laporan inovasi kerajaan negeri melaka majlis...

29
LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA PROJEK SULAMAN KASIH A. PENERANGAN MENGENAI JABATAN 1.1 Profil Majlis Agama Islam Melaka Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menguruskan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka. Sebagai badan pembuat dasar. MAIM merupakan badan induk kepada semua agensi dan institusi Islam di Negeri Melaka. Selaras dengan itu beberapa agensi/institusi Islam telah ditubuhkan bagi melaksanakan segala keputusan yang telah dibuat oleh MAIM seperti Jabatan Agama Islam (JAIM), Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak- anak syarikat MAIM. 1.2 Profil Yayasan Toh Puan Zurina Haemodialysis Centre mempunyai dua bahagian pengurusan iaitu Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ). Dr. Low Tick Seng telah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan pakar nefrologi di Haemodialysis Centre YTPZ. Kakitangan Pengurusan YTPZ terdiri daripada Pengurus, Eksekutif Pentadbiran dan Fasiliti, Penyelaras, Pembantu Pegawai Perubatan dan Penolong Pengurus Klinikal yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Kakitangan di Unit Dialisis YTPZ pula terdiri daripada jururawat terlatih dan pembantu dialisis yang memiliki lesen amali tahunan (APC) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada penghujung tahun 2015, Haemodialysis Centre Yayasan Toh Puan Zurina telah berpindah ke bangunan baru di Lot 149, Pantai Peringgit, Melaka.

Upload: hakhuong

Post on 11-Aug-2019

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

PROJEK SULAMAN KASIH

A. PENERANGAN MENGENAI JABATAN

1.1 Profil Majlis Agama Islam Melaka

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah ditubuhkan pada 28

September 1960.

Ia adalah bertujuan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

dalam menguruskan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka.

Sebagai badan pembuat dasar.

MAIM merupakan badan induk kepada semua agensi dan institusi Islam di

Negeri Melaka.

Selaras dengan itu beberapa agensi/institusi Islam telah ditubuhkan bagi

melaksanakan segala keputusan yang telah dibuat oleh MAIM seperti

Jabatan Agama Islam (JAIM), Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-

anak syarikat MAIM.

1.2 Profil Yayasan Toh Puan Zurina

Haemodialysis Centre mempunyai dua bahagian pengurusan iaitu Ahli

Lembaga Pengarah Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) dan Ahli

Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ). Dr. Low Tick

Seng telah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan pakar

nefrologi di Haemodialysis Centre YTPZ.

Kakitangan Pengurusan YTPZ terdiri daripada Pengurus, Eksekutif

Pentadbiran dan Fasiliti, Penyelaras, Pembantu Pegawai Perubatan dan

Penolong Pengurus Klinikal yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

Kakitangan di Unit Dialisis YTPZ pula terdiri daripada jururawat terlatih dan

pembantu dialisis yang memiliki lesen amali tahunan (APC) seperti yang

ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada penghujung tahun 2015, Haemodialysis Centre Yayasan Toh Puan

Zurina telah berpindah ke bangunan baru di Lot 149, Pantai Peringgit,

Melaka.

Page 2: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

Haemodialysis Centre YTPZ telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia sebagai sebuah badan kebajikan yang menjalankan rawatan

dialysis atas nombor pendaftaran 884679-P dan telah didaftarkan pada 22

April 2010.

1.3 Visi MAIM

Menjadi organisasi yang unggul,dinamik,cekap, mesra dan berkualiti ke

arah memperkasakan pembangunan sosio ekonomi ummah berlandaskan

Syarak.

1.4 Misi MAIM

• Membentuk pengurusan yang memenuhi keperluan semasa

mengikut perkembangan teknologi terkini

• Merancang dan membentuk pembangunan asnaf dengan jati diri

yang murni dan berakhlak mulia dalam meningkatkan sosio ekonomi.

• Mempelbagaikan sumber dan pelaksanaan aktiviti Baitulmal untuk

keberkesanan pengurusan hartanah.

1.5 Visi dan Misi Yayasan Toh Puan Zurina

Menambah bilangan Pusat Hemodialisis di Melaka bagi memberi

peluang kepada lebih ramai pesakit mendapat rawatan secara percuma.

Menyediakan Pusat Rawatan Hemodialisis yang berkualiti bagi

membolehkan pesakit mendapat rawatan yang terbaik.

Memberi pendidikan, khidmat nasihat dan kaunseling kepada pesakit

serta khidmat susulan.

1.6 Piagam Pelanggan MAIM

Kesungguhan setiap anggota perkhidmatan Majlis Agama Islam Melaka

dalam memberikan perkhidmatan secara cekap, mesra dan berkesan untuk:

Melaksanakan siasatan ke atas permohonan dan menyerahkan

bantuan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 35 hari bekerja

dari tarikh permohonan dibuat.

Pihak MAIM juga komited untuk memastikan amanah pengurusan agihan

zakat dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Page 3: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina

Perkhidmatan hemodialisis akan disediakan dengan penjagaan yang

optimum, cekap, berkesan, responsif dan penyayang yang selamat

Kami menyediakan khidmat hospitaliti dengan persekitaran mesra,

konduktif dan bersih.

1.8 Objektif MAIM

Objektif MAIM adalah membangunkan dan mengembangkan institusi zakat

untuk manfaat masyarakat Islam. Ia diperincikan dengan objektif Bahagian

Zakat seperti berikut :

Merangka skim-skim bantuan zakat yang relevan dengan keperluan

asnaf dalam konteks semasa.

Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan Agihan Zakat

dilaksanakan dengan efisyen dan cekap demi memelihara hak-hak

asnaf.

B. PENGENALAN MENGENAI INOVASI

i. Tujuan Projek

Menyediakan alternative kepada pesakit-pesakit dialisis yang sedang

menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan dialisis percuma di hospital

kerajaan;

Membantu meringankan beban tanggungan pesakit dialisis berhubung kos

rawatan harian mereka yang semakin menunjukkan peningkatan kos setiap

tahun;

Mengenalpasti idea yang paling ekonomik dan praktikal untuk pihak MAIM

mengendalikan pusat rawatan dialysis sendiri;

Mengaplikasikan penyediaan sebuah pusat rawatan dialysis pada kos yang

optimum; dan

Membantu pesakit dialysis mendapatkan rawatan di tempat yang selsa dan

kondusif dan lengkap dengan segala kemudahan.

ii. Objektif Projek/Inovasi

Menangani Cabaran Sosial;

Pada masa ini, ramai pesakit yang tiada penaja kos rawatan sedang

mengharap untuk mendapatkan rawatan percuma di Hospital Besar Melaka

sedangkan sedia ada masih ramai pesakit yang sedang membuat rawatan

Page 4: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

juga berharap agar mereka dapat terus mendapatkan rawatan secara

percuma di sana.

Meningkatkan kecekapan dan kuliti perkhidmatan;

MAIM hendaklah berusaha untuk menangani masalah di atas dengan

berbekalkan sumber zakat yang ada dan memastikan sesuatu skim bantuan

yang dilancarkan itu dapat diambil manfaat secara yang paling optimum

dalam keadaan perkhidmatan yang disedkan adalah memuaskan hati

pelanggan.

iii. Proses pelaksanaan Inovasi

Projek ini dijalankan secara bersama dengan pihak Yayasan Toh Puan

Zurina(YTPZ), iaitu sebuah pusat rawatan dialysis yang telah kukuh

beroperasi yang menawarkan rawatan secara percuma kepada mana-

mana pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dan tiada

kemampuan untuk membiaya kos rawatan tersebut;

Dengan khidmat nasihat dan kepakaran pengurusan pusat rawatan yang

diperolehi daripada pihak Hospital Putra Melaka, YTPZ telah Berjaya

menyediakan sebuah pusat rawatan yang kondusif dan memenuhi

semua keperluan asas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia;

MAIM pula telah sedia dikenali sebagai agensi yang ke hadapan dalam

menyalurkan bantuan kepada asnaf zakat yang memerlukan bantuan.

Sebelum ni telah mempunyai beberapa skim bantuan rawatan dialisis

seperti berikut :

ASNAF PAKEJ WAJIB NILAI(RM)

Fakir 1) Bantuan Makanan Bulanan;

2) Bantuan Tunai Fakir;

3) Bantuan Rawatan Dialisis;

4) Bantuan Sakit Kronik;

200.00

200.00

420.00

150.00

Page 5: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

JUMLAH BANTUAN DITERIMA 970.00

Miskin Bantuan Makanan Bulanan;

Bantuan Rawatan Dialisis;

Bantuan Sakit Kronik;

200.00

420.00

150.00

JUMLAH BANTUAN DITERIMA 750.00

Namun, menyedari kos yang perlu dibelanjakan untuk membuat

rawatan dialisis bagi tempoh sebulan adalah berjumlah sekitar

RM2,730.00 hingga RM4,160.00, pihak MAIM dengan kekuatan dana

zakat yang ada, bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat dialisis

yang dikelolakan sendiri ataupun dikendalikan secara pihak swasta

yang professional dan bertauliah untuk mengendalikan pusat rawatan

dialisis.

Dalam usaha untuk mengenalpasti kaedah terbaik dan kos yang optimal

untuk mewujudkan sebuah pusat dialisis yang dimiliki atau dibiaya oleh

pihak MAIM, beberapa perbincangan dua hala di antara pihak YTPZ

dan juga pihak MAIM diadakan untuk tujuan tersebut;

Melalui sesi percambahan idea dan perbincangan antara dua pihak,

lahirlah idea untuk bekerjasama mewujudkan projek inovasi ini dalam

keadaan menang-menang dan kos penyediaan yang sangat minima.

iv. Tempoh Perlaksanaan

Bantuan haemodalisis ini telah bermula pada bulan Mac 2016 hingga

kini.

Untuk menyediakan pusat Dialisis tersebut siap sedia untuk beroperasi,

ia hanya mengambil masa yang sangat singkat dengan butiran berikut :

i) Permohonan rasmi diterima daripada pihak YTPZ untuk

memohon kerjasama pihak MAIM pada 10 September 2015;

ii) Perkara ini diangkat untuk kelulusan Mesyuarat Majlis Agama

Islam Melaka dan diluluskan pada mesyuarat yang bersidang

pada 21 September 2015;

iii) Pihak MAIM menghantar permohonan ke Pejabat Kewangan

Negeri Melaka untuk mendapatkan kelulusan perolehan mesin

Page 6: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

rawatan dialisis secara Rundingan Terus melalui pembekal

yang disyorkan oleh pihak YTPZ pada 12 Januari 2016;

iv) Kelulusan untuk Perlantikan Syarikat Fresenius Medical Care

untuk membekalkan mesin dialisis dan system air terawatt

diterima pada 3 Februari 2016.

v) Mesyuarat Tender MAIM bersidang untuk melantik syarikat

pembekal mesin dialisis tersebut pada 24 Februari 2016;

vi) Surat perlantikan pembekal dikeluarkan pada 29 Febuari 2016

bersama dengan surat lantikan pihak YTPZ sebagai pengurus

pusat rawatan dialisis tersebut.

vii) Surat setuju terima perlantikan diterima pada 10 Mac 2016;

viii) Pembekalan dan pemasangan messin tersebut selesai

bersama dengan tauliah penggunaannya pada 1 Julai 2016;

ix) Dalam masa yang sama, pesakit-pesakit tajaan MAIM telah

mula mendapatkan rawatan di YTPZ pada bulan Mac 2016

dengan menggunakan mesin sedia ada yang disediakan oleh

pihak YTPZ sebagai pesakit perintis bagi meyakinkan

penerima bantuan lain untuk membuat rawatan di situ.

Oleh itu, tempoh masa yang diperlukan untuk meralisasikan idea

pelaksanaan projek ini pada keseluruhannya mengambil masa selama 6

bulan sahaja iaitu bermula September 2015 dan pesakit pertama membuat

rawatan pada Mac 2016.

v. Peringkat Perlaksanaan

Pembangunan idea inovasi dikekalkan dan dijadikan sebahagian

daripada norma harian (Pengekalan).

Berikut adalah data berkaitan dengan jumlah pesakit yang mula

membuat rawatan di YTPZ bermula Mac 2016 sehingga terkini:

JUMLAH PENERIMA SKIM DIALISIS

BIL BULAN TAHUN JUMLAH

1 MAC 2016 9

2 APRIL 2016 13

3 MEI 2016 15

Page 7: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

4 JUN 2016 15

5 JULAI 2016 15

6 OGOS 2016 22

7 SEPTEMBER 2016 22

8 OKTOBER 2016 23

9 NOVEMBER 2016 23

10 DISEMBER 2016 31

11 JANUARI 2017 32

12 FEBRUARI 2017 33

13 MAC 2017 43

14 APRIL 2017 49

15 MEI 2017 51

16 JUN 2017 54

vi. Implikasi Kewangan

a) Bayaran Pembelian Mesin

Pihak MAIM memperuntukkan sebanyak RM1,527,248.00 untuk

penyediaan projek ini. Ia hanya melibatkan kos pembelian alatan

sahaja tanpa perlu mengeluarkan kos pembinaan atau penyediaan

tempat. Semua kos itu disediakan oleh pihak YTPZ.

Dengan hanya kos penyediaan mesin sahaja yang dikeluarkan oleh

pihak MAIM, selepas pembekalan ini, pihak MAIM hanya menaja

kos rawatan pesakit yang sangat minima iaitu hanya RM2,250.00

seorang sebulan berbanding dengan kos yang ditanggung oleh

pesakit jika perlu membuat rawatan diluar. Butiran lanjut kos

disediakan di Lampiran 1.

PERKARA KUANTITI

(UNIT)

HARGA

SEUNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

Pembelian Mesin

Haemodalisis

30

45,580.00

1,367,400.00

Mesin Sistem Air Terawat 1 159,848.00 159,848.00

JUMLAH (termasuk 6% GST) 1,527,248.00

Page 8: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

b) Bayaran Bulanan Pesakit

Dengan kolaborasikan yang dijalin bersama, pihak MAIM hanya

menanggung kos rawatan pesakit berdasarkan jumlah pesakit yang

membuat rawatan dan segala kos selainnya disediakan oleh pihak

YTPZ. Berikut adalah butiran kos yang dibayar oleh MAIM bagi

tempoh sehingga terkini.

vii. Kaedah Pencetusan Idea

Projek ini diilhamkan daripada peringkat Pengurusan Atasan, warga jabatan

dan juga kehendak pelanggan.

Pada peringkat Pengurusan Atasan, arahan diberikan kepada warga jabatan

untuk meneliti cadangan menubuhkan sebuat pusat rawatan dialisis. MAIM

sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Toh Puan Zurina(YTPZ)

telah mengikuti perkembangan pengurusan YTPZ sebagai sebuah pusat

TAHUN BULAN BILANGAN

PESAKIT(ORANG)

JUMLAH

(RM)

2016 MAC 9 20,250.00

APRIL 13 29,250.00

MEI 15 33,750.00

JUN 15 43,750.00

JULAI 15 43,750.00

OGOS 22 64,500.00

SEPTEMBER 22 64,500.00

OKTOBER 23 66,750.00

NOVEMBER 23 89,750.00

DISEMBER 31 89,750.00

2017

JANUARI 32 92,000.00

FEBRUARI 33 94,250.00

MAC 43 116,750.00

APRIL 49 130,250.00

MEI 51 134,750.00

JUN 54 141,500.00

Page 9: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

rawatan dialisis yang berasaskan kebajikan. Dan berdasarkan kepada reality

yang dikemukakan kepada mesyuarat jawatankuasa pengurusan, pada

sesuatu masa, akan ada di antara 5 hingga 10 pesakit memohon untuk

mendapatkan rawatan percuma di pusat rawatan tersebut. Dalam masa yang

sama, pihak MAIM mempunyai dana yang munasabah untuk menyediakan

sebuah pusat dialisis sendiri.

Manakala pada peringkat warga kerja kedua-dua agensi MAIM dan YTPZ,

kami mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari jalan terbaik bagi

merealisasikan hasrat Pengurusan Atasan.

Selain itu juga, berdasarkan beberapa sesi bersama pelanggan dan taklimat

agihan yang diadakan, antara maklumbalas yang diterima ialah berkaitan

harapan agar pihak MAIM meneliti keperluan untuk menubuhkan sebuah

pusat rawatan dialisis sendiri kerana kekangan yang dihadapi oleh pesakit-

pesakit untuk menanggung kos rawatan.

Daripada semua sumber ini, lahir idea inovasi untuk mengintegrasikan

kerjasama kedua-dua agensi dalam usaha untuk merealisasikan kewujudan

satu lagi saluran alternative rawatan percuma bagi sakit buah pinggang ini

selain hospital awam kerajaan dan YTPZ itu sendiri.

viii. Elemen Kolaborasi

Projek ini adalah projek kolaborasi di antara pihak MAIM sebagai agensi yang

mempunyai kekuatan dana pembiayaan dan pihak YTPZ sebagai pihak yang

memiliki kepakaran dalam menyelenggarakan pusat rawatan dialisis secara

bukan komersil.

Kolaborasi pintar di antara kedua-dua agensi ini adalah bertujuan untuk

menyediakan sebuah pusat rawatan dialisis pada kos penyediaan dan

pengurusan yang minimal dan terbaik dari segi kualiti perkhidmatan dan

kemudahan.

ix. Kategori Inovasi

Inovasi Sosial

Dalam melahirkan idea inovasi ini, kami menggunakan pendekatan

eksperimen yang berasaskan kepada rekod perkhidmatan yang diberikan

Page 10: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

oleh pihak YTPZ dalam menyelenggarakan perkhidmatan sebuat pusat

vrawatan dialisis berasaskan kebajikan dengan maklumbalas positif yang

diterima daripada pesakit yang membuat rawatan di situ sebagai satu

penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang yang sah bagi

menzahirkan idea penubuhan idea inovasi ini.

Selain itu, melalui projek ini juga, pihak MAIM dan YTPZ telah menjalinkan

rangkaian kerjasama yang merentasi sempadan di antara sektor awam dan

pihak institusi kebajikan bukan kerajaan dan kolaborasi ini juga merupakan

idea yang memenuhi prinsip National Blue Ocean Strategy(NBOS) di mana

kami telah berjaya menstrukturkan semula sempadan pasaran sedia ada dan

mencapai kepada sesuatu yang telah melangkaui permintaan yang ada di

kalangan pesakit-pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis

percuma kerana tiada pembiaya sama ada pihak Jabatan Perkhidmatan

Awam(JPA) ataupun pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Akhirnya, melalui projek ini juga, kami dapat membangunkan inisiatif baru

oleh agensi kerajaan bersama-sama dengan agensi pertubuhan bukan

kerajaan iaitu yang mewakili institusi masyarakat umum bagi memastikan

penyampaian perkhidmatan yang disediakan ini menepati keperluan sebenar

mereka dengan pengurusan risiko yang cekap bagi membangunkan strategi

pelaksanaan yang terbaik.

x. Indikator Atau Ciri-ciri Utama Inovasi

Memberi Impak Ketara kepada pelanggan

Projek ini jelas menjadi alternative terbaik kepada lebih daripada 200 orang

pesakit yang sedang menunggu dan mengharapkan untuk membuat rawatan

penuh dialisis bagi meredakan kesakitan yang dialami. Pada ketika ini, bagi

mereka yang tidak mempunyai pembiaya kerana tidak bekerja kerajaan

ataupun swasta, maka hanya hospital besar kerajaan sahaja yang

menyediakan khidmat rawatan percuma selain mengaharapkan adanya

pembiaya swasta yang sedia menampung kos rawatan mereka.

Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos

Melalui pelaksanaan secara NBOS dan kolaborasi ini, pihak MAIM dapat

memastikan bahawa kos yang dibelanjakan bagi membiayai rawatan dialisis

ke atas seseorang pesakit adalah minima selain tidak wujud kos bagi

Page 11: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

mewujudkan sebuah pusat yang boleh menempatkan mesin-mesin rawatan

dialisis. Pihak YTPZ sebagai sebuah badan bertauliah menyelenggarakan

pusat rawatan dialisis juga menyediakan ruang, khidmat kepakaran dan

perkhidmatan di atas kos bukan berasaskan keuntungan.

Memperkenalkan Pendekatan Baru

Sepertimana yang menjadi teras kepada prinsip Blue Ocean Strategy, projek

kolaborasi ini telah memperkenalkan pendekatan baru kepada sebuah

kerjasama dalam menyediakan pusat rawatan dialisis. Kos yang dibayar bagi

projek ini adalah pada kos par iaitu pada kos asas sahaja tanpa melibatkan

apa-apa aspek keuntungan. Oleh itu, pihak MAIM sebagai pemilik dana akan

dapat mengoptimumkan jumlah pesakit yang boleh mendapatkan

pembiayaan dengan jumlah dana yang ada. Ia juga menjadi saluran pantas

kepada pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan

rawatan di hospital besar.

Pada umumnya juga, bagi kos rawatan dialisis, keadaan kesihatan fizikal

pesakit akan menentukan kos yang perlu dibayar untuk rawatan, namun,

melalui projek ini, kadar am yang dibayar oleh pihak MAIM adalah

merangkumi segala bentuk kesihatan pesakit selain lain-lain perkhidmatan

yang disediakan seperti khidmat pengangkutan, kemudahan membuat

rawatan dan lain-lain.

xi. Input Pelanggan diambil kira dalam peringkat penghasilan inovasi

a) Peringkat Permulaan

Pada peringkat permulaan, pihak MAIM telah memanggil dua sesi taklimat

kepada semua pesakit-pesakit yang dibantu oleh MAIM melalui skim sedia

ada iaitu bantuan rawatan dialisis penuh MAIM RM360.00 sebulan dan

Bantuan Rawatan Dialisis MAIM yang ditaja PERKESO iaitu RM200.00

sebulan.

Sesi taklimat telah diadakan terus di Pusat Haemodialisis YTPZ sendiri bagi

memperlihatkan kemudahan yang disediakan kepada pesakit-pesakit. Melalui

sesi taklimat tersebut, pihak MAIM mendapatkan maklumbalas daripada

pesakit dan membuat kajian keperluan pesakit bagi menyediakan kemudahan

rawatan terbaik kepada pesakit.

Page 12: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

Selain itu, pihak MAIM bersama dengan YTPZ juga telah membuat program

lawatan ke rumah sebanyak tiga kali dan dapat menziarahi sebanyak 20

rumah asnaf untuk mendapatkan maklumbalas mereka kepada idea inovasi

ini.

b) Peringkat Pertengahan

MAIM juga sentiasa memantau perkembangan pesakit yang membuat

rawatan ke YTPZ ini pada enam bulan pertama projek dilaksanakan untuk

mendapatkan maklumbalas penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

Hasilannya, pihak MAIM bersetuju untuk membantu pihak YTPZ untuk urusan

pengambilan dan penghantaran pesakit ke pusat rawatan haemodialysis

YTPZ bagi menjimatkan masa pesakit untuk pergi membuat rawatan.

Selain itu, pihak MAIM juga telah membuat ketetapan baru agar hanya

pesakit yang tiada pembiaya sahaja yang boleh mendapatkan tempat

rawatan di YTPZ. Ini kerana, pada awal pelaksanaan projek, ada seramai 5

pesakit tajaan SOCSO yang membuat rawatan di YTPZ sebagai pesakit

perintis.

c) Semua Peringkat

Dari semasa ke semasa juga, pihak MAIM masih memantau perkembangan

projek dan melihat kepada sebarang potensi penambahbaikan yang ada

dalam komitmen memastikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan adalah

yang terbaik kepada pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di

pusat Dialisis YTPZ ini.

xii. Mekanisme Maklum Balas Pelanggan

Borang maklum balas digunakan bagi mendapatkan maklum balas kepuasan

pelanggan dan maklum balas penambahbaikan perkhidmatan yang

ditawarkan.

Selain kaedah borang maklum balas, pihak MAIM juga berusaha untuk

mendapatkan pandangan umum melalui kaedah berikut:

i) Taklimat dan interaksi langsung dengan pesakit tajaan MAIM(Bukti di

Lampiran 2);

ii) Melalui Program ziarah ke rumah bagi memujuk dan mendengar

permasalahan pesakit tajaan MAIM(Rujuk Lampiran 3);

Page 13: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

iii) Melalui panggilan telefon:

iv) Melalui program-program lain bahagian Agihan Zakat bersama

dengan asnaf, antaranya program bantuan pakaian sekolah.

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

2.1 Sebelum Inovasi Dihasilkan

2.1.2 Kaedah / sistem yang digunakan

i. Pengurusan Bantuan Hemodialis MAIM untuk Asnaf Fakir dan Miskin

yang kovensional dijalankan adalah mengikut tempoh bantuan asas

iaitu Bantuan Makanan Bulanan yang diberikan.

ii. Setiap penerima Bantuan Hemodialis daripada MAIM diberi bantuan

berjumlah RM420.00 sebulan bagi yang bukan merupakan

kakitangan kerajaan dan pencarum socso. Manakala bagi pencarum

socso adalah RM300.00 sebulan.

iii. Urusan pengagihan Bantuan Hemodialisis terbahagi kepada tiga iaitu

bayaran secara Tunai asnaf perlu hadir ke pejabat, dikreditkan dalam

akaun Tabung Haji dan yang terakhir pihak MAIM hadir ke rumah

asnaf bagi menyerahkan bantuan tersebut.

iv. Selain itu, penerima Bantuan Hemodialisis turut menerima skim

bantuan tambahan yang lain seperti Bantuan Sakit Kronik RM150.00,

Bantuan Saraan Anak Sekolah RM50.00 dari darjah 1 sehingga

tingkatan 5 dan IPTA dan Bantuan Persediaan Ramadhan RM400.00.

v. Terdapat banyak pengulangan kerja dilakukan oleh pegawai MAIM

dalam urusan pembayaran bantuan hemodialisis MAIM.

vi. Walaubagaimanapun, jumlah bantuan yang diberikan masih tidak

dapat menampung kos rawatan haemodialysis yang perlu ditanggung

oleh pesakit.

2.1.3 Masalah-masalah yang dihadapi

i. Pesakit dialisis yang tiada penajaan, terpaksa menanggung kos

lebihan rawatan yang tahap biasa dan tahap kritikal;

ii. Pemohon terpaksa bertukar-tukar pusat rawatan dialisis untuk

mendapatkan kos rawatan yang terendah;

Page 14: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

iii. Bagi pesakit yang tidak menerima mana-mana tajaan terpaksa

menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan percuma di Hospital

Kerajaan;

iv. Sekiranya bantuan yang dituntut oleh wakil tidak sampai kepada

pesakit dialisis kerana berlakunya penyelewengan sama ada dituntut

di pejabat ataupun melalui bank;

v. Pesakit juga terpaksa menanggung kos pengangkutan pergi dan balik

untuk mendapatkan rawatan pusat dialysis; dan

vi. MAIM terpaksa menanggung kos lebihan rawatan bulanan pesakit

dan caj membuat Tapak dialysis secara bantuan am iaitu berdasarkan

pernohonan dan proses pembayaran bantuan yang melebihi jumlah

RM500.00 mengambil masa sehingga 14 hari untuk diuruskan.

2.1.4 Carta alir sebelum inovasi

PROSES PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN HEMODIALISIS

PERMOHONAN BARU

Mula

Daftar dalam buku daftar dan Sistem Agihan

Terima permohonan

Jalankan siasatan

Sediakan laporan Mesyuarat JKKAB

Semak kelayakan asnaf

Buka fail, rekod dokumen dan kemaskini

Sistem Agihan Zakat

Sediakan surat makluman

Terima keputusan kelulusan

LULUS TOLAK

Sediakan surat tolak dan

failkan dalam fail induk

Kemaskini rekod

Page 15: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

A. PROSES TUNTUTAN BANTUAN HEMODIALISIS (ASNAF

FAKIR/MISKIN)

2.2 Selepas Inovasi Dihasilkan

2.2.1 Kaedah / sistem yang digunakan

i. Bermula Mac 2016 MAIM dan YTPZ telah bekerjasama menyantuni

keperluan pesakit dialisis dengan menggunakan mesin sedia ada di YTPZ;

ii. Pihak MAIM menanggung semua kos rawatan pesakit dialisis yang bukan

merupakan kakitangan kerajaan dan pencarum SOCSO.

Tamat

Mula

Asingkan dan masukkan wang mengikut

senarai nama yang diterima

Terima tunai dari Bahagian Kewangan

Pastikan penerima tandatangan rekod terima

Rekodkan pengambilan wang

Sediakan penyata pemulangan balik dokumen

Dokumenkan borang tuntutan yang ditentukan

Semak dan sahkan

Serahkan pemulangan duit

Kemaskini rekod

Page 16: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

iii. Skim Bantuan Hemodialisis berjumlah RM420.00 dan pakej bantuan yang

lain masih dikekalkan;

iv. Pihak YTPZ menyediakan pengangkutan secara percuma kepada pesakit

dialisis.

v. Pesakit yang bersetuju tidak perlu menunggu lama giliran untuk membuat

rawatan dialisis di Hospital Besar dan boleh terus mula membuat rawatan

setelah bersetuju masuk;

vi. Kos yang dibayar oleh MAIM bagi kos rawatan pesakit dialisis adalah jauh

lebih rendah daripada kos yang perlu dibayar kepada pihak luar.

Berikut adalah proses-proses kerja yang berkaitan dengan pelaksanaan projek ini :

A. PROSES PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN

HEMODIALISIS

PERMOHONAN BARU

Tamat

Mula

Daftar dalam buku daftar dan Sistem Agihan

Terima permohonan

Jalankan siasatan

Sediakan laporan Mesyuarat JKKAB

Semak kelayakan asnaf

Buka fail, rekod dokumen dan kemaskini

Sistem Agihan Zakat

Sediakan surat makluman

Terima keputusan kelulusan

LULUS TOLAK

Sediakan surat tolak dan

failkan dalam fail induk

Kemaskini rekod

Page 17: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

B. PROSES TUNTUTAN BANTUAN HEMODIALISIS (ASNAF

FAKIR/MISKIN)

Pada ketika ini, keseluruhan prosedur ini tidak lagi dilaksanakan

kerana pesakit tajaan MAIM hanya perlu terus ke YTPZ dan mula

membuat rawatan apabila telah disahkan oleh Panel Doktor bertauliah

yang disediakan oleh pihak YTPZ.

Tamat

Mula

Asingkan dan masukkan wang mengikut

senarai nama yang diterima

Terima tunai dari Bahagian Kewangan

Pastikan penerima tandatangan rekod terima

Rekodkan pengambilan wang

Sediakan penyata pemulangan balik dokumen

Dokumenkan borang tuntutan yang ditentukan

Semak dan sahkan

Serahkan pemulangan duit

Kemaskini rekod

Penerima Bantuan

pergi ke Yayasan Toh

Puan Zurina untuk

menerima rawatan.

x x x x x x

x x

x

Page 18: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

C. PROSES TUNTUTAN BAYARAN BALIK BANTUAN

HEMODIALISIS (YTPZ)

3.0 IMPAK INOVASI

Bagi melaksanakan amanah daripada wang zakat yang telah dibayar, Majlis Agama

Islam Melaka telah memperuntukkan kesemua wang zakat tersebut kepada aktiviti

untuk kemaslahatan orang Islam negeri Melaka. Salah satu daripada program

bantuan Majlis Agama Islam melaka yang telah dikategorikan dalam asnaf yang

ditetapkan dan bantuan yang disediakan adalah Bantuan Hemodialisis. Program

Bantuan Hemodialisis ini telah memberi impak kepada beberapa kepada bahagian

iaitu:

3.1 Agensi – MAIM

i. Pelaksanaan progam ini dapat mencapai objektif utama Majlis Agama

Islam di dalam membangun dan menggembangkan institusi zakat

untuk manafaat masyarakat Islam.

ii. Dapat memberi khidmat rawatan dialisis kepada pesakit buah

pinggang yang menerima bantuan daripada MAIM secara langsung

dan dapat memberi bantuan kepada lebih ramai pesakit buah

pinggang yang ada sekarang.

iii. MAIM dilihat sebagai agensi yang berperanan aktif membantu

golongan yang sangat memerlukan bantuan di kalangan pesakit-

pesakit dialisis.

Tamat

Mula

Proses bayaran menggunakan Cek/EFT

Tuntutan diproses untuk penyediakan baucer

bayaran

YTPZ terima bayaran tuntutan

Page 19: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

iv. Kos yang perlu dibayar bagi pembiayaan rawatan dialisis adalah

minimum jika dibandingkan jika MAIM membuat projek tajaan rawatan

di pusat dialisis luar.

3.2 Perkhidmatan Awam

i. Penubuhan Pusat Dialisis Maim ini dapat membantu Hospital Besar

Melaka di dalam menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat

dan dapat mengurangkan jangka masa menunggu giliran pesakit.

ii. Membuktikan bahawa pihak kerajaan sentiasa komited di dalam hal-

hal kebajikan rakyat dengan menawarkan mutu perkhidmatan yang

berkesan serta mempromosikan agenda kesihatan yang positif.

3.3 Kumpulan Sasar

i. Dapat membantu meringankan bebanan pesakit golongan sasar

dengan menampung kos rawatan dialisis.

ii. Dapat memberi keselesaan kepada pesakit semasa menerima

rawatan dialisis dengan kemudahan-kemudahan asas yang

ditawarkan.

iii. Keadaan kesihatan rakyat yang baik dapat memberikan kelangsungan

hidup yang baik dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan

produktiviti dan kualiti hasil kerja individu khususnya.

4. ELEMEN INOVASI

i) Inovatif/kreatif :

Projek ini adalah merupakan elemen penciptaan nilai baru kepada

pasaran sedia ada melalui kaedah Blue Ocean Strategy.

Projek ini juga telah berjaya menstrukturkan semula sempadan pasaran

sedia ada dan mencapai kepada sesuatu yang telah melangkaui

permintaan yang ada di kalangan pesakit-pesakit buah pinggang yang

memerlukan rawatan dialisis percuma kerana tiada pembiaya sama ada

pihak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ataupun pihak Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO) mahupun pihak-pihak swasta atau

individu luar yang lain.

Projek ini juga dapat membangunkan inisiatif baru oleh agensi kerajaan

bersama-sama dengan agensi pertubuhan bukan kerajaan iaitu yang

mewakili institusi masyarakat umum bagi memastikan penyampaian

perkhidmatan yang disediakan ini menepati keperluan sebenar mereka

Page 20: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

dengan pengurusan risiko yang cekap bagi membangunkan strategi

pelaksanaan yang terbaik.

Selain itu, melalui projek ini juga, dapat memberikan talian hayat yang

baru kepada pesakit-pesakit haemodialisis yang terpaksa menyerahkan

nasibnya kepada takdir berhubung ajal dan maut. Alternatif yang

menjamin kebahagian pihak pesakit dan keluarga yang selama ini

sangat mengaharapkan bantuan disediakan kepada mereka.

ii) Keberkesanan

Pesakit yang bersetuju untuk masuk membuat rawatan di YTPZ/MAIM

ini tidak perlu menunggu lama giliran untuk membuat rawatan dialisis

di Hospital Besar dan boleh terus mula membuat rawatan setelah

bersetuju masuk;

Kos yang dibayar oleh MAIM bagi kos rawatan pesakit dialisis adalah

jauh lebih rendah daripada kos yang perlu dibayar kepada pihak luar.

Masalah pengangkuta pergi dan balik ke tempat rawatan dialisis

diselesaikan dengan perkhidmatan bersama yang disediakan untuk

mengangkut dan menghantar balik pesakit;

Melalui pemantauan kualiti secara bersama, projek ini dapat

menyantuni segala aspek kebajikan yang diharapkan oleh pesakit-

pesakit haemodialysis yang membuat rawatan di situ.

iii) Signifikan

Dengan asas penjimatan kos yang disasarkan, pihak MAIM/YTPZ

dalam menghendalikan sebuah perkhidmatan rawatan dialisis pada

kos yang sangat rendah berbanding dengan pasaran;

Kos penyediaan dan mula pengoperasian juga adalah sangat cepat

iaitu hanya 6 bulan sahaja yang melibatkan peringkat penyediaan

dan pelarasan sehinggalan pesakit mula membuat rawatan;

Elemen kolaborasi yang dijalin telah merapatkan hubungan kerjasama

dua agensi yang berkongsi sumber untuk menyediakan

perkhidmatan terbaik kepada masyarakat;

Melalui kerjasama dan perkongsian sumber juga, pesakit mendapat

kesejahteraan kesihatan dan masa apabila tempoh masa membuat

rawatan dapat dikurangkan apabila pihak MAIM bekerjasama untuk

menyediakan perkhidmatan pengambilan pesakit. Pada ketika ini,

Page 21: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

projek ini mempunyai 3 buah kenderaan yang mampu menguruskan

kesemua 54 pesakit yang sedang membuat rawatan di situ.

iv) Relevan

Projek kolaborasi ini telah menunjukkan aspek penjimatan yang amat ketara

bagi perkara-perkara berikut :

a) Pihak MAIM tidak perlu membelanjakan sebarang kos untuk

menyediakan sebuat pusat rawatan dialisis sendiri. Pada umumnya,

kos sebanyak tidak kurang daripada RM500,000.00 diperlukan untuk

membina sebuah bangunan atau mengubahsuai mana-mana

bangunan untuk menempatkan mesin-mesin rawatan dialisis dan

segala keperluan teknikal sebuah pusat rawatan dialisis;

Penjimatan yang dapat dibuat disini adalah berjumlah sekurang-

kurangnya RM500,000.00

b) Jika kos bagi seorang pesakit biasa perlu dibayar sebanyak

RM2,730.00 sebulan, kos yang perlu ditanggung oleh MAIM adalah

seperti berikut :

Kos Seorang pesakit sebulan RM 2,730.00

Tempoh telah mula membuat rawatan 15 bulan

Jumlah Kos yang patut dibayar oleh MAIM RM 40,950.00

Jumlah yang dibayar oleh MAIM sebenar RM 33,750.00

Jumlah penjimatan bagi seorang pesakit ialah RM7,200.00

Oleh itu jika projek ini memenuhi jumlah yang ditetapkan bagi tempoh

rawatan yang sama, jumlah yang pihak MAIM dapat jimatkan adalah

berjumlah :

RM7,200.00 x 15 bulan = RM108,000.00

Ini tidak termasuk penjimatan kos yang dapat dijimatkan pada kos

penyelenggaraan bangunan yang ditanggung oleh pihak YTPZ

sebagai sebahagian kerjasama yang dibuat.

c) Selain itu, disebabkan projek ini adalah kolabirasi dua pihak, maka

pihak MAIM juga dapat menjimatkan masa pelaksanaan projek selain

mendapat khidmat rujukan professional yang percuma daripada pihak

YTPZ yang bertauliah dalam mengelolakan Pusat Rawatan Dialisis.

Page 22: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

6. PENUTUP

Kesimpulannya, projek Sulaman Kasih, MAIM/YTPZ ini adalah satu langkah ke

hadapan yang dirintis oleh pihak MAIM dan YTPZ dalam memastikan kebajikan dan

kesejahteraan pesakit-pesakit dialisis di negeri Melaka mendapat perhatian dan

pembelaan yang wajar. Selain itu, melalui projek kolaborasi ini, ia dapat

mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dan juga memaksimumkan jumlah

penerima bantuan yang boleh mendapat manfaat daripada projek ini. Ia pastinya

memenuhi harapan ramai pesakit-pesakit dialisis yang amat mengharapkan tempat

berteduh kasih selagi hayat dikandung badan.

Page 23: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

LAMPIRAN 1

PERBANDINGAN KOS RAWATAN DIALISIS

NO. PUSAT DIALISIS

KOS RAWATAN/ SESI

TERMASUK SUNTIKAN

JUMLAH RAWATAN BAGI SEBULAN

(MINIMUM 13 KALI RAWATAN)

1 Pusat Dialisis Putra Hospital 220.00 2860.00

2 Pusat Dialisis Comfort 210.00 2730.00

3 I Medic Renal Care, Oriental Hospital

320.00 4160.00

4 Pusat Dialisis Tenang 225.00 2925.00

5 Pusat Dialisis AMS Bukit Katil 220.00 2860.00

6 Pusat Dialisis Nephrocare 230.00 2990.00

7 Pusat Dialisis Impan 260.00 3380.00

Page 24: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

LAMPIRAN 2

LAPORAN TAKLIMAT KHAS BERKAITAN PENUBUHAN PUSAT RAWATAN DIALISIS

TANGGUNGAN MASJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA YAYASAN TOH PUAN

ZURINA

TARIKH : 1 JUN 2016 (RABU)

MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT : ARAS 3, BANGUNAN YAYASAN TOH PUAN

ZURINA, PANTAI PERINGGIT

- Surat telah diedarkan pada 17 Mei 2016 kepada semua penerima bantuan

haemodalisis MAIM seramai 91 orang dan dimaklumkan melalui infoblast untuk

kehadiran.

- Daripada jumlah 91 orang seramai 41 orang pesakit yang telah hadir ke majlis

taklimat tersebut

- Majlis taklimat telah disampiakn oleh Datuk Hajjah Radhuana binti Salleh, Ketua

Pegawai Eksekutif Yayasan Toh Puan Zurina.

- Taklimat tersebut diadakan bagi menerangkan tujuan penubuhan pusat rawatan

haemodalisis tersebut dan syarat-syarat kemasukan.

- Memastikan pesakit buat perbandingan perkhidmatan rawatan di pusat diaylisis

lama dengan Toh Puan Zurina

- Memberikan perincian skim bantuan tambahan kepada pesakit yang buat rawatan di

Toh Puan Zurina dibawah Tajaan MAIM

Page 25: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

LAMPIRAN 2

LAPORAN TAKLIMAT KHAS KEPADA SEMUA PENERIMA SKIM BANTUAN

HAEMODALISIS TANGGUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA

YAYASAN TOH PUAN ZURINA

TARIKH : 23 OGOS 2016 (SELASA)

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : ARAS 3, BANGUNAN YAYASAN TOH PUAN

ZURINA, PANTAI PERINGGIT

- Surat telah diedarkan pada 10 Ogos 2016 kepada semua penerima bantuan

haemodalisis MAIM seramai 112 orang dan dimaklumkan melalui infoblast untuk

kehadiran.

- Daripada jumlah 112 orang seramai 46 orang peserta yang telah hadir ke majlis

taklimat tersebut

- Majlis taklimat telah disampiakn oleh PSU Agihan Zakat, En. Mohd Hairulamin bin

Mohd Sis.

- Taklimat tersebut diadakan bagi menerangkan kelebihan membuat rawatan di

Yayasan Toh Puan Zurina

- Memaparkan jumalah Skim Tambahan Bantuan dari MAIM selain Kos Rawatan

Bulanan Cucian Yang Ditanggung MAIM sepenuhnya

- Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Toh Puan Zurina melebihi dari

Rawatan Diaylisis yang dibuat oleh pesakit di Pusat Lama

Page 26: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

LAMPIRAN 3

PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH

RABU 16 MAC 2016

Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu Dialisis

Remark

1 Azueen Bin Osman 2027, Batu 3 1/2, Jalan

Pokok Mangga, Melaka. 2,4,6

Tidak ada kaki

sebelah.

2 Fawziah Binti Bahari

No.10, 1/44, Taman

Cheng Perdana 1, 75260

Melaka.

2,4,6

3 Abdul Aziz Bin Bidin 642-2, Pengkalan Perigi,

Tanjung Keling, Melaka. 2,4,6

4 Abdul Manan Bin

Othman

Kg Gelam, Tanjung

Keling,Sekolah Seri

Tanjung Lorong Mentari

2,4,6

5 Kamsiah Binti Ahmad

Lorong 13, 582, Taman

Tanah Merah Jaya,

76400, Tanjung Keling

Melaka

2,4,6

6 Suhaizy Bin Baba

16 C Durian Daun Dalam

Melaka, (Depan Pinti

Maktab Perguruan)

2,4,6

7 Syafiq Bin Mohamad No 104, Kg Pengkalan

Rama, Pantai Melaka 2,6

Perlu datang

pada waktu

8 Zamri Bin Lambak KM 18, Sungai

Udang,Melaka.

2,4,6

9 Zamzam Bin Abdullah

M 17-1, Jalan MJ 27,

Taman Merdeka Jaya,

Batu Berendam

2,4,6 request visit

16/3/2016

Page 27: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH

KHAMIS 17 MAC 2016

Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu

Dialisis Remark

1 Sarah Binti Abdul

Rahman

No.12G, Blok A, Rumah

Awam,

Bukit Lintang Melaka.

1,3,5

2 Erny Hany Bt Samuri

KM 16, Kg. Bukit

Nibong, Paya Dalam,

75460, Melaka

1,3,5

3 Hamidah Binti Abdullah

No. c, 8731, KM 10,

Simpang Aiir Molek,

75460 Melaka

1,3,5

4 Abd Rahman Bin Abd

Rahim

380, 12 3/4 Kg

Simpang, 77300

Merlimau

2,6

5 Md Taha Bin Kasnon

No.72 C, Batu 4 1/2,

Kg. Baru,, Bukit

Beruang 75450 Melaka

1,3,5

6 Mohd Ikmar Bin Ismail

Bukit Katil, Taman

Merak Mas 75450

Melaka

1,3,5

7 Rusmawati Binti Abu

Bakar

4242-1, Batu 3 1/2,

Jalan Hang Tuah, Off

Jalan Dang Merdu,

Jambatan Duyong

Melaka

1,3,5

Page 28: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis

PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH

JUMAAT 18 MAC 2016

Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu

Dialisis Remark

1 Hamidah Binti Abd

Hamid

1192-2, Bt 6 1/2 Kg

Teluk, 75450, Bukit

Katil, Melaka.

2,4,6

2 Rozaini Bin Zaid

No.3, Blok M, Rumah

Awam Fasa 2,

Ayer Molek Melaka

2,4,6

PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH

SELASA 22 MAC 2016

Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu

Dialisis Remark

1 Abdul Rahman Bin

Batu 11 1/2, Lorong

Imam Hj Moksin, Paya

Rumput Jaya, Sg.

Udang

1,3,5

2 Azlina Binti Jahaya 1 10 1/2, Paya Rumput,

Sungai Udang, Melaka 1,3,5

3 Khatijah Binti Jaamat

No.139, Bt 10 1/2, Kg.

Tanah Merah, Krubong

Melaka

1,3,5

4 Menah Binti H.

Mohammad

Kg Bukit Pegoh, Pernu,

Melaka 1,3,5

5 Mohd Nasir Bin Md Jani Batu 6 1/2, Kg Cheng,

Jalan Tampoi Melaka 1,3,5

6 Noraidah Mohamad

No.19, Jalan TT 4,

Taman Gadong

Perdana, Melaka.

1,3,5

7 Zainon Binti Mustapah

Batu 5 1/2, Batang 3,

Tanjung Keling,

Melaka.

1,3,5

Page 29: LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA MAJLIS …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2346-projek-sulaman-kasih.pdf1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina Perkhidmatan hemodialisis