mudahkan pendekatan islam

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Mudahkan Pendekatan Islam

    1/5

    Dari SS Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin.Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darul SunnahO5hb August 2007

    Mudahkan Pendekatan Islam, JanganEksklusifkannya

    AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: "Nak fahamIslam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini.Tunggulah kami dah tua."

    Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yangsukar difahami dan sukar untuk diamalkan.

    Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan olehsesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglahtidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahamidan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai olehsetiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagatyang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira latar kehidupan dan pendidikan.

    Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaanyang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalahkesalahan dalam agama. Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukarhingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga salah.

    Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi

    yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Tauratdan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yangbaik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan diamenghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepadamereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-bebandan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-'Araf: 157)

    Firman Allah lagi: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Iatidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).

    Firman Allah juga: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanhukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-

    Nisaa': 28).

    Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama yang telahbanyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Semoga Allah memberikan pahala untukmereka. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islamseakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati dan seakan tidak akan sampai kedataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja. Maka hukum-hakam yangmereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati.

  • 8/14/2019 Mudahkan Pendekatan Islam

    2/5

  • 8/14/2019 Mudahkan Pendekatan Islam

    3/5

    mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari danMuslim).

    Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian akidah.Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidakmembawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.

    Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta,tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti falsafah-falsafah yangmemeningkan. Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadangkalaguru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akanberkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya"

    Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: MengapaTuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalamkepincangan perbahasan falsafah.

    Akidah Islam adalah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah,lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidakberbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsepakidahnya, tidak perlu menyukarkan.

    Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dansenang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yangbuta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdikpandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datangmengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkankeseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.

    Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami olehgolongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta hurufatau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

    Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipunmendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannyaakidah Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiranYunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru imam-imam salafmengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi,Thaqafah al-Da'iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991). Sebab itu barangkali dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya ceritakeluar Islam yang disuburkan.

    Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal. Ini kerana kitabanyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-sunah.Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbang jiwa dan akal secara fitrah,bukan falsafah yang menyusahkan.

    Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Sayakatakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang

  • 8/14/2019 Mudahkan Pendekatan Islam

    4/5

    hendak disampaikan. Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apasahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap.

    Memahami

    Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan. Nantiramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau akan menjadi peraturan yangdianggap agama, akhirnya diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanitamuslimah kita. Mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakaitelekung mereka rasa sukar untuk solat. Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolattanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah denganpakaian anda selagi menutup aurat.

    Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang soleh dalam rupa yangsempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkanhidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain. Ini seperti apabila ditonjolkanwatak orang soleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidakbergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah walikononnya. Adakah Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berwatak demikian sehingga kita

    jadikan itu ciri-ciri orang soleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbihlebih menampakkan ciri-ciri riak dalam amalan?

    Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap inidengan menyatakan: "Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yangmemakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidakberurus untuk menunjukkan dia tidak mementing dunia. Ini sebahagian dari riak(menunjuk-nunjuk)." (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutubal-'Ilmiyyah).

    Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikaluntuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.

    Demikian juga, kadangkala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkandiri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa.Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia.Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam. Padahal Nabis.a.w. dan para sahabat tidak demikian rupa kehidupan mereka.

    Sehingga Dr. Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali r.hdengan katanya: "Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazaliyang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat sekalipun secara tidak langsung

    bahawa insan contoh di sisi al- Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insanyang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, sunah dan sirah.

    "Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkanantara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan rohdan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmati nikmat dunia dan bersyukurkepada Allah s.w.t, antara beribadat dan berjalan serta bertebaran atas muka bumimencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan

  • 8/14/2019 Mudahkan Pendekatan Islam

    5/5

    beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya." (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

    Apabila ada wartawan bertanya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnyaada najis tertentu, saya jawab: "Begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkarauntuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar.

    Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara.

    "Sebelum menjawab saya ingin kata: Kita semua hidup dalam keadaan haram keranaselalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayahmemerdekakan umat. Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umatyang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia."

    Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkankepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal sepertimana wajahnya padazaman teragungnya iaitu era Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda.

    Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentusahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.

    sumber:

    http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

    http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm