NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI,
UTM
NURUL HUDA BT ADZIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004
Saya NURUL HUDA BINTI ADZIS (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT
√ TIDAK TERHAD
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
NEGERI SEMBILAN.
USTZH ARPAH BT ABD. WAHAB
Nama Penyelia
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * ** ♦
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
NO. 1 KEDAI SIMPANG JELUTONG,
BATU KIKIR, 72200
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : Nama Penyelia : UST. ARPAH BINTI ABDUL WAHAB Tarikh : 11 MAC 2004
NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM
PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI,
UTM
NURUL HUDA BT ADZIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan-nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya jelaskan
sumbernya”
Tandatangan : Nama Penuh : NURUL HUDA BINTI ADZIS Tarikh : ………………………………
11 MAC 2004
iv
DEDIKASI
Istimewa Buat Suami Yang Dicintai
Mohd Lizam bin Zakariah
Segala Pengorbanan, Ketulusan dan Doronganmu
Telah Menguntum Kejayaan Indah
Sesungguhnya di Sebalik Ijazah Yang Kugenggam
Tersirat Namamu…
Untuk Permata Hati
Ayah dan Mama
Muhammad Badrul Hisyam
Dikau Mengajar Kami Erti Kematangan dan Kesabaran
Dan Dikau Membawa Sinar Bahagia Kepada Kami
Buat Ayah dan Emak,
Adzis bin Arshad dan Asnah bt Jamal
Segala Jasa dan Pengorbanan Kalian
Hanya Allah Jua Yang Membalasnya
Kudoakan Syurga Untuk Kalian
Buat Ayah dan Ibu Mertuaku
Zakariah dan Zuraidah
Terima Kasih Kerana Menerimaku
Untuk Rakan-rakan Seperjuangan
Suka Duka Kita Kongsi Bersama,
Penat Lelah Kita Telah Membuahkan Hasilnya,
Kenang Daku Dalam Doa Kalian
Khas Buat :
Ain, Asma, Kak Faez, Lia, Zila dan Raha
Kuharap Persahabatan Kita Kan Berkekalan
v
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرمحن الرحيم
Sesungguhnya segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha
Pencipta Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. ,
kaum keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah, dengan bantuan dan pertolonganNya, dapat saya
menyelesaikan projek ini dengan jayanya bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Arpah binti Abdul
Wahab selaku penyelia projek ini. Kesabaran dan keprihatinan beliau membimbing
saya dalam menjalankan penyelidikan ini, akan dikenang. Sesungguhnya segala jasa
beliau hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Akhir kalam, salam penghargaan dan kasih sayang buat semua pensyarah,
rakan-rakan seperjuangan dan pihak yang terlibat dalam peyelidikan ini. Semoga
Allah merahmati kalian. Amin…
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar-pelajar
SPI terhadap konsep hiburan dan nyanyian dalam Islam. Kajian ini juga dijalankan
untuk mengenalpasti kesan-kesan hiburan terhadap remaja , persepsi mereka
terhadap nasyid dan peranannya dalam pembentukan peribadi remaja. Seramai 49
orang responden daripada 162 orang pelajar SPI telah dipilih secara rawak. Satu set
soal selidik telah diberikan kepada mereka untuk dijawab. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package For Social Sciences
(SPSS) dengan menggunakan kaedah pemeratusan dan min. Hasil kajian mendapati
bahawa majoriti responden tahu mengenai konsep hiburan dalam Islam. Mereka
juga berpendapat bahawa hiburan boleh menyebabkan kesan yang positif mahupun
negatif, mereka juga mempunyai persepsi yang positif terhadap nasyid dan
berpendapat bahawa nasyid dapat membentuk peribadi remaja
vii
ABSTRACT
This study was conducted to identify knowledge among SPI students toward
entertainment concept in Islam. This study also to identify an effects of
entertainment to adolescent, their perception about nasyid and its function in
developing personal of adolescent. A total number of 49 respondents from 162 SPI
students were chosen by random sampling technique by giving them a set of
questionnaire. The collected data is analyses by using software Statiscal Package For
Social Sciences (SPSS) in form of frequency and percentage. The findings showed
that majority of respondent knower about a concept of entertainment in Islam. They
also belief that entertainment can cause a positive or negative effects and their
perception about nasyid are positive. They also belief that nasyid can develop a
personal adolescent.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Judul
Pengesahan penyelia ii
Pengakuan Tesis iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstrack vii
Kandungan viii
Senarai Jadual xi
Senarai Singkatan/Simbol xii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 6
1.9 Kesimpulan 7
ix
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 Hiburan Dan Kesan-kesan Negatif 9
2.3 Nasyid 10
2.4 Konsep Nyanyian Menurut Islam 12
2.4.1 Dalil Harus Mendengar Nyanyian 13
2.4.2 Situasi-situasi Yang Merubah Hukum
Mendengar Nyanyian Dari Harus
Kepada Haram 16
2.4.3 Alat Muzik Yang Diharamkan 17
2.5 Peranan Nasyid Sebagai Media dakwah 18
2.6 Peranan Nasyid Dalam Pembentukan
Peribadi Remaja 19
2.7 Kesimpulan 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Tempat Kajian 22
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 23
3.6 Kajian Rintis 24
3.7 Analisis Data 25
3.8 Jangka Masa Kajian 25
3.9 Kesimpulan 26
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 27
4.2 Analisis Borang Soal Selidik 27
4.3 Penganalisisan Data 28
x
4.4 Analisis Data Bahagian A 28
4.5 Analisis Data Bahagian B 30
4.7 Kesimpulan 47
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Perbincangan 48
5.2.1 Konsep Hiburan Yang Dibenarkan
Oleh Islam 49
5.2.2 Kesan-kesan Hiburan Kepada
Remaja 54
5.2.3 Persepsi Remaja Terhadap
Nasyid dan Peranannya dalam Pembetukan
Peribadi Remaja 58
5.3 Rumusan 63
5.4 Cadangan Kajian 64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Kesimpulan 66
SENARAI RUJUKAN 67
LAMPIRAN A – C 69 - 77
xiSENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 30
4.4.1.2 Umur 30
4.4.1.3 Status 31
4.4.1.4 Tahun Kursus 31
4.5.1 Konsep Hiburan Dan Nyanyian Dalam Islam 32
4.5.2 Hukum Asal Sesuatu Perkara Adalah Harus 33
4.5.3 Hiburan Kini Tidak Menepati Dengan Konsep Yang Disyariatkan 34
4.5.4 Nasyid Menepati Syariat Islam 35
4.5.5 Islam Mengharuskan Hiburan Kepada Umatnya 36
4.5.6 Penggunaan Sesetengah Alat Muzik Adalah Dilarang 37
4.5.7 Hiburan Membawa Kesan Positif 37
4.5.8 Mengulangkaji Sambil Mendengar Lagu 38
4.5.9 Hiburan Membawa Kesan Yang Negatif Kepada Remaja 39
4.5.10 Hiburan Menyebabkan Remaja Lalai Terhadap Pelajaran 40
4.5.11 Nasyid Memberikan Kesan Positif 40
4.5.12 Mengetahui Mengenai Islam Melalui Nasyid 41
4.5.13 Nasyid Sebagai Santapan Rohani 42
4.5.14 Nasyid Sebagai Alternatif Dalam Bidang Hiburan 42
4.5.15 Nasyid Menepati Batas-batas Yang Ditetapkan Oleh Islam 43
4.5.16 Nasyid Adalah Satu Cara Untuk Berdakwah 44
4.5.17 Nasyid Dapat Menenangkan Hati 44
4.5.18 Nasyid Bukan Cara Berdakwah Yang Berkesan 45
4.5.19 Nasyid Diminati Kerana Lain Dari Yang Lain 46
4.5.20 Nasyid Dapat Membentuk Peribadi Remaja 46
4.5.21 Nasyid Mengajak Remaja Berhibur Melalui Batas-batas Islam 47
4.5.22 Nasyid Menyampaikan Mesej Yang Boleh Diterapkan Dalam Kehidupan 48
4.5.23 Nasyid Dapat Mengajak Kepada Bermuhasabah Terhadap Diri Sendiri 49
4.5.24 Mengetahui Dan Menghafal Zikir Melalui Nasyid 50
xii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
KS - Kurang Setuju
S - Setuju
S.A.W - Solallahu Alaihi wa Sallam
S.W.T - Subhanahu wa Taala
SPSS - Statiscal Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
RA Radhiallahuanhu
TS - Tidak Setuju
١١
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekuat manapun jiwa dan fikiran seseorang manusia, ada waktunya akan
goyah oleh ujian hidup. Sebagai manusia, kita tetap lemah dan memerlukan
istirehat dan ketenangan. Bukan hanya badan, malah jiwa dan fikiran kita juga
memerlukan rehat. Cuba bayangkan jika tubuh badan kita terus-menerus
melakukan kerja tanpa istirehat, apakah akibatnya?
Begitu juga dengan kehidupan tanpa hiburan. Jiwa akan menjadi resah
dan gelisah, fikiran tidak tenteram dan akan membuatkan seseorang itu hidup
murung dan muram, kehidupan tidak bermaya, tiada idea, tiada kemahuan untuk
mara dan maju, apa lagi untuk menempuhi cabaran-cabaran hidup semasa. Maka
akan timbul kesan yang buruk kepada kehidupan manusia. Saidina Ali bin Abi
Talib pernah berkata : “Sesungguhnya hati akan bosan seperti badan. Oleh itu
carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu
sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, bisa buta”. (Seni Menurut
Perspektif Islam, Yusuf Al-Qardhawi, ms 64).
Menurut Md Hashim Hj. Yahya, Md Afandi Awang dan Tuan Anuar Nik
Him (1999:19), seni boleh memberikan kegembiraan dan hiburan kepada
manusia dan hiburan dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadat dan
melaksanakan kewajipan dengan syarat ianya dilaksanakan sekadarnya mengikut
lunas-lunas yang ditentukan oleh Islam.
2
Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta
mengenakkan telinga ialah nyanyian.
Sudah menjadi lumrah manusia suka kepada hiburan, dunia merupakan
pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah SWT
وما احلياة الدنيا إال لعب وهلو
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang
sia-sia dan hiburan yang melalaikan".
(QS :6 : Al-An’am) : 32
Ada pelbagai cara untuk mendapatkan hiburan. Namun kebanyakkan
bentuk hiburan yang ada adalah hiburan yang meleka dan melalaikan serta
mengajak kepada maksiat, angan-angan dan khayalan, hiburan yang semu, ketika
mendengar hiburan, seolah-olah hidup tiada masalah, tetapi sesudah itu jiwa
bertambah resah. Apakah tidak wujud hiburan yang dapat menenangkan jiwa dan
fikiran sekaligus bersifat merawat dan membangun keperibadian, setelah
menikmati sesuatu hiburan, samada nyanyian, lakunan dan sebagainya, jiwa yang
resah kembali tenang dan bertenaga, fikiran yang kusut dapat dileraikan dan
mendapat petunjuk, perasaan yang gundah menjadi riang gembira dan
termotivasi?
Dunia hiburan hari ini, mempamerkan satu bentuk hiburan alternatif yang
membanggakan. Kumpulan-kumpulan nasyid tanah air bagaikan cendawan di
musim hujan. Tidak dapat dinafikan, ada sentuhan-sentuhan baru dalam
persembahan mereka, dari cara dan gaya persembahan, senikata-senikata yang
mengajak mengingati dan mendekatkan diri kepada Islam, memuji kebesaran
Ilahi, keimanan, nasihat dan sebagainya.
3
Pada pandangan penyelidik, kemunculan industri nasyid di persada
industri muzik tanah air tepat pada masanya. Paling tidak, ia berperanan sebagai
hiburan alternatif bagi setiap golongan manusia, anak-anak kecil, remaja, dewasa
malah golongan tua. Termasuk juga golongan bukan muslim, yang rata-rata
perlukan hiburan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Hiburan yang dicari
hendaklah bertepatan dengan konsep hiburan Islam diantaranya tidak melalaikan
dan mendorong kepada taat. Konsep yang dibawakan oleh nasyid dalam industri
hiburan bolehlah dikatakan bertepatan dengan ciri-ciri ini.
Namun di pihak lain, dunia menyaksikan satu bentuk hiburan yang
negatif, merosakkan jiwa dan akhlak. Konsep yang dibawakan juga bertentangan
dengan fitrah manusia. Sebagai contohnya, nyanyian yang berkonsepkan rock,
hard metal dan sebagainya. Hiburan ini tidak memberikan apa-apa makna kepada
pendengarnya serta tidak meninggalkan kesan positif sama ada dari aspek
penampilan penyanyi, pakaian, juga dari aspek senikata (lirik) lagu yang
melambangkan corak kehidupan bebas dan tidak membina peribadi mulia. Malah
ada lirik-lirik lagu tersebut yang berunsurkan lucah dan pemujaan syaitan.
Implikasi negatif industri muzik bentuk ini sangat merbahaya,
keruntuhan akhlak dikalangan remaja bagaikan tidak dapat dibendung lagi, kes-
kes jenayah dalam berbagai bentuk, terikut-ikut dengan budaya barat seperti hip-
hop,skin head, punk dan banyak lagi.
Jelasnya ada dua bentuk hiburan yang menguasai persada hiburan tanah
air dan menguasai kehidupan pendengar khususnya remaja. Fenomena inilah
yang menarik perhatian penyelidik untuk mengkajinya. Fokus kajian akan
tertumpu kepada aplikasi pembentukan peribadi remaja kerana golongan inilah
4
yang banyak terdedah dan sangat memerlukan hiburan. Persoalannya, apakah
nasyid juga berperanan untuk membentuk peribadi remaja melalui irama dan
lirik-lirik lagunya yang berunsurkan nasihat, keimanan, kebesaran Allah dan lain-
lain kebaikan itu? Apakah disamping mendengar irama lagu, jiwa juga turut
terdidik dengan senikata-senikatanya. Sebagai contohnya, lagu nyanyian Hijjaz
yang bertajuk Sifat Mahmudah (sifat terpuji). Di samping berhibur dengan lagu
ini, pendengar juga akan tahu sifat-sifat mahmudah yang diajar oleh Islam dan
mengajak meninggalkan sifat-sifat mazmumah (buruk dan keji).
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik ingin mengkaji bagaimanakah persepsi remaja terhadap nasyid
dan bagaimanakah nasyid berperanan dalam pembentukan peribadi remaja
khususnya para pelajar Tahun 1,3 dan 4 yang mengambil jurusan Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Hal ini
kerana, sepanjang penyelidik belajar dalam jurusan yang sama dan bergaul
sesama mereka, penyelidik mendapati bahawa mereka lebih banyak mendengar
nasyid berbanding dengan lagu-lagu lain. Jadi disebabkan itu, penyelidik berasa
keadaan ini amat menarik untuk dikaji.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini djalankan ialah untuk :
1.4.1 Mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap konsep hiburan yang
dibenarkan oleh Islam.
1.4.2 Mengenalpasti kesan-kesan hiburan kepada remaja.
5
1.4.3 Meninjau persepsi remaja terhadap nasyid pada masa kini.
1.4.4 Mengkaji peranan nasyid dalam pembentukan peribadi remaja.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian diutarakan untuk memenuhi matlamat kajian iaitu :
1.5.1 Apakah pelajar mengetahui konsep hiburan yang dibenarkan oleh
Islam?
1.5.2 Adakah hiburan mendatangkan kesan-kesan positif atau negatif
kepada remaja?
1.5.3 Bagaimanakah persepsi remaja terhadap nasyid pada masa kini?
1.5.4 Bagaimanakah nasyid berperanan dalam pembentukan peribadi
remaja?