mukjizat al quran

16
Mukjizat al-Quran Muhammad Zawiruddin bin Zubir Muhammad Fahmi bin Mohd Isa

Upload: muhammad-zawiruddin-bin-zubir

Post on 23-Jun-2015

1.607 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mukjizat Al Quran

Mukjizat al-Quran

Muhammad Zawiruddin bin Zubir

Muhammad Fahmi bin Mohd Isa

Page 2: Mukjizat Al Quran

Mukjizat…Intro…

• Bagi menyatakan kebenaran ajaran yang dibawa, seorang Rasul itu akan dianugerahkan dengan mukjizat.

• Mukjizat itu mestilah juga dari jenis perkara yang terkenal di kalangan kaum seseorang Rasul itu dan keahlian mereka dalam lapangan tersebut.

• Hal ini kerana mukjizat itu sendiri bertujuan menghancurkan kepercayaan kaumnya yang bertuhankan selain kepada Allah

Page 3: Mukjizat Al Quran

• Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang lengkap dengan sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu pakar dalam bidang puisi, prosa dan kesusasteraan.

• Penurunan al-Quran telah membuka mata sasterawan Arab contohnya kata Abu al-Walid: Aku tidak pernah mendengar kata-kata seindah ini sebelum ini, ia bukan syair, bukan ucapan ahli sihir bukan ucapan ahli sastera dan bukan ucapan manusia.

Page 4: Mukjizat Al Quran

Jadi? Apakah Mukjizat Ini Sebenarnya?

• Dari penerangan sebelum ini apakah yang dapat dikupaskan berkenaan mukjizat ini?

• Ya, mukjizat ini sendiri bermaksud melemahkan (a’jaza/أعجز ).

• Menurut istilah, mukjizat bermaksud sesuatu luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan di luar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun sepertinya.

• Samalah dengan istilah yang dipelajari semasa tingkatan Empat. Sesuatu perkara luar biasa yang berlaku pada para Rasul untuk membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa dengan izin Allah.

Page 5: Mukjizat Al Quran

Bahagian Mukjizat al-Quran

• Al-Quran mempunyai berbagai mukjizat antaranya adalah ianya dijamin daripada ditokok tambah dan terpelihara isi kandungannya. Seperti firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9: “sesungguhnya Kamilah yang menurunkan ayat al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”

Page 6: Mukjizat Al Quran

• Mukjizat al-Quran secara khususnya dapat dibahagikan kepada beberapa perkara:– Mukjizat dari segi bahasa– Mukjizat dari segi isi kandungan– Mukjizat dari segi ilmu

Page 7: Mukjizat Al Quran

Mukjizat dari Segi Bahasa

• Bahasa al-Quran amat indah, padat dan tidak dapat ditandingi oleh pakar bahasa daripada semua peringkat dan zaman.

• Penurunan al-Quran mengkagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijak pandai dalam lapangan sastera di kalangan mereka.

• Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat Ummi.

• Contoh mukjizat al-Quran dari segi bahasa ialah Surah an-Nas

Page 8: Mukjizat Al Quran

Mukjizat dari segi isi kandungan

• Al-Quran mengandungi 114 surah yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Antara lain di dalam al-Quran mengandungi sejumlah lebih 6000 ayat.

• Dari segi isi kandungan ini terdapat beberapa fasal yang boleh dikupaskan: cerita sejarah, hubung kait dengan ayat dan surah dan peristiwa yang akan berlaku.

Page 9: Mukjizat Al Quran

Kisah sejarah

• Terdapat banyak ayat dalam al-Quran menceritakan mengenai sejarah atau kisah nabi-terdahulu untuk dijadikan pengajaran.

• Contohnya kisah nabi Isa dan kisah ashabul kahfi seperti mana ada dirakamkan dalam surah al-Kahfi ayat 25: “dan mereka telah tidur dalam gua mereka; tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)

Page 10: Mukjizat Al Quran

• Kisah tersebut berkisar pemuda ashabul kahfi. Cerita yang benar-benar berlaku di zaman lampau dan sebelum Nabi Muhammad.

• Pemuda-pemuda tersebut telah dikejar oleh Raja Dakyanus dan tenteranya. Bagi menyelamatkan iman mereka, mereka telah bersembunyi di dalam sebuah gua.

Page 11: Mukjizat Al Quran

• Mereka telah ditidurkan oleh Allah di situ selama 300 tahun mengikut perkiraan matahari atau Masehi dan selama 309 tahun mengikut perkiraan bulan atau Hijrah.

• Mereka dibangkitkan semula daripada tidur dalam keadaan seperti asalnya.

Page 12: Mukjizat Al Quran

Hubung kait ayat dengan surah

• Isi al-Quran tidak mempunyai percanggahan dan mempunyai hubung kait antara satu ayat atau surah dengan yang lain.

• Tidak seperti dalam kitab Bible yang ada sekarang ini. Sebagaimana yang dikupas oleh Syeikh Ahmad Deedat dalam pidatonya.

• Tidak ada keterangan dalam Bible yang mengatakan “sembahlah Jesus”

Page 13: Mukjizat Al Quran

• Selain itu, ada ayat mengatakan Jesus adalah anak Tuhan. Namun, dalam ayat lain menyatakan sesiapa yang berbuat baik maka merekalah anak Tuhan.

• Hal ini berbeza dengan al-Quran. Bahasanya adalah jelas, tepat dan menyeluruh. Segala suruhan yang wajib diterangkan dengan jelas dalam al-Quran seperti ayat hukum dikenakan terhadap penzina dan lain-lain.

Page 14: Mukjizat Al Quran

Kisah yang Bakal Berlaku

• Antara mukjizat al-Quran adalah menyatakan perkara yang bakal berlaku.

• Sebagai contoh, peristiwa kemenangan Rom terhadap Parsi dalam surah ar-Rum ayat 2-4.

• Begitu juga dengan peristiwa Qiamat

Page 15: Mukjizat Al Quran

Mukjizat dari segi ilmu

• Al-Quran mempunyai pelbagai cabang ilmu, dari bidang fiqh hinggalah mencakupi bidang Sains dan teknologi.

• Antaranya ialah: – Ilmu ibadat– Ilmu aqidah– Ilmu pengetahuan tentang muamalat– Ilmu sastera

Page 16: Mukjizat Al Quran

• Contoh bidang ilmu sains: penciptaan manusia dimana ada dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-Mu’minun ayat 12-14

• Bagaimana mungkin umat pada zaman Nabi Muhammad tahu berkenaan hal ini.