bil: 45 / 2008

32
1 BeritaUKUR Julai-Disember 2008 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 45 JULAI - DISEMBER 2008 ISSN 0128-0414 BeritaUKUR Julai-Disember 2008 1 H ari Kualiti, atau Hari Q, merupakan acara penting dalam kalendar setiap agensi sektor awam pada setiap tahun. Ianya merupakan satu manifestasi anggota perkhidmatan awam kepada komitmen seharian dalam memastikan kerja yang dihasilkan sentiasa berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. JUPEM telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 yang telah diadakan pada 27 November 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian Kadaster, Ibu Pejabat JUPEM bertajuk “Pengeluaran Pelan Hak Milik Tanah Secara Hybrid”. Melalui kaedah ini, pelan hak milik tanah telah dapat dijana dalam jangkamasa yang singkat secara automasi sepenuhnya. Proses hybrid melibatkan gabungan di antara dua pangkalan data iaitu Pangkalan Data Ukur Kadaster (data vektor) dengan Pangkalan Data Imej Dokumen (data raster), membolehkan maklumat lot tanah dapat dicetak dan diwarnakan secara terus untuk setiap pelan hak milik tanah yang perlu dihasilkan. JUPEM telah berjaya mengenepikan 133 calon lain daripada pelbagai jabatan/agensi yang mengambil bahagian. Hanya 16 penyertaan yang disenaraipendekkan dan 5 daripadanya adalah pemenang Anugerah AIPA. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia adalah diantara pemenang yang disenaraikan. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia berupa hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan.

Upload: doandan

Post on 31-Dec-2016

280 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil: 45 / 2008

1 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 45 JULAI - DISEMBER 2008 ISSN 0128-0414

BeritaUKUR Julai-Disember 2008 1

Hari Kualiti, atau Hari Q, merupakan acara penting dalam kalendar setiap agensi sektor awam pada setiap tahun.

Ianya merupakan satu manifestasi anggota perkhidmatan awam kepada komitmen seharian dalam memastikan kerja yang dihasilkan sentiasa berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.

JUPEM telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 yang telah diadakan pada 27 November 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian Kadaster, Ibu Pejabat JUPEM bertajuk “Pengeluaran Pelan Hak Milik Tanah Secara Hybrid”. Melalui kaedah ini, pelan hak milik tanah telah dapat dijana dalam jangkamasa yang singkat secara automasi sepenuhnya. Proses hybrid melibatkan gabungan di antara dua pangkalan data iaitu Pangkalan Data Ukur Kadaster (data vektor) dengan Pangkalan Data Imej Dokumen (data raster), membolehkan maklumat lot tanah dapat dicetak dan diwarnakan secara terus untuk setiap pelan hak milik tanah yang perlu dihasilkan.

JUPEM telah berjaya mengenepikan 133 calon lain daripada pelbagai jabatan/agensi yang mengambil bahagian. Hanya 16 penyertaan yang disenaraipendekkan dan 5 daripadanya adalah pemenang Anugerah AIPA. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia adalah diantara pemenang yang disenaraikan. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia berupa hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan.

Page 2: Bil: 45 / 2008

2 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Penyelidikan dan pembangunan merupakan kunci utama dalam menggerakkan organisasi ke hadapan. Penyelidikan bertujuan untuk menggalakkan penerokaan idea, konsep atau teori baru dan seterusnya menjadi pemangkin kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan penciptaan yang inovatif. Manakala latihan yang didedahkan kepada kakitangan dapat memberi kesan, agar mereka lebih berfikiran kritis, kreatif dan mencabar dalam menghadapi dunia tanpa sempadan.

Pengurusan JUPEM menyokong penuh dalam usaha penyelidikan dan pembangunan di kalangan kakitangan JUPEM sejajar dengan matlamat jabatan ini untuk meningkatkan lagi kecemerlangannya. Bagi meningkatkan latihan penyelidikan dalam pembangunan warga JUPEM maka pendekatan kreatif perlu dilakukan secara berpasukan dalam kerja-kerja penyelidikan, di samping menghasilkan kertas cadangan yang merangkumi pelbagai topik. Pembelajaran melalui latihan juga penting kerana dapat memberi penekanan kepada kreativiti, ciptaan dan kajian berdasarkan penyelesaian masalah setempat di jabatan.

Budaya kualiti merupakan perkara utama, manakala penyelidikan memerlukan kerjasama daripada warga JUPEM yang mana secara tidak langsung turut membantu membina kemahiran kerja warga JUPEM. Sehubungan dengan itu, sistem ilmu pengetahuan pada masa kini harus mengutamakan keseimbangan dan inovatif. Sistem latihan di jabatan juga seharusnya, memodenkan, menguatkan dan disesuaikan atau memperluaskan infrastruktur institusinya, agar dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam penyelidikan serta pengurusan pengetahuan di jabatan.

Secara amnya, dalam konteks sosioekonomi, ia memberi amaran bahawa negara akan mengalami peningkatan risiko apabila kehilangan pekerja yang mahir, termasuk para penyelidik.

Melalui kerjasama dengan agensi luar, JUPEM boleh menggalakkan kerjasama pertukaran bahan dalam usaha menjadikan jabatan ini lebih berinovatif dan mengamalkan dasar baik serta bertukar pandangan mengenai pembangunan teknikal. Hubungan rapat antara agensi di seluruh dunia juga membolehkan kakitangan JUPEM menjalankan kajian dalam beberapa bidang tertentu dari negara lain.

Jika penyertaan dalam penyelidikan dan perundingan pelbagai bidang oleh warga JUPEM diusahakan, ini akan dapat menggalakkan mereka menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan inovasi di jabatan. Dengan itu pihak pengurusan juga dapat merancang dan memajukan aktiviti penyelidikan di jabatan, menyelaras bengkel-bengkel pengurusan untuk kakitangan dan seterusnya mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan jabatan.

Tambahan pula, kepelbagaian inovasi dan penyelidikan di jabatan dapat menawarkan persekitaran yang unik untuk warga JUPEM bertukar pandangan dan idea bagi melangkaui budaya dan rangkaian yang akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan warga jabatan ini bagi menghasilkan produk yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Pengurusan TertinggiDATUK HAMID BIN ALI

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PROF. DATO’ DR. ABDUL KADIR BIN TAIBTimbalan Ketua Pengarah Ukur dan

Pemetaan Malaysia

AHMAD FAUZI BIN NORDIN,KMN,JSMPengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)

HAJI MUHAMED KAMIL BIN MAT DAUD,KMNPengarah Ukur Bahagian (Kadaster)

Ketua PenyuntingAHAMAD BIN ZAKARIA

Timbalan Ketua PenyuntingAMRAN BIN ABU RASHID

PenyuntingMUHAMMAD HUSAINI BIN YA’COB

MURDINAH BT. ABDUL RAHIMWAN SAFINAH BT. WAN AZLAN

Pengarang/JurugambarZULKEFLE BIN ABU BAKAR

SURANI BIN LEGIMENMOHAMAD ROSLI BIN MURSIDIMOHD ZAKARIA BIN GZAZALI

Ketua Rekabentuk/PercetakanMUHAMMAT PUZI BIN AHMAT, KSD

2 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang

Detik Sejarah JUPEMPada 1 Januari 1909 Jabatan Ukor Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan dengan rasminya dan diketuai oleh seorang Pengarah Ukor.

RenunganNabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca al-Quran” (Riwayat al-Baihaqi)

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Bangunan Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03-26170800 Faks : 603-26170990

Page 3: Bil: 45 / 2008

3 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 2 Tahun 2008 telah berlangsung pada 17 - 18 Julai 2009 bersamaan

14 – 15 Rejab 1429 di Ibu Pejabat JUPEM Jalan Semarak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia mempengerusikan mesyuarat dengan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Pengarah-pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-pengarah Ukur JUPEM Negeri dan Pengarah-pengarah Seksyen Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.

