new kesan pengabaian dan kecuaian ibu bapa dalam memainkan peranan

Upload: karime-ezani

Post on 05-Mar-2016

259 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

YG INI ORG LAIN PUNYA SY CUMA TOLONG TUMPANG PROMATE JE

TRANSCRIPT

KESAN PENGABAIAN DAN KECUAIAN IBU BAPA DALAM MEMAINKAN PERANANDefinisi Kecuaian dan Pengabaian

Kecuian dan pengabaian merupakan satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang Tort yang dikenali sebagai Tort kecuaian. Walaupun kesalahan ini tiada peruntukan dalam enakmen atau akta tertentu untuk sabitan seseorang, kesalahan ini boleh dibuktikan dengan keterangan dan bukti-bukti lain bagi mengukuhkan seseorang itu didapati bersalah apabila elemen-elemen kecuaian tersebut sempurna. Menurut Islam, perkataan kecuaian menurut bahasa Arab yang dikenali sebagai istilah tafrit atau taqsir.1 Kedua-dua istilah ini dari sudut bahasa yang memberi maksud kecuaian atau kurang berhati-hati, iaitu seseorang telah gagal melakukan sesuatu tindakan dengan sempurna. Istilah tafrit boleh dirujuk dalam al-Quran: Surah al-Zumar :56

Maksudnya: "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta Aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya).2 Manakala menurut dari sudut undang-undang, istilah tafrit merupakan suatu peninggalan daripada melakukan tindakan oleh seseorang yang berhati-hati dan waras yang sepatutnya dilakukan atau suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang berhati-hati dan waras yang sepatutnya tidak dilakukan. Istilah maksud kecuaian dalam ulamak klasik tidak ditemui secara khusus, tetapi terdapat istilah yang digunakan untuk menggantikan istilah tafrit iaitu khata yang membawa maksud tidak sengaja atau tersilap. 3 Di samping itu, dalam penulisan fuqaha tidak terdapat perbahasan yang khusus yang membincangkan tentang kecuaian kecuali terdapat contoh-contoh berkaitan dengannya yang dinyatakan dalam bab-bab tertentu secara tidak terkumpul.KESAN-KESAN KECUAIAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA DALAM MEMAINKAN PERANAN Seorang kanak-kanak akan menjadi mangsa dalam kecuaian dan pengabaian akibat perlakuan ibu bapa yang tidak peka dan cuai terhadap tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu bapa. Kesalahan kecuaian dan pengabaian ini akan memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak yang masih berusia kecil, walaupun ibu bapa menganggap anak-anak mereka yang masih kecil itu tidak matang dan belum pandai memikirkan perkara-perkara berlaku di sekelilingnya.

Kesan kecuaian dan pengabaian ini boleh dikenalpasti kepada dua bahagian iaitu melalui fizikal63 dan perlakuan kanak-kanak itu sendiri.55 Menurut Harvey, kesan-kesan melalui fizikal dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian berdasarkan kajiannya antaranya pembesaran yang terbantut, sering keadaan yang tidak sempurna iaitu sering berasa lapar dan letih malahan juga keadaaan diri kanak-kanak itu kotor dan tidak terurus. Perkara ini kesan daripada pengabaian ibu bapa itu sendiri yang tidak mengambil peduli kepada kanak-kanak itu sendiri. Pada hari ini, juga dapat dilihat dengan kanak-kanak itu sendiri punca utama mereka meminta duit di pesisiran jalanan adalah kerana mereka perlu makan dan minum atas sebab kelaparan melampaui. Di samping itu, apabila kejadian kecuaian dan pengabaian sering berlaku, pembesaran anak-anak menjadi terbantut di mana kanak-kanak akan terasa trauma apabila berada di sisi ibu bapa mereka. Malahan mereka juga merasai keselamatan dan kebajikan mereka tidak terjamin. Hilang kepercayaan terhadap ibu bapa ini akan memberi kesan kepada anak-anak sehingga menyebabkan kurangnya kasih sayang yang diberikan menjadi punca berlaku kecuaian dan pengabaian ini. Walaupun, jika dilihat kecuaian dan pengabaian ini berlaku tanpa disedari, kematian anak-anak itu sendiri boleh berlaku atas sebab tanggungjawab ibu bapa yang tidak peka dan memandang perkara sesuatu itu remeh. Malahan mereka tidak berfikir panjang sebelum perkara-perkara buruk berlaku seperti seorang kanak-kanak yang berlaku di pantai Port Dickson pada 9 Desember 2013 jam 6.30 petang, di mana ibu bapa tersebut sanggup membawa anak-anak yang di bawah umur menaiki banana boat sehingga membawa maut,56 sedangkan jika difikirkan, ia akan membawa ancaman bahaya kepada anak-anak itu sendiri. Begitu juga dengan perkara-perkara lain, di mana berlaku atas sebab ibu bapa yang tidak tahu ke mana dan di mana anak-anak mereka berada tanpa pantauan yang teliti dalam setiap tindakan dan perkara yang dilakukan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan peningkatan kes-kes kematian kanak-kanak dan taburan kematian kanak-kanak dari tahun ke tahun meningkat di Malaysia. Kecuaian dan pengabaian ibu bapa yang tidak mengenal pasti anak-anak mereka apabila ibu bapa berada dalam keadaan sesuatu yang kesibukkan sehingga apabila disedari mendatangkan maut kepada anak-anak itu sendiri. Kes-kes ini dapat dilihat dengan paparan-paparan akhbar yang sering menjadi tajuk menghayati hati dan kesedihan di khalayak umum seperti kes seorang ibu cuia terhadap anaknya sehingga membawa maut di mana si ibu tersebut telah meninggalkan anak tersebut selama enam jam di dalam kereta ketika si ibu tersebut bertugas sebagai guru bagi menghadiri mesyuarat di sekolah sehingga lupa anaknya ada di sisinya.57 Walaupun tiada pensabitan terhadap ibu tersebut, tetapi ibu tersebut tetap boleh dikenakan hukuman atas sebab kesalahan perbuatannya.

Bagi kesan melalui perlakuan kanak-kanak dapat dijelaskan oleh Hervey, di mana punca kanak-kanak merayau-rayau tanpa tujuan, mencuri makanan atau meminta makanan adalah punca daripada kecuaian dan pengabaian ibu bapa itu sendiri yang tidak menyediakan kelengkapan yang sempurna. Dalam perkara ini tidak boleh disalahi kepada kanak-kanak tetapi boleh disalahi ibu bapa itu sendiri yang tiada memberi kelengkapan yang perlu terhadap anak-anak mereka. Kadang-kala punca anak-anak itu menjadi agresif dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak sihat adalah kesan daripada ibu bapa yang tidak pantau setiap gerak-geri perjalanan dan langkah anak-anak itu pergi sama ada di dalam atau diluar jagaan mereka. Perbuatan-perbuatan yang tidak sihat telah mengambarkan kekecewaan anak-anak itu sendiri terhadap ibu bapa mereka sendiri yang sering tidak memberi perhatian kepada mereka. Malahan juga, mereka sering diabaikan kasih-sayang pada setiap masa, di mana ibu bapa mereka sering berada dalam keadaan kesibukkan kerja masing-masing sehingga tiada ruang masa yang khusus kepada anak-anak mereka.

Kecuaian dan pengabaian ibu bapa kepada kanak-kanak menjadi perkara yang amat kritikal pada masa kini. Walaupun jika dilihat perkara ini terjadi dengan tidak sengaja atau tanpa disedari, tetapi ia tetap boleh dikatakan satu kesalahan yang besar dan boleh disabitkan di bawah kesalahan kecuaian dan pengabaian. Justeru, kesan-kesan di atas jelas menerangkan kecuaian dan pengabaian berlaku kepada kanak-kanak sama ada kecuaian dan pengabaian itu berlaku secara sedar atau tidak.KESIMPULAN Kesimpulannya ialah ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar dan penting bukan sahaja membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan pakaian tetapi pendidikan yang berteraskan ajaran Islam di samping anak-anak diberikan layanan kasih sayang , belaian dan perhatian.

Pendidikan agama yang disentuh ke dalam jiwa anak-anak dapat menjadikan anak-anak generasi Islam yang cemerlang.Oleh itu, ilmu bukan hanya diterangkan secara teori tetapi perlu diikuti dengan contoh atau praktikal.

Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai kemahiran dan kebijaksanaan dalam mengurus anak-anak , memahami tahap-tahap perkembangan akal dan kaitannya dengan pertumbuhan emosi dan naluri serta memahami proses menuju akil baligh dengan perubahan tingkah laku, maka, masa berharga anak-anak akan disia-siakan dan terabai tanpa pedoman.

Justeru, ibu bapa perlu bertindak berusaha memastikan anak-anak mereka sempurna dengan cara pendidikan yang dianjurkan oleh Islam.Ibu bapa hari ini, tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam proses mendidik anak-anak melainkan mengembalikan diri kepada kaedah asas iaitu meluangkan masa bersama keluarga biarpun sedikit tetapi berkualiti. Kedekatan hubungan ibu bapa dengan anak-anak harus menjadi keutamaan supaya masa yang hilang dapat digantikan dengan kegiatan yang boleh mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.

Oleh yang demikian, anak-anak mesti dididik dengan sempurna dan seimbang dalam aspek agama sebagai pegangan dan akademik bagi membentuk jati diri yang mantap. Inilah asas pendidikan berkeluarga Islam yang harus disuburkan oleh ibu bapa supaya anak-anak boleh memberi sumbangan dan jasa kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.RUJUKAN UNTUK KESAN KESAN-KESAN KECUAIAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA DALAM MEMAINKAN PERANAN1. Lane, Edward William, 1984. An Arabic-English Lexicon. Juzuk 2. England:The Islamic Texts Society Trust. Madkur, Muhammad Salam. 1976. Usul al-Fiqh al-Islam. Kaherah: Dar al-Nahdah alArabiyyah.

2. Surah al-Zumar :56

3. Abdul Basir Mohamad. 2009. Undang-undang Tort Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 362.

55. Anon. 2011. Ibu Tunggal Di Dakwa Subahat Biar Anak Dirogol. Utusan Malaysia. 21 September.

56. Harvey Wallace. 1996. Family Violence, Legal, Medical and Social Perspectives. United States: Allyn and Bacon. hlm. 85.

57. Anon. 2013. Pendapatan Pengemis Cecah RM300 Sehari. Utusan Malaysia. 15 Oktober.http://islamharmonidenganakhlak.blogspot.my/2012/12/peranan-ibu-bapa-dalam-aspek-pendidikan.html