.S.Rajendran (2001), teknologi-teknologi pendidikan sekiranya digunakan dan diaplikasikan dengan betul, akanmembawa kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar.