motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

15
MOTIF DAN HIASAN CINA DALAM DEKORASI DALAMAN MASJID: KAJIAN TERHADAP MASJID TUA DI MELAKA PADA AWAL ABAD KE-18 Syaimak Ismail, Abdullah Yusof, Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim PENGENALAN Seni bina dan reka bentuk bangunan sentiasa berkembang serta berlaku di seluruh dunia dan faktor perkembangan seni bina ini adalah disebabkan beberapa situasi yang melibatkan faktor persekitaran. Kehidupan manusia di dunia ini adalah selaras dengan pertumbuhan alam dan manusia sama sekali tidak terlepas daripada putaran alam yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Hukum-hukum alam inilah yang berperanan untuk membentuk tingkahlaku manusia termasuklah kebudayaan serta tatacara kehidupan. Maka kebudayaan turut membantu manusia bagi menghasilkan satu seni bina dan reka bentuk yang berkembang sehingga ke hari ini sejalan dengan perkembangan pemikiran manusia (Rini Trisulowati, 2008). Masjid merupakan suatu lambang keagungan bagi umat Islam seantero dunia. Kebesaran Islam ini masih kekal sebagai pusat perkembangan umat samaada di dunia mahupun di Barat (Nash Rahman, 1998). Masjid juga turut menjadi sebuah monumen penting bagi umat Islam menjalani ibadah dan bangunan masjid bukan sekadar seni bina semata-mata atau cuma boleh dipandang pada bentuk fizikal dan visual sahaja tetapi di dalamnya mengandungi segala bentuk kegiatan dalam melaksanakan syariat Islam (Abdul Rochym, 1983). Masjid-masjid ini tampil dengan gaya seni binanya yang tersendiri serta lengkap dengan bentuk, gaya dan corak yang pelbagai mengikut kehidupan, adat resam serta latar belakang manusia yang menciptakannya (Abdul Rochym, 1983). Selain itu, penguasa turut menjadi faktor kepada perkembangan seni bina. Hal ini kerana para pemerintah seringkali mengarahkan pembinaan masjid yang mewah bagi menonjolkan pengaruh seorang ketua untuk melihatkan kekayaan serta kekuasaan seorang terutamanya apabila sebuah negara Islam itu mencapai tahap yang memberangsangkan (Abdul Rochym, 1983). Apa yang menentukan nilai serta kualiti seni bina suatu bangunan itu adalah melalui kebudayaan sesuatu bangsa mengikut cita rasa dan keinginan bangsa tersebut (Abdul Rochym, 1983).

Upload: vuongnhan

Post on 21-Dec-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

MOTIF DAN HIASAN CINA DALAM DEKORASI DALAMAN

MASJID: KAJIAN TERHADAP MASJID TUA DI MELAKA

PADA AWAL ABAD KE-18

Syaimak Ismail, Abdullah Yusof, Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim

PENGENALAN

Seni bina dan reka bentuk bangunan sentiasa berkembang serta berlaku di seluruh dunia dan

faktor perkembangan seni bina ini adalah disebabkan beberapa situasi yang melibatkan

faktor persekitaran. Kehidupan manusia di dunia ini adalah selaras dengan pertumbuhan

alam dan manusia sama sekali tidak terlepas daripada putaran alam yang telah ditetapkan

Allah s.w.t. Hukum-hukum alam inilah yang berperanan untuk membentuk tingkahlaku

manusia termasuklah kebudayaan serta tatacara kehidupan. Maka kebudayaan turut

membantu manusia bagi menghasilkan satu seni bina dan reka bentuk yang berkembang

sehingga ke hari ini sejalan dengan perkembangan pemikiran manusia (Rini Trisulowati,

2008).

Masjid merupakan suatu lambang keagungan bagi umat Islam seantero dunia. Kebesaran

Islam ini masih kekal sebagai pusat perkembangan umat samaada di dunia mahupun di Barat

(Nash Rahman, 1998). Masjid juga turut menjadi sebuah monumen penting bagi umat Islam

menjalani ibadah dan bangunan masjid bukan sekadar seni bina semata-mata atau cuma

boleh dipandang pada bentuk fizikal dan visual sahaja tetapi di dalamnya mengandungi

segala bentuk kegiatan dalam melaksanakan syariat Islam (Abdul Rochym, 1983).

Masjid-masjid ini tampil dengan gaya seni binanya yang tersendiri serta lengkap dengan

bentuk, gaya dan corak yang pelbagai mengikut kehidupan, adat resam serta latar belakang

manusia yang menciptakannya (Abdul Rochym, 1983). Selain itu, penguasa turut menjadi

faktor kepada perkembangan seni bina. Hal ini kerana para pemerintah seringkali

mengarahkan pembinaan masjid yang mewah bagi menonjolkan pengaruh seorang ketua

untuk melihatkan kekayaan serta kekuasaan seorang terutamanya apabila sebuah negara

Islam itu mencapai tahap yang memberangsangkan (Abdul Rochym, 1983). Apa yang

menentukan nilai serta kualiti seni bina suatu bangunan itu adalah melalui kebudayaan

sesuatu bangsa mengikut cita rasa dan keinginan bangsa tersebut (Abdul Rochym, 1983).

Page 2: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

PENGERTIAN MASJID

Seni bina Islam adalah sebahagian daripada kebudayaan Islam dan manusia membinanya

dengan tujuan untuk memenuhi kehendak manusia yang merangkumi aspek rohani dan

jasmani.Oleh itu, seni bina Islam berperanan sebagai bangunan-bangunan yang didirkan bagi

menampung aktiviti manusia untuk mecapai keimanan kepada Allah s.w.t. (Abdul Rochym,

1983). Menurut Gazalba perkataan masdjid berasal daripada kata akar sajd yang membawa

erti sujud (Sidi Gazalba, 1975). Masjid berasal daripada perkataan “Sajd” yang membawa

erti tempat bersujud (Mohamad Tajuddin, 1999). Perkataan masjid boleh didapati di dalam

al-quran iaitu dalam surah As-sajadah ayat 15;

”امنا يؤمن بايتنا الذين اذا ذكروا هبا خروا سجدا وسبحوا حبمد رهبم وهم اليستكربون“

Dalam ayat di atas jelas menyatakan tentang hamba beriman yang takut apabila dibacakan

ayat-ayat al-Quran dan mereka itu bersujud, bertasbih dan memuji Allah dan tidak

menyombongkan diri. Perbuatan sujud adalah suatu aktiviti penting ketika menyembah Allah

s.w.t. (Mohamad Tajudin, 2000). Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan

tentang masjid, “telah dijadikan tanah itu masjid bagiku iaitu tempat untuk sujud.”Daripada

hadis tadi jelas bahawa masjid itu membawa erti sujud (Aboebakar, 1995). Terdapat juga

hadis nabi yang menyifatkan bahawa seluruh bumi itu adalah tempat untuk umat Islam

bersolat, maka tidak terdapat tempat yang khusus dan tempat-tempat di bumi ini yang bersih

boleh dianggap sebagai masjid.

PERMULAAN HUBUNGAN ALAM MELAYU DAN CHINA

Kedatangan bangsa Cina ke Alam Melayu boleh dikatakan melaui tiga fasa utama yang

melibatkan zaman penempatan terawal kaum Cina, zaman pemerintahan Jepun dan selepas

kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina sememangnya sudah berkurun

lamanya menetap di Tanah Melayu (Tan Chee Beng, 1993). Hubungan orang-orang China

dan Melaka ditentukan oleh dua faktor sejarah yang utama. Faktor yang pertama adalah

mereka yang datang ke Melaka sebagai pedagang seperti mana yang disarankan oleh

kerajaan China sendiri. Kedua, adalah melalui perkahwinan yang berlaku di antara orang-

orang Cina yang telah lama menetap di Melaka (Yusoff Iskandar, 1978).

Page 3: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Hubungan Melaka dan China bertambah erat apabila Melaka meminta perlindungan daripada

China untuk menentang serangan Siam. Percambahan masyarakat Cina di Melaka juga

menjadi pesat apabila puteri China iaitu Hang Li Po dikahwinkan dengan Sultan Melaka.

Berlaku pertukaran dan asimilasi budaya yang boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat di

Malaysia daripada pelbagai aspek kehidupan. Pada awal abad ke-18, dasar pemerintahan

Belanda menghadapi kegetiran akibat daripada ancaman Inggeris yang merupakan kuasa

baru pada waktu itu. Belanda menghadapi tekanan berpunca daripada peperangan di Eropah

serta serangan daripada penduduk tempatan yang ingin mendapatkan kembali wilayah

mereka. Orang-orang Melayu sedar bahawa tindakan tersebut adalah satu bentuk penindasan

dan penghinaan terhadap agama Islam. Atas kesedaran tersebut, masyarakat Islam mula

bangkit dan terus berjuang bagi menegakkan agama Islam.

Belanda kemudiannya telah mengambil langkah untuk menawan hati penduduk tempatan

serta memberi kebenaran untuk membina rumah ibadat terutamanya di kawasan bandar demi

mendapatkan sokongan penduduk tempatan. Sehubungan dengan itu, tukang-tukang yang

mahir dalam pertukangan bangunan dari China diimport oleh Belanda untuk membina

rumah-rumah ibadat di Melaka termasuklah masjid. Oleh itu, kesan yang jelas juga dapat

dilihat pada corak dan hiasan masjid yang terdapat di negeri Melaka.

BENTUK-BENTUK MASJID DI MELAKA

Masyarakat Islam yang menetap di sepanjang pantai Melaka telah mula membina masjid dan

surau bagi kegunaan penduduk tempatan sejak kurun ke-14 lagi. Pembinaan ini telah mula

berlaku sebelum Melaka dibuka secara rasminya pada tahun 1403 Masihi. Apabila kerajaan

Melaka didirikan atas paksi Islam, masjid-masjid mula dibangunkan bagi kegunaan

masyarakat Islam di Melaka.

Pada peringkat awal, pembinaan masjid di Melaka tidak mempunyai identitinya yang

tersendiri. Monumen ini dibina mengikut bentuk istana dan rumah-rumah pembesar pada

waktu itu dan binaannya adalah menghadap ke arah kiblat. Di bahagian hadapan boleh

dilihat satu anjung untuk imam berdiri menghadap ke arah kiblat. Bahagian belakang pula

boleh dilihat kolah atau perigi yang digunakan untuk mengambil wudhuk. Masjid-masjid

yang terdapat di Melaka pada hari ini kebanyakkanya mengambil contoh daripada masjid-

masjid yang sudah ada seperti masjid Tengkera dan masjid Kampung Hulu dan bentuk

pembinaanya jelas kelihatan serupa.

Page 4: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Pada abad ke-19 beberapa masjid telah didirikan di Melaka dan reka bentuk seni binanya

serupa dengan seni bina masjid di Nusantara antaranya ialah seperti masjid Jamek Telok Mas

batu 6 ½ yang dibina pada tahun 1826, Masjid Jamek hujung Pasir dibina pada tahun 1829,

Masjid Duyong Batu 3 ½ dibina pada 1850, Masjid Bukit China tahun 1861 dan Masjid Alai

Batu 4 ¾ pada tahun 1890 (Abdul Halim, 1979). Selain itu bentuk monumen yang lebih

kurang sama binaanya itu boleh dilihat pada masjid yang terdapat di Jawa iaitu Masjid

Agung Demak dan Masjid Kampung Laut, Kelantan. Persamaan ketara yang boleh dilihat

pada masjid-masjid ini jelas menunjukkan satu identiti seni bina masjid di kawasan

Nusantara pada waktu itu.

Masjid-masjid tua yang terdapat di Melaka boleh dikategorikan kepada bentuk sino-elektik.

Masjid-masjid tua ini mempunyai lantai yang terletak di atas permukaan tanah serupa dengan

masjid-masjid yang ada di Indonesia. Pada kebiasaanya bentuk bumbung masjid ini dapat

dilihat dalam dua bentuk iaitu masjid yang memiliki dua lapisan dan tiga lapisan (Mastor

Surat, 2008).

Masjid-masjid yang kebanyakkanya terdapat di Melaka mempunyai bumbung yang

bertingkat-tingkat atau bumbung piramid. Corak-corak yang mempunyai ukiran dan hiasan

Cina sangat ketara dan boleh dilihat pada hujung-hujung atap dan pada puncak masjid yang

juga boleh dapati di rumah-rumah ibadat masyarakat Cina. Penggunaan batu bata dan

genting mempunyai pengaruh seni bina Cina. Hal ini kerana masjid-masjid yang boleh

dilihat di sebelah Barat Selat Melaka terutamanya daerah Minangkabau diperbuat daripada

kayu dan atap ijuk, iaitu serat yang diambil daripada pokok enau. Masjid-masjid yang

mempunyai bumbung berbentuk piramid ini juga pada kebiasaanya memiliki menara yang

menyerupai pagoda (Ezrin Arbi, 1971).

Masjid sino-elektik yang berbumbung tiga adalah seperti masjid Kampung Hulu, Masjid

Tengkera, Masjid Kampung Keling. Masjid-masjid ini terletak di kawasan bandar Melaka.

Oleh itu, masjid-masjid ini sentiasa menjadi tumpuan pedagang memandangkan

kedudukanya yang strategik di kawasan bandar. Masjid-masjid ini dipagar dengan pagar batu

dan mempunyai pintu gerbang seperti tokong Cina. Menurut sejarah, masjid-masjid ini

dibina oleh pedagang-pedagang yang terdiri daripada orang Cina. Disebabkan itu unsur

binaanya boleh didapati ragam hias dan bentuk seni bina Cina. Antara contoh yang boleh

dilihat ialah Masjid Kampung Keling yang mempunyai menara yang berbentuk pagoda.

Selain itu pintu gerbang pada masjid tersebut juga menyerupai pintu gerbang Cina. Masjid

ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Cina yang sangat menarik pada ruangan solat dan bahagian

luar masjid (Ezrin Arbi, 1971).

Page 5: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

SIMBOL DALAM SENI BINA CINA

Budaya Cina mempunyai simbolisme yang telah hadir sejak ribuan tahun yang lampau.

Setiap simbol mempunyai makna yang tersendiri. Motif hiasan yang terkenal dan pelbagai

dalam tradisi Cina dijelmakan hasil daripada ilham berdasarkan falsafah, lagenda, sejarah,

Tao, Confucious dan tradisi agama Buddha (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001).

Simbol-simbol ini wujud dalam bentuk visual dan ada yang bukan dalam bentuk visual.

Simbol visual pada kebiasaanya hadir dalam bentuk hiasan ragam hias dan warna-warna

yang sesuai dengan maksud simbol tersebut. Simbol yang tidak dapat dilihat secara visual

pada kebiasaanya ada dalam aktiviti ritual keagamaan masyarakat Cina. Terdapat lapan

lambang Buddha yang seringkali diguna pakai sebagai motif dan hiasan kerana setiap

lambang ini mempunyai maksud dan kegunaanya yang tersendiri.Antaranya ialah roda,

cengkerang koc, ikan yang berpasangan, ikatan abadi, bunga teratai, pasu, langit-langit dan

payung (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001).

Hiasan dalam seni bina Cina boleh dikelompokkan kepada lima jenis iaitu haiwan (fauna),

tumbuhan (flora), fenomena, lagenda dan geometrik (Moedjiono, 2011). Ornamentasi adalah

sesuatu yang sangat penting dalam seni bina Cina. Kebanyakan daripada hiasan-hiasan yang

ada dalam seni bina Cina ini bukan sahaja untuk perhiasan semata-mata tetapi perhiasan

tersebut dikira sebahagian daripada pembinaan sebuah bangunan dan ormamentasi tersebut

pasti bersesuaian dengan alam sekitar (Cai & Lu, 2006).

Motif dan simbol Cina adalah berbeza dengan simbol daripada budaya lain kerana setiap

simbol mempunyai maknanya yang khusus. Simbol-simbol ini telah tertanam dalam

pemikiran masyarakat Cina sebagai petanda baik dan tuah positif yang akan membawa

kesejahteraan kepada masyarakat Cina (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001). Motif dan

ornamentasi dalam senibina Cina secara umumnya dapat dibahagikan kepada tujuh

kelompok yang terdiri daripada flora, fauna, geometri, kosmos, kaligrafi, peralatan dan

watak manusia (Lim Lee Hock & Ismail Said, 2001). Penulis hanya membincangkan

kelompok yang boleh didapati di dalam masjid di Melaka sahaja.

Haiwan (Fauna)

Bentuk-bentuk dan unsur Cina mengandungi pola dan simbol daripada makhluk yang

bernyawa yang mempunyai maksudnya yang tersendiri, iaitu sebagai penjaga keselamatan

dan pembawa nasib baik. Haiwan yang seringkali digunakan sebagai motif hiasan adalah

Page 6: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

seperti naga, harimau, singa, burung Hong, phoenix (burung merak), kura-kura, gajah,

kelawar, qilin (haiwan mistik Cina), menjangan dan burung bangau.

Naga

Motif ukiran naga mempunyai manifestasinaya sendiri bermula dengan lilitan tubuh naga,

sisik, mata dan taring setiap darinya mempunyai keunikkanya yang tersendiri (Karsam,

1999). Ukiran naga dan burung Hong adalah salah satu kebudayaan dalam kehidupan

masyarakat Cina. Haiwan kayangan ini adalah prinsip serta garis panduan dalam mereka

bentuk bangunan-bangunan.Haiwan ini adalah lambang kepada kebesaran (Rini & Imam,

2008) dan masyarakat Timur tidak pernah menganggap naga sebagai haiwan yang ngeri dan

menakutkan seperti anggapan orang Barat yang membayangkan naga sebagai haiwan yang

berkuasa jahat (Williams, 1974). Secara umumnya, naga digambarkan sebagai haiwan yang

besar, mempunyai kuku yang tajam serta dapat menghembuskan api daripada mulutnya.

