munakahat, khuluq (tebus talaq)

3
MUNAKAHAT, KHULUQ. PENGERTIAN. DARI SEGI BAHASA ARAB : Cabut atau tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud “Mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka.” Berdasarkan ayat di atas, bahawa isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan suami-suami juga pakaian untuk isteri. Sekiranya berlaku khuluq, seolah-olah suami isteri masing-masing telah menanggalkan atau mencabut pakaiannya. DARI SEGI SYARAK : Perceraian yang diminta oleh isterikepada suaminya dengan tebusan yang dibayar kepada suami menurut kadar yang telah dipersetujui sama ada dengan menggunakan lafaz talaq atau lafaz khuluq. CONTOH. Kata suami, “Kau tertalak dengan bayaran lima ribu ringgit.” Kemudian isteri bersetuju dan membayar jumlah tersebut kepada suaminya. ATAU Kata isteri, “Ceraikan aku dengan bayaran dua ratus ringgit.” Jawab suami, “Saya ceraikan awak dengan bayaran tersebut.” # Syarat hendaklah suami MELAFAZKAN perkataan cerai atau khuluq kepada isteri. DALIL DIHARUSKAN KHULUQ DALAM ISLAM. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 : Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Ambilah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia.” (Riwayat al-Bukhari). Hadith tersebut ditujukan kepada Thabit bin Qais iaitu isterinya bernama Habibah binti Sahal an-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semula maskahwin kepada Thabit bin Qais. Tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Thabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama dalam Islam. HUKUM KHULUQ. MAKRUH.

Upload: jimoh370

Post on 12-Jul-2015

2.809 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Munakahat, khuluq (tebus talaq)

MUNAKAHAT, KHULUQ.

PENGERTIAN.

DARI SEGI BAHASA ARAB: Cabut atau tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud “Mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka.” Berdasarkan ayat di atas, bahawa isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan suami-suami juga pakaian untuk isteri. Sekiranya berlaku khuluq, seolah-olah suami isteri masing-masing telah menanggalkan atau mencabut pakaiannya.

DARI SEGI SYARAK : Perceraian yang diminta oleh isterikepada suaminya dengan tebusan yang dibayar kepada suami menurut kadar yang telah dipersetujui sama ada dengan menggunakan lafaz talaq atau lafaz khuluq.

CONTOH.

Kata suami, “Kau tertalak dengan bayaran lima ribu ringgit.” Kemudian isteri bersetuju dan membayar jumlah tersebut kepada suaminya. ATAU Kata isteri, “Ceraikan aku dengan bayaran dua ratus ringgit.” Jawab suami, “Saya ceraikan awak dengan bayaran tersebut.” # Syarat hendaklah suami MELAFAZKAN perkataan cerai atau khuluq kepada isteri.

DALIL DIHARUSKAN KHULUQ DALAM ISLAM.

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 :

Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Ambilah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia.” (Riwayat al-Bukhari). Hadith tersebut ditujukan kepada Thabit bin Qais iaitu isterinya bernama Habibah binti Sahal an-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semula maskahwin kepada Thabit bin Qais. Tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Thabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama dalam Islam.

HUKUM KHULUQ.

MAKRUH.

Page 2: Munakahat, khuluq (tebus talaq)

- Perbuatan menceraikan isteri menerusi khuluq bukan tindakan yang digalakkan kecuali atas sebab-sebab yang diharuskan syarak.

HARAM. - Sebahagian ulama menghukumkan haram jika tidak ada sebab-sebab yang

diharuskan syarak. Berdasarkan hadith Rasulullah, “Perempuan yang menawarkan khuluq adalah orang-orang yang munafiq.”

SUNAT. - Mazhab Hanbali mengatakan seorang suami disunatkan melayan khuluq dan isteri

berdasarkan kisah Thabit bin Qias.

SEBAB – SEBAB YANG MENGHARUSKAN KHULUQ.

Suami cacat tubuh badannya.

Suami yang buruk akhlaknya.

Suami atau isteri tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Isteri takut melanggar hukum Allah kerana tidak taat kepada suaminya.

Tindakan isteri yang menebus dirinya daripada suaminya yang masih menyayanginya akan menyebabkan dia tidak akan mencium bau syurga di samping perbuatan itu dihukumkan MAKRUH.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Mana-mana perempuan yang menebus dirinya daripada suaminya tanpa sesuatu kesalahan, maka dia tidak akan mencium bau syurga.” (Riwayat at-Tarmizi).

HIKMAH KHULUQ DALAM ISLAM.

Perbalahan atau pergaduhan yang berlaku antara suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi.

Untuk mengelakkan kemudharatan yang diakui oleh isteri bila hidup dengan suami yang tidak bertanggungjawab.

Bila isteri tidak sanggup hidup dengan suami dan ingin berpisah dari suaminya.

Bila kedua-duanya tidak dapat lagi memenuhi syarat-syarat berumahtangga sebagaimana suami isteri.

SYARAT – SYARAT KHULUQ.

Suami yang sah talaqnya mengikut syarat-syarat talaq.

Isteri yang menguasai hartanya. Bukan muflis atau safih (bodoh) atau gila.

Isteri yang masih milik suami.

Sesuatu yang telah dipersetujui untuk dibayar kepada suami.

Sighah (ucapan khuluq) – lafaz Sarikh (ijab dan qabul).

BEBERAPA PERKARA BERHUBUNG DENGAN KHULUQ.

Isteri yang menebus talaq itu tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah yang baru serta memenuhi syarat-syaratnya.

Page 3: Munakahat, khuluq (tebus talaq)

Bayaran tebus talaq tidak dihadkan sedikit atau banyak, berhutang atau tunai, wang atau barang lain, malah terpulang kepada persetujuan dan kerelaan suami isteri itu asalkan bayaran itu dari sesuatu yang berfaedah.

Tebus talaq boleh dilakukan bila-bila masa, boleh semasa isteri suci atau haid kerana khuluq adalah kemahuan dan kerelaan perempuan itu sendiri.

Jika secara paksa tidak sah, sekiranya berlaku kemudharatan kepada isteri sedangkan suami tidak mahu menceraikan maka hal akan diputuskan oleh pihak hakim (kadi).