universiti teknologi malaysia - fp.utm.my toh cheau tee.tp.pdf · 3.l pengenalan 46 32 3.2 reka...

33
PENYELIAAN PENGAJARAN DI SJK( C ) ZON BANDAR MUARJOHOR SER TOH CHEAU TEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 22-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

PENYELIAAN PENGAJARAN DI SJK( C ) ZON BANDAR

MUAR, JOHOR

SER TOH CHEAU TEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

i

PENYELIAAN PENGAJARAN DI SJK ( C) ZON BANDAR

MUAR, JOHOR

SER TOH CHEAU TEE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2013

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………...

Nama Penulis : SER TOH CHEAU TEE

Tarikh : 2013

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat individu yang paling bermakna dalam hidupku,

Untuk ibu dan bapa yang terutama,

Terima kasih kerana memberiku pendidikan yang sempurna

Untuk menjadi seorang manusia yang menyintai ilmu

Ser Toh Tong Seng @ Ng Guak Khim

Yang teristimewa dan tersayang, suamiku,

Gan Ee Sen

Anak-anakku yang tersayang,

Gan Hong Jie, Gan Zhi Xuan, Gan Zhi Xin, Gan Zhi Ruo

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh kesabaran

PROF. MADYA DR. YUSOF BOON

Rakan-rakan seperjuangan

Terima kasih atas segala bantuan, tunjuk ajar dan kasih sayang

Terima kasih atas segala pengorbanan dan sokongan anda sekalian berikan.

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya berjaya

menyempurnakan laporan penyelidikan ini bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran).

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih

dan penghargaan ikhlas saya kepada Profesor Madya Dr. Yusof Boon selaku

penyelia projek sarjana ini akan segala tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh saya menyempurnakan projek ini.

Ingin saya rakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru besar dan

responden kajian iaitu para guru dari SJK (C) Sing Hwa, SJK(C) Pei Yang dan

SJK(C) Soon Cheng kerana sudi memberi kerjasama dalam menjawab borang soal

selidik yang diedarkan.

Penghargaan ini juga tidak saya lupa untuk dirakamkan kepada para

pensyarah Fakulti pendidikan UTM , senior saya Tan Gek Hong dan rakan-rakan

seperjuangan yang memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung dalam

membantu menjayakan penyelidikan ini.

Penghargaan yang tidak ternilai ingin saya tujukan kepada suami tersayang

iaitu Gan Ee Sen serta empat anak yang sabar dan tabah dalam menghadapi

kepayahan sepanjang pengajian ini. Juga tidak lupa penghargaan ditujukan kepad ibu

bapa dan semua ahli keluarga saya yang sentiasa mendoakan kejayaan ini.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

v

ABSTRAK

Penyeliaan di sekolah sering diperbincangkan tentang pendapat guru yang

negatif kerana ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan. Maka, kajian

berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas tiga

buah sekolah di SJK(C) Zon Bandar Muar Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk

mengetahui pendapat guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran, mengenalpasti

tahap amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah, mengenalpasti

sama ada terdapat perbezaan pendapat guru terhadap penyeliaan pengajaran

berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan),

mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan amalan penyeliaan pengajaran di sekolah

berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan), dan

mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pendapat guru-

guru terhadap penyeliaan pengajaran dengan amalan penyeliaan pengajaran di

sekolah. Sampel kajian melibatkan 120 orang guru dari sekolah-sekolah di SJK ( C)

Zon Bandar Muar Johor. Soal selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu

digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS dan hasil

analisis dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif. Kebolehpercayaan instrumen

menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.644 bagi bahagian B dan 0.797 bagi bahagian

C. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai pendapat yang positif

terhadap penyeliaan pengajaran, amalan penyeliaan pengajaran adalah pada tahap

yang tinggi. Kajian ini menunjukkan tiada perbezaan pendapat guru tentang

penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina dan bangsa, manakala didapati terdapat

perbezaan pendapat guru tentang penyeliaan pengajaran berdasarkan pengalaman

mengajar. Hasil kajian ini juga mendapati tiada perbezaaan pendapat guru tentang

amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina, bangsa dan pengalaman

mengajar. Akhir sekali, dapatan kajian membuktikan bahawa wujud hubungan yang

positif dan kuat antara pendapat guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran dengan

amalan penyeliaan pengajaran.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

vi

ABSTRACT

Supervision in school often discussed about the negative opinion of teachers

because misunderstanding about the process and the concept of supervision. Thus,

this descriptive study was conducted through a questionnaire survey on three schools

in the Zone City Muar Johor. The purpose of this study is to identify the teachers’

opinions towards supervision of instruction that has been implemented at schools,

identify the practice of supervision of instruction carried out at school, identify

whether there is a difference teachers’ opinion towards supervision of instruction

based on demographic factors (gender, race and experience teaching), identify

whether there is a difference practice of supervision of instruction based on

demographic factors (gender, race and experience teaching) and determine whether

there is a significant relationship between opinion for the supervision of instruction

with practice of supervision of instruction. The study sample involved 120 teachers

from schools in SJK (C) Zone City Muar Johor. Questionnaires modified from

previous studies were used as an instrument. The data were analyzed using SPSS and

the results of the analysis were reported in the form of descriptive statistics. The

reliability of the instrument using Cronbach Alpha was 0.644 for part B and 0.797

for part C. The results showed that teachers had a positive opinion for the

supervision of instruction and practice of supervision of instruction was at a high

level, the study showed no difference of opinion about the supervision of instruction

based on gender and race, and found a difference of opinion about the supervision of

instruction based on experience teaching. The findings showed there was no

significant difference in teachers' opinions about practice of supervision of

instruction based on gender, race and experience teaching. Finally, this study proves

that there was a positive and strong relationship between the opinion for the

supervision of instruction with practice of supervision of instruction.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Hipotesis kajian 8

1.7 Kerangka Teori 9

1.8 Kerangka Kajian 11

1.9 Kepentingan Kajian 11

1.10 Batasan Kajian 12

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

viii

1.11 Prosedur kajian 13

1.12 Definisi Istilah 13

1.12.1 Amalan 14

1.12.2 Pendapat 14

1.12.3 Penyeliaan Pengajaran 14

1.12.4 Pencerapan 15

1.13 Kesimpulan 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Teori Penyeliaan 18

2.3 Definisi Penyeliaan Pengajaran 21

2.3.1 Peranan Guru Besar Dalam Penyeliaan

Pengajaran 24

2.4 Kajian Lepas 28

2.4.1 Halangan-halangannYang Dihadapi 28

2.4.2 Pendapat Guru Terhadap Penyeliaan 32

2.4.3 Amalan Penyeliaan Pengajaran di Sekolah 36

2.4.4 Pendekatan Penyeliaan 39

2.4.4.1 Penyeliaan Bersama 40

2.4.4.2 Penyeliaan berbeza 40

2.4.4.3 Penyeliaan Pembangunan 40

2.4.4.4 Penyeliaan Klinikal 41

2.5 Kesimpulan 44

3 METODOLOGI KAJIAN

3.l Pengenalan 46 32

3.2 Reka bentuk kajian 46 32

3.3 Lokasi Kajian 47

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47

3.5 Instrumen Kajian 48

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

ix

3.5.1 Bahagian A 48

3.5.2 Bahagian B 49

3.5.3 Bahagian C 50

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 50

3.7 Analisis Data 51

3.8 Kajian Rintis 53

3.9 Kesimpulan 54

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55 44

4.2 Latar belakang Responden 56

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 57

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 57

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 58

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Diselia 58

4.3 Analisis Dapatan Kajian 59

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 59

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 62

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 67

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 70

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 72

4.4 Kesimpulan 73

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 76 74

5.2 Rumusan 76 74

5.3 Perbincangan 78

5.3.1 Pendapat Guru-guru Terhadap Penyeliaan

Pengajaran 78

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

x

5.3.2 Amalan Penyeliaan PengajaranYang

Dijalankan Di Sekolah 81

5.3.3 Perbezaan Pendapat Guru-guru

Berdasarkan Faktor Demografi 84

5.3.4 Perbezaan Pendapat Guru-guru Tentang

Amalan Penyeliaan Pengajaran Berdasarkan

Faktor Demografi 86

5.3.5 Hubungan Antara Pendapat Guru-guru

Dengan Amalan Penyeliaan Pengajaran 88

5.4 Implikasi Dapatan Kajian 89

5.4.1 Implikasi Kepada Pihak Luar Sekolah 89

5.4.2 Implikasi Kepada Guru Besar Dan

Penolong Kanan 90

5.4.3 Implikasi Kepada Guru 91

5.5 Cadangan Tindakan 91

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 93

5.7 Penutup 94

RUJUKAN 95

LAMPIRAN 99

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA HALAMAN

3.1 Bilangan sampel kajian bagi setiap sekolah 48

3.2 Taburan item dari aspek pendapat guru terhadap

penyeliaan

49

3.3 Taburan item mengikut aspek penyeliaan klinikal

50

3.4 Jadual Pekali Alpha Cronbach

51

3.5 Ringkasan pengujian statistik objektif kajian

51

3.6

3.7

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Analisis min skor

Kekuatan nilai pekali korelasi

Taburan responden mengikut jantina

Taburan responden mengikut bangsa

Taburan responden mengikut kelulusan akademik tertinggi

Taburan responden mengikut pengalaman mengajar

Taburan responden mengikut kekerapan diselia

Taburan pendapat responden tentang keperluan dan

kepentingan penyeliaan pengajaran

Taburan pendapat responden tentang penyeliaan

pengajaran sebagai satu penilaian

Pendapat responden tentang amalan sebelum penyeliaan

pengajaran

Pendapat responden tentang amalan semasa penyeliaan

pengajaran

52

53

56

57

57

58

59

60

61

63

65

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

xii

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

Pendapat responden tentang amalan selepas penyeliaan

pengajaran

Rumusan daripada amalan sebelum, semasa dan selepas

penyeliaan

Analisis Ujia-t perbandingan pendapat responden tentang

penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina

Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan

pendapat responden tentang penyeliaan pengajaran

berdasarkan bangsa

Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan

pendapat responden tentang penyeliaan pengajaran

berdasarkan pengalaman mengajar

Analisis Ujian-t perbandingan pendapat responden tentang

amalan penyeliaan berdasarkan jantina

Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan

pendapat responden tentang amalan penyeliaan pengajaran

berdasarkan bangsa

Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan

pendapat responden tentang amalan penyeliaan pengajaran

berdasarkan pengalaman mengajar

Analisis korelasi hubungan pendapat guru dan amalan

penyeliaan pengajaran

66

67

68

69

69

70

71

72

73

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1

1.2

Kerangka Teori Kajian

Kerangka Kongsep Kajian

10

11

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Bil - Bilangan

No - Nombor

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

f - Frekuensi

SP - Sisihan Piawai

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

A Borang Soal Selidik 99

B Surat Kebenaran 104

C Dapatan Kajian Rintis 107

D Dapatan Kajian Sebenar 123

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejarah pekembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan penubuhan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan yang berfungsi sebagai satu badan profesional yang bebas, bertanggungjawab memeriksa sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran di seluruh negara (Mok Soon Seng, 2006). Maka sekitar 1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekatan untuk memeriksa sekolah, memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran (seksyen 96a Akta Pelajaran 1961). Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan dan penyelia adalah pemeriksa.

Dunia zaman globalisasi masa kini penuh dengan cabaran dan pergolakan yang perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat. Perkembangan dan perubahan dalam dunia pendidikan sangat dinamik sehingga pihak kementerian pelajaran telah menyediakan satu Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermatlamatkan pendidikan berkualiti untuk semua. Untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Oleh itu, satu daripada faktor kejayaan di dalam kelas ialah penyeliaan yang sistematik dan berkesan. Penyeliaan ini adalah untuk memastikan “core business”,

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

pengajaran dan pembelajaran berjalan sebagaimana yang dirancang. Menurut Conrath N. (1983), tujuan penyeliaan adalah untuk memperbaiki lagi mutu pengajaran.

Penyeliaan menurut Boardman, et. al.(1953:3) menyatakan bahawa “to oversee, to superintend, or to guide and to stimulate the activities of others with a view to their improvement”. Haris(1975) menyatakan penyeliaan dalam pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Alfonso et. al.(1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat tertentu.

Penyeliaan merupakan satu proses memerhati, membimbing dan memberi maklumbalas kepada aktiviti profesional oleh penyelia ke atas stafnya ( Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987). Ini di antara caranya yang dapat dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Jelas sekali penyeliaan bermakna memberi tumpuan utama kepada kesan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sesebuah organisasi ke atas stafnya merupakan satu perkhidmatan tidak langsung untuk pelanggannya.

Robiah Sidin (1994) menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Al Ramaiah(1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang profesional pengurusan.

Keseluruhannya, staf profesional diamanahkan untuk melaksanakan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan. Jika staf profesional

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

tidak diselia dan ianya melakukan kesilapan tanpa menyedarinya. Kebiasaan akan terbentuk. Kebiasaan ini akan menjadi sebati dan dianggap betul dan baik (Asnah: 1995) . Lama kelamaan staf berkenaan akan berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab itu, melakukan proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekaligus ke arah peningkatan mutu pencapaiannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah berkesan adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang. Usaha untuk menjadikan sekolah berkesan atau sekolah cemerlang merupakan cabaran yang perlu dilalui oleh setiap pengetua dan guru besar. Bagi mewujudkan sekolah berkesan, peranan yang dimainkan oleh guru besar sebagai pemimpin kurikulum atau pemimpin pengajaran adalah merupakan faktor penting. Menurut Duke (1993), kepimpinan pengajaran mestilah terlibat dalam dua bidang aktiviti yang saling berkaitan antara satu dengan lain iaitu:

i Usaha guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan dan

ii. Keupayaan guru besar secara berterusan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa mempunyai standard dan kualiti yang baik.

Menurut Raymond (2004), penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat, Memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kebajikan.

Secara khususnya penyeliaan mempunyai objektif untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat menimbulkan iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang lebih sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

Selain daripada itu, ia mampu menghasilkan penyusunan secara bersepadu segala usaha dan bahan bagi menentukan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan kerjasama semua staf dalam mengatasi masalah pengajaran.

Penyeliaan pengajaran terhadap guru bertujuan meningkatkan perkembangan profesionalisme guru dan bukan bertujuan untuk mencari kelemahan mereka. Menurut Glickman et.al.(2003), penyeliaan bolehlah menjadi satu aktiviti yang kolaboratif dan bukan bersifat hierarki, membantu dan bukan menilai, menyokong dan bukan menderma Di samping itu, penyeliaan pengajaran ini bertujuan untuk memperbaiki atau memajukan lagi kualiti pengajaran serta memperbaiki kelemahan para guru. Pembelajaran dan perkembangan guru secara berterusan adalah satu unsur yang penting dalam proses perubahan pendidikan dan penambahbaikan pengajaran (Fullan, 1991; Fullan dan Hargreaves, 1996). Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru besar, sebagai pemimpin pengajaran menjalankan penyeliaan kurikulum atau pencerapan bercorak klinikal, memberi bimbingan dan sokongan membina sama ada secara formal atau tidak formal. Penyelia sebagai pemimpin pengajaran juga adalah tanggungjawab untuk memantapkan lagi proses penyeliaan sebagai satu jalan untuk memperkembangkan lagi daya keterampilan guru (Blasé and Blasé, 1999).

Penyeliaan merupakan satu aktiviti yang memfokuskan kepada peningkatan pengajaran dengan cara adanya hubungan yang disengajakan dan saling berinteraksi antara organisasi kepimpinan, profesional pendidikan dan pengajaran (Sergiovanni, 1998). Menurut Sergiovanni & Starratt (1998) pula, penyeliaan ialah pertemuan bersemuka antara penyelia dan mereka yang diselia mengenai pengajaran untuk mencapai dua matlamat iaitu kemajuan profesional dan memperbaiki kaedah pengajaran. Sargiovanni(1995) dan Wan Mohd Zahid(1987) telah mengupas tentang penyeliaan ini dari aspek Teori X dan Teori Y (Douglas McGregor) dan Teori 2 Faktor ( Teori Motivator dan Hygiene) adalah penentu kepada penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Mengikut mereka, andaian Teori X yang bersifat lembut merupakan pendekatan penyeliaan perhubungan manusia manakala andaian Teori Y merupakan pendekatan penyeliaan sumber manusia. Lazimnya pengetua keliru di antara pendekatan yang

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

digunakan sama ada human relations dengan human resources dan kekeliruan ini menyebabkan penyeliaan yang dilakukan kurang berkesan. Penyelia lazimnya menyetujui andaian Teori Y tetapi dalam memperkatakan dalam amalan mereka sebenarnya menggunakan Teori X (human relations).

Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh penyelia dapat membantu guru meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi, dengan adanya proses penyeliaan, penyelia dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan. Oleh yang demikian arahan Kementerian Pelajaran mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran. Diharap dapat membina suasana penyeliaan yang sihat dan berkesan.

Menyedari hakikat itu, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses penyeliaan sebagai salah satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh pentadbir. Tetapi persoalannya adakah guru bersedia untuk diselia atau rasa penyeliaan adalah membebankan mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam pengurusan kurikulum, aspek penyeliaan adalah penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Ab. Rahim (1997) berpendapat bahawa penyeliaan merupakan salah satu cara membantu pihak sekolah dan guru ke arah kesempurnaan dan kecemerlangan para pelajar serta bagi mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru itu selaku pemimpin pengajaran, guru besar hendaklah membuat penyeliaan pengajaran yang kerap untuk memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah berjalan lancar seperti yang dirancang dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru di bilik darjah.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

Tetapi adakah penyeliaan yang kerap akan memastikan keberkesanannya seperti yang diharapkan atau masih dianggap satu rutin yang perlu dipenuhi?

Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses penyeliaan sebagai salah satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh pentadbir . Tetapi persoalannya adakah guru faham dan bersedia untuk diselia pengajaran mereka. Bagi pentadbir pula, adakah amalan penyeliaan yang dijalankan oleh mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul. Jikalau penyeliaan telah dibuat oleh guru besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan adakah penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya memberi impak kepada prestasi murid.

Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan penyeliaan diberikan pendapat yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah untuk mencari salah. Jika ini berlaku maka peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan ini ditambah lagi berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam penyeliaan pengajaran. Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan sudah tergelincir dari konsep asasnya.

Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha pengetua menjalankan penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Ini termasuklah faktor pengetua itu sendiri, faktor sikap guru dan murid. Ismail Abu Talib (1986) menyatakan halangan-halangan tersebut terdiri daripada 3 faktor utama iaitu kekangan masa dan beban tugas, perhubungan guru besar dengan staf yang diselia dan kurang kemahiran dan keyakinan guru besar dalam menjalankan penyeliaan pengajaran-pembelajaran. Jikalau penyeliaan telah dilaksanakan oleh guru besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan berkenaan dengan keberkesanan penyeliaan berkenaan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya impak penyeliaan kepada prestasi murid. Apakah pandangan guru terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh sekolah?

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

Kajian ini bertujuan untuk melihat pendapat guru terhadap penyeliaan pengajaran dan amalan pelaksanaan penyeliaan dalam kalangan guru di sekolah-sekolah SJK(C) di Zon Bandar Muar. Kajian ini juga turut meninjau sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pendapat guru dengan amalan penyeliaan pengajaran di SJK(C ) Zon Bandar Muar.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar terhadap penyeliaan pengajaran. ii. Mengenalpasti tahap amalan penyeliaan pengajaran di SJC(C) Zon Bandar Muar. iii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar tentang penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi ( jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan).

iv. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar tentang amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan).

v. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pendapat guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran dengan amalan penyeliaan pengajaran di SJK(C) Zon Bandar Muar, Johor .

