moral y5 2011

10
BAHAGIAN A i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan berikut. 1. Siapakah yang kematian ayah ? ________________________________________________________________ _____ 2. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Leong untuk membantu Jamal? ________________________________________________________________ _____ ________________________________________________________________ _____ 3. Apakah dua tujuan Leong menghulurkan bantuan tersebut kepada 1 Leong seorang yang baik hati. Dia sering peka terhadap kesusahan orang lain. Dia sering membantu rakan sekelas dan ahli keluarganya dengan ikhlas. Leong bersimpati terhadap rakan sekelasnya, Jamal, yang baru sahaja kematian ayahnya. Jamal adalah daripada keluarga yang miskin. Oleh yang demikian, Leong telah berbincang dengan guru kelasnya untuk mengutip derma daripada warga sekolah. Leong berharap dengan kutipan derma tersebut dapat meringankan beban dan menggembirakan hati Jamal.

Upload: arissanursafiyya

Post on 11-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cvdf

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A

BAHAGIAN A

i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

1. Siapakah yang kematian ayah ?

_____________________________________________________________________

2. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Leong untuk membantu Jamal?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Apakah dua tujuan Leong menghulurkan bantuan tersebut kepada Jamal ?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

4. Nyatakan bantuan yang diberikan oleh Leong kepada ibu dan bapanya.

a) Ibu: ________________________________________________________________

b) bapa:_______________________________________________________________

5. Apakah perasaan Leong apabila membantu ibu bapanya?

_______________________________________________________________________

ii) Baca dialog di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

6. Apakah nama kursus yang mereka akan sertai?

__________________________________________________________________

7. Nyatakan jenis pakaian yang perlu mereka bawa mengikut akiviti berikut:

A) Riadah :_________________________________________________________

B) Aktiviti dewan :___________________________________________________

8. Apakah dua ciri pakaian yang perlu mereka bawa untuk aktiviti persembahan kumpulan?

____________________________________________________________________

9. Apakah sikap yang perlu mereka amalkan dalam memilih pakaian ?

_____________________________________________________________________

10. Siapakah mereka di sekolah ?

______________________________________________________________________

( /20 markah )

BAHAGIAN B

Bulatkan jawapan yang betul.1. Penyakit _____boleh berjangkit dengan bertukar-tukar jarum suntikan.

A. Demam campak

B. AIDS

C. Demam

D. Batuk

2. Penglibatan diri dalam aktiviti melepak akan menyebabkan kita_________.

A. Membuang masa

B. Mengisi masa lapang

C. Menghargai masa

D. Menggunakan masa lapang

3. Antara berikut adalah kesan-kesan akibat daripada penyalahgunaan dadah kecuali

A. Mengkhayalkan pemikiran

B. Terdedah kepada jangkitan HIV

C. Mencergaskan badan

D. Ketagihan dadah

4. Perbuatan menghisap dadah selalunya bermula daripada kegiatan ___________.

A. Bersukan

B. Bersiar-siar

C. Merokok

D. Berpersatuan

5. Semasa menyambut Hari Raya, wanita yang beragama Islam akan memakai________.

A. Cheongsam

B. Baju kurung

C. Baju melayu

D. Sari

6. Kita perlu memakai pakaian yang sesuai mengikut ______ dan __________.

A. Masa, minat

B. Warna, jenama

C. Masa, tempat

D. Warna, tempat

7. Pakaian yang sesuai dipakai semasa aktiviti di padang ialah_________.

A. Seluar pendek dan kemeja

B. Seluar sukan dan baju -T

C. Baju melayu

D. Seluar sukan dan kemeja

8. Amalan bersederhana dapat memupuk sikap________.

A. Setia

B. Berdikari

C. Berjimat cermat

D. Amanah

9. Yang berikut adalah ciri-ciri perhubungan yang ikhlas dalam perhubungan kecualiA. Memberi bantuan sewaktu diperlukan

B. Sentiasa bercakap bohong

C. Menegur kesalahan yang dilakukan

D. Berkongsi suka dan duka

10. Suria telah menjumpai RM5 dipadang sekolah.Apakah tindakan yang wajar dilakukan?

A. Membelanjakan wang tersebut

B. Mendermakan wang tersebut

C. Menyerahkan kepada guru bertugas

D. Memberikan kepada kawan

11. Guna ingin menunjukkan kereta baru ayahnya dengan mempelawa Jacelyn, Pragash dan Salim menumpang kereta ayahnya untuk pergi ke sekolah.Siapakah yang tidak jujur dalam situasi ini?

A. Guna

B. Ayah Guna

C. Pragash

D.Jacelyn

12. Seseorang murid yang amanah akan______________

A. Mendermakan wang tabungan kelasnya

B. Menyimpan wang tabungan kelasnya

C. Membelanjakan wang tabungan kelasnya

D. Memberikan wang tabungan kelasnya kepada adiknya

13. Bagaimakah kita dapat membantu rakan yang lemah dalam pelajaran?

A. Memarahi rakan

B. Meminjamkan nota

C. Memukul rakan

D. Membiarkan rakan

14. Kita hendaklah memastikan barang makanan yang hendak kita dermakan ________ .

A. Luput tarikhnya

B. Tidak luput tarikhnya

C. Telah basi

D. Telah rosak

15. Yang berikut adalah faedah apabila kita melawat dan memberikan sumbangan ke Rumah Anak-anak yatim kecuali

A. Meringankan beban mereka

B. Menggembirakan hati mereka

C. Mereka tidak berasa sunyi

D. Mereka berasa sedih

16. Apakah bentuk sumbangan yang paling sesuai diberikan kepada rakan yang kematian bapanya.

A. Ubat-ubatan

B. Makanan

C. Kutipan wang

D. Baju

17. Kita mestilah ____________jasa dan sumbangan bakti tokoh-tokoh negara.

A. Menangisi

B. Meratapi

C. Mengiktiraf

D. Melupakan

18. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah_____________.

A. Tun Abdul Razak

B. Tun Dr Mahathir Mohamad

C. Tun Hussein ONN

D. Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj

19. Apakah bidang kepakaran Tun Dr Mahathir Mohamad?

A. Perniagaan

B. Sastera

C. Politik

D. Sukan

20. Sikap berterima kasih kepada ibu dapat dilakukan dengan cara_______.

A. Menghulurkan derma

B. Menghormati ibu

C. Aktif dalam sukan

D. Menengking arahannya

( /40 markah )

BAHAGIAN C.

Tuliskan BETUL bagi pernyataan yang betul atau SALAH bagi pernyataan yang salah.

1. Edry bersama kawan-kawannya pergi ke tandas sekolah untuk merokok.

2. Keerthana telah membantu Cik Nor Hanisah dalam mengadakan kempen

tentang pencegahan dadah.

3. Mei Lin memakai kasut bertumit tinggi ketika berkelah bersama keluarga

di kawasan air terjun.

4. Muthusamy berseluar pendek dan memakai baju yang tidak berlengan

ketika menghadiri majlis pengebumian datuknya.

5. Audrey membantu gurunya mengangkat buku-buku latihan ke bilik guru.

6. Suzie sentiasa membantu ibunya di dapur dengan mengharapkan

pemberian duit oleh ibunya sebagai upah atas pertolongan yang telah

diberikan.

7. Jimmy menegur kesilapan ketua kelasnya dengan perasaan marah.

8. Brandon menghulurkan derma sebanyak RM1 untuk sumbangan derma

sekolah anak-anak yatim.

9. Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah membantu kita.

10. Datuk Nicol David adalah individu cemerlang dalam bidang kesukanan.

( /10 markah)

BAHAGIAN D

Gariskan jawapan yang betul.1. Alexander sentiasa ( menyiapkan, melupakan ) semua kerja sekolah yang diberi oleh guru setiap hari.

2. Zarith selalu bertutur secara ( tengking, sopan ) dengan ahli keluarganya.

3. Pragash ( menolak, menerima ) ajakan rakannya untuk menconteng dinding sekolah.

4. Ibu ( memukul, menasihati ) adik kerana membuang sampah di halaman rumah jiran.

5. Kita patut berasa ( sayang, benci ) terhadap negara Malaysia yang aman dan damai.

6. Diana ( menjaga, membiarkan ) adiknya ketika ibu sibuk mengemas rumah.

7. Kita perlu makan makanan yang (seimbang, mahal ) untuk sentiasa sihat.

8. ( Meamtuhi, Melanggar ) jadual belajar yang disediakan boleh mendisplinkan diri.

9. Aktiviti kemasyarakatan akan ( gagal, berjaya ) dilaksanakan sekiranya ada sikap bekerjasama.

10. Berbuat baik sesama rakan ( merugikan, menguntungkan ) diri sendiri.

( /10 markah )

Leong seorang yang baik hati. Dia sering peka terhadap kesusahan orang lain. Dia sering membantu rakan sekelas dan ahli keluarganya dengan ikhlas.

Leong bersimpati terhadap rakan sekelasnya, Jamal, yang baru sahaja kematian ayahnya. Jamal adalah daripada keluarga yang miskin. Oleh yang demikian, Leong telah berbincang dengan guru kelasnya untuk mengutip derma daripada warga sekolah. Leong berharap dengan kutipan derma tersebut dapat meringankan beban dan menggembirakan hati Jamal.

Pada hujung minggu, Leong akan bangun awal pagi. Leong akan membantu ayahnya mencuci kereta. Selepas itu, Leong akan membantu ibunya menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Leong berasa sangat gembira membantu ibu bapanya walaupun dia keletihan.

William: Saya tidak sabar untuk menyertai kursus pengawas sekolah pada minggu hadapan.

Anne: Saya pun begitu. Apakah barang dan pakaian yang perlu kita bawa?

Mei Lin: Kita perlu membawa barang mengikut arahan yang telah diberikan oleh Cikgu Rahmat. Kita perlu membawa pakaian yang sesuai dan secukupnya untuk kursus tersebut. Bawalah seluar panjang, baju sukan dan kasut sukan untuk aktiviti riadah. Jika ada aktiviti didalam dewan, kita perlu memakai uniform pengawas kita.

Anne : Saya setuju dengan Mei Lin. Selain itu, kita hendaklah memakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk aktiviti persembahan kumpulan pada waktu malam.

William : Jangan keterlaluan! Kita mestilah mengamalkan sikap bersederhana dalam memilih pakaian.

5