murid berkeperluan khas

14
MURID BERKEPERLUAN KHAS RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran. Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain. Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak- kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas. Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.

Upload: as

Post on 13-Apr-2016

164 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Murid Berkeperluan Khas

MURID BERKEPERLUAN KHASRAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka

yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah

sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.

Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang

upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.

Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat

perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun,

kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention

Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang

berumur lebih dari 3 tahun.

Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan

membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya,

guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan

sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku

mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.

Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering

gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan

sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat

belajar.

Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru

akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.

Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan

dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga

guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil.

Page 2: Murid Berkeperluan Khas

Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian

seterusnya.

Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar

psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya

masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan

ini.

Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik

terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang

terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama.

Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa

set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini

akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor.

Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari

pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan

ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini

adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks

suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah

pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar

yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan

mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.

Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu

anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.

Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat,

perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham

mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang

kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU.

Page 3: Murid Berkeperluan Khas

Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh

jurupulih cara kerja di HUSM.

Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan

melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.

Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan

yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di

unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi.

Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah

pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif

untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran.

Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi

ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini

mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.

Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar

anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar

terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar

diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.my/p/murid-berkeperluan-khas.html

http://spspk.jpnns.gov.my/index.php/kategori-pendidikan-khas

Page 4: Murid Berkeperluan Khas

PENGENALAN

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Pendidikan Khas ertinya pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di suatu sekolah khas atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah. Dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia, PPKI merupakan penyumbang utama enrolmen Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan dilaksanakan di seluruh negara.

“Murid Berkeperluan Khas ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas”.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Kategori Murid Berkeperluan Khas

Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) perlu disahkan oleh pengamal atau pakar perubatan sebelum dibuat penempatan dan pendaftaran OKU. Guru Pendidikan Khas seharusnya mengenal pasti semua kategori MBK berdasarkan pengesahan doktor untuk mengesan ciri-ciri MBK berasaskan kategori sebagai langkah awal menyediakan data dan maklumat murid sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kategori murid boleh dirujuk kepada Buku Garis Panduan Pendaftaran OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014.

Page 5: Murid Berkeperluan Khas

Kategori MBK adalah seperti berikut:

Ketidakupayaan Penglihatan (BL)

Ketidakupayaan penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di keduadua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada:

- Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation;

- Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation;

- Buta sebelah mata bermaksud hanya sebelah mata sahaja berfungsi dengan sempurna dan sebelah lagi penglihatan kurang daripada 3/60 atau kurang dari 20 darjah dari fixation bermaksud buta.

Ketidakupayaan Pendengaran (BD)

Ketidakupayaan pendengaran bermaksud murid yang mempunyai masalah pendengaran. Masalah pendengaran terbahagi kepada empat peringkat kehilangan deria pendengaran berdasarkan tahap desibel (dB) iaitu:

- Ringan (Mild: ) iaitu 25-40 dB;

- Sederhana (Moderate) iaitu 41-60 dB;

- Teruk (Severe) iaitu 61-90 dB;

- Sangat Teruk (Profound) iaitu 91 dB dan ke atas.

Page 6: Murid Berkeperluan Khas

Pilihan komunikasi bagi kanak-kanak masalah pendengaran bergantung kepada kesediaan intervensi awal kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak yang menggunakan alat bantuan pendengaran dan mempunyai keupayaan bertutur maka komunikasi yang dipilih adalah pertuturan biasa dengan bantuan peralatan.

Ketidakupayaan Pertuturan

Ketidakupayaan pertuturan terdiri daripada empat masalah iaitu:

- Masalah sebutan

Kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan atau dikenali sebagai pelat.

-Masalah gagap

Merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan cepat.

- Masalah suara

Berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi, rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

- Masalah bahasa

Berkaitan dengan sistem saraf pusat. Masalah ini mengganggu kefahaman atau penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia, bermaksud seseorang yang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan dan kesukaran menggunakan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi. Masalah pertuturan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa dalam situasi sosial serta memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Page 7: Murid Berkeperluan Khas

Ketidakupayaan Fizikal

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di manamana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.

Contoh ketidakupayaan fizikal:

- Limb defects (congential/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan

- Spinal Cord Injury - hanya sekiranya tiada

- Stroke - pengembalian fungsi

- Traumatic Brain Injury - selepas enam (6) bulan

- Kerdil (Achondroplasia) iaitu _ 142cm bagi lelakidan _ 138cm bagi wanita

- Celebral Palsy

Masalah Pembelajaran (BP)

Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira. Masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi, kemahiran motor dan koordinasi serta hiperaktiviti.

Page 8: Murid Berkeperluan Khas

Kategori murid-murid masalah pembelajaran seperti Disleksia, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Slow Learner, Autisme, Sindrom Down, Terencat Akal Ringan dan Pintar Cerdas (Jas Laile Suzana Jaafar,1996, Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, 2009, Mohd Sharani Ahmad, 2006).

Ketidakupayaan Pelbagai (MD)

Ketidakupayaan pelbagai ialah kombinasi ketidakupayaan seperti yang berikut:

- Masalah pembelajaran dan masalah penglihatan;

- Masalah pembelajaran dan masalah pendengaran;

- Masalah pembelajaran dan masalah fizikal, masalah penglihatan dan masalah pendengaran;

- Masalah penglihatan dan masalah fizikal serta masalah pendengaran dan masalah fizikal.

http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=6

02 ) Definisi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Page 9: Murid Berkeperluan Khas

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri

daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-

kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang

jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai

kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan

pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan

kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi

mereka ( Heward 2003 ).

Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak 

berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-

kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat,

kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-

kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail

( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada

individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat

Page 10: Murid Berkeperluan Khas

kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa

bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai

keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka

ibu bapa sendiri.

Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi

tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara

umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada

kanak-kanak normal dari segi

1. mental ( pencapaian akademik ),

2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),

3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),

4. tingkah laku ( mengawal diri ),

5. emosi ( bercampur gaul )

6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)

 

Page 11: Murid Berkeperluan Khas