muzakarah cendekiawan syariah nusantara 2008

54
MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________ 1 Penggunaan Wa`d dalam Kontrak Buyu` , Ijarah dan Syirkah : Implikasi Hukum Ahmad Suhaimi Bin Yahya 1 1.0 Latarbelakang 1.1 Persoalan penggunaan wa`d dalam produk dan instrumen kewangan Islam telah dibicarakan semenjak awal perkembangan kewangan Islam sekitar tahun 70an lagi. Namun begitu, penggunaan wa`d dalam produk kewangan Islam ketika itu hanya menjurus kepada murabahah lil amir bis syira’. 1.2 Antara fatwa semasa yang awal berhubung wa`d mulzim (janji mengikat) bagi pembiayaan secara Islam adalah fatwa yang dikeluarkan olah Kuwait Finance House pada tahun 1979, Muktamar al-Masraf al-Islami pertama di Dubai pada tahun 1979 dan kedua di Kuwait pada tahun 1983, fatwa Al-Marhum Sheikh Abdul Aziz Bin Baz pada tahun 1983. 2 Isu ini telah dibincangkan di peringkat persidangan Akademi Fikah Islam O.I.C sebanyak dua kali iaitu persidangan kelima

Upload: kochiyosenojutsu

Post on 29-Jun-2015

258 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

1Penggunaan Wa`d dalam Kontrak Buyu`, Ijarahdan Syirkah: Implikasi Hukum Ahmad Suhaimi Bin Yahya11.0 Latarbelakang

1.1 Persoalan penggunaan wa`d dalam produk dan instrumen kewangan Islam telah dibicarakan semenjak awal perkembangan kewangan Islam sekitar tahun 70an lagi. Namun begitu, penggunaan wa`d dalam produk kewangan Islam ketika itu hanya menjurus kepada murabahah lil amir bis syira’.

1.2 Antara fatwa semasa yang awal berhubung wa`d mulzim (janji mengikat) bagi pembiayaan secara Islam adalah fatwa yang dikeluarkan olah Kuwait Finance House pada tahun 1979, Muktamar al-Masraf al-Islami pertama di Dubai pada tahun 1979 dan kedua di Kuwait pada tahun 1983, fatwa Al-Marhum Sheikh Abdul Aziz Bin Baz pada tahun 1983.2

Isu ini telah dibincangkan di peringkat persidangan Akademi Fikah Islam O.I.C sebanyak dua kali iaitu persidangan kelima pada tahun 1988 di Kuwait dan persidangan ketujuh belas di Jordan pada tahun 2006.

1.3 Seterusnya, pengunaan wa`d mula berkembang dan digunakan dalam pelbagai produk dan instrumen kewangan dan pembiayaan secara Islam. Wa`d telah digunakan dalam memajukan produk berasaskan ijarah muntahiyah bi tamlik atau ijarah thumma bai’, di mana pihak mukjir (penyewa) berjanji akan menjual aset yang disewakan di akhir tempoh pembiayaan. Wa`d juga telah distruktur bagi melindungi

Page 2: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

kepentingan pembiaya (institusi kewangan Islam), di mana pelanggan berjanji akan membeli aset sewaan dalam keadaan yang menyalahi terma-terma perjanjian (event of default) dan kerosakan menyeluruh (total loss). Semuanya ini sebagai penyelesaian kepada call option dan put option yang digunakan dalam terma-terma pembiayaan konvensional.

1.4 Pengunaan wa`d kemudiannya dikembangkan kepada pembiayaan dan pelaburan yang berasaskan mudharabah, musyarakah dan juga wakalah. Akhir-akhir ini, kebanyakan struktur pembiayaan berasaskan mudharabah dan musyarakah telah menggunakan wa`d sebagai 1

B.Shariah (Hons.) Al-Azhar University, Master in Shariah (First Class Hons.) Cairo University. Pengarah Bahagian Shariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. 2

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Bai` al-Murabahah li al-Amir bi al-Syira’, Maktabah Wahbah, 1987, h. 9-12 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

2penyelesaian kepada keadaan yang menyalahi terma perjanjian (event of default), kaedah untuk keluar (exit mechanism), pembayaran modal (redemption), kemudahan kecairan (liquidity facility) dan lain-lain lagi.

1.5 Wa`d juga telah digunakan dalam memajukan produk dan instrumen pengurusan risiko secara Islam seperti swap dan lindung nilai (hedging).3

1.6 Sehubungan dengan itu, dalam beberapa persidangan kewangan Islam antarabangsa, isu wa’d menjadi topik perbincangan sebagaimana ia telah menjadi polemik ketika mula diperkenalkan di akhir tahun 70an. Sebagai contoh, dalam Nadwah al-Barakah di Jeddah pada 16-17 September 2007, hal ini telah dibincangkan di mana Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan telah membincangkan peranan wa’d dalam struktur pembiayaan dalam kertas kerjanya bertajuk Mura’at Maqasid al-Syariah wa Maalat al-Af’al fi al-Amal al-Masrafi al-Islami.

1.7 Di peringkat penyelarasan dan penentuan piawai Syariah seperti Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), isu ini juga telah dibincangkan dalam beberapa persidangannya. Dalam satu kenyataan kepada media akhir tahun lepas, Sheikh Muhammad Taqi Uthmani, Pengerusi Majlis Shariah

Page 3: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

AAOIFI membayangkan hampir 85% daripada sukuk yang diterbitkan di negara-negara Teluk mungkin tidak selaras dengan Syariah disebabkan oleh kerana wujudnya elemen jaminan modal yang berpunca daripada janji untuk membeli semula aset pada harga asal (qimah ismiyah).4

1.8 Justeru, penulis akan cuba mengutarakan isu-isu semasa berhubung aplikasi wa’d dalam pembiayaan Islam semasa untuk sama-sama dibincang dan dinilai oleh ulama dan pakar-pakar Shariah yang menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008 ini, wallahu ta’ala yuwaffiquna jami’an. 2.0 Definisi Wa’d)دعو(danMuwa’adah)ةدعاوم(2.1 Al-Fayyumi menyebut bahawa wa’d atau `idah menurut bahasa membawa pengertian janji samada dalam perkara yang baik atau 3

Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan, Mura`ah Maqasid al-Syariah wa Ma’alat al-Af`al fi al-Amal al-Masrafi al-Islami, Nadwah al-Barakah 28 li al-Iqtisad al-Islami, Jeddah, 2007, h. 90-95 4

Reuters, 21 November 2007. MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

3buruk.5

Namun biasanya ia dikaitkan dengan janji baik, manakala janji buruk sebagai majaz dan istilah yang digunakan adalah wa`id. Ulama fikah telah menggunakan pengertian wa’d sama seperti maksudnya menurut bahasa.6

2.2 Al-Mausuah al-Fiqhiyyah telah merumuskan bahawa wa’d bermaksud janji yang biasanya dikaitkan dengan kebaikan menakala jika ia dikaitkan dengan keburukan adalah sekadar majaz. Ini selaras dengan definisi yang telah diberikan oleh Ibnu Irfah bahawa`idah (wa’d)

Page 4: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

sebagai memberitahu akan membuat sesuatu yang baik yang dinyatakan pada masa depan.7

2.3 Mukjam al-Mustalahat al-Fiqhiyyah telah merumuskan wa’d bermaksud memberitahu tentang perbuatan seseorang terhadap seorang yang lain pada masa akan datang. Perbuatan tersebut samada berupa kebaikan atau keburukan.8

2.4 Muwaadah ialah janji yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berakad atas wazan mufa`alah iaitu saling melakukan antara satu 5

Ahmad Al-Fayyumi Al-Muqri’, Al-Misbah al-Munir, Maktabah Lubnan, Beirut, 1987, h. 255 menyebut :

دعو)هدعو(

ريخلا يف دقو رشالب ارشو ريخالبو ريخلا هدعو لاقيف ءابالبو هسفنب يدعيو رشلاولمعتسي ادعو

اوطقسأ اديعو هدعو رشلا يفو ةدعو ادعو هدعو ريخلا يف اوالقو رشلاو ريخلا ظفل.6

Dalil al-Mustalahat al-Fiqhiyyah al-Iqtisadiyyah, KFH, Kuwait, 1992, h.290, Dr. Nazih Hammad, Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 832, Mukjam al-Mustalahat al-Fiqhiyyah h. 287 7

Al-Mausuah Fiqhiyyah, Wizarah al-Auqaf wa al-Syuu’un al-Islamiah, Kuwait (www.islam.gov.kw), rujuk perbincangan berhubung “Iltizam”, Fath al-`Aliy al-Malik fi al-Fatwa `Ala Mazhab Imam al-Malik, j.1, h.255. Teks asal dalam Al-Mausuahmenyebut :

دعولا:) شلا يفو ةقيقح ريخلا يف لمعتسي دعولاو ، لوقب ةيجرت ىلع 3لدي دعولا ازاجم ر3.دعولاو:دهعلا.سيل ةدعلاو

نإو ، نآلا ائيش هسفن صخ3شلا مازلإ اهيف ةفرع نبا لاق امآ يه ام3:

يف افورعم ربخملا ءاشنإ نع رابخإو ، مازتلالا ىلع لدي ام نيب قرفلاو لبقتسملا

Page 5: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

ةدعلا ىلع لدي ام:الوحألا نئارقو مالكلا قايس نم مهفي ام وه

.عراضملا ةغيص نم رها3ظلاو:لثم دعولا:

لعفأ انأ دشر نبا مالآ نم مهفي امآ مازتلالا ىلع ةنيرق لدت نأ الإ ،

.خؤت نأ نيدم كألس ول ام لثم كلذو تلقف ، اذآ لجأ ىلإ هر3

:خؤأ انأ ولو ، ةدع وهف ، كر3تلق:

خأ دق ، كتر3 مازتلا وهف8

Mukjam al-Mustalahat al-Fiqhiyyah h. 287 menyebut :

ءاهقفلا دنعو ةغللا يف دعولارابخإلا ارش مأ اريخ ناآأ ءاوس ،ريغالب قلعتي لبقتسملا يف ارمأ ءرملا لعف نع

.MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

4sama lain. Sekiranya janji tersebut dikeluarkan oleh salah seorang sahaja tanpa pihak yang lain maka ia dinamakan sebagai `idah.9

3.0 Hukum Menunaikan Janji (Al-Wafa’ bi Al-Wa’d) 3.1 Hukum asal bagi janji adalah harus kerana setiap individu boleh berjanji pada perkara yang baik kepada orang lain menurut kemahuannya.10

3.2 Ulama sepakat dalam menentukan hukum bahawa menunaikan janji adalah suatu yang dituntut (matlub) dalam Islam. Namun ulama silam

Page 6: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

dan semasa telah berselisih pendapat dalam menentukan samada kewajipan menunaikan janji menurut perundangan (qada’) samada mengikat atau tidak. Ibnu Rushd telah merumuskan empat pandangan ulama silam terhadap status hukum menunaikan janji seperti berikut11

: a) Janji adalah mengikat secara mutlaq. b) Janji tidak mengikat secara mutlaq. c) Janji adalah mengikat sekiranya disandarkan kepada sesuatu syarat. Janji berasaskan syarat tersebut adalah mengikat dan perlu ditunaikan biarpun perkara yang dijanjikan tidak termasuk dalam perkara yang disyaratkan tadi. Sebagai contoh sekiranya seorang berkata saya ingin membeli sesuatu maka pinjamkan kepada saya sesuatu, maka dijawab oleh seorang lain bahawa ia bersetuju. Persetujuan tersebut adalah janji yang mengikat biarpun syarat yang dinyatakan oleh orang yang pertama tadi belum berlaku. d) Janji adalah mengikat sekiranya disandarkan kepada sesuatu syarat. Jika perkara yang dijanjikan termasuk dalam perkara yang disyaratkan tadi, maka janji tersebut adalah mengikat dan perlu ditunaikan. Sebagai contoh sekiranya seorang meletakkan syarat pembelian hamba sekiranya ia mendapat bantuan sebanyak seribu dirham. Sekiranya ia mendapat bantuan seribu dirham, maka pembelian hamba tersebut adalah mesti dilaksanakan kerana janji bersyarat tersebut adalah mengikat.

3.3 Ulama semasa telah membincangkan isu menunaikan janji (al-wafa’ bi al-wa`d) dalam banyak persidangan sebagai contoh dalam 9

Al-Hattab, Mawahib al-Jalil li Syarh Mukhtasar Khalil, Dar al-Fikr, Beirut, 1992, j.3, h. 413-414. Teks asal menyebut :

هبحاص امهنم دحاو لآ دعي نأ.... الإ نوكت ال ةلعافم يهفنم امهدحأ دعو نإف ،نينثاذهف رخآلا نودهةدعلا.10

Dalil al-Mustalahat al-Fiqhiyyah al-Iqtisadiyyah, h.290 11

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 842-843, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad `Ulaisy, Fath al-`Aliy al-Malik fi al-Fatwa `Ala Mazhab al-Imam Malik, j.1, h. 255-256

Page 7: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

5persidangan Majmak al-Fiqh Islami ke 5 pada tahun 1988 di Kuwait, sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan berhubung isu ini.12

A) Pandangan Ulama Berhubung Wa`d Mulzim

a) Ulama silam

3.4 Ibnu Hazm menyebut dalam al-Muhalla bahawa Ibnu Syibrimah berpandangan bahawa semua wa’d adalah mengikat yang mesti ditunaikan oleh orang yang berjanji, malah boleh dipaksa untuk melaksanakannya.13

Pandangan Ibnu Syibrimah ini telah menjadi asas kepada fatwa ulama semasa berhubung wa`d mulzim sebagai contoh Majlis Pengawasan Syariah Kuwait Finance House.14

3.5 Imam Al-Bukhari dalam kitab Sahih al-Bukhari telah menyebut sekumpulan ulama salaf yang berpandangan bahawa menunaikan janji adalah wajib. Beliau telah menulis satu bab khusus berhubung isu ini iaitu man amara bi injaz al-wa’d dalam kitab as-syahadat. Antara ulama salaf yang berpandangan bahawa janji adalah mengikat adalah Al-Hasan al-Basri, Ibnu Al-Asywa`, Samrah bin Jundub dan Ishaq bin Ibrahim (Ibnu Rahawiyah). Imam al-Bukhari seterusnya menyebut empat hadis yang menunjukkan bahawa menunaikan janji adalah wajib. Ibu Abdul Bar dan Ibnu al-`Arabi menyebut bahawa `Umar bin Abdul Aziz berpandangan yang sama berhubung wajibnya menunaikan janji.15

3.6 Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din telah menyebut dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan menunaikan janji. Beliau telah membicarakan hal ini dalam kitab afat al-lisan, di mana beliau telah mengkategorikan janji bohong (al-wa’d al-kazib) sebagai sifat tercela dan tanda munafiq.16

3.7 Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam I`lam al-Muwaqqi`in menyebut dalil-dalil yang menunjukkan bahawa menunaikan janji adalah wajib sama seperti menunaikan akad and syarat-syarat yang telah dipersetujui.1712

Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j.2, h. 755-960 13

Abi Muhammad Ali Bin Muhammad Bin Said Bin Hazm, Al-Muhalla

Page 8: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., j. 8, h. 28, masalah no. 1125 berhubung wa’d. Teks asal menyebut :

لاق ربجيو دعاولا ىلع هب ىضقيو مزال هلآ دعولا ةمربش نبا.14

Al-Fatawa al-Syariyyah fi al-Masail al-Iqtisadiyyah, KFH, Kuwait, 1989, h.28 15

Ahmad bin Ali bin Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-Rayyan, Kaherah, 1986, j. 5, h. 341-343 16

Muhammad Abi Hamid al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din, Dar al-Khair, Beirut, 1990, j.3, 278-279 17

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, I`lam al-Muwaqqi`in, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1991, j.1, h. 260-263 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

6

3.8 Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Maliki berpandangan bahawa janji adalah mengikat dan mesti ditunaikan sekiranya disandarkan kepada sesuatu syarat. Jika perkara yang dijanjikan termasuk dalam perkara yang disyaratkan tadi, maka janji tersebut adalah mengikat dan perlu ditunaikan. Sebagai contoh sekiranya seorang meletakkan syarat pembelian hamba sekiranya ia mendapat bantuan sebanyak seribu dirham. Sekiranya ia mendapat bantuan seribu dirham, maka pembelian hamba tersebut masti dilaksanakan kerana janji bersyarat tersebut adalah mengikat.18

3.9 Imam al-Qarafi telah membincangkan isu samada wa’d adalah mengikat menurut pandangan mazhab Maliki dalam farq (perbezaan) ke 214. Secara umumnya terdapat empat pandangan dalam Mazhab Maliki di mana pandangan yang masyhur bahawa janji adalah mengikat sekiranya dinyatakan sebab dan perkara yang dijanjikan termasuk dalam liabiliti kewangan dengan sebab tersebut. Beliau berpandangan bahawa wa`d adalah mengikat secara mutlak.19

Hal yang sama telah dibahaskan dalam kitab Fath al-Aliy al-Malik fi al-Fatwa `ala Mazhab al-Imam Malik dalam satu fasal khas berkaitan “al-wafa`bi al-wa`d”.2018

Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Al-Qurtubi, Al-Jami` li Ahkam al-Quran, Al-Hai’ah al-Misriyyah al-Ammah li al-Kitab, Kaherah, 1987, j. 18, h. 79-80, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad `Ulaisy, Fath al-`Aliy al-Malik fi al-Fatwa `Ala Mazhab al-Imam Malik

Page 9: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

, j.1, h. 255-256, Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azim, Dar al-Sya`b, Kaherah, t.t, j.8, h. 132, Al-Muhalla, j. 8, h. 28, Al-Fatawa al-Syariyyah fi al-Masail al-Iqtisadiyyah, h.29, Dalil al-Mustalahat al-Fiqhiyyah al-Iqtisadiyyah, h.291 19

Al-Qarafi, Al-Furuq, `Alam al-Kitab, Beirut, t.t., j.3, h. 20, 24-25. Al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, j.2, h. 1030-1031. Teks asal dalam al-Furuq menyebut :

تئاملاو رشع عبارلا قرفلاا

ن بجي ال امو هنم هب ءافولا بجي امو دعولا ةدعاقو بذكلا ةدعاق نيب......

نأ ملعاوله دعولا يف اوفلتخا ءاهقفلا

ءافولا بجي ءافولا موزلب لوقلا يدنع حيحصلا تلق قرف رخآ ىلإ ال مأ اعرش هباقلطم دعوالب.20

Fath al-Aliy al-Malik fi al-Fatwa `ala Mazhab al-Imam Malik, j.1, h. 255 dirujuk dari laman web Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kerajaan Saudi. Teks asal : )لصف(

امأو نآلا ائيش هسفن صخشلا مازلإ اهيف سيلف ةدعلا,لاق امآ يه امنإوةفرع نبا ءاشنإ نع رابخإلبقتسملا يف افورعم ربخملا,الوبابحتسا يف فالخ

يف دعوالب ءافولا لاق دقو كالم نم امالغ عاب مسرا تيب عامس مساقلا نبا نميف الدلا فيفختب ةدعلا باتآ نمو جحلا باتآ نم لجو هللازع

ىلإ يشم هيلعو كلهكلذب هدعوف هنع يشمي نأ هنبا لأسف لاقف كالم

امأ يأر كلذ ام نكلو كلذ لعف ول نأ هل بحأ ينإف هدعو اذإ وأدحأ نع دحأ يشمي,لاق كلذ لعفي نأ هدعو اذإ هل بحأ ينكلواكالمنأ ةألسملا هذه يف ىنعملادشر نبا

Page 10: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

بحتسا هنع يشملا نم هب هدعو امب هيبأل يفي نأ هل,

نإو بابحتسا ةيحان نم هيف ةبرق ال هدنع كلذ ناآءافولا ـه ا اهيف ةبرق ال يتلا تازئاجلا يف دعوالب

.MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

7

3.10 Fukaha mazhab Hanafi juga berpandangan bahawa wa’d adalah mengikat sekiranya ia dikaitkan dengan sesuatu syarat. Justeru, kaedah fekah nombor 84 dalam Majallah al-Ahkam al-Adliyyah menyebut bahawa “janji-janji adalah mengikat sekiranya dikaitkan dengan sesuatu” ةمزال نوكت قيالعتلا روصب ديعاوملا(

.21

)

b) Ulama semasa

3.11 Akademi Fikah O.I.C telah mengeluarkan dua qarar (keputusan) berhubung al-wafa’ bi al-wa’d dan muwa`adah. Dalam persidangan ke 5 di Kuwait pada tahun 1988, Akademi Fikah telah memutuskan bahawa wa`d yang dikeluarkan oleh satu pihak adalah mengikat kepada pihak yang berjanji tersebut berasaskan kepada agama (diyanatan). Ia akan mengikat berdasarkan kepada perundangan (qada’an) sekiranya dikaitkan dengan sesuatu sebab yang mengikat hasil daripada janji tersebut.22

Pandangan ini merupakan pandangan jumhur al-ulama berasaskan kepada hukum asal jual beli iaitu harus bersandarkan firman Allah s.w.t.: ا لحأ و هللاابرلا مرحو عيبلا دشر نبا باتآ يف

باتآ يفو ةيراعلا اهب ىضقي ال ليقو اقلطم اهب ىضقي ليقف دحاو ريغ هنع اهلقنو ةدعلا باتآ يفو عويبلا عماجببس ىلع تناآ نإ اهب ىضقي ليقو اقلطم,يف ةدعلا ببسب دوعوملا لخدي مل نإو

جوزتأ نأ ديرأ كلوقآ ءيش

ينفلسأف يئامرغ يضقأ نأ وأ نأ وأ كتباد ينرعأف اذآ ناكم ىلإ ادغ بآرأ نأ ديرأ وأ اذآاذآ يرتشأ نأ وأمعن لاقف كرقب ينرعأف يضرأ ثرحأ,

Page 11: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

مث همزلي كلذ نإف رفاسي نأ وأ يرتشي نأ وأ جوزتي نأ لبق هل ادب

,هب هيلع ىضقيو,ذلا رمألا كرتي مل نإفهيلع كدعو ي,

اذآو اذآ كفلسأ انأ هسفن نم وه كل لاقو هألست مل ولبهأ وأ هيلع هب ىضقيو همزلي كلذ نإف كلذ وحن وأ جوزتتل وأ كنيد يضقتل اذآ كل

,

تناآ نإ اهب ىضقي الواذإ امآ ببس ريغ ارفس رآذت ملو كرقب وأ كتباد ينرعأ وأ اببس رآذت ملو اذآ ينفلسأ تلق

ىلع,جاح الو

لاقف ةوأ هل ادب مث معن هل ادب مث اببس رآذي ملو اذآ كل بهأ وأ اذآ كفلسأ انأ هسفن نم وه لاق

,

نإ اهب ىضقي عبارلاونم وه اذهو ءيش يف ةدعلا ببسب دوعوملا لخدو ببس ىلع تناآ روهشملا الوقألا

.21

Ali Haidar, Durar al-Hukkam Syarh Majallah al-Ahkam, Dar al-Jil, Beirut, 1991, j.1, h. 87. 22

Teks asal keputusan Akademi Fikah dalam persidangan ke 5 :

ايناث:دعولا)دارفنالا هجو ىلع رومأملا وأ رمآلا نم ردصي يذلا وهو(مزلم وهو رذعل الإ ةنايد دعاولل امزلم نوكي

ءاضق دعولا ةجيتن ةفلآ يف دوعوملا لخدو ببس ىلع اقلعم ناآ اذإ

ددحتيو دعولا ذيفنتب امإ ةالحلا هذه يف مازلإلا رثأ رذع الب دعوالب ءافولا مدع ببسب العف عقاولا ررضلا نع ضيوعتالب امإواثالث:ةدعاوملا)نيفرطلا نم ردصت يتلا يهو(

زوجي مل اذإف امهدحأ وأ امهيلآ نيدعاوتملل رايخلا طرشب ةحبارملا عيبنأل زوجت ال اهنإف رايخ نكي

يف ةمزلملا ةدعاوملا اكالم عئابلا نوكي نأ ذئدنع طرتشي ثيح هسفن عيبلا هبشت ةحبارملا عيب

Page 12: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

عيبملل هدنع سيل ام ناسنإلا عيب نع يبنلا يهنل ةفالخم كانه نوكت ال ىتحMUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

8Maksudnya : “Dan Allah s.w.t menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.23

3.12 Akademi Fikah seterusnya telah menjalankan kajian lanjutan ke atas isu tersebut dan dalam persidangan ke 17 di Jordan pada 24-28 Jun 2006 telah mengeluarkan resolusi berhubung janji antara dua pihak (muwa’adah) dan persepakatan (muwathoah) dalam akad. Akademi telah memutuskan: i) Hukum asal bagi muwa’adah adalah mengikat dari sudut agama (diyanatan) bukan nya dari sudut perundangan (qada’an).

ii) Janji dari dua pihak (muwa’adah) pada akad sebagai helah kepada riba seperti persepakatan dalam bai’ al-einah atau muwa’adah dalam jual beli dan hutang adalah ditegah menurut Syarak.

iii) Bagi situasi yang tidak mengizinkan jual beli dimeterai disebabkan barang jualan tidak wujud dalam pemilikan penjual dan pada waktu yang sama wujudnya keperluan umum untuk mengikat kedua-dua pihak untuk memeterai akad pada masa hadapan berasaskan undang-undang atau amalan perdagangan antarabangsa seperti dalam documentary credit untuk mengimport barangan, maka diharuskan muwa`adah yang mengikat kedua-dua pihak samada dengan peruntukan undang-undang oleh kerajaan ataupun melalui persetujuan kedua-dua pihak dalam perjanjian yang menyatakan tentang muwa’adah yang mengikat.

iv) Muwa’adah yang mengikat dalam perkara (iii) di atas tidak termasuk dalam jual beli hadapan, di mana barangan jualan tidak berpindah pemilikannya kepada pembeli dan harga barangan tidak dianggap sebagai hutang dan jual beli tidak dimeterai melainkan pada tarikh yang dipersetujui berdasarkan ijab dan qabul.

v) Sekiranya salah satu pihak yang berjanji memungkiri janjinya seperti dalam perkara (iii), ia boleh diarahkan untuk menunaikan janjinya berdasarkan perundangan atau diminta membayar ganti rugi terhadap kemudaratan atau kerugian sebenar yang ditanggung oleh pihak yang dijanji disebabkan kemungkiran tersebut tanpa diambil kira peluang melepas (opportunity loss).2423

Surah al-Baqarah : 275 24

Teks asal keputusan Akademi Fikah :

Page 13: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

ملا يلودلا يمالسإلا هقفلا عمجم سلجم نإ

قثبن ةعباسلا هترود يف دقعنملا يمالسإلا رمتؤملا ةمظنم نعنامعب ةرشع)ةيمشاهلا ةيندرألا ةكلمملا(نم28 ىلإ ىلوألا ىدامج2 ةرخآلا ىدامج1427قفاوملا ،ـه24–28 ناريزح)وينوي(2006م،

دعب ةدعاوملا عوضوم صوصخب عمجملا ىلإ ةدراولا ثوحبلا ىلع هعالطاMUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

93.13 Majlis Syariah AAOIFI telah membincangkan wa’d dalam beberapa piawai Syariah (mikyar Syarie) seperti dalam piawai Syariah no. 8 berhubung Al-Murabahah Lil Amir Bi As-Syira’. Wa’d dari satu pihak dianggap mengikat berasaskan kepada keputusan Akademi Fikah.25

Muwa’adah yang mengikat kepada kedua-dua belah pihak adalah tidak diharuskan kecuali diletakkan syarat khiyar (pilihan) kepada kedua-dua atau salah satu pihak.26

3.14 Majlis Syariah AAOIFI juga membincangkan persoalan wa’d dalam piawai Syariah no. 9 berhubung Ijarah dan Ijarah Muntahiyah bi Tamlik di mana wa’d mulzim boleh digunakan oleh institusi kewangan Islam jika ingin memberi pembiayaan berasaskan ijarah, di mana pelanggan akan berjanji untuk menyewa barangan sewaan selepas dimiliki oleh institusi tersebut. Untuk tujuan tersebut, pelanggan boleh diminta membayar sejumlah deposit sebagai menjamin kesungguhannya untuk menyewa. Sekiranya pelanggan mungkir, deposit tersebut boleh digunakan untuk menampung sebarang kerugian yang ditanggung oleh

Page 14: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

لا يف ةأطاوملاومقر رارقلا ىلع عالطالاو ،دوقع40–41)2/5 و3/5(

، يتلا تاشقانملا ىلإ هعامتسا دعبوهلوح تراد،يلي ام ررق: )الوأ:)

يف لصألا ءاضق ةمزلم تـــــسيلو ،ةنايد ةمزلم اهنأ نيفرطلا نم ةدعاوملا. )ايناث:

ةدعاوملا لع ةأطاوملا لثم ،ابرلا ىلع الياحت دقع ىلع نيفرطلا نم

فلسو عيب ىلع ةدعاوملا وأ ةنيعلا ى) .اعرش ةعونمم)اثالث:

زاجنإ اهيف نكمي ال يتلا ةماع ةجاح دوجو عم عئابلا كلم يف عيبملا دوجو مدعل عيبلا دقعتالاحلا يف

لبقتسملا يف دقع زاجنإب امآ ،ةيلودلا ةيراجتلا فارعألا مكحب وأ ،هريغ وأ نوناقلا مكحبنيفرطلا نم لآ مازلإليف

،تاعاضبلا داريتسال نم نينقتب امإ نيفرطلل ةمزلم ةدعاوملا لعجت نأ زوجي هنإف يدنتسملا دامتعالا حتف

،ةموكحلا نيفرطلل ةمزلم ةدعاوملا لعجي ةيقافتالا يف صن ىلع نيفرطلا قافتاب امإو

Page 15: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

)اعبار:

ةدعاوملا نإ عيبلا مكح ذخأت ال اثالث دنبلا يف ةروآذملا ةالحلا يف ةمزلملا

الف ،لبقتسملا ىلإ فاضملا

الو ،يرتشملا ىلإ هيلع قفتملا دعوملا يف الإ عيبلا دقعني الو ،هيلع انيد نمثلا ريصيعيبملا كلم اهب لقتني) .لوبقو باجيإب)اسماخ:

ي هنإف ،هب دعو امع ،اــثالث دنبلا يف ةروآذملا tتالاحلا يف ،ةدعاوملا يفرط دحأ ءاضق ربج

لخت اذإ ف3جنإ ىلع

محت وأ ،دقعلا هدعو نع هفلخت ببسب رخآلا فرطلا قحل يذلا يقيقحلا يلعفلا ررضلا ل3زاـــــ)

نود .(ةعئاضلا ةصرفلا25

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), Bahrain, 2007, h. 108-110. (Nota : terdapat perbezaan mukasurat antara cetakan terbaru tahun 2007 dengan cetakan terdahulu pada tahun 2005). 26

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 109 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

10institusi pembiaya. Seterusnya wa’d juga boleh digunakan sebagai mekanisma dalam memindahkan hak pemilikan barangan sewaan di akhir tempoh akad ijarah tersebut seperti berikut : a) Janji dijual aset sewaan pada harga nominal atau harga sebenar, atau janji menjual ketika tempoh ijarah dengan kadar sewaan bagi baki tempoh sewaan atau pada harga pasaran. b) Janji untuk hibah c) Akad hibah yang dikaitkan dengan syarat membayar semua bayaran ansuran.27

3.15 Majlis Syariah AAOIFI juga menyentuh persoalan wa`d mulzim dalam

Page 16: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

piawai Syariah no 12 (klausa 3/1/6/2) berhubung As-Syirkah (Al-Musyarakah). Piawai tersebut menyebut bahawa harus bagi salah satu pihak rakan kongsi dalam mengeluarkan wa`d mulzim untuk membeli aset syarikat ketika tempohnya atau ketika pembubaran syarikat berasaskan harga pasaran (qimah suqiah) atau harga yang dipersetujui ketika akad jual-beli tersebut. Sehubungan itu, harga par (qimah ismiah) tidak boleh dijadikan sebagai syarat dalam janji jual-beli tersebut. Dalam hal ini, wa`d diguna pakai sebagai salah satu mekanisme untuk menamatkan musyarakah.28

3.16 Seterusnya dalam piawai yang sama, wa`d mulzim boleh diaplikasi dalam musyarakah mutanaqisah. Majlis berpandangan harus bagi salah satu pihak rakan kongsi dalam musyarakah mutanaqisah mengeluarkan wa`d mulzim untuk memiliki bahagian atau saham rakan kongsi yang lain lagi secara beransur-ansur melalui akad jual-beli di mana pembelian tersebut mestilah berasaskan harga pasaran (qimah suqiah) atau harga yang dipersetujui ketika akad jual-beli tersebut. Sehubungan itu, harga par (qimah ismiah) tidak boleh dijadikan sebagai syarat dalam jual-beli tersebut.29

3.17 Biarpun begitu, wa`d mulzim untuk membeli semula berasaskan harga par (qimah ismiyah) boleh diguna pakai sekiranya tujuannya adalah untuk menjamin sebagai contoh dalam piawai Syariah no 12 (klausa 4/1/2/4) disebut bahawa diharuskan untuk menajajamin (dhaman al-isdar / underwriting) melalui janji mulzim untuk membeli saham berasaskan harga par (qimah ismiyah).3027

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 134, 141 28

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 199. Teks asal menyebut :

ا فارطأ دحأ ردصي نأ روجي

ادعو ةآرشل ةميقالب ةيفصتلا دنع وأ اهتدم لالخ ةآرشلا تادوجوم ءارشب امزلمةيقوسلا ةيمسالا ةميقالب ءارشالب دعولا زوجي الو ،ءارشلا دنع هيلع قفتي امب وأ

.29

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 207 30

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 202. Teks asal menyebut : MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

11

Page 17: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

3.18 Dalam piawai Syariah no. 17 berhubung Sukuk al-Istithmar, juga disebut bahawa wa’d boleh diaplikasi sebagai kaedah untuk menebus semula sukuk di mana penerbit berjanji akan membeli semula sukuk atau aset pendasarnya pada harga pasaran atau harga yang dipersetujui ketika hari penebusan tersebut.31

3.19 Dalam piawai Syariah no. 1 berhubung Mutajarah fi al-Umlat (urusniaga matawang) menyebut bahawa muwa`adah mulzimah dalam urusniaga matawang adalah ditegah. Manakala, wa`d yang mengikat ke atas satu pihak adalah diharuskan dalam urusniaga tersebut.32

3.20 Akademi Fikah O.I.C dalam persidangan ke 15 di Oman pada 6-11 Mac 2004, ketika mengeluarkan resolusi no 136 berhubung musyarakah mutanaqisah telah menyentuh persoalan wa`d mulzim, di mana musyarakah mutanaqisah boleh distruktur dengan menggunakan wa`d mulzim yang dikeluarkan oleh salah seorang pihak yang berakad untuk memiliki bahagian pihak yang lain. Pihak yang satu lagi akan diberi pilihan (khiyar) melalui akad jual beli setiap bahagian biarpun secara notis yang menunjukkan ijab dan qabul. Bagi penetapan harga pembelian tersebut, ia tidak boleh berasaskan nilai bahagian yang disumbangkan ketika memulakan perkongsian kerana ia akan menjamin sumbangan modal rakan kongsi dalam perkongsian tersebut. Harga belian perlu dirujuk kepada harga pasaran atau harga yang dipersetujui ketika hari jual-beli tersebut.33

3.21 Majlis Syariah AAOIFI juga berpandangan bahawa wa’d yang mengikat kepada satu pihak boleh dijadikan sebagai penyelesaian kepada رادصإلا نامض زوجي

ءاقل لباقم نودب عيمج ءارشب مزتلي نم عم ةآرشلا سيسأت دنع قافتالا وهو ،نامضلا

باتتآالاب مزتلملا نم زوجيو ،هريغ هيف بتتكي مل امم ىقبت ام لآ يف ةيمسالا ةميقالبدهعت وهو رادصإلاريغ لمعلا نع لباقم ىلع لوصحلامهسألا قيوست وأ تاساردلا دادعإ لثم نامضلا.31

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 296 32

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 6 33

Resolusi 136 (15/2) menyebut :

) 3(

Page 18: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

ةصقانتملا ىلع ،رخآلا فرطلا ةصح كلمتي نأب ،طقف نيفرطلا دحأ نم مزلم دعو دوجوبةآراشملا صتخت

نأ حلا نم ءزج لآ كلمت دنع عيب دوقع ماربإب كلذو ،رايخلا رخآلا فرطلل نوكينيراعشإ لدابتب ولو ،ةصلوبقلاو باجيإلاب. )5(

تلا اذإ tةعورشم ةيتآلا طباوضلا اهيف تيعورو ،تاآرشلل ةماعلا ماكحألاب اهيف مزةصقانتملا ةآراشملا: أ-

نيفرطلا دحأ نم كلذ يف امل ،ةآرشلا ءاشنإ دنع ةصحلا ةميق لثمب رخآلا فرطلا ةصح ءارشب دهعتلا مدعصح كيرشلا نامض

يغبني لب ،هكيرش ة متي امب وأ ،عيبلا موي ةيقوسلا ةميقالب ةصحلا عيب نمث ديدحت متي نأعيبلا دنع هيلع قافتالا. MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

12opsyen dengan syarat ia tidak dikenakan apa-apa bayaran dan tidak diurusniagakan.34

3.22 Secara umumnya boleh dirumuskan bahawa majoriti Majlis Pengawasan Syariah atau Jawatankuasa Syariah institusi kewangan Islam berpandangan bahawa wa’d mulzim iaitu janji adalah mengikat bagi produk dan instrumen kewangan Islam. Antara institusi kewangan Islam tersebut adalah Kuwait Finance House35

, Qatar Islamic Bank, Dallah al-Barakah36

dll lagi.

3.23 Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah telah merumuskan isu ini dalam satu prinsip umum bahawa harus berpegang kepada pandangan bahawa wa`d adalah mengikat bagi hak pihak yang meminta untuk membeli (amir bi as-syira / pelanggan) atau pada hak bank. Sehubungan itu, salah satu pihak berhak menuntuk ta`widh atas kemudharatan yang berlaku akibat daripada kemungkiran terhadap janji tersebut. Manakala, muwa`adah mulzimah yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak adalah tidak diharuskan kerana ia menyerupai akad jual beli itu sendiri.37

Page 19: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

3.24 Antara ulama semasa yang berpandangan yang sama adalah Prof. Dr. Mustafa al-Zarqa’,38

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi,39

Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah,40

Dr. Ibrahim Fadhil Al-Dibu,41

Sheikh Abdullah bin Sulaiman bin Mane`42

dan lain-lain lagi.

B) Pandangan Ulama Bahawa Janji Tidak Mengikat

34

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 344 35

Al-Fatawa al-Syariyyah fi al-Masail al-Iqtisadiyyah, h.28-29 36

Fatawa al-Hai’ah al-Syariyyah li al-Barakah, Dallah al-Barakah, Jeddah, 1997, h. 92 (fatwa no 5/10), Qararat wa Tausiyat Nadawat al-Barakah li al-Iqtisad al-Islami, Dallah al-Barakah, 2001, h. 21-23, Dr. Abu Sattar Abu Ghuddah, Al-Dalil al-Syarie li al-Murabahah, h.115-116 37

Dr. Abu Sattar Abu Ghuddah, Al-Dalil al-Syarie li al-Murabahah, Dallah al-Barakah, Jeddah, 1998, h.113. Teks asal menyebut :

ءارشالب دعولا ةيمازإلب ذخألا.ماعلا أدبملا:

زوجي كنبلا قح يف وأ ءارشالب رمآلا قح يف دعولا مازالب ذخألا

.بترتيو يف امهدحأ ىلع عقاولا ررضلا نع ضيوعتلا قح كلذ ىلع

دعاولا لوكن ةالح.

ةمزلملا ةدعاوملا امأةرداصلا هسفن عيبلا هبشت ذئنيح اهنأل ةزئاج ريغ يهف نيفرطلا نم

.38

Mustafa Ahmad al-Zarqa’, Al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, Damsyik, 1968, j.2, h. 1030-1031 39

Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 845

Page 20: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

40

Dr. Abu Sattar Abu Ghuddah, Al-Dalil al-Syarie li al-Murabahah, h.113, Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah, Al-Tafahum al-Janibi fi Majal al-Uqud, Hawliah al-Barakah, no. 2, 2000, h. 26-27 41

Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 802 42

Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 879 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

133.25 Sebahagian besar ulama iaitu mazhab Hanafi, Syafie, Hanbali dan sebahagian daripada mazhab Maliki berpandangan bahawa menunaikan janji adalah digalakkan (mustahab) dan bukanlah wajib. Ada juga yang menyebut bahawa tidak menunaikan janji adalah makruh (perkara yang tidak disukai).43

3.26 Dr. Rafic Yunus al-Masri menyebut bahawa wa`d yang mengikat (a binding unilateral promise) adalah sama statusnya dengan kontrak. Justeru, menerima menerima pandangan bahawa wa`d adalah mengikat boleh mengubah status hukum dari haram kepada halal. Mana-mana pandangan yang menerima bahawa janji adalah mengikat tidak mempunyai asas yang kukuh.44

3.27 Antara ulama semasa yang berpandangan bahawa wa’d tidak mengikat, di mana hukumnya hanyalah mustahab (digalakkan) dan makruh (dibenci) sesiapa yang tidak menunaikannya adalah Dr. Hasan Abdullah al-Amin, Dr. Muhammad Sulaiman al-Asyqar, Dr. Ali al-Salus,45

Dr. Rafic Yunus al-Masri46

dan Dr. Muhammad Ridha Abdul Jabbar al-`Ani.47

C) Ulasan

3.28 Berdasarkan kepada piawai Syariah AAOIFI dan fatwa-fatwa semasa yang di sebut di atas, wa`d telah diguna pakai dalam banyak transaksi kewangan Islam sebagai contoh dalam jual beli seperti murabahah dan musawamah, urusniaga matawang asing, ijarah, musyarakah, mudharabah, sukuk, opsyen dan lain-lain lagi.

Page 21: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

3.29 Penulis berpandangan bahawa wa’d adalah mulzim (mengikat) sekiranya ia difahami dan dipersetujui oleh pihak yang berjanji dan dikaitkan dengan sesuatu sebab. Pandangan ini telah dipilih oleh majoriti ulama semasa dan juga jawatankuasa Syariah institusi kewangan Islam seperti yang tersebut di atas. 43

Dalil al-Mustalahat al-Fiqhiyyah al-Iqtisadiyyah, h.29, Al-Muhalla, j. 5, h.28, Tafsir al-Quran al-`Azim, j.8, h. 132, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, j. 5, h. 342, Fath al-Aliy al-Malik fi al-Fatwa `ala Mazhab al-Imam Malik, j.1, h. 255. 44

Dr. Rafic Yunus al-Masri, The Binding Unilateral Promise (Wa`d) in Islamic Banking Operations : Is it Permissible for a Unilateral Promise (Wa`d) to be Binding as an Alternative to a Proscribed Contract?, Islamic Economics, Vol. 15, 2002, h. 31-32 45

Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 842 46

Dr. Rafic Yunus al-Masri, The Binding Unilateral Promise (Wa`d) in Islamic Banking Operations : Is it Permissible for a Unilateral Promise (Wa`d) to be Binding as an Alternative to a Proscribed Contract?, h. 30-32 47

Majallah Majmak al-Fiqh al-Islami, persidangan kelima, j. 2, h. 779 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

143.30 Pandangan ini selaras dengan kaedah fikah no 84 dalam Majallah al-Ahkam al-Adliyyah yang menyebut bahawa “janji-janji adalah mengikat sekiranya dikaitkan dengan sesuatu” ةمزال نوكت قيالعتلا روصب ديعاوملا(.48

)3.31 Janji yang mengikat adalah keperluan dalam pembiayaan Islam semasa bagi mengelak kemudharatan dan kerugian berpunca daripada pihak yang berjanji membatalkan janji tanpa sebarang sebab yang munasabah yang mengakibatkan kerugian dan kemudharatan kepada pihak yang dijanjikan.49

3.32 Namun, aplikasi wa`d dalam sesetengah struktur pembiayaan atau

Page 22: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

pelaburan Islam seperti mudharabah dan musyarakah yang boleh melanggari muqtadha al-aqd iaitu tujuan akad seperti jaminan modal dan keuntungan perlu diperhalusi oleh ulama semasa. Hal yang sama juga perlu dinilai setakat mana ia terpakai dalam pembiayaan berasaskan ijarah sekiranya wujud elemen jaminan mustakjir (penyewa) ke atas aset sewaan, di mana sifat asal penyewa hanyalah sebagai al-amin iaitu pemegang amanah. 4.0 Aplikasi Wa’dDalam Pembiyaan Islam Dan Implikasi Hukum

4.1 Secara umumnya, wa`d mulzim di satu pihak telah diaplikasi dalam pembiayaan berasaskan akad-akad pertukaran (`uqud al-mu`awadhat) seperti musawamah, murabahah, bai` bi thaman ajil, istisna`, salam, ijarah dan juga akad-akad perkongsian (`uqud al-syirkah) seperti musyarakah dan mudharabah.

a) Wa`d Sebagai Tanda Komitmen

4.2 Pembiayaan berasaskan murabahah dan musawamah merupakan antara pembiayaan awal yang telah distruktur bersama dengan wa`d mulzim bagi memastikan pihak pelanggan menunaikan janjinya untuk membeli barangan yang telah dibeli oleh pihak pembiaya secara murabahah atau musawamah atau bai` bi thaman ajil bagi tujuan pembiayaan. Justeru, dalam fatwa-fatwa semasa di atas, banyak yang dikaitkan dengan murabahah lil amir bi al-syira`.

4.3 Sebagai jaminan kepada janji tersebut, biasanya pihak institusi kewangan Islam akan meminta wang deposit atau sekurity deposit (hamish al-jiddiyah). Sekiranya pihak pelanggan membatalkan janjinya, hamish al-jiddiyyah ini akan digunakan untuk menampung sebarang kerugian atau kemudharan yang menimpa institusi kewangan. Jika terdapat lebihan, ia perlu dipulangkan semula kepada pelanggan. Terdapat perbezaan antara hamish al-jiddiyah dan `urbun di mana hamish al-jiddiyah adalah wang sekuriti sebelum sesuatu akad 48

Ali Haidar, Durar al-Hukkam Syarh Majallah al-Ahkam, j.1, h. 87. 49

Mustafa Ahmad al-Zarqa’, Al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, j.2, h. 1030-1031 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

Page 23: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

15dimeterai, manakala `urbun adalah wang pendahuluan yang dibayar ketika akad dimeterai.50

4.4 Wa`d juga diaplikasi dalam pembiayaan berasaskan salam dan istisna`, di mana pihak ketiga (dalam sesetengah struktur pembiayaan, pihak ketiga adalah anak syarikat pelanggan) akan mengeluarkan wa`d mulzim kepada pembiaya secara salam atau istisna` akan membeli barangan yang diterima oleh pembiaya, biasanya dengan kadar untung dikira bersama dalam harga jualan tersebut.

4.5 Wa’d juga biasa digunakan dalam pembiayaan berasaskan ijarah, di mana pihak pelanggan berjanji akan menyewa aset sewaan yang akan dimiliki oleh pembiaya. Dalam ijarah muntahiyah bi tamlik, pihak pembiaya akan berjanji untuk memindahkan aset sewaan kepada penyewa berdasarkan kepada mekanisme yang dipersetujui di akhir tempoh sewaan atau ketika tempoh sewaan sedang berjalan.

b) Wa`d Dan Opsyen

4.6 Wa`d mulzim telah diaplikasi sebagai penyelesaian kepada put option dan call option seperti yang telah disentuh sebelum ini. Namun, biasanya dalam dokumen pembiayaan secara Islam istilah put option digantikan dengan purchase undertaking (janji membeli), menakala, call option digantikan dengan sale undertaking (janji menjual) untuk lebih menzahirkan elemen wa`d mulzim. Purchase undertaking dan sale undertaking ini telah digunakan dalam banyak instrumen berasaskan ijarah, musyarakah dan mudharabah.51

4.7 Sebagai contoh Sukuk al-Ijarah bagi Dar al-Arkan International Sukuk Company (penerbit) yang telah ditandatangani oleh Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah, Sheikh Dr. Ali Muhyiddin al-Qurrahdaghi dan Sheikh Nizam Yaqubi menggunapakai wa’d untuk membeli balik aset pendasar Sukuk ketika tarikh pembayaran berjadual atau keadaan yang menyebabkan pembubaran syarikat. Bayaran yang diterima daripada transaksi ini akan digunakan untuk membayar semula wang 50

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 111. 51

Page 24: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

Pronouncement of the HSBC Amanah Central Shariah Committee US$ Trust Certificate Issued by Qatar Alaqaria Sukuk Co. MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

16pokok atau modal bagi Sukuk berserta jumlah pembayaran berjadual yang belum dibayar. 52

4.8 Namun begitu, menurut piawai Syariah semasa, pembelian balik aset ijarah perlu berasaskan harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui ketika akad bukannya dipersetujui dari awal.53

4.9 Piawai Syariah AAOIFI no. 17 behubung Sukuk al-Istithmar menyebut bahawa harus untuk mengembalikan semula sukuk yang berasaskan aset sewaan sebelum tempoh matang pada harga pasaran atau pada harga yang dipersetujui antara pelabur dan penerbit ketika waktu pemulangan semula (istirdad).54

c) Wa`d Dalam Events of Default dan Total Loss

4.10 Wa`d mulzim juga telah diaplikasi dalam mengurus risiko pihak pembiaya atau pelabur khususnya dalam menangani keadaan yang dianggap menyalahi syarat-syarat perjanjian (events of defaults) dan kerosakan menyeluruh (total loss).

4.11 Wa`d telah diaplikasi bagi pembayaran balik wang pembiayaan ketika matang (maturity) atau keadaan yang menyalahi syarat-syarat perjanjian (events of default / al-ahdath allati takunu al-khata’’ ) atau 52

Fatwa Haiah al-Fatwa wa al-Riqabah al-Syariyyah li Bank Unicorns li al-Istithmar menyebut :

ةيدوعسلا هبجومب زوجي ،ردصملا حالصل كوكصلا لوصأ ءارشب ادهعت صاخلا ضرغلا تاذةآرشلا مدقت

ردصملل يف امإ كوكصلا لوصأ ءارش صاخلا ضرغلا تاذ ةيدوعسلا ةآرشلا نم بلطي نأ)1(دادرتسالا دعوموأ ررقملا)2

Page 25: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

(ةآرشلل ةيفصت يأ ثودح دنع.

مدختسيو غلبملا ديدست يف اهدنع عوفدملا رعسلا ردصملايلصألا كوكصلا يلماحل ةقحتسم ةعوفدم ريغ ةيرود تاعيزوت غالبم يأ عم كوكصلل

.، ةسرامم عمو ردصملا حالصل صاخلا ضرغلا تاذ ةيدوعسلا ةآرشلا لبق نم ءارشالب دهعتلاتقولا سفن يفوح صاخلا ضرغلا تاذ ةيدوعسلا ةآرشلا سرامت

اهقوق راد ةآرش نم رداصلا ءارشالب دهعتلا بجومب ةحونمملاناآرألا كوكصلا لوصأ ءارشب راد ةآرش هبجومب موقت يذلاو ،اهحالصل

.ناآرألا راد ةآرش مدقت– ثالث فرطآ– ةقحتسملا غالبملا عيمج عفد هبجومب نمضت ،ردصملا حالصل انامض

لماكالب ةآرشلا مايق مدع ةالح يف كوكصلا بجومب نم كوكصلا لوصأ ءارشب صاخلا ضرغلا تاذ ةيدوعسلاءارشالب اهدهعت بجومب ردصملا.53

Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan, Mura`ah Maqasid al-Syariah wa Ma’alat al-Af`al fi al-Amal al-Masrafi al-Islami, h.90. 54

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 296. Teks asal menyebut :

زوجي

تادوجوملا كوكص ىضارتي يذلا رعسالب وأ ،قوسلا رعسب اهلجأ لبق اهردصم نم ةرجؤملادادرتسادادرتسالا نيح اهردصمو كصلا لماح هيلع.MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

17berlaku perubahan dalam syarat-syarat yang dipersetujui bagi pembiayaan berasaskan musyarakah. Sebagai contoh dalam Sukuk al-Musyarakah yang diterbitkan oleh Dubai Islamic Bank disebut: “Through a Purchase Undertaking, DIB (as Co-owner) will undertake to purchase SPV’s share in the Co-ownership Assets at maturity or in case of Event of Default or Change in Circumstances at a pre-agreed Exercise Price.”55

4.12 Dalam sesetengah dokumen perjanjian ijarah muntahiyah bi tamlik

Page 26: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

yang didraf oleh peguam disebut seperti berikut : “Undertaking to Purchase by the Customer : The Customer pursuant to its undertaking to purchase in Clause 3.2(a), shall purchase the Asset at the Exercise Price set out in Clause 3.3(b) upon the early termination of the Lease Term as a result of the occurrence of the following events:- (a) an Event of Default; or (b) the Asset is declared or has suffered a Total Loss; or (c) such other circumstances as specifically set out in this Agreement.” Beberapa persoalan hukum perlu dipertimbangkan di sini iaitu apabila kerugian atau kerosakan menyeluruh (total loss) bukan disebabkan oleh kecuaian oleh penyewa (pelanggan) dan juga keadaan asset yang perlu dibeli semula seperti contoh kapal yang sudah terbakar di lautan dan sudah tidak dapat ditentukan lagi. Bagi aset yang dibina di atas tanah sebagai contoh rumah yang sudah terbakar, pembelian balik tanah mungkin masih boleh dipertimbangkan lagi.

4.13 Majlis Pengawasan Syariah Dubai Islami Bank (DIB), ketika menilai satu draf perjanjian pembiayaan berasaskan ijarah telah merumuskan bahawa wa`d mulzim boleh digunakan dalam keadaan events of default kerana jika berlaku sesuatu keadaan tersebut ia dianggap sebagai syarat yang dikaitkan dengan janji pembelian tersebut. Namun, beberapa klausa berhubung events of default dan total loss yang perlu diperbaiki kerana bercanggah dengan prinsip Syariah. Sebagai contoh, dalam draf tersebut, tidak dibezakan keadaan yang di luar kawalan pelanggan / penyewa, di mana penyewa hanya boleh dituntut gantirugi dan pampasan sekadar kemudharatan sebenar yang ditanggung (dharar fi`liy) sekiranya ia dianggap cuai atau lalai dalam menunaikan syarat-syarat perjanjian sewaan tersebut. Sekiranya, penyewa tidak dapat dibuktikan cuai atau lalai, maka ia tidak boleh dituntut untuk membayar balik gantirugi.5655

Pronouncement of the SCB Shariah Supervisory Committee - Sukuk Issue by Dubai Islamic Bank (“DIB”), 13 Februari 2007 56

Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Riqabah al-Syariyyah li Bank Dubai al-Islami, Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut, 2005, j.2, h. 574-576. Teks fatwa tersebut antara lain menyebut : MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

18

4.14 Berhubung keadaan yang dianggap kerugian atau kerosakan menyeluruh (total loss / halat al-halak al-kulliy), perlu dibezakan sebab total loss tersebut samada disebabkan oleh kerana kecuaian atau kelalaian penyewa dan sebab di luar kawalan dan tanggungjawab penyewa. Justeru, gantirugi terhadap aset sewaan yang rosak hanya

Page 27: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

boleh dituntut daripada penyewa sekiranya kerosakan tersebut disebebkan oleh kerana kecuaian dan kelalaiannya.57

4.15 Sebagai contoh Sukuk al-Musyarakah yang diterbitkan PCFC Development PZCO pada tahun 2006 mengaplikasi purchase undertaking dan sale undertaking berasaskan kepada exercise price yang berasaskan kepada formula tertentu yang telah dipersetujui dari awal oleh pihak-pihak yang berakad.58

4.16 Dalam sesetengah struktur pembiayaan, pihak pelanggan yang juga sebagai rakan kongsi akan berjanji untuk membeli semula aset berdasarkan kepada exercise price (harga transaksi) yang merujuk kepada satu formula yang dipersetujui dalam perjanjian induk (master agreement). Exercise price ini dianggap sebagai harga yang dipersetujui ketika akad. Namun dalam banyak keadaan formula untuk mengira exercise price ini secara tidak langsung adalah untuk menjamin modal biarpun harga pasaran adalah jauh lebih murah daripada harga tersebut. Sebagai contoh formula yang biasa digunakan adalah seperti berikut: a) On the Maturity Date: Exercise Price = Musyarakah Capital plus Total Expected Return less Distribution. b) On the declaration of a Dissolution Event: Exercise Price = Musyarakah Capital plus Total Expected Return less Distribution.

4.17 Sheikh Taqi Usmani telah mengulas isu ini dengan menyebut bahawa terdapatnya elemen jaminan modal secara tidak langsung sekiranya pelanggan berjanji akan membeli balik aset pendasar dalam perkongsian tersebut berdasarkan harga par atau face value tanpa dirujuk kepada harga sebenar aset ketika pembelian tersebut. Wa’d telah digunakan bagi memastikan modal yang disumbang oleh pembiaya akan dipulangkan semula dan secara tidak langsung ia adalah jaminan modal.59

رجأتسملا لوصولا نكميف ثادحألا هذه نم ثدح عقو اذإ ةرجأتسملا نيعلا ءارش ىلعرابجإ ةيضق امأ

اهيلإ

،رجأتسملا بناج نم قلع اطرش هرابتعاب ثدحلا ققحت دنع ةرجأتسملا نيعلا يرتشي نأبمزلملا دعولا قيرطبءارشالب دعولا هيلع.57

Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Riqabah al-Syariyyah li Bank Dubai al-Islami, j.2, 576 58

PCFC Development PZCO US$ 3.5 B Offering Circular, 20 January 2006, h. 4-5, 12. Penerbitan ini telah diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Dubai Islamic Bank pada 19 Januari 2006. 59

Page 28: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

Muhammad Taqi Usmani, Sukuk and Their Contemporary Applications, h. 8-9 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

19

4.18 Menurut Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan, hal yang sama terpakai bagi pembiayaan berasaskan ijarah, di mana syarat janji pembelian aset sewaan oleh penyewa ketika berlaku kemungkiran perlulah berasaskan kepada harga pasaran atau harga yang dipersetujui ketika akad. Janji untuk membeli semula aset sewaan berasaskan kepada harga par (qimah ismiyyah) iaitu membeli semula berasaskan kepada harga kos yang dibeli oleh pembiaya adalah dianggap tidak selaras dengan prinsip Syariah kerana termasuk dalam syubhah bai al-einah atau jaminan penyewa terhadap aset sewaan. Menurutnya lagi, status penyewa hanyalah “amin” iaitu pemegang amanah terhadap aset yang disewa. Sekiranya ia berjanji membeli aset sewaan pada harga par, elemen jaminan terhadap aset sewaan wujud sekiranya nilai aset telah menyusut jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa.60

4.19 Isu yang sama telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dalam mesyuaratnya pada 5 Februari 2008 baru-baru ini.

d) Wa`d Dan Pembiayaan Kecairan

4.20 Antara perkembangan terbaru dalam aplikasi wa`d dalam pembiayaan berasaskan mudharabah dan musyarakah di Timur-Tengah, wa`d juga telah diaplikasi dalam mengemukakan liquidity facility (kemudahan pembiayaan kecairan). Dalam keadaan di mana rakan kongsi (musyarik) atau pengusaha (mudharib) tidak dapat membayar kadar keuntungan seperti yang dijangkakan, ia berjanji akan memberi kemudahan kecairan dengan mendahulukan pembahagian keuntungan berdasarkan kadar jangkaan. Pendahuluan dalam kemudahan kecairan ini adalah berasaskan kepada qardh yang akan dilunaskan kemudiannya bila ada keuntungan secara muqasah atau set-off. Isu ini 60

Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan, Mura`ah Maqasid al-Syariah wa Ma’alat al-Af`al fi al-Amal al-Masrafi al-Islami, h.90. Teks asal menyebut :

..

ةرجؤملا نيعلا ءارشب ةراجإلا دقع ىلع ةبترتملا هتامازتالب هلالخإ ةالح يف رجؤملا نمرجأتسملا دعو رهظو

ءانثأ ددح دقو ةيليغشت تناآ اذإ ةراجإلا ةدم ةياهن يف وأ هتدم

Page 29: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

ت دعولا اذه يف ءارشلا نمث ةيعرشلا ريياعملا

هيلع قفتي يذلا نمثلا تارمتؤملا ترقأ ام اذهو ،ءارشلا دقع ذيفنت دنع رجأتسملاو رجؤملا وأ قوسلا رعسب

ةيعرشلا تائيهلا هتديأو اذه فالخ ىلع ىرج قيبطتلاو لمعلا نأ ريغ ،ةيرظنلا ةيحانلا نم ،ةيهقفلا تاودنلاوىلع ىرجو رايعملا

رمألاو عيبالب دعولا وأ اهعينصت وأ ةرجؤملا نيعلا ءارش ةفلكت وه ددحم نمثب ءارشالب

ام وهو ،ةفلكتلا هذه ةيمسإلا ةميقالب ءارشالب دعولا نأ عم ،نيعلل ةيمسإلا ةميقالب ىمسينم ىقبتملا ديصرلا

رظن يف ةنيعلا ةهبش تحت لخديو امارحو الطاب دعي ةيعرشلا ريياعملا اودمتعا نم

، وهو ،رجأتسملا نامض وأنيعلا نيمأ تلق نإو ،ةيمسإلا ةميقالب اهئارش نامض قيرط نع كلذو ،رجؤملل ةرجؤملا

نع ةيقوسلا اهتميقعيبالب وأ ءارشالب دعولا ذيفنت دنع كلذ.MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

20telah dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Penyelaras Antara Majlis Fatwa dan Pengawasan Syariah Intitusi-Institusi Kewangan Islam di U.A.E pada 2 November 2006.61

4.21 Wujudnya klausa kemudahan pembiayaan kecairan dalam struktur pembiayaan berasaskan mudharabah dan musyarakah boleh menyebabkan struktur pembiayaan ini mempunyai ciri-ciri pulangan kadar tetap (fixed-income) yang satu ketika waktu dahulu begitu sensitif dalam kewangan Islam. Keputusan Jawatankuasa Penyelaras antara Majlis Pengawasan Syariah di U.A.E ini kemudiannya telah diikuti oleh banyak Jawatankuasa Syariah khususnya dalam penerbitan sukuk berasaskan mudharabah dan musyarakah. Sebagai contoh dalam penerbitan Sukuk Al-Mudharabah oleh Alaqaria Sukuk Company yang telah diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah HSBC Amanah di Dubai, klausa kemudahan kecairan ini telah digunapakai.62

Juga Sukuk al-Mudharabah yang diterbitkan oleh Aldar Properties PJSC juga mengaplikasi klausa kemudahan kecairan di mana disebut : “in the case the profit distributable to the Trustee (in its

Page 30: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

capacity as rab al-maal) is insufficient for the Trustee to pay the corresponding Periodic Distribution Amount, the mudharib shall be entitled to provide Sharia compliant funding to ensure that such payments may be made. The Mudharib will be repaid such Sharia compliant funding from any funds that may be available to it subsequently”.63

4.22 Sheikh Taqi Usmani telah mengkritik klausa ini dengan menyebut bahawa janji untuk memberi hutang kepada pemegang Sukuk sekiranya kadar keuntungan di bawah jangkaan adalah tidak selaras dengan prinsip Syariah. Ini adalah kerana pihak yang berjanji adalah rakan kongsi atau mudharib kepada perniagaan tersebut. Janji tersebut adalah bercanggah dengan tuntutan perjanjian dan dikategorikan dalam bai` wa salaf iaitu memeterai perjanjian jual beli dan hutang (qardh) yang ditegah oleh Syarak.6461

Resolusi Jawatankuasa Penyelaras ini menyebut :

ال م عفدي نأ ريدملا وأ كوكصلا ردصم دهعتي نأ عنامغالب كوكصلا ةلمحل ةعقوتملا دئاوعلا ةبسن يف صقنلا

باسحلا تحت ةيوستلل اهيلع قافتالا متي ةحابم ةقيرط يأب اقحال اهتيوست يرجي نأ ىلعكلذو.Jawatankuasa Penyelaras ini dianggotai oleh tiga orang penasihat Syariah iaitu Dr. Hussin Hamid Hasan, Sheikh Nizam Yakubi dan Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah. 62

Pronouncement of the HSBC Amanah Central Shariah Committee US$ Trust Certificate Issued by Qatar Alaqaria Sukuk Co. 63

Pronouncement of the Trust Certificates due 2011 (the Sukuk) Exchangeable into Ordinary Shares of Aldar Properties PJSC, 12 February 2007. Penerbitan Sukuk ini telah diluluskan oleh Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah dan Sheikh Nizam Yakubi. 64

Muhammad Taqi Usmani, Sukuk and Their Contemporary Applications, h. 8 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

21

4.23 Majlis Shariah AAOIFI dalam perbincangannya baru-baru ini telah merumuskan bahawa sekiranya pengurus aset bagi Sukuk adalah mudharib atau rakan kongsi atau wakil pengurusan bagi pelabur Sukuk, maka ia tidak boleh memberi pinjaman kepada pelabur Sukuk. Sebarang kekurangan boleh ditampung dengan mewujudkan simpanan (reserve) atau melalui pembiayaan secara Islam oleh pihak ketiga yang akan ditanggung oleh pelabur Sukuk dengan syarat ia dinyatakan dalam prospectus.65

Page 31: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

e) Wa`d Dan Exit Mechanism

4.24 Wa`d juga telah diguna pakai sebagai kaedah pembiaya untuk takharuj atau keluar daripada sesuatu pembiayaan atau pelaburan. Sebagai contoh, dalam penerbitan Sukuk al-Musyarakah oleh Sarjah Islamic Bank (SIB), wa`d telah diguna pakai bagi menebus sukuk di akhir tempoh matang, di mana pihak penerbit berjanji untuk membeli bahagian pemegang Sukuk dalam aset musyarakah. Janji tersebut adalah mengikat pada sebelah pihak sahaja iaitu pihak penerbit.66

4.25 Dalam penerbitan Sukuk al-Mudharabah bagi Aldar Properties JSC, purchase undertaking dan sale undertaking telah digunakan sebagai mekanisme yang membolehkan pihak pembiaya menamatkan tempoh pembiayaan dan keluar daripada pembiayaan tersebut. Pihak yang dibiayai iaitu mudharib akan berjanji untuk membeli aset mudharabah bila berlaku keadaan yang dipersetujui bersama. Begitu juga pihak pembiaya berjanji akan menjual aset mudharabah kepada pihak yang dibiayai bila berlaku keadaan yang telah dipersetujui bersama.6765

Summary of Opinion on Sukuk as Discussed During a Recent AAOIFI Shariah Board. Resolusi berkenaan menyebut : “9. If the Manager of the assets of the Sukuk is a Mudarib or a Shareek or a Management Agent vis-à-vis the Sukuk holder, then it is not permissible that he extends a loan to the Sukuk holder in case of a shortfall from the expected profit. Instead, the shortfall may be made up by the reserve mentioned in No.8 above, if any. Or it may acquire an Islamic financing from a third party at the cost of Sukuk holders with condition that it should be expressly mentioned in the prospectus.” 66

Teks resolusi Majlis Pengawasan Syariah SIB menyebut :

ءارشالب دعولا :ةلمح ةصح مزلم دعولا اذهو كوكصلا ةدم ةياهن يف ةآراشملا تادوجوم يف كوكصلا

ءارشب فرصملا دعيكوكصلا ةلمح نود فرصملل.67

Pronouncement of the Trust Certificates due 2011 (the Sukuk) Exchangeable into Ordinary Shares of Aldar Properties PJSC, 12 February 2007. MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

22f) Wa`d Dalam Pengurusan Risiko Dan Lindung Nilai (Hedging)

4.26 Wa`d juga telah digunakan untuk membangunkan produk-produk bagi tujuan pengurusan risiko dan melindung nilai seperti swap.

Page 32: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

4.27 Sebagai contoh Jawatankuasa Syariah Standard Chartered Bank di Dubai pada 20 September 2005 telah meluluskan produk Islamic Profit / Rental Rate & Currency Swap. Kelulusan ini telah ditandatangani oleh Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah dan Sheikh Nizam Yaqubi bagi pihak Jawatankuasa tersebut.68

Secara umumnya produk ini akan melibatkan janji untuk bertransaksi dalam komoditi selaras Syariah berasaskan murabahah. Melalui transaksi dalam murabahah (tawarruq) ini, pelanggan atau institusi kewangan boleh melindung nilai dan seterusnya dapat menemui alternatif kepada produk swap konventional yang tidak selaras Syariah.

4.28 Majis Pengawasan Syariah Kuwait Finance House dalam mesyuaratnya no. 23/2006 pada 19 September 2006 di Kuwait, ketika menilai produk Ijarah Rental Rate Swap berasaskan wa`d mulzim min taraf wahid dalam transaksi musawamah dan tawarruq telah meletakkan 4 syarat bagi memastikan produk ini selaras Syariah seperti berikut : a) Akad-akad dalam struktur tersebut adalah hakiki (bukan direka-reka (suriyah)). b) Ia mempunyai kesan-kesannya (atharuha). c) Akad-akad ini adalah berasingan. d) Akad-akad ini tidak bersyarat (antara satu sama lain).

4.29 Produk-produk berkaitan swap ini kemudiannya telah diluluskan oleh banyak jawatankuasa Syariah termasuk di Malaysia.

4.30 Prof. Dr. Husin Hamid Hasan telah mengutarakan kebimbangannya terhadap penggunaan wa`d dalam membangun produk swaps and hedging tanpa kawalan kerana dibimbangi keputusan ijtihad yang diambil terlepas pandang beberapa aspek prinsip Syariah dan maqasid syariyyah kerana produk-produk berkaitan swaps and hedging banyak syubhatnya. Justeru, menurut beliau, hukum asal bagi produk-produk ini adalah tidak diharuskan sehingga dapat dibuktikan dalil yang jelas membenarkannya yang selaras dengan maqasid al-Syariah.6968

Islamic Profit / Rental Rate & Currency Swap : Pronouncement of the SCB Shariah Supervisory Committee. 20 September 2005. 69

Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan, Mura`ah Maqasid al-Syariah wa Ma’alat al-Af`al fi al-Amal al-Masrafi al-Islami, h. 91. MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

Page 33: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

234.31 Prinsip wa`d mulzim juga telah diaplikasi dalam mengutarakan penyelesaian terhadap urusniaga hadapan matawang (FX Forward Contract) yang tidak diharuskan. Sebagai contoh, Majlis Pengawasan Syariah Kuwait Finance House dalam mesyuaratnya no. 7/2006 pada 7 March 2006 telah mengharuskan penstrukturan produk transaksi matawang asing berasaskan wa`d mulzim daripada satu pihak.

5.0 Balasan (Jaza’) Memungkiri Wa`d

5.1 Antara isu penting yang perlu dibincangkan setelah meluasnya penggunaan wa`d dalam produk-produk kewangan Islam bagi sesiapa yang berpandangan wa`d adalah mulzim adalah apakah bentuk dan cara menentukan ta`widh yang layak diterima oleh pihak yang dijanjikan (mustafid) apabila pihak yang berjanji (wa`id) memungkiri janji tersebut.

5.2 Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan berpandangan sekiranya wa`id enggan menunaikan janjinya seperti enggan menandatangani perjanjian penjualan sekiranya ialah berjanji menjual atau enggan menandatangani perjanjian pembelian sekiranya ia berjanji membeli, maka pihak mustafid tidak boleh memaksa pihak wa`id untuk melaksanakan janjinya. Apa yang berhak dituntut oleh mustafid hanyalah ta`widh ke atas dharar fi`liy yang ditanggung oleh pihak mustafid akibat kemungkiran wa`id tersebut.70

6.0 Akademi Fikah Islam dalam persidangannya ke 17 merumuskan bahawa sekiranya salah satu pihak yang berjanji memungkiri janjinya, ia boleh diarahkan untuk menunaikan janjinya berdasarkan perundangan atau diminta membayar ganti rugi terhadap kemudaratan atau kerugian sebenar yang ditanggung oleh pihak yang dijanji disebabkan kemungkiran tersebuttanpa dikira peluang melepas (fursoh dhoi`ah).71

6.1 Piawai Syariah AAOIFI no. 8 berhubung al-Murabahah lil Amir bi al-Syira’ menyebut kaedah menentukan kadar ta`widh tersebut.

Page 34: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

Pertamanya, bagi pihak institusi kewangan boleh meminta hamish al-jiddiyah iaitu wang deposit sebagai jaminan tanda kesungguhan wa`id 70

Prof. Dr. Hussin Hamid Hasan, Mura`ah Maqasid al-Syariah wa Ma’alat al-Af`al fi al-Amal al-Masrafi al-Islami, h. 92. 71

Teks asal keputusan Akademi Fikah :

...)اسماخ:

ي هنإف ،هب دعو امع ،اــثالث دنبلا يف ةروآذملا tتالاحلا يف ،ةدعاوملا يفرط دحأ ءاضق ربج

لخت اذإ ف3محت وأ ،دقعلا هدعو نع هفلخت ببسب رخآلا فرطلا قحل يذلا يقيقحلا يلعفلا ررضلا ل3

زاـــــجنإ ىلع)نودةعئاضلا ةصرفلا.() MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

24terhadap janjinya. Apabila wa`id enggan menunaikan janjinya, pihak institusi kewangan boleh menggunakan wang hamish al-jiddiyah tersebut untuk menampung sebarang dharar (kemudharatan) dan kerugian yang ditanggung akibat kemungkiran tersebut. Status wang hamish al-jiddiyah ini hanyalah sebagai amanah yang dipegang oleh insititusi kewangan. Terdapat perbezaan di antara `urbun dan Hamish al-jiddiyah, di mana `urbun adalah bayaran pendahuluan yang dibayar selepas dimeterai akad, manakala hamish al-jiddiyah adalah wang sekuriti yang dibayar sebelum termeterai sesuatu akad. Bagi bayaran `urbun yang diterima, harus bagi pihak institusi untuk tidak memulangkan kepada pelanggan sekiranya ia ingin membatalkan akad yang dimeterai, manakala bagi hamish al-jiddiyah, hanya kadar dharar fi`liy yang layak diterima. Bayaran hamish al-jiddiyah ini boleh dikira sebagai sebahagian daripada bayaran ansuran selepas termeterainya akad sekiranya dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berakad.72

6.2 Kadar ta`widh yang layak diterima oleh institusi kewangan sebagai mustafid hanyalah pada kadar dharar fi`liy iaitu kadar perbezaan di antara harga kos barangan dan harga jualan kepada pihak ketiga

Page 35: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

selain daripada wa`id. Kadar ta`widh ini tidak mengambil kira peluang melepas fursoh dha`iah.73

6.3 Bagi ijarah pula, piawai Syariah no. 9 menyebut kaedah menentukan dharar fi`liy jika pihak yang berjanji untuk menyewa mungkir dengan janjinya tersebut. Jumlah dharar boleh dikira berdasarkan perbezaan antara harga kos aset sewaan dengan jumlah keseluruhan bagi kadar sewa sebenar jika disewakan pada pihak yang lain. Jika aset sewaan tersebut dijual, kadar dharar boleh dikira berdasarkan kepada perbezaan antara harga kos dengan harga jualan kepada pihak lain.74

7.0 Rumusan

7.1 Berdasarkan kepada piawai Syariah yang dikeluarkan oleh AAOIFI dan keputusan-keputusan Akademi Fikah Islam, OIC dan majoriti jawankuasa Syariah institusi-institusi kewangan Islam, wa`d adalah mengikat (mulzim) sekiranya dikeluarkan oleh satu pihak sahaja. Manakala muwa`adah yang mengikat hanyalah sebagai pengecualian atas keperluan umum seperti dalam keputusan Akademi Fikah Islam ke 17.

7.2 Biarpun wa`d mulzim diterima oleh majoriti ulama semasa, namun aplikasi wa`d dalam produk-produk kewangan semasa perlu diperhalusi oleh penasihat-penasihat Syariah terbabit kerana ia 72

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 111. 73

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 111. 74

Al-Ma’ayir al-Syariyyah, h. 134 MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

25kadangkala boleh mengubah cirri-ciri produk berkenaan seterusnya menyalahi muqtadha al-aqd (tujuan akad).

7.3 Antara isu-isu berkaitan wa`d yang perlu dirumuskan adalah seperti berikut : a) Janji membeli semula aset dalam musyarakah atau mudharabah berasaskan kepada harga par (qimah ismiah) boleh menyebabkan wujudnya elemen jaminan modal dalam mudharabah dan

Page 36: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

musyarakah yang tidak diharuskan. Justeru, adakah persetujuan awal terhadap kaedah atau formula untuk menentukan harga pembelian aset musyarakah atau mudharabah yang diamalkan dalam pasaran kini seperti dalam exercise price mempunyai elemen jaminan modal seperti yang dibangkitkan oleh Pengerusi Majis Shariah AAOIFI. Biarpun begitu, wa`d mulzim untuk membeli semula berasaskan harga par (qimah ismiyah) boleh diguna pakai sekiranya tujuannya adalah untuk menjamin dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan.

b) Adakah isu (a) juga terpakai ke atas janji untuk membeli semula aset sewaan berasaskan kepada harga par (qimah ismiyah) yang tersirat secara tidak langsung dalam exercise price seperti yang diguna pakai dalam pasaran. Adakah klausa sedemikian boleh menyebabkan penyewa menjamin aset sewaan, sedangkan status penyewa hanyalah sebagai al-amin iaitu pemegang amanah.

c) Setakat mana wa`d boleh diaplikasi dalam mengemukakan liquidity facility (kemudahan pembiayaan kecairan). Dalam keadaan di mana rakan kongsi (musyarik) atau pengusaha (mudharib) tidak dapat membayar kadar keuntungan seperti yang dijangkakan, ia berjanji akan memberi kemudahan kecairan dengan mendahulukan pembahagian keuntungan berdasarkan kadar jangkaan. Pendahuluan dalam kemudahan kecairan ini adalah berasaskan kepada qardh yang akan dilunaskan kemudiannya bila ada keuntungan secara muqasah atau set-off. Setakat mana janji memberi kemudahan pembiayaan kecairan ini akan bercanggah dengan tuntutan perjanjian dan dikategorikan dalam bai` wa salaf iaitu memeterai perjanjian jual beli dan hutang (qardh) yang ditegah oleh Syarak. Adakah status hukum akan berubah sekiranya status wa`d tidak mulzim dalam pembiayaan kecairan tersebut ?

d) Apakah bentuk dan cara menentukan ta`widh yang layak diterima oleh pihak yang dijanjikan (mustafid) apabila pihak yang berjanji (wa`id) memungkiri janji tersebut.

e) Apakah implikasi hukum apabila pihak yang berjanji enggan menunaikan janjinya seperti enggan menandatangani perjanjian penjualan sekiranya ialah berjanji menjual atau enggan MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008 27-28 Februari 2008 _______________________________________________________________________________________________

26menandatangani perjanjian pembelian sekiranya ia berjanji membeli. Secara umumnya, ulama semasa berpandangan bahawa pihak yang dijanji khususnya institusi kewangan tidak boleh

Page 37: MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 2008

memaksa pihak yang berjanji untuk melaksanakan janjinya. Apa yang berhak dituntut oleh hanyalah ta`widh ke atas dharar fi`liy (kemudharatan sebenar) yang ditanggung oleh pihak yang dijanji akibat kemungkiran terhadap janji tersebut. Akademi Fikah Islam dalam persidangannya ke 17 merumuskan bahawa sekiranya salah satu pihak yang berjanji memungkiri janjinya, ia boleh diarahkan untuk menunaikan janjinya berdasarkan perundangan atau diminta membayar ganti rugi terhadap kemudaratan atau kerugian sebenar yang ditanggung oleh pihak yang dijanji disebabkan kemungkiran tersebuttanpa dikira peluang melepas (opportunity lo</i>ss). Namun, kajian lanjutan perlu dijalankan khususnya dalam memperincikan lagi bentuk dan kadar ta`widh tersebut.

7.4 Kajian ini dibentangkan kepada ashab al-fadilah para ulama dan pakar-pakar Syariah yang menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008 anjuran Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan pandangan berhubung status wa`d dan penggunaannya dalam akad buyu`, ijarah dan syirkah.