Antara agenda mesyuarat ialah Pembentangan Laporan Prestasi Setengah Tahun 2008 Bagi Bahagian Pemetaan oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan, Encik Ahmad Fauzi bin Nordin,JSM,KMN dan Bahagian Kadaster oleh Tuan

Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN. Kemudian sesi perbincangan SKT (Sasaran Kerja Tahunan), jabatan khususnya di Bahagian Pemetaan dan Kadaster dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Secara keseluruhan mesyuarat berjalan lancar seperti yang dirancang dengan pembentangan SKT kerja JUPEM yang memberangsangkan untuk kemajuan jabatan ini.

Tradisi kecemerlangan kerja di JUPEM diharap dapat diteruskan oleh warga JUPEM sebagai sumbangan untuk negara dalam bidang ukur dan pemetaan bagi menjana pembangunan sehingga tercapai wawasan yang diingini oleh kita semua rakyat Malaysia.

Mesyuarat Pengurusan Bil. 2 JUPEM 2008

3 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 4: Bil: 45 / 2008

4 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

PCGIAP 2008 ke-14 anjuran JUPEM

Mesyuarat ke-14 PCGIAP (GIS Infrastructure for Asia and the Pacific) 2008 anjuran bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan

Malaysia, The Permanent Committee on GIS Infrastructure for Asia and the Pacific (PCGIAP), The University of Melbourne dan FIO telah diadakan pada 19 - 22 Ogos 2008 bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekiar Malaysia.

Antara tajuk-tajuk pembentangan kertas kerja dalam program PCGIAP 2008 ialah:

> Position Paper on Understanding Land Administration System Ian Williamson

> Vision Paper on Spatially Enabling Society Abbas Rajabifard

> Regional ISO Metadata Profiles: Overview & Status Mr. John Henry Tom

> PCGIAP Metadata Profile Survey & Resulting Draft ISO Metadata Profile for Asia and the Pacific Dr. Sang-Ki Hong

> ANZLIC ISO Metadata Profile: Experience & Status Dr. John Hockaday

> UN Geographic Information WG (UNGIWG) ISO Metadata Profile: Experience Status and Overview of the FAQ GeoNetwork Opensource Software for Implementing the ISO Metadata Standard Mr. Jeroen Tichler

> Land Administration Trends and Issues in Fiji & Status Mr. Kameuli Masikerei

Page 5: Bil: 45 / 2008

5 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Manakala Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 3/2008 turut diadakan pada 18 Disember 2008 hingga 19 Disember 2008, selepas selesai majlis perasmian kuarters kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan.

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 3/2008, dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Hamid bin Ali, berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Tingkat 8, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 3/2008 yang dihadiri oleh semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia antara agendanya pembentangan laporan prestasi 2008 bahagian pemetaan dan kadaster serta penetapan atau perancangan sasaran kerja tahunan 2009 JUPEM.

padang mainan kanak-kanak, landskap, petak letakkenderaan dan gelanggang sukan bola tampar dan takraw.

Turut hadir, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan kakitangan JUPEM yang lain. Beliau turut memberi ucapan sempena majlis perasmian Kuarters Kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan itu.

Dengan terlaksananya pembinaan kuarters kakitangan JUPEM Labuan, kebajikan mereka telah mendapat pembelaan dan pengurusan berharap agar mereka dapat memberi perkhidmatan di sektor awam dengan lebih cemerlang.

Plat perasmian kuarters kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah ditandatangani oleh Datuk Suboh bin Mohd. Yassin semasa upacara perasmian dilangsungkan.

Perasmian Kuarters Kakitangan JUPEM

Perasmian Kuarters JUPEM Wilayah

Persekutuan Labuan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Suboh bin Mohd. Yassin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 18 Disember 2008 di Jalan Patau-patau, Kuarters JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan.

Rumah kakitangan baru, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan di atas tapak yang sama mula dibina pada 26 Jun 2006 dan siap pada 16 Oktober 2007 dengan kos pembinaan berjumlah RM 2.1 juta. Rumah tersebut mengandungi satu blok empat tingkat dengan lapan unit penginapan di atas tapak keluasan setiap unit 149.718 meter persegi. Kuarters mula diduduki oleh warga kerja JUPEM Labuan pada 1 Januari 2008.

Antara kemudahan yang terdapat dalam pembinaan kuarters kerajaan itu ialah rumah pam, pondok pengawal,

Page 6: Bil: 45 / 2008

6 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Mesyuarat Persediaan Ke-2 Kerja-kerja Ukuran Bersama Malaysia-Singapura

Mesyuarat Persediaan kali ke 2, membincangkan terma rujukan (TOR) dan skop kerja-kerja ukuran bersama

Malaysia - Singapura di sekitar Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan telah diadakan pada 29 Julai 2008 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM, Bilik Mesyuarat Tingkat 11, Wisma JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. Berikut senarai pegawai JUPEM dan agensi lain yang terlibat :

Mesyuarat itu susulan daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung dengan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura., keputusan penghakiman ICJ telah memberikan Singapura kedaulatan dan hak terhadap Pulau Batu Putih manakala Malaysia diberi hak dan kedaulatan ke atas Terumbu karang Tengah.

Persetujuan telah dicapai supaya sebuah jawatankuasa kecil teknikal ditubuhkan bagi mengatasi perjalanan kerja-kerja pengukuran bersama sebagai persediaan untuk perbincangan selanjutnya mengenai isu maritim di dalam dan sekitar Batu Putih (Petra Branca), Terumbu Karang Tengah dan Tubir Selatan.

BIL. NAMA JAWATAN ORGANISASI1. Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali,DIMP,KMN,PMC, PJC Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan JUPEM2. Encik Ahmad Fauzi bin Nordin,JSM,KMN Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) JUPEM3. Encik Haznah bin Md. Hashim Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Luar Negeri4. Datin Almalena Sharmila bt. Dato' Dr. Johan Timbalan Ketua Bahagian Hal Jabatan Peguam Negara Ehwal Antarabangsa5. Encik Abd. Rahim bin Hussin Setiausaha Bahagian Dasar Bahagian Keselamatan Negara, JPM Keselamatan Maritim 6. Kapt. Zaim bin Hassan Pengarah Hidrografi Pusat Hidrografi Nasional, TLDM 7. Encik Tan Ah Bah, AMN Pengarah Ukur Seksyen JUPEM (Ehwal Persempadanan) 8. Puan Suraya binti Harun Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara9. Kdr. Khairul Anuar bin Mohd Sapun Pegawai Staf 1 (Hidrografi) Pusat Hidrografi Nasional, TLDM10. Left. Kdr. Ramli bin Johari Pegawai Staf 2 (Hidrografi Rancang) Pusat Hidrografi Nasional, TLDM11. Encik Shaffri bin Bahaudin Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar12. Dr. V.R.Vijayan Ketua Pegawai Kajibumi (Marine Geology) Jabatan Mineral dan Geosains13. Encik Ahmad Aznan bin Zakaria Ketua Penolong Pengarah Ukur (Ehwal Persempadanan) JUPEM14. Encik David Chang Ketua Penolong Pengarah Ukur (Geodesi) JUPEM 15. Encik Soeb bin Nordin Penolong Pengarah Ukur (Geodesi) JUPEM16. Encik Zakaria bin Abdullah Penolong Pengarah Ukur (Ehwal Persempadanan) JUPEM

6 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 7: Bil: 45 / 2008

7 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin

Taib, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima anugerah Special Achievement in GIS 2008, sempena dengan persidangan GIS antarabangsa iaitu 28th Annual ESRI International User Conference bertempat di San Diego, California, US yang berlangsung pada 4 – 8 Ogos 2008 yang lalu.

Anugerah ini diterima berikutan kejayaan kerja-kerja Utiliti di JUPEM yang menggunakan perisian ArcGIS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan melayakkan JUPEM menerima anugerah Special Achievement in GIS 2008 daripada ESRI USA.

Projek-projek GIS yang telah dilaksanakan di dalam bidang pemetaan utiliti JUPEM, khususnya untuk pembentukan model Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan dengan

Pelancaran Rakan 5S

Amalan 5S di jabatan dapat mempertingkatkan produktiviti. Kejayaan pelaksanaan 5S akan

membawa banyak perubahan, antaranya semua item yang tidak diperlukan dibuang dari tempat kerja, hanya yang diperlukan berada dekat dengan tempat kerja dan mesin dan kelengkapan menjadi bersih dan bersinar.

Bagi merealisasikan amalan 5S di JUPEM, Majlis Pelancaran Rakan 5S telah dianjurkan oleh JUPEM W. P. Labuan pada 16 Oktober 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM W.P. Labuan. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia memotong riben sebagai tanda perasmian pelancaran RAKAN 5S JUPEM W.P. Labuan. Beliau juga menandatangani dokumen pelancaran Rakan 5S JUPEM W.P. Labuan.

Tujuan pelancaran, Rakan 5S adalah untuk berkongsi pengalaman dan penambahbaikkan program Q jabatan dalam implementasi Amalan 5S sebagai budaya kerja yang lebih berkesan.

APA ITU 5S ?SEIRI SisihMengasingkan dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.

SEITON SusunMenyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.

SEISO SapuMembersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci agar tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.

SEIKETSU SeragamMewujudkan standard amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan standard tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa.

SHITSUKE Sentiasa Amal Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan agar menjadi kebiasaan dan budaya kerja organisasi.

menggunakan perisian ArcGIS telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui anugerah GIS yang diterima oleh jabatan pada tahun ini.

Jabatan ini telah lama menggunakan perisian ArcGIS dari Amerika Syarikat dalam kerja-kerja pemetaan utiliti, di mana data-data pemetaan, kadaster dan gambar udara digunakan bersama dalam penyediaan Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan berskala 1: 1 hingga 1:500 bagi mendapatkan data yang lebih banyak atau menyeluruh (detail) yang diasaskan dari lembar-lembar peta topografi berskala 1: 25,000 dan 1:50,000.

Mengimbas kembali penggunaan perisian ArcGIS di JUPEM pada masa lalu, perisian ini juga digunakan di Seksyen FMS (Fast Mapping System) dan Seksyen Kartografi. Pada tahun 2008, Seksyen Kartografi telah berjaya memenangi anugerah GIS ini.

Anugerah Antarabangsa GIS 2008

Page 8: Bil: 45 / 2008

8 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Hari Kualiti, atau Hari Q, merupakan acara

penting dalam kalendar setiap agensi sektor awam pada setiap tahun serta merupakan satu manifestasi anggota perkhidmatan awam kepada komitmen seharian dalam memastikan

kerja yang dihasilkan sentiasa berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.

Sambutan Hari Kualiti peringkat kementerian pada tahun 2008 memberi makna kepada warga JUPEM kerana jabatan ini memenangi anugerah dalam kategori inovasi sebagai Johan Laman WEB Terbaik dan Tempat Ketiga Anugerah Peneraju Kualiti Peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Kadir bin Taib menerima hadiah dan sijil kemenangan bagi pihak warga JUPEM.

Program-program kualiti termasuk Hari Q juga merupakan salah satu usaha ke arah pembudayaan kualiti yang merupakan antara kriteria yang dinilai oleh pihak MAMPU dalam lawatan inspektor untuk penggredan semua Kementerian melalui Sistem Star Rating (SSR).

Sehubungan dengan itu, JUPEM terlibat bersama-sama agensi dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam Sambutan Hari Q peringkat kementerian pada 6 - 7 November 2008 bertempat di Dewan Baiduri NRE. Manakala majlis perasmian pada 6 November 2008 telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

YB. Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia turut mengunjungi program-program yang dianjurkan sepanjang Hari Q peringkat kementerian NRE Tahun 2008. Antara program yang diadakan sempena sambutan Hari Kualiti 2008 ialah Pelancaran Portal NRE, persembahan dikir barat 5S, penyampaian hadiah kualiti kepada pemenang-pemenang, pameran pelbagai agensi dan mini konvensyen 5S NRE. Aktiviti pameran diadakan di Dewan Marjan, NRE.

Antara ciri-ciri seorang penjawat awam yang berkualiti adalah mempunyai wawasan, komited, bijak membuat keputusan, mengerak serta berupaya memberi dorongan sama ada kepada rakan lain mahupun kakitangan bawahan. Di samping itu, kebolehan mengelola, disiplin diri yang tinggi, bersikap proaktif dan inovatif, mempunyai “sense of urgency” serta mampu menjalin kerjasama yang harmoni dan mesra akan melengkapkan lagi sifat-sifat penjawat awam yang cemerlang.

JUPEM penerima Anugerah Hari Q 2008

8 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 9: Bil: 45 / 2008

9 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Undang-undang tanah di Malaysia pada umumnya berasaskan Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh

penjajah British. Undang-undang ini dilaksanakan melalui Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). KTN berkuatkuasa di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak. Sistem ini berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan sempena nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858.

Sehubungan dengan itu, delegasi dari Iran seramai 11 orang telah melawat JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2008 bagi meninjau dan mendapatkan maklumat, kejayaan negara ini dalam penggunaan Sistem Torrens di negara ini. Taklimat kepada pelawat telah disampaikan oleh Pengarah Ukur JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Hassan bin Jamil. Skop taklimat tertumpu kepada ukur kadaster dan aktiviti ukur dan pemetaan secara umum di jabatan ini.

Para delegasi dibawa melawat kerja-kerja suntingan di JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas sesi taklimat dan soal jawab selesai. Pelawat juga tertarik dengan hasil kerja-kerja ukur kadaster yang telah dilaksanakan oleh JUPEM seperti pengeluaran geran-geran tanah kepada orang ramai oleh pihak pejabat tanah di negara ini melalui Sistem Torrens.

Kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut :

1 Setiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas dan dijamin oleh kerajaan. Dokumen hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan yang melibatkan tanah tersebut.

2Setiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu.

3Hakmilik tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian tidak boleh disangkal.

Lawatan Delegasi IRAN

Page 10: Bil: 45 / 2008

10 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

RING

KASA

N AN

ALIS

IS K

EPUT

USAN

PEP

ERIK

SAAN

PEN

ILAIA

N TA

HAP

KECE

KAPA

N (P

TK) B

IL.2

TAHU

N 20

08

Kem

ente

rian

: Kem

ente

rian

Sum

ber A

sli d

an A

lam

Sek

itar

Jaba

tan/

Agen

si : J

abat

an U

kur d

an P

emet

aan

Mal

aysia

UMUM

KHUS

USKE

PUTU

SAN

JAW

ATA

NBI

LG

RED

TKBI

L.C

ALO

N M

OHO

N

BIL.

CAL

ON

TIDAK

HADI

R

JUM

LAH

CAL

ON

BIL.

CAL

ON

ARAS

IV

BIL.

CAL

ON

ARAS

III

BIL.

CAL

ON

ARAS

II

BIL.

CAL

ON

ARAS

I

BIL.

CAL

ON

ARAS

IV

BIL.

CAL

ON

ARAS

III

BIL.

CAL

ON

ARAS

II

BIL.

CAL

ON

ARAS

IBI

L.C

ALO

N M

OHO

N

BIL.

CAL

ON

TIDAK

HADI

R

JUM

LAH

CAL

ON

%

%

%

%

%

%

%

%

CAT

ATAN

1 J

URUU

KUR

J41

1 47

2

45

0

7

7

31

61

0 61

0

8

1

4 3

9

0.0%

15

.6%

15

.6%

0.

0%

13.1

%

23.0

%

63.9

%

2 P

EMBA

NTU

J36

3 38

0

38

0

8

14

16

21

0 21

0

0

0

2

1

TEKN

IK U

KUR

0.

0%

21.1

%

36.8

%

42.1

%

0.

0%

0.0%

0.

0%

100.

0%

1

203

1 20

2 4

10

0 7

2 2

6 20

3 1

202

4

86

65

47

3 P

EMBA

NTU

J29

2.0%

49

.5%

35

.6%

12

.9%

2.0%

42

.6%

32

.2%

23

.3%

TEKN

IK U

KUR

2

5 0

5 0

5

0

0

3

0 3

0

1

2

0

0.

0%

100.

0%

0.0%

0.

0%

0.

0%

33.3

%

66.7

%

0.0%

4 JU

RUTE

KNIK

J2

2 3

48

0 48

1

1

2 7

2

8 32

2

30

0

1

3

26

2.

1%

25.0

%

14.6

%

58.3

%

0.

0%

3.3%

10

.0%

86

.7%

1 51

1 4

507

61

356

67

23

385

7 37

8 6

16

9 10

7 9

6

5 JU

RUTE

KNIK

J1

7

12

.0%

70

.2%

13

.2%

4.

5%

1.

6%

44.7

%

28.3

%

25.4

%

2

141

0 14

1 9

4

6 6

1 2

5 12

9 2

127

0

48

54

25

6.

4%

32.6

%

43.3

%

17.7

%

0.

0%

37.8

%

42.5

%

19.7

%

1

6 0

6 0

5

1

0

6

0 6

0

3

1

2

6 P

EMBA

NTU

N17

0.0%

83

.3%

16

.7%

0.

0%

0.

0%

50.0

%

16.7

%

33.3

%

PE

NERB

ITAN

2 1

0 1

0

0

1

0

1 0

1 0

0

1

0

0.0%

0.

0%

100.

0%

0.0%

0.0%

0.

0%

100.

0%

0.0%

1 7

0 7

0

6

0

1

3 0

3 0

2

1

0

7 P

EMBA

NTU

N17

0.0%

85

.7%

0.

0%

14.3

%

0.

0%

66.7

%

33.3

%

0.0%

TA

DBIR

STO

R

2 6

0 6

1

5

0

0

2 0

2 0

2

0

0

16.7

%

83.3

%

0.0%

0.

0%

0.

0%

100.

0%

0.0%

0.

0%

JU

MLA

H

10

13

7 10

06

76

550

2

30

150

84

6 12

83

4 1

0 3

20

248

2

56

7.6%

54

.7%

22

.9%

14

.9%

1.2%

38

.4%

29

.7%

30

.7%

Page 11: Bil: 45 / 2008

11 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Pertemuan rasmi yang ke-29 antara pengarah-pengarah bagi projek penentuan dan penetapan sempadan

bersama antara Malaysia dan Thailand di dalam mesyuarat 29th Discussion Of Co-Project Directors On The Joint Malaysia – Thailand Land Boundary Demarcation And Survey telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2008.

Perbincangan yang diadakan di Melaka itu bertujuan untuk membentangkan pencapaian dan memantau kerja-kerja penentuan dan penetapan sempadan Malaysia – Thailand yang dilaksanakan secara bersama oleh kedua-dua negara. Ia juga bertujuan untuk menyelesaikan isu-isuyang timbul semasa kerja-kerja pengukuran dijalankan,

berdasarkan laporan teknikal daripada kedua-dua pasukan.

Selain itu, perbincangan tersebut juga bertujuan untuk membuat persediaan bagi mengadakan mesyuarat berhubung hal ehwal persempadanan antarabangsa bagi negara Malaysia dan Thailand. Laporan pencapaian dan penyelesaian isu yang telah dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua negara di dalam perbincangan yang ke-29 itu akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Persempadanan Antarabangsa Malaysia – Thailand tersebut.

Perbincangan Ke-29 Pengarah - Pengarah Persempadanan Bersama Malaysia - Thailand

Warga JUPEM mengucapkan tahniah kepada Pengarah Ukur Bahagian

Pemetaan JUPEM, Encik Ahmad Fauzi bin Nordin di atas pengurniaan darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada beliau sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Al-haj dari Terengganu, pada 20 Ogos 2008, bersamaan 18 Syaaban 1429H.

Beliau merupakan seorang daripada 91 penerima pingat JSM yang telah menerima kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2008. Penganugerahan ini merupakan

Pegawai Kanan JUPEM terima pingat JSM

pengiktirafan ke atas sumbangan dan jasa beliau sama ada di peringkat jabatan mahu pun di peringkat antarabangsa.

En. Ahmad Fauzi bin Nordin adalah seorang yang berpengalaman dan berdedikasi dalam kerjayanya. Pengalaman beliau dalam pelbagai jawatan telah bermula pada tahun 1978, iaitu ketika lantikan pertama beliau sebagai Juruukur Latihan di Jabatan Ukur Terengganu. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) pada tahun 2004 sebelum dilantik ke jawatan sekarang. Beliau yang kini memegang jawatan Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) semenjak tahun 2002 telah banyak memberi sumbangan kepada jabatan.

Page 12: Bil: 45 / 2008

12 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 JUPEM dan Anugerah Khas KPUP 2007 telah

disempurnakan oleh Y.B. Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 4 Julai 2008. Majlis yang dihadiri seramai kira-kira 500 orang jemputan itu telah dilaksanakan di Dewan Utama, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Di dalam ucapan perasmian, Y.B. Menteri NRE turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada 382 orang kakitangan JUPEM yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan juga kepada 5 orang penerima Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) bagi tahun 2007. Beliau turut meluahkan rasa bangga dan kagum di atas pencapaian jabatan dalam usaha meningkatkan delivery system jabatan dengan memperkenalkan sistem dan cara kerja yang lebih inovatif dan berkesan.

Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia turut menyampaikan ucapan aluan kepada semua yang hadir serta merakamkan ucapan terima kasih kepada YB. Menteri NRE di atas kesudiannya untuk hadir dan merasmikan majlis tersebut. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap semua kakitangan jabatan dapat mengekalkan prestasi kerja masing-masing.

Beliau berharap agar kakitangan jabatan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi kini yang terlalu pantas. Beliau juga berharap jabatan ini dapat meningkatkan modal insan yang baik di kalangan kakitangan di semua peringkat jawatan, sekaligus dapat meningkatkan perkhidmatan jabatan kepada orang awam dari masa ke semasa.

Majlis APC JUPEM 2008

12 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 13: Bil: 45 / 2008

13 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Pasukan Kerja Teknikal Pelantar Benua, JUPEM telah membuat pemeriksaan teknikal sebagai persiapan

kerja-kerja pengukuran di bawah projek Cruise 5 Malaysia Marine Research Survey (MyMRS) di Kota Kinabalu, Sabah. Persiapan tersebut merupakan prosedur yang dilakukan bagi memastikan perlaksanaan Cruise 5 MyMRS berjalan dengan lancar.

Kapal M.V. Teknik Perdana yang digunakan bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran itu telah tiba di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Julai 2008 untuk pemeriksaan tersebut, sebelum memulakan kerja-kerja pengukuran pada 24 Julai 2008. Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan Cruise 5 MyMRS dilaksanakan dengan rapi dan teratur, satu Kick-off Meeting bagi Cruise 5 MyMRS telah diadakan pada 21 Julai 2008 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat dan persiapan Cruise 5 MyMRS yang diadakan itu turut dihadiri oleh En. Tan Ah Bah, Pengarah Ukur Seksyen (Ehwal Persempadanan) merangkap Ketua Pasukan Kerja Teknikal Pelantar Benua dan Y.Bhg. Dato’ A. Bakar bin Jaafar, Penasihat Jawatankuasa Pelantar Benua Malaysia.

Pemeriksaan Pelaksanaan Cruise 5 MyMRS

13 BeritaUKUR Julai-Disember 2008 13 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 14: Bil: 45 / 2008

14 BeritaUKUR Julai-Disember 200814 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Cerapan Anak Bulan Ramadan

Seramai lapan orang pegawai dari Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur telah turut serta dalam

aktiviti cerapan anak bulan Ramadan bersama-sama pegawai dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWAHAR) dan beberapa agensi yang lain pada 31 Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban 1429H. S.S Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengetuai cerapan anak bulan tersebut yang bertempat di Menara Kuala Lumpur.

Kerja-kerja persiapan untuk aktiviti cerapan anak bulan itu telah dimulakan seawal jam 5.00 petang dan cerapan berakhir kira-kira jam 7.41 malam. Mengikut kiraan rukyah/falak syarie, anak bulan boleh dilihat kira-kira 21 minit selepas matahari terbenam pada hari tersebut. Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu 1 Ramadan 1429H telah ditetapkan pada hari Isnin bertarikh 1 September 2008.

Page 15: Bil: 45 / 2008

15 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Lawatan delegasi Vietnam seramai enam orang pegawai dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Vietnam (DOSMV) ke

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pada 25 – 26 Ogos 2008 menunjukkan kejayaan JUPEM di peringkat antarabangsa. Walaupun masa terhad, lawatan delegasi Vietnam ke JUPEM amat bermakna kerana mereka dapat mempelajari bagaimana perlaksanaan kerja-kerja ukur terutama yang berkaitan dengan amalan perundangan negara Malaysia yang termaktub dalam undang-undang Kanun Tanah Negara (KTN) bagi kerja ukur kadaster dan kerja ukur topografi.

Enam pegawai DOSMV terdiri dari Encik Le Minh Tan (Deputy of Director General of DOSMV), Encik Nguyen Dinh Dong (Deputy Chief of Planning and Finance Division), Encik Nguyen Van Bay (Deputy Chief of Legislation Division), Miss Do Thu Thuy (EXPERT), Miss Do Thi Ha (Deputy Chief of Technology and Assessment) dan jurubahasa Encik Huat Huu Vu Trung (Kedutaan Vietnam).

Sesi taklimat lawatan telah dipengerusikan oleh Encik Ahamad bin Zakaria (PUS S3P), taklimat telah disampaikan oleh Encik Latif dari Seksyen Pangkalan Data (SPD), JUPEM, manakala Brig. Jeneral Dato’ Mior Safian bin Saidin dari Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM turut memberi taklimat berkaitan pemetaan pertahanan.

Sebelum sesi lawatan teknikal delegasi DOSMV dibawa berkunjung dengan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan (PUB), Encik Ahmad Fauzi bin Nordin. Pada pertemuan ringkas itu, PUB menyatakan perasaan amat berbesar hati

Jabatan Ukur dan Pemetaan Vietnam (DOSMV)

Lawatan

di atas kehadiran delegasi dari Vietnam. Di samping itu, delegasi Vietnam juga menyatakan hasrat ingin mempelajari dari JUPEM berkenaan amalan dalam bidang kerja ukur terutamanya berkaitan dengan kerja ukur topografi dan kadaster.

Pada sesi lawatan teknikal delegasi telah dibawa melawat beberapa seksyen di JUPEM iaitu di Seksyen SPD, Kartografi, Percetakan Peta dan JUPEM WPKL/Putrajaya. Delegasi juga dibawa melawat Bahagian Geospatial Pertahanan. Pada keesokan hari pelawat diberi taklimat amalan kerja ukur kadaster oleh Encik Ismail bin Harun pegawai Seksyen Penyelarasan Kadaster dan beberapa pegawai lain JUPEM.

Sesungguhnya lawatan delegasi DOSMV ini memberi makna yang besar kepada JUPEM. Penggunaan perisian dan perkakasan terkini di JUPEM serta sistem dan perundangan dalam bidang ukur dan pemetaan di negara kita menjadi tarikan kepada negara luar untuk dipelajari dan diikuti sebagai pemacu pembangunan negara.

Page 16: Bil: 45 / 2008

16 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Bil. KOPERASI JUMLAH (RM)1. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BANK RAKYAT) 2,628,069.002. Rakyat Holding Sdn. Bhd. 319,692.383. Koperasi Angkatan Tentera Berhad 161,080.004. Koperasi Sejati Berhad 150,000.005. Koperasi Kakitangan Felda Berhad (FELKOP) 144,563.476. Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) 101,973.037. Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) 93,381.438. Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) 68,418.789. Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Nasional Berhad (KOPENAS) 43,455.5710. Koperasi KOGUMA Berhad 33,453.1511. Koperasi Pegawai-pegawai Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur Berhad 22,318.5112. Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM) 18,951.0013. Koperasi Tenaga Nasional Berhad 17,197.07 JUMLAH 3,802,553.39

Majlis juga diserikan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan penyampaian hadiah pemenang kuiz zakat on-line serta majlis berbuka puasa bersama-sama wakil-wakil koperasi dan tetamu jemputan yang hadir.

Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM) telah

menunaikan ibadat zakat sepertimana yang diwajibkan dalam syariah Islam, pada 9 September 2008 bersamaan 9 Ramadan 1429H dalam satu majlis anjuran Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi 2008 anjuran MAIWP, disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamed bin Wan Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Y.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

Pembayaran zakat perniagaan KOJUPEM berjumlah RM18,951.00 kepada Pusat Pungutan Zakat(PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diwakili oleh Encik Muhammat Puzi bin Ahmat,KSD, Pengerusi KOJUPEM. Ibadat zakat merupakan satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan apabila telah cukup syarat-syaratnya.

Zakat merupakan satu manifestasi kesyukuran hamba terhadap Allah s.w.t. atas nikmat kurniaanNya. Terdapat dua jenis zakat dalam syariat Islam iaitu:i. Zakat Fitrah : Zakat diri ditunaikan pada bulan Ramadan sebelum sambutan Aidilfitri.ii. Zakat Harta : Zakat Pendapatan, Simpanan KWSP, Emas, Perak, Perniagaan, Saham, Pertanian dan Ternakan.

Antara pembayar Zakat Perniagaan Koperasi 2008 melalui perkhidmatan PPZ seperti berikut:

Zakat KOJUPEM RM18,951.00

Page 17: Bil: 45 / 2008

17 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Pengurusan yang cekap dan baik akan memberi gambaran yang positif

terhadap imej jabatan. Melalui program Pelancaran Kaunter Tanpa Sampah dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan kaunter selaras dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 10/1991. Pengurusan kaunter amat penting kerana kaunter merupakan barisan hadapan yang dapat memberi panduan dan maklumat sewajarnya kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan jabatan ini.

Sehubungan dengan itu, Pelancaran Kaunter Tanpa Sampah telah dianjurkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 Oktober 2008 bertempat di JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan, sempena berlangsungnya Hari Q (Hari Kualiti) peringkat JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelancaran Kaunter Tanpa Sampah

Pameran Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor 2008 telah diadakan pada 10-12 Julai 2008

bertempat di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sg. Mati, Ledang. Festival ini bertemakan ‘Budaya Inovasi ke Arah Kecemerlangan Sains dan Teknologi’ dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Y.B. M. Asojan diberi penerangan mengenai produk eMap ketika berkunjung di ruang pameran JUPEM

ICT Johor 2008

Pelancaran Kaunter Tanpa Sampah bertujuan untuk mendidik warga kerja dan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan pihak JUPEM, supaya mengutamakan kebersihan setiap kali berkunjung ke kaunter jabatan kerajaan.

Festival ini merupakan aktiviti tahunan dalam Program Penggalakan Sains dan Teknologi peringkat Negeri Johor dijalankan sebagai platform bagi melahirkan ramai pelajar dengan memiliki daya kreativiti. Antara pengisian utama program yang dijalankan ialah melaksanakan 12 jenis pertandingan diantaranya Teknologi Pelancaran Roket Parachut dan Sasaran, Portable Cooking With Nature, Inovasi

Page 18: Bil: 45 / 2008

18 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Sains dan Teknologi dan sebagainya. Kehadiran Dr. Faiz bin Khalid dan Y.B. En. Asojan memeriahkan lagi majlis penutup festival pada tahun 2008 ini.

Antara objektif utama Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor ini ialah membuka perspektif yang lebih luas terhadap kepentingan bidang sains dan teknologi, sebagai tarikan masyarakat khasnya para pelajar terhadap bidang tersebut. Mereka didedahkan dengan peluang-peluang kerjaya dalam bidang ini, menerapkan unsur-unsur agama dan nilai murni dalam penggunaan atau penciptaan bahan atau peralatan berteknologi tinggi dan merangsang pelajar dan ahli masyarakat agar mempunyai kesedaran untuk bergerak seiring dengan perkembangan sains dan teknologi dalam era global masa kini.

Beberapa orang pegawai JUPEM dari ibu pejabat dan JUPEM Johor telah terlibat dalam pameran di festival ini. Seksyen Penyelarasan Dasar Kadaster dan Seksyen Geodesi turut sama memeriahkan pameran ini dengan mempamirkan peralatan dan teknologi yang digunakan dalam kerja-kerja pengukuran dan pemetaan. Turut sama dipamerkan adalah produk eMap yang merupakan peta digital telah menarik minat sebahagian besar pelawat terutama guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar Muar.

Penutupan rasmi festival ini telah dilaksanakan oleh YB. En. M. Asojan, Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Gambir. Turut hadir pegawai utama ialah Tn. Hj. Sufa’at b.

Tamin, Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tn. Hj. Ramli b. Abdul Samad, Pegawai Pelajaran Daerah Muar dan Hajah Fatimah bte. Dato’ Hj. Sairan, Pengetua SMK Tengku Mahmud.

Acara kemuncak adalah taklimat dan lawatan oleh angkasawan negara Dr. Faiz Khalid memeriahkan lagi majlis festival ini.

Sesungguhnya festival seperti ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Para pelajar sekolah didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini dalam kerja pengukuran.

Page 19: Bil: 45 / 2008

19 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Anugerah 5S 2008

JUPEM Labuan merupakan antara pengamal 5S ulung dikalangan warga JUPEM. Penerapan amalan 5S membawa banyak manfaat yang berganda kepada warga jabatan dan organisasi kerana amalan 5S terbukti telah meningkatkan kualiti tempat kerja, cara bekerja, hasil pengeluaran dan menjimatkan kos operasi dengan penglibatan semua peringkat.

Auditan Persekitaran Kualiti 5S ke atas JUPEM Labuan telah dilakukan pihak MPC pada 29 Ogos 2008 dengan penyampaian taklimat terlebih dahulu berkenaan JUPEM Labuan oleh Pengarah Ukur Negeri JUPEM Labuan Encik Che Mohamad Bakri bin Omar, ADK.

Sticker cemerlang 5S telah diperoleh dari pihak MPC setelah panel-panel berpuashati dengan amalan 5S yang telah ditunjukkan pihak JUPEM Labuan pada tahun 2008.

Semasa sesi penilaian 5S, Pegawai MPC, Tuan Hj. Mohamad Tajuddin turut memeriksa dokumentasi 5S di kuarters JUPEM W.P. Labuan bersama-sama pegawai-pegawai JUPEM Labuan.

Manakala, Timbalan Pengarah Ukur JUPEM W.P. Labuan menerima salinan sijil 5S kedua daripada Pegawai MPC setelah panel-panel selesai mengumumkan pengiktirafan kepada JUPEM Labuan sebagai pemenang 5S.

Susulan daripada kemenangan itu, agensi-agensi lain berminat melawat dan mempelajari amalan 5S yang telah diamalkan oleh JUPEM Labuan sehingga mendapat pengiktirafan dari pihak MPC pada tahun ini dan sebelumnya. Pada 11 September 2008 pegawai dan kakitangan dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan W.P. Labuan telah membuat lawatan sambil belajar ke JUPEM Labuan sempena Bengkel 5S mereka.

Manakala pada 25 September 2008 kakitangan daripada Perbadanan Labuan juga mengadakan lawatan sambil belajar terutamanya mereka ingin mengetahui amalan 5S di JUPEM Labuan seperti sistem penyimpanan dokumen jabatan. Para pelawat juga dibawa melawat bersama-sama pengarah JUPEM Labuan untuk melihat Sistem Amalan 5S dalam Bilik Stor Jabatan di ruang dokumen penurunan kuasa.

Page 20: Bil: 45 / 2008

20 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Kursus & Bengkel 5S KAIZENanjuran JUPEM

Amalan 5S merupakan langkah-langkah menjadikan persekitaran tempat kerja yang selesa, teratur,

ceria, cekap, selamat, sihat dan produktif. 5S berasaskan idea KAIZEN, jika dilaksanakan dengan jayanya akan memberikan banyak perubahan yang berkualiti, antaranya motivasi, menjimatkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan menjamin kesihatan serta keselamatan kepada warga jabatan dan organisasi.

Sehubungan dengan itu, pada 14 – 15 Oktober 2008 bertempat di Dewan Ukur JUPEM Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Kursus dan Bengkel, Amalan 5S KAIZEN Mempertingkatkan Produktiviti Organisasi telah dianjurkan oleh Bahagian Pemetaan, JUPEM dengan para peserta seramai 45 orang yang dipilih dari seksyen-seksyen dan Bahagian Pemetaan JUPEM bagi mengikuti kursus dan bengkel itu. Peserta yang hadir diberi ceramah khas dan diakhir kursus peserta di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan untuk menjalankan aktiviti 5S seperti pengauditan 5S dan perbincangan berkumpulan berkenaan amalan 5S dengan dibantu oleh pihak penceramah agar mereka boleh melaksanakan program ini apabila selesai kursus dan bengkel itu di jabatan masing-masing.

Penceramah jemputan khas ialah Tuan Haji Kassudin bin Mohd. Yassin, Principel Consultant dari Integrated KAIZEN Sdn. Bhd. telah memberi ceramah dan interaksi yang berkesan dengan para peserta kursus dan bengkel sepanjang program berlangsung selama dua hari.

Sebagai tanda kesungguhan pihak pengurusan JUPEM untuk mencapai matlamat bagi amalan 5S KAIZEN dikalangan warga JUPEM maka para peserta yang hadir telah diberi Sijil Penyertaan agar mereka lebih komited untuk mengamalkan 5S KAIZEN apabila pulang ke tempat kerja selepas menghadiri kursus dan bengkel itu.

20 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 21: Bil: 45 / 2008

21 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Seramai 30 orang kakitangan JUPEM telah menyertai Taklimat Pendokumentasian Projek JUPEM pada 15 –

18 Disember 2008 bertempat di Teluk Batik Resort, Lumut Perak anjuran Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Manakala, Pengarah Ukur Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, Encik Ahamad bin Zakaria dan Encik Amran bin Abu Rashid, Ketua Penolong Pengarah Ukur Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan bertindak sebagai koordinator Taklimat Pendokumentasian Projek JUPEM.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JUPEM terhadap metodologi penyelidikan baru serta teknik/kaedah pendokumentasian projek pembangunan/pemodenan yang telah dijalankan, khususnya dalam bidang ukur dan pemetaan di JUPEM. Matlamat program ini adalah untuk membentuk pasukan atau individu yang berupaya menjalankan penyelidikan secara efisien dalam bidang ukur dan pemetaan, serta menghasilkan dokumen-dokumen projek pembangunan/pemodenan yang lengkap sebagai rujukan terbaik dan boleh diarkibkan.

Antara modul-modul program tersebut ialah :

ASAS PENYELIDIKANPenceramah : Prof. Madya Sr. Dr. Juazer Rizal bin Abdul Hamid UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

RESEARCH DESIGNPenceramah : Prof. Madya Sr. Dr. Juazer Rizal bin Abdul Hamid UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

SISTEM PENGUMPULAN DATA GEOSPATIALPenceramah : Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Halmi bin Kamaruddin UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

BIDANG PENYELIDIKAN UKUR DAN PEMETAANPenceramah : Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Halmi bin Kamaruddin UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

KEPENTINGAN PENGURUSAN REKOD Penceramah : Prof. Madya Dr. Rusnah bin Johare UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

KONSEP PENGURUSAN REKOD Penceramah : Prof. Madya Dr. Rusnah bin Johare UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

PENDOKUMENTASIAN (PEWUJUDAN) DAN PENGURUSAN REKOD KARTOGRAFI Penceramah : Prof. Madya Dr. Rusnah bin Johare UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

PEMELIHARAAN REKOD KARTOGRAFIPenceramah : Prof. Madya Dr. Rusnah bin Johare UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

PERANCANGAN DAN CADANGAN PENDOKUMENTASIAN PROJEK PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANPenceramah : Prof. Madya Dr. Rusnah bin Johare UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM)

Taklimat Pendokumentasian Projek JUPEM

Page 22: Bil: 45 / 2008

22 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Map Asia 2008

Seminar dan pameran Map Asia 2008 telah berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2008 bertempat di Convention

Center, Kuala Lumpur, Malaysia. JUPEM dijemput menyertai seminar dan program pameran yang dianjur oleh GIS Development, India dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Antara agensi lain yang terlibat dengan program ini ialah :

1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)2. Asian Institute of Technology, Thailand3. GIS Development Sdn. Bhd. Malaysia4. Digital Globe ESRI5. Geomatika Technology6. Hewlett Packard7. MaCGDI

Manakala tajuk-tajuk pilihan seminar yang dibentang ialah :

• Spatially Enabled Government • Technology Trends• Utilities• Geospatial Information for Public Welfare• Geospatial Policies• Spatial Data Infrastructure• DigitalGlobe• AAM HATCH• Water Resources• Natural Resource Management• Web GIS• Urban and Rural Planning• Surveying and Mapping• Emerging Applications & Technology Trends• Photogrammetry, 3D Modelling & LiDAR• Disaster Management• Remote Sensing, GIS and GPS• Industry Needs & Government Policies - Issues and

Opportunities• Geospatial Capacity Building in the Asia Pacific Region

– Vision 2020

Bagi program pameran pula agensi-agensi yang terlibat terdiri daripada :

• Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)• AAM Hatch• Asian Institute of Technology• Avana Technologies• Applanix• Beijing UniStrong• CAD Focus• Credent Technology• DigitalGlobe• eAsia 2008• ERDAS• ESRI• Fugro EarthData• Furgro Spatial Solutions• OmniSTAR• Geoinformatics International• GIS Development• GEOKOSMOS• GeoEye• GeoInfo Services• Geomatika Technology• Geo-Informatics and Space Technology

Development Agency (GISTDA)• Hi – Target• Hewlett Packard• INPHO GmbH• Infoterra• Spot Image• Intergrated Geo Planning• Intergraph Corporation• KOLIDA• Magelian• Maptech (Malaysia) Sdn. Bhd.• Mystech Solution Sdn. Bhd.• MaCGDI• NZ Aerial Mapping Ltd.• One Stop Dot Com• PASCO• Precision Design Solution (M) Sdn. Bhd.• PCI Geomatics• Skyline Software Systems, Inc.• Stora Enso• SuperGEO• SuperMAP Software Co Ltd• Syarikat E.J. Motiwalla• Telekom Malaysia• Terrasolid• Universal Geomatics• Vexcel Imaging

Bagi kakitangan JUPEM yang terlibat di ruangan pameran JUPEM terdiri daripada kakitangan seksyen-seksyen berkaitan dengan kartografi, pemetaan, ukur tanah, geodesi dan perancangan, penyelidikan dan pembangunan.

22 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 23: Bil: 45 / 2008

23 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Berbuka Puasa Bersama Menteri

Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri anjuran JUPEM telah diadakan pada 18 September 2008 bersamaan

18 Ramadan 1429 Hijrah di Perkarangan Bangunan Wisma JUPEM, bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 11.00 malam.

Y.B. Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, meluangkan sedikit masa hadir bagi menyerikan lagi Majlis Berbuka Puasa bersama-sama Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan warga JUPEM yang lain.

Antara atur cara majlis ialah majlis berbuka puasa dan sembahyang tarawih berjemaah di surau dan di ruangan kantin di Wisma JUPEM. Majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi warga JUPEM dengan warga NRE secara keseluruhannya.

23 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 24: Bil: 45 / 2008

24 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Jamuan Hari Raya JUPEM

Sekitar sambutan Hari Raya JUPEM pada 21 Oktober 2008 di perkarangan bangunan CAMS, Ibu Pejabat, JUPEM

Kuala Lumpur dengan kehadiran tetamu kehormat YB. Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyerikan lagi majlis pada tahun ini. Dalam ucapan aluan sempena Jamuan Hari Raya ini, antaranya beliau amat gembira kerana dapat sama-sama warga JUPEM yang terdiri daripada berbilang kaum, bersatu padu merayakan sambutan Hari Raya tanpa mengira bangsa dan agama.

Warga JUPEM ceria dan gembira kerana pada tahun ini pihak JUPEM membuat kelainan sedikit dalam majlis sambutan Hari Raya, di mana setiap bahagian dan seksyen diberi peranan bagi menjayakan sambutan ini. Seksyen-seksyen dikehendaki menyediakan juadah jamuan raya mengikut menu-menu yang pelbagai untuk dinikmati para jemputan. Pertandingan gerai terbaik juga diadakan di mana Seksyen Percetakan Peta JUPEM dan Seksyen Pangkalan Data JUPEM memenangi hadiah hamper-hamper yang disediakan.

Dalam meraikan Majlis Jamuan Hari Raya warga JUPEM juga memberi sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim dari Asrama Baitul Ummah, Kuala Lumpur yang disampaikan YB. Menteri NRE.

24 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 25: Bil: 45 / 2008

25 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Ma’al Hijrah 1430H/2008MPeringkat Kebangsaan

Rombongan kakitangan JUPEM seramai 40 orang telah dijemput untuk menyertai sambutan Ma’al Hijrah 1430/2008

di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Disember 2008. Sambutan tahun baru dalam kalendar Islam bagi peringkat kebangsaan itu telah disertai kira-kira 2,500 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Sambutan Ma’al Hijrah disambut dua kali pada tahun 2008 kerana secara kebetulan menurut kalendar Islam tahun baru jatuh pada 10 Januari 2008 bersamaan 1 Muharam 1429 Hijrah dan 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharam 1430 Hijrah.

Sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Antara titah ucapan perasmian baginda ialah, “Baginda bertitah supaya umat Islam perlu memahami dan menzahirkan wawasan yang diamanahkan oleh Allah S.W.T melalui kitab suci al-Quran dan al-Hadis di mana Islam dan umatnya perlu memberi sinar ‘rahmatan lil a’lamin’. ”

Turut hadir pada majlis sambutan Ma’al Hijrah yang bertema “Menjana Ummah Gemilang” itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis itu, cendekiawan Islam dari Syria Dr. Wahbah Az-Zuhayli dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan pada tahun 1430H / 2008M.

Sambutan Ma’al Hijrah ini bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

25 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 26: Bil: 45 / 2008

26 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Kelas intensif ini terbuka kepada warga JUPEM yang bakal menghadapi peperiksaan PTK (Penilaian Tahap

Kecekapan) pada tahun ini yang telah diadakan secara percuma di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Pengajaran kelas telah berlangsung pada 16, 23, dan 24 Julai 2008.

Penganjuran kelas PTK untuk warga JUPEM ini bertujuan untuk membantu kakitangan JUPEM yang akan menduduki peperiksaan PTK jabatan pada setiap tahun. Peperiksaan PTK dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan awam selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap kecekapan warga kakitangan awam keseluruhannya melalui Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Tenaga pengajar bagi kelas bimbing ini terdiri daripada pegawai-pegawai JUPEM yang berpengalaman dalam modul-modul khusus dan umum berkaitan peperiksaan PTK.

Antara subjek-subjek yang diajar ialah :1. Pengurusan Kewangan2. Perintah Am Bab C (Cuti)3. Peraturan-peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib)4. Panduan / Teknik Menjawab Soalan5. Pengurusan Aset dan Stor6. Nilai dan Etika

Tenaga pengajar dari JUPEM terdiri daripada :

• En. Abd. Hamid bin Che Amat Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan

Pembangunan, JUPEM

• En. Mohamad Shaifuddin bin Salleh Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan, JUPEM

• En. Azman bin Mamat Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan, JUPEM

• En. Saufi bin Kasim Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan, JUPEM

• En. Mohd. Zaim bin Shukri Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan, JUPEM

• Tn. Hj. Jailani bin Hj. Bahari Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan, JUPEM

Peperiksaan PTK dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai

dan merupakan sebagai salah satu syarat anjakan gaji dan pertimbangan kemajuan kerjaya.

26 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Kelas PTK anjuran JUPEM

Page 27: Bil: 45 / 2008

27 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Kempen Derma Darah JUPEM Labuan

Kempen Derma Darah Sempena Hari Kebangsaan Ke-51, anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM

Wilayah Persekutuan Labuan telah dianjurkan pada 14 Ogos 2008.

Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan turut membuat lawatan bagi menjayakan Program Derma Darah anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan dan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan. Peserta derma darah juga diberi cenderahati sumbangan pihak penganjur.

Bagi menggalakkan orang ramai hadir ke program itu, Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan bersama juruhebah di konti RTM Labuan turut mempromosi kempen derma darah itu pada 31 Julai 2008, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-51 yang juga diadakan pada 14 Ogos 2008, di ruang legar Kompleks Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan.

JUPEM Labuan telah mengambil inisiatif mengadakan sesi taklimat kaunseling pada 29 Ogos 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM Labuan untuk warga kerja JUPEM Labuan. Para peserta yang mengikuti sesi taklimat kaunseling memberikan tumpuan dengan penuh minat sepanjang program berlangsung.

Kehidupan di bandar seperti Labuan penuh dengan masalah dan rintangan. Dalam usaha menjadikan warga JUPEM Labuan yang sihat, inisiatif yang diambil pihak pengurusan JUPEM Labuan dengan mengadakan taklimat kaunseling khas harus menjadi contoh kepada jabatan lain bagi memenuhi kebajikan kakitangan yang berkhidmat di jabatan masing-masing secara tidak langsung. Cadangan mewujudkan pusat kaunseling setiap jabatan perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak agar matlamat melahirkan warga kerja yang sihat akan dapat ditingkatkan lagi dengan lebih sempurna.

Aktiviti JUPEM Labuan

27 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 28: Bil: 45 / 2008

28 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Majlis Ceramah Ramadan dan Berbuka Puasa pada 23 September 2008.

Pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan menyampaikan Ceramah Ramadan kepada pegawai dan kakitangan JUPEM.

Perlaksanaan Provisional Acceptance Test (PAT) bagi projek eKadaster pada 24 hingga 25 September 2008.

Pegawai dan kakitangan JUPEM W.P. Labuan membantu pasukan core-group eKadaster membuat ujian Provisional Acceptance Test (PAT) projek eKadaster.

Pasukan core-group menyampaikan ulasan/komen selepas PAT selesai.

28 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Aktiviti JUPEM Labuan

Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-51 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung pada 31 Ogos 2008 di Dataran Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan turut disertai kontinjen dari JUPEM Labuan.

Seramai 60 orang kakitangan JUPEM Labuan telah terpilih membawa bendera JUPEM bersama-sama agensi lain bagi menjayakan sambutan pada tahun ini.

Tema sambutan Hari Kebangsaan Ke-51 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan ialah “Perpaduan Teras Kejayaan .”

Page 29: Bil: 45 / 2008

29 BeritaUKUR Julai-Disember 2008 29 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Jam Besar Khazanah Negara

Jam Besar yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur berusia 112 tahun

merupakan salah satu mercu tanda sejarah peninggalan silam yang masih digunakan setiap hari oleh warga kota terutamanya bagi melihat waktu.

Jam ini juga pada setiap tahun digunakan bagi sambutan detik tahun baru serentak dengan upacara yang dianjurkan untuk memberi erti kepada warga kota yang hadir beramai-ramai bagi menghayati tahun baru dengan keazaman baru bersama-sama pembangunan negara.

JUPEM diberi tanggungjawab menyelenggara mesin jam tersebut supaya berfungsi dengan baik seiring dengan hasrat kerajaan memelihara khazanah negara yang masih tegap berdiri bersama-sama arus pembangunan negara. Sehubungan dengan itu seramai enam orang kakitangan JUPEM terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan pada 31 Disember 2008 bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Page 30: Bil: 45 / 2008

30 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Pameran sempena Konvensyen dan Expo Astronomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Pameran Map Asia 2008 telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir b. Taib, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pengarah Ukur Seksyen Geodesi, Dr. Azhari b. Mohamed memberi taklimat kepada pelajar-pelajar semasa aktiviti cerapan di hari terbuka Kolej MARA Seremban.

Seksyen Topografi Sarawak menyertai pameran sempena Sarawak REGATTA 2008 di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak.

1-3 Ogos 2008

11-15 Ogos 2008

18-20 Ogos 2008

10-12 Okt 2008

Pameran JUPEM

30 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 31: Bil: 45 / 2008

31 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Hamid b. Ali mengiringi KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suboh b. Mohd Yassin melawat pameran JUPEM sempena Hari Q dan hari bertemu pelanggan NRE di Wisma Sumber Asli, Putrajaya.

Lawatan Y.B. Datuk Douglas Uggah Embass, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta beberapa Pengarah Agensi di bawah NRE sempena Minggu Alam Sekitar di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diberi penerangan ringkas oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang, En. Mohd. Noor b. Isa berkaitan aktiviti dan peranan JUPEM dalam bidang astronomi semasa lawatan ke tapak pameran di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

6-7 Nov 2008

20 Okt 2008

22-23 Dis 2008

Pameran JUPEM

31 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Page 32: Bil: 45 / 2008

32 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Seksyen Geodesi telah menganjurkan satu pertandingan boling di antara pegawai dan kakitangan pada 26 Julai

2008 bertempat di Flamingo Superbowl, Ampang. Seramai 36 pegawai dan kakitangan telah menyertai pertandingan tersebut dan Pengarah Ukur Seksyen Geodesi Dr. Azhari bin Mohamed juga turut mengambil bahagian.

32 BeritaUKUR Julai-Disember 2008

Pegawai dan kakitangan Seksyen Geodesi bergambar dengan PUS (Geodesi) bersama hadiah kemenangan masing-masing.

Bowling Geodesi

Pengarah Ukur (Geodesi) sedang membuat balingan strike.

Tujuan pertandingan boling tersebut adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan di Seksyen Geodesi.