mohd jaffar sharri biodata - frim.gov.my · pdf filesains tingkatan biasa. pada 1 oktober ......

6
215 MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA Encik Mohd Jaffar Sharri dilahirkan pada 5 Disember 1948 di Kuala Kangsar, Perak. Mula berkhidmat di FRI pada 1 Julai 1970 sebagai Pembantu Makmal Muda di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan ditempatkan di FRI Kepong. Pada 1 Mac 1978 Jaffar dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Sains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober 1996 Jaffar dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Tingkatan Kanan. Sekali lagi pada 1 Oktober 2000 telah dinaikkan pangkat ke jawatan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Tingkatan Biasa (Q27). Jaffar bersara wajib pada usia 56 tahun pada 5 Disember 2004. Jawatan terakhir beliau di FRIM ialah Penolong Pegawai Penyelidik Tingkatan Biasa. Dalam tempoh berkhidmat Jaffar dari 1 Julai 1970–5 Disember 2004 (34 tahun lima bulan) Jaffar telah berkhidmat di beberapa unit di bawah Bahagian Hutan Ladang di Unit Silvikultur Ladang, Unit Tapak Semaian dan Unit Membaik Biak Pokok. Selepas bersara Jaffar dilantik sekali lagi sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Kontrak dan terus bertugas di Unit Membaik Biak Pokok sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 Januari 2009. Jaffar telah mendirikan rumahtangga dengan Pauzi Mustafa dan dikurniakan seramai empat orang anak. Latihan/Kursus Yang Dihadiri Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar telah mengikuti latihan khusus dalam bidang Plantation Forestry Focusing on Nursery Management and Practice, Jerman Barat.

Upload: trinhkhanh

Post on 05-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA - frim.gov.my · PDF fileSains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober ... sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 ... Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar

215

MOHD JAFFAR SHARRI

BIODATA

Encik Mohd Jaffar Sharri dilahirkan pada 5 Disember 1948 di Kuala Kangsar, Perak. Mula berkhidmat di FRI pada 1 Julai 1970 sebagai Pembantu Makmal Muda di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan ditempatkan di FRI Kepong. Pada 1 Mac 1978 Jaffar dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Sains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober 1996 Jaffar dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Tingkatan Kanan. Sekali lagi pada 1 Oktober 2000 telah dinaikkan pangkat ke jawatan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Tingkatan Biasa (Q27).

Jaffar bersara wajib pada usia 56 tahun pada 5 Disember 2004. Jawatan terakhir beliau di FRIM ialah Penolong Pegawai Penyelidik Tingkatan Biasa. Dalam tempoh berkhidmat Jaffar dari 1 Julai 1970–5 Disember 2004 (34 tahun lima bulan) Jaffar telah berkhidmat di beberapa unit di bawah Bahagian Hutan Ladang di Unit Silvikultur Ladang, Unit Tapak Semaian dan Unit Membaik Biak Pokok.

Selepas bersara Jaffar dilantik sekali lagi sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Kontrak dan terus bertugas di Unit Membaik Biak Pokok sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 Januari 2009. Jaffar telah mendirikan rumahtangga dengan Pauzi Mustafa dan dikurniakan seramai empat orang anak.

Latihan/Kursus Yang Dihadiri

Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar telah mengikuti latihan khusus dalam bidang Plantation Forestry Focusing on Nursery Management and Practice, Jerman Barat.

Page 2: MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA - frim.gov.my · PDF fileSains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober ... sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 ... Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar

216

Jaffar Sharri bersama anak-anak, menantu dan cucu

Latihan pemilihan pokok untuk penjarangan

Page 3: MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA - frim.gov.my · PDF fileSains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober ... sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 ... Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar

217

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Jaffar yang bersaiz kecil ini dapat diibaratkan seperti kecil-kecil cili api jika dilihat dari segi penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang beliau pelopori. Antaranya termasuklah dalam bidang sukan, koperasi dan persatuan iaitu AJK Kebudayaan FRIM (1973–1981); Pengurus Pasukan Sepak Takraw (1974–1980); Pengurus Pasukan Badminton (1981–1984); Pengurus Pasukan Bola Sepak (1984–1994 dan 1997); Naib Pengerusi Unit Rekreasi Luar (KANCIL) (1991–1996); AJK TABIKA FRIM (1990–1996); AJK Perwakilan Kawasan KOSWIP (1990–1996) dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi FRIM (1990–2003).

KENANGAN MANIS

Semasa perlawanan akhir Piala SIRIM antara FRIM dan SIRIM, pasukan FRIM telah memenangi perlawanan tersebut dalam masa tambahan. “Yang hebatnya, Ken Worden, jurulatih SIRIM (yang juga bekas jurulatih pasukan Selangor) telah berjabat tangan dan mengucapkan tahniah kepada saya selaku pengurus pasukan FRIM.” Kata Jaffar bangga. Pasukan FRIM juga telah melangkah ke Division Satu dalam Liga Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Unit Rekreasi Luar (KANCIL)

Selaku AJK Unit Rekreasi Luar (KANCIL) Kelab FRIM bersama-sama rakan AJK mengelolakan satu Ekspedisi ke Gunung Tahan untuk kakitangan FRIM pada September 1994 yang disertai oleh Ketua Pengarah FRIM pada masa itu, Dato’ Dr Salleh (kini Tan Sri). Kejayaan menawan puncak Gunung Tahan oleh semua peserta merupakan hadiah sempena Hari Ulang Tahun FRIM pada tahun tersebut.

Koperasi FRIM (KOFRIM)

Selaku Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Jaffar telah diberi kepercayaan mengetuai projek landskap berkonsepkan hutan di kawasan terpilih di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada tahun 1998 bersempena pelancaran Sukan Komanwel. Projek tersebut telah disempurnakan dengan jayanya bersama-sama pasukan dari Unit Landskap FRIM di bawah penyeliaan En Adnan Mohamad.

Page 4: MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA - frim.gov.my · PDF fileSains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober ... sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 ... Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar

218

Projek Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Jaffar dipinjamkan ke Projek Pelandskapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikendalikan oleh FRIM selama dua tahun (1996–1997). Pasukan kerja FRIM telah melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya. Yang paling mencabar bagi Jaffar ialah tugasan menanam pokok besar di dalam kaca di bangunan satelit (penerbangan antarabangsa). Sebuah buku terbitan FRIM “A Forest in the Windows—The Story of How KLIA’s Specials Forests Were Crafted” menceritakan segala-galanyanya.

ANUGERAH

Atas sokongan FRIM, pada 28 Ogos 2003 Jaffar telah menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Page 5: MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA - frim.gov.my · PDF fileSains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober ... sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 ... Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar

219

Pendakian ke puncak Gunung Tahan

Page 6: MOHD JAFFAR SHARRI BIODATA - frim.gov.my · PDF fileSains Tingkatan Biasa. Pada 1 Oktober ... sehingga kontrak beliau ditamatkan pada 1 ... Pada November 1988–Disember 1989 Jaffar

220

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Sepanjang berkhidmat di FRIM banyak yang telah dipelajari oleh Jaffar. Bagi Jaffar, dia sangat bertuah kerana pegawai-pegawai yang menjadi ketuanya tidak pernah kedekut ilmu untuk diturunkan kepada ‘anak buah’ seperti Jaffar. Jaffar berkata, yang penting hubungan dengan ketua hendaklah dipelihara, namun kita harus tahu membezakan antara ketua dan kawan. Jangan sekali-kali mengambil kesempatan di atas kebaikan ketua dengan melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan perkhidmatan kita dan memeningkan kepala ketua.

ULASAN KETUA PENGARAH

Jaafar Sharri yang bertubuh kecil tetapi berjiwa besar merupakan seorang warga kerja yang aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ketika bertugas di FRIM. Orangnya tidak banyak kerenah, sangat mudah untuk membantu dan sering digelar sebagai “The Cool Man” kerana sentiasa bersabar dalam apa jua situasi. Jaffar sangat senang dengan aktiviti sukannya hinggakan di saat-saat akhir perkhidmatan dengan FRIM pun beliau tetap sibuk dengan aktiviti sukan. Abang Jaffar Sharri juga telah memberikan khidmat yang terbaik bagi memajukan Koperasi FRIM. Terima kasih, semoga Abang Jaffar bahagia dalam apa jua yang dilakukan kini.