> muka 5 > muka 7 - · pdf filedaerah temerloh menjadi kawasan . ... lipis, rompin dan...

21
SWCorp NEWS Tel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472 www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my SWCorp MEMACU BUDAYA KEBERSIHAN > MUKA 7 > MUKA 5 Misi bantuan banjir Operasi Mata Helang SWCorp anjur 3R International Marathon & Carnival Bil. 1 / 2015 > MUKA 13 SWCorp ingin menjadi agensi yang berprestasi tinggi, penguatkuasaan yang tegas tetapi mesra dan dekat dihati masyarakat. SWCorp melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan peraturan-peraturan di bawahnya sentiasa komited untuk menjadikan Malaysia bersih, indah dan sejahtera selari dengan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara > SWCorp memacu budaya kebersihan > Lebih global SWCorp sasar pengiktirafan lima bandar bersih menjelang hujung tahun Pergiat lagi industri kitar semula dengan 'upcycle' - Rahman Dahlan >> 2 >> 3 >> 12 >> 13 PPSPPA kini dikenali sebagai SWCorp " " Jumlah Sisa Dijana 7,080 tan sampah di Temerloh dilupuskan di 4 tapak pelupusan sementara sebelum dihantar ke tapak pelupusan kekal 30,223 tan sampah di 10 kawasan PBT dilupuskan di 10 tapak pelupusan kekal dan sementara >> 4 Pahang Kelantan Jumlah tan sampah pasca banjir yang dibersihkan 8 Disember 2014 sehingga 31 Januari 2015 ISSN 2289-8980 9 772289 898005 WJD005075 swcorp news.indd 1 4/14/15 9:43 AM

Upload: vukhuong

Post on 14-Feb-2018

300 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

SWCorp NEWSTel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472

www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my

SWCorp MEMACU BUDAYA KEBERSIHAN

> MUKA 7> MUKA 5

Misi bantuan banjir

OperasiMata Helang

SWCorp anjur 3R International Marathon & Carnival

Bil. 1 / 2015

> MUKA 13

SWCorp inginmenjadi agensi yang

berprestasi tinggi,penguatkuasaan yang tegas tetapi mesra dan

dekat dihatimasyarakat.

SWCorp melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan peraturan-peraturan di bawahnya sentiasa komited untuk menjadikan Malaysia bersih, indah dan sejahtera selari dengan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara

> SWCorp memacu budaya kebersihan> Lebih global

SWCorp sasar pengiktirafan lima bandar bersih menjelang hujung tahun

Pergiat lagi industri kitar semula dengan 'upcycle' - Rahman Dahlan

>> 2

>> 3

>> 12 >> 13

PPSPPA kini dikenali sebagai

SWCorp

"

"

Jumlah Sisa Dijana7,080 tan sampah di Temerlohdilupuskan di 4 tapak pelupusan sementarasebelum dihantar ke tapak pelupusan kekal

30,223 tan sampah di 10 kawasan PBT dilupuskan di 10 tapak pelupusan kekal dan sementara

>> 4Pah

an

g

Kela

nta

n

Jumlah tan sampah pasca banjir yang dibersihkan8 Disember 2014 sehingga 31 Januari 2015

ISSN 2289-8980

9 772289 898005

WJD005075 swcorp news.indd 1 4/14/15 9:43 AM

Page 2: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

PPSPPA kini adalah SWCorpe b a g a i s a l a h s a t u l a n g k a h m e n i n g k a t k a n imej Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ( P P S P P A ) d i m a t a masyarakat, organisasi in i te lah d i jenamakan semu la kepada So l i d W a s t e C o r p o r a t i o n (SWCorp). Penjenamaan semula SWCorp ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Hotel Everly, Putrajaya pada 27 Januari yang lalu. N a m a S WC o r p telah diilhamkan dengan mengamb i l s ingka t an nama Act 672 Solid Waste and Pub l ic Cleans ing

M a n a g e m e n t 2 0 0 7 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007). Satu kajian soal selidik yang telah d i j a la nka n pada Mac s e h i n g g a A p r i l 2 014 menunjukkan 60 peratus responden merasakan PPSPPA perlu membuat penjenamaan semula , 54 peratus merasakan akronim PPSPPA sukar d i s e b u t d a n d i i n g a t i manaka la 69 pera tus menyatakan keperluan untuk akronim PPSPPA ditukar kepada SWCorp. Idea penjenamaan semula organisasi ini telah dilahirkan oleh Datuk Ab Rahim Md Noor semasa menyampaikan taklimat Pelan Strategik PPSPPA 2 014 -2 0 2 0 , d i m a n a

beliau menyarankan agar akronim PPSPPA diubah kepada bentuk yang lebih muda h d i sebu t , se r t a menggambarkan fungsi yang d i fahami seca ra g loba l . Sebaga i sa tu -satunya organisasi di dunia yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di peringkat Kerajaan Persekutuan, maka adalah penting untuk PPSPPA lebih mudah dikenali di peringkat antarabangsa. S W C o r p m e l a k s a n a k a n A k t a Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 20 07 (A k t a 672) da n p e r a t u r a n - p e r a t u r a n d i bawahnya sent ia sa komited untuk menjadikan Malaysia bersih, indah dan sejahtera selari dengan

Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Prinsip dan penegasan SWCorp m e n j a d i p e m a n g k i n kepada transformasi minda masyarakat dan melakukan perubahan yang signifikan kepada nega ra da lam usaha menjadikan Malaysia s e b u a h n e g a r a y a n g bersih, indah serta alam sekitar yang mampan demi generasi masa hadapan. P e n j e n a m a a n semula ini dilihat mampu m e n i n g k a t k a n k u a l i t i penyampaian perkhidmatan SWCorp untuk menjadi l eb ih p roduk t i f da la m u r u s a n b e r s a m a masyarakat selain turut menaikkan imej organisasi ini agar setanding dengan p e r t ub uha n p e r i n gka t antarabangsa.

Dalam merevolusikan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kini dijenamakan semula kepada Solid Waste Corporation (SWCorp). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Bin Md Noor, penjenamaan semula ini sebagai satu usaha untuk memperhebat lagi pengurusan SWCorp serta menghasilkan kesan yang lebih tinggi dalam pemerkasaan organisasi dan perlaksanaan tugas mendekati masyarakat bersesuaian dengan objektif Perbadanan untuk memartabatkan agensi persekutuan dalam melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, menyerlahkan identiti SWCorp dalam aspek jalinan kerjasama antarabangsa dan memperkenalkan peranan SWCorp melalui strategi media. “Penjenamaan semula ini melibatkan perubahan rekabentuk baharu organisasi yang mengambil ciri-ciri sayap Burung Egret yang digambarkan sebagai spesis yang sentiasa kelihatan bersih walau di mana sahaja, bersifat survivor dan mempunyai kerjasama yang erat di antara spesis,” jelas beliau. Beliau juga mengulas tentang pencapaian SWCorp yang telah memperkasakan sistem perkhidmatan dan penyampaian dengan menyelesaikan isu-isu sukar seperti pembasmian lokasi sampah haram,

pembersihan longkang di negeri-negeri seliaan dan penurunan purata penerimaan aduan menurun sebanyak 70.2 peratus pada tahun 2014 berbanding 2011. “Usaha-usaha murni yang telah dilaksanakan ini akhirnya mendapat pengiktirafan apabila SWCorp berjaya merangkul anugerah FutureGov Top Project in the Mobile Government Category, yang merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat kami semua,” tambahnya lagi. Selain majlis penjenamaan semula, tetamu yang hadir turut menyaksikan pelancaran tiga lagi program SWCorp iaitu Program 3R International Marathon and Carnival, Jelajah Mata Hati SWCorp dan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2015. Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam ucapannya memuji langkah SWCorp melancarkan serentak program-program tersebut yang dilihat sebagai salah satu langkah penjimatan yang harus dicontohi oleh semua agensi kerajaan. “Kita mula nampak satu anjakan dalam gaya pengurusan dan pendekatan yang dinamik dan kreatif serta menonjolkan penampilan SWCorp sebagai organisasi yang mula mendekati masyarakat,” tambah beliau lagi. Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan wakil-wakil agensi di bawah KPKT serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

SIDANG EDITOR

PENAUNGDATUK AB RAHIM MD NOOR

PENASIHAT 1DATO' ZAINUL ABIDIN ABDULLAH

PENASIHAT 2IR HJ SANUSI AWI

KETUA EDITORZAINAL FITRI HJ AHMAD

EDITORZAITUN ABDUL RASHIP

PENGARANGISHANUDDIN HUSSINDR MOHD PAUZE MOHAMAD TAHAHJ ISMAIL MOHAMEDMOHD AZHAR ABD HAMID

GRAFIKAIZAT AB SAMAD

JURUFOTOMOHD FAIZAL MOHAMAD NAWAWI

PROMOSI & EDARANHARTINI MHD. AZMI

WARTAWAN MUHAMMAD AZRISYAH MOHD RAMLI

*Keluaran 2 bulan sekali

Terkini 2FAKTAMENARIK

Logo SWCorp dipilih berdasarkan sayap burung egret yang mana burung egret merupakan simbolik kepada maskot SWCorp.

Burung egret menggambarkan kebers ihan dan ke l i ha tan sentiasa bersih walaupun di mana sahaja ia berada.

Burung egret bersifat tegar (surv iva l ) dan mempunya i kerjasama yang erat di antara spesis.

Logo SWCorp terdiri daripada 3 sayap utama.

Sayap Pertama - Membawa maksud kehebatan d i mana SWCorp berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang hebat dan unggul di peringkat antarabangsa.

Sayap Kedua - SWCorp adalah sebuah organisasi penguatkuasaan yang tegas tapi mesra.

Sayap Ketiga - SWCorp dekat dihati masyarakat.

S

Merevolusikan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

WJD005075 swcorp news.indd 2 4/14/15 9:43 AM

Page 3: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

oleh SWCorp membuktikan bahawa banyak penambahbaikan dalam sistem organisasi dari segi pentadbiran dan pengurusan telah dijalankan. “Semasa awal penubuhan, mengikut kajian soal selidik yang telah kita jalankan, PPSPPA hanya dikenali oleh 10 peratus orang awam sahaja, jadi kita mula mengambil pendekatan untuk berfikir secara besar dengan minda juara, dan ini adalah masa untuk kita bersama-sama menjadikan SWCorp satu organisasi yang terhebat dan terulung,” tegas beliau. Beliau turut menggariskan tujuh Teras Strategik di dalam Pelan Strategik PPSPPA 2014-2020 yang bakal meningkatkan perkhidmatan

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera menjelang tahun 2020. Tujuh Teras Strategik tersebut adalah transformasi minda masyarakat ke arah pembudayaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal ke arah alam sekitar yang mampan, penambahbaikan perkhidmatan, teknologi dan fasiliti sisa pepejal secara berterusan, pemerkasaan tindakan penguatkuasaan dan kawal selia, sumber kewangan yang kukuh, peningkatan

AB RAHIM MAHU SWCorp MENJADI ORGANISASI TERULUNG

olid Waste Corporation (SWCorp) perlu berazam untuk menjadi satu organisasi yang hebat untuk mentransformasikan

minda masyarakat dalam usaha memelihara alam sekitar bagi generasi kini dan akan datang, menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor. Bercakap semasa menyampaikan Amanat Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp 2015 di Bukit Tinggi, beliau menyatakan bahawa anugerah dan pengiktirafan yang telah dicapai

penyelidikan dan pembangunan serta pemerkasaan imej korporat dan sistem penyampaian organisasi. Beliau juga menegaskan bahawa pendekatan SWCorp mendekati masyarakat melalui program Mata Hati dan Mata Helang bakal menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar dengan cepat dan pantas selari dengan Teras Strategik SWCorp. “Melalui gerak kerja C4E iaitu, Communicate, Educate, Engage, Enforce dan Empower, masyarakat akan bersama-sama dengan kita dalam melaksanakan program-program yang kita akan jalankan secara menyeluruh mulai tahun ini,” jelasnya lagi. Berharap agar tahun 2015 akan memberikan satu dimensi baru dalam mencapai Teras Strategik yang telah dirancang, beliau mahu semua warga kerja SWCorp terus berusaha gigih untuk menjadi hebat dan dipandang tinggi. "Pencapaian SWCorp ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk pengurusan tertinggi, cawangan, penguatkuasa malah warga kerja peringkat sokongan". “Mereka ini adalah unsung heroes, penyokong dan pendorong kita yang telah membantu kita mencapai tahap yang telah kita capai hari ini,” menurutnya lagi.

KARNIVAL SUKAN KESISMAKarnival sukan KESISMA di Institut Latihan KPKT, Bukit Tinggi pada 16 dan 17 Januari 2015.

3 Terkini

S

WJD005075 swcorp news.indd 3 4/14/15 9:44 AM

Page 4: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

AMBIL IKTIBAR DARI BANJIR, UNTUK MENGURUSKAN SISA PEPEJAL DENGAN BETUL

encana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini seharusnya memberi pengajaran besar

kepada masyarakat tentang betapa pentingnya untuk kita semua mula menguruskan sisa pepejal dengan betul. Jumlah longgokan sampah yang telah berjaya dikumpulkan oleh Solid Waste Corporation (SWCorp) di negeri-negeri yang dilanda banjir mencatatkan angka yang sungguh mengejutkan dengan anggaran mencecah 200,000 tan dan boleh diumpamakan dengan muatan lebih 20 pesawat Jumbo. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor, jumlah tersebut adalah lebih enam kali ganda berbanding kadar kutipan sampah domestik seluruh negara pada setiap hari biasa iaitu hanya 33,000 tan. Secara purata sebanyak 2,000 tan sampah dikumpulkan setiap hari di Kelantan,

Terengganu dan Pahang sepanjang proses pembersihan pasca banjir SWCorp bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di negeri-negeri tersebut. Di negeri Kelantan sahaja, terdapat sebanyak 30,223 tan sampah yang dikutip di 10 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dilupuskan di 10 tapak pelupusan kekal dan sementara dengan lima lagi kawasan PBT yang melaksanakan kerja-kerja kutipan pasca banjir iaitu Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Dabong. Pahang yang turut dilanda musibah banjir ini menyaksikan Daerah Temerloh menjadi kawasan yang paling teruk terjejas dengan timbunan pelbagai jenis sampah dan sisa pepejal selepas banjir surut. Sebanyak 7,080 tan sampah telah dikutip sepanjang operasi pasca banjir di daerah tersebut dan

dilupuskan di empat tapak pelupusan sementara sebelum dihantar ke dua tapak pelupusan kekal. Selain Temerloh, daerah lain di negeri itu yang turut dilanda bencana tersebut ialah Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut, Lipis, Rompin dan Bera. Menurut Pengarah SWCorp Pahang, Dato’ Mohd Affandi Abd Aziz, sikap masyarakat yang membuang sampah dengan cara yang tidak sistematik adalah antara punca kawasan mereka tercemar sekali gus saliran dipenuhi air terutama pada musim tengkujuh. Tabiat membuang sampah ke dalam parit atau pembentung perlu dihindari masyarakat dengan mengasingkan sisa dan sampah pukal mereka bagi memudahkan pengurusan pembuangan sampah, tegasnya. Selain terlibat dengan proses pembersihan pasca banjir, Persatuan Mata Hati Malaysia dengan kerjasama SWCorp turut

mengadakan Misi Kemanusiaan Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. Fokus utama program ini adalah untuk memberikan bantuan makanan, barangan elektrik serta aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan yang terjejas disebabkan oleh banjir di mana program ini telah dilaksanakan di Taman Pelangkah dan beberapa kawasan di Pekan. Selain daripada aktiviti sukarelawan gotong-royong untuk membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas, Persatuan Mata Hati turut mengagihkan satu tan makanan serta dua tan pakaian kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Bantuan-bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mangsa banjir dari segi keperluan barangan asas untuk menjalani kehidupan seharian.

B

.......................................................... ....................... .........

.......................... ....................................................... ...

Nasional 4

WJD005075 swcorp news.indd 4 4/14/15 9:44 AM

Page 5: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

.......................................................... ....................... .........

.......................... ....................................................... ...Misi lawatan dan bantuan banjiroleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp di Temerloh, Pahang.

5 Nasional

SWCorp memberi sumbangan keperluan harian kepada mereka yang menghadapi musibah banjir.

MISI BANTUAN BANJIRSWCorp

Tinjauan pihak Pengurusan SWCorp semasa operasi pasca

banjir sedang giat dijalankan.

WJD005075 swcorp news.indd 5 4/14/15 9:44 AM

Page 6: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

alam usaha memperkasakan pemantauan perkhidmatan syarikat-syarikat konsesi yang menguruskan sisa pepejal, Solid Waste Corporation

(SWCorp) telah memperkenalkan Operasi Mata Helang untuk menjalankan pemeriksaan kebersihan dengan lebih teliti. Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia (BKK), Faridah Bahara Nordin, operasi yang bermula sejak Oktober 2014 ini diwujudkan untuk mengurangkan peratusan aduan tentang perkhidmatan syarikat-syarikat konsesi dan sudah mula membuahkan hasil. Berbanding dengan tahun 2011 yang mencatatkan kadar purata penerimaan aduan dalam sebulan sebanyak 2,183 kes, penurunan ketara sebanyak 650 aduan sahaja (70.2 peratus) pada tahun lepas membuktikan kesungguhan SWCorp melalui program pemantauan berimpak tinggi ini. “Prinsip yang kita gunakan adalah Selesai Aduan Sebelum Jadi Aduan (SASJA) di mana kita mahu memastikan yang orang awam berpuas hati dengan perkhidmatan konsesi. “Sebagai badan yang memantau perkhidmatan syarikat-syarikat konsesi ini, kita cuba memastikan mereka bekerja mengikut jadual dan memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui pemeriksaan mengejut secara rawak supaya mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan sempurna,” jelasnya. Menurutnya lagi, selain daripada jumlah aduan yang diterima, SWCorp turut menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menilai kualiti perkhidmatan konsesi di mana penalti akan dikenakan sekiranya mereka tidak patuh kepada skop atau jadual kerja yang ditetapkan. “Untuk mengatasi masalah kualiti perkhidmatan ini, satu pasukan Mata Helang dari ibu pejabat telah ditubuhkan. Pasukan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) atau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (TKPE) akan membuat pemeriksaan secara mengejut. Jika timbul sebarang masalah, cawangan SWCorp yang bertanggungjawab perlu menyediakan laporan bagi menjelaskan masalah tersebut.

“Malah kita juga ada pasukan Mata Helang yang akan ditubuhkan sendiri oleh Pengurus Cawangan mengikut kesesuaian sesuatu kawasan dan tenaga kerjanya, di mana wakil cawangan SWCorp dan juga syarikat konsesi akan bersama-sama membuat pemantauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,” tambahnya lagi. Satu lagi pendekatan yang digunakan oleh Operasi Mata Helang adalah dengan membina jaringan komunikasi di antara pengurus-pengurus cawangan dan wakil-wakil penduduk kerana komunikasi secara

terus ini akan memudahkan sesuatu masalah diselesaikan sebelum menjadi aduan rasmi kerana tindakan boleh diambil serta-merta. Selain itu, SWCorp juga menggunakan sepenuhnya kelebihan teknologi masa kini yang membolehkan perkongsian maklumat di antara ahli pasukan Mata Helang lebih efektif. “SWCorp menyediakan pelbagai saluran hebahan kepada orang ramai bagi membuat sebarang aduan di samping Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menyalurkan aduan yang berkaitan kepada SWCorp. “Setiap negeri mempunyai kumpulan WhatApp bagi Pasukan Mata Helang yang diwakili oleh penguatkuasa Ibu Pejabat, cawangan SWCorp dan juga PBT yang akan memberi laporan ringkas tentang perkembangan perkhidmatan konsesi dengan dipantau oleh Bahagian Penguatkuasa dan Kawal Selia (BKK) di Ibu Pejabat" menurutnya lagi. Mengulas tentang cabaran dan harapannya mengenai Operasi Mata Helang secara keseluruhan, beliau menegaskan bahawa tujuan utama operasi ini dijalankan adalah untuk memastikan syarikat konsesi dapat menjalankan perkhidmatan seperti yang dijanjikan untuk kesejahteraan alam sekitar. “Cabaran sebenarnya terletak di atas bahu syarikat konsesi, kerana kami memahami bahawa ada kalanya sesetengah aduan tidak boleh diselesaikan serta-merta berikutan faktor kekurangan pekerja dan logistik. “Sekiranya pihak konsesi dapat menyelesaikan masalah ini, mungkin kita tidak perlu melaksanakan Operasi Mata Helang lagi untuk masa hadapan kerana perkhidmatan mereka tidak akan menemui sebarang kekurangan lagi,” jelasnya.

KOMITED PANTAUPERKHIDMATAN KONSESI

FARIDAH BAHARA NORDIN Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia

PROTOKOL PASUKAN MATA HELANG (PMH)Menyenaraikan kawasan-kawasan bermasalah yang dikenal pasti (senarai perlu sentiasa dikemas kini).

Keahlian pasukan, yang dianggotai oleh Pembantu Penguatkuasa SWCorp dan pekerja konsesi mengikut bilangan yang sama banyak dan mencukupi hendaklah ditentukan melalui perbincangan di antara Pengurus Cawangan dan Pengarah Negeri.

Membuat pembahagian kawasan pemantauan untuk PMH di pihak konsesi dan PMH di pihak SWCorp.

Kawasan pemantauan setiap PMH akan digilirkan setiap 1 bulan bagi mengekalkan kecekapan dan keberkesanan pemantauan serta mengelakkan keterbiasaan (Complacency).

Menubuhkan kumpulan WhatsApp yang dianggotai semua pihak yang terlibat secara langsung dengan isu kebersihan di kawasan berkenaan. Contohnya: Pengurus Cawangan SWCorp, Eksekutif Operasi Konsesi, Penolong Pegawai Kesihatan PBT, Ketua Kampung, AJK Rukun Tetangga, ADUN kawasan, Ahli Majlis dan pihak-pihak lain yang dirasakan perlu.

Menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut pada setiap hari.

Melaporkan penemuan dan tindakan yang diambil ke kumpulan WhatsApp sekerap yang mungkin.

Memastikan penemuan PMH mendahului pasukan pemantau PBT.

Memastikan tindakan penyelesaian diambil secepat mungkin.

Menyediakan laporan keberkesanan tindakan PMH setiap bulan.

Apa-apa penemuan di kawasan yang belum diserahkan juga perlu direkodkan dan dimaklumkan kepada PBT.

D

1

2

3

4

5

6

7

89

1011

"Prinsip yang kita gunakan adalahSelesai AduanSebelum Jadi

Aduan (SASJA) "

"PerkasaPemantauan

denganMata Helang

Penguatkuasaan 6

"

WJD005075 swcorp news.indd 6 4/14/15 9:44 AM

Page 7: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

7 Penguatkuasaan

Operasi Mata Helang

WJD005075 swcorp news.indd 7 4/14/15 9:45 AM

Page 8: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

pepejal sewenang-wenangnya, ini satu cabaran yang besar buat SWCorp dalam usahanya untuk mendidik masyarakat. Menurutnya, pengasingan sisa yang boleh dikitar semula mempunyai enam kelompok iaitu kertas, plastik, kaca, logam seperti aluminium dan besi, sisa-sisa berbahaya seperti botol-botol ubat dan racun atau tong-tong cat dan akhir sekali sisa-sisa elektronik seperti perkakasan televisyen dan radio di mana semua sisa ini boleh dikitar semula. “SWCorp mahu melatih masyarakat untuk menghargai alam sekitar sebagai satu bentuk anugerah dengan melihat kurniaan ini melalui mata hati supaya kita dapat menghayati setiap tindakan kita dan kesannya kepada persekitaran mereka,” tambahnya lagi. Beliau turut menyatakan bahawa SWCorp telah menyediakan Pelan Tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020, merangkumi tiga strategi utama untuk mendidik masyarakat mengenai pengasingan sisa di rumah.

infoMulai September 2015, semua sisa pepejal yang dijana di rumah dan premis-premis perniagaan hanya akan dikutip setelah diasingkan, malah mereka yang tidak mengasingkan sisa pepejal boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp, Ishanuddin Hussin, pengasingan sisa pepejal di sumber ini sebenarnya satu budaya yang perlu diterapkan lebih awal lagi bersama-sama budaya 3R di kalangan masyarakat. “Apa yang perlu masyarakat faham adalah pengasingan sisa di sumber atau dalam bahasa mudahnya pelaksanaan di rumah kita sendiri ini adalah asas sebelum proses kitar semula, kerana setiap bahan yang akan dikitar semula perlu diasingkan terlebih dahulu dengan sisa pepejal organik seperti sisa-sisa makanan. Menegaskan bahawa pengasingan sisa di rumah adalah isu yang sangat serius, beliau menjelaskan tentang bagaimana kemajuan sesuatu negara berkait rapat dengan kebersihan dan kesedaran orang ramai tentang alam sekitar. “Berdasarkan kajian yang dibuat pada 2012, kadar janaan sisa pepejal di negara kita mencatatkan jumlah yang membimbangkan sebanyak 33,000 tan sehari, sedangkan kadar ini sepatutnya dijangkakan untuk tahun 2016 nanti dan kapasiti tapak pelupusan sampah juga semakin penuh akibat masalah tanah kita yang terhad. “Kemajuan sesebuah negara itu bukan hanya diukur dengan pendapatan perkapita atau jaringan pengangkutan awam sahaja, namun tahap kebersihannya juga faktor besar yang dinilai. Jika pengasingan sisa tidak diamalkan, orang ramai akan membuang sisa

“Untuk strategi pertama iaitu penyebaran maklumat dan informasi melalui pelbagai medium, Datuk Ab Rahim telah ke udara dalam slot televisyen dan radio seperti Analisis Awani, Selamat Pagi Malaysia dan Bernama Radio 24 menerangkan tentang pengurusan sisa pepejal yang betul, selain turut menyediakan cetakan kain rentang papan iklan dan juga risalah yang akan dihantar ke setiap rumah selewat-lewatnya Mac ini. “Di bawah strategi kedua pula, SWCorp sendiri akan turun padang untuk mewujudkan kerjasama dari pelbagai pihak, seperti sekolah, badan bukan kerajaan dan juga institusi agama di mana kita akan menyediakan teks khutbah dan ceramah keagamaan yang menekankan tentang kepentingan pengasingan sisa di sumber. “Selain itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah bersetuju untuk menayangkan video yang disediakan oleh SWCorp di KLIA tanpa sebarang bayaran dan kita akan turut serta dalam program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Bank Islam,” jelasnya. Di bawah strategi ketiga pula menurutnya lagi, SWCorp bakal memberikan pengiktirafan kepada pengamal-pengamal pengasingan sisa di sumber di bawah kategori agensi, kumpulan dan individu untuk menghargai usaha mereka dalam memelihara alam sekitar. “Penghargaan ini akan diberikan kepada mana-mana taman perumahan, jabatan-jabatan kerajaan atau sesiapa sahaja yang dilihat mengamalkan pengurusan sisa pepejal dengan baik secara konsisten kerana amalan ini boleh dipraktikkan mana-mana sahaja,” jelas beliau.

Asingkan Sisa Untuk Kelestarian Alam Sekitar

8

Ishanuddin Bin HussinPengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat

WJD005075 swcorp news.indd 8 4/14/15 9:45 AM

Page 9: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

WJD005075 swcorp news.indd 9 4/14/15 9:45 AM

Page 10: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

Jelajah Mata Hati pupuk jalinan mesra dengan masyarakat

Sepanjang program ini, SWCorp juga akan mengedarkan risalah-risalah yang mengandungi maklumat berkenaan pengasingan sisa di sumber selain turut memberi cenderahati-cenderahati kepada para pengunjung. Persatuan Mata Hati Malaysia yang bertindak sebagai agen untuk menggalakkan masyarakat melaksanakan sendiri aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan sisa pepejal melalui pendidikan secara praktikal akan turut sama memeriahkan program ini.

agensi-agensi di bawah KPKT, Pihak Berkuasa Tempatan, syarikat-syarikat konsesi dan juga masyarakat setempat. Melalui program ini, SWCorp akan meninjau seluruh kawasan operasi bagi memastikan perkhidmatan konsesi dalam kualiti terbaik, selain meningkatkan jalinan mesra bersama penduduk setempat untuk mendidik masyarakat dalam menguruskan sisa pepejal secara bijak, bermula pada Mac sehingga pertengahan Jun 2015. Antara negeri yang bakal dikunjungi dalam siri jelajah ini adalah Kedah, Johor, Pahang, Putrajaya, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Perak. Program JMH ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal tanah air dalam tiga siri pertama di Kedah, Johor dan Pahang dengan tema ‘cinta’

sempena Anugerah Bintang Popular 2014 (ABPBH) bersama Alam Flora Sdn. Bhd, SWM Environment Idaman Sdn. Bhd dan Environment Sdn. Bhd yang mana SWCorp merupakan penaja emas bagi anugerah tersebut. Pelbagai acara menarik yang menanti para pengunjung sepanjang JMH seperti sesi Townhall atau forum bersama penduduk, penerangan berhubung penjenamaan semula SWCorp, program ‘like’ media sosial SWCorp, promosi 3R International Marathon and Carnival, penyebaran maklumat berkaitan pengasingan sisa di sumber, pembudayaan 3R (Reuse, Reduce dan Recycle), Operasi Mata Helang, aktiviti Anti-Litter, Program Bandar Bersih, program Winning The Hearts and Minds, program Value Food No Waste dan aktiviti bersama masyarakat seperti acara sukaneka dan aktiviti sukan.

Sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan lagi penglibatan masyarakat dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera, Solid Waste Corporation (SWCorp) tampil dengan Jelajah Mata Hati (JMH) untuk mendekati lagi masyarakat. Program Jelajah Mata Hati ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 27 Januari lalu di Hotel Everly Putrajaya. Jelajah ini merupakan usaha meningkatkan penghayatan dan kesedaran melalui mata hati dan bagi mentransformasi minda masyarakat, serta membudayakan pengutamaan kebersihan demi kelestarian alam sekitar. Program berimpak tinggi ini bakal mendapat kerjasama dari

Aktiviti 10

WJD005075 swcorp news.indd 10 4/14/15 9:45 AM

Page 11: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

negara bersih,” jelasnya lagi. PMH yang mempunyai seramai 300 ahli setakat ini sedang berusaha untuk mendapatkan lebih ramai penyertaan melalui kerjasama dengan kolej-kolej komuniti untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti mentransformasikan minda masyarakat. “Di Langkawi misalnya, PMH dan wakil-wakil dari Langkawi Tourism Academy (LTA) yang dilantik sebagai aktivis telah berjumpa dengan masyarakat dan pengusaha-pengusaha pasar malam untuk menguruskan kebersihan kawasan dengan memupuk rasa tanggungjawab dan kita mahu pasar malam di Kuah, Langkawi ini dijadikan model untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain. “PMH turut aktif membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Kelantan dengan membersihkan kawasan yang terjejas, mengumpulkan barangan elektrik baharu dan terpakai untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir selain turut membantu mereka membaiki dan menguruskan barang elektrik yang rosak dimasuki air dengan kerjasama Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang,” tambahnya lagi. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa ahli-ahli PMH yang berdaftar akan diberi keutamaan dalam setiap program berkaitan dengan SWCorp, seperti 3R International Marathon and Carnival bertempat di Putrajaya pada 19 April depan. “Orang ramai yang berminat untuk untuk menyertai PMH boleh mendapatkan borang penyertaan di semua pejabat-pejabat cawangan SWCorp dengan yuran keahlian serendah RM2.00 untuk seumur hidup,” menurutnya lagi.

PMH, Ismail Mohamed, penubuhan persatuan ini adalah lanjutan daripada Pelan Strategik SWCorp untuk mentransformasi minda masyarakat supaya bertanggungjawab dalam menguruskan sisa pepejal untuk melaksanakan aktiviti 3R. “Untuk mentransformasikan minda masyarakat ini bukanlah satu kerja yang senang, maka kita memilih nama ‘mata hati’ untuk persatuan ini kerana jika kita melihat dan berfikir melalui mata hati, kita akan dapat melihat betapa besarnya kesan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab,” jelasnya. Ditubuhkan sejak November lalu, Ismail menerangkan bahawa PMH bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan masyarakat melaksanakan sendiri aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan sisa pepejal sebagai satu bentuk pendidikan secara amali. “Apabila masyarakat prihatin dan memahami yang memelihara alam sekitar sebenarnya adalah tanggungjawab bersama, mereka akan belajar bahawa alam sekitar ini adalah kurniaan Pencipta kita, selain

dapat membentuk disiplin dengan membudayakan penjagaan alam sekitar,” menurutnya lagi. Berharap agar semua pihak dapat bekerjasama merealisasikan impian SWCorp menjadikan Malaysia negara yang bersih menjelang 2020, beliau menegaskan sekiranya minda masyarakat tidak diubah supaya lebih peka dengan alam sekitar, usaha ini tidak akan membuahkan hasil. “Melalui kajian SWCorp semasa 2009, tahap kesedaran awam tentang 3R sebenarnya adalah sangat tinggi pada kadar 98 peratus dan mereka tahu tentang kepentingan kitar semula dan kaedah-kaedahnya, namun hakikatnya kadar amalan kitar semula di negara kita secara keseluruhan hanyalah sekadar 10.5 peratus. “Kita mensasarkan kadar kitar semula pada tahun 2020 adalah 22 peratus dan seharusnya kadar amalan 3R untuk tahun ini perlu mencapai sekurang-kurangnya 17 peratus maka PMH sebagai agen membantu SWCorp untuk mencapai tahap ini memandangkan hanya tinggal empat tahun sahaja lagi untuk kita menjadi

Menyedari bahawa usaha untuk memupuk sikap menghargai alam sekitar memerlukan kerjasama dari semua pihak seperti agensi kerajaan, institusi, industri, komuniti badan bukan kerajaan dan lain-lain, Solid Waste Corporation (SWCorp) telah menubuhkan Persatuan Mata Hati (PMH) sebagai agen untuk mendekati masyarakat. Menurut Ahli Jawatankuasa

PERSATUAN MATA HATI MAHU TRANSFORMASI MINDA MASYARAKAT MENGURUSKAN SISA PEPEJAL

Sekitar Majlis Pra-Pelepasan Jelajah Mata Hati oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri KPKT, diiringi oleh YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique, Timbalan Menteri KPKT berserta Datuk Ab Rahim Bin Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp di Hotel Everly, Putrajaya.

11 Aktiviti

Ismail Bin MohamedPengarah Bahagian Pengurusan 3R

WJD005075 swcorp news.indd 11 4/14/15 9:46 AM

Page 12: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

Pergiat lagi industri kitar semula dengan 'upcycle' -Abdul Rahman Dahlan

Panduan menghasilkan baja kompos sendiri di rumah

JOMKOMPOS

Hasilkan baja sendiri untuk lebih jimat!

Solid Waste Corporation (SWCorp) perlu mula memanfaatkan bahan kitar semula dengan kaedah 'upcycle' yang akan menghasilkan produk yang mempunyai nilai lebih tinggi daripada nilai asalnya. M e n u r u t Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, inovasi 'upcycle', pihak industri di negara-negara maju sudah mula bergiat membuat pelbagai penyelidikan untuk membangunkan penggunaan sumber-sumber alternatif seperti bahan kitar semula. “Sebagai contoh, tetrapak (kotak minuman) boleh diproses untuk dijadikan bumbung bangunan yang berkualiti kerana ia tahan lama, serap bunyi dan sudah pastinya selamat,” jelas beliau. Bercakap semasa melancarkan penjenamaan semula Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada

SWCorp, beliau m e n e g a s k a n bahawa perlu lebih banyak lagi penye l i d i kan, pembangunan d a n pengkomersilan u n t u k m e m a s t i k a n u s a h a m e m a j u k a n lagi industri kitar semula berkesan. Beliau turut menya rankan agar SWCorp meningkatkan lagi kolaborasi

strategik dengan Instituti Pengajian Tinggi dan institusi penyelidikan untuk menerokai bidang-bidang baharu yang akan mendorong kepada penghasilkan material baharu yang boleh dikomersialkan. “Selain itu, saya juga

mencadangkan supaya SWCorp bersama-sama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dapat bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat seperti MITI, SME Corp, Malaysian Industry-Government Group For High Technology (MIGHT) dan sebagainya untuk berbincang bagi mengesyorkan strategi-strategi baharu demi menggalakkan pembangunan industri ‘upcycle’ ini pada masa depan,” menurutnya lagi. Selain itu, beliau turut mengulas tentang Jelajah Mata Hati yang merupakan satu bentuk program pendampingan masyarakat untuk mempromosi aktiviti-aktiviti kesedaran awam berskala besar dan berimpak tinggi di setiap negeri yang mempunyai pejabat SWCorp. “Jelajah Mata Hati ini adalah satu inisiatif yang diharapkan dapat memberi kesan mendalam kepada masyarakat supaya mereka melihat isu-isu berkaitan dengan sisa pepejal dan kebersihan alam sekitar sebagai satu dimensi penting yang tidak pernah diterokai sebelum ini dalam kaedah mendidik masyarakat,” jelas beliau.

Compost Chang ini, anda perlu memantau kompos tersebut kerana sekiranya terdapat ulat di dalam kompos, anda perlu berhenti seketika dari memasukkan sisa makanan kerana Compost Chang ini perlu diletakkan di bawah cahaya matahari selama tiga hari. Selepas tiga bulan atau sekiranya Compost Chang telah penuh lebih awal, kompos anda boleh dikeluarkan dari bekas untuk dipastikan kelembapannya dan sekiranya terlalu kering, anda boleh mencampurkan satu botol air (500 ml) ke dalamnya. Kompos yang telah dikeluarkan ini kemudiannya perlu disimpan dalam bekas atau kotak yang tertutup dan dibiarkan matang selama dua minggu sebelum menjadi hasil kompos yang boleh terus digunakan dalam tanaman. Setelah baja kompos ini betul-betul reput dan membentuk baja yang kaya dengan nutrien, anda boleh mula menaburkannya di sekitar kawasan tanaman anda yang baru ditanam dan boleh juga digunakan untuk pokok yang sedia ada dengan menggali lubang dengan kedalaman sepuluh sentimeter (cm) di sekeliling pokok untuk diletakkan baja kompos.

dengan empat langkah utama. Langkah pertama iaitu penyediaan larutan penapaian, anda perlu menyediakan satu bekas yang berisi tiga liter air, 250 gram atau dua cawan gula merah, satu keping tempe yang dipotong kecil dan campurkan ketiga-tiga bahan ini untuk diperam dalam bekas tertutup selama tiga hingga ke lima hari. Tempe juga boleh digantikan dengan lima sudu besar taucu atau satu cawan yogurt, dan juga satu paket yis roti (ibu roti) sebagai penyediaan larutan penapaian tersebut. Langkah kedua iaitu penyediaan medium pengurai, anda memerlukan satu kilogram sekam padi (juga boleh digantikan dengan dedak, habuk kayu, daun/rumput kering dan hampas kelapa), serta dua kilogram tanah. Dengan nisbah campuran 1:2 untuk sekam padi tadi dan tanah, adunan ini seterusnya akan digaulkan dengan larutan penapaian yang disediakan dalam langkah pertama tadi, dan pastikan campuran kesemua bahan tersebut boleh dikepal sebelum disimpan dalam bekas yang tertutup selama lima hari. Dalam tempoh lima hari tersebut, permukaan campuran ini akan dipenuhi dengan kulat berwarna putih,

yang menunjukkan bahawa medium pengurai ini sudah bersedia untuk digunakan. Langkah ketiga pula iaitu penyediaan Compost Chang atau bakul kompos, anda hendaklah menggunakan bekas yang mempunyai rongga udara dan pastikan medium pengurai tersebut hanya memenuhi sehingga 60 peratus dari keseluruhan isipadu bakul yang anda gunakan. Bakul ini kemudiannya ditutup supaya tidak dimasuki serangga dan anda juga digalakkan untuk mengalaskan bekas tersebut dengan karpet bagi mengelakkan bahan kompos tertumpah. Langkah terakhir, iaitu proses pengkomposan di mana segala sisa makanan hendaklah dipotong kecil dan kemudiannya dibilas dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam Compost Chang anda untuk digaul rata dengan medium pengurai sebelum ditutup dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk, selain untuk mengekalkan suhu kompos. Proses ini boleh diulang setiap hari sekali sehingga Compost Chang penuh, atau sehingga tiga bulan jika 500 gram sisa makan diletakkan setiap hari, dan pastikan kompos ini digaul sekali setiap hari. Semasa menggunakan

Mungkin masih ramai yang menyedari bahawa setiap kali kita membuang sisa makanan yang berlebihan, kita sebenarnya telah membazirkan satu lagi sumber yang boleh memastikan bumi ini terus subur kerana sisa-sisa ini sebenarnya boleh digunakan untuk membuat baja kompos. Bagi mereka yang berminat untuk berkebun di rumah, peluang untuk menghasilkan sendiri baja kompos seharusnya digunakan sepenuhnya kerana baja yang bersifat organik ini merupakan cara yang baik untuk mengembalikan nutrien ke dalam tanaman di kebun anda. Untuk membuat sendiri baja kompos sebenarnya bukanlah proses yang terlalu sukar, kerana bahan-bahan seperti sayur, nasi, serbuk teh atau kopi, kulit telur, kulit dan tulang ayam, roti, daging, makanan laut, kulit bawang, insang dan perut ikan serta kulit-kulit buah ini mudah didapati dan semuanya boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan baja kompos. Kaedah Takakura yang diperkenalkan dari Jepun, proses penghasilan baja kompos kini mampu dilakukan oleh semua golongan masyarakat terutamanya bagi isi rumah yang berskala kecil

Langkah pertama iaitu penyediaan larutan penapaian, anda perlu menyediakan satu bekas yang berisi tiga liter air, 250 gram atau dua cawan gula merah, satu keping tempe yang dipotong kecil dan campurkan ketiga-tiga bahan ini untuk diperam dalam bekas tertutup selama tiga hingga ke lima hari.

Langkah ketiga pula iaitu penyediaan Compost Chang atau bakul kompos, anda hendaklah menggunakan bekas yang mempunyai rongga udara, dan pastikan medium pengurai tersebut hanya memenuhi sehingga 60 peratus dari keseluruhan isipadu bakul yang anda gunakan.

Langkah terakhir, iaitu proses pengkomposan di mana segala sisa makanan hendaklah dipotong kecil dan kemudiannya dibilas dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam Compost Chang anda untuk digaul rata dengan medium pengurai sebelum ditutup dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk, selain untuk mengekalkan suhu kompos.

Langkah kedua iaitu penyediaan medium pengurai, anda memerlukan satu kilogram sekam padi serta dua kilogram tanah.

Abdul Rahman DahlanMenteri KPKT

Informasi 12

WJD005075 swcorp news.indd 12 4/14/15 9:46 AM

Page 13: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

SWCorp anjur 3R International Marathon and Carnival

masyarakat untuk menjalani gaya hidup sihat malah dapat memberi didikan tentang kepentingan amalan kitar semula. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini boleh melayari laman web rasminya di www.3rinternationalmarathon.com

Marathon and Carnival dengan lebih hebat di peringkat nasional dan antarabangsa untuk menarik lebih banyak penyertaan. Sebelum ini SWCorp telah menganjurkan program larian kitar semula di peringkat nasional pada tahun 2011, 2012 dan 2013, malah berjaya tersenarai dalam Malaysia’s Book Of Records “For The Largest Simultaneous Participation In A Run To Promote Recycle Campaign” dengan mencatatkan kehadiran seramai 17,552 orang peserta pada tahun 2012. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, acara tahun ini akan turut menghimpunkan semua pihak yang terlibat dalam industri kitar semula bagi meningkatkan kesedaran berkaitan 3R di semua lapisan masyarakat. Di karnival ini nanti, SWCorp akan turut mengedarkan risalah-risalah panduan untuk mengurangkan sisa secara bijak dan berhemah bermula dari rumah serta kaedah yang betul untuk mengasingkan

sisa mengikut sumber, selaras dengan penguatkuasaan Peraturan Pengasingan Sisa Di Sumber mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada September tahun ini. Justeru itu, menerusi usaha penganjuran program seperti ini, ia bukan sahaja dapat menggalakkan

Sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara yang giat melaksanakan amalan kitar semula, Solid Waste Corporation (SWCorp) buat julung-julung kalinya mengambil inisiatif untuk menganjurkan 3R International Marathon and Carnival di Istana Kehakiman, Putrajaya. Program yang bakal dianjurkan pada 18 dan 19 April ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan di Hotel Everly, Putrajaya. Acara larian ini akan melibatkan tiga kategori utama iaitu marathon utama (42.2 kilometer), separa marathon (21 kilometer), larian 10 kilometer dan juga Fun Run (tiga ke lima kilometer) dengan hadiah wang tunai menanti para pemenang untuk tiga kategori utama tersebut. Menyasarkan 60,000 orang pengujung akan hadir sepanjang program ini berlangsung, SWCorp berhasrat untuk mempromosikan 3R International

SWCorp sasar pengiktirafan lima bandar bersih menjelang hujung tahun

Di bawah operasi ini, pengurusan tertinggi SWCorp akan memantau perkembangan lima bandar ini, selain akan turut menubuhkan pasukan khas yang melibatkan Pengarah Negeri, Pengurus Cawangan dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Konsesi setiap negeri. Pelan ini bakal menerima kerjasama dari pelbagai pihak seperti Pejabat Pendidikan Daerah, persatuan belia, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta untuk menyalurkan maklumat berkenaan kepentingan menjaga kebersihan. Selain itu, pendekatan ‘Mata Hati’ juga bakal diperkenalkan untuk mengubah minda masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keindahan persekitaran melalui peningkatan kesedaran warga SWCorp, syarikat konsesi dan agensi yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal. SWCorp juga akan melaksanakan program perkongsian strategik dengan institusi-institusi pendidikan untuk menghebahkan pendekatan dan konsep mata hati di kalangan pelajar-pelajarnya. Perancangan pelaksanaan Bandar Bersih ini akan diteruskan lagi kelak dengan 27 lagi bandar akan dipilih sepanjang Januari 2016 hingga Disember 2016 untuk fasa kedua, dan 21 bandar lagi sepanjang Januari 2017 hingga Disember 2017 untuk fasa ketiga.

Selaras dengan inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersih, Solid Waste Corporation (SWCorp) telah menyasarkan lima bandar di negara ini untuk menjadi bandar bersih menjelang penghujung tahun ini. Bandar yang akan terlibat di bawah projek perintis itu ialah Pekan di Pahang, Muar (Johor), Langkawi (Kedah), Rembau (Negeri Sembilan) dan Putrajaya (Wilayah Persekutuan).Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor, sasaran itu bakal dilaksanakan melalui Operasi Mata Helang di mana pemantauan rapi oleh pegawai SWCorp di bandar-bandar tersebut akan dijalankan secara komprehensif bagi membolehkan objektif menjadikan bandar-bandar tersebut bersih dapat dicapai. Bandar bersih boleh ditakrifkan melalui persekitaran kawasannya yang sentiasa bersih dari segi fizikal, kepuasan masyarakat mengenai tahap kebersihannya di tahap yang tertinggi selain wujud rasa tanggungjawab di kalangan mereka untuk bersama-sama menjaga kebersihannya, peningkatan amalan 3R dan juga sifar pembuangan sampah merata-rata di kawasan persekitaran. Pendekatan strategik yang digunakan untuk mencapai objektif tersebut adalah menerusi Operasi Mata Helang, di mana SWCorp akan turun padang untuk mengenal pasti punca masalah kebersihan di semua kawasan seliaan SWCorp dan juga kawasan-kawasan lain.

13 Aktiviti

WJD005075 swcorp news.indd 13 4/14/15 9:46 AM

Page 14: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

Nilai kebersihan dipandang tinggi oleh semua agama

Hadith

iaitu kebersihan badan, kebersihan dari segi pertuturan dan yang terakhir sekali adalah kebersihan minda. Malah, Datuk Bandar Kyoto, Daisaku Kadokawa semasa bertemu dengan Perdana Menteri India dalam lawatannya ke bandar tersebut menyatakan bahawa nilai mementingkan kebersihan yang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Jepun sebenarnya adalah hasil tinggalan daripada kepercayaan Buddhisme yang berasal dari India. Dalam agama Kristian pula, difahamkan bahawa mereka harus menjaga kesihatan tubuh mereka sebagai satu cara untuk menghargai pemberian tuhan maka adalah menjadi kewajiban juga untuk mereka menjaga kebersihan diri untuk mendapat kesihatan tubuh badan. Ini membuktikan bahawa nilai mementingkan kebersihan adalah satu nilai yang bersifat sejagat, di mana setiap agama meletakkan kebersihan fizikal sebagai satu aspek yang perlu diamalkan untuk memastikan kesejahteraan penganut-penganutnya. Memandangkan setiap kepercayaan agama menganjurkan ke arah menjaga kebersihan untuk kesejahteraan para penganutnya, negara kita yang bertuah dengan kepelbagaian jenis kaum dan agama ini seharusnya bersama-sama berusaha untuk menjamin kesejahteraan bumi yang dipinjam ini dengan menjaga kebersihannya untuk kesejahteraan kita bersama.

kepada perasaan penyucian diri mereka daripada rasa dosa dan bersalah. Hasil kajian ini merupakan satu perkara yang menarik, memandangkan dalam agama Islam, umatnya percaya bahawa ibadah mengambil wuduk sebelum mereka bersolat adalah antara cara untuk mereka menghapuskan dosa-dosa kecil. Tambah menarik lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam buku panduannya WHO Guidelines on Hand Hygiene in Health Care: First Global Patient Safety Challenge Clean Care Is Safer Care turut mengupas isu wuduk yang dilihat sebagai antara cara pembersihan diri yang bagus kerana kekerapan ia dilakukan, selain syarat untuk menggunakan air mutlak (yang mengalir) dan bukan air musta’mal (bertakung) dilihat mampu mengelakkan penyakit bawaan air.

Umat Islam juga diwajibkan untuk memastikan badan dan pakaian mereka dalam keadaan bersih sebelum menunaikan kewajiban di rumah Allah, dan ini menunjukkan aspek kebersihan adalah nilai yang dipandang tinggi dalam Islam. Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, “Rasulullah telah bersabda bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman”, maka adalah penting untuk umat Islam menitikberatkan amalan mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian bagi melengkapkan iman mereka. Walau bagaimanapun, penting untuk kita fahami yang kebersihan bukanlah satu nilai yang hanya diterapkan dalam agama Islam sahaja, malah dalam kepercayaan Buddhisme juga ada menyatakan bahawa ada tiga jenis kebersihan dalam kehidupan,

Kebersihan adalah satu nilai yang dikongsi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik dan agama, malah kebersihan dari segi jasmani dan kesucian rohani, terutamanya sebelum upacara setiap ritual agama yang menunjukkan wujudnya hubungan antara kebersihan dari segi fizikal dan pengisian rohaniah. Dalam sebuah artikel bertajuk The Relationship between Physical Cleanliness and Moral Purity yang ditulis oleh Dr. Chen-Bo Zhong dari Universiti Toronto dan Dr. Katie Liljenquist dari Universiti Northwestern, hubungan antara kebersihan fizikal dan kesucian spiritual cuba dibuktikan di mana kajian menunjukkan manusia membersihkan diri mereka secara fizikal setiap kali mereka merasakan moral atau akhlak mereka terancam. Dalam kajian tersebut, Dr. Zhong dan Dr. Liljenquist mendapati hampir setiap peserta eksperimen tersebut merasakan hampir setiap kali mereka merasakan kewujudan ancaman terhadap pegangan moral, di mana mereka melakukan sesuatu yang dikira sebagai kesalahan, mereka akan membersihkan diri mereka dari segi fizikal untuk menenangkan diri. Kajian tersebut mendapati pembersihan dari fizikal ini merangkumi daripada aktiviti semudah membasuh tangan, sehinggalah mandi untuk membersihkan diri, dalam kata mudah, proses pembersihan secara fizikal yang dilakukan selepas melakukan kesalahan menyumbang

"Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah SAW. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu-hr. Tirmizi

Nilai kebersihan merupakan suatu perkara pokok dalam kehidupan seharian yang menjadi asas kehidupan dan kesihatan setiap insan. Prinsip-prinsip kebersihan, kesucian dan keindahan merupakan sesuatu yang dituntut di dalam setiap agama yang dianuti. Aspek kebersihan adalah sesuatu yang menyeluruh di mana bukan sahaja kebersihan persekitaran dan kawasan sekeliling, malahan kebersihan jiwa dan rohani adalah faktor utama yang akan menjadikan alam sekitar berkeadaan bersih dan indah.

Kebersihan perlu bermula dari diri sendiri, seterusnya dilaksanakan diperingkat institusi keluarga dan diamalkan di peringkat masyarakat secara keseluruhan. Jika setiap individu mengamalkan budaya kebersihan dalam kehidupan seharian, maka masyarakat akan hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

"

Rohani 14

WJD005075 swcorp news.indd 14 4/14/15 9:46 AM

Page 15: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

SWCorp anjur Pertandingan Kitar Semula untuk Sekolah-Sekolah (PerKISS) seluruh negara

dan sekolah menengah di mana setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kutipan barang kitar semula mengikut kilogram per kapita, di mana pihak sekolah perlu menghantar laporan dan pencapaian aktiviti kitar semula

negeri oleh Jawatankuasa PerKISS Peringkat Negeri yang terdiri daripada SWCorp dan Jabatan Pendidikan Negeri dan Jawatankuasa PerKiSS Peringkat Kebangsaan yang diwakili oleh SWCorp dan Bahagian Korikulum Kementerian Pendidikan Malaysia akan menilai untuk peringkat kebangsaan. Selain itu, tiga anugerah khas juga akan diberikan untuk pengumpulan barangan kitar semula terbanyak di peringkat kebangsaan, komitmen dalam aktiviti kitar semula, inovatif dan inisiatif dalam menggalakkan penyertaan warga sekolah dan rekacipta daripada barangan terpakai yang boleh dikomersialkan. Untuk memuat turun borang penyertaan dan maklumat lanjut mengenai PerKiSS 2015, layari laman web SWCorp di www.swcorp.my.

Mengambil pendekatan kreatif untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda tentang kepentingan menghargai alam sekitar, Solid Waste Corporation (SWCorp) telah melancarkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2015 untuk kali kedua di Hotel Everly, Putrajaya. Pertandingan yang diadakan untuk menggalakkan aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di sekolah dan memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada sekolah yang cemerlang dalam pelaksanaan aktiviti tersebut. Pertandingan yang bermula dari 1 Januari hingga 31 Ogos 2015 ini dibuka untuk semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia yang telah menubuhkan Kelab Kitar Semula atau Kelab Alam Sekitar di sekolah mereka. PerKiSS menyediakan dua kategori utama iaitu sekolah rendah

kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Ibu Pejabat SWCorp. Setiap penyertaan akan melalui tiga peringkat penilaian, di mana penilaian di peringkat daerah akan dijalankan oleh PPD, peringkat

15 Semasa

WJD005075 swcorp news.indd 15 4/14/15 9:46 AM

Page 16: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

Amalan kitar semula untuk masa depan

negara

Pengurusan sisa pepejal yang betul perlu bermula dari rumah

kami berpeluang untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Negeri Perlis dan Thailand dan melihat sendiri cara pengurusan sampah yang lebih sistematik. Lawatan ini juga telah membuka mata saya tentang amalan kitar semula," menurut beliau. Azri Faiz Sharudin, 15, yang juga ahli Kelab Pencinta Alam di sekolahnya turut mengulas tentang kepentingan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kitar semula yang menurut beliau masih rendah di kalangan rakan-rakan sebayanya. “Ramai rakan-rakan saya yang menggelarkan saya sebagai ‘pengutip sampah’ apabila saya mengumpul barang-barang untuk dikitar semula tetapi ini tidak mematahkan semangat saya kerana ahli keluarga sangat menyokong usaha saya ini,” jelasnya. Bagi Mohammad Nadzmi Jamal Nasir, 15, yang baru berjinak-jinak untuk turut sama mengitar semula, ancaman pencemaran alam seperti pemanasan global telah menyedarkannya tentang bahaya jika generasinya tidak mengamalkan cara pengurusan sisa dengan betul. “Saya banyak belajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui televisyen dan poster-poster dan dari situ saya mula sedar tentang kepentingan untuk memastikan Malaysia, malah bumi kita supaya tidak kotor,” menurutnya.

yang dihasilkan daripada susu,” jelas beliau. Beliau turut menegaskan bahawa walaupun dalam silibus pelajaran di sekolah telah diterapkan tentang pentingnya untuk generasi muda mula menghargai alam sekitar untuk masa hadapan, kurangnya teladan dari generasi yang lebih tua adalah aspek yang perlu diberi perhatian. “Dari pengamatan saya, anak-anak ini kurang contoh untuk

mereka ikuti, kerana pembelajaran dari segi teori telah banyak

disediakan namun kurangnya amali di rumah sendiri

membuatkan anak-anak ini tidak mengambil serius tentang pengurusan sisa yang betul kerana ibu bapa mereka sendiri pun tidak mengamalkannya.

“Kita berharap untuk menjadi sebuah negara

maju, tetapi cara kita menilai kebersihan itu tidak

setaraf dengan negara maju lain seperti Jepun misalnya, sedangkan kebersihan itu amat dititikberatkan dalam Islam dan

sungguh menyedihkan apabila negara bukan Islam sendiri lebih Islamik daripada kita,” tegas beliau. “Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini seharusnya dijadikan iktibar oleh semua rakyat untuk mengamalkan pengurusan sisa pepejal dengan betul,” menurutnya lagi.

Usaha membudayakan amalan kitar semula di kalangan masyarakat khususnya golongan muda perlu dipergiatkan lagi untuk melahirkan generasi yang prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga persekitaran yang bersih. Menyahut seruan dan amanah untuk memulihara masa depan alam sekitar dan negara, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2) telah mempraktikkan cara pengurusan sisa pepejal di rumah mereka sendiri dengan mengamalkan kitar semula. Menurut Muhammad Radzi Mohd Pauze, 15, antara cara mengurus sisa pepejal yang diamalkan di rumahnya sendiri adalah dengan menghasilkan baja kompos dari sisa makanan menggunakan kaedah Takakura dan juga mengasingkan bahan-bahan seperti plastik, kertas dan tetrapak untuk dikitar semula. "Amalan kitar semula ini penting dilaksanakan kerana dapat mengurangkan sisa buangan ke tapak pelupusan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang indah di samping dapat mengatasi masalah banjir," menurutnya lagi. Pendapat ini turut disokong oleh Sarah Adriana Mohd Razam, 15, yang merasakan adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menjaga keindahan negara dengan menguruskan sisa buangan dari rumah mereka dengan cara yang betul. “Saya banyak belajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar ini hasil daripada menyertai Kelab Pencinta Alam di sekolah, di mana

Sudah tiba masanya untuk semua rakyat Malaysia mengambil berat tentang kepentingan menguruskan sisa pepejal di rumah mereka dengan betul untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar. Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), Zakaria Daud, 55, panduan menguruskan sisa pepejal dengan cara yang berhemah perlu diperhebat untuk memupuk kesedaran masyarakat. Guru subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan itu telah b e r k o n g s i d e n g a n S W C o r p t e n t a n g b a g a i m a n a cara beliau s e n d i r i menguruskan sisa pepejal di sekolah dan di rumahnya sendiri. “Di sekolah kami, semua barangan yang boleh dikitar semula akan dikumpul dalam bekas berasingan yang disediakan di setiap kelas, manakala semua sisa makanan akan diletakkan dalam bekas khas di mana sisa ini akan dikumpul untuk proses penguraian untuk dibuat baja. “Segala proses pengurusan sisa ini semuanya saya pelajari dari Internet, termasuklah penyediaan agen penguraian Lactobacillus Acid

"

"“Harapan saya semoga SWCorp mampu jadi agen dan medium untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya amalan 3R” – Aina AlyaaSMK Putrajaya Presint 9 (1)

“Selalunya saya dan keluarga akan kumpulkan surat khabar dan kotak kemudian hantar ke Pusat Kitar Semula terdekat”– Jamalull Haziq SMK Putrajaya Presint 9 (1)

SUARA GEN Y

"

"

"

“Saya telah mengamal-kan kitar semula dengan cara mengasingkan sampah di tempat tertentu”– Muhammad FaizSMK Putrajaya Presint 9 (1)

“Harapan saya agar SWCorp dapat meneruskan perjuangan untuk membersihkan kawasan-kawasan di Malaysia”- Najaa Mohd NorSMK Putrajaya Presint 9 (1)

“Semoga SWCorp akan terus berjaya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di negara ini”– Muhd Hariz RamliSMK Putrajaya Presint 9 (1)

Zakaria Daud, 55Guru

“Walaupun dalam silibus pelajaran di sekolah telah

diterapkan tentang pentingnya untuk

generasi muda mula menghargai alam sekitar

untuk masa hadapan, kurangnya teladan dari generasi yang lebih tua adalah aspek yang perlu

diberi perhatian”‘- Zakaria Daud,55

Perspektif 16

Kredit kepada : http://relakssminda.blogspot.com

WJD005075 swcorp news.indd 16 4/14/15 9:46 AM

Page 17: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

tipsDi sekeliling kita terdapat banyak bahan-bahan terbuang yang sebenarnya boleh dijadikan sesuatu yang lebih bernilai dan menarik dengan kos yang lebih murah melalui sentuhan kreatif dan seni kitar semula. Tips kreativiti kitar semula kali ini memberikan fokus kepada tayar terbuang untuk dikitar semula. Mari kita nikmati beberapa hasil kreatif dari tayar terbuang untuk anda cuba...

Sebuah taman bunga mini boleh anda hasilkan daripada barangan terpakaiLihatlah! Betapa cantik hasilnya.

Tayar terbuang juga boleh dijadikan hiasan menarik untuk taman mini di halaman rumah anda. Ia hanya memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

Ini pasti menjadi kesukaan anak-anak anda.Satu mainan ringkas untuk mereka bermain di halaman rumah.

Sering kali tong sampah anda hilang atau beralih tempat? Ini adalah jalan penyelesaiannya. Kalau masih beralih dan hilang juga pastinya orang itu berkenan sangat dengan tong sampah anda yang cantik ini.

Tidak lengkap sesebuah taman tanpa ada kolam air. Gunakan tayar terbuang untuk menghasilkan sebuah kolam mini yang comel dan menarik sebagai pelengkap taman mini anda. Ikut sahaja tutorial bergambar di sebelah.

TAMAN BUNGA

TONG SAMPAH

KOLAM AIR

HIASAN MENARIK PERMAINAN

Kredit kepada : http://relakssminda.blogspot.com

WJD005075 swcorp news.indd 17 4/14/15 9:46 AM

Page 18: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

KESIHATANUsahaMENCEGAH DENGGItidak akan berjaya tanpa kerjasama masyarakatPada tahun 2001, seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Yusof Abdullah dalam kajiannya yang bertajuk ‘Merancang Kempen Komunikasi Berasaskan Penilaian Formatif’ telah mengkaji keberkesanan kempen kesihatan tentang bahaya denggi di kalangan masyarakat. Kajian yang dijalankan di Ulu Tiram, Johor tersebut mendapati hanya 20 peratus responden yang mempunyai kefahaman tentang denggi, 85 peratus tidak mengambil sebarang tindakan untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan 75 peratus menyatakan bahawa mereka memerlukan lebih maklumat tentang cara mencegah dan mengenali tanda-tanda demam denggi. 14 tahun berlalu, walaupun pelbagai jenis kempen kesedaran dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan lain tentang ancaman denggi kepada kesejahteraan masyarakat, sikap alpa dan mengambil mudah nampaknya terus menghalang mereka untuk lebih celik tentang bahaya denggi. Menurut statistik yang dikeluarkan

langkah pencegahan denggi di kawasan-kawasan perumahan. Mengambil langkah proaktif untuk menghalang penularan wabak ini, Solid Waste Corporation (SWCorp) telah memberi tumpuan khusus terhadap aspek pembersihan longkang di seluruh negeri seliaannya sebagai langkah pencegahan pembiakan nyamuk Aedes. Setelah berjaya membasmi kesemua 851 lokasi pembuangan sampah haram di seluruh negeri seliaannya dalam tempoh empat bulan sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor kini menjadikan pembersihan longkang sebagai fokus utama SWCorp. Menggunakan kaedah Search and Clean yang turut diaplikasi untuk menyelesaikan isu sampah haram, beliau menegaskan bahawa anggota penguatkuasa SWCorp akan terus mencari dan membersihkan longkang-longkang yang tersumbat serta bertakung bagi menghalang pembiakan nyamuk Aedes. Namun, sejauh mana pun usaha yang dilaksanakan oleh

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah terkumpul kes denggi sepanjang tahun 2014 yang dilaporkan di seluruh negara mencatatkan sejumlah 108,698 kes, dengan peningkatan sehingga 151 peratus, berbanding dengan 43,346 kes yang dilaporkan untuk tahun 2013. Lebih membimbangkan lagi, untuk lima minggu pertama tahun 2015 pula, statistik yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan KKM menunjukkan sebanyak 17,918 kes denggi telah dicatatkan, berbanding 13,915 kes sahaja untuk tujuh minggu pertama tahun 2014. Statistik ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan tentang sejauh mana keberkesanan kempen-kempen bahaya denggi yang kini sering kita lihat dan dengar di kaca televisyen dan corong radio. Namun, untuk menyalahkan badan-badan kerajaan sahaja dalam kelembapan proses menyedarkan orang ramai tentang bahaya wabak ini adalah sangat tidak adil kerana kini telah banyak agensi-agensi kerajaan yang membuat pelbagai jenis

kerajaan, matlamat ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya masyarakat terus bersikap ambil mudah mengenai kebersihan di kawasan kediaman mereka. Peningkatan kes denggi di negara kita seharusnya diambil iktibar sepenuhnya oleh masyarakat, kerana tanggungjawab menjaga kesejahteraan diri sendiri tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di atas bahu kerajaan sahaja, sedangkan kita semua seharusnya memainkan peranan masing-masing. Pelbagai langkah-langkah pencegahan boleh dijalankan oleh masyarakat sendiri dalam usaha untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di rumah. Untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air seeloknya dimusnahkan, terutamanya bekas kosong, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Sekiranya bekas-bekas air bertakung di kawasan rumah tidak boleh dimusnahkan, bahan pembunuh jentik-jentik boleh diletakkan di dalam bekas tersebut bagi menghalang pembiakan nyamuk. Lambakan kempen kesedaran tentang bahaya denggi ini tidak akan bermakna sekiranya masyarakat terus memandang enteng soal keselamatan dan kesihatan mereka sendiri dan adalah mustahil usaha untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mencegah denggi berjaya sepenuhnya sekiranya tidak dapat kerjasama daripada semua pihak.

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWAKami menawarkan ruangan iklan kepada anda untuk mempromosikan

produk, perkhidmatan, perniagaan dan lain-lain.

SWCorp News akan dibaca meliputi lebih 2 juta pembaca di seluruh negara pada masa akan datang.

Dapatkan Borang Langganan Rancangan Iklandi www.swcorp.my/swcorpnews

Sebarang pertanyaan sila hubungiSWCorp : 03-2245 9292

Zaitun Abdul Raship : 012-752 7042Azrisyah : 018-241 8227

WJD005075 swcorp news.indd 18 4/14/15 9:46 AM

Page 19: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

Solid Waste Corporation (SWCorp) mahu menjadikan sukan Petanque sebagai salah satu cara untuk mereka mendekati masyarakat selain dari melahirkan warga kerja yang mampu berfikir secara strategik, dinamik dan proaktif. Menurut Mohd Hazmil Izzuddin Harun yang bertindak sebagai ahli dan juga penolong jurulatih Kelab Petanque SWCorp, pemilihan Petanque sebagai medium penghubung masyarakat dan pembangunan organisasi ini sebagai satu langkah yang baik. “Walaupun perkembangan Petanque di Malaysia semakin meningkat, namun saya lihat sukan ini masih belum mendapat hebahan umum sepenuhnya, jadi saya berbangga kerana dapat terlibat secara langsung dalam mempromosikan sukan ini kepada orang ramai selain turut dapat menaikkan lagi imej SWCorp,” menurutnya. Beliau yang pernah mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk Majlis Sukan Universiti Malaysia

sebanyak dilihat bersesuaian dengan sejarah sukan yang diperkenalkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz di Malaysia pada tahun 1989 ini. “Petanque yang berasal dari Perancis ini adalah sejenis sukan yang pada mulanya hanyalah boleh dimainkan untuk golongan diraja sahaja, tetapi sebagai satu cara untuk mendekati rakyat, Raja Perancis ketika itu telah memperkenalkan sukan ini kepada semua golongan, di mana golongan bangsawan dan bawahan bersama-sama bermain sukan rakyat ini,” jelas beliau. Mengulas tentang Petanque secara umum, beliau berpendapat keunikan sukan ini adalah kerana cara permainannya yang sesuai untuk semua lapisan umum tanpa mengira umur dan kebolehan fizikal. “Kelebihan Petanque sebenarnya adalah sejenis permainan yang memerlukan strategi dan semangat berpasukan berbanding aspek fizikal, tidak seperti bola sepak dan ragbi, malah kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga boleh bermain

(MASUM), negeri Terengganu dalam SUKMA 2008, dan juga Malaysia dalam Sukan Universiti di Thailand untuk acara Petanque merasa gembira SWCorp memilih sukan ini sebagai salah satu cara untuk menaikkan imej organisasi di mata masyarakat. “SWCorp kini sedang dalam perancangan untuk menjadi pengelola Kejohanan Petanque Sedunia bersama-sama Persatuan Petanque Malaysia pada tahun hadapan, di mana kita mahu menggunakan platform ini untuk turut mempromosikan amalan kitar semula dengan tema 3R. “Perbincangan dengan Setiausaha Kehormat PPM (Persatuan Petanque Malaysia) sudah dijalankan dan SWCorp bakal berpeluang untuk menganjurkan pertandingan bertaraf antarabangsa, selain kita akan turut menganjurkan Pertandingan Petanque Piala SWCorp pada Julai tahun ini,” tambahnya lagi. Pemilihan Petanque sebagai salah satu cara SWCorp mendekati masyarakat sebenarnya sedikit

sukan ini. “Datuk Ab Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp) mahu kita menggunakan pelbagai cara untuk bersama rakyat, jadi kita dalam perancangan untuk menggunakan Petanque sebagai sebahagian dalam Program Mata Hati untuk mendekati masyarakat dengan sukan ini,” terangnya. Selain itu, beliau turut mengulas tentang pencapaian dan perkembangan Kelab Petanque SWCorp untuk tahun ini. “Februari lalu, SWCorp telah berjaya menjuarai Kejohanan Petanque Terbuka Terengganu dan membawa pulang Piala Dato’ Seri Zolkples Embong berserta wang tunai RM2,500.00 dan kita mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kejohanan tahun ini. “Kita akan terus menghantar pasukan Petanque SWCorp untuk Piala Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) yang akan diadakan kelak,” tambahnya lagi.

SUKANSUKAN

SWCorp azam jadi peneraju Petanque di Malaysia

19

WJD005075 swcorp news.indd 19 4/14/15 9:46 AM

Page 20: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

A4 flyer.pdf 1 23/3/2015 10:32:38 PM

WJD005075 swcorp news.indd 20 4/14/15 9:46 AM

Page 21: > MUKA 5 > MUKA 7 -  · PDF fileDaerah Temerloh menjadi kawasan . ... Lipis, Rompin dan Bera. ... Bantuan Mangsa Banjir di Daerah Pekan, Pahang. okus utama program F

BORANG LANGGANAN RUANGAN IKLAN SWCorp NEWS

KELUARAN : 1/2015

Kepada :

Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp)Bangunan Wisma UOA Tingkat Mezzanine, 2, 3, & 4No. 11, Jalan Pantai Jaya (JALAN 4/83a), Peti Surat 12038 59200 KUALA LUMPUR

No. Telefon : 03 - 2245 9292 No. Faksimili : 03 - 2245 9293 / 9394

BIL SAIZ PILIHAN LANGGANANPILIHAN

LANGGANAN

( / )

KADAR HARGA SATU KELUARAN IKLAN

(RM)

KEKERAPAN KELUARAN

KADAR HARGA LEBIH DARI SATU KELUARAN IKLAN

(RM)

1 4 cm (W) x 5 cm (H) '30.00 5 125.00

2 6 cm (W) x 10 cm (H) '85.00 2 160.00

3 8 cm (W) x 3 cm (H) '17.00 3 45.00

4 8 cm (W) x 5 cm (H) '60.00 3 150.00

5 8 cm (W) x 7 cm (H) '120.00 3 345.00

6 12 cm (W) x 6 cm (H) '60.00 2 '115.00

7 12 cm (W) x 8 cm (H) '105.00 2 '200.00

8 27.9 cm (W) x 19.3 cm (H)

(Separuh muka surat) 1,000.00 3 '2,800.00

9 39.3 cm (W) x 27.9 cm (H)

(Muka penuh) '2,.000.00 3 '5,800.00

Bayaran kepada pihak SWCorp boleh dibuat secara tunai di ibu pejabat SWCorp atau secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau CEK ke akaun BIMB 14180010000120 dan dibayar atas nama “PPSPPA” atau Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Bukti pembayaran perlu disertakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Zaitun Binti Abdul Raship di talian 03 – 2245 9335 atau di alamat emel [email protected]

NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT :

NAMA :

NO. TELEFON :