murni bm

24
d PENCEMARAN BAHASA Pencemaran Bahasa secara teorinya ialah alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Lewat kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dikatakan telah dinodai, dikotori dan telah dicemari ! Benarkah dakwaan tersebut ?? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu iaitu kecintaan kita, nyawa kita bagi orang-orang melayu telah tercemar ?? Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran bahasa ?? Khususnya dalam Kamus Dewan edisi ke 3, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat. Antara ciri-ciri pencemaran bahasa ialah : 1) Pengutamaan bahasa asing 2) Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu 3) Kesalahan ejaan 4) Pemilihan kosa kata yang kurang tepat 5) Pencampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan sebagainya. contoh mesej Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang utama dan

Upload: taslimah-sekin

Post on 27-Jun-2015

653 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Murni bm

dPENCEMARAN BAHASA Pencemaran Bahasa secara teorinya ialah alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Lewat kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dikatakan telah dinodai, dikotori dan telah dicemari ! Benarkah dakwaan tersebut ?? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu iaitu kecintaan kita, nyawa kita bagi orang-orang melayu telah tercemar ?? Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran bahasa ?? Khususnya dalam Kamus Dewan edisi ke 3, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.

Antara ciri-ciri pencemaran bahasa  ialah :

1) Pengutamaan bahasa asing2) Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu3) Kesalahan ejaan4) Pemilihan kosa kata yang kurang tepat5) Pencampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan sebagainya.

contoh mesej

Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian kepada penggunaan rasmi dalam istana.Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan maruah bahasa melayu.Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang

Page 2: Murni bm

menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu digunakan sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu  secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah. Malah, antara sebab kemerosoan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms. Setiap hari kita dapat melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod, atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian dalam sms ialah, ' x ' bagi maksod tidak, ' 4 ' bagi maksod untuk, ' cmne ' bagi maksod macam mana, ' u ' bagi maksod awak, ' tq ' bagi maksod terima kasih, ' lg ' bagi maksod lagi dan sebagainya.

Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut dipikul oleh semua pihak, misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran. Selain itu, penerbitan bahan bacaan

Page 3: Murni bm

yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Katanya,semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-bahasa.html

KESAN-KESAN DAN CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

SOALANPenggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa dikatakan telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bincangkan kesan- kesan dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesan–kesan yang timbul akibat daripada penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan perlu dikenal pasti supaya langkah–langkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya.

Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu.Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan

Page 4: Murni bm

menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan.Tambahan pula, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan menyebabkan pengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam. Biar kita ambil contoh, apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti nama “you” kepada pelanggannya, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu, dia akan berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting kerana tanpa pelanggan perniagaan tidak dapat dijalankan. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati. Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa rojak.Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama–kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala bahasa rojak.Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi.Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka

Page 5: Murni bm

mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa.Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus bekerjasama bak kata “berat sama dipikut, ringan sama dijinjing” untuk menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.http://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/kesan-kesan-dan-cara-cara-untuk.html

Masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.

Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah.

Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa

Page 6: Murni bm

kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama.

Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.http://depsaafzan.blogspot.com/2011/09/masalah-masalah-bahasa-melayu-sebagai.html

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU , oleh Masni Bujang [ diselenggarakan oleh Rozali Rajab, GC BM]

Abstrak Bahasa Melayu telah melalui zaman selama dua alaf, khususnya pertembungan dengan beberapa tradisi besar dunia. Oleh sebab itu, kemampuan dan kemantapannya sebagai tonggak tamadun negara kita pada zaman ini tidak perlu dipertikaikan. Oleh yang demikian perjuangan memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu perlu digerakkan secara berterusan . Kelalaian dan kealpaan akan menyebabkan pelbagai gejala menyerap masuk ke dalam bahasa dan kemungkinan dapat melumpuhkan momentum perkembangannya. Justeru itu, kajian mengenai Memartabatkan Bahasa Melayu ini bertujuan untuk mengupas lebih lanjut mengenai cabaran bahasa serta isu-isu dalam Bahasa Melayu. Selain itu juga, kajian ini membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu. Dapatan daripada kajian ini mendapati usaha-usaha yang dilakukan untuk memartabatkan Bahasa melayu belum mampu untuk mengangkat Martabat bahasa Melayu itu sebagai bahasa yang unggul. PENGENALAN Sejak awal kurun Masihi Bahasa Melayu telah memiliki martabat sebagai bahasa besar yang berwibawa . Bahasa Melayu diterima umum di Kepulauan Melayu lalu di angkat menjadi Lingua Franca antara pelbagai bangsa termasuk yang datang dari rantau lain seperti India, China , Asia Barat dan Eropah. Bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu pada zaman kesultanan melayu dari sekitar abad ke 13 hingga abad ke 19. Bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Bahasa Melayu merupakan satu rumpun bahasa yang digunakan oleh lebih daripada dua ratus juta penduduk dunia, bahasa Melayu berkembang pesat dan mendapat pengiktirafan yang meluas. Selaras dengan itu, Bahasa Melayu dimartabatkan menjadi bahasa

Page 7: Murni bm

rasmi dan Bahasa Kebangsaan di Malaysia Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Dalam perkembangan terkini, bahasa Melayu tidak dinafikan menghadapi pelbagai isu-isu bahasa dan berdepan dengan cabaran-cabaran dalam era globalisasi. Perkembangan teknologi dan ilmu yang pantas berjaya menghakis serba sedikit kemurnian bahasa dalam kalangan pengguna. Oleh yang demikian tanggungjawab memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sudah semestinya terpikul di bahu kita semua selaku pewaris dan empunya bahasa itu. Justeru , kajian ini dikupas dengan melihat cabaran dan isu-isu bahasa Melayu dalam memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu juga, kajian ini menjelaskan faktor-faktor kelunturan martabat bahasa Melayu dan membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan cabaran dan isu bahasa Melayu masa kini. Kajian ini juga menjelaskan faktor-faktor kelunturan martabat bahasa Melayu. Selain itu juga kajian ini membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan ini merangkumi beberapa cabaran dan isu-isu tentang bahasa Melayu, dan faktor-faktor kelunturan martabat bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini turut membincangkan beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam memartabatkan bahasa Melayu. CABARAN DAN ISU-ISU DALAM BAHASA MELAYU Menurut Adenan Ayob (hlm: 10-11, 2009) dalam era globalisasi kini, bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dialami oleh bahasa Melayu bersifat dalaman dan luaran. Cabaran dalaman membawa maksud cabaran tanggapan dari segi kuantiti dan kualiti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, termasuk cara penggunaan bahasa itu sendiri. Cabaran luaran pula bermaksud kedwibahasaan dan hambatan pelaksanaan dasar bahasa dalam era globalisasi. Pembangunan yang pesat di Malaysia telah memberikan kesan terhadap kedudukan dan peranan bahasa Melayu pada masa kini. Projek pemodenan dengan pembinaan bangunan pencakar langit yang semakin hari semakin bertambah menyebabkan nilai kesantunan dan kehalusan berbahasa semakin dipinggirkan. Bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris yang diuar-uarkan sebagai bahasa dunia , bahasa sains dan teknologi di mana kedua-dua bidang tersebut tidak mengendahkan kesantunan dan kehalusan budi pekerti penuturnya. Cabaran bahasa Melayu juga amat berkait rapat dengan peranan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik seperti mempersendakan peranan bahasa Melayu. Walaupun bahasa Inggeris perlu dikuasai, tetapi sebagai bangsa Malaysia,harus mendaulatkan bahasa sendiri demi mendaulatkan bangsa.Berlaku ketidakseragaman terhadap penguasaan bahasa Melayu kerana masih terdapat segelintir rakyat yang tidak mampu menguasainya dengan baik. Bagi golongan pendidikan Barat , mereka amat dipengaruhi oleh bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa mereka menjadi bahasa Melayu-Inggeris. Dalam berbahasa, mereka sering mengalihkan kod ke bahasa Inggeris atau sentiasa menukar kod dan menjadikan bahasa pertuturan bersifat ‘rojak’. Beberapa isu bahasa juga turut diketengahkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui artikel ilmiahnya dalam Jurnal Akademik November 2009. Pendapat beliau pada amnya terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu antaranya ialah: a. Masalah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang mentakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan Bahasa Melayu. Paling mudah didengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms”, “Internet”, software, “hardware”, “html”, “computer”, “website “ dan sebagainya. Sekarang pun kita sering mendengar dialog seperti berikut: “Hei, hari ini birthday I lah”. “Dalam hal ini you yang paling best”. Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV. Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujudnya

Page 8: Murni bm

bahasa rojak dalam kehidupan kita seharian. b. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayu Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, bahasa yang ditulis dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding bahasa Melayu tulisan atas beberapa sebab dapat diperhatikan kurang latihan pertuturan yang baik melibatkan murid sekolah, mahasiswa dan petugas awam. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah, cara berfikir objektif dalam perbahasan dan pertuturan serta menggunakan bahasa yang baik. Selain itu kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa sendiri. Malahan kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasaan sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran. Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan. Kepegawaian dan urusan-urusan rasmi juga dilihat sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan penggunaan bahasa Melayu yang baik. Manakala akhbar Utusan Melayu berkeadaan tidak berfungsi. Menurut pihak berkuasa di Syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai pencetus nasionalisme Melayu kini sudah menjadi edisi sekali seminggu itu pun dengan jualan yang kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Berdasarkan beberapa isu bahasa yang diketengahkan oleh Adenan Ayob dan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim sememangnya isu-isu tersebut akan berterusan. Tanpa tindakan yang dilakukan ia akan menjadi penghalang serta menambahkan lagi permasalahan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. FAKTOR-FAKTOR KELUNTURAN MARTABAT BAHASA MELAYU Sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa keyakinan terhadap peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini serta kedudukannya sebagai bahasa ilmu-ilmu moden sudah mula menurun di kalangan pejuang bahasa sendiri. Setelah negara ini mencapai kemerdekaan yang ke 52 tahun, masih terasa keresahan dan kebimbangan yang berleluasa terhadap masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Menurut kertas ulasan Kongres Pendidikan Melayu Ke -2 Awang Sariyan (Mac 2005) terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kelunturan martabat bahasa Melayu. Peminggiran bahasa Melayu dalam arus pemodenan seperti hari ini berpunca daripada sistem kolonial penjajah Inggeris selama pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Penaklukan tersebut telah menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa penghubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan seharian dan selebihnya untuk lingkungan masyarakat Melayu sahaja. Dalam bidang bahasa dan pendidikan, jelas bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa pengantar sekolah Melayu malah amat terbatas jangkauannya hanya kepada bidang ilmu dan kemahirannya sahaja. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, antaranya Pendidikan Melayu yang asalnya untuk tempoh enam tahun dikurangkan menjadi empat tahun sahaja pada tahun 1885( Awang Had Salleh, 1980 ) ini adalah semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Jika dilihat realiti hari ini, bahasa Melayu dari hari ke hari semakin terhakis penggunaan dan fungsinya disebabkan tiada keyakinan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa wahana bidang utama tamadun bangsa dan negara. Peranan bahasa sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa halangan faktor taraf sosioekonomi dan perbezaan etnik serta keeksklusifan bahasa pengantar ilmu yang dahulunya di dominasi bahasa Inggeris. Jutaan lepasan sekolah aliran kebangsaan telah terhasil dan merekalah yang menjadi tonggak pembangunan dalam pelbagai bidang. Namun , apabila tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu,khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-

Page 9: Murni bm

bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan Negara. Walau bagaimanapun dengan adanya tentangan semasa , bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam. Bahasa Melayu rasmi , khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran , penyiaran dan pendidikan akhir-akhir ini terbukti bukan semakin meluas malahan semakin mengecil, salah satunya apabila keputusan mengajar subjek-subjek yang berteraskan sains dan matematik ke dalam bahasa Inggeris (sehingga unjuran menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris melebihi 80% daripada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara). Ini menunjukkan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan tidak tercapai. Semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara semakin luntur apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing misalnya Parcel, Parkson, Rubber Road, Electra House dan Boulevard. Awang Sariyan turut menyatakan senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu kian kurang terbudayanya dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut: 1. Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti majlis rasmi, mesyuarat dan pekeliling tidak mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam perlembagaan. 2. Kurang penegasan dan penyelarasan dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran. 3. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kursus di IPTA dan pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib . 4. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris sehingga timbul keghairahan yang kadangkala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat ( pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu. 5. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. 6. Terutamanya dalam hal peluang pekerjaan, mereka menganggap bahasa Inggeris menjadi kayu pengukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi yang berbaloi. 7. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh , dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan. USAHA-USAHA DALAM

Page 10: Murni bm

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU Peningkatan martabat bahasa memerlukan perencanaan semula dalam pelbagai aspek dan pada waktu yang sama memerlukan peneguhan dasar-dasar yang berkaitan dengannya sebagai langkah membina ketahanan jati diri dan maruah bangsa dan negara. Proses penambahbaikan terhadap bahasa Melayu dijalankan sepanjang masa oleh badan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu yang lebih efisien dan berdaya maju setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Dalam bidang bahasa, antara usaha yang perlu dimartabatkan ialah: Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar secara bersepadu Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklahditegaskan semula supaya urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas, telus dan jujur oleh semua lapisan masyarakat daripada pemimpin negara hingga penjawat awam, masyarakat umum peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. Perancangan Bahasa Melayu Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju yang dijalankan secara sistematik. Perancangan bahasa juga usaha meningkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta situasi bahasa. Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakan. Peringkat ini merupakan peringkat pertama perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara 152 Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Perancangan taraf juga merupakan peringkat penilaian melibatkan penggunaan bahasa . Penilaian ini secara formal oleh ahli akademik, kritikan melalui akhbar atau penutur. Di samping membaiki kelemahan yang ada umpamanya mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap edisi-edisi Tatabahasa Dewan Sebelumnya. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan sesuatu bahasa. Pengekodan bererti penyeragaman iaitu proses menghasilkan bahasa standard yang sempurna dan seragam serta usaha-usaha pembakuan bahasa. Dalam bahasa melalui pengekodan melibatkan korpus-korpus ejaan, tatabahasa, perkamusan, sebutan dan istilah. Pemupukan juga termasuk dalam perancangan korpus iaitu usaha-usaha mengembangkan bahasa seperti ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal terdapat dalam bahasa-bahasa asing diterjemahkan dan disesuaikan ke dalam bahasa Melayu. Pindaan dan Peluasan Peruntukan Akta Yang Berkaitan. Pindaan Akta Bahasa kebangsaan yang memberi cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu, pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas tentang penggunaan bahasa Melayu seperti Akta Jalan, Parit dan bangunan. Akta Pertubuhan, Akta Pertubuhan, Akta pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Cap Dagang, Akta Industri Pelancongan dan beberapa yang lain perlu tindakan yang segera. Selain itu, akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran serta Undang-undang kecil Pengiklan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas. Contohnya Pihak Berkuasa Tempatan DBKL telah menguatkuasakan yang ketat dan disusuli dengan tindakan tegas penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda jalan dan iklan yang tidak berlesen serta mencemarkan bahasa Melayu. Pengayaan Khazanah Ilmu Dan Persuratan Dalam Bahasa Melayu. Usaha ini perlu dilakukan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya tinggi melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Usaha ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak Contohnya mengujudkan kreativiti berbahasa dalam media massa seperti penulisan kreatif, non –kreatif, komik, mengadakan pertandingan pidato , bercerita, mendeklamasikan sajak dan perbahasan dari peringkat sekolah, IPTA, Kampung,

Page 11: Murni bm

Pihak Berkuasa Tempatan , Daerah, Negeri dan Negara umumnya. Agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu memerlukan dana serta mesti dimasukkan dalam agenda pembangunan negara melalui belanjawan negara. Pembudayaan Bahasa Melayu Melalui Sistem Pendidikan. Usaha ini perlu dimantapkan semula dari peringkat prasekolah hingga peringkat tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu dalam memartabatkan bahasa Melayu. Terdapat dua aspek penting. Pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuhkan oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pemelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum. Komponen Bahasa Dan Persuratan Dalam Pelbagai Program Negara. Semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkatmesti memasukkan program bahasa dan persuratan misalnya dalam Program Khidmat Negara, Kursus Biro Tatanegara dan sebagainya. Kursus atau apa-apa juga program motivasi untuk kalangan ahli politik dan profesional perlu dimasukkan modul bahasa dan persuratan. Modul Bahasa Dan Persuratan Dalam Program Latihan Jabatan. Setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program semasa “Kursus Dalam Perkhidmatan”masing-masing. Selain itu juga kursus penataran Bahasa Melayu perlu diadakan terutama aspek bahasa seperti ejaan, sebutan ,kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa. Contohnya Kursus Penataran Bahasa Melayu Untuk Guru Sekolah Persendirian Cina di Negeri Johor dan Melaka yang dianjurkan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16-17 November 2009 bertempat di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan. Tindakan susulan amat perlu dilakukan oleh ketua jabatan dan agensi sama ada swasta mahupun pihak kerajaan dengan melantik pakar bahasa dalam membuat analisis dokumen seperti minit mesyuarat, kertas kerja dan surat pekeliling. Dengan ini proses memartabatkan bahasa Melayu mendapat sokongan secara berterusan daripada semua pihak. Pemantauan Berterusan Terhadap Bidang Penyiaran Dan Media Massa. Usaha ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai agen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan undang-undang contohnya Akta Komunikasi dan Penyiaran perlu juga melakukan tindakan tegas dengan serta merta terhadap pembaca berita dan pengacara sesuatu program televisyen jika didapati tidak menggunakan bahasa Melayu. Pemilihan pengacara sesuatu program realiti anjuran TV 3 telah menetapkan syarat kepada para peserta mesti fasih berbahasa Melayu. Langkah ini amat digalakkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Program Pemasyarakatan Bahasa Kebangsaan Bertaraf Kebangsaan. Pihak kerajaan , semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta hendaklah terlibat secara aktif menyertai setiap program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya Bulan Bahasa Dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama sebulan. Selain itu , setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari masa ke semasa dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera. Usaha - usaha Pelonjakan Bahasa Melayu. Dalam usaha pelonjakan bahasa Melayu perlunya program galakan pengembangan dan penggunaan bahasa seperti anugerah, hadiah. Sumbangan geran dan sebagainya untuk dijadikan penggalak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Page 12: Murni bm

Anugerah mahupun hadiah atau sumbangan tersebut hendaklah dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah dan menengah, Institusi Pendidikan Tinggi, Pihak Berkuasa Tempatan, peringkat negeri, Negara dan peringkat Antarabangsa. Dengan adanya usaha pelonjakan bahasa Melayu ini dapat melahirkan ramai pencinta bahasa dan pejuang bahasa selaras dengan usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu. Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Berbekalkan Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956, yang memberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia. Malahan DBP menyatakan wawasan dan misinya untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020. Perancangan strategik Dewan Bahasa dan Pustaka merangkumi pemodenan Korpus Bahasa Melayu iaitu bergerak melalui beberapa program seperti Bank Istilah Berkomputer dalam Talian , Kerjasama Kebahasaan Peringkat Serantau Pembinaan dan Pemantapan Korpus Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu, Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu, Kodifikasi Bahasa melalui Perkamusan dan Pengkomputeran Bahasa Melayu. Beberapa aktiviti Kempen kesedaran Bahasa seperti Minggu Bahasa Kebangsaan, Bulan Bahasa Kebangsaan , Gerakan Cintailah Bahasa Kita dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah dijalankan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, Penerbitan bahan bercetak amat dititikberatkan melalui penerbitan Ensiklopedia, majalah dan jurnal yang diselenggarakan oleh pihak swasta atas nama DBP, buku sekolah, buku umum, dan penerbitan elektronik (bahan rujukan seperti Kamus , ensiklopedia, istilah, biografi dan bahan pemelajaran untuk kanak-kanak dan remaja ). Manakala Pemerkasaan Bahasa Melayu lebih kepada bidang teknologi meliputi pembinaan kosa kata, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul, pembinaan laras dan bahan bahasa. Melalui usaha pihak DBP serta sumbangan daripada ahli-ahli bahasa, pakar-pakar bidang dan anggota masyarakat, bahasa Melayu berkembang dengan pesatnya selaras dengan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan kerja kursus di atas dapatlah dirumuskan bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran dalam proses memartabatkan bahasa Melayu. Namun begitu, beberapa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam memartabatkan bahasa Melayu ke satu tahap yang lebih tinggi. Walaupun pada asasnya kita berpuas hati akan kejayaan bahasa Melayu dalam mendepani cabaran dunia moden,namun demikian dapatan kajian masih menunjukkan perlunya usaha yang jitu harus kita lakukan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, kita janganlah leka dan alpa kerana masih banyak yang perlu kita usahakan untuk memastikan kelangsungan dan martabat bahasa Melayu itu sendiri, sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerjasama kementerian, para ilmuwan, jabatan kerajaan, agensi , pertubuhan, sektor swasta, institusi-institusi pendidikan, media cetak dan elektronik serta orang perseorangan amat penting dan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang. Kerjasama daripada semua pihak amat perlu dalam memartabatkan bahasa Melayu agar lebih mantap dan perkasa ke arah merealisasikan kedaulatan bahasa Melayu di peringkat serantau mahupun antarabangsa. BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan . (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa Pengintelektual Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Asmah Haji Omar. (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asraf (peny.) (1996). Manifesto Budaya, Pupuslah Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:Persatuan Linguistik Malaysia. Awang Had Salleh. (1980).

Page 13: Murni bm

Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2005).” Memartabatkan Bahasa Melayu Dalam Konteks Peneguhan Tamadun Bangsa Dan Negara”. Kertas ulasan Kongres Pendidikan Melayu Ke -2, anjuran Persekutuan Badan Pembangunan dan Pendidikan Melayu (26-27 Mac 2005,) Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim. (1993). Pengajian Melayu menjelang abad ke 21. Syarahan Perdana.Universiti Malaya. Rais Yatim. (2009). Bahasa Melayu dalam Era Globalisasi. Jurnal Akademik. November, 2009. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/memartabatkan-bahasa-melayumasni-binti.html

Membetulkan sumber masalah bahasaPendapat

Tajuk utama Mingguan Malaysia mengenai perlunya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa untuk bertindak terhadap pihak yang memperlekeh bahasa Melayu mungkin memberi kejutan buat banyak pihak. Jika pun ada undang-undang yang dibuat atau yang akan digubal, isu sekarang ialah orang yang menguatkuasakannya ialah orang Melayu sendiri, manakala orang yang perlu mengamalkannya terlebih dahulu ialah juga orang Melayu.

Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dalam isu yang sama, berkata, adalah lebih mudah mengawal bahan penulisan berbanding bahasa pertuturan bagi memastikan kita menggunakan bahasa yang baik. Inilah soalan pokok yang perlu kita tangani dahulu iaitu menentukan orang Melayu sendiri mulai atau balik ke pangkal jalan bertutur dalam bahasa yang baik sebelum kita pergi ke peringkat undang-undang dan seterusnya kepada rakyat Malaysia bukan Melayu.

Kita perlu akur, peranan dan pengaruh yang dimainkan media terutama media elektronik, memang besar dalam masyarakat terutama masyarakat Melayu khususnya dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Ini diperkuatkan lagi dengan kemunculan stesen televisyen dan radio swasta yang telah menyimpang jauh dari norma atau kebiasaan persembahan mengikut acuan stesen kerajaan selama ini.

Program realiti dan program siaran langsung tanpa suntingan awal, mendedahkan penonton dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada penggunaan bahasa yang cincai-cincai ini sehingga bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak menjadikan ia satu kebiasaan dan akhirnya satu ikutan yang gelombangnya susah disekat lagi.

Hampir semua rancangan ini ditonton orang Melayu, termasuk ibu-ibu, anak-anak dan juga remaja berbagai peringkat umur. Kalau diperatuskan penonton yang didedahkan kepada pertunjukan sebegini, tidak salah kalau dikatakan bahawa hampir kesemua orang Melayu dari umur tujuh tahun hingga 50 tahun terpengaruh olehnya, dan jika diambil sebagai peratusan rakyat Melayu, mungkin hampir 70 peratus orang Melayu di Malaysia terdedah kepada gejala buruk ini.

Page 14: Murni bm

Inilah sebenarnya pokok persoalan kita, iaitu membetulkan keadaan dari sumber masalahnya, sebelum kita melangkah lebih jauh dengan pendekatan yang terlalu bersifat teori untuk dilaksanakan.

Kita perlu mengimbas sekali lagi akan keadaan di padang. Orang Melayu bercakap Inggeris sesama sendiri termasuk di majlis perkahwinan Melayu dan apabila berucap kepada tetamu jemputan (kecuali jika perlu berpantun!). Orang Melayu menjawab dalam bahasa Inggeris apabila ditemu ramah dalam bahasa itu atau kalau ditanya dalam bahasa Melayu dia akan menjawabnya dengan bahasa rojak. Semua penyampai rancangan televisyen terutama swasta akan menggunakan bahasa rojak dalam program bahasa Melayu.

Hampir semua penyanyi Melayu yang melagukan lagu Melayu akan berinteraksi dalam bahasa Inggeris dengan penontonnya. Dalam program agama pun terserlah perkataan rojak dilafazkan. Malah kumpulan nasyid berunsur agama, ada juga yang menggunakan nama kumpulan mirip nama Barat. Pendek kata apabila disebut semua aktiviti berkaitan dengan orang Melayu, (kecuali khutbah Jumaat), maka akan terserlahlah sifat sebenar bahasa Melayu itu sendiri di kalangan hampir semua orang Melayu.

Maka memang tepatlah dikatakan bahawa masalah bahasa Melayu ini adalah masalah Melayu yang perlu terlebih dahulu diperbetulkan di peringkat orang Melayu sendiri. Maka soal memperkukuhkan undang-undang tidak akan dapat membetulkan keadaan bahasa Melayu, selagi orangnya tidak diperbetulkan terlebih dahulu.

Timbul persoalan bagaimana kita harus memperbetulkan penggunaan bahasa oleh orang Melayu sendiri? Berani mengkritik dengan secara terbuka dan berterus terang akan kesalahan penggunaan bahasa; ini termasuk juga kritikan penggunaan bahasa oleh penyandang jawatan dalam kerajaan mahupun swasta. Bagi DBP ia perlu berani membuat teguran terbuka mengenai kepincangan yang berlaku dan bersedia untuk menolong memperbetulkan skrip sesebuah penerbitan dan ini perlu dimulai dengan semua siaran radio dan televisyen kerajaan.

Oleh itu, DBP tidak perlu terikat dengan peraturan pentadbiran atau protokol hierarki kerajaan. Akhbar perlu berani lagi dalam mendedahkan kelemahan-kelemahan ini dengan diperjelaskan kepada umum bahawa matlamat akhirnya adalah untuk membina bahasa yang berjiwa Malaysia sejati.

Apabila semua umat Melayu sedar bahawa mereka sekarang adalah sebenarnya penyumbang terbesar kepada penghakisan dan hilangnya martabat bahasanya sendiri, barulah perkara-perkara lain dapat diperbetulkan kemudian terutama yang melibatkan undang-undang dan rakyat Malaysia lainnya.

Apalah ada pada undang-undang jika orang yang akan melaksanakannya sendiri gagal mengamalkan bahasa yang baik untuk dirinya sendiri, apatah lagi menguatkuasakannya ke atas orang lain. Soalnya sekarang ialah kita perlu berani bangun dan mengaku kesalahan diri sendiri dan berani ditegur untuk memulakan perjalanan memperbetulkan kesalahan yang kita sendiri timbulkan. Semoga kita tidak lagi menyanyikan lagi lagu Bangau oh Bangau kepada anak cucu kita.

Page 15: Murni bm

- BADRUDDIN OTHMAN, Petaling Jaya, Selangor

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=764

Masalah pencemaran bahasa Presentation Transcript

1. Masalah pencemaran bahasaMengenal pasti kesalahan penggunaan bahasadan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya

2. Takrifan Bahasa• Diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri dari lambang-lambang yang diujar oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi• Menurut kamus dewan edisi keempat 2005,bahasa diertikan sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam linkungan satu kolompok manusia• Bahasa juga merupakan percakapan yang benar,tingkah laku yang baik dan sopan santun

3. Takrifan Pencemaran Bahasa• Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan bahasa rojak dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak dengan pembangunan dan modenisasi kini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis hanya dipandang enteng oleh masyarakat

4. Ayat rangsangan• : penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis hanya dipandang rameh oleh masyarakat.• : Bahasa yang dahulunya menjadi „lingua franca‟ kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan

5. Ayat tugasan• Sekiranya ,masalah pencemaran bahasa tidak dibendung kesanya martabat bahasa melayu akan jatuh.

6. ISI PERTAMA (PUNCA)• Generasi muda, terutamanya pelajar yang terpengaruh dengan media massa,kawan sebaya dan juga majalah-majalah bebas telah menyelewengkan penggunaan bahasa yang betul.contohnya perkataan „‟boleh‟‟ digantikan dengan perkataan „‟bisa‟‟ “biarkan” digantikan dengan perkataan atau “balie gie”

7. ISI PERTAMA (LANGKAH MENGATASI)• Salah satu langkah untuk membendung masalah penemaran bahasa ialah peranan pihak sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka

8. ISI KEDUA (PUNCA)• Sikap Pengawai dan kakitangan kerajaan tidak menitiberatkan penggunaan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan.

9. ISI KEDUA (LANGKAH MENGATASI)• Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang gramatis dalam sektor kerajaan

10. ISI KETIGA (PUNCA)• Pencemaran bahasa di papan-papan tanda dan papan pengiklanan telah menyebabkan kekeliruan penggunaan bahasa.Hal ini menyebabkan generasi muda terpengaruh dengan bahasa-bahasa yang kurang sesuai seperti “boleh belah”.. „‟besa giler‟‟ .. Pihak yang melakukan pengiklanan ini hanya mementingkan keuntugan dan tidak memikirkan kesannya terhadap bahasa.

11. ISI KETIGA (LANGKAH MENGATASI)• Pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa

12. ISI KEEMPAT (PUNCA)• Pengaruh ibu-bapa yang membudayakan anak-anak dengan bahasa songsang telah menybabkan anak-anak tidak dapat menuturkan bahasa yang betul. Menurut kajian ramai ibu-bapa berpandangan bahawa bayi dan kanak-kanak mempunyai bahasa pertuturannya sendiri wal hal, Bahasa bayi adalah bahasa yang dipeturturkan oleh

Page 16: Murni bm

ibu- bapa. Sebagai contoh “susu” digantikan dengan „‟ucu‟‟ kerana ramai ibu-bapa berpandangan itulah adalah bahasa yang benar untuk difahami bayi.

13. ISI KEEMPAT (LANGKAH MENGATASI)• . Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anak- anak akan terdedah kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang baik dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Hal ini langsung tidak mendatangkan maslahat kepada anak-anak, ibu bapa, mahupun negara malahan semakin memburukkan keadaan. ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dan memahami penggunaan bahasa yang betul.

14. KESIMPULANNYA• Sebagai kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa. Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari semasa ke semasa

http://www.slideshare.net/blizzblizzmito/masalah-pencemaran-bahasa