kumpulan 6 (muzakarah 1) edit 1

31
Kumpulan 6 1. SHAIRAZI BIN SHARIZAN P82440 2. SITI HAWA BINTI ZAINI P82429 3. NUR ADILA AYUB P79654 4. ATIAH BINTI AHMAD P82416 5. NAZIHAH BINTI MOHAMAD EPPE6514 FIQH UNTUK EKONOMI

Upload: atiah-ahmad

Post on 08-Dec-2015

270 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

FIQH MUAMALAT

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Kumpulan 61. SHAIRAZI BIN SHARIZAN P82440

2. SITI HAWA BINTI ZAINI P824293. NUR ADILA AYUB P79654

4. ATIAH BINTI AHMAD P824165. NAZIHAH BINTI MOHAMAD

EPPE6514FIQH UNTUK EKONOMI

Page 2: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

1) Maksud dalil Qat’ie :- Dalil-dalil yang disepakati oleh ulama. Maksud dalil Dzinni :- Dalil-dalil yang tidak disepakati oleh ulama.

Kesan dalil Qat’ie dan Dzinni terhadap ekonomi: - Kesan dalil qat’ie kepada ekonomi ialah masyarakat jelas akan status kegiatan ekonomi mereka sama ada halal, haram, sah atau batal. - Kesan dalil dzinni terhadap ekonomi ialah masyarakat boleh memilih dalil ulama yang mereka ingini memandangkan terdapat pelbagai khilaf ulama.

MUZAKARAH 1

Page 3: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

2. Adakah boleh dianggap bidaah dalam mereka cipta produk kewangan islam yang tidak pernah dilakukan pada zaman dahulu? - Tidak boleh. Menurut Imam Asy Syatibi bidaah adalah,” Ia adalah suatu rekaan dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah SWT. Sekiranya sesuatu perkara mempunyai asas di sisi syarak, ia bukan perkara bidaah. Produk seperti AITAB dan Sukuk al-Salam adalah patuh syariah maka produk seperti itu bukanlah bidaah.

Page 4: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

3. a) Maksud taklid : Dari segi bahasa taklid berasal daripada

perkataan qallada yang bermaksud membelenggu sesuatu di leher.

Dari segi istilah ialah beramal dengan pendapat orang lain tanpa mengetahui hujah dan dalilnya.(Ulama usul Fiqh)

Menurut al-Ghazali, menerima pendapat orang tanpa hujah.

Menurut Wahbah al Zuhaily ialah mengambil perkataan dan pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilinya (ibid).

Page 5: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

b) Maksud muqalid: Orang yang bertaklid

c) Maksud ittiba’: Dari segi bahasa ialah mengikuti Dari segi istilah menurut Wahbah al- Zuhaily

ialah cara yang ditempuh seorang pengikut sesuai dengan cara yang dilakukan oleh orang yang diikuti serta mengambil / menetapkan hukum dari dalil-dalil yang jelas-jelas ia ketahui tingkat kesahannya.

mengikuti pendapat imam-imam mujtahid dengan mengetahui dalil-dalilnya yang pendapat tersebut.

Page 6: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Contoh: Ittiba’ menurut Al-Quran. Dalam Surah An-Nisa ayat 29 telah dinyatakan “Wahai rang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu.”

Page 7: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

d) Maksud Talfiq: Dari segi bahasa ialah mengabungkan

sesuatu dengan yang lain Menurut Syeikh Muhammad Said Albani

mendefinisikan talfiq ialah mendatangkan sesuatu kaedah yang tidak pernah dikatakan oleh para mujtahid.

Page 8: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Contoh Talfiq: Mazhab Syafie mewajibkan akad jual beli dalam bentuk lafaz bagi mereka yang berkemampuan tetapi menjadi amalan di Malaysia kita sedakadar mengambil barang dan membayar tanpa akad. Jika menurut mazhab Hanafi, harus jual beli dengan perbuatan dan isyarat yang menunjukkan kerelaan. Maka dalam ini kita menggunakan mazhab Hanafi.

Page 9: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

HAK ALLAH HAK MANUSIA HAK BERSEKUTU

Hak yang menjadi milik Allah swt

Ada 2 Jenis: - Menentukan Ibadah. (sembahyang, puasa, ) - Mencegah jenayah. Menentukan hukuman / menentukan hukum hudud

Hak yang menjadi milik manusia:

Khusus : Menjaga harta. Menetapkan harga Umum: jaga keamanan, mencegah jenayah

•(i) Jenis: - boleh digugurkan dan tidak boleh digugurkan;(Menuntut hutang/ hak wali) - Diwarisi dan tidak diwarisi (hak/manfaat)(hutang/ hak cipta/ sewa/ khiyar/ bersyarikat)

berkumpul hak Allah dan hak manusia.

- Hak Allah melebihi: iddah,

- Hak manusia melebihi: qisas, diat

4) Terangkan yang berikut:a) Jenis- jenis hak

Page 10: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Taasuf adalah berkaitan dengan hak. Kebebasan menggunakan hak, selain dibatasi

dengan tidak bertentangan syariat islam juga dibatasi dengan ‘tidak melanggar hak atau

merugikan kepentingan orang lain’ Prinsip perlindungan hak dalam islam berlaku pada dan

untuk semua orang. Sehinggakan perlindungan kebebasan dalam menggunakan hak

peribadi harus seimbang dengan perlindungan hak orang lain terutama hak masyarakat

umum.( Zuhaili, 1989 IV, hal 25-29)

Ta’asuf fi isti’malil haqq

b) Taasuf

c) Tadahul

Terhimpun dijadikan satu / tergabung dalam hukuman.

Contohnya:

1) Kes 1: Minum arak kali pertama dan kali kedua terepas daripada hukuman. Kali ketiga minum arak, tertangkap, hukumannya hanya sekali sahaja atas kesalahn yang berkali-kali.

2) Mencuri 10 kali, hukuman potong tangan hanya sekali

Page 11: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

• Berlaku Ta’asuf fi isti’malil haqq iaitu penggunaan hak yang bertentangan syariat, dan penggunaan hak untuk kemaslahatan peribadinya tetapi mengakibatkan mudarat yang lebih besar terhadap orang lain. Rasulullah bersabda: ‘Janganlah (ada diantara kamu ) melakukan aniaya dan janganlah pula yang teraniaya’( Hadis Riwayat Ibnu Majjah dan Daruquthni)

• Menanam tanaman untuk mendapatkan hasilnya adalah hak bagi manusia namun pokok ganja dan pokok ketum adalah tanaman yang dilarang oleh kerajaan, selain penyalahgunaan, kedua-dua tanaman tersebut diharamkan oleh syarak. Selain itu, hasil tanaman tersebut lebih mendatangkan mudarat daripada manfaat kepada masyarakat umum

• Hasil pendapatan daripada sumber yang terlarang adalah haram disisi Islam dan haruslah diambil tindakan keatas pelaku taasuf fi isti’malil haqq

5. Bahaskan kes berikut dan hubungkaitkan dengan konsep hak. Adakah pelaku berhak: a) Seorang petani menanam pokok ganja dan pokok ketum diladang miliknya walaupun dilarang oleh kerajaan. Jika ia tetap menanamnya dan menjualnya, bagaimana hasil pendapatannya.

Page 12: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Jika pegawai yang memintanya: Pemohon layak @ tidak layak dianggap sebagai rasuah.

i) Beri untuk dapatkan haknya. ( dizalimi oleh pegawai yang meminta)

Pemohon mempunyai kelayakan untuk mendapatkan rumah dari satu projek perumahan Kerajaan. Namun hak untuk mendapatkan

rumah tersebut tidak akan diperoleh kecuali selepas memberi imbuhan atau rasuah contohnya membayar sejumlah wang kepada pegawai

kerajaan terlibat. Sehubungan itu sekiranya hak untuk mendapatkan rumah itu boleh menjejaskan dengan teruk hidupnya, maka ketika itu

dihukumkan dengan hukuman darurat sebagaimana dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak. Diharuskan untuk memberi imbuhan

tersebut kepada Pegawai Kerajaan tersebut dengan maksud memelihara diri dari kemudaratan. Walaubagaimanapun perbuatan memberi

dan menerima imbuhan dalam konteks undang-undang Negara memberi impak negatif kepada pemberi penerima dan Negara.Justeru

adalah lebih baik tidak memberi imbuhan daripada menerima bencana akibat perbuatan tersebut.

Kaitan dengan hak

Bagi pegawai kerajaan itu, beliau tidak berhak meminta imbuhan kerana perbuatan itu menyalahi syarak dan bertentangan dengan

hukum hak sebagaimana pendapat Mustafa Al- Zarqa yang dipelopori oleh pandangan Wahbah Al-Zuhayli iaitu hak adalah bidang

kuasa yang diakui syarak yang mempunyai kekuasaan dan tanggungjawab.

ii) Menerima imbuhan daripada/ oleh pemohon yang tidak layak

Pemberian imbuhan atau rasuah termasuk dalam taasuf iaitu menyalahgunakan hak atau penggunaan hak yang bertentangan

dengan syarak. Hukum memberi dan menerima imbuhan daripada pemohon yang tidak layak adalah haram. Pengharamannya jelas

berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadith:

Al-Quran: al baqarah :188, Hadis: Ertinya:Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan

keputusan ( pemerintah, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain). (HR At- Tarmizi)

b) Pegawai kerajaan meminta “imbuhan” dari pemohon untuk mendapatkan rumah dari satu projek perumahan kerajaan bagi meluluskan pemohonannya.

Page 13: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Secara umum, aurat bagi lelaki adalah daripada paras pusat sehingga lutut, manakala aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

Menurut mazhab hanafi dan hanbali berpadapat tentang aurat ketika bersendirian: ‘Sebagaimana dilarang seorang mukalaf mendedahkan aurat ketika berhadapan

dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika darurat atau terpaksa dibuka seperti qadha’ hajat atau mandi. hukumnya adalah harus.

Sementara ulama mazhab Maliki dan Shafi’e berpendapat: ‘ ketika seseorang itu sendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya

makruh kecuali ketika darurat adalah diharuskan’   Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: ‘Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian ‘( HR Muslim)

Mengadakan sukan telanjang di khalayak ramai telah jelas melanggar hak Allah dan melanggar syara’. Jika didapati bersalah hakim boleh menjatuhkan hukuman ke atasnya. Sebagaimana contohnya seseorang yang ditangkap kerana tidak berpuasa ataupun berkhalwat. Jika tidak, Allah akan menyeksanya di dunia dengan dengan ujian dan keperitan disamping akan diseksa di akhirat kelak.

Namun jika mengikut hak dan kebebasan manusia, perbuatan tersebut tidak melanggar hak asasi manusia, dan dianggap tidak bersalah.

c) Sekumpulan remaja melakukan / mengadakan acara sukan telanjang atas alasan hak dan kebebasan individu

Page 14: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Mazhab Hanafi: harta adalah sesuatu yang menjurus kecenderungan manusia kepadanya secara tabi’i atau semulajadi dan boleh disimpan serta boleh digunakan ketika waktu yang dihajatkan.

Mazhab Syafi’ie: harta ialah sesuatu yang mempunyai nilai yang dijual dengannya dan kena jamin apabila berlaku kerosakan, sekalipun sedikit dan tidak diabaikan oleh manusia dan seumpamanya.

Mazhab Maliki: harta ialah sesuatu yang berlaku pemilikan terhadapnyaa dan pemilik memilikinya secara mutlak apabila diperolehi orang lain yang menjadi haknya.

Mazhab Hanbali: mentakrifkan harta ialah sesuatu yang mempunyai manfaat yang harus bukan (dengan sebab) hajat atau darurat.

6. Terangkan takrif harta mengikut pandangan 4 mazhab.

Page 15: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Melalui takrifan oleh Imam Hanafi, Imam Syafi‟i dan Imam Hanbali, untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta, ianya memerlukan beberapa ciri seperti mempunyai nilai sama ada bentuk fizikal atau manfaat.

Selain itu, ia hendaklah sesuatu yang halal dan tidak najis menurut syarak serta ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki.

Apakah kesan perbezaan definisi tersebut.

Page 16: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Harta bernilai (mutaqawwam)

: Ganti RugiHarta Tidak

bernilai (ghair mutaqawwam):

Ikan didalam sungai

Harta alih : laptop

harta tak alih:

tanah,bangunan

Harta mithly ( : Gandum, kapas dan dan kain.

Harta qimmy : beberapa

ekor binatang

Harta istihlak : makanan,

minuman dan petrol harta

isti’mal :pakaian

7. Nyatakan dan beri contoh jenis-jenis  harta

Page 17: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

a)    Satu tong  minyak masak yang terkena najisMinyak masak tidak lagi dikategorikan sebagai harta apabila ianya terkena najis kerana cecair yang terkena najis adalah tidak sah dijual dan tidak ada nilai.

b)   Tahi haiwan (kelawar dan ayam)  dijual beli sebagai baja  Tahi haiwan sama ada kelawar dan ayam tidak sah untuk dijual beli sebagai baja dan ianya haram mengikut jumhur.

8.   Bagaimanakah kedudukan barangan berikut. Adakah ia

harta dan bolehkan dilakukan  jualbeli.    

Page 18: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

8c: Biji kopi yang dikutip daripada tahi musang dan dijadikan serbuk kopi

Diharuskan sekiranya memenuhi syarat(fatwa Malaysia):

1. Biji kopi dalam keadaan baik, tidak berlubang dan tidak pecah serta dapat tumbuh kembali jika ditanam

2.Biji kopi telah disucikan dari unsur najis yang berupa feses

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: فى األصل اء احة، األشي قم لم ما اإلب ل ي ر دلي ب iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus الحرمة على معتselagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis. Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Page 19: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Konsep: Haiwan jalalah

Para ulama meletakkan tempoh tertentu untuk membersihkan Jallalah ini dengan cara memberikan makanan yang baik dan bukan najis kepada Jallalah ini.

Syafie: Binatang seperti ayam perlu dikuarantinkan selama 3 hari.Binatang seperti kambing perlulah dikuarantinkan selama 7 hari , manakala unta dan lembu perlulah dikuarantinkan selama 40 hari.

8d: Ikan keli, puyu dan kerang yang dipeliha didalam lombong, diberi makandan dibesarkan dengan pemakanan haram

Page 20: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Hukum istihalah Situasi dimana seekor khinzir jatuh ke

dalam tampak pembuatan garam lalu mati dan berubah menjadi garam.

- Mazhab Hanafi dan Maliki: halal kerana zat babi telah bertukar menjadi garam

9: Gelatin boleh diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan. Lazimnya ia dibuat daripada khinzir kerana kosnya murah. Apakah hukum mengguna bahan makanan yang mengandungi bahan tersebut(gelatin)

Page 21: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Mazhab Shafie dan Hanbali: perubahan yang wujud tetap haram kerana zat babi adalah najis

Allah berfirman dalam surah Al –an am:119“ padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepadamu apa yang diharamkan-Nya keatasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya”

(kesimpulan: haram jika tidak darurat, terdapat alternatif lain yang boleh diperolehi)

Page 22: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Ikan perkasam berlaku secara tabi’e melalui proses istihalah

Hukumnya harus dimakan kerana asal hukum semua bangkai dilautan halal berdasarkan hadis

Sabda Nabi (s.a.w):Airnya (laut) menyucikan dan halal

bangkainya. Implikasi hukum transaksi jual beli sah

10a: Ikan yang mula rosak/berbau maka dijadikan ikan perkasam lalu dijual

Page 23: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Shafie: Halal dimakan Hanafi: Tidak halal dimakan Udang yang rosak berlaku secara tabi’e melalui

proses istihalah Hukum memakan belacan adalah harus:

1. Asal semua bangkai dilautan halal dimakan Firman Allah:

“dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya” (al-maidah:96)2. memakan belacan merupakan uruf

negara Islam

10b: Udang yang rosak (mula busuk) digarami dan dijadikan belacan kemudian dimakan

Page 24: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Jumhur: dianggap sebagai harta. Jadi ia tidak boleh dicetak dan dijual kerana hak cipta adalah harta intelek persendirian1. Diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para

ulama sedunia sebagai harta persendirian.2. tidak boleh mengambil dan menggunakan yang

tiruan khususnya apabila barang cetak tersebut diniagakan.

3. sekiranya seseorang melakukan cetak rompak dan menjualnya, maka jual beli adalah haram dan tidak sah serta perlu membayar ganti rugi kepada pemilik asal hak cipta

10c: Mencetak rompak lagu/buku dan menjualnya

Page 25: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Hanafi: hak cipta diketagorikan sebagai bukan harta. Maka ia boleh dicetak dan dijual kerana tidak menjejaskanbarang yang asal (original). Kesannya, sekiranya seseorang melakukan cetak rompak dan menjualkannya, maka jual beli tersebut adalah sah

Page 26: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Apakah definisi milik. Terangkan dan beri contoh jenis milik

Hubungan diantara manusia dan harta yang diakui oleh syarak dimana harta tersebut dikhususkan kepada manusia serta dibenarkan untuk mentadbirnya

Pemilikan menyebabkan campur tangan pihak luar tidak dibenarkan serta pemilik boleh mengusahakan dengan sebebasnya.

الملك

Natijah

Page 27: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Pemilikan

milik sempurna tidak sempurna

memiliki zat dan manfaatnya Memiliki zat harta atau manfaat sahaja

Diberi kuasa untuk menggunakan, menjual, dan melabur.

Sekiranya berlaku kerosakan pemilik tidak akan dikenakan tindakan

Page 28: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Rumah yang dibeli dengan taraf pajak

Tanah berstatus leasehold merujuk kepada tanah milik terhad. Di Malaysia, kerajaan memberi pajakan kepada pemaju untuk membina rumah flat.

Apabila pembeli membeli dan tempoh pajakan akan berakhir maka pembayaran premium perlu diberikan dan pembaharuan hak milik bergantung pada pejabat tanah.

Mengikut mazhab Syafie boleh diwarisi kerana dianggap sebagai harta. Manakala, mazhab Hanafi sebaliknya kerana ia bukan harta

Page 29: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Hak cipta sesuatu karya seperti buku dan nyanyian

Boleh dimiliki

Bermanfaat

Bernilai.

Diwarisi

Page 30: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Hutang ibadat seperti solat, puasa, haji dan korban

Ibadat Maliyah

Ibadat Badaniya

h

Solat & Puasa

Haji

Boleh Diwarisi Tidak

Page 31: Kumpulan 6 (Muzakarah 1) Edit 1

Nor Liza Mohamad. 1999. Hakcipta Dari Aspek Teori Harta Intelek Menurut Perspektif Islam. Disertasi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Wahbah Zuhaili. 1985. Fiqh Islami Wa Adilatuhu. Sanep Ahmad dan Hailani Muji Tahir. 2011. Aplikasi Fiqh Muamalat dalam

Sistem Kewangan Islam. http://

fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=6080

Mausu’ah Fiqhiyyah. 2006 Yusuf Al –Qaradawi. 2013. Sunah vs Bidaah. PTS Islamika Sdn. Bhd. Haron. 2010. Takrifan Mal (harta) Menurut Sarjana Asia Barat dan

Implikasinya Terhadap ◦ Transaksi Masa Kini. International Journal of West Asian Studies.

Rujukan