Naga digambarkan sebagai haiwan yang datang daripada keluarga reptilia dan bertelur untuk

proses pembiakkan. Terdapat dua bentuk naga yang sering digunakan dalam hiasan, iaitu

naga yang bersayap dan naga yang mempunyai badan yang bersisik serta panjang seperti ular

dan mempunyai sepasang tangan dan kaki (Ros Mahwati, 2012).

Bagi masyarakat Cina naga merupakan haiwan yang paling popular dan banyak digunakan

sebagai hiasan dan ragam hias. Haiwan ini dipercayai mempunyai tenaga yang berubah-ubah

dan sangat berkuasa. Naga bukanlah makhluk yang menakutkan tetapi berperanan sebagai

makhluk yangmenjaga keselamatan harta benda.Selain itu, naga turut diketahui sebagai

simbol kekuatan, keadilan dan kekuasaan. Naga boleh didapati dalam tiga bentuk iaitu long,

li dan jiau. Long adalah naga yang sering digunakan.Long mempunyai kepala yang

berbentuk unta, bermata arnab, berleher ulat, bertanduk kijang, mempnyai perut seperti katak

dan mempnyai cakar harimau. Naga jenis ini mempunyai kelebihan untuk merubah rupa

bentuk.Haiwan yang pada kebiasaanya boleh dilihat berdamping dengan naga ini ialah

harimau. Kedua-dua haiwan ini melambangkan kekuatan dan menetang pengaruh jahat yang

cuba menganggu. Selain dikenali sebagai haiwan yang kuat harimau juga membawa erti

kebaktian (Moedjiono, 2011). Di dalam masjid tidak terlihat ukiran naga yang jelas, tetapi

hanya bahagian anggota badan haiwan ini sahaja yang digunakan sebagai ukiran iaitu sisik

dan kepala naga. Hal ini sesuai dengan perintah Islam yang melarang penggunaan ukiran

haiwan sebagai hiasan.

Page 7: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Rama-Rama

Haiwan ini seringkali dikaitkan dengan roh nenek moyang yang datang untuk membawa

peringatan kepada cucu-cicit. Rama-rama juga dianggap sebagai simbol kepada usia yang

panjang (Muzium Kesenian Islam, 2001). Haiwan ini juga membawa maksud kegembiraan

serta lambang kepada musim panas. Rama-rama seringkali dijadikan corak serta dekorasi

pada tembikar dan sulaman pada pakaian. Kecantikan rama-rama yang memiliki corak yang

menarik dan warna yang pelbagai kerap dijadikan sebagai inspirasi oleh penyair dan pelukis

bagi menghasilkan syair dan lukisan yang berkualiti (Muzium Kesenian Islam, 2001).

Tumbuhan (Flora)

Setiap bunga di China mempunyai makna dan maksudnya yang tersendiri. Flora sering

dijadikan sebagai motif utama dalam dekorasi seperti tekstil, porselin, permaidani. Selain itu,

dekorasi tumbuhan juga boleh dilihat pada seni bina dan reka bentuk bangunan termasuklah

lukisan. Tumbuhan yang sering digunakan sebagai motif dalam hiasan dan ragam hias Cina

adalah seperti bunga peoni, bunga teratai, pohon buluh, pohon beringin dan cemara. Bunga

peoni melambangkan keteguhan hati manakala bunga teratai melambangkan kesucian.

Bunga sakura, buluh, pohon beringin dan cemara membawa erti empat sifat kebajikan.

Tanaman-tanaman ini memiliki daya ketahanan yang tinggi. Hal ini kerana tanaman ini dapat

bertahan dalam apa jua bentuk cuaca sekalipun. Keistemewaan bunga-bunga ini juga digelar

sebagai Ban Jien Jieng atau dalam bahasa melayunya “muda sepanjang tahun.”Selain itu

tanaman ini juga turut dikenali dengan sifat panjang umur, kesabaran dan kebijaksanaan.

Peoni adalah permaisuri kepada semua jenis bunga yang melambangkan kekayaan dan

kehormatan (Lou Qingxi, 2002). Selain mempunyai warna yang menarik dan pelbagai,

bunga ini juga turut menggambarkan keindahan sifat wanita. Bunga Kekwa memberi

maksud kedamaian dan hidup yang panjang kerana mempunyai ketahanan yang tinggi bagi

menahan kesejukkan pada musim salji (Muzium Kesenian Islam, 2001). Pokok buluh, pine

dan prunus adalah pokok tiga serangkai kerana tumbuhan ini sentiasa segar walaupun dalam

cuaca sejuk. Empat tumbuhan ini mewakili empat musim, iaitu peoni mewakili musim

bunga, teratai mewakili musim panas, kekwa mewakili musim luruh dan prunus mewakili

musim sejuk.

Bagi masyarakat Cina, pasu adalah lambang kepada kepentingan pengetahuan dan

pencapaian (Muzium Kesenian Islam, 2001). Pasu-pasu bunga diperbuat daripada porselin

Page 8: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

yang diperbuat khas untuk bunga-bunga tertentu. Pasu dibentuk mengikut tubuh wanita dan

bunga yang dikatakan sesuai untuk dibawa oleh porselin ialah seperti peoni dan orkid sesuai

dengan bentuk pasu tersebut (Williams, 1974). Buah anggur telah diperkenalkan di negara

China pada 126 B.C yang dibawa masuk oleh menteri Chang Ch’ien sewaktu kepulanganya

dari Indo-Scythians. Buah anggur juga digunakan bagi tujuan kesenian dan motif sebagai

satu corak dipinggiran (Williams, 1974).

Geometri

Bentuk geometri yang digambarkan biasanya tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bentuk

sahaja.Terdapat ragam-ragam hias yang khusus dan digunakan di dalam seni bina Cina.

Antara ragam hias yang dimaksudkan ialah simbol keseimbangan yin dan yang. Kedua-dua

elemen ini mewakili unsur positif dan negatif. Ia merupakan asas utama kepada feng

shui.Walaupun setiap suatu benda itu hidup dalam keadaan yang bertentangan namun kedua-

dua unsur ini seringkali berdampingan antara satu sama lain secara abadi dalam kekuatan yin

dan yang.Garis patah menggambarkan yin manakala garis terus menggambarkan yang.

Simbol-simbol ini dipercayai dapat menolak pengaruh jahat dan membawa kepada

kemakmuran serta keselamatan (Moedjiono, 2011). Oleh itu, hiasan geometri terhasil

berdasarkan yin dan yang ini.

Lambang swastika adalah lambang yang banyak digunakan di seluruh dunia dan lambang ini

boleh dikesan dalam budaya dan tradisi masyarakat. Lambang ini seringkali dikaitkan

dengan nasib yang baik. Selain daripada swastika, ia turut dikenali dengan nama suastika,

svatica atau svatika. Selain itu, ia juga turut disebut sebagai shubhtika yang membawa

maksud petanda baik serta tuah badan yang baik bagi sesiapa yang mneggunakannya.

Lambang ini seringkali menjadi lambang kepada Buddhisme, Jainisme dan Hinduisme. Gaya

swastika yang menghadap ke kiri dianggap mempunyai kaitan dengan kejahatan dan

keburukkan (Mohd Sabrizaa, 2008 ). Selain itu, terdapat hiasan yang terdiri daripada corak

flet yang terhasil daripada jalinan geometri dengan corak-corak bersegi. Hiasan ini dikatakan

sebagai satu simbol panahan petir yang dikaitkan dengan kegembiraan dan sebagai satu

lambang kepada swastika Buddha yang mewakili matahari (Muzium Kesenian Islam, 2001).

Awan larat dan skrol adalah olahan daripada Ju’i terapung, iaitu cokmar oleh dewa

manakalan skrol dikaitkan dengan ilmu apabila dikelilingi oleh sekumpulan awan larat ia

melambangkan pendidikan, pembelajaran dan kesedaran rohaniah (Muzium Kesenian Islam,

2001). Masyarakat Cina mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni pembuatan skrol,

corak ini sentiasa menghiasi setiap rumah penduduk Cina. Bagi fahaman Buddha, skrol

Page 9: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

melambangkan kesucian dan kebenaran (Williams, 1976). Beberapa buah masjid utama telah

dipilih bagi melihat kesan motif dan hiasan pada masjid-masjid yang terdapat di Melaka.

Jadual 1: Motif Dan Ornamentasi Cina Pada Masjid-Masjid Di Melaka

Bil. Masjid Motif Jenis Lokasi

1 Masjid Kg.

Keling

Pheoni

Merupakan hisan

yang terdapat pada

bumbung masjid.

Skrol Terdapat pada

bumbung masjid.

Geometri Didapati pada

bumbung masjid

Teratai

Mustoka atau

mahkota hiasan yang

diletakkan di atas

bunga teratai. Bentuk

buah Buton seringkali dikaitkan

dengan bentuk stupa

dan alas tapak seperti

ini biasanya ditemui

pada hiasan-hiasan

Buddha (Mohd

Sabrizaa, 2008).

Page 10: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Bil. Masjid Motif Jenis Lokasi

2

Teratai

Motif ini boleh

ditemui pada mihrab

masjid ini.

3 Masjid Kg.

Keling

Teratai

Buga teratai yang

berada dalam

kedudukkan terbalik boleh dilihat pada

pintu gerbang masjid.

4 Masjid Kg.

Alai

Teratai Motif ini terdapat

pada mimbar masjid

5 Masjid

Tengkera

Teratai

Sama pada rosewood

yang wujud sejak

zaman dinasti Ming.

6 Masjid Bkt

Piatu

Teratai

Boleh didapati pada

puncak mimbar

masjid

7 Masjid

Tengkera

Swastika Terdapat pada pintu

belakang masjid ini.

Page 11: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Bil. Masjid Motif Jenis Lokasi

8

Masjd

Tanjung

Keling

Swastika Terdapat pada tangga

masuk masjid.

9 Masjid

Tengkera

Pasu

Pasu bunga ini boleh

didapati di mimbar

masjid Tengkera.

10 Masjid

Tengkera

Pasu air Terdapat pada

mimbar masjid.

11 Masjid Bkt.

Piatu

Hiasan pasu yang mengandungi bunga

peoni ini boleh dilihat

pada sisi mimbar

masjid ini.

Page 12: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Bil. Masjid Motif Jenis Lokasi

12 Masjid

Tengkera

Buah-

buahan

Terdapat pada

mimbar masjid

Tengkera.

13 Masjid Kg.

Keling

Buah

anggur

Boleh dijumpai pada

mimbar masjid. Motif

anggur juga boleh

dilihat di tokong

tertua di Melaka, iaitu tokong Cheng

Hoon Teng (1625).

14 Masjid Kg.

Hulu

Sisik

Naga

Boleh dilihat pada

puncak mimbar

masjid ini.

15 Masjid Bkt.

Piatu

Kepala

Naga

Terdapat pada hujung

atap mimbar masjid.

16 Masjid Kg.

Keling

Peoni

Motif bunga peoni

pada hiasan seramik

yang boleh dilihat

pada puncak pintu

gerbang masjid ini.

17 Masjid

Peringgit

Page 13: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Bil. Masjid Motif Jenis Lokasi

18 Masjid

Peringgit

pohon

buluh

Terdapat pada sisi

mimbar

19 Masjid Kg.

Keling

Bunga

Plum Bumbung masjid

Sumber: Observasi penyelidikan terhadap masjid terpilih, rumah ibadat Buddha dan

muzium Melaka pada 23 Februari hingga 3 Mac 2012

KESIMPULAN

Kesenian Cina mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri, motif dan ornamentasi

digunakan bagi menghias sebuah bangunan menambahkan lagi keunikan bangunan

tersebut.Walaupun asas kepada pembentukan kesenian Cina ini adalah berasaskan kepada

fahaman aminisme dan agama Buddha, namun ornamentasi tersebut berjaya diIslamkan

memandangkan ia tidak melanggar syariat. Hasil ukiran yang baik ini bukan sahaja

menyerikan ruang bangunan malah dapat menonjolkan ciri-ciri pertukangan yang amat

mengagumkan. Ia jelas menunjukkan kemahiran tukang ukir terhadap simbol alam yang

dimanifestasikan kepada bentuk nyata. Tukang-tukang yang berperanan mendirikan masjid-

masjid ini menggabungkan unsur kesenian luar dan tempatan bagi menampilkan sebuah

monumen ibadat yang penuh dengan ketwadukkan dan kesucian. Hasilnya wujudlah sebuah

masjid yang mempunyai warna-warni keindahan dari aspek kesenian dan estetika yang

tinggi.

Penemuan-penemuan imej dan bentuk-bentuk pra-Islam ini hanya dijelmakan dalam bentuk

visual sahaja tanpa memperlihatkan maksud-maksud yang asal. Kemahiran para pengukir

dalam seni ukiran pra-Islam ini telah sebati menjadi darah daging bagi mereka. Selain itu,

Page 14: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

masyarakat muslim di China juga menerima segala bentuk hiasan ini walaupun mereka

beragama Islam. Hal ini kerana, hiasan dan motif-motif ini telah sebati dalam kehidupan

masyarakat muslim Cina yang masih kuat mengamalkan budaya Cina. Agama Islam bukan

agama yang berbentuk akomodatif atau paksaan dan Islam tidak melarang secara melulu

penggunaan motif-motif ini dan tiada halangan sama sekali dalam menggunakan motif-motif

pra-Islam ini selagi ia idak melaggar batas syariat Islam. Maka dengan sebab itu Islam

mudah diterima oleh masyarakat di Alam Melayu.

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Nasir, (1979), Masjid-masjid di Nusantara, Bangi: UKM

Abdul Rochym, (1983), Sejarah Arsitektur Islam Sebuah Tinjauan, Bandung: Angkasa

Bandung

Aboebakar, H. (1995), Sedjarah Mesdjid, Jakarta:Toko Buku Fa. Adil & Co

Al-Quranulkarim, Miracle The Reference, Surah Sajadah ayat (15): امنا يؤمن بايتنا الذين اذا ذكروا هبا خروا سجدا وسبحوا حبمد رهبم وهم اليستكربون

Cai Yanxin, Lu Bingjie, (2006), Chinese Architecture: Palace, Gardens, Temples and Dwellings, China Intercontinental Press: China

Cai Yanxin, Lu Bingjie, (2006), Chinese Architecture: Palace, Gardens, Temples andDwellings, China : China Intercontinental Press

Ezrin Arbi, Pengaruh Seni bina Asing di Malaysia, Kongres Kebudayaan Kebangsaan: Kuala Lumpur, 16-20 Ogos 1971

Karsam, (1999), Disertasi, Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Mengenai Ciri danMotif, Universiti Malaya, Akademi Pengajian Melayu, h. 169

Kong Yuanzhi, (2000), Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Bangi : Universiti

Kebangsaan Malaysia

Liang Liji, (2009), Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke 15, Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia

Liang Liji, (2011), “Jejak Langkah Sejarah Hubungan Persahabatan dan Diplomasi antara

Melaka dan China, Kajian Komparatif Berdasarkan Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Kitab-Kitab Sejarah Lama China” dlm Persidangan Antarabangsa Karya

Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah, Institut Kajian Sejarah

dan Patriotisme Malaysia: Melaka

Lim Lee Hock, Ismail Said, (2001), Ikonografi Motif pada Komponen Ukiran Kayu di

Dalam Tokong Cina, Skudai : UTM

Lou Qingxi, (2002), The Architecture Art of Ancient China, China : China Intercontinental

Press

Page 15: motif dan hiasan cina dalam dekorasi dalaman masjid: kajian

Nash Rahman, (1998), Masjid, Sejarah, Ciri-ciri Pembentukkan Dan Pembinaan Masjid-

masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur, Selangor:Puncak Awal Sdn. Bhd

dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Mastor Surat, (2008). Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara, Bangi:

UKM Press

Moedjiono, MODUL Vol.11 No. 1 Januari 2011, Ragam Hias Dan Warna Sebagai Simbol

Dalam Arsitektur Cina, Universitas Diponegoro Semarang: Semarang

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, (1999), Peranan Kukirikulum Dan Rekabentuk Masjid

Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat, Skudai:Universiti Teknologi Mara

Mohamad Tajudin Mohamad Rasdi, (2000), The Architectural Heritage of the Malay World,

Skudai: UTM Press

Mohd Sabrizaa Abd Rashid, (2008), Evolusi Bentuk dan Makna ragam Hias dalam Seni

Bina Tradisional Melayu, UiTM: Perak

Muzium Kesenian Islam , (2001). Six Centuries of Islamic Art in China. Muzium KesenianIslam: Kuala Lumpur

Rini Trisulowati, Imam Santoso, (2008), Pengaruh Religi Terhadap Perkembangan Arsitektur: India, Cina dan Jepang, Graha Ilmu: Yongyakarta

Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Naga dalam Kesenian Islam, Utusan Malaysia, Jumaat 20 Januari 2012

Sidi Gazalba, (1975), Masjid: Pusat Ibadah Dan Kebudayaan Islam, Pustakan Antara :Jakarta

Tan Chee Beng, (1993), Chinese Peranakan Heritage in Malaysia And Singapore, Fajar

Bakti: Kuala Lumpur

Temubual bersama Louis Lim pada 2 Februari 2012, di Bandaraya Melaka

Williams, C.A.S (1974), Chinese Symbolism and Motifs, Charles E. Tuttle Company: Japan

Williams, C.A.S. (1976), Outlines of Chinese Symbolism and Art Motives, Dover Publications :New York

Yusoff Iskandar, (1978), Masyarakat Melaka 1400-1511T.M Dengan Tinjauan Khusus Mengenai Orang-orang Asing, Universiti Kebangsaan Malaysia :Bangi