mohammad shatar sabran modul... · 2018. 11. 30. · malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya,...

124

Upload: others

Post on 28-Aug-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In
Page 2: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In
Page 3: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MOHAMMAD SHATAR SABRANPARAMASIVAM MUTHUSAMY

Penerbit Universiti Putra MalaysiaSerdang • 2016

Page 4: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

© Penerbit Universiti Putra Malaysia 2016

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin daripada Penerbit UPM.

Penerbit UPM adalah anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam Penerbitan

MODUL SILANG BUDAYA Mohammad Shatar Sabran, Paramasivam Muthusamy, Rosewati Mohd Yusuff, Kamariah Derasol ISBN 978-967-344-595-0

Rupa taip teks: Source Sans Pro Saiz taip teks: 10 /13 pt

Reka bentuk kulit : Mohd Fikri Abu BakarReka letak teks : Sahariah Abdol Rahim @ Ibrahim, Mohd Fikri Abu BakarReka bentuk halaman : Mohd Fikri Abu Bakar

Pesanan boleh dibuat terus kepadaPenerbit Universiti Putra Malaysia43400 UPM, SerdangSelangor Darul EhsanTel: 03-89468851/8854/8429Faks: 03-89416172E-mel : [email protected] web: http://penerbit.upm.edu.my

Page 5: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

KANDUNGANPRAWACANA XII

BAB 1: BUDAYA DAN ADAT RESAM 1Pengenalan 2Unit 01 Kenali Diriku 3Unit 02 Kek Hari Jadi 6Unit 03 Nyam Nyam 9Unit 04 Dapur Muhibbah 12Unit 05 Syoknya Senam Harmoni 16Unit 06 Memori Alam Kecil 18Unit 07 Inilah ‘Kollam’ Kami 20Unit 08 Kongsi Raya 23Unit 09 Dambomm 25Unit 10 BFF (Best Friend Forever) 28

BAB 2: KENEGARAAN 31Pengenalan 32Unit 11 MyKad Saya 33Unit 12 Oo-Som! 35Unit 13 Antara Dua Dunia 37Unit 14 Genggam Bara Api 42Unit 15 Integriti 44Unit 16 Adil Saksama 46Unit 17 Malaysia, Di Sini Lahirnya Cinta 49Unit 18 Transform-ers (PERUBAHAN-EMOSI RASIONAL SAYA) 52Unit 19 Optimis Prime 54Unit 20 Patriotisme 58

Page 6: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

BAB 3: MORAL DAN SIVIK 61Pengenalan 62Unit 21 Jom Kenal Saya 63Unit 22 Budi Bahasa Budaya Kita 71Unit 23 Bicara Mutiara 75Unit 24 Jejak Harmoni 78Unit 25 Jalinan Kasih 83Unit 26 Amalan Baik Jiwa Selamat 85Unit 27 Cinta Flora dan Fauna 88Unit 28 Keluargaku Sayang 95Unit 29 Bersama Kita Bersyukur 101Unit 30 Sayangi Saya 104

RUJUKAN 109

Page 7: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In Diversity’ oleh masyarakat luar negara sentiasa mempertingkatkan usaha demi mensejahterakan rakyatnya yang pelbagai kaum. Pelaksanaan pelbagai dasar dan polisi kerajaan yang mengutamakan perpaduan dalam pelaksanaannya amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian demi kelangsungan pembangunan dan kestabilan negara.

Atas dasar itu, penggubalan Modul Silang Budaya yang diusahakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia amat bertepatan sekali sebagai mekanisme untuk memupuk dan memelihara aspirasi perpaduan di kalangan generasi muda pada masa kini. Pendidikan elemen budaya, adat resam, kenegaraan, moral dan sivik yang terkandung dalam Modul Silang Budaya ini bukan sahaja penting kepada pelajar sekolah dan mahasiswa melalui Kelab Rukun Negara malah keutamaan juga perlu diberikan kepada seluruh warganegara ini khususnya dari kalangan pihak swasta, korporat, pertubuhan sukarela dan badan-badan bukan kerajaan. Usaha pendidikan perpaduan ini perlu disebarluaskan bagi memastikan rakyat negara ini dari peringkat usia muda lagi sudah mula menghayati nilai-nilai murni antara kaum dan seterusnya menjadi amalan ketika dewasa.

Saya amat berbangga dengan penghasilan Modul Silang Budaya ini yang julung kalinya dihasilkan sebagai usaha penerus kesinambungan aspirasi perpaduan di negara ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan penghasilan Modul Silang Budaya ini dan berharap agar banyak pihak dapat memanfaatkan ilmu ini dalam usaha memantapkan lagi kesejahteraan negara.

Sekian, terima kasih.

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUPMENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Sekapur Sirih

Page 8: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

Seulas PinangAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Putra Malaysia (UPM) atas terhasilnya buku Modul Silang Budaya ini. Penghasilan modul ini amat penting dan berguna sekali khasnya kepada rakyat dan amnya kepada negara. Ini memandangkan Malaysia sering dilihat oleh negara luar sebagai model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan masyarakatnya yang pelbagai kaum dan latar belakang. Saya difahamkan buku Modul Silang Budaya ini akan menjadi bahan rujukan oleh Guru Penyelaras Kelab Rukun Negara di sekolah sebagai panduan

dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berteraskan budaya, adat resam, kenegaraan, sivik dan moral di kalangan pelajar sekolah.

Saya menyeru agar usaha penerapan silang budaya ini bukan hanya di sekolah atau institusi pengajian tinggi sahaja tetapi perlu juga diterapkan di tempat kerja. Ini memandangkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan warga dewasa mengenai kepentingan memahami budaya, agama, bahasa dan adat resam kaum lain perlu dipertingkatkan untuk membimbing anak-anak sebagai penerus generasi akan datang.

Saya amat berharap usaha ini akan berterusan dan mendapat sokongan daripada semua pihak bagi memantapkan lagi keharmonian dan kesejahteraan negara. Pendedahan awal dari usia muda mengenai kepentingan memahami dan menerima kepelbagaian budaya antara kaum akan melahirkan generasi yang lebih sensitif dengan keperluan rakan kaum lain. Ini secara langsung membevri kesan yang positif dalam aspek pergaulan di tempat kerja dan hidup bermasyarakat.

Akhir kata, harapan saya modul ini akan menjadi sumber rujukan kepada umum ke arah memperkasakan lagi perpaduan dan integrasi di negara ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DR. ALI BIN HAMSAKETUA SETIAUSAHA NEGARA

Page 9: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

Setinta PenaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Putra Malaysia (UPM) atas penghasilan buku Modul Silang Budaya ini. Saya yakin dan percaya dengan adanya modul ini, ianya dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan elemen silang budaya dalam sistem pendidikan seperti yang dihasratkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Saya pasti usaha bersepadu dan kerjasama strategik antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Kelab Rukun Negara di sekolah dengan Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah inisiatif terbaik untuk kedua-dua agensi ini menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkesan serta memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat amnya dan generasi muda khasnya.

Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seumpama ini memberi ruang kepada kedua-dua agensi berkongsi pencapaian KPI secara bersama dengan penggunaan kos yang minima dan berpatutan. Saya juga mengharapkan agar perkongsian bijak dan jaringan erat dengan pihak-pihak lain juga diadakan agar pelaksanaan modul ini lebih menyeluruh hingga ke akar umbi.

Selaku agensi yang bertanggungjawab penuh dengan pendidikan di peringkat sekolah, saya menaruh harapan yang tinggi agar pelaksanaan modul ini mendapat komitmen dan sokongan penuh dari semua pihak yang terlibat supaya harsat Kerajaan untuk membentuk generasi yang mengamalkan nilai-nilai murni dan nilai bersama antara kaum (shared common values) dapat dilahirkan. Ini secara langsung dapat membentuk semangat setiakawan, toleransi dan bantu-membantu antara kaum yang membawa kepada keharmonian negara . Saya percaya dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh iltizam ini, maka matlamat dan objektif modul ini akan dapat dicapai dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI ALIAS BIN HAJI AHMADKETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 10: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

Setitis TintaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas usaha dan kerjasama di antara pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sehingga berjaya menghasilkan sebuah modul diberi nama Modul Silang Budaya.

Dalam menjadi sebuah negara maju, kita dapati pelbagai anasir negatif cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian negara. Bertitik-tolak dengan pelbagai isu dalam hubungan masyarakat seperti yang dipaparkan dalam media-media sosial, maka usaha memupuk semula kelestarian perpaduan rakyat ke arah satu Malaysia yang harmoni dan cemerlang penting untuk diperkasakan.

Melalui jalinan kerjasama di antara pihak UPM dengan JPNIN ini, ia diharap dapat mengorak langkah yang positif, iaitu sebagai satu pendekatan baru, dan pendedahan awal untuk memberi penerangan, pengetahuan, dan memupuk nilai-nilai perpaduan, dan integrasi pelbagai kaum dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Hal ini supaya masyarakat muda dapat memahami dan menjaga perpaduan secara berterusan.

Bersama-samalah kita berdoa agar usaha kita melalui program yang dilaksanakan berpandukan Modul Silang Budaya ini dapat menyuburkan rasa kasih kepada negara agar semangat patriotism dapat dihayati, dan diaplikasikan dengan lebih baik, demi kesejahteraan negara dan pembangunan bangsa.

Sekian, terima kasih.

“BERILMU, BERBAKTI”

PROF. DATIN PADUKA DR. AINI IDERIS, FASc. DSIS, PSK, KMNNAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Page 11: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

Seindah BicaraAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan,

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas izinNya buku Modul Silang budaya ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato’ Gandesan a/l Letchumanan, mantan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) atas cetusan idea beliau untuk Jabatan menghasilkan Modul Silang Budaya ini.

Saya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan dan penerbitan buku Modul Silang Budaya ini. Selaku agensi peneraju dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional, semestinya Modul Silang Budaya ini amat diperlukan dalam membantu Jabatan mencapai objektifnya untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Kefahaman dan pengetahuan mengenai amalan budaya, agama, bahasa dan cara hidup masyarakat berbilang kaum merupakan salah satu penyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Saya berharap pelaksanaan modul ini dapat membantu usaha-usaha semua pihak yang mempunyai aspirasi yang sama untuk perpaduan. Saya menyeru agar kita dapat bersama-sama menyemat dalam sanubari untuk memastikan ikatan perpaduan terus utuh sampai bila-bila dari zaman ke zaman.

Sekian, Terima Kasih

Sekian, Terima Kasih

BAHARIN BIN IDRISKETUA PENGARAHJABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL(JABATAN PERDANA MENTERI)

Page 12: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

Sekalung PenghargaanPenggubalan Modul Silang Budaya ini adalah cetusan idea dari Y. Bhg. Dato’ Gandesan a/l Letchumanan, mantan Ketua Pengarah JPNIN. Y. Bhg. Dato’ amat memberi perhatian serius terhadap penghasilan modul ini dengan memberi cadangan, pandangan serta buah fikiran beliau dalam penghasilannya. Terima kasih diucapkan kerana akhirnya impian Y. Bhg. Dato’ Gandesan dan seluruh warga kerja JPNIN untuk menerbitkan Modul Silang Budaya sebagai panduan dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti perpaduan di akar umbi terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah melalui Kelab Rukun Negara menjadi kenyataan.

Sesungguhnya penerbitan Modul Silang Budaya ini menjadi trademark kepada JPNIN selaku agensi yang bertanggungjawab dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional. Dengan adanya Modul Silang Budaya ini maka usaha JPNIN untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara akan lebih terancang dan sistematik. Ini secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kefahaman dan pengetahuan generasi muda untuk lebih mengenali adat resam, budaya dan agama rakan etnik lain. Selain itu, beliau turut menyatakan hasrat penggubalan modul ini bukan hanya memberi fokus kepada silang budaya semata-mata tetapi elemen penerapan semangat patriotisma dan cinta negara wajar diberi perhatian. Dalam masa yang sama, beliau sering mengutarakan agar modul ini berupaya membantu memperteguhkan akhlak generasi muda dengan amalan sivik dan moral yang baik di kalangan mereka.

Page 13: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

PrawacanaModul Silang Budaya adalah pengalaman yang dialami apabila dua atau lebih individu dari latar

belakang berbeza berinteraksi. Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal. Manakala

budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai hidup. Apabila aspek perbezaan ini dihormati dan difahami, ianya akan melahirkan perhubungan dan komunikasi yang positif dan harmoni. Sehubungan itu, modul ini dilahirkan untuk membantu proses integrasi pelajar di dalam program.

Pendekatan dalam aktiviti Silang budaya ini dijalankan dalam konsep santai dan menggunakan fomula 3B iaitu :

• Bermain – aktiviti dijalankan dalam suasana menyeronokkan dan santai

• Berkongsi – pelajar berkongsi mengenai pengalaman diri dan nilai diri

• Bertoleransi – pelajar belajar menerima perbezaan budaya, menghormati perbezaan dan tidak menyinggung sensitiviti pihak lain.

Page 14: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In
Page 15: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 1

Page 16: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 2

PENGENALANBudaya dan adat resam adalah ciri istimewa sesebuah negara yang menjadi asas kepada pegangan dan kepercayaan masyarakat setempat. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri dari pelbagai budaya dan adat resam.

Dalam kepelbagaian warna-warna budaya dan adat resam, yang lebih penting adalah setiap individu menghormati dan menghargai nilai-nilai budaya dan adat resam setiap pihak demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama-sama. Jika setiap individu tanpa mengira peringkat umur, status, dan latar belakang kehidupan menjaga tingkah laku, adab sopan, tutur bicara dan pemikiran dalam menghormati budaya dan adat resam setempat; maka keamanan dan kesejahteraan hidup di antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai, produktiviti negara akan meningkat, kemajuan akan digapai.

Page 17: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 3

OBJEKTIFTopik ini memberi ruang kepada pelajar mengenali diri sendiri dan pelajar lain dalam suasana yang ceria dan mempunyai keyakinan diri bagi mengikuti aktiviti selanjutnya. Aktiviti yang dijalankan membantu pelajar mengenali individu lain yang berbeza latar belakang, personaliti dan budaya yang berbeza.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. mempamerkan keyakinan sewaktu berinteraksi,

2. menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan serta fasilitator, dan

3. mengetahui dan mengingati sekurang-kurangnya nama lima orang pelajar lain.

MASA (60 Minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Kenali Diriku

Persembahan Individu

50

2 Rumusan Perbincangan 10

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan interaksi antara sesama pelajar dan fasilitator yang dapat membentuk rasa selamat dan hormat-menghormati. Perasaan yakin dan dapat mengenali sesama rakan serta

KENALI DIRIKUUNIT

01fasilitator dapat menggalakkan interaksi yang sihat dan memupuk suasana yang harmoni.

BAHAN BANTU• PA System dan audio, mikrofon mudah alih (portable

microphone) Mikrofon (sebaiknya tanpa wayar) digunakan untuk membantu pelajar yang suaranya perlahan agar semua pelajar dapat mendengar dengan jelas nama pelajar lain.)

LANGKAH AKTIVITI

• Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dan sedikit demo (jika perlu).

• Pelajar melakukan aktiviti membuat bulatan berdasarkan abjad nama. Susunan adalah daripada A hingga huruf Z. Huruf A terawal akan berdiri di sebelah kanan bahu fasilitator dan huruf Z terakhir akan berdiri di sebelah kiri sekali fasilitator.

• Pelajar memperkenalkan diri dan nama panggilan mesra mengikut urutan abjad

• Fasilitator menguji daya ingatan pelajar terutamanya untuk mengingati rakan di sebelah kanan dan kiri/ rakan yang sama abjad atau berbeza abjad, contohnya A-Ai Ling, B- Burhan , C- Chintamany.

• Fasilitator membuat rumusan aktiviti.

Page 18: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 4

No AktivitiMasa

(minit)Catatan

1 Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dan sedikit demo 2Tempoh masa pengendalian bergantung kepada jumlah ahli kumpulan. Jika lebih ramai pelajar terlibat, lebih panjang tempoh masa perlu diperuntukkan. Cadangan masa berikut adalah untuk kumpulan seramai 100 orang.

2 Pelajar melakukan aktiviti membuat bulatan berdasarkan abjad nama 3

3 Pelajar memperkenalkan diri mengikut urutan abjad nama 45

4 Fasilitator menguji daya ingatan pelajar 5

5 Fasilitator membuat rumusan aktiviti 5

Page 19: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 5

Fasilitator menanyakan pelajar faedah mengingati nama orang lain dan memanggil nama orang mengikut nama panggilan disukainya. Manusia secara semulajadi rasa dihargai apabila orang lain mengambil inisiatif untuk mengingati namanya.

Aspek silang budaya:

1. Elakkan panggilan yang tidak elok dan bersifat ejekan (contoh : ‘Mok’ untuk Gemuk). Penggunaan ganti nama saya dan awak atau kamu – lebih baik daripada aku-kau/aku-korang

2. Masyarakat Melayu - lazimnya menamakan anak dengan maksud yang baik-baik, dengan merujuk maksud dalam bahasa Arab.

3. Masyarakat India – menamakan anak dengan nama yang baik-baik dan merujuk kepada kitab dan sami.

4. Masyarakat Cina – menamakan anak dengan maksud yang baik-baik merujuk kepada kitab atau fahaman agama mereka.

5. Masyarakat Lain-lain - menamakan anak dengan maksud yang baik-baik berdasarkan maksud yang dipercayai fahaman masing-masing.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

Page 20: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 6

OBJEKTIFTopik ini memberi peluang kepada para pelajar mengenali pelajar lain serta menggalakkan interaksi pelajar dari kumpulan etnik dan budaya yang berbeza.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. mengetahui dan mengingati sekurang-kurangnya dua nama rakan yang lahir pada bulan yang sama, dan

2. mengetahui 1 sifat diri yang positif, 1 sifat diri yang negatif serta 1 persamaan rakan yang lahir dalam bulan yang sama. Contohnya : hobi, makanan kegemaran, stesen radio dan sebagainya.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan interaksi antara sesama pelajar dan fasilitator dalam membentuk rasa selamat dan hormat-menghormati. Perasaan yakin dan dapat mengenali sesama rakan serta fasilitator dapat menggalakkan interaksi yang sihat.

BAHAN BANTU• Kertas Helaian Kek Hari Jadi, PA System dan audio,

mikrofon mudah alih (portable microphone)

(Mikrofon sebaiknya tanpa wayar untuk membantu pelajar yang suaranya perlahan dan membolehkan semua pelajar mendengar dengan jelas nama pelajar lain.)

MASA (60 minit)NO AKTIVITI KAEDAH MASA (MINIT) CATATAN

1 Kek Hari Jadi Perbincangan Kumpulan 50 Lampiran 1

2 Rumusan Perbincangan 10

KEK HARI LAHIRUNIT

02

LANGKAH AKTIVITI

KEK HARI JADI• Setiap pelajar diminta berdiri membentuk satu bulatan

besar mengikut susunan tarikh lahir masing –masing dalam masa yang singkat, contohnya 5 minit.

• Susunan adalah daripada 1 Januari hingga 31 Disember tanpa mengambilkira tahun kelahiran. Pelajar yang lahir pada tarikh Januari akan berdiri di sebelah kanan bahu fasilitator dan tarikh terakhir bulan Disember akan berdiri di sebelah kiri sekali fasilitator.

Page 21: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 7

• Setiap pelajar diminta menyebut nama panggilan dan tarikh lahirnya. Setiap pelajar digalakkan menyanyikan lagu “ Selamat Hari Jadi “ ataupun “Happy Birthday to You” secara beramai-ramai kepada pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan program/aktiviti dijalankan. (Adalah lebih baik jika disediakan kek kepada pelajar yang menyambut bulan kelahirannya semasa program dijalankan).

• Setelah selesai satu pusingan pengenalan diri, Fasilitator meminta pelajar berkumpul bersama rakan yang lahir dalam bulan yang sama untuk aktiviti mengenali rakan dalam kelompok yang sama bulan kelahiran.

• Helaian aktiviti Kek Hari Lahir (rujuk Lampiran 1) diedarkan dan pelajar diminta mengambil masa untuk melengkapkan helaian dengan mencari persamaan yang ada dengan rakan yang lahir sama bulan dengannya.

Masa pengendalian bergantung kepada jumlah ahli kumpulan. Jika lebih ramai pelajar terlibat, lebih banyak masa diperuntukkan. Cadangan masa berikut adalah anggaran masa untuk kumpulan seramai 60 - 100 orang.

1. Fasilitator mendapatkan maklumbalas wakil pelajar dari setiap bulan kelahiran (Januari, Februari dan seterusnya) dengan menyebut nama rakan yang lahir sama bulan dengannya dan sebutkan minima satu perkara positif mengenai dirinya. Jika ada masa, minta wakil pelajar sebutkan persamaan sifat ahli dalam kumpulan bulan kelahiran yang sama.

2. Apakah cara sambutan hari lahir mengikut budaya anda? Adakah ada usia/umur tertentu yang diraikan dengan lebih istimewa?

3. Contohnya: Usia 15 tahun (akil baligh bagi masyarakat India), usia 1 bulan @ ‘fullmoon’ & usia 60 tahun (masyarakat Cina).

No Aktiviti Masa (minit) Catatan

1 Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dan sedikit demo (jika perlu) 5

2 Pelajar melakukan aktiviti membuat bulatan berdasarkan tarikh lahir 5

3Pelajar menyebut nama panggilan dan tarikh lahir mengikut urutan tarikh lahir.

20

4Fasilitator meminta pelajar duduk di dalam kumpulan kecil bulan kelahiran yang sama dan membuat aktiviti helaian “Kek Hari Lahir”

15

5Fasilitator meminta beberapa orang pelajar yang mewakili setiap bulan kelahiran berkongsi maklumat rakan baru & minta maklumbalas.

5Helaian Kek Hari

Jadi

Jumlah 50

Page 22: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 8

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

LAMPIRAN 1 KEK HARI LAHIR

1. Fasilitator bercerita kepada pelajar tentang lagu “Happy Birthday To You” adalah lagu yang paling banyak dinyanyikan di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa dalam irama yang sama.

2. Fasilitator boleh meminta pelajar nyanyikan lagu sambutan hari jadi dalam bahasa lain contohnya Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan sebagainya.

3. Fasilitator menggalakkan pelajar menceritakan sambutan hari lahir mengikut kepercayaan atau adat dan pantang-larangnya serta menerangkan betapa pentingnya menghormati rakan-rakan apabila meraikan sambutan hari jadi atau perayaan mengikut adat resam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Page 23: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 9

OBJEKTIFTopik ini memberi peluang kepada para pelajar mengenali budaya pelajar lain,menggalakkan interaksi pelajar dari kumpulan etnik dan budaya yang berbeza serta memberi peluang untuk pelajar menghargai budaya diri sendiri dan budaya kaum lain.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

mengetahui sekurang-kurangnya nama 6 jenis makanan tradisional kaum lain.

KANDUNGANTopik ini memberi peluang pelajar berinteraksi dan mengetahui kepelbagaian, keunikan dan citarasa makanan di Malaysia.

BAHAN BANTU• Mikrofon (sebaiknya tanpa wayar) untuk membantu

pelajar yang suaranya perlahan dan membolehkan semua pelajar dapat mendengar dengan jelas nama pelajar lain.

• Peralatan audio untuk memasang lagu instrumental (lagu Tepuk Amai-Amai).

MASA (60 minit)NO AKTIVITI KAEDAH MASA (MINIT) CATATAN

1 Nyam Nyam Persembahan Kumpulan 50

2 Rumusan Perbincangan 10

NYAM NYAMUNIT

03

LANGKAH AKTIVITI

AKTIVITI NYAM NYAM

PILIHAN AKTIVITI 1: NYAM NYAM LAGU• Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kelompok kecil (6-10

orang).

• Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dalam kumpulan besar dan demo lagu (lagu pemberi semangat).

• Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil atau mengikut kumpulan kecil sedia ada (sekitar 6-10 orang dalam satu kumpulan).

Page 24: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 10

• Ahli kumpulan diminta memilih nama kumpulan berdasarkan nama makanan tradisional dari pelbagai budaya di Malaysia. Sebaiknya nama makanan tersebut adalah unik dan hanya terkenal dalam kalangan bangsa tertentu sahaja. Contoh :

• Masyarakat Melayu: Ketupat, Rendang, Lemang, Nasi Lemak,

• Masyarakat India: Roti Canai, Tose, Vadai, Masalode, Laddu

• Masyarakat Cina: Mochi, Char Kue Tiew, Chakoi, Dim Sum

• Masyarakat Sabah: Hinava, Tuhau, Sinagol, Bosou, Banbagan

• Masyarakat Sarawak : Linut/Ambuyat, Pansuh Ayam/Ikan, Sagu, Umai,

• Selepas setiap kumpulan memberitahu nama kumpulan, fasilitator memberikan tugasan selanjutnya untuk

menggubah lagu kumpulan dengan menggunakan irama lagu Tepuk Amai-Amai (Cuma tukar lirik dan buat pergerakan kareografi untuk lebih menarik)

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : KARYA ETNIK

TujuanMengenali identiti etnik sesebuah kaum (terutama di Sabah dan Sarawak)

Bahan Bantu: Bahan-bahan terbuang/ kitar semula ( contoh : surat khabar, kotak)

• Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kelompok kecil (6-10 orang).

No AktivitiMasa

(minit)Catatan

1 Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dalam kumpulan dan demo lagu 10 minit

Aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil iaitu 6 – 10 orang bagi setiap kumpulan. Masa pengendalian bergantung kepada jumlah pelajar keseluruhan. Jika lebih ramai pelajar terlibat, lebih panjang masa perlu diperuntukkan.

2Setiap kumpulan memilih nama kumpulan berdasarkan nama makanan tradisional rakyat Malaysia

5 minit

3Setiap kumpulan diminta mengubahsuai lagu kumpulan berdasarkan nama makanan/nama kumpulan dengan berpandukan irama lagu “Tepuk Amai-amai” sambil membuat kareografi.

15 minit

4Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil lagu dan kareografi masing-masing kepada kumpulan lain.

20 minit

5 Fasilitator membuat rumusan aktiviti 10 minit

Page 25: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 11

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang dengan pelajar mengenai perkara “Apakah yang menarik di dalam aneka citarasa makanan Malaysia?” Dengan menghargai keunikan citarasa yang lahir dari budaya yang berbeza menjadikan kita lebih fleksibel dan menghormati budaya lain.

2. Fasilitator juga boleh bertanya mengenai kuih-kuih tempatan yang disukai oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum (secara universal). Ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian makanan di Malaysia.

3. Fasilitator boleh mengetengahkan kepelbagaian seni kemahiran mengikut kaum, contoh kaum Melayu Terengganu dengan tenunan songket, kaum etnik di Sabah dan Sarawak dengan seni anyaman dan manik.

• Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dalam kumpulan besar dan demo lagu (lagu pemberi semangat)

• Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil atau mengikut kumpulan kecil sedia ada (sekitar 6-10 orang dalam satu kumpulan).

• Fasilitator meminta ahli kumpulan memilih nama kumpulan berdasarkan nama kraftangan atau makanan yang melambangkan identiti sesuatu etnik.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membuat model/ kraftangan/ makanan menggunakan bahan-bahan terbuang/kitar semula yang ada.

• Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kumpulan dalam bentuk lagu nyanyian.

Page 26: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 12

OBJEKTIFTopik ini memberi peluang kepada para pelajar menghargai keunikan citarasa budaya Malaysia, menggalakkan interaksi positif yang boleh dipraktikkan di dalam komuniti dan memberi peluang untuk pelajar menghargai budaya diri sendiri dan budaya kaum lain.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. Mengetahui kekurang-kurangnya satu resepi masakan yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

2. Mengetahui aspek sensitiviti makanan rakan ahli kumpulan daripada budaya lain iaitu budaya Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak.

KANDUNGANTopik ini memberi kemahiran memasak sambil mengetahui keunikan dan menghargai citarasa rakyat Malaysia melalui makanan.

BAHAN BANTU• Peralatan audio visual untuk memasang video masakan.

• Peralatan memasak seperti pisau, papan alas, kuali, dapur gas, minyak, sudip dan sebagainya. Boleh dipelbagaikan dengan peralatan berkhemah seperti mestin dan dapur khemah.

• Bahan masakan/peralatan bergantung kepada kesesuaian resepi dan lokasi program.

MASA (60 minit)NO AKTIVITI KAEDAH MASA (MINIT) CATATAN

1 Dapur MuhibbahTunjukcara (Demo oleh fasilitator)

10 Peralatan memasak

2 Aktiviti sesama pelajar Sesi praktikal memasak 40

3 Rumusan Perbincangan 10

DAPUR MUHIBBAHUNIT

04

Page 27: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 13

NOTA LAMPIRANLampiran 2 : Dapur Muhibbah

LANGKAH AKTIVITI

1. DAPUR MUHIBBAH

PILIHAN AKTIVITI 1 : MEMASAK RESEPI• Fasilitator meminta pelajar berkumpul dalam kumpulan

kecil yang telah dibentuk dalam slot sebelum ini. Fasilitator memberi arahan kepada ketua kumpulan untuk mengambil bahan makanan yang disediakan/ bergerak ke stesyen memasak yang disediakan .

• Pelajar perlu berbincang menu masakan yang unik dan tidak sama dengan kumpulan lain. Sebaiknya menu masakan (kuih) dari budaya yang berbeza.

• Makanan yang siap dihidangkan dan wakil kumpulan memberikan penerangan mengenai makanan yang dibuat dan apa yang dipelajari semasa melakukan aktiviti ini.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : JIGSAW PUZZLE GAMBAR MAKANAN TRADISI• Fasilitator menyediakan beberapa keratan gambar

yang telah dipotong dalam bentuk ‘jigsaw puzzle’. Gambar tersebut adalah gambar makanan tradisi atau utama mengikut kaum di Malaysia. Setiap keratan telah bercampur-campur dan dimasukkan dalam 5 sampul yang berasingan.

• Fasilitator membuat lima kumpulan. Ketua kumpulan

akan memilih satu sampul. Pelajar diminta menyusun ‘puzzle’ tersebut sehingga lengkap. Dalam proses itu, dalam sampul akan terdapat keratan gambar dari kumpulan lain. Pelajar perlu mencari ‘puzzle’ yang tiada di kumpulan lain.

• Permainan ini memerlukan kerjasama setiap ahli dalam semua kumpulan untuk memudahkan proses tugasan.

1. Fasilitator berbincang dengan pelajar mengenai perkara yang berlaku dalam aktiviti, perasaan pelajar dan mengaitkan aktiviti dengan aspek silang budaya.

2. Fasilitator menekankan aspek menghormati adab makan dan sensitiviti makanan masyarakat di Malaysia.

3. Fasilitator boleh membincangkan cara-cara makan kaum di Malaysia, contohnya Melayu dan India menggunakan tangan kanan, Cina menggunakan kayu penyepit, orang barat menggunakan sudu dan garfu.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

Page 28: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 14

LAMPIRAN 2DAPUR MUHIBBAH

Pilihan Resepi 1 : Cucur UdangBahan-bahan :3 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air biasa

1/4 cawan air panas yang baru mendidih

1 biji telur

1 sudu kecil garam halus

1 sudu besar gula

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 ikat kucai dibersihkan dan dipotong

1 mangkuk kecil taugeh

1 mangkuk kecil udang basah

2 keping roti gardenia dicarik halus

Cara masak :1. Ambil 4 sudu besar penuh tepung gandum (dari sukatan

3 cawan tepung tadi) dan campurkan dengan air yang baru mendidih. Campurkan sehingga menjadi pekat dan sedikit bergentel.

2. Ambil baki tepung gandum dan campurkan bersama bancuhan tadi. Masukkan air biasa dan semua bahan-bahan. Gaul sebati dan biarkan selama setengah jam.

3. Panaskan minyak, jemput bancuhan tepung menggunakan tangan. Goreng hingga kuning keemasan. Sedia dihidang.

PILIHAN RESEPI 2 : AMBUYAT (MASAKAN SARAWAK)Bahan-bahan : (Hidangan untuk 5 orang)

Bahan A:

1 kg (6 cawan) sagu rumbia

(di Semenanjung jika tiada sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi, juga perlu dimasak hingga jernih seperti gam)

Air panas yang baru dimasak

1 liter (4 cawan air)

Bahan B:

600 gram isi ikan (ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin)

50 gram (5 ulas) bawang merah (dihiris halus)

10 gram (2 ulas) bawang putih (dihiris halus)

10 gram (2 cm) kunyit hidup (dihiris halus)

10 gram (2 cm) halia (dihiris halus)

3 gram (5 biji) cili padi (diketuk)

30 gram (2 batang) serai (diketuk)

5 gram (5 keping) asam keping

9 gram (1 sudu teh) garam

600 ml ( 2 cawan) air kosong

Bahan C:

500 gram (60 batang) pucuk paku (dibersihkan dan dipetik daunnya sahaja)

3 gram (1/2 sudu teh) garam

10 gram (1 sudu makan) minyak kelapa sawit/sayuran

30 gram (3 ulas) bawang merah

Page 29: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 15

10 gram (2 ulas) bawang putih (ditumbuk)

10 gram (1 sudu makan) belacan

125 ml (1/2 cawan) air

1 biji cili merah (dihiris untuk hiasan)

Cara masak :Bahan A : Cara membuat ambuyat

4. Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.

5. Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.

6. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat. (Apabila kelihatan seperti gam, tandanya sagu telah masak).

Bahan B: Cara memasak ikan

1. Ikan dibersihkan dan dipotong menjadi 5 keping potongan.

2. Ikan dimasukkan dalam periuk dan dimasak dengan semua bahan B. Rebus sehingga masak.

Bahan C : Cara memasak sayur

1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga naik bau.

2. Masukkan sayur pucuk paku. Tambah air dan masak hingga empuk.

3. Setelah siap, angkat dan hias dengan hirisan cili merah.

Nota: Ambuyat dimakan semasa masih panas. Ambuyat dimakan menggunakan candas atau kayu penyepit dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.

Sumber: www.nutriweb.org.my/recipe/vol2/bm/sabah_sarawak/recipi_ss1.php

Page 30: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 16

OBJEKTIFTopik ini memberi peluang kepada para pelajar menghargai keunikan budaya Malaysia, menggalakkan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan di dalam komuniti dan memberi peluang untuk pelajar menghargai budaya diri sendiri dan budaya kaum lain.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

Mengetahui 5 langkah senaman tari yang merangkumi budaya Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak.

KANDUNGANTopik ini memberi kemahiran bersenam sambil mengetahui keunikan dan budaya bangsa lain melalui tarian.

BAHAN BANTU• Mikrofon (sebaiknya tanpa wayar) untuk membantu

fasilitator memberikan arahan sambil bergerak dengan bebas

• Peralatan audio untuk memasang lagu untuk aktiviti senaman.

• Rakaman lagu yang sesuai dengan tema

• Nota untuk Fasilitator: Sila sediakan video lagu etnik/ kaum masyarakat setempat. Contoh : Tarian Melanau/ Ngajat / Sumazau / India / Zapin / Joget / Cina /Tai Chi

LANGKAH AKTIVITI

MASA (60 minit)NO AKTIVITI KAEDAH MASA (MINIT) CATATAN

1 Syoknya Senam HarmoniTunjukcara (Demo oleh fasilitator)

10 Muzik iringan

2 Aktiviti bersama pelajar Sesi praktikal 40

3 Rumusan Perbincangan 10

SYOKNYA SENAM HARMONIUNIT

05

SYOKNYA SENAM HARMONI• Fasilitator meminta pelajar berkumpul dalam kumpulan

besar. Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dalam kumpulan besar dan demo pergerakan senaman.

Page 31: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 17

• Fasilitator perlu memeriksa keadaan kesihatan pelajar dan kecualikan pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti baru pulih dari kecederaan, dan sebagainya.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang dengan pelajar dan mengemukakan soalan berikut

i. Apakah yang berlaku dalam aktiviti?

ii. Apakah perasaan pelajar?

2. Fasilitator membuat hubungkait aktiviti dengan aspek silang budaya dan kepelbagaian masyarakat dan aktiviti bersenam yang mendatangkan kesihatan tubuh badan.

3. Fasilitator memberi pemahaman tentang kepelbagaian sukan dan seni pertahanan diri dalam aspek senaman, kesihatan tubuh badan dan minda yang cerdas.

Page 32: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 18

OBJEKTIFTopik ini memberi peluang kepada para pelajar mengenali budaya pelajar lain, menggalakkan interaksi pelajar dari kumpulan etnik dan budaya yang berbeza serta memberi peluang untuk pelajar menghargai budaya ibu bapa dan orang tuan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. mengetahui sekurang-kurangnya 6 jenis lagu kanak-kanak yang merangkumi budaya masyarakat Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak dan kaum lain di Malaysia.

KANDUNGANTopik ini memberi peluang pelajar berinteraksi dan mengetahui kepelbagaian keunikan lagu kanak-kanak dan lagu tradisional rakyat Malaysia.

BAHAN BANTU• Mikrofon (sebaiknya tanpa wayar) untuk membantu

pelajar yang suaranya perlahan dan membolehkan semua pelajar mendengar dengan jelas nama pelajar lain.

• Peralatan audio visual untuk memasang lagu yang dipilih pelajar (komputer riba dan projector, kabel audio dan speaker)

• Sokongan internet untuk memudahkan pelajar mendapatkan maklumat

• Nota untuk Fasilitator: Sila sediakan video klip lagu kanak-kanak mengikut kaum masyarakat setempat.

AKTIVITI MEMORI ALAM KECIL• Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kelompok kecil (6-10

orang).

• Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil atau mengikut kumpulan kecil sedia ada (sekitar 6-10 orang dalam satu kumpulan).

• Fasilitator menyediakan kertas undian jenis lagu contoh lagu masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh, Sabah, Sarawak dan sebagainya.MASA (60 minit)

NO AKTIVITI KAEDAH MASA (MINIT) CATATAN

1 Memori Alam KecilPersembahan Kumpulan (berbincang dan menyanyi lagu rakyat)

50

2 Rumusan Perbincangan 10

MEMORI ALAM KECILUNIT

06

LANGKAH AKTIVITI

Page 33: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 19

• Ahli kumpulan diminta memilih satu lagu kanak – kanak yang pernah dinyanyikan semasa kecil (boleh juga lagu yang didodoikan oleh golongan ibu untuk menidurkan anak kecil) berdasarkan kertas undian yang dipilih oleh ketua kumpulan. Lagu tersebut perlulah berbeza bagi setiap kumpulan.

• Setiap kumpulan juga digalakkan menyanyikan lagu berkenaan dengan kareografi untuk menjadikan persembahan kumpulan lebih menarik

• Di akhir persembahan, wakil kumpulan menerangkan maksud lagu yang dipilih dan pengajaran yang ada dalam lagu berkenaan.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang dan mengemukakan soalan berikut :

i. Apakah yang berlaku dalam aktiviti?

ii. Apakah perasaan pelajar?

2. Fasilitator membuat hubungkait aktiviti dengan aspek silang budaya mengenai perkara yang menarik daripada lagu yang berbeza budaya, atau persamaan nilai-nilai murni yang ada.

3. Fasilitator menekankan kepentingan adab susila, menghormati ibu bapa, menghargai keluarga dan menghormati individu lain. Dengan menghargai budaya dan ibu bapa, kebahagiaan keluarga dan komuniti dapat dipelihara.

Page 34: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 20

OBJEKTIFTopik ini memberi peluang kepada para pelajar mengenali budaya pelajar dari golongan India. Menggalakkan interaksi pelajar dari kumpulan etnik dan budaya yang berbeza serta memberi peluang untuk pelajar menghargai kesenian budaya India.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

Mengetahui dan melakukan aktiviti membuat ‘kollam’ seperti amalan masyarakat India.

KANDUNGANTopik ini memberi peluang pelajar berinteraksi dan menghargai seni dalam salah satu budaya yang ada di Malaysia.

MASA (60 minit)NO AKTIVITI KAEDAH MASA (MINIT) CATATAN

1 Inilah ‘Kollam’ KamiPersembahan Kumpulan (berbincang dan membuat ‘kollam’)

50

2 Rumusan Perbincangan 10

INILAH KOLLAM KAMIUNIT

07BAHAN BANTUBeras atau sagu yang telah diwarnakan, sebagai alternatif, kapur putih dan kapur berwarna juga boleh digunakan.

Contoh kollam yang telah disiapkan oleh fasilitator / gambar contoh ‘kolam’ .

Nota untuk Fasilitator: Sila sediakan video klip atau contoh gambar-gambar kepelbagaian corak kollam yang turut diberi nafas baru seperti gambar bendera Malaysia, bendera negeri, 1Malaysia dan lain-lain corak melambangkan keharmonian dan keamanan negara untuk pelajar mendapat ilham rekacorak dan menggunakan kreativiti idea.

NOTA LAMPIRANLampiran 3 : Contoh Kollam

Lampiran 4 : Nota Kollam

Page 35: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 21

INILAH ‘KOLLAM’ KAMI• Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kelompok kecil (6-10

orang).

• Ahli kumpulan diminta merekacipta satu bentuk ‘kollam’ yang sesuai dibuat dalam masa yang singkat yang bertemakan perpaduan yang akan dibuat oleh semua ahli kumpulan

• Selepas setiap kumpulan membuat ‘kollam’, setiap kumpulan boleh bergerak dari kumpulan kepada kumpulan lain untuk melihat hasil kerja kumpulan lain.

• Wakil kumpulan yang dilawati perlu menerangkan apakah maksud di sebaik ‘‘kollam’ yang dihasilkan kepada ahli kumpulan lain.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR1. Fasilitator berbincang dan mengemukakan soalan

berikut :

Apakah yang berlaku dalam aktiviti?

Apakah perasaan pelajar?

2. Fasilitator membuat hubungkait aktiviti dengan nilai yang baik dipelajari semasa membuat aktiviti ini seperti kerjasama, ketelitian, keceriaan dan sebagainya.

3. Fasilitator meminta pelajar memberi maklum balas tentang hasil setiap kumpulan dan menekankan kepentingan semangat kerjasama dan bersatu-padu dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif dan cantik.

LANGKAH AKTIVITI

LAMPIRAN 3Lampiran 3 : Contoh Kollam

Page 36: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 22

LAMPIRAN 4Lampiran 4 : Nota Kollam

Apakah Kollam?

Kollam adalah sebuah kesenian masyarakat india. Kollam dihasilkan dengan gabungan beras yang terdiri daripada pelbagai jenis warna. Kollam terdiri daripada beberapa jenis. Salah satunya ialah rangoli. Rangoli merupakan kolam yang amat terkenal terutamanya di India Selatan. Ia terdiri daripada gabungan beras pelbagai warna seperti hijau merah dan jingga.

Mengikut tradisi masyarakat India, kollam dibuat pada setiap pagi di depan rumah sebagai simbol adat dan juga membawa maksud memberi makanan kepada semut-semut di tanah. Namun begitu, adat tersebut tidak begitu dipraktikkan pada masa sekarang. Walaupun demikian, kollam tetap menjadi perhiasan utama pada setiap perayaan masyarakat India seperti Ponggal dan Deepavali.

Aspek utama yang penting dalam kolam adalah garisan geometri dimana garisan tersebut akan dilukis terlebih dahulu dan beras akan ditabur di atas garisan tesebut. Gabungan pelbagai warna dan perhiasan beras mengikut garisan secara tepat memberikan pandangan yang unik kepada perhiasan kollam. Dalam masyarakat India, kaum wanita yang akan membuat kollam. Wanita yang pandai membuat kollam akan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.Kollam merupakan tradisi yang amat terkenal dalam masyarakat india dan diteruskan secara turun temurun.

Oleh Jeganraaj Periasamy

https://www.scribd.com/doc/79741482/KOLAM

Page 37: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 23

KONGSI RAYAUNIT

08OBJEKTIFMemberikan peluang kepada para pelajar mengenali aspek perayaan dan tradisi budaya sendiri dan budaya rakan lain. Aktiviti ini juga menggalakkan pelajar menghormati amalan adat dan agama walaupun kumpulan etnik dan budaya yang berbeza.

HASIL PEMBELAJARANDi akhir aktiviti, setiap pelajar telah mengetahui sekurang-kurangnya tiga budaya perayaan di Malaysia.

KANDUNGANKandungan utama aktiviti ini adalah untuk mengenali dan menghargai keunikan persiapan, aktiviti , adat dan pantang larang di dalam satu-satu perayaan di Malaysia.

MASA (60 minit)

NO AKTIVITI KAEDAHMASA (MINIT)

CATATAN

1K o n g s i Raya

Persembahan Kumpulan

50

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTUKertas mahjong, muzik lagu perayaan , kertas berwarna, gam gunting, pen penanda (marker pen)

Contohnya :

• Lagu untuk perayaan agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Tadau Kaamatan, Perayaan Gawai dan sebagainya. Nota Untuk Fasilitator: Fasilitator boleh sesuaikan masa aktiviti mengikut kesesuaian

KONGSI RAYA• Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam bilangan ahli

kumpulan yang sederhana ramai (10-15 orang) dan maksima 6 kumpulan dalam satu-satu program.

• Fasilitator memberi arahan kepada pelajar dalam kumpulan untuk memilih satu kaum di Malaysia.

• Fasilitator mengarahkan ahli kumpulan berbincang mengenai persiapan, aktiviti , adat dan pantang larang di dalam satu perayaan yang dipilih.

• Pelajar membuat pembentangan dengan mengunakan kertas mahjong dan diakhiri dengan sketsa pendek pantang larang semasa musim perayaan mengikut perayaan yang dipilih atau persembahan lagu/tarian berkaitan perayaan yang dipilih.

LANGKAH AKTIVITI

Page 38: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 24

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator memberi peluang kepada ahli daripada kumpulan lain untuk memberi soalan kepada kumpulan yang membuat pembentangan dan persembahan.

2. Fasilitator berbincang dengan pelajar untuk berkongsi apakah amalan terbaik untuk menziarahi rakan–rakan dan jiran tetangga semasa hari perayaan berbilang kaum dan berlainan agama.

3. Fasilitator menekankan kepentingan semangat muhibbah dan mengamalkan budaya menziarahi rakan dan jiran tetangga semasa musim perayaan. Jika generasi sekarang tidak meneruskan amalan yang baik dan memupuk perpaduan ini, budaya ini akan luntur dan pupus.

Page 39: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 25

DAMBOMMUNIT

09OBJEKTIFTopik ini menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam kumpulan dengan mengambil kira pandangan rakan sekumpulan sebelum membuat sesuatu keputusan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. mempamerkan kemahiran berinteraksi dengan rakan dari budaya berbeza, dan

2. menghargai perbezaan pendapat rakan dari budaya berbeza.

KANDUNGANTopik ini memberi kemahiran berkomunikasi, interaksi dalam membuat keputusan dan kerjasama kumpulan.

MASA (60 minit)NO AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Dambomm Permainan 40Lampiran 5

2 Rumusan Perbincangan 20

BAHAN BANTU• Petak dam (yang telah dilukis pada dua helai kertas

mahjong) /kerrtas A4 putih dan bewarna dilekatkan dengan selotep / petak dam yang dibuat dengan tali dan masking tape.

NOTA LAMPIRANLampiran 5 : Petak Dam (Untuk Pelajar)

LANGKAH AKTIVITI

DAMBOMM• Fasilitator meminta pelajar berkumpul dalam kumpulan

kecil (sekitar 6-10 orang). Sesuai dimainkan untuk kumpulan kecil 6-10 orang.

• Petak dam disediakan terlebih dahulu oleh fasilitator dengan menggunakan kertas A4 berwarna atau tali dan ‘masking tape’.

• Petak dan jumlah bom boleh diubah suai mengikut kesesuaian jumlah pelajar.

• Setiap pelajar hanya boleh memilih satu petak sahaja dan berdiri di petak berkenaan

• Jika terpijak petak yang mengandungi bom, pelajar akan dianggap mati dan tidak boleh meneruskan permainan. Pemain berkenaan perlu keluar dari petak dam dan permainan disambung semula.

• Pelajar yang selamat akan terus memilih untuk memijak petak seterusnya.

• Pelajar akan melangkah serentak baris demi baris sehingga ke garis penamat. Pelajar yang selamat sehingga ke garis penamat akan diberi bintang kejayaan.

Page 40: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 26

PANDUAN BOM PADA PETAK DAM (PANDUAN FASILITATOR SAHAJA)

Page 41: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 27

NOTA LAMPIRANLampiran 5 : Petak Dam (Untuk Pelajar)

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang dengan pelajar tentang soalan berikut :

i. Apakah yang berlaku dalam aktiviti?

ii. Apakah yang tidak sepatutnya berlaku?

iii. Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan?

2. Fasilitator mengaitkan aktiviti dengan aspek silang budaya:

i. Perkara yang boleh mencetuskan kemarahan?

ii. Apakah perkara sensitif yang perlu dihindari?

iii. Apakah caranya untuk lebih memahami orang lain?

3. Fasilitator menerangkan bahawa perkara yang menyentuh sensitiviti kaum seperti yang berkaitan dengan adat resam, budaya dan agama adalah seumpama bom jangka yang boleh menjejaskan keharmornian perhubungan sesama kaum.

4. Fasilitator menekankan kepentingan aspek nasionalisme, pejuang kemerdekaan terdahulu mengorbankan dirinya demi kehidupan yang lebih selesa untuk generasi selepasnya. Oleh itu, adalah wajar pengorbanan mereka ini dihargai dan keamanan negara kita dipelihara.

Page 42: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 28

BFF(BEST FRIEND FOREVER)SAHABAT BAIK SAYAS

UNIT

10OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan bersahabat baik dengan rakan-rakan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami kepentingan nilai persahabatan.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan sikap bersahabat dan nilai persahabatan dalam kehidupan.

MASA (60 minit)

NO AKTIVITI KAEDAHMASA (MINIT)

CATATAN

1 Mencari BFF Tayangan video klip/ Pembentangan

50 Lampiran 5

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, ‘masking tape’, pen penanda, pensil, kertas

mahjung

• Nota Fasilitator: Fasilitator perlu menyediakan video klip kisah kanak-kanak tentang persahabatan.

Contoh:

1. Arnab dan Kura-Kura Berlumba Lari

2. Musang dan Anjing Pemburu (The Fox and The Hound)

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 6 : Ciri-ciri Sahabat yang baik

1. MENCARI BFF• Fasilitator menunjukkan video klip kartun kanak-kanak

tentang persahabatan. Jika tiada, fasilitator boleh menggunakan konsep ‘story-telling’ bercerita kepada pelajar. Fasilitator meminta pelajar membuat lakonan semula kisah tersebut secara ringkas dalam anggaran masa 10 minit.

• Fasilitator meminta pelajar membuat enam kumpulan.

• Fasilitator mengedarkan kertas mahjung kepada enam kumpulan tersebut.

• Fasilitator meminta tiga kumpulan berbincang dan menulis di atas kertas mahjung tentang ciri-ciri sahabat yang baik.

• Fasilitator meminta tiga lagi kumpulan untuk berbincang dan menulis di atas kertas tentang ciri-ciri sahabat yang tidak baik.

• Fasiltator memberi masa 10 minit untuk pelajar menyiapkan tugasan.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil masing-masing dan ahli kumpulan lain boleh bertanya sebarang soalan.

LANGKAH AKTIVITI

Page 43: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 29

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator meminta pelajar membincangkan pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2. Fasilitator menekankan aspek kepentingan bersahabat, menjaga persahabatan dan jujur dalam persahabatan.

3. Fasilitator menerangkan aspek saling bermaafan dan mengelakkan sebarang permusuhan dan pergaduhan sesama pelajar terutama jika melibatkan isu perkauman.

LAMPIRAN 6Apakah sifat-sifat seorang sahabat yang baik?

Seorang sahabat yang baik bersikap :

• Jujur,

• Amanah,

• Penyayang

• Ambil berat kebajikan dan kesusahan sahabat lain serta membantu sahabatnya menghadapi kesusahan tersebut,

• Mengelakkan pertengkaran atau pergaduhan,

• Berbudi-bahasa apabila berbual antara satu sama lain,

• Meminta maaf apabila melakukan kesilapan,

• Mengotakan janji,

• Menghargai rakan,

• Menghormati rakan,

• Bersangka baik dengan rakan,

• Tidak mengumpat rakan.

Page 44: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In
Page 45: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 31

Page 46: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 32

PENGENALANDewasa ini, seiring dengan pembangunan teknologi dan ketamadunan negara, didapati isu-isu masalah sosial dan perkauman semakin berleluasa dan semangat kemasyarakatan kurang diamalkan, termasuk golongan muda. Oleh sebab itu, inisiatif program ini dicadangkan berikutan kurangnya penglibatan remaja dan golongan pemuda di kawasan Lembah Kelang di dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan dan integrasi nasional.

Sehubungan itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negara (JPNIN) melalui Kelab Rukun Negara telah merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk golongan muda. Hasrat ini adalah sebagai pendedahan dan menarik minat mereka agar mempunyai kesedaran serta penghayatan jiwa dalam makna perpaduan.

Adalah diharapkan intipati Unit 2: Kenegaraan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha melatih diri remaja menjadi golongan muda yang berjiwa kental dan sayangkan negara. Sebelum ini, didapati tiada penilaian dan maklum balas yang dibuat untuk mengenalpasti punca permasalahan mengapa golongan muda tidak begitu prihatin dan mempunyai kesedaran betapa pentingnya perpaduan, integrasi kaum dan keamanan sesebuah negara. Dilihat bahawa program-program sebelum ini masih belum cukup membuatkan pelajar mempunyai penghayatan dan kesedaran untuk berubah di mana mereka lebih kepada sekadar mengikuti program tanpa ada perubahan yang berlaku ke atas diri mereka atau menjadi contoh perkembangan yang berkesan.

Page 47: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 33

‘MYKAD’ SAYAUNIT

11OBJEKTIFTopik ini menggalakkan pelajar mengenali rakan dalam kumpulan, mempunyai keyakinan diri dan saling hormat-menghormati untuk memupuk suasana kursus yang selesa dan selamat.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan dan fasilitator.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan interaksi antara sesama pelajar dan fasilitator yang dapat membentuk rasa selamat dan hormat-menghormati.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 ‘Mykad’ Saya

Persembahan Individu 50 Lampiran 7

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, ‘masking tape’, pen penanda, pensil, kertas

mahjung

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 7 : Sampel Kad Pengenalan

‘MYKAD’ SAYA• Fasilitator mengedarkan kertas A4 yang telah difotostat

seperti Lampiran 7 kepada setiap pelajar.

• Para pelajar diminta melukis kartun diri sendiri dan menulis butiran diri di kertas berkenaan. Masa diberikan adalah 10 minit.

• Fasilitator kemudian mengumpulkan sampel kad pengenalan dan mengagihkan semula kepada pelajar berlainan.

• Para pelajar kemudian diminta membaca butiran diri rakannya dan cuba mengenalpasti rakan tersebut. Kemudian, individu yang sebenar diminta memperkenalkan diri.

LANGKAH AKTIVITI

Page 48: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 34

LAMPIRAN 7Lampiran 7 : Kad Pengenalan

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator meminta pelajar membincangkan pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2. Fasilitator menerangkan betapa pentingnya untuk mengetahui maklumat penting diri dan mengenali rakan baharu.

3. Fasilitator memberi fahaman tentang kepentingan interaksi antara sesama pelajar dan fasilitator yang dapat membentuk rasa selamat dan hormat-menghormati.

Page 49: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 35

OO-SOM!UNIT

12OBJEKTIFTopik ini memberi pendedahan kepada pelajar agar menghargai keharmonian.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami dan menghargai kepentingan menjaga keharmonian dan mengekalkan hubungan baik dalam pergaulan masyarakat.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan perpaduan, menjaga keharmonian dan hubungan baik sesama masyarakat walaupun berbilang budaya dengan mengenali antara satu sama lain.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 OO-SOM! Persembahan Permainan

50 Lampiran 8

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil, keperluan

sesuai dengan jenis permainan.

LANGKAH AKTIVITI

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 8 : Contoh Permainan Tradisi

1. OO-SOM!

PILIHAN AKTIVITI 1 : PERMAINAN APA?• Fasilitator membahagikan pelajar kepada

beberapa kumpulan pelajar (mengikut kesesuaian antara 3 hingga 5 kumpulan).

• Fasilitator mengedarkan sehelai kertas mahjung dan sebatang pen marker kepada ketua-ketua kumpulan tersebut.

• Para pelajar kemudian diminta membuat senarai dan penerangan jenis permainan mengikut kaum utama Malaysia mengikut bilangan kumpulan tersebut dalam 10 minit.

• Fasilitator perlu memastikan setiap kumpulan mempunyai permainan yang berbeza di antara satu sama lain. Berikut adalah pilihan permainan untuk dipilih oleh setiap kumpulan.

i. Pilihan 1 : Permainan Kaum Melayu (Contoh: Batu Seremban/Congkak)

ii. Pilihan 2 : Permainan Kaum Cina (Contoh : Catur Cina/ Yoyo Cina)

Page 50: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 36

iii. Pilihan 3 : Permainan Kaum India (Contoh : Kabadi)

iv. Pilihan 4 : Permainan Popular (Contoh: Pukul Berapa Datuk Harimau)

v. Pilihan 5 : Permainan Popular (Ayam dan Helang versi Rakyat Malaysia)

vi. Pilihan 6 : Permainan Popular di Sabah dan Sarawak (Sabung Telur Ayam, Kaki Tiga)

• Fasilitator meminta setiap kumpulan mempersembahkan pilihan permainan kumpulan dalam bentuk aktiviti permainan dan meminta rakan lain memberi maklum balas bagi setiap persembahan.

Nota untuk Fasilitator : Permainan adalah bergantung kepada situasi dan lokasi masyarakat setempat mengikut kesesuaian, sama ada di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : JOM MAIN MAINAN NI?(Ayam dan Helang Versi Rakyat Malaysia)• Fasilitator meminta pelajar memilih seorang dari

kalangan pelajar untuk berlakon sebagai ‘Helang’.

• Fasilitator meminta pelajar untuk berada dalam kedudukan berselerak seperti ayam mencari makan, kemudian helang menangkap ayam kerana menjadi sasaran mudah.

• Fasilitator kemudian meminta pelajar berkumpul rapat dan apabila helang ingin menangkap, setiap pelajar yang berlakon sebagai ayam saling melindungi antara satu sama