muzik teori

Upload: muhamdsyukri

Post on 09-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hgfhtd

TRANSCRIPT

1.0 Gubahan harmoni.

2.0 Refleksi.

Syukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat siapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan ialah membuat gubahan harmoni yang dipilih daripada buku KSSR tahun 2 dan mestilah menggunakan perisian notasi muzik seperti finale, Sibelius atau encore. Namun, terdapat beberapa masalah ketika saya menyiapkan tugasan ini antaranya menggunakan perisian notasi muzik seperti finale dan Sibelius. Selain itu, sepanjang pelaksanaan tugasan ini saya juga menghadapi sedikit kekangan masa akibat daripada pertindihan masa untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek lain tetapi saya dapat diselesaikan dengan membuat persediaan awal sebelum tempoh masa yang diberikan untuk menghantar tugasan ini.

Seterusnya, bagi tugasan ini saya telah memilih lagu Come sing with me sebagai lagu pilihan saya. Saya membuat gubahan harmoni seperti memasukkan pergerakan kord yang sesuai dan bes menggunakan perisian notasi muzik iaitu finale. Saya memilih lagu tersebut kerana bunyinya yang merdu dan dalam nada f major.

Semasa saya melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima pelbagai faedah dan ilmu pengetahuan yang berguna dan baik untuk saya untuk menjadi seorang guru kelak. Contohnya saya dapat mengetahui cara dan kelebihan menggunakan perisian notasi muzik ini. Selain itu, dapat menguasai ilmu pergerakan kord dan bes. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu yang telah saya perolehi saya akan praktikkan ilmu itu sebaik mungkin dan dapat turunkan ilmu kepada pelajar pada masa akan datang.

Di samping itu, nilai yang penting saya dapat sepanjang melakukan tugasan ini ialah jangan mudah berputus asa. Walaupun agak sukar bagi saya mencari maklumat serta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari, namun ia bukanlah satu penghalang untuk saya siapkan kerja malah menjadi satu batu loncatan buat saya lebih berusaha bersungguh-sungguh demi menyiapkan kerja yang mampu membantu saya menjadi seorang guru yang lebih berkualiti pada masa yang akan datang.

3.0 Bibliografi