nama :nur hazirah binti mohd fuat matrikno :a145044 · selama adalah lawatan sambil berkongsi...

9
Nama :Nur Hazirah Binti Mohd Fuat MatrikNo :A145044 Program :BITARA 2013 Tempat :Kampung Tanjung Lengkong, Selama, Perak Tarikh :14-17 November 2013 No KelulusanJPPel :DN00626/2013 Jawatan :Ketua Urusetia Laporan Program Bitara 2013 Program Bitara 2013 ini telah dijalankan di sebuah kampong di Selama, Perak. Program ini dianggotai seramai 50 ahli jawatankuasa di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan UKM. Program ini berlatar belakangkan program anak angkat bersama komuniti. Saya menyertai program ini dan diberikan amanah untuk memegang jawatan Ketua Urusetia. Melalui program ini saya telah banyak menimba pengalaman dan kemahiran- kemahiran hidup seperti sosial dan kebertanggungjawaban. Keluarga angkat saya ketika berada di Selama, Perak.

Upload: others

Post on 26-Jan-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nama :Nur Hazirah Binti Mohd Fuat

MatrikNo :A145044

Program :BITARA 2013

Tempat :Kampung Tanjung Lengkong, Selama, Perak

Tarikh :14-17 November 2013

No KelulusanJPPel :DN00626/2013

Jawatan :Ketua Urusetia

Laporan Program Bitara 2013

Program Bitara 2013 ini telah dijalankan di sebuah kampong di Selama, Perak. Program ini

dianggotai seramai 50 ahli jawatankuasa di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains

Sosial dan kemanusiaan UKM. Program ini berlatar belakangkan program anak angkat bersama

komuniti. Saya menyertai program ini dan diberikan amanah untuk memegang jawatan Ketua

Urusetia. Melalui program ini saya telah banyak menimba pengalaman dan kemahiran-

kemahiran hidup seperti sosial dan kebertanggungjawaban.

Keluarga angkat saya ketika berada di Selama, Perak.

Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama komuniti Kampung Tangjung Lengkong,

Selama adalah lawatan sambil berkongsi pengalaman hidup bersama-sama pelajar darjah 4, 5

dan 6 Sekolah Kebangsaan Toh Ratna Sakti. Dalam aktiviti ini saya telah diberikan amanah

untuk memberi keterangan dan membimbing adik-adik dalam kumpulan saya bagi setiap LDK

yang telah dirancang. Di sini saya telah belajar erti nilai kebertanggungjawaban saya sebagai

seorang mentor untuk membimbing adik-adik ini untuk memahami dan seterusnya mencapai

objektif setiap LDK yang telah dijalankan.

SK Toh Ratna Sakti, Selama, Perak

Selain itu, dalam program ini juga terdapat aktiviti bersama-sama warga penduduk

kampung tersebut. Kami telah menjalankan sukaneka rakyat bersama-sama penduduk kampung.

Melalui aktiviti ini saya telah mempelajari nilai sosial dan kebertanggungjawaban apabila saya

belajar untuk mengenali masyarakat setempat dan berinteraksi bersama mereka. Saya cuba

berkongsi kegembiraan dan kisah-kisah hidup penduduk kampung yang sudah lama tinggal di

kampung tersebut sejak zaman nenek moyang lagi.

Sukaneka bersama komuniti

Program ini juga telah menganjurkan program bersama Jawatankuasa Penduduk

Kampung Tangjung Lengkong dimana kami bersama-sama penduduk kampong telah bergotong-

royong memasak bubur lambok ketika itu. Di sini saya telah mempelajari nilai sosial dan

kebertangungjawan saya kepada masyarakat dengan bergaul rapat bersama-sama penduduk

kampung ini dan bekerjasama dalam melakukan tugasan. Adanya semangat untuk bekerjasama

timbul hasil yang memberangsangkan dalam masa yang singkat. Melalui program ini saya telah

memperoleh kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dengan berkesan.

Gotong-royong memasak bubur bersama warga kampung

Apendiks :

Surat kelulusan JPPEL:

Minit mesyuarat :

Kehadiran :

Kertas kerja Bitara 2013 :