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah? ii. Apakah tahap amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah SJK(C) Zon Bandar Muar ?

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

iii. Apakah terdapat perbezaan pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar tentang penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan )? iv. Apakah terdapat perbezaan pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar tentang amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan)?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pendapat guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran dengan amalan penyeliaan pengajaran di SJK(C) Zon Bandar Muar?

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini melibatkan pengujian hipotesis berikut:

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan pendapat guru-guru SJK (C) Zon Bandar Muar tentang penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan).

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan pendapat guru-guru SJK(C) Zon Bandar Muar tentang amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi ( jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan)

Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendapat guru-guru tentang penyeliaan pengajaran dengan amalan penyeliaan pengajaran di SJK(C) Zon Bandar Muar.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

1.7 Kerangka Teori

Kajian ini meninjau amalan penyeliaan pengajaran dan pendapat guru-guru terhadap proses penyeliaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah SJK(C) di Zon Bandar, Muar. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka teori kajian yang digunakan bagi menjalankan kajian. Kerangka teori ini dibentuk daripada kombinasi beberapa teori dan model utama.

Proses penyeliaan P&P dalam bilik darjah adalah interaksi antara beberapa pihak (Eye et al., 1971). Dalam kajian ini, teori penyeliaan sumber manusia (Sergiovanni dan Starratt, 2002) yang digarap dari teori penyeliaan hubungan manusia (Elton Mayo, 1930- 1950) dan teori penyeliaan saintifik tradisional (Frederick Taylor, 1900-an) telah digunapakai. Teori ini dijadikan sandaran dalam memperihalkan hubungan interpersonal antara penyelia dengan guru (Miles, 1965) dan memberi tumpuan kepada keperluan manusia, kepuasan dan potensi manuisa (Sergiovanni dan Starratt, 2002).

Penyeliaan yang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia menggabungkan teori penyeliaan saintifik dengan teori hubungan kemanusiaan (Hussin 1997). Menurut Hussin, kedua-duanya dianggap penting kerana di samping penyelia berusaha mencapai matlamat pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangasaan, penyelia juga perlu menjaga kebajikan dan perhubungan baik dengan guru-guru. Penyelia yang bersifat membantu dan membimbing dapat melahirkan guru yang beriltizam serta dapat pula melahirkan pelajar yang berprestasi baik dalam akademik.

Pendekatan teori sumber manusia juga merupakan adaptasi daripada teori Y yang dibina oleh McGregor (1960). Teori ini telah menyatakan pengurus sekolah harus memberikan tumpuan terhadap pengurusan sumber manusia dengan mengambil berat terhadap keperluan dan kepuasan manusia dan bukan hanya memanipulasikan mereka. Ini turut dinyatakan oleh Ibrahim Mamat (1998) bahawa penyeliaan pengajaran haruslah dijalankan atas dasar saling hormat menghormati, saling menghargai dan mengakui

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

kesanggupan masing-masing. McGregor telah menekankan guru adalah individu yang berpotensi dan berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif. Perhubungan kemanusiaan secara terbuka dalam komunikasi dua hala adalah digalakkan bagi mewujudkan keadaan kerja yang kondusif sebagai kaedah untuk meningkatkan kepuasan kerja dan harga diri (Sergiovanni dan Starratt, 2002).

Sungguhpun terdapat beberapa pendekatan dalam penyeliaan pengajaran, namun pendekatan penyeliaan oleh Goldhammer (1988) digunakan sebagai teras dalam kajian ini. Pendekatan penyeliaan pengajaran Goldhammer (1988) yang digunakan dalam proses penyeliaan P&P ialah pendekatan preskriptif dan pendekatan kolaboratif. Dalam konteks penyeliaan pengajaran, antara peranan penyelia adalah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru (UTM, 2004) sehinggalah akhirnya mereka mampu mengenalpasti, menganalisis masalah dan merangka strategi baru bagi menangani permasalahan yang dihadapi. Pendekatan kolaboratif ini merupakan satu proses bimbingan beransur-ansur ke arah menjadikan guru lebih berautonomi dalam membuat sesuatu keputusan mahupun pertimbangan. Perlaksanaan penyeliaan dan amalan pendekatan yang digunakan ini akan meningkatkan kualiti pengajaran dan meningkatkan profesionalisme guru-guru.

Rajah 1.1 Kerangka Teori Kajian

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

 

1.8 Kerangka Kajian

Kajian ini meninjau amalan penyeliaan pengajaran secara umum dan pendapat guru-guru terhadap proses penyeliaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah SJK(C) di Zon Bandar Muar. Rajah 1.2 menunjukkan kerangka konsep kajian yang dijalankan. Kerangka konsep ini menunjukkan pendapat guru-guru terhadap perlaksanaan penyeliaan pengajaran serta amalan penyeliaan di sekolah mereka. Kajian ini turut meninjau sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pendapat guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran dengan amalan penyeliaan pengajaran di SJK(C)Zon Bandar Muar, Johor.

Pendapat   Penyeliaan Pengajaran 

   

  

Demografi   � Jantina    � Kaum    � Tempoh Perkhidmatan   

Guru      

Pendapat Amalan   Penyeliaan Pengajaran   

 

Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi panduan kepada guru dan guru besar sekolah.

i. Hasil kajian ini diharapkan dapat menggambarkan situasi sebenar penyeliaan pengajaran yang sedang dijalankan di sekolah. Hasil maklum balas itu, boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

ii. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru memahami tujuan dan proses penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar. Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-tanggapan negatif terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Selain itu, memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru besar dan guru.

iii. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh guru besar untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan. Di samping itu, dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan.

iv. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru besar dalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.

v. Hasil kajian ini diharapkan akan memberikan input kepada pihak Jabatan Pelajaran Johor terhadap situasi sebenar pelaksanaan penyeliaan pengajaran yang telah diarahkan kepada pentadbir sekolah agar dapat membuat penialaian dan tindakan yang sewajarnya terhadap perlaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah.

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada pendapat guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran dan meninjau amalan penyeliaan pengajaran ke atas guru-guru dari tiga buah sekolah SJK(C) Zon Bandar, Muar. Guru-guru yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru terlatih dan tetap dalam perkhidmatan sahaja. Kajian ini hanya menggunakan soal selidik sebagai instrumen.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

Kesahan maklumat adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan serta sukarela pihak responden yang mengambil bahagian dalam menjawab soal selidik. Dengan itu, hasil dan kesimpulan kajian ini adalah terbatas kepada lokasi tempat kajian dijalankan sahaja.

1.11 Prosedur kajian

Kajian ini dimulakan dengan menulis kertas cadangan dan mendapatkan kebenaran dari Bahagian Perancangan Penyelidikan (EPRD) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor melalui Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Satu kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan bertujuan untuk memastikan instumen kajian mempunyai kebolehpercayaan dan keresahan yang tinggi dengan mendapatkan nilai Alpha Cronbach.. Setelah itu, soal selidik sebenar disebarkan ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian Pemilihan sekolah dilakukan secara rawak mudah. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS 20.0 for Window dan analisis dengan menggunakan kekerapan, peratus dan min setiap item dan keseluruhan.

1.12 Definisi Istilah

Definisi bagi beberapa istilah utama yang digunakan dalam kajian ini disenaraikan seperti berikut:

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

1.12.1 Amalan

Menurut Kamus Dewan (2002), amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan sebagai satu kebiasaan. Dalam kajian ini, amalan yang dimaksudkan adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyeliaan seperti prosedur penyeliaan, cara penyeliaan dijalankan dan aktiviti yang berlaku sebelum, semasa dan selepas penyeliaan, kekerapan penyeliaan dan siapa yang melakukan tugas penyeliaan.

1.12.2 Pendapat

Menurut Kamus Dewan (2002), pendapat ialah kesimpulan yang dibuat atau diperoleh daripada berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu). Pendapat juga mempunyai makna yang meliputi pandangan, anggapan dan fikiran. Dalam kajian ini, pendapat boleh dianggap sebagai tanggapan, persepsi dan interpretasi guru melalui pengalaman yang dialami terhadap penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pentadbir.

1.12.3 Penyeliaan Pengajaran

Dictionary of Education mendefinisikan penyeliaan pengajaran sebagai seluruh tenaga yang ditumpukan oleh pegawai yang dilantik ke arah pemimpin guru-guru dalam memperbaiki pengajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan profesionalisme guru-guru, pemilihan dan penilaian semula objektif serta proses pengajaran (Dewey, 1959). Menurut Briggs (1960) pula, penyeliaan pengajaran adalah satu usaha yang sistematik dan terus-menerus untuk menolong dan mengarahkan pertumbuhan diri guru supaya dapat berkembang secara yang lebih efektif dalam membantu tercapainya tujuan pendidikan pelajar.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

Dalam kajian ini, penyeliaan pengajaran membawa erti peranan yang dimainkan oleh penyelia ialah untuk memerhati, menilai, membantu dan membimbing guru dalam melaksanakan tugas mengajar dengan lebih berkesan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran. Penyeliaan pengajaran melibatkan segala aktiviti bagi tujuan peningkatan pengajaran dengan cara bekerjasama dengan guru yang diselia. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan membina serta menambah keupayaan guru. Penyeliaan pengajaran juga membawa maksud yang positif iaitu satu usaha membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka dan bukan mencari kesalahan semata-mata.

1.12.4 Pencerapan

Pencerapan mengikut Kamus Dewan bermaksud perbuatan (proses) mencerap sesuatu fenomena. Menurut Glickman, C (1998), pencerapan adalah membuat pemerhatian dan seterusnya membuat penghakiman. Dalam kajian ini, pencerapan adalah tugas dan peranan khusus berkaitan dengan pengajaran yang dilaksanakan oleh seseorang penyelia. Tugasnya adalah membuat pemerhatian pengajaran guru di dalam kelas seterusnya membimbing dan menunjuk ajar guru dalam aspek-aspek pengajaran-pembelajaran seperti strategi, pendekatan kaedah dan teknik pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar, kawalan bilik darjah dan pentadbiran kelas.

1.13 Kesimpulan

Tanggungjawab utama guru besar sebagai pengurus kurikulum adalah menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang sistematik digunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Daripada menyemak buku rekod mengajar, buku latihan murid hinggalah kepada penyeliaan

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penyelia dan guru-guru mestilah faham dan jelas sebab-sebab aktiviti tersebut perlu dijalankan. Kajian ini akan memberi kesedaran kepada guru tentang pentingnya kefahaman yang jelas tentang penyeliaan untuk mengelakkan mereka mempunyai tafsiran yang negatif terhadap penyeliaan.

Penilaian pengajaran adalah merupakan asas kepada keseluruhan aktiviti penilaian program pendidikan di peringkat sekolah dan penyeliaan pengajaran merupakan tunggak utama dalam memantau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan penyeliaan pengajaran ini telah pun dikuatkuasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil 3/1987. Pihak pentadbiran sekolah bertanggungjawab memastikan amalan penyeliaan kurikulum dilaksanakan secara sistematik. Penyeliaan yang bersistematik bertujuan untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam usaha memantapkan lagi teknik pengajaran yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran guru yang lebih afektif.

Bagi memastikan matlamat ini terlaksana maka pengetua atau guru besar disaran menjadikan penyeliaan pengajaran–pembelajaran terhadap guru menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawabnya.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Toh Cheau Tee.TP.pdf · 3.l Pengenalan 46 32 3.2 Reka bentuk kajian 46 32 3.3 Lokasi Kajian 47 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen