motif

2
Motif & Corak MOTIF DAN CORAK Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas. Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi. Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah. Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak ‘tartan’ atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak yang

Upload: lenny-mangai

Post on 09-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Motif

TRANSCRIPT

Page 1: Motif

Motif & Corak MOTIF DAN CORAK

 Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak

terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari

segi penciptaan ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling

sederhana. Ragamhiasnya hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif

berselitkan benang emas.

 Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-

warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang

sering digunakan ialah kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut,

hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas

yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil,

bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang

terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas

iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus

yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau

selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi.

 Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang

sederhana tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil

jika dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan

sebagai latar ialah hijau atau merah.

 Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang

melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai

tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan

corak ‘tartan’ atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai.

Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang, mata

bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak yang

terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas

hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan.