nabi isa

4
TAJUK : KEMUNGKARAN KAUM NABI ISA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif, guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalianDaun mengkuang si daun pandan Mari dianyam ditanah rata pantun Mari bersama ambil tauladan Kemungkaran kaum nabi Isa tajuk cerita Kawan-kawan...... Tahukan kawan-kawan sekalian, siapakah baginda Isa a.s?...... Nabi Isa a.s dilahirnya tanpa bapa.. Baginda anak kepada Mariam...seorang wanita yang taat kepada perintah Allah. Dengan kuasa Allah Mariam telah mengandungkan baginda Frman Allah dalam surah Ali Imran ayat 45 yang berbunyi .. Ertinya ..."Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al- Masih, Isa Ibni Maryam,Kawan-kawan... Setiap kejadian yang berlaku dengan kehendaknya dan ada hikmah disebaliknya. Kita hendaklah berserah dan redha dengan ketentuan Allah. Seperti bencana banjir yang melanda negara baru baru ini adalah dengan kehendaknya. Hadirin sekalian...

Upload: skteh

Post on 04-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nabi isa

TRANSCRIPT

TAJUK : KEMUNGKARAN KAUM NABI ISA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif, guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Daun mengkuang si daun pandanMari dianyam ditanah rata pantunMari bersama ambil tauladanKemungkaran kaum nabi Isa tajuk cerita

Kawan-kawan......Tahukan kawan-kawan sekalian, siapakah baginda Isa a.s?...... Nabi Isa a.s dilahirnya tanpa bapa.. Baginda anak kepada Mariam...seorang wanita yang taat kepada perintah Allah. Dengan kuasa Allah Mariam telah mengandungkan baginda Frman Allah dalam surah Ali Imran ayat 45 yang berbunyi..

Ertinya ..."Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam,

Kawan-kawan...Setiap kejadian yang berlaku dengan kehendaknya dan ada hikmah disebaliknya. Kita hendaklah berserah dan redha dengan ketentuan Allah. Seperti bencana banjir yang melanda negara baru baru ini adalah dengan kehendaknya.

Hadirin sekalian...Setelah dewasa dengan Izin Allah, maka Nabi Isa dilantik menjadi rasul dan utusan Allah untuk kaumnya. Baginda meyeru kepada kaumnya agar taat kepada Allah. Baginda menyeru untuk kembali ke jalan yang benar. Firman Allah dalam surah al Imran ayat 51 :

Ertinya :. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan Yang lurus".

Hadirin sekalian..Nabi Isa a.s. telah dikurniakan mukjizat mukjizat dari Allah S.W.T untuk membuktikan akan kekuasaan Allah terhadap kaumnya. Antara mukjizat baginda membuat bentuk seekor burung dari tanah liat kemudian ditiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup). Baginda boleh menyembuhkan orang buta ,sopak,dan boleh menghidupkan kembali orang yang telah mati

Ya kawan-kawan ,Mukjizat adalah adalah satu keistimewaan yang Allah berikan kepada rasulNya. Kita hendaklah percaya akan kekuasaan Allah. Janganlah kita bersandarkan kuasa yang lain selain dari kuasa Allah. Pada masa sekarang kita lihat, ramai yang masih percaya dengan perkara khurafat yang kononnya kuasa tersebut dapat membantu mereka menyelesaikan masalah

Hadirin sekalian Dakwah nabi Isa a.s mendapat tentangan hebat daripada kaumnya.... Pada suatu hari, Baginda telah menyeru kpd kaumnya "Wahai kaumku, aku datang membawa satu tanda daripada tuhanmu. Aku akan membuat untuk kamu seekor burung drpd tanah liat. Kemudian aku akan meniupnya lalu menjadi seekor burung y hidup dengan izin Allah" kata Nabi Isa a.s.Orang2 Yahudi yang hadir ketika itu terpegun melihat apa yang berlaku di hadapan mata mereka. Namun, mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa ia berlaku atas kehendak Allah s.w.t.Pada hari lain pula, Baginda telah menyembuhkan org buta dan menghidupkan orang yang telah mati dgn izin Allah s.w.t. Namun demikian, mereka tetap tidak mempercayai kekuasaan Allah.

Rakan-rakan yang dikasihi,Nabi Isa a.s tidak berputus asa, Baginda mengembara ke seluruh pelusuk negeri untk berdakwah dan mengajak org2 Yahudi kepada agama Allah.Malah ada dalam kalangan mereka meminta agar tuhan Nabi Isa menurunkan hidangan dari langit sebagai bukti.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 115

bermaksud "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan makanan itu kepada kamu y ingkar. Sesudah makanan itu diturunkan maka sesungguhnya aku akan menyiksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku kenakan ke atas sesiapa pun dari sekalian makhluk".

Pengajarannya ialah kita tidak boleh berputus asa dan sentiasa bersabar menghadapi dugaan. Sebagaimana berlaku di Palestin pada hari ini mereka tetep berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman zionis yang zalim.

Kawan-kawan ...Pelbagai usaha dilkukan untuk membunuh baginda. Nabi Isa a.s dituduh sebagai pemberontak yang menimbulkan kacau bilau, memperdayakan mereka dan mempengaruhi anak2 muda supaya meninggalkan agama nenek moyang mereka. Mereka mendesak agar Raja Rom mengambil tindakan terhadap Nabi Isa a.s. Akhirnya, pemerintah Rom mengarahkan Nabi Isa a.s ditangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan. Akhirnya, Nabi Isa a.s dijatuhi hukuman bunuh. Baginda akan dipaku pada kayu salib sehingga mati.Kaum Yahudi berasa sungguh gembira mendengar keputusan tersebut. Tanpa berlengah lagi pengawal membawa Nabi Isa keluar ke tempat hukuman . Kebesaran Allah mengatasi segala-galanya . .

Tersebutlah kisah Yahuza celakaTerpedaya dengan kebendaan dunia Sanggup mengkianati kawan sebaya PantunAkibta angkara yahudi durjana

Allah s.w.t telah mengubah wajah Yahuza serupa dengan nabi Isa tanpa ada perbezaannya walaupun sedikit. Yahuda merupakan seorang murid yang terpilih, akan tetapi dia sanggup mengkianati Baginda . Puas pemuda itu meronta-ronta minta dibebaskan. "Tolong2, aku bkn Isa, aku bkn Isa!" Namun, jeritannya tetap tidak diendahkan. Akhirnya, pemuda tersebut mati disalib. firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 55 yang berbunyi

Ertinya : (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir,

Ya kawan-kawan...Janganlah kita menjadi orang yang mengkhianati kawan kita sendiri. Mengkianati kawan sendiri akan membawa padah yang memakan diri sendiri. Pada hari ini kita lihat, ramai manusia mempergunakan kawan-kawan untuk mengaut keuntungan kepada diri sendiri.

Isa Al Masih rasul ajaiblahir kedunia tidak berbapaWafatnya baginda bukan di salibTetapi di ganti Yahuza durjana Sekian sahaja kisah saya pada hari ini. Wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh.