moral(etika&undang-undang)

Upload: yinwen-chai

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    1/13

    MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    1

    1.0 PENGENALAN

    Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan untuk

    mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang malam, tanpa

    bergeseran antara satu sama lain. Bintang-bintang ini berputar mengikut peraturan yang

    telah ditetapkan. Setiap bintang bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu.

    Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang

    yang tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan ini.

    Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sudah

    ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini mencari

    makanan. Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang

    lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon

    manakala ulat dan cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi

    makanan manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut. Manusia

    juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan. Ada peraturan yang perlu

    diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada dengan keluarga, jiran, dan

    masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-

    cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

    MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    2

    Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup secara berkelompok

    dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan kehendaknya. Sejak dari dalam perut

    ibunya, sehinggalah meninggal dunia, manusia tetap bergantung lepada manusia lain untuk

    keperluan makanan, pelajaran, kesihatan dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia

    perlu lepada bidan atau jururawat untuk mengeluarkannya dari perut ibunya. Setelah

    melihat dunia, manusia perlu bekerja dengan mensual tenaganya lepada orang lain. Lantas

    berkahwin pula dengan manusia lain. Apabila meninggal dunia, orang lain terpaksa pula

    menguruskan jenazahnya di dalam kubur. Secara keseluruhannya, manusia sentiasa

    memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup di dalam

    kelompok, memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa, dan

    masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama lain. Oleh kerana itulah, manusia

    perlu kepada peraturan yang terdiri daripada etika, undang-undang dan moral untuk

    meneruskan kehidupan agar tercapai keharmonian dalam masyarakat. MORAL, ETIKA

    DAN UNDANG-UNDANG

    3

    2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG.

    Konsep etika berasal dari perkataan

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    2/13

    Greek ethos dan ethikos

    . Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya.

    Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut

    Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan

    yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau

    fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau

    tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana

    manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail Ibrahim

    (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan

    perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan

    akhlak atau tingkahlaku manusia. Manakala Moral membawa maksud keupayaan

    mengenali mana yang benar atau salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah

    masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung

    nilai-nilai peradapan secara umum.

    Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal kehidupan sosial, suatu

    alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan untuk menemui gambar-gambar tentang

    struktur masyarakat. Aristotle melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun

    harmoni. Cicero MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    4

    melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam semulajadi, suatu

    perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah satu perintah atau larangan.

    Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan akal mengenai

    perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti. Secara keseluruhannya,

    takrifan undang-undang ialah satu peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan dan

    keselamatan kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Maka tidak dapat dikesampingkan

    bahawa undang-undang itu ialah tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur

    tingkahlaku masyarakat atau kumpulan. Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan

    oleh ahli falsafah termasuklah juga oleh : Austin: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan

    yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. (Noor Aziah.

    2005) Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistemperaturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah

    peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar

    peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini

    biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja

    dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh

    sekumpulan orang yang berfikiran sama. ( http://en

    .wikipedia.org/wiki/Undang-undang

    )

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    3/13

    MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    5

    Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim

    (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak,dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara

    dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang

    mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara. Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk

    menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam

    penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah

    warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan,

    untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

    3.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG.

    Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa orang lelaki

    yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa yang sama, terdapat

    sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian.

    Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.

    Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang tersebut di atas tidak

    bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral

    kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini,

    kita dapat melihat MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    6

    bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh dihubungkait sahaja.

    Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undang-undang

    dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi

    sementara etika ialah tikaman hati. Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran

    kediaman orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan

    perbetulkan dirinya. ( Nazirmuddin, 2005) Undang-undang menentukan batas yang pasti

    manakala etika menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan

    menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika juga

    menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan

    tidak sesuai dilakukan. Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi

    mematuhi nilai-nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang

    muzik dengan kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika

    dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik

    dan mengambil kira keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan

    undang-undang. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    7

    Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah. Ini

    kerana seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan hukuman tetapi bukan

    berlandaskan etika. Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    4/13

    dalam mengawal jenayah. Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang

    telah ditetapkan. Contohnya, perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya, ia

    adalah salah di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik sekaligus sebagai

    pelindung kepada pelajar. Bagaimana pula jika guru membalas pukulan pelajar untuk

    mempertahankan dirinya daripada diserang tanpa henti. Dalam kebanyakan insiden, guru

    sukar memenangi kes. Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan pelajar

    memukul guru merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat

    bahawa berbanding undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan sikap terhadap

    kelakuan baik dan buruk dalam masyarakat. Undang-undang tidak mencukupi untuk

    menentukan batas etika dan moral. Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi

    undang-undang terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari

    segi etika, bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi untuk

    menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    8

    Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya, kerosakan telefon

    awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-undang. Bagaimana pula dengan

    amalan menggunakan telepon awam dalam tempoh yang lama sehingga menghalang hak

    orang lain? Perbuatan ini tidak diliputi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, dari

    sudut etika, ia adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang

    meliputi pelbagai ragam masyarakat. Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin.

    Salah satu motif seseorang membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh

    mensabitkan seseorang individu itu bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di mana

    menjauhi sifat cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa masalah. Undang-undang

    tidak mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi undang-

    undang, gangguan seksual merupakan satu keslahan. Bagaimana pula jika seseorang suka

    mengenyitkan mata kepada orang yang tidak dikenali. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-

    UNDANG

    9

    PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG

    ETIKA UNDANG-UNDANG

    1. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri.

    Hukuman melanggar etika ialah rasa bersalah dalam diri sendiri.

    Dikuatkuasakan oleh mahkamah.

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    5/13

    Hukuman melanggar undang-undang adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-

    undang bertulis negara.

    2. Menentukan batas adat, idealisme, kayakinan dan nilai. Batas teersebut adalah relatif

    dan abstrak mengikut masyarakat.

    Penentuan batas perlakuan adalah jelas.

    Dianggap melakukan jenayah jika melampaui batas tersebut. Bentuk

    perlakuan boleh bersifat global.

    Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam semua masyarakat.

    3. Mematuhi nilai dan kod etika dapat menghindari perlanggaran undang-undang

    Mematuhi undang-undang tidak bermakna mematuhi etika MORAL, ETIKA DAN UNDANG-

    UNDANG

    10

    4. Bersifat lebi umum dalam mengawal jenayah.

    Merupakan peraturan minimum untuk mengawal jenayah

    5. Mengembangkan sikap membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat

    Cukup untuk menentukan batas etika dan moral

    6. Membatasi perlakuan baik dan jahat sama ada individu atau kelompok

    Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu dan masyarakat yang rencam

    7. Mengambilkira faktor rohaniah seperti hasad dengki dan lain-lain penyakit jiwa

    Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan akibat kesan

    daripada perlakuan hasad dengki yang dizahirkan

    8. Mengambilkira semua faktor termasuk yang abstrak.

    Tidak mengambilkira perkara yang abstrak seperti engkar,khianat daan sebagainya

    MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    11

    4.0 KEPENTINGAN ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

    4.1 Kepentingan Etika

    Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada pembentukankeharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Kepentingan etika ini dapat

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    6/13

    dilihat dari segi individu, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Secara induvidunya,

    seseorang yang beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang

    yang beretika sentiasa menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak

    masyarakat. Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang

    membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan

    lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan

    perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat

    perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang

    mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana

    nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak

    tanduknya.( Nazirmuddin, 2005 ). Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan

    etika yang tinggi bukan hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-

    MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    12

    menghormati antara satu sama lain, malahan berjaya mejudkan suasana mesra, aman,

    harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga akan

    berasa selamat dan bahagia. Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting.

    Seandainya seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran disiplin

    organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan

    sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif yang

    mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif,

    semangat kekeluargaan dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang baik dan

    terpuji dilam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan

    organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang tinggi

    keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan sahaja organisasi

    yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut terlibat. Manakala bagi

    masyarakat dan negara, dengan adanya individu, keluarga dan organisasi yang beretika

    tinggi, masyarakat dan negara juga turut mencapai faedahnya. Masyarakat akan menjadi

    lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga turut aman, damai, maju dan

    mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat

    mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan terus maju dan

    berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah

    mengukir nama akhirnya tumpas dan MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    13

    lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Abasiah dan Umayyah, Melaka dan

    banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral

    dan beretika lagi. Hubungan Etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh ;- a)

    Jangan fikir dan lakukan perkara-perkara buruk seperti mencuri Hubungan Etika dan

    moral akan ;- a) Membentuk karektor seseorang seperti berfikiran positif Apa

    yang difikirkan biasanya melibatkan unsur positif bagi beretika dan unsur negatif bagi yang

    tidak beretika, sebagai contoh seperti di bawah ;- Betul

    Salah Baik Buruk Moral

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    7/13

    Bukan moral Etika Bukan etika Dalam

    persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harmoni

    seharian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama ;- 1) Etika dan

    kuasa Menggunakan kuasa mengikut saluran yang dibenarkan 2) Etika

    dan individu Menghormati hak anda dan hak jiran anda MORAL, ETIKA DAN

    UNDANG-UNDANG

    14

    3) Etika dengan undang-undang Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan

    melanggar batas undang-undang. 4) Etika dan agama Individu yang

    berpegang kepada ajaran agama adalah mudah melaksanakan nilai-nilai etika.

    4.2 Kepentingan Moral

    Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada

    pertimbangan materialistic ada kalanya kita terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup

    disekeliling kita. Manusia menjadi begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai

    akal dalam keputusan yang dibuat. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri

    melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup bermasyarakat, berkeluarga dan

    beragama. Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu

    manusia untuk mengenali mana yang benar atau salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran

    tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau

    buruk . Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, masyarakat dan

    bangsa . ( Tam Yeow Kwai, 1996 ) MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    15

    Secara individunya, seseorang yang bermoral akan menikmati kehidupan aman dan

    sejahtera. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan

    kestabilan. Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh kepada

    prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu

    sama lain yang dapat menghidarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina,

    dicuri harta bendanya , ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas. Jadi sikap moral itu

    adalah asas untuk manusia hidup. Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu

    makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk

    manusia itu bermoral.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih

    baik untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan

    kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepusan

    dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan

    lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral

    ialah seorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. ( Eow Boon Hin , 2003 )

    Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu

    dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala masalah yang timbul

    daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil di dalam setiap

    ahli keluarga dapat MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    8/13

    16

    mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan menyebabkan kerukunan

    rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibubapa tidak akan

    berlaku . Oleh itu keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluannya dapat dipenuhi

    seperti pengeluran dan pengagihan barang. Manakala bagi masyarakat dan negara ianya

    dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan

    yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong

    menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga dan

    masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia

    terkenal diseluruh dunia yang mana budi bahasa rakyatnya adalah diantara satu symbol

    negara yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.

    4.3 Kepentingan undang-undang

    Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifatmanusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah

    berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injuksi mahkamah.

    Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya

    agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat dilaksanakan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-

    UNDANG

    17

    Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat mengatur pelbagai

    perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama dan lain-lain lagi

    perbezaan. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan

    peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara bagi kepentingan semua.

    Tindakan tersebut dapat mempengaruhi perbuatan dan tindakan masyarakat contohnya

    seperti memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat pula

    memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-

    undang kebajikan. Kesannya masayarakat dapat dengan tenang dan damai. Selain itu juga,

    kepentingan undang-undang juga dapat dilihat bagaimana ia berperanan sebagai ejen

    keamanan dan kesejahteraan. Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli

    masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan

    orang ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukumanyang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat adalah bertujuan untuk

    memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah. Oleh yang demikian hak-hak dan

    kebebasan setiap individu terpelihara dan akhinya satu bentuk kehidupan politik dan social

    yang stabil dapat diwujudkan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    18

    Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan. Dengan adanya

    hukuman keatas pesalah, masyarakat merasakan kehidupan mereka terjamin dan tidak

    terbiar. Struktur peraturan yang tersedia itu membolehkan individu yang bersalah itu diadili

    dan seterusnya menerima hukuman yang setimpal. Manakala pihak yang teraniaya akan

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    9/13

    mendapat keadilan yang setimpal dengan apa yangn mereka alaminya. Kepentingan lain

    yang boleh kita perolehi daripada undang-undang ialah dapat membezakan dan

    meningkatkan seseorang manusia itu baik atau pun buruk. Perbezaan ini dapat lihat

    daripada perlakuan serta sifat-sifat yang ditonjolkan oleh setiap individu. Contohnya bagi

    individu yang sering melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia

    yang buruk dan sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain untuk

    terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada sebarang keraguan.

    5.0 FUNGSI ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

    5.1 Fungsi Moral dalam Kehidupan

    Moral adalah perkara yang perlu diketahui, difahami dan ditonjolkan kepada masyarakat

    umum yang menjadi fungsi kepada nadi penggerak pembangunan yang mementingkan

    peradapan dan tamadun kehidupan yang berasaaskan kepada budaya , tamadun, peraturan

    dan keharmonian. Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1998), moral berfungsi sebagai

    panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ini bermaksud, walaupun

    dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    19

    berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya ,menyelesaikan konflik yang

    dihadapi. Soalnya sekarang, mengapa manusia perlu bermoral? Kita patut sedar bahawa

    manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi darjatnya. Manusia juga mempunyai

    kehendak, keinginan, matlamat dan objektif yang sama iaitu inginkan kehidupan aman dan

    sejahtera. Untuk ini manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan

    kestabilan bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain. Untuk mencapai

    tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh pada prinsip-prinsip kemoralan yang akan

    membawa kepada sikap kerjasama di antara satu dengan lain yang dapat menghindarkan

    diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawanya, dihina. Dicuri harta bendanya, ditipu,

    disekat kebebasannya, dibelenggu dan ditindas. Jadi moral berfungsi dalam memelihara

    kemuslihatan kehidupan manusia sejagat pada asasnya. Ahli-ahli falsafah Barat lebih

    menekankan persoalan, mengapa manusia pada umumnya patut bermoral?

    daripada mengapa setiap individu harus bermoral? Kedua-duanya mempunyai penekanan

    yang berbeza-beza, tetapi dalam kehidupan manusia, setiap individu itu menjadi teras

    kepada pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam pembentukan sikap bermoral

    individu dan lebih penting dari sistem moral itu sendiri. Tidak dapat dinafikan moral

    mempunyai fungsi yang amat penting dalam membawa kesedaran bahawa manusia itu

    makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk

    manusia itu bermoral. Dengan perkataan lain, segala apa yang dibuat itu adalah untuk

    penciptanya. Oleh itu fungsi moral terhadap kesedaran moral induvidu itu bukan atas

    tekanan, pujian dan lain-lain, tetapi berdasarkan keimanannya kepada Tuhan. MORAL,

    ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    20

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    10/13

    Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh

    individu. Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk

    membuat kebaikan daripada berbuat kejahatan yang akan membawa kesukaran kepada

    dirinya sendiri dan orang lain. Sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan

    kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang

    dilakukan seperti menipu, berjudi, dan mencuri itu lambat-laun akan membawa akibat buruk

    kepada dirinya sendiri. Setiap perbuatan baik yang dilakukan dan membawa faedah kepada

    semua orang. Contohnya, kalau dalam satu kelompok masyarakat itu tidak seorang pun

    menjadi pembunuh, pencuri dan penipu sudah pasti setiap ahli kelompok tersebut akan

    menadapat faedahnya. Oleh itu, selain mematuhi perintah Tuhan, manusia pula umumnya

    mesti bermoral untuk kehidupan yang aman, bahagia dan bermakna. Sikap dan perasaan

    bermoral adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu yang tidak boleh

    dipersoalkan lagi kerana menurut Aristotle, moral adalah berkaitan dengan fungsi manusia

    sejagat. Seseorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. Thomas Hobbes

    telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut:

    Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan

    dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas

    dan angkuh.

    ( Mohd. Janib Johari, 1994). MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    21

    5.2 Fungsi Etika dalam kehidupan

    Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam bentuk menyuruh dan

    meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang

    negara mahupun statusnya sebagai profesional. Oleh itu, etika merupakan satu landasan

    kepada masyarakat yang membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta

    membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari

    semasa ke semasa. Sacara datarnya etika berfungsi sebagai, memelihara keharmonian,

    sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara

    maruah.(http://members.tripod.com/takingaoff/etika.html

    ).

    5.2.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian

    Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua

    pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan diantara

    kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya, menyebabkan pelbagai konflik dan

    rasa tidak puas hati dikalangan pihak yang berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    11/13

    dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan

    kebajikan setiap anggota masyarakatnya.

    5.2.2 Etika berfungsi sebagai sokongan

    Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan,maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakanya dalam memberi

    sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan

    pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika

    organisasi atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat hendakalah saling

    bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang melakukan tindakan yang

    tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    22

    5.2.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah

    Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina , meningkat dan

    mempertahankan intigriti, kejujuran dan maruah kehidupan masing-masing. Ini secara

    umumnya, etika berfungsi menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu menggunakan

    segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia

    seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha untuk

    meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari

    semasa kesemasa.

    5.2.4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin

    Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas untuk

    menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima.

    Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang

    berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi

    atau jabatan. Selain ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia

    syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri. Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika juga

    berfungsi dalam perhubungan dengan unsur kerohanian manusia. Seseorang perlu

    mengetahui akan kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan

    kerohaniannya. Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada kehidupan

    manusia, tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap orang mesti tahu dan

    mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan memberi kebahagian dan kedamaian

    kepada semua orang. Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan

    pretasi organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik negara, malah ia

    tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana generasi akan datang sebenarnya

    kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    23

    berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku atau mengawal

    tingkahlaku individu dalam masyarakat.

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    12/13

    5.3 Fungsi undang-undang dalam kehidupan

    Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau etika yang dipegang

    oleh sesebuah masyarakat. Suatu tindakan yang mungkin dianggap jenayah di negara ini,

    mungkin pula dianggap kebiasaan di negara lain. Jesteru undang-undang boleh berbeza

    kerana nilai yang dipegang juga berbeza. Hukum dan undang-undang adalah

    untuk moderate kehidupan manusia. Iaitu untuk mengawal dan menyeimbangkan

    tindakan-tindakan manusia(http://zakiyamani.blogsport.com/2006/07/apa-tujuan-undang-

    undang.html

    ). Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan, maka tidak ada

    keperluan untuk undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka. Hanya apabila seseorang

    bertindak berlawanan dengan nilai yang dipegang oleh komuniti, maka dia akan diingatkan

    dengan kuatkuasa undang-undang. Undang-undang juga berfungsi menjaga kepentingan

    dan keharmonian masyarakat (http://kawan

    sejati.ee.itb.ac.id/node/14777). Contohnya, seorang yang menconteng dinding pondok

    menunggu bas atau mana-mana dinding awam, biar betapa artistik atau indah sekalipun,

    harus dikenakan tindakan. Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004), undang-undang

    mempunyai beberapa fungsi dalam masyarakat diantaranya, undang-undang sebagai

    kawalan sosial, penyelesaian konflik, kebajikan sosial dan pemudahcara. Undang-undang

    sebagai kawalan sosial iaitu undang-undang menyatakan secara terperinci bila dan

    bagaimana individu tertentu dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang

    dilarang, atau MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

    24

    kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara. Undang-undang juga

    bertindak sebagai alternatif kepada perselisihan peribadi atau balas dendam (personal

    feud/vengeaance). Dalam hal ini undang-undang jenayah memainkan peranan sebagai

    kawalan sosial. Ia menentukan sesetengah perbuatan atau kegagalan melakukan sesuatu

    sebagai perbuatan jenayah. Ia bertujuan agar hak-hak dan kebebasan individu terpelihara.

    Ini membolehkan satu bentuk kehidupan politik dan sosial yang stabil dapat diwujudkan.

    Undang-undang juga berfungsi sebagai mpenyelesaian konflik. Tindakan undang-undang

    biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan kepentingan (conflict of interests) antara

    dua pihak atau lebih. Kedua-dua pihak akan menggunakan undang-undang apabila tiada

    persetujuan dicapai dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar mahkamah. Dalam

    keadaan ini undang-undang berfungsi sebagai wahana penyelesaian masalah. Ia

    menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau liabliti dipertahankan dan

    dikuatkuasakan di institusi tertentu, contohnya mahkamah, tribunal atau panel timbang

    tara. Institusi seperti mahkamah akan menetukan kesahihan tuntutan pihak-pihak yang

    bertikai. Oleh itu, undang-undang menyediakan satu kerangka tetap kepada individu

    bahawa mereka boleh menjalankan transaksi dengan pasti, jika konflik timbul ia akan

    diselesaikan dengan undang-undang, dan jika berlaku sebaramg kemungkiran dalam

    transaksi ia akan memperolehi ganti rugi. Undang-undang juga berperanan dalammemastikan kesejahteraan masyarakat. Pemerintah boleh menggunakan undang-undang

  • 7/30/2019 MORAL(etika&undang-undang)

    13/13

    bagi memastikan kebajikan sosial tercapai. Pemerintah lazimnya menggunakan undang-

    undang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan, perkhidmatan, kesihatan, perlindungan

    kepada golongan tertentu. Contohnya, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk wanitan

    dan Akta KWSP 1982 diperuntukan kepada majikan dan pekerja.