mpic ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah m pob international pa lm oil...

11
SABTU 9 NOVEMBER 2013 MPIC komited pacu industri komoditi Oleh Che Johari Mamat [email protected] Serdang K ementerian Perusahaan Perladangan dan Komodi- ti (MPIC) akan terus ko- mited membangun dan mema- cu sektor industri komoditi se- bagai penyumbang utama kepada pendapatan negara bagi membantu negara mencapai status negara maju dan berpen- dapatan tinggi menjelang tahun 2020. Bagi tujuan ini, MPIC telah diamanahkan memacu pemba- ngunan dua komoditi utama ia- itu sawit dan getah di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Melalui pelaksanaan NKEA ini, sektor sawit dianggarkan akan menyumbang kepada Pendapa- tan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM178 bilion dan mewujudkan sebanyak 41,600 peluang peker- jaan. Sektor getah pula dijangka ber- upaya menyumbang sebanyak RM49.7 bilion kepada GNI men- jelang tahun 2020. Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata demikian ketika berucap meras- mikan Malaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) 2013 di sini, baru-baru ini. Jana RM127.5 bilion “Tahun 2012, sektor ini telah menjana RM127.5 bilion kepada pendapatan eksport negara atau 18.5 peratus daripada keseluru- han pendapatan eksport negara yang berjumlah RM702.2 bilion. “Sehingga bulan Jun tahun ini pula, nilai eksport sektor komo- diti sudah mencecah RM55.4 bi- lion atau 16.4 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil eks- port negara iaitu RM337.8 bi- lion. “Saya percaya sektor komoditi akan terus menjadi di antara pe- nyumbang utama pendapatan » Kementerian fokus dua sektor utama jana pendapatan negara Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap merasmikan Malaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) 2013 bertemakan Komoditi Mampan Menjamin Masa Depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. Saya percaya sektor komoditi akan terus menjadi antara penyumbang utama pendapatan negara dari segi jumlah eksport walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu masa ini. Walaupun komoditi lain tidak disenaraikan di bawah NKEA, sumbangan dan peranan mereka kepada ekonomi negara tetap signifikan” Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi negara dari segi jumlah eksport walaupun dalam keadaan eko- nomi dunia yang tidak menentu masa ini,” katanya. Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, walaupun komo- diti lain tidak disenaraikan di bawah NKEA, sumbangan dan pe- ranan mereka kepada ekonomi negara tetap signifikan. “Industri kayu-kayan umpa- manya akan terus diperkaya- kan selari dengan matlamat yang digariskan di bawah Dasar Perindustrian Perkayuan Ma- laysia (NATIP), iaitu sasaran pencapaian eksport perkayuan bernilai tambah berjumlah RM53 bilion menjelang tahun 2020.” Beliau berkata, komoditi lain seperti koko, lada, kenaf, sagu serta sektor biobahan api mem- punyai potensi besar untuk terus dibangunkan. “Pembangunan komoditi koko akan dipergiatkan dengan pe- numpuan kepada strategi pena- naman koko secara kluster mem- babitkan kerjasama di antara Lembaga Koko Malaysia dengan pihak swasta. “Bagi komoditi lada, kemam- puannya sebagai satu sumber pendapatan bagi penduduk luar Bandar telah terbukti dan ber- potensi meningkat sumbangan- nya pada masa akan datang. Penerokaan pasaran baru “Sementara komoditi kenaf akan terus dibangunkan melalui per- luasan kawasan tanaman, pene- rokaan pasaran baru serta aspek modenisasi pengeluaran produk berasaskan kenaf. “Komoditi sagu pula yang ma- joritinya tertumpu di Negeri Sa- rawak akan diperhebatkan me- lalui pembangunan ladang-la- dang satelit bagi membantu pekebun kecil sagu. Kaedah ini akan memanfaatkan pekebun ke- cil sagu terutamanya di Sarawak,” katanya. Penganjuran MICCOS 2013 de- ngan tema Komoditi Mampan Menjamin Masa Depan mencer- minkan keperluan untuk sektor komoditi negara berubah atau transform terutamanya dalam aspek kemampanan untuk kekal berdaya saing. Lebih 30,000 orang mengun- jungi MICCOS 2013 sepanjang em- pat hari ia berlangsung pada 24 hingga 27 Oktober lalu. Hadir sama Timbalan Men- teri Sumber Asli dan Alam Se- kitar, Dato’ Dr James Dawos Mamit; Ketua Setiausaha, Ke- menterian Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datin Pa- duka Nurmala Abdul Rahim; Timbalannya, M. Nagarajan; Ke- tua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May dan Ketua-Ketua Pengarah Agensi lain di bawah MPIC.

Upload: tranhanh

Post on 30-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 2013

MPIC komited pacu industri komoditi

Oleh Che Johari [email protected]

Serdang

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komodi-ti (MPIC) akan terus ko-

mited membangun dan mema-cu sektor industri komoditi se-bagai penyumbang utamakepada pendapatan negara bagimembantu negara mencapaistatus negara maju dan berpen-dapatan tinggi menjelang tahun2020.

Bagi tujuan ini, MPIC telahdiamanahkan memacu pemba-ngunan dua komoditi utama ia-itu sawit dan getah di bawahBidang Ekonomi Utama Negara(NKEA).

Melalui pelaksanaan NKEA ini,sektor sawit dianggarkan akanmenyumbang kepada Pendapa-tan Negara Kasar (GNI) sebanyakRM178 bilion dan mewujudkansebanyak 41,600 peluang peker-jaan.

Sektor getah pula dijangka ber-upaya menyumbang sebanyakRM49.7 bilion kepada GNI men-jelang tahun 2020.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas, berkatademikian ketika berucap meras-mikan Malaysia InternationalCommodity Conference andShowcase (MICCOS) 2013 di sini,baru-baru ini.

Jana RM127.5 bilion“Tahun 2012, sektor ini telahmenjana RM127.5 bilion kepadapendapatan eksport negara atau18.5 peratus daripada keseluru-han pendapatan eksport negarayang berjumlah RM702.2 bilion.

“Sehingga bulan Jun tahun inipula, nilai eksport sektor komo-diti sudah mencecah RM55.4 bi-lion atau 16.4 peratus daripadajumlah keseluruhan hasil eks-port negara iaitu RM337.8 bi-lion.

“Saya percaya sektor komoditiakan terus menjadi di antara pe-nyumbang utama pendapatan

» Kementerianfokus dua sektorutama janapendapatannegara

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucapmerasmikanMalaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) 2013bertemakan Komoditi Mampan Menjamin Masa Depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Saya percaya sektor komoditi akan terus menjadi antarapenyumbang utama pendapatan negara dari segi jumlah eksportwalaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu masa ini.Walaupun komoditi lain tidak disenaraikan di bawah NKEA, sumbangandan peranan mereka kepada ekonomi negara tetap signifikan”

Datuk Amar Douglas Uggah Embas,Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

negara dari segi jumlah eksportwalaupun dalam keadaan eko-nomi dunia yang tidak menentumasa ini,” katanya.

Datuk Amar Douglas UggahEmbas berkata, walaupun komo-diti lain tidak disenaraikan dibawahNKEA, sumbangandanpe-ranan mereka kepada ekonominegara tetap signifikan.

“Industri kayu-kayan umpa-manya akan terus diperkaya-kan selari dengan matlamatyang digariskan di bawah DasarPerindustrian Perkayuan Ma-laysia (NATIP), iaitu sasaranpencapaian eksport perkayuanbernilai tambah berjumlahRM53 bilion menjelang tahun2020.”

Beliau berkata, komoditi lainseperti koko, lada, kenaf, saguserta sektor biobahan api mem-punyai potensi besar untuk terusdibangunkan.

“Pembangunan komoditi kokoakan dipergiatkan dengan pe-numpuan kepada strategi pena-naman koko secara kluster mem-babitkan kerjasama di antaraLembaga Koko Malaysia dengan

pihak swasta.“Bagi komoditi lada, kemam-

puannya sebagai satu sumberpendapatan bagi penduduk luarBandar telah terbukti dan ber-potensi meningkat sumbangan-nya pada masa akan datang.

Penerokaan pasaran baru“Sementara komoditi kenaf akanterus dibangunkan melalui per-luasan kawasan tanaman, pene-rokaan pasaran baru serta aspekmodenisasi pengeluaran produkberasaskan kenaf.

“Komoditi sagu pula yang ma-

joritinya tertumpu di Negeri Sa-rawak akan diperhebatkan me-lalui pembangunan ladang-la-dang satelit bagi membantupekebun kecil sagu. Kaedah iniakanmemanfaatkan pekebun ke-cil sagu terutamanya di Sarawak,”katanya.

Penganjuran MICCOS 2013 de-ngan tema Komoditi MampanMenjamin Masa Depan mencer-minkan keperluan untuk sektorkomoditi negara berubah atautransform terutamanya dalamaspek kemampanan untuk kekalberdaya saing.

Lebih 30,000 orang mengun-jungi MICCOS 2013 sepanjang em-pat hari ia berlangsung pada 24hingga 27 Oktober lalu.

Hadir sama Timbalan Men-teri Sumber Asli dan Alam Se-kitar, Dato’ Dr James DawosMamit; Ketua Setiausaha, Ke-menterian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datin Pa-duka Nurmala Abdul Rahim;Timbalannya, M. Nagarajan; Ke-tua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May dan Ketua-KetuaPengarah Agensi lain di bawahMPIC.

Page 2: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 20132

8 penggiat industriterima anugerah

MPOB International Palm Oil Congress (PIPOC) adalah programdwi tahunan yang dianjurkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB) sejak 1987. PIPOC 2013 akan diadakan di Kuala LumpurConvention Centre (KLCC) pada 19 hingga 21November 2013. Kongresini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muh-yiddin Yassin yang akan menyampaikan ucaptama. Menteri Pe-rusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas UggahEmbas pula akanmenyampaikan ucapan aluan pada kongres kali ini.Sambutan terhadap kongres minyak sawit yang terbesar di dunia inisangat menggalakkan. Setakat ini, lebih 1,700 peserta sudah men-daftar dan adalah dijangka penyertaan akan melebihi 2,000 orang.Lebih daripada 250 lot pameran sudah habis dijual.Kongres yang menyediakan Sesi Pleno pada hari pertama dan lima

sesi/modul persidangan secara serentak ini, adalah platform terbaikuntuk berinteraksi dan berbincang mengenai inovasi, cabaran danperkembangan terkini industri sawit. Sesi Pleno pada hari pertama menampilkan 6kertas utama yang akan menyentuh isu bioteknologi, kemampanan, oleokimia,kesihatan serta ekonomi berkaitanminyak sawit. Saya sendiri akanmembentangkankertas bertajuk ‘Leveraging on Green and Gene Technologies to meet the Aspirationof the Oil Palm Industries’.Persidangan Agriculture, Biotechnology and Sustainability antara lainmenyentuh

cabaran serta usaha meningkatkan purata hasil dan kualiti buah tandan segar (BTS)negara secara mampan. Ini termasuk pembiakan selektif menerusi hibrid in-terspesifik bermatlamat mengeluarkan bahan tanaman baru yang lebih produktif.Kejayaan dalam penafsiran genom sawit kini juga membuka ruang yang luas untukmemudahkan proses kajian pembiakbakaan bagi penghasilan bahan tanaman sawityang berhasil tinggi serta rentan terhadap penyakit. Kertas menjurus kepadapengeluaran hasil sawit mampan yang menitikberatkan elemen manusia, per-sekitaran, di samping pencapaian keuntungan yang tinggi. Kertas mengenai Ma-laysian Sustainable Palm Oil (MSPO) turut akan dibentangkan. Persidangan inimembabitkan 27 pembentangan lisan dan lebih dari 100 pembentangan poster.Bagi persidanganChemistry, Technology andBioenergy, sejumlah 32 kertas kerja akan

dibentangkan dalam 7 sesi selama 2 hari persidangan. Kertas kerja yang akandibentangkan menekankan pembangunan teknologi pengilangan, strategi untuk me-ningkatkan kadar perahan minyak serta usaha ke arah pembuangan sifar. Jugadibincangkan adalah langkah meningkatkan kecekapan operasi kilang sawit, peng-gunaan kaedah ultrasonik di kilang sawit, sistem pengasingan kering isirung sawit dantempurung serta penghasilan dan pencirian minyak merah dari serabut buah sawit.Perkembangan terkini penggunaan biodiesel serta pelaksanaan pemerangkapan biogasdiMalaysia akan turut dilaporkan. Juga dibincangkanpotensi penghasilanhidrogendanetanol dari bahan buangan sawit serta pengkomersialan pelet dari biojisim sawit.Persidangan Oleo and Specialty Chemicals terbahagi kepada lima sesi dengan 24

kertas termasuk 18 dari luar negara. Antara topik yang dibentangkan termasukberkenaan kemampanan dan cabaran yang dihadapi industri oleokimia, produkhijau yang kini terdapat di pasaran serta perkembangan terkini dalam bidangindustri pemangkin berasaskan bio dan bidang biotransformasi mikro. Jugadibincangkan adalah aplikasi nanoteknologi, teknologi gelombang mikro, tekniksimulasi/permodelan dan agrokimia dalam usaha mewujudkan lautan biru untukindustri oleokimia. Sesi pembentangan akan memaparkan transformasi landskapoleokimia yang pesat dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Pameran posteroleh 25 orang penyelidik juga diadakan.PersidanganFood, Lifestyle andHealth akanmenggabungkanperkembangan terkini

dalam teknologi pemprosesan industri minyak dan lemak untuk produk makanandengan hasil penyelidikan terbaru dalam bidang makanan dan pemakanan. Pen-ceramah terkenal di peringkat antarabangsa akan membincangkan trend terkinimengenai tabiat pengguna, cabaran global, trend pasaran masa depan dan isu polisisemasa. Selain itu, perkembangan terkini dalam bidang penyelidikan pemakananyang menekankan kepada potensi khasiat mikronutrient dan nutraseutikal ber-asaskan sawit seperti tokotrienol, karotenoid dan fenolik terhadap kesihatan akan jugadibincangkan. Satu ‘forum petang’ membabitkan pakar pemakanan akan diadakanbagi membahaskan hubungan minyak sawit dan penyakit tidak berjangkit. Sebanyak31 kertas kerja lisan akan dibentangkan dan 24 poster akan dipamerkan.Persidangan Global Economics and Marketing pula akan memberi fokus utama

kepada kepentingan minyak sawit dalam sektor minyak dan lemak dunia sebagaipenjana ekonomiMalaysia, di dalam ketidaktentuan ekonomi semasa dunia. Ia akanmembincangkan kedudukan minyak sawit di pasaran dunia serta inovasi yangsedang berlaku di dalam industri sawit negara di samping meramal masa depanindustri sawit negara yang berhadapan dengan persaingan daripada negara pe-ngeluar sawit lain. Sebanyak 20 kertas kerja akan dibentangkan oleh 11 pakardaripada industri sawit tempatan dan 9 pakar daripada luar negara. Persidangandiakhiri dengan perbincangan panel mengenai ‘Green Opportunities from theGolden Crop: Reconciling Palm Oil Market Positions in the Oils and Fats Sector.’Di samping 5 persidangan berkenaan, ‘Evening Forum’ ‘Green Opportunities from

the Golden Crop’ akan diadakan, dipengerusikan oleh seorang saintis usahawan DrGanesh Kishore. Tajuk yang dipilih merangkumi bio-tenaga, bio-industri, bio-informatik, bio-kemampanan dan bio-ekonomi.Bagi PIPOC 2013, lawatan ke ladang sawit, kilang sawit, kilang penapis sawit, kilang

oleokimia serta kilang biodiesel juga dianjurkan. Sewaktumajlis perasmian, beberapapelancaran turut diatur iaitu MSPO, SHELL toolkit serta isomer tokotrienol.Adalah diharap, melalui penganjuran PIPOC 2013 ini, Malaysia sebagai negara

pengeksport utama produk berasaskan sawit dan peneraju R&D teknologi industrihuluan dan hiliran sawit, mampu menjalinkan kerjasama baru dan memperkukuhjaringan perniagaan dan pelaburan sedia ada serta mewujudkan peluang per-dagangan baru. Strategi ini dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan produkberasaskan sawit. Bagi semua pihak terbabit dengan industri sawit, jangan lepaskanpeluang keemasan ini. Sertai kami di PIPOC 2013. Jumpa anda di sana.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan tropi dan replika cek bernilaiRM10,000 kepada Dr Ravigadevi Sambanthamurthi yang memenangi Anugerah IndustriKomoditi bagi kategori Karya Inovasi Sains Terbaik. Turut kelihatan Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala AbdulRahim (dua dari kiri) dan timbalannya, M.Nagarajan (kanan).

Oleh Che Johari [email protected]

Serdang

Dr Ravigadevi Sambanthamurthi, Pe-ngarah Bahagian Pusat KemajuanBioteknologi dan Biakbaka MPOB

adalah seorangdari lapanpenggiat industrikomoditi dipilih menerima anugerah padamajlis Anugerah Industri Komoditi sem-pena Malaysia International CommodityConference and Showcase (MICCOS) 2013yang berlangsung di sini baru baru ini.

Beliau menerima anugerah kategoriKarya Inovasi Sains Terbaik melalui tek-nologi yang bertajuk ‘From Biowaste ToBioactives – Super Antioxidants FromThePalm Oil Milling Process’.

Anugerah Industri Komoditi 2013 yangdianjurkan Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi (MPIC) adalahkali ke-5 dan ia adalah satu pengiktirafankepada penggiat industri komoditi yangmenunjukkan pencapaian cemerlang.

Anugerah yang berupa wang tunaiberjumlah RM10,000, trofi dan sijil peng-hargaan disampaikan Menteri Perusaha-an Perladangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embas selepas maj-lis perasmian MICCOS 2013.

Anugerah sebagai galakanSewaktu berucap, beliau berkata, anu-gerah yang disediakan itu adalah sebagaigalakan dan insentif kepada penggiat in-dustri komoditi untuk terus meningkat-kan kualiti, produktiviti dan daya saingindustri komoditi di pasaran global.

Lapan penggiat industri yang mene-rima anugerah pada hari itu adalah:

1) Kategori Pengurusan Ladang Terbaik:Pemenang: Bukit Pilah Estate (SimeDarbyPlantation Sdn Bhd), Rompin, Pahang danLadang Selborne, Kuala Lipis, Pahang.

2) Kategori Pekebun Kecil Terbaik:Pemenang: Haji Janis Abu Bakar, BukitGambir, Ledang, Johor, Mong Anak Re-ngan, Julau, Sarawak dan Tan Sow Phin,Chemor, Perak.

3) Kategori Kilang Pemprosesan Terbaik:Pemenang: Guan Chong Cocoa Manu-facturer Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor

4) Kategori Perusahaan Kecil dan Se-derhana (PKS) Terbaik:Pemenang: Syarikat Wahi and Sons SdnBhd, Klang, Selangor

5) Kategori Pembangunan JenamaTerbaik:Pemenang: Guan Chong Cocoa Manu-facturer Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor

6) Kategori Inovasi Pengeluaran Pro-duk Komoditi TerbaikPemenang: IOI Oleochemical IndustriesBerhad, Butterworth, Pulau Pinang

7) Kategori Karya Inovasi Sains Terbaik:Pemenang: Dr Ravigadevi Sambantha-murthi, MPOB, Bandar Baru Bangi, Ka-jang, Selangor.

8) Kategori Pengamal TanggungjawabSosial Korporat (CSR) Terbaik:Pemenang: Sabah Softwoods Berhad, Ta-wau, Sabah.

Pengurus Ladang Bukit Pilah, IlliasMan yang ditemui selepasmenerima anu-gerah berkata, ladang Bukit Pilah me-laksanakan amalan pertanian baik yangselari dengan hasrat dan arahan kerajaanserta industri komoditi yang tidak me-ngancam habitat hidupan liar dan me-ngelakkan dari berlakunya pencemarandan kerosakan kepada alam sekitar.

Penerima anugerah bagi kategori pe-kebun kecil terbaik, Mohd Janis Abu Ba-kar pula berkata, beliau melaksanakanamalan dan penyelenggaraan kebun me-ngikut nasihat pegawai TUNAS dan ber-jaya mendapat penghasilan buah sawityang tinggi berbanding dengan kebunkecil lain di kawasan sekitar dan seluruhnegeri Johor.

Pengawal Teknologi Makanan, syarikatWahi and Sons Sdn Bhd, Mohd Hanif Mis-kandar yang menerima anugerah kategoriPerusahaan Kecil Sederhana (PKS) Terbaikberkata, beliau berpuas hati dengan pen-dapatan syarikatnyaantaraRM10 jutahing-ga RM11 juta bagi tahun 2010-2012.

Page 3: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

9 NOVEMBER 2013 SABTU 3

MPIC sertai pameranHello Komoditi Kuching

Serdang: Kementerian Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi melalui MPOB akanmelaksanakan piawaian dan pensijilan Ke-lestarian Minyak Sawit Malaysia atau Ma-laysian Sustainable Palm Oil (MSPO) se-bagai piawaian dan pensijilan sawit ne-gara.Menteri Perusahaan Perladangan dan

Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Em-bas, berkata langkah ini bukan saja pro-aktif malahmampumengetengahkan sua-ra dan peranan Malaysia sebagai penerajuutama industri sawit di peringkat globaldari segi pengeluaran minyak sawit yangmampan.Katanya melalui pewujudan MSPO, ia

berupaya menggariskan prinsip dan kri-teria secara jelas minyak sawit yang di-hasilkan oleh negara dan mudah mem-bezakan denganminyak sawit hasilkeluaran negaralain.

Bawa ke Kabinet“Perkara ini akandibawa ke Kabinetdalam masa terde-kat untuk menda-pat persetujuandan ia akan dilak-sanakan secepatmungkin,” katanyapada sesi lawatandi Malaysian Inter-national Commo-dity Conferenceand Showcase (MI-CCOS) 2013 barubaru ini.Beliau berkata,

seperti sektor lain,transformasi sek-tor komoditi turutdituntut bagi terusberdaya saing dankompetitif dalammengharungi ca-baran di peringkatserantau dan glo-bal.Katanya, sebagai

contoh, Malaysia ti-dak harus semata-mata bergantungkepada ketetapanserta keputusanmengenai minyak sawit mampan di ba-wah inisiatif sektor swasta melalui Roun-dtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).

Tingkat daya saing minyak sawit“Ini memandangkan kriteria kemampa-nan yang ditetapkan RSPO tidak selalunyamemihak atau menjaga kepentingan in-dustri sawit negara.“Melalui kewujudan piawaian MSPO ini,

kita mengharapkan minyak sawit negaraakan terus kukuh dan berupaya mening-katkan daya saingnya di pasaran anta-rabangsa,” katanya.Beliau juga memberi jaminan pelak-

sanaan piawaian dan pensijilan ini nantitidak akan membebankan pekebun kecilsawit kerana kerajaan melalui MPOB akanmemberi bantuan yang sewajarnya.

MPIC, MPOBbangunkanPiawaianSawit MSPO

Oleh Che Johari [email protected]

Kuching

Kementerian Perusaha-an Perladangan dan Ko-moditi (MPIC) mengan-

jurkan program Hello Komo-d i t i d en g an menye r t a ipameran komoditi di Kuching,Sarawak baru baru ini.

Turut menyertai pameranitu adalah agensi di bawahMPIC, iaitu Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB), Lem-baga Koko Malaysia (LKM),Lembaga Lada Malaysia (LLM)dan Lembaga Getah Malaysia(LGM).Menteri Perusahaan Perla-

dangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embasmengambil peluang bersamapemimpin kerajaan negerilain melawat gerai pameranyang mempamerkan komoditisawit, koko, lada dan getah.Sewaktu lawatan ke gerai pa-

meran MPOB, beliau berkata,program seperti ini sangat ber-tepatan diadakan di negeri Sa-rawak yangmempunyai kelua-san tanaman sawit mencecah1 juta hektar pada masa kini.

“Kebanyakan penduduk luarbandar Negeri Sarawak ber-gantung kepada hasil tanamansawit sebagai punca pendapa-tan utama mereka.

Bantu pekebun kecil“MPOB perlu mempergiatkanaktiviti dan program-programbagi membantu penanam sa-wit terutama pekebun kecil dikawasan luar bandar yangma-sih baru dengan komoditi ini.“Mereka memerlukan tun-

juk ajar dan khidmat nasihatmengenai cara menanam danamalan-amalan penyelengga-raan kebun yang baik bagimendapatkan hasil buah tan-dan segar (BTS) yang tinggidan berkualiti,” katanya.Datuk Amar Douglas mene-

gaskan supaya khidmat nasi-

hat disampaikan kepada pe-kebun kecil bagi memastikanmereka menggunakan anakbenih sawit yang tulen dandisahkan oleh MPOB bagi me-ngelakkan penggunaan anakbenih yang tidak berpengha-silan tinggi.Sewaktu lawatan di gerai pa-

meran MPOB, beliau diberipenjelasan mengenai produkmakanan dan bukanmakananberasaskan sawit yang dipa-merkan. Sejumlah 4,000 pela-wat terdiri daripada pesertadan pekebun kecil mengun-jungi gerai pameran MPOB.Turut melawat pameran ko-

moditi ialah Ketua Setiausa-ha, Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi,Datin Paduka Nurmala AbdRahim.

MPOB anjurPersidanganAntarabangsa Sawitdan Alam SekitarOleh Dr Vijaya [email protected]

Serdang: MPOB dengan ker-jasama United Nations Indus-trial Development Organisa-tion (UNIDO) menganjurkanPersidangan Antarabangsa Sa-wit dan Alam Sekitar 2013,pada 24 hingga 25 Oktober2013 sempena Malaysia Inter-national Commodity Confe-rence and Showcase (MICCOS)2013 di Taman Malaysia AgroExposition Park (MAEPS), disini, baru baru ini.Persidangan antarabangsa

ini adalah siri ketiga dan tum-puannya adalah kepada aspekalam sekitar serta pembangu-nan sawit. Tema yang dipilihuntuk persidangan kali iniadalahMengharmonikan Pem-bangunan Sawit dengan Fung-si Ekosistem.Persidangan dwitahunan ini

dianjurkan bagi menyediakanplatform untuk perbincangandan berkongsi maklumat me-ngenai isu alam sekitar yangdihadapi oleh industri sawitMalaysia.Secara khususnya, objektif

persidangan ini adalah untuk:• Menyedia platform kepada

pihak yang berkepentinganuntuk membentuk rangkaiandan mengukuhkan usaha-usa-ha serta komitmen ke arahpengeluaran minyak sawitmampan• Mengemaskini maklumat

dan perkembangan terbarumengenai inisiatif dan isu-isukemampanan;• Menyalur informasi terkini

dan memaklumkan mengenaipeluang dan cabaran yang di-hadapi dalam perdaganganminyak sawit.

Peserta luar negaraPersidangan Antarabangsa 2hari itu dirasmikan MenteriPerusahaan Perladangan danKomoditi, Datuk Amar Dou-glas Uggah Embas.Dalam ucapannya, beliau

menegaskan bahawa pemba-ngunan industri sawit adalahdikawal ketat dan Malaysia te-rus komited terhadap pemba-ngunan mampan yang me-ngimbangi fungsi ekosistem.Untuk kekal berdaya saing

dan terus relevan beliau me-nasihatkan industri sawit un-tuk kekal dinamik dan terusberinovasi bagi menghadapicabaran baru yang berkaitandengan isu-isu alam sekitardan kemampanan.

Pembentangan kertas kerjadiadakan dalam lima sesi yangmemfokuskan kepada fungsiekosistem, kemampanan hili-ran, tenaga diperbaharui, ke-mampanan dan perdaganganproduk sawit, penguatkuasaanpembangunan mampan danberakhir dengan sesi perbin-cangan panel berkaitan temapersidangan.Peserta mengambil peluang

dalam kelima-lima sesi itu un-tuk berbincang dan berkongsipendapat dan maklumat me-ngenai pembangunan mam-pan, cabaran dan prospek ma-sa depan dihadapi industri sa-wit.Perbincangan panel yang

terdiri daripada ahli dan pakaritu menyampaikan panda-ngan mengenai keharmonianpembangunan industri sawitdengan fungsi ekosistem danjuga mendapat penyertaan ak-tif daripada peserta.Pembentangan kertas kerja

dan perbincangan panel yangdiadakan pada persidanganitu menghala ke arah usahakolektif bagi menyelesaikanmasalah alam sekitar sepertipemanasan global, perubahaniklim, pencemaran udara danair.Seramai 181 peserta dari da-

lam dan luar negara meng-hadiri persidangan dua hariitu.Pada majlis persidangan itu,

Datuk Amar Douglas juga me-lancarkan Microsite Kemam-panan MPOB yang mengan-dungi pelbagai maklumat me-ngenai kemampanan danbank imej yang sedia untukdigunakan oleh para pengun-jung.Beliau juga menyaksikan

acaramenandatangani perjan-jian persefahaman antaraMPOB dan institut Penyelidi-kan dan Perhutanan Malaysiamengenai kerjasama dalam bi-dang penyelidikan sawit.

Sebagai contoh,Malaysia tidakharus semata-matabergantungkepadaketetapansertakeputusanmengenaiminyak sawitmampan dibawah inisiatifsektor swastamelaluiRoundtable onSustainablePalm Oil(RSPO)”

Datuk Amar DouglasUggah Embas,Menteri PerusahaanPerladangan danKomoditi

» Laksanaprogramperkasa pekebunkecil kawasanpedalaman

Datuk Amar Douglas Uggah Embas melancarkan MicrositeKemampanan MPOB. Turut kelihatan Pengerusi MPOB, Dato’Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (dua dari kanan),Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi, M.Nagarajan (kanan), KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May (kiri) dan Ketua UnitDesa dan Tenaga Diperbaharui UNIDO, Dr Diego Masera.

Page 4: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 20134 SABTU 9 NOVEMBER 20134

Oleh Johari [email protected]

Washington DC: Ketua Setiausa-ha Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi (MPIC),Datin Paduka Nurmala Abd Ra-himmengetuai misi lawatan pro-mosi ke Amerika Syarikat danmenyampaikan ucaptama di per-sidangan Global Oils and Fats Fo-rum (GOFF) di Hyatt Regency, Or-lando, pada 3 Oktober 2013.

Persidangan berkenaan diha-diri 157 peserta terdiri daripadausahawan minyak dan lemakAmerika Syarikat dan usahawandari Amerika Selatan.

“Amerika Syarikat adalah ra-kan dagang penting untuk mi-nyak sawit Malaysia dan merupa-kan pengimport kelima terbesardengan pendapatan eksport ber-nilai RM5.12 bilion pada tahun2012.

“Minyak sawit adalah selamatdigunakan dan ia mengandungifitonutrien seperti tokotrienolyang dapat memberi pelbagaimanfaat kesihatandan tidakmem-

bahayakan kesihatan,” katanya.Pengarah Pembangunan Pro-

duk dan Khidmat Nasihat MPOB,Rosidah Radzian juga menyam-paikan kertas kerja bertajuk‘Amalan Kemampanan oleh In-dustri Sawit Malaysia’ pada per-sidangan berkenaan.

“Industri sawit Malaysia me-ngamalkan pembangunan mam-pan di dalampenghasilanminyaksawit dengan memenuhi keseim-bangan di antara pembangunansosio-ekonomi dan pemuliharaanalam sekitar,” katanya.

Kelestarian minyak sawitKelestarian minyak sawit adalahantara kekuatan komoditi ini diAmerika Syarikat di dalammeng-hadapi persaingan dengan mi-nyak sayuran lain.

Pada lawatan berkenaan, de-legasi Malaysia turut mengada-kan perbincangan dengan Uni-versity of Florida berkaitan pe-laksanaan Pusat KecemerlanganMinyak Sawit yang diwujudkan diuniversiti itu hasil kerjasama danbantuan dana dengan MPOB.

“Kerjasama ini meningkatkanpengetahuan berkenaan minyak

sawit di kalangan pelajar uni-versiti dan masyarakat sekitar.Sambutan terhadap programber-kenaan semakinmeningkat di ka-langan pelajar,” kata Dr SusanPerceival, Pengerusi JabatanSains Makanan dan PemakananInsan, University of Florida.

Guna sebagai minyak makanSementara itu, seorang pelajaryang mengikuti program berke-naan berkata: “Sebelum mengi-kuti program ini, saya langsungtidak tahu kewujudan minyak sa-wit di Amerika Syarikat. Kini sayamenggunakannya sebagai mi-nyak makan.”

Datin Paduka Nurmala berka-ta, program seperti ini perlu di-teruskan untuk mempromosi mi-nyak sawit Malaysia di kalanganindustri makanan dan penggunasecara jangkamasa panjang.

Lawatan ke Moffitt CancerCenter juga diadakan untuk me-ninjau pusat berkenaan yangmenggunakan tokotrienol sawitdi dalam rawatan penyakit kan-ser pankreas. Penyelidik yangme-ngetuai projek itu, Dr MokengeMalafa berkata, penggunaan to-

kotrienol sawit dalam dos ter-tentu berjaya merencat pertum-buhan sel kanser.

“Peringkat ketiga penyelidi-kan perlu dijalankan untuk me-nentusahkan keberkesanan to-

kotrienol sawit di dalam mera-wat kanser pankreas danseterusnya mendapatkan peng-iktirafan dari Food and Drug Ad-ministration (FDA), Amerika Sya-rikat,” jelas beliau.

KSU sampai ucaptamapada Persidangan GOFF

Menteri lawat MPOB Sarawak, Sabah» Pekebun kecilsawit terusdibantu tingkatpendapatan

Delegasi yang diketuai Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim (tiga darikiri) bersama Dr Mokenge Malafa (dua dari kiri) semasa lawatan keMoffitt Cancer Center, Tampa, Amerika Syarikat.

Oleh Sulim [email protected]

Kuching

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Amar Douglas Ug-

gah Embas melakukan lawatankerja sehari ke Pejabat MPOB Wi-layah Sarawak dan Sabah, baru-baru ini.

Lawatan kerja berkenaan ada-lah untuk meninjau dengan le-bih dekat aktiviti dan status ke-majuan industri sawit di kedua-dua negeri tersebut.

Semasa lawatan di wilayahSa rawak , ke t i baan Da tukAmar Menteri disambut KetuaPengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May dan pegawaidari pejabat cawangan sertastesen penyelidikan di Sara-wak.

Sewaktu taklimat kepada Da-tuk Amar Douglas mengenai ak-tiviti dan prestasi industri sawitSarawak, Datuk Dr Choo YuenMay berkata, negeri Sarawak ada-

lah negeri kedua terbesar darisegi keluasan tanaman sawit se-lepas Sabah, iaitu 1,140,501.79hektar.

Dari jumlah itu, seluas 90,607

hektar atau 8 peratus adalah ke-luasan tanaman pekebun kecilyang berjumlah seramai 17,578pekebun.

Sehingga kini, Sarawak telah

diluluskan sejumlah 63 lesen un-tuk kilangmemproses buah sawitdan purata peratus pencapaiankadar perahan bagi tahun 2012dan 2013 (sehingga September)

adalah 20.43 peratus dan 20.09peratus.

Selain itu, Datuk Dr Choo jugamenjelaskan status terkini bila-ngan kakitangan dan pejabatMPOB di negeri Sarawak, statuspermohonan skim bantuan ta-nam baru dan tanam semula sa-wit pekebun kecil serta aktivitipelesenan dan penguatkuasaandi Sarawak.

Bantu pekebun kecilDatuk Amar Douglas Uggah se-masa berucap menas ihat iMPOB Sarawak supaya terusmembantu pekebun kecil di ne-geri ini yang pada mereka ta-naman sawit itu adalah tana-man baru.

“Mereka ini perlu diberi tun-juk ajar dan nasihat mengenaicara penanaman sawit mengi-kut amalan-amalan pertanianyang baik bagi memastikanmendapat penghasilan buah sa-wit yang bermutu dan sekaligus berupaya meningkatkanpendapatan isi rumah mereka,”katanya.

Beliau juga menasihatkansupaya permohonan skim ban-tuan tanam baru dan tanamsemula diberikan kepada me-reka yang layak dan bagi per-mohonan yang tidak jelas sta-tusnya hendaklah dikaji status-nya dengan agensi kerajaannegeri.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai galeri sawit yangditempatkan di Kompleks Pejabat MPOB di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Sabah oleh Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen May (kanan).

Page 5: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

9 NOVEMBER 2013 SABTU 5

Page 6: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 2013 9 NOVEMBER 2013 SABTU6 7

Racun Rumpai GlifosatGlifosat atau N-(fosfonometil) glisinadalah racun rumpai jenis organofo-sforus yang paling banyak diguna bagipengawalan rumpai di dalam ladangkelapa sawit dan lain-lain kawasantanaman utama di Malaysia. Padaawalnya, produk ini dipasarkan de-ngan jenama Roundup dalam bentukformulasi garam isopropilamina (IPA)oleh Monsanto Co USA.Glifosat IPA dikategorikan dalam Ke-

las III (i.e. kesan keracunan yang ren-dah kepada hidupan mamalia) olehLembaga Racun Makhluk Perosak Ma-laysia. Secara amnya, glifosat IPA ber-tindak secara sistemik (melalui daun /akar / umbisi), tidak meruap, tidakselektif dan racun rumpai jenis pos-emergen tanpa residu. Ia bertindakdengan merencat metabolisma asidamino (aromatik) dalam tumbuhan.Glifosat sangat berkesan dalam me-ngawal rumpai jenis tahunan dan sa-ka, dan rumpai berdaun lebar ter-pilih.Pasaran racun rumpai jenis glifosat

adalah dianggarkan ~65.3% dari pa-saran global racun rumpai, yang di-anggarkan bernilai RM 28,315 juta se-tahun. Di Malaysia pula, jumlah ka-pasiti produk glifosat terjual adalahdianggarkan sebanyak 15 juta liter,yang dianggarkan bernilai sebanyakRM 250 juta setahun.Produk glifosat kebiasaannya meng-

guna bahan aditif pencergas serakan(atau adjuvan) bagi meningkatkan ke-berkesanan produk racun rumpai ter-sebut. Secara amnya, adjuvan dika-tegorikan kepada: i) Pengubah larutansemburan (spray modifier) bagi me-ningkatkan ciri-ciri membasah danmenyerak larutan semburan dengancara merendahkan tekanan permu-kaannya; ii) Adjuvan pencergas (ac-tivator adjuvant) bagi meningkatkanjerapan bahan aktif sistemik kedalamdaun / foliar, jadi akan meningkatkanaktiviti biologikal produk; dan iii) Lain-lain jenis pengubah (utility modifiers)seperti agen anti-buih, ko-pelarut dansebagainya. Dengan penggunaan ba-han-bahan adjuvan di dalam larutansemburan, racun rumpai dijangkakandapatmeningkatkan keberkesanan ba-han aktif glifosat per hektar, di sam-ping meluaskan spektrum aktiviti ra-cun rumpai di ladang-ladang.

Pembangunan Bahan Aditif Pen-cergas Serakan (atau Adjuvan) Ber-asaskan Bahan Sawit Dalam For-mulasi Racun Rumpai Glifosat IPAoleh MPOB-Ancom Crop Care SdnBhd (ACCSB)Sejak kebelakangan ini, penggunaanadjuvan berasaskan bahan petroleumatau lelemak haiwan seperti terbitan

amina etoksilat di dalam formulasiracun rumpai glifosat adalah terhadatau tidak dibenarkan di beberapanegara seperti Australia. Adjuvan-adjuvan konvensional tersebut bolehmeningkatkan gejala tidak elok sepertikesan keracunan kepada mata dankulit pengguna, dan kehidupan dalamair. Dengan ini, pembangunan danpenggunaan bahan adjuvan berasas-kanminyak sawit di dalam racun rum-pai glifosat, yang merupakan sebatiansemula jadi yang mesra alam, diha-silkan secara berterusan (renewable),mudah terurai, dan tidak mencemarpersekitaran adalah pilihan terbaik se-bagai alternatif bagi mengatasi isu-isukeracunan hidupan dalam air dan fak-tor keselamatan yang lebih baik ke-pada pekerja atau pengguna.Projek ini telah diilhamkan oleh Dr

Ismail Ab Raman, Pegawai PenyelidikPrinsipal, Bahagian Kemajuan Tekno-logi Oleokimia (AOTD), MPOB dan te-lah bekerjasama dengan syarikat An-com Crop Care Sdn Bhd (ACCSB), sya-rikat tempatan pengeluar produkagrokimia. Perjanjian bagi menjalan-

kan projek bersama ini telah ditan-datangani pada Seminar PemindahanTeknologi MPOB, Jun 2008. Pencarianbahan-bahan adjuvan terbitanminyaksawit yang bersesuaian sebagai pe-ngubah larutan semburan (spray mo-difier) dan adjuvan pencergas (acti-vator adjuvant) telah dijalankan didalam makmal AOTD, MPOB. Kajiankeberkesanan bahan adjuvan dalamracun rumpai glifosat IPA dan MA bagimengawal rumpai juga telah dijalan-kan di dalam rumah hijau, UniversitiPutra Malaysia (UPM), Serdang, Sela-ngor.

Pencapaian ProjekProses pencarian bahan adjuvan ter-bitan minyak sawit yang bersesuaiansebagai pengubah larutan semburan(spray modifier) dan adjuvan pencer-gas (activator adjuvant) telah dijalan-kan di dalam makmal, AOTD, MPOBdari Ogos 2008 hingga Julai 2009. For-mulasi-formulasi glifosat yang stabilini telah diuji keberkesananmengawalrumpai pada skala kecil di dalam ru-mah hijau, UPM dan di ladang dari

PALMOL GP1: Formulasi racun rumpai Glifosat Isopropilamina (IPA)mengandungi bahan pencergas serakan (adjuvan) berasaskan sawit

PROJEK KERJASAMA ANTARA MPOB-ANCOM CROP CARE SDN BHD (ACCSB)

D a t u k A m a rDouglas UggahEmbas s emasamelawat pameranproduk Palmol GP1di gerai pameranM P O B s e m a s aMICCOS 2013.

Bioefikasiladang bagiadjuvanberasassawit (MPOBS4000)dalamglifosat IPA41% keatasrumpai(gambarkiri) ladangsawit danladanggetah(gambarkanan) padai) 14 haridan ii) 28hari selepassemburan.

Sept. 2009 hingga Mei 2010. Kajiankeberkesanan mengawal rumpai padaskala kecil dan ladang menunjukkancampuran adjuvan berasaskan bahansawit (dipanggil sebagai MPOB S4000;10% (w/w)) di dalam formulasi glifosatIPA 41% merupakan formulasi yangterbaik bagi mengawal rumpai padaskala kecil dan di ladang kelapa sawit.MPOB-ACCSB telah bersetuju meng-

guna campuran adjuvan berasaskanterbitan sawit di dalam formulasi ra-cun rumpai glifosat IPA 41% untuktujuan pengkomersilan. Inovasi danformulasi produk ini telah dipindah-milik oleh MPOB kepada ACCSB padaSeminar Pemindahan TeknologiMPOB, Jun 2010. Produk ini telah di-daftarkan dengan Lembaga RacunMakhluk Perosak Malaysia pada 2011 –2012, dan dikategorikan sebagai KelasIV (i.e. kesan keracunan yang sangatrendah kepada hidupan mamalia).Produk ini telah diberi jenama “PAL-MOL GP1” dan dilancarkan di “Ma-laysia International Commodity Con-ference and Showcase (MICCOS)”,MAEPS, Serdang, Selangor pada 24

hingga 27 Oktober 2013.

Sumbangan Racun Rumpai Glifo-sat Mengandungi Bahan Aditif Pen-cergas Serakan (atau Adjuvan) Ber-asaskan Minyak Sawit kepada Eko-nomi dan Alam SekitarProduk racun rumpai glifosat bera-saskan bahan sawit ini dapat memberiimpak yang besar terhadap sektor eko-nomi dan sosial bagi industri sawit,oleokimia, kimia pertanian, sektor per-tanian dan perladangan di Malaysiadan Global kerana berpotensi dieks-port ke negara-negara seperti di AsiaTenggara dan Asia Pasifik, di sampingpengkomersilan produk ini di pasarantempatan.Produk ini adalah mesra pengguna

(kurangkan atau tiada langsung ma-salah-masalah kesihatan) dan mesraalam (mudah terurai, tidak mudahterbakar). Produk ini juga adalah ber-sifat mampan (sustainable) denganpenghasilan bahan oleokimia yangberterusan daripada terbitan minyaksawit oleh syarikat-syarikat oleokimiatempatan dan/atau luar negara.

Produk ‘PALMOL GP1’ hasilkerjasama antara MPOB-ACCSB

Oleh Dr Ismail Ab [email protected]

Produk-produkkonvensionalracun rumpaijenis glifosatyang terdapatdi pasaran.

Page 7: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 20138 SABTU 9 NOVEMBER 20138

Perkasa modal insan teras utama DKN» Terus pastikansektor komodititerus berkembang,bantu pacuekonomi negara

Oleh Che Johari [email protected]

Serdang

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Amar Douglas Ug-

gah Embas, berkata membangundan memperkasakan modal in-san di sektor komoditi adalahteras utama Dasar Komoditi Ne-gara (DKN).

Ia perlu berupaya direalisasi-kan menjelang tahun 2020 bagimemastikan sektor komoditi te-rus berkembang dan menyum-bang kepada kemajuan ekonominegara, terutamanya melalui pe-ningkatan hasil eksport komoditiutama negara yang terdiri da-ripada sawit, getah, kayu-kayan,koko, lada dan kenaf.

Beliau berkata demikian se-waktu berucap merasmikan maj-lis Penganugerahan Sijil IMPACkali ke-4 sempena Persidangan

dan Pameran Komoditi Antara-bangsaMalaysia (MICCOS) 2013 diTaman Ekspo Pertanian MalaysiaSerdang (MAEPS), baru-baru ini.

Lahir tenaga kerja mahirKatanya, penubuhan Institut Per-ladangan dan Komoditi Malaysia(IMPAC) oleh Kementerian Peru-sahaan Perladangan dan Komo-diti (MPIC) sebagai pusat latihanbersepadu yang bertanggungja-

wabmelahirkan tenaga kerja ma-hir dan separa mahir di sektorkomoditi adalah tepat pada masabagi merealisasikan teras utamaDKN.

Teks ucapan beliau dibacakanKetua Setiausaha KementerianPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Datin Paduka NurmalaAbdul Rahim.

“Kursus dan latihan yang di-anjurkan IMPAC akan mencetus

idea dan menarik minat bagi go-longan belia tempatan yang se-dang mencari pekerjaan untukmenceburi kerjaya dalam sektorkomoditi secara serius,” katanya.

Pertingkat pengetahuanBanyak kursus dan latihan yangditawarkan itu berupayamening-katkan pengetahuan dan kema-hiran peserta melalui pengguna-an teknologi tinggi.

“Langkah ini sekali gus akanmengurangkan kebergantungannegara kepada buruh asing danpada masa yang sama mampumelahirkan pekerja tempatanyang lebih berdaya saing di da-lam pasaran kerja terutama disektor komoditi,” katanya.

Antara kursus yang ditawar-kan adalah Kursus Operator Me-kanisasi Ladang bagi sektor sawit,Kursus Pengurusan Ladang Ge-tah, Kursus Sijil Teknologi Getah,Kursus Pemprosesan SMR & Kan-dungan Getah Kering dan KursusTeknologi Penuaian Lateks bagisektor getah.

Sektor koko pula menawarkanKursus Asas dan lanjutan Pem-bangunan Usahawan Coklat Bua-tan Tangan manakala sektor ladadan kenaf menawarkan KursusTeknologi Pengeluaran Lada danKursus Asas Penanaman, Kawa-lan dan Pemprosesan Kenaf.

Pada majlis itu, Datin PadukaNurmala turutmenyampaikan si-jil kepada 377 peserta yang ber-jaya menamatkan kursus anju-ran IMPAC sepanjang tahun2013.

Turut hadir Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen Maymerangkap Pengerusi LembagaPemegang Amanah IMPAC, Ke-tua-ketua Pengarah agensi danKetua Pegawai Eksekutif IMPAC,Dr Chan Kook Weng.

32 pasukan sertaiB10 Diesel Drive

Ketua SetiausahaKementerianPerusahaanPerladangan danKomoditi, DatinPaduka NurmalaAbdul Rahimmenyampaikansijil IMPACkepada pesertapada majlisPenyampaian SijilIMPAC, Turutkelihatan KetuaPengarah MPOB,Datuk Dr ChooYuen May (kanan)dan Ketua PegawaiEksekutif IMPAC, DrChan Kook Weng.

Oleh Noor AsmawatiAbdul [email protected]

Bangi: Lebih 100 peserta dari-pada 32 pasukan pelbagai jabatankerajaan, syarikat milik kerajaandan pihak media menyertai prog-ram B10 Diesel Drive anjuranMPOB yang diadakan sempenaMalaysia International Commo-dity Conference and Showcase(MICCOS) 2013.MICCOS adalah program dwi-

tahunan anjuran KementerianPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC) dan merupakanacara yang menggabungkan se-mua komoditi di Malaysia iaitusawit, getah, kayu-kayan, koko,lada, kenaf, tembakau dan sagu.Peserta program pencarian ha-

rian karun berkenaan dilepaskanoleh Ketua Pengarah MPOB, Da-tuk Dr Choo Yuen May di IbuPejabat MPOB, manakala pe-nyampaian hadiah kepada peme-nang disempurnakan oleh KetuaSetiausaha MPIC, Datin PadukaNurmala Abdul Rahim.Programberkenaanmelalui ka-

wasan sekitar Banting, Klang danShah Alam dan berakhir di Ta-man Ekspo Pertanian MalaysiaSerdang (MAEPS), Selangor.Semua kenderaan yang me-

ngambil bahagian dalam prog-ram tersebut menggunakan ba-han api B10 iaitu adunan 10 pe-ratus biodiesel sawit dan 90peratus diesel petroleum.Biodiesel sawit adalah bersih

dan merupakan bahan api bolehdiperbaharui serta alternatif ke-pada semua kenderaan berenjindiesel.Program B10 Diesel Drive ada-

lah antara langkah kerajaan bagimemberi kesedaran serta pen-dedahan kepada masyarakatumum mengenai industri biodi-esel serta pelaksanaan penggu-naan B10 di negara ini.Program ini juga adalah salah

satu komitmen kerajaan ke arahpenggunaan tenaga bio yangmesra alam bagi menjamin ke-lestarian alam sekitar.Sementara itu, MPOB turutme-

nganjurkan beberapa acara lainsempenaMICCOS 2013 seperti de-monstrasi dan pertandingan ta-tarias menggunakan kosmetikberasaskan sawit.

Acara lain yang turut menarikpenyertaan pengunjung PavilionMPOB sempena MICCOS ialahpertandingan gubahan menggu-nakan bahan-bahan sawit, per-tandingan ‘treasure hunt’ mini,pertandingan meneka buah sa-wit dan kuiz berkaitan biodieselsawit.Para pengunjung turut teruja

menyertai pertandingan fotogra-fi yang julung kali diadakan de-ngan penyertaanmelebihi 180 ke-ping gambar.Di samping menawarkan ha-

diah menarik melalui pertan-dingan yang diadakan, pengun-jung pavilion MPOB turut diberipendedahan mengenai teknolo-gi MPOB yang sedia untuk di-

komersialkan serta demonstrasipenggunaan produk hasil pe-nyelidikan MPOB seperti kosme-tik berasaskan sawit, minyak li-lin urutan serta mencuba pel-bagai makanan berasaskansawit.Pavilion MPOB dikunjungi le-

bih 6,000 orang sepanjang MI-CCOS 2013 berlangsung.

Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim (dua dari kiri) bersama Datuk Dr Choo Yuen May (kiri) semasapenyampaian hadiah kepada pemenang ‘B10 Diesel Drive’ sempena MICCOS 2013.

Page 8: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

9 NOVEMBER 2013 SABTU 9

Forum peluang bisnes MPOB dapat sambutan

» Pensijilanpastikan pekebunkecil bersedialaksana amalanpertanian baik

Penceramah yang terdiri daripada wakil SME CorporationMalaysia, Hj Hashim Ismail, dan syarikat AsaPalmilk (M) Sdn Bhd,Dato’ Shaari Mat Jihin (dua dari kiri) bersama pemudahcara, AhmadZafri Zawawi (kiri) dan Ketua Unit Perlaksanaan Korporat dan KhidmatNasihat, Arif Simeh (kanan) semasa sesi forum peluang bisnes teknologiMPOB.

Oleh Noor AsmawatiAbdul [email protected]

Serdang

Kelompok Sawit Mampan –Sustainable Palm Oil Clus-ter (SPOC) Beluran, Sabah

diiktiraf sebagai penerima per-

tama sijil ‘Roundtable Sustainab-le Palm Oil’ (RSPO) di Malaysiadalam satu majlis penyampaianyang diadakan sempena SeminarPekebun Kecil Sawit anjuranMPOB di sini, baru-baru ini.Penyampaian sijil disempurna-

kan oleh Pengerusi MPOB, Dato’Ar. Wan Mohammad Khair-il WanAhmad ketika majlis perasmianseminar berkenaan.Ketika berucap merasmikan se-

minar tersebut, Dato’WanKhair-ilberkata di bawah program SPOC,pekebun kecil akan dibimbing de-ngan amalan peningkatan pro-duktiviti dan penggunaan bahantanaman sawit yang berkualiti se-laras amalan serta kriteria pen-sijilan minyak sawit mampan.“Matlamat penubuhan SPOC

bagi melaksanakan pensijilanAmalan Pertanian Baik (GAP)yang dilaksanakan oleh MPOB.“Pensijilan GAP dilaksanakan

secara individu dan merupakanpensijilan asas kepada pekebunkecil sebelum pensijilan CoP danRSPO bagi memastikan pekebunkecil bersedia dengan pelaksana-an amalan pertanian baik.

Pensijilan sawit mampanKatanya, pembabitan pekebunkecil GAP adalah pendekatan

penting ke arah pensijilan sawitmampan yang sekaligus akanme-nyumbang kepada peningkatandaya saing industri sawit.“Ini seterusnya akan memenu-

hi permintaan minyak sawitmampan di pasaran antarabang-sa yang semakin meningkat.Menurutnya lagi, penubuhan

Koperasi Penanam Sawit Mam-pan (KPSM) adalah salah satukomponen penting dalam prog-ram SPOC.“KPSM akan menyatukan pe-

kebun kecil untuk menjalankanaktiviti ekonomi dan kebajikanberasaskan perusahaan sawit.Katanya, antara aktiviti yang

dilaksanakan ialah jualan buahtandan segar secara berkelom-pok. Pendekatan ini bertujuanuntukmemberi pulangan terbaikterhadap pengeluaran hasil dankualiti buah tandan segarmelaluiamalan pertanian baik.Menurutnya, sehingga Oktober

lalu, sebanyak 27 KPSM ditubuh-kan oleh MPOB di seluruh negara.

SPOC Beluranpenerima sijilRSPO pertama

Oleh Suraya [email protected]

Serdang: Forum peluang pernia-gaan atau Business OpportunitiesTalk bagi teknologi MPOB yangdiadakan sempena Malaysia In-ternational Commodity Confe-rence and Showcase (MICCOS)2013 pada 25 Oktober 2013 men-dapat sambutan menggalakkan.

Seramai 39 usahawan menyer-

tai forum ini yang terdiri dari-pada pelbagai cabang perniagaanterutama usahawan yang meng-hasilkan produk berasaskan sa-wit dan menggunapakai tekno-logi hasil penyelidikan MPOB.

Forum ini diadakan khas bagimemberi peluang kepada pe-ngunjung MICCOS bersama pe-serta berbincang dan berkongsimaklumat mengenai peluangperniagaan dan pengkomer-sialan produk berasas sawit.

Ia dianjurkan bersama SMECorporation Malaysia dan syari-kat AsaPalmilk (M) Sdn Bhd iaitusyarikat yang sudah berjayamengkomersialkan teknologi danproduk hasil penyelidikan MPOB.Tiga penceramah diundang bagimenjayakan forum berkenaan.

Ketua Unit Pelaksanaan Kor-porat dan Perundingan MPOB,Mohd Ariff Simeh menjelaskanbahawa MPOB adalah sebuah pu-sat penyelidikan berkaitan sawit

terbesar dalam negara dan di pe-ringkat global.

Sehingga kini, MPOB sudahberjaya menghasilkan lebih 500penemuan baru hasil penyelidi-kan. Teknologi dan inovasi pe-nemuan baru itu sudah bersediauntuk dikomersialkan oleh usa-hawan yang berminat termasuk-lah usahawan dari PerusahaanKecil dan Sederhana (PKS).

MPOB sedia beri bantuanBeliau berkata, MPOB melaluiUnit Pelaksanaan Korporat danPerundingan bersedia memberibantuan, panduan dan khidmatnasihat yang boleh membantuusahawan dalam membina per-niagaan dengan menggunapakaiteknologi, inovasi dan produkberasas sawit.

Penceramah kedua, PengurusKanan daripada Bahagian Soko-ngan dan Nasihat Perniagaan,SME Corporation Malaysia mem-beri penerangan tentang prog-ram yang disediakan oleh kera-jaan terutamanya SME Corpora-tion dalam melatih usahawanPKS dan kemudahan kewanganserta dana yang telah disediakankerajaan dalam membantu PKSmenjalankan perniagaan.

Sebuah syarikat PKS yang ber-jaya mengkomersialkan teknolo-gi MPOB iaitu AsaPalmilk (M) SdnBhd juga dijemput berkongsi pe-ngalaman, cabaran dan kisah ke-jayaan dalam perniagaan.

Syarikat itu mengkomersial-kan produk sapuan coklat yangberasaskan sawit hasil inovasidan penyelidikan MPOB.

PengerusiMPOB, Dato’Ar. WanMohammadKhair-il WanAhmadmenyampaikansijil RSPOkepada wakilSPOC Beluran.Turut kelihatanDatuk Dr ChooYuen May (duadari kiri) danPengurus JualanBritish StandardInstitute (BSI),Evelyn Chye(kiri).

Page 9: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 201310

ILUC: Dasar gugat kerjasama duahala Malaysia, Kesatuan Eropah» Pakar sainskritik teori mayaILUC, keputusankajian kesanpenggunaantanah berbeza

Desakan supaya kepenti-ngan pasaran hasil perta-nian tempatan dilindungi

berjaya membayangi hasrat pe-ngenalan polisi Tenaga Yang Bo-leh Diperbaharui (RED) di Kesa-tuan Eropah. RED kini dilihatmenjadi alat perlindungan per-dagangan yang dicipta untuk me-lindungi kepentingan pasaranminyak sayuran tempatan kera-na ia mendiskriminasikan sum-ber tenaga yang boleh diperba-harui yang diperbuat daripadaminyak sayuran lain yang lebih

murah dan lebih baik sepertiyang terjadi ke atas bahan bakarbio berasaskan minyak sawit.RED bukan lagi merupakan da-

sar alam sekitar atau tenaga yangmampan sebaliknya sebuah da-sar yangmenggugat perdaganganbebas.Pada 10 September lalu, Par-

limen Eropah mengundi ke atassatu pindaan baru di dalam RED.Corinne Lepage, Ahli ParlimenEropah dari Perancis, mengetuaikempen untuk memperkenalkankriteria baru yang dikenali se-bagai Perubahan Penggunaan Ta-nah Secara Tidak Langsung (In-direct Land Use Change atauILUC) di dalam RED.

Teori ILUC dikritikILUC adalah satu teori alam se-kitar yang mengaitkan penggu-naan tanah pertanian di sesuatutempat untuk menghasilkan ba-han bakar bio dengan pelepasan

gas rumah hijau di tempat lainyang tidak dapat dipastikan lo-kasinya. Teori ini dikritik hebatoleh ahli sains dan ahli akademikdari seluruh dunia seperti di be-nua Amerika, Asia, Amerika La-tin dan Eropah sendiri.ILUC adalah satu

teori maya yang ti-dak boleh dilihatatau dikira dan olehitu adalah mustahiluntuk diterima pa-kai.Ya, ia adalah mus-

tahil tetapi pihakberkaitan di Kesatu-an Eropah (EU) ma-sih cuba melakukan-nya. Suruhanjaya Kesatuan Ero-pah melakukan beberapa kajianuntuk mencari formula pengira-an terbaik bagi mengira kesan-kesan beberapa jenis bahan ba-kar bio ke atas ILUC.Hasil kajian ini didapati sangat

memalukan terutamanya kepadaKesatuan Eropah sendiri. Setiapkajian mereka memberi keputu-san yangberbeza sama sekali. Adadi antaranya tidak dapat menge-sahkan sama sekali sama ada se-suatu tanaman itu akanmemberi

kesan yang positifatau negatif kepadaILUC. Ini dengan je-lasmenunjukkanba-hawa ILUC tidak bo-leh dinilai dengan te-pat.Pakar sains me-

nyedari bahawa se-suatu yang tidak bo-leh dilihat atau di-ukur seperti ILUC

perlu bergantung kepada modeltertentu untuk tujuan kuantitatif(pengiraan). Model ini yang ke-banyakannya dihasilkan melaluiprogram komputer yang canggihsebaliknya bergantung kepadapakar perisian yang menetapkanparameter tertentu di dalam mo-del mereka.

Prejudis tersendiriMereka ini sudah tentu mem-punyai prejudis tersendiri dan iniakan memberi impak yang besarke atas sebarang keputusan yangdihasilkan daripada model ini.Model sebegini bukan saja tidakberlaku adil tetapi juga mena-fikan kaedah pengiraan saintifikyang telus. Oleh yang demikian,ia tidak layak digunakan teru-tama di dalam merangka dasarkerajaan.MEP Lepage berhasrat mem-

perkenalkan kriteria ILUC ini didalam RED kerana beliau sedarILUC boleh dimanipulasi untukmendiskriminasi minyak sawit.Ini kerana, minyak sawit adalahlebih baik dan lebih murah ber-banding pesaingnya di KesatuanEropah.Tidak hairanlah dengan sikap

sebegini serta pendekatan yangtidak munasabah kepada penge-nalan undang-undang baru, be-berapa negara mula mengambiltindak balas dengan mencabardasar tenaga Kesatuan Eropahyang boleh diperbaharui ini dibawah peraturan PertubuhanPerdagangan Sedunia - Argentinamemfailkan aduan rasmi terha-dap Kesatuan Eropah mengenaiisu ini di Geneva.Kesatuan Eropah selalu dilihat

sebagai peneraju kepada amalanperdagangan bebas tetapi tinda-kan MEP Lepage mengenai isuILUC ini tidak mencerminkan-nya.Di satu pihak terdapat seke-

lompok NGO pro alam sekitartermasuk Greenpeace dan Frien-ds of the Earth yang menjadipenyokong kuat MEP Lepage ser-ta konsep ILUC yang berat se-belah dan tidak berasaskan sains

ini manakala di pihak yang lainpengeluar bahan bakar bio sertakomuniti ahli sains menentangpelaksanaan konsep ILUC ini.Dalam beberapa bulan lepas

saja, banyak hasil kajian terbarudi Amerika Syarikat, Perancis,Jerman, Sweden, Denmark danBrussels sendiri didedahkan dankesemuanya menunjukkan baha-wa ILUC tidak sah di sisi undang-undang dan tidak harus diserap-kan ke dalam RED.Ia bukan kali pertama minyak

sawit terperangkap dalam per-balahan antara ahli sains danNGO – kempen menentang mi-nyak sawit di Eropah bukanlahsesuatu yang baru. Kali ini pi-lihannya adalah jelas.Pertama, ahli Parlimen Eropah

boleh mengundi untuk meneri-ma pakai dasar ILUC yang belumteruji sepenuhnya, tidak tepat,tidak saintifik dan mungkin akanmenyebabkan mereka tewas didalam perbicaraan di Pertubu-han Perdagangan Sedunia.Atau, mereka boleh mengundi

menolak dasar ILUC lalu menga-lu-alukan penggunaan biodieselsawit dan bahan-bahan bakar biolain yangmembantumengurang-kan pelepasan gas rumah hijau,menangani isu perubahan iklimdunia, meningkatkan kecekapanpenggunaan tanah serta mengu-rangkan penggunaan bahan apifosil di negara-negara mereka.Penggunaan minyak sawit se-

bagai bahan bakar bio mampumemberi manfaat yang besar ke-pada Kesatuan Eropah sepertimana ia bermanfaat kepada Ma-laysia. Ini hanya akan menjadirealiti sekiranya ahli-ahli politikKesatuan Eropah berpandanganjauh dan tidak dibelenggu de-ngan manfaat-manfaat jangkamasa pendek hasil daripada lang-kah-langkah melindungi kepen-tingan perdagangan minyak sa-yuran mereka dan kesan dari-pada kempen-kempen antiminyak sawit yang dipeloporioleh NGO.Apa yang mereka perlu laku-

kan ialah menolak ILUC danmenggantikannya dengan satudasar baru tenaga yang bolehdiperbaharui yangmantap,wajardan bermanfaat untuk jangkamasa yang panjang.

Artikel ini telah disuntingdaripada artikel asal Tan SriDatuk Dr Yusof Basiron,Ketua Pegawai EksekutifMajlis Minyak SawitMalaysia yang bertajuk,ILUC – An unscientific policythat will hurt EU-Malaysiabilateral relations. Silalayari www.ceopalmoil.comuntuk mendapatkan salinanasal artikel ini.

Page 10: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

9 NOVEMBER 2013 SABTU 11

MICCOS dedahsumbangansektor komoditi

Peraduan mengarang esei Berita Sawit Bulan November 2013

Dalam dunia yang dilingkarikemajuan sains dan tekno-logi ini, pameran dan per-

sidangan merupakan platformyang penting bagi memperkenal-kan produk dan perkhidmatan ba-haru. Sebagai contoh, Malaysia In-ternational Commodity Conferen-ce and Showcase (MICCOS) yangjuga merupakan acara bagi pame-ran dan persidangan antarabangsakomoditi Malaysia dalam memper-kenalkan produk-produk berasas-kan sawit, getah, koko, tembakau,kayu-kayan, lada dan kenaf. Sebe-lum ini MICCOS yang dianjurkanbuat pertama kalinya oleh Kemen-terian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC) pada tahun2005 dikenali sebagai Minggu Ko-moditi. Namun begitu ia dijena-makan semula sebagai MICCOSpada tahun 2007 dan kekal sehing-ga kini.Penganjuran MICCOS bukan sa-

haja bagi memperkenalkan produkkomoditi tetapi ia juga bertujuanmempamerkan pembangunan tek-nologi dan inovasi terkini, aktivitihuluan hingga hiliran dalam sektorkomoditi. Disamping itu, pengan-jurannya juga menyediakan pelu-ang jaringan perniagaan di kala-ngan penggiat utama industri ko-moditi di dalam dan luar negara.Selain itu, program tersebut mem-bantu dalam mempromosi usahasama di kalangan penggiat industrikomoditi dengan agensi sepertiMPOB, MPOC, MTC dan agensi lainyang berkaitan. MICCOS jugameng-galakkan pertukaran idea dan per-bincangan dengan menemukan pi-hak berkepentingan dalam sektor

ini seperti pekebun kecil, syarikatswasta serta agensi yang berkaitrapat dalam industri komoditi ini.Oleh itu, pada tahun 2013, MPIC

meneruskan penganjuran pamerandan persidangan antarabangsa ko-moditi Malaysia buat kali kelimapada 24 hingga 27 Oktober 2013bertempat di Taman Ekspo Perta-nian Malaysia Serdang (MAEPS), Se-langor. ProgramMICCOS diteruskankerana impak program MICCOSyang dianjurkan sebelumnya telahberjaya menghebahkan maklumatmengenai peranan dan sumbangansektor perladangan dan komoditi.Sumbangan ini membantu pertum-buhan ekonomi negara serta pe-luang yang diterokai dalam sektorkomoditi bagi menjana sumberpendapatan baru negara.Pada waktu sama, MICCOS juga

menjadi platform pihak kemente-rian untuk menghebahkan pene-muan terbaru hasil penyelidikandan pembangunan (R&D) yang di-jalankan oleh institusi penyelidikandi bawah MPIC untuk diguna pakaibagi meningkatkan kecekapan danpengeluaran, seterusnya mengekal-kan daya saing sektor komoditi ne-gara. Melalui program ini juga, sek-tor komoditi mempunyai banyakpeluang dan potensi yang bolehditerokai dan dibangunkan untukmenghasilkan produk yang mem-punyai nilai tambah yang tinggi dan

berkualiti untuk pasaran tempatandan luar negara.MICCOS secara tidak langsung

akan menggambarkan hala tujusektor komoditi dan sumbangan-nya kepada pertumbuhan ekonominegara selaras dengan matlamatDasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020. Di samping itu, perkara lainyang turut diberi penekanan ialahaspek konservasi alam dalam me-mastikan kelestarian alam yang se-imbang. Padamasa sama, pameranini turut mendedahkan mengenaifungsi dan peranan MPIC dalammemajukan lagi sektor komoditikepada masyarakat umum.MICCOS turut mengajak pengun-

jungmerasai danmenyertai sendiriaktiviti yang disediakan seperti Se-minar Pekebun Kecil yang akanmembincangkan mengenai per-kembangan terkini sektor perlada-ngan dan komoditi yang dihadirioleh pekebun kecil dari seluruhnegara. Terdapat juga seminar ber-kaitan pemindahan teknologi danperkembangan pasaran yang di-adakan oleh agensi dan majlis dibawah MPIC. Selain itu, programtemuduga terbuka kepada calonyang sedang mencari pekerjaan da-lam sektor perladangan dan ko-moditi turut diadakan. Di sampingitu, pengunjung juga boleh me-nyertai program pemadanan per-niagaan berkonsepkan ‘govern-ment to bussines’ dan ‘bussines tobussines’ yang melibatkan agensikerajaan, swasta dan usahawantempatan dan luar negara. Tidakketinggalan juga, program sampi-ngan yang membabitkan pertan-dingan dan demonstrasi di pame-ran yang disediakan oleh agensidan majlis di samping jualan pro-duk berasaskan komoditi.Secara keseluruhannya, MICCOS

merupakan medium bagi pelbagaipihak yang terlibat dalam sektorhuluan hingga hiliran sektor ko-moditi. Sektor komoditi menyedia-kan ruang dan peluang bagimeraihkeuntungan dan meningkatkanpendapatan individu yang seterus-nya menyumbang kepada pening-katan pendapatan negara.

PEMENANG PERTAMANur Habibah Norman (No. K/P:

970401-10-6760)Sek. Agama Menengah Hisamud-din, Jalan Tepi Sungai, SungaiBertih, 41100 Klang, Selangor

PERADUAN ini terbuka kepadapelajar sekolah menengah di

seluruh negara. Karangan adalahmengenai industri sawit negaradan antarabangsa dan ditulis ta-ngan berpandukan tajuk yang di-berikan di bawah:

Tajuk: “Koperasi Penanam Sa-wit Mampan bantu tambahpendapatan pekebun kecil sa-wit. Bincangkan”.

Peraduan Mengarang Esei BeritaSawit terbuka kepada semua pe-lajar sekolah menengah Tingkatan1 hingga 5.

Tiga pemenang utama setiap bu-lan akan menerima;Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjayamendapat tem-

pat pertama akan disiarkan dalamBerita Sawit keluaran bulan Julai2013 akan datang.

Syarat Penyertaan:1. Terbuka kepada pelajar sekolah

menengah tingkatan 1 hingga 52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh,

alamat sekolah, alamat rumah,nombor kad pengenalan, nombortelefon dan sertakan sekeping gam-bar berukuran pasport (sekiranyaada)4. Keputusan juri adalah muk-

tamad5. Tarikh tutup penyertaan ialah

pada 21 November 20136. Hantarkan penyertaan ke alamat:Peraduan Mengarang Esei Be-

rita SawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Sa-

mad (Unit Perhubungan Awam)

Keputusan Peraduan MengarangEsei Berita Sawit Bulan Oktober 2013

Pemenang:Hadiah PertamaNur Habibah Norman(No. K/P: 970401-10-6760)Sek. Agama Menengah Hisamud-

din Jalan Tepi Sungai, Sungai Ber-tih, 41100 Klang, Selangor

Hadiah KeduaNurul Syakirah S. Daud(No. K/P: 971114-08-2362)SMK Doktor Burhanuddin58, Jalan Raja Sulong,Kampung Boyan,34000 Taiping, Perak

Hadiah KetigaTiada pemenang

Page 11: MPIC ko mit ed pacu indus tri ko mo diti · te rima anug erah M POB International Pa lm Oil Congress (PIPO C) adalah program dwi tahunan ya ng dianjurka n Lembaga Minya k Sawit Malays

SABTU 9 NOVEMBER 201312

Datuk Amar DouglasUggah Embas (tengah),

Pengerusi Lembaga Kenafdan Tembakau Negara

(LKTN), Datuk Noor ZahidiOmar (empat dari kanan),

Datin Paduka NurmalaAbdul Rahim (lima darikiri) dan Datuk Dr ChooYuen May, (empat dari

kiri) bersama ketua-ketuapengarah agensi di bawahKementerian PerusahaanPeladangan dan Komoditi

(MPIC) semasa di garispenamat bagi acara B10

Biodiesel Drive anjuran MPOBsempena MICCOS 2013.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga dari kiri) bersama Datuk Dr James Dawos Mamit(tiga dari kanan) memotong kek semasa melawat ‘Sudut Produk Makanan BerasasSawit’ di Pavilion Pameran MPOB sempena MICCOS 2013. Turut kelihatan isteri MenteriPerusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Amar DoreenMayang (dua dari kiri), DatinPaduka Nurmala Abdul Rahim (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah(Penyelidikan dan Pembangunan) MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din (kanan).

Datuk AmarDouglas Uggah Embas (belakang, berdiri dua kanan)menyaksi Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen May dan Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Abd Latif Mohmodmenandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama penyelidikan diantara MPOB dan FRIM. Turut kelihatan, Pengerusi MPOB, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anwar Wan Ahmad (belakang, dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha MPIC, M.Nagarajan (belakang, kanan).

Menteri PerusahaanPerladangan dan

Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas

(tujuh dari kanan)bergambar bersamapemenang-pemenang

Anugerah IndustriKomoditi 2013.

Ketua SetiausahaKementerianPerusahaanPerladangan danKomoditi, DatinPaduka NurmalaAbdul Rahimsemasa melancarkanproduk Palmol GP1.Turut kelihatanKetua PengarahMPOB, Datuk DrChoo Yuen May (kiri),Pengerusi AncomCrop Care Sdn Bhd(ACCSB), HjShamsudin Basri(dua dari kanan) danPengarah UrusanACCSB, Abdul LatifMahmud (kanan).

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May mengadakan perbincanganbersama Pesuruhjaya Tinggi Solomon Island, Victor Samuel Ngele semasakunjungannya di Ibu Pejabat MPOB, baru-baru ini.