user · web view3.5 kesan kepada warga emas terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan...

24
LAPORAN PROGRAM CERIA WARGA EMAS TEMPAT Pusat Jagaan Siti Noraini,No 23, Jalan Maju 2, Taman Maju Semenyih 43000, Kajang Selangor. ANJURAN Eksekutif Pembangunan Siswi Eksekutif Sukan Dan Rekreasi Eksekutif Kebudayaan Dan Warisan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Hussien Onn Universiti Kebangsaan Malaysia TEMA: WARGA SIHAT PADUAN KEGEMILANGAN

Upload: others

Post on 14-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

LAPORAN

PROGRAM CERIA WARGA EMAS

TEMPAT

Pusat Jagaan Siti Noraini,No 23, Jalan Maju 2, Taman Maju Semenyih 43000, Kajang

Selangor.

ANJURAN

Eksekutif Pembangunan Siswi

Eksekutif Sukan Dan Rekreasi

Eksekutif Kebudayaan Dan Warisan

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Tun Hussien Onn

Universiti Kebangsaan Malaysia

TEMA:

WARGA SIHAT PADUAN KEGEMILANGAN

Page 2: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PROGRAM KE PUSAT JAGAAN SITI NORAINI

2.1 MISI PROGRAM

2.2 MATLAMAT PROGRAM

2.3 ANJURAN

2.4 TARIKH DAN MASA

2.5 TEMPAT PROGRAM

2.6 STRUKTUR ORGANISASI

2.7 ATURCARA PROGRAM

2.8 BELANJAWAN

3.0 LAWATAN KEPUSAT JAGAAN NORAINI

3.1 NILAI DAN PENGAJARAN

3.2 DEFINISI

3.3 SIAPA MEREKA DI MATA MASYARAKAT

3.4 FAKTOR-FAKTOR PENGABAIAN WARGA EMAS

3.5 KESAN KEPADA WARGA EMAS

Page 3: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

4.0 KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN

Page 4: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

1.0 PENGENALAN

Program Khidmat Masyarakat ini dirancang bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus yang

memerlukan pelajar menjalankan satu projek. Program ini berhasrat untuk melaksanakan

khidmat bakti di sebuah rumah warga emas di daerah Bangi.

Warga Emas harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang

bernasib baik kerana sesetengah daripada mereka telah dibuang keluarga dan di hantar ke rumah

warga emas. Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan tidak

mempunyai tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan

program ini.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus,

kemahiran berkomunikasi dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan

program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun

secara globalnya kepada negara.

Page 5: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

2.0 PROGRAM KE PUSAT JAGAAN SITI NORAINI

2.1 MISI PROGRAM

Program ini adalah bertujuan bagi melihat kehidupan warga emas dan berinteraksi

bersama mereka. Program ini juga ingin menerapkan kemahiran komunikasi di antara

mahasiswa dan warga yang lebih berusia.

2.2 MATLAMAT PROGRAM

Program ini dirancang dengan bermatlamat :

I. Mempraktikkan teknik komunikasi yang telah dipleajari.

II. Memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan.

III. Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpersonal’ dalam suasana mencabar di

mana kumpulan sasaran adalah warga emas yang terputus hubungan

kasih sayang dengan keluarga masing-masing.

IV. Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada

golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.

V. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah

dikurniakan melalui observasi terhadap golongan warga emas.

Page 6: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

VI. Mengembirakan golongan orang tua yang kesunyian dengan aktiviti yang

menceriakan.

VII. Mengeratkan silaturahim antara golongan warga emas.

2.3 ANJURAN

Eksekutif Pembangunan Siswi

Eksekutif Sukan Dan Rekreasi

Eksekutif Kebudayaan Dan Warisan

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Tun Hussien Onn

Universiti Kebangsaan Malaysia

2.4 TARIKH DAN MASA

Program dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 6 Disember 2014

Masa :9.00 pagi hingga 10.00 malam

2.5 TEMPAT PROGRAM

Pusat Jagaan Siti Noraini,No 23, Jalan Maju 2, Taman Maju Semenyih 43000, Kajang

Selangor

Page 7: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

2.6 STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM CERIA WARGA EMAS

KETUA PENGARAH :NURUL NATASHA BINTI RIDUAN

TIMBALAN KETUA PENGARAH 1 :NUR SHUHADA BINTI ISMAIL

TIMBALAN KETUA PENGARAH 2 :LYDIA EMAK

SETIAUSAHA :MARLIDA BINTI MD NOR

NAIB SETIAUSAHA :ALFRED KHAW

BENDAHARI :MUHAMMAD NASRUDDIN BIN RUSU

KETUA PROJEK :NOR HASNITA

(1)NURSYAHIRA BINTI MOHD RAPIZA

(2)FATIN NAJIHAH BINTI ZULKAPELI

(3)NURUL AZUA BINTI ADNAN

(4)MOHAMMAD IZWAN BIN MD ZAIDI

KETUA PROTOKOL :MUNIRAH BINTI ABD WAHID

(1)SITI NUR AMIEZA BINTI HAD

(2)NURUL YUSRA BINTI AZMI

(3)SITI ATTIYAH MARZUKI

(4)MUHAMMAD BIN ABD RAZAK

KETUA CENDERAMATA :AISYAH AJIS

(1)MANISAH BINTI MAHAMAD

(2)SAIDAH RUQAIYAH BINTI KAMAL

Page 8: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

AZMI

(3)NUR IZZATI BINTI ABU BAKARI

KETUA JAMUAN :MUHAMAD HAZIQ BIN MD KHALID

(1)WAN NURUL HANNAH BINTI NARRUDDIN

(2)NURFARAHIN BINTI RAMBEDAN

(3)ANA NUR FAHATTUN BINTI AWI

KETUA PUBLISITI :NUR AFIQAH BINTI MUSTAFA KAMAZ

(1)NUR AYUNANI MAT GHANI

(2)SYAKILA BINTI MOHD YUSSOF

KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK :AZIZUL FIKRI BIN MAAIIF

(1)FURNIVAL ANAK LINGGANG

(2)NURUL AQILA BINTI OTHMAN

KETUA TEKNIKAL :MUHAMMAD FUAD BIN RAZALI

(1)SITI NUR FAZIRA BINTI ABDULLAH

(2)NOOR ATIKAH HANANI BINTI AZMAN

(3)NORSAHIRA IDAYU BINTI SUHAIMI

Page 9: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

2.7 ATURCARA PROGRAM

MASA BUTIRAN GERAKAN TINDAKAN PIC7.00 am Berkumpul Semua peserta

program berkumpul di Dataran Perwira.

Persiapan alatan teknikal.

Makan

Semua peserta

7.30 am Ketibaan Dato pengetua

Peserta berbasikal akan stretching

Dato akan menikmati sarapan pagi

Sesi stretching akan diketuai oleh Syuhada (mep)

Protokol Program

8.00 am Bacaan doa Ucapan perasmian

Bacaan doa pembukaan

Ucapan perasmian daripada pengetua KTHO

Protokol

8.30 am Pelepasan peserta kayuhan amal

Pengetua KTHO melepaskan peserta-peserta dengan membunyikan tiupan heller

Protokol

10.00 am Tiba di destinasi Ketibaan semua peserta di Pusat Jagaan Siti Nor Aini (Bas)

Emcee mengumumkan ketibaan peserta kayuhan amal

Protokol Teknikal

10.30 am Gotong Royong Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan

- Memasak- Mengemas

Jamuan Semua

peserta

Page 10: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

Memasak akan diketuai oleh AJK jamuan dengan menu yang telah dirancang

12.00 pm Makan tengah hari Semua warga Pusat Jagaan Siti Nor Aini dan peserta menjamu selera

Jamuan Semua

warga pusat jagaan

Peserta1.00 pm Solat berjemaah Semua warga dan

peserta akan solat berjemaah ( lelaki sahaja )

Semua peserta lelaki muslim

Warga Pusat Jagaan Siti Nor Aini

1.30 pm Ketibaan dato pengetua

Dato akan makan tengahari bersama vip

Protokol Program

2.00 pm Bacaan doa Bacaan doa oleh saudara Shawal

Program Protokol

2.05 pm Ucapan Ketua Program

Ucapan penutupan program oleh Ketua Program

Program Protokol

2.10 pm Ucapan Pengurus Pusat Jagaan

Ucapan penutupan program oleh Pengurus Pusat Jagaan Siti Nor Aini

Program Protokol

2.15 pm Ucapan Dato Pengetua

Ucapan penutupan program oleh Dato Pengetua KTHO

Program Protokol

2.25 pm Persembahan kebudayaan

( Tarian & nyanyian )

Persembahan nyanyian dan tarian dari kebudayaan KTHO

Program

2.45 pm Sesi karaoke Sesi karaoke bersama penghuni Pusat Jagaan Siti Nor Aini

Program

3.00 pm Penyampaian Usher akan mengiringi Teknikal

Page 11: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

cenderamata Dato / Ketua Program ke hadapan untuk memberi hadiah dan cenderamata kepada Pengurus Pusat Jagaan Siti Nor Aini

Protokol

3.30 pm Pulang ke UKM Semua peserta akan pulang menaiki bas

Basikal akan dibawa oleh lori

Semua peserta

2.8 BELANJAWAN

Belanjawan pos jamuan

Menu Pagi:

- Makanan disediakan oleh pihak cafe - Bihun goreng dan air teh o panas - Bungkusan roti krim dan air minuman

Tengah hari:- Masak di rumah jagaan- Kuantiti untuk 90 orang makan- Nasi putih, kari ayam, sup sayur, buah tembikai, air oren

Bil Perkara Kuantiti Jumlah 1 Makan pagi RM 5.50 x 50 orang RM 275.002 Makanan tengah hari

- Beras - Ayam - Sayur carrot, bunga kobis, broccoli,

jagung- Tembikai - Barang mentah lain:

GaramMinyak masakSerbuk kariRempah ratusBawang, kentangSantan

- Kordial oren

RM35.00 x 1 kampitRM15.00 x 10 ekor

RM50.00RM7.00 x 5kilo

RM70.00

RM12.00 x 1botol

RM35.00RM150.00

RM50.00RM35.00

RM70.00

RM12.00

Page 12: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

3 Keperluan lain:- Pinggan polisterin- Cawan polisterin- Sudu dan garpu plastik

RM10.00 x 2RM7.00 x 2RM7.00 x 2

RM20.00RM14.00RM14.00

Jumlah RM675.00

Gerak kerja:- Pagi disediakan oleh café- Tengah hari akan mula masak sama dengan aktiviti gotong royong- 10 orang memasak

3.0 LAWATAN KE PUSAT JAGAAN SITI NOR AINI

Pada 6 Disember 2014, bertempat di Pusat Jagaan Siti Noraini,Kajang Selangor, seramai

33 pelajar Kolej Tun Hussien Onn Universiti Kebangsaan Malaysia bersama pegawai iringan

telah membuat lawatan mesra dan gotong-royong membersihkan rumah tersebut.

Pada jam 7.30 pagi,dimulakan dengan kayuhan amal ke pusat jagaan Siti Noraini .

Dalam pukul 10.00 kami tiba di Pusat Jagaan tersebut, dan dimulakan dengan kerja-kerja

gotong-royong seperti membersihkan kawasan sekitar dan dalam rumah, mengemas barang-

barang penghuni dan memasak untuk makan tengah hari. Para pelajar yang terlibat juga

mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan penghuni di rumah tersebut.

Program ini berakhir pada jam 5 petang dengan penyampaian cenderamata dari pihak

kami. Pengasas rumah tersebut mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan yang dibuat

dan mengharapkan kunjungan serta bantuan seumpama ini dapat diberikan lagi bagi memberi

keceriaan kepada para penghuni

Page 13: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

3.1 Nilai dan Pengajaran

Antara Objektif-objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan rasa

simpati, kasih sayang dan keprihatinan kita serta memberi khidmat sokongan moral

kepada warga emas. Selain itu juga, program ini dapat menanamkan rasa syukur kepada

Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan

kurang bernasib baik.

Selain itu juga, ketika kami sampai pihak pengurusan Pusat Jagaan Siti Noraini

telah menyediakan sedikit jamuan ringan buat kami. Hal ini membuatkan kami rasa dirai

dan dialu-alukan. Sememangnya, tetamu perlu diraikan dan itulah yang dipraktikkan oleh

pihak mereka. Sementara setelah kami menyiapkan aktiviti dan bersiap untuk pulang,

mereka juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi datang serta mengajak kami

untuk berkunjung lagi di rumah mereka itu. Jadi, nilai meraikan tetamu dan menghargai

orang lain dapat kami pelajari di Pusat Jagaan Siti Noraini Sementelahan itu, kami boleh

melihat sendiri keadaan warga tua di rumah jagaan itu. Ada yang terlantar di atas katil,

ada yang hanya boleh duduk di atas katil ada yang berkerusi roda. Hal ini memberi

pengajaran kepada kami untuk memanfaatkan masa muda kami untuk melakukan aktiviti

yang bermanfaat sebelum semua tenaga dan daya kami tiada.

Seterusnya, pada masa sama ketika kami berprogram, datang dua orang insan

yang baik hati yang bergelar dato dan datin datang ke rumah jagaan warga tua itu bagi

menyampaikan sedikit sumbangan. Hal ini menunjukkan perlunya kita untuk bersifat

rendah diri, pemurah dan menolong orang lain meskipun kita di kedudukan yang tinggi.

Di samping itu, memberi pertolongan dan membuat baik tidak hanya berhenti setelah kita

pencen bahkan selagi kita termampu memandangkan insan yang bergelar dato itu telah

bersara dari pekerjaannya namun beliau masih turun di medan masyarakat bagi memberi

apa yang termampu.

Bagi membolehkan sesebuah program berjalan dengan lancar ialah dengan

merancang dan mempunyai organisasi yang efektif. Kami telah membuat pembahagian

kerja dan menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya. Hasilnya, tidak banyak

Page 14: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

masalah ketika program diadakan kerana persiapan rapi telah dilakukan. Jadi, untuk

memastikan setiap apa yang kita lakukan berjalan lancar, kita perlu untuk membuat

persiapan, bersedia dengan masalah yang bakal berlaku dan menyediakan perancangan

lain jika mempunyai masalah. Selain itu, kami juga belajar untuk bekerja berkumpulan,

cara komunikasi dan sifat kepimpinan.

Kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara para pelajar dengan

penghuni rumah tersebut. Kami bersama-sama bergotong-royong mengemas sekitar dan

dalam rumah tersebut supaya rumah tersebut kelihatan kemas dan ceria. Kedatangan

kami juga menjadi pengubat kerinduan warga emas di Pusat Jagaan Siti Noraini kerana

ada segilintir daripada mereka telah lama tidak bertemu dengan ahli keluarga yang

disayangi dan dirindui

Nilai yang kami perolehi dari program ini adalah nilai kasih sayang dan kesabaran

diantara pekerja dan warga emas tersebut.Jika ayah dan ibu gembira apabila anak-anak

membesar dengan sempurna, kalau guru-guru mahukan anak murid menjadi pandai

sebagaimana yang diajar, tapi bagi pekerja disana? mereka gembira apabila kesakitan

insan yang dijaga dapat dikurangkan dan kembali hidup seperti biasa. Nilai yang kami

perolehi dari program ini adalah nilai kerjasama iaitu ketika bergotong-royong

membersihkan kawasan rumah tanpa mengenal latar belakang dan kaum diantara pelajar

dan juga pekerja di Pusat Jagaan Siti Noraini.

Dari program ini juga, kami dapat menerapkan nilai semangat bermasyarakat.

Walaupun kami terdiri daripada pelajar universiti, kami tidak terasa bebanan ketika

melakukan aktiviti bersama warga emas ini malah kami berasa bersyukur kerana diberi

peluang untuk bersama-sama bergotong-royong dirumah warga emas ini.

Page 15: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

3.2 Definisi

Terdapat berbagai definisi yang diberikan kepada warga emas. Di antaranya ialah,

"Warga tua ialah warga yang berusia melebihi 60 tahun. Warga tua juga lebih dikenali

sebagai 'warga usia emas'. Manakala Sabitha (1996) di dalam rencananya yang bertajuk

'Penelitian ke atas perkembangan warga tua dalam mencapai dasar masyarakat

penyayang' pula memberikan definisi warga emas sebagai mereka yang berusia 60 tahun

dan lebih. Selain daripada itu menurut Chong (1992), sesebuah negara dikatakan

menghadapi masalah penuaan penduduk sekiranya kadar penduduk yang berusia 65 tahun

dan ke atas melebihi kadar 7%. Melihat kepada berbagai definisi yang diberikan oleh

beberapa penulis, di sini dapat disimpulkan bahawa warga emas merupakan warga usia

emas di dalam lingkungan umur antara 60 tahun dan ke atas.

3.3 Siapakah Mereka (warga emas) di Mata Masyarakat?

Soalan ini patut ditujukan kepada semua. Ini adalah kerana semua peringkat

lapisan masyarakat mempunyai peranan tertentu di dalam menjaga kebajikan mereka agar

tidak diabaikan. Siapa mereka di mata kita adalah bergantung kepada tanggapan dan

pandangan kita terhadap mereka. Adakah mereka merupakan bebanan atau

tanggungjawab kepada kita? Tepuk dada, tanyalah selera! Walau bagaimanapun, sebagai

seorang yang beragama, bertanggungjawab dan prihatin serta mempunyai sifat

kemanusiaan, kita perlulah menjaga kebajikan mereka. Ini adalah kerana tanpa kita

siapalah mereka (merujuk kepada kehidupan mereka sekarang yang mana mereka amat

memerlukan kita kerana mereka tidak lagi terdaya menguruskan diri). Di dalam usia yang

lanjut dan tidak berkeupayaan, mereka amat memerlukan kita di samping mereka di

dalam menguruskan hari-hari yang mendatang.

Page 16: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

3.4 Faktor-faktor Pengabaian Warga Emas

Kenapa warga emas di negara ini diabai dan dibiarkan tanpa jagaan yang

sempurna terutamanya oleh kaum keluarga terdekat? Antara faktor-faktor pengabaian

warga emas di negara ini ialah kerana:

a) Kesibukan tugas harian terutamanya anak-anak di dalam mencari kesenangan hidup.

Mereka lebih mementingkan kerjaya dan kemewahan hidup lebih daripada ibu bapa

sendiri. Ada di antara anak-anak hanya pulang menjenguk ibu bapa hanya setahun sekali

iaitu pada hari perayaan dan jarang sekali bertanya khabar serta keperluan mereka.

b) Anak-anak merasakan satu bebanan jika sekiranya tumpuan yang lebih diberikan kepada

ibu bapa mereka. Ramai juga anak-anak menganggap adalah menjadi satu perkara yang

leceh menjaga orang tua kerana mereka mempunyai banyak kerenah mungkin disebabkan

oleh faktor sakit mental, lupa ingatan dan sakit tua.

c) Keluarga terdekat merasakan bukan menjadi tanggungjawab mereka menjaga warga

emas kerana ada di antara warga emas ini masih mempunyai anak-anak yang mampu

menjaga kebajikan mereka. Terlalu ghairah mengejar kemajuan tanpa mengambil kira

warga emas yang sudah tidak berkeupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan

negara. "Masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan daripada nilai

kasih sayang. Gangguan emosi, pengabaian, ketidakselesaan dan perselisihan faham

dengan keluarga menjadi punca warga tua memilih untuk tinggal di institusi kebajikan

kerajaan." (Wan Muhd. Zaini, 1999).

3.5 Kesan Kepada Warga Emas

Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup

bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian warga emas ini dibiarkan

berlanjutan. Antara kesan-kesan tersebut ialah:

Page 17: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

a) Kesan terhadap diri warga emas itu sendiri. Warga emas yang diabaikan akan menyesali

kehidupan hari tuanya. Beliau juga akan merasa tertekan yang mana hasilnya akan

membawa kepada aktiviti yang di luar jangkaan seperti membunuh diri. Beliau juga

akan menyesali akan pengorbanan yang telah dilakukan serta sumbangan yang diberikan

kepada keluarga dan masyarakat.

b) Kesan terhadap institusi kekeluargaan di mana akan hilang rasa hormat sesama sendiri.

Masing-masing membawa haluan yang memberi kebaikan kepada diri sendiri. Ini dapat

kita lihat di dalam sesebuah keluarga yang mana setiap anggotanya sibuk membawa

haluan masing-masing dalam mengejar aktiviti dunia. Warga emas di dalam keluarga

tersebut akan terpinggir. Keperluannya diabaikan serta keluhan serta rintihannya tidak

didengari. Akibatnya akan hilang rasa hormat terhadap mereka.

c) Kesan terhadap masyarakat. Masyarakat akan memandang warga emas ini sebagai

bebanan dan bukan lagi sebagai tanggungjawab. Mereka akan melabel warga emas

sebagai warga yang suka berleter dan membebel oleh kerana teguran-teguran mereka

yang bersifat memberi peringatan dan nasihat. Akibatnya segala pendapat dan

pandangan mereka tidak diendahkan.

4.0 KESIMPULAN

Sememangnya, berbuat baik dan cakna kepada orang lain sangat dituntut dalam semua

agama kerana nilai ini akan membentuk masyarakat yang saling membantu serta mewujudkan

suasana yang harmoni dan tenang. Program di rumah jagaan warga tua ini telah memberi

peluang kepada para pelajar untuk berbakti dan belajar bagaimana cara untuk berbakti kepada

masyarakat.

Oleh itu, semua pihak seharusnya menyokong dan memberi dorongan kepada para pelajar

untuk terus mengadakan program seperti ini kerana banyak pengajaran dan pengalaman yang

bernilai yang dapat diambil sepanjang program sehari di rumah jagaan warga tua ini. Jika tidak,

maka lahirlah pelajar yang tidak prihatin serta tidak tahu menghargai orang lain. Justeru,

program seperti ini sepatutnya perlu diadakan agar pelajar dapat mempelajari nilai dari pelbagai

Page 18: User · Web view3.5 Kesan Kepada Warga Emas Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian

aspek yang dapat diaplikasikan sepanjang kehidupan seperti kepimpinan, menyelesaikan masalah

serta komunikasi efektif dengan orang lain.

5.0 RUJUKAN

I. Keprihatinan yang Luntur Terhadap Warga Emas,

http://ir.uitm.edu.my/11562/1/AJ_SURINA%20NAYAN%20JI%2006.

II. Pandangan Warga Tua di Rumah Warga Tua,

http://eprints.uthm.edu.my/3996/1/PANDANGAN_WARGA_TUA_DI_RUMAH_WAR

GA_TUA.pdf

III. Jurnal Kebajikan Masyarakat Vol. 37 Jun 2011 ,

http://jkm.pahang.gov.my/index.php/berita-2/arkib/keratan-akhbar/210-penerbitan/413-

jurnal-kebajikan-masyarakat-vol-37-jun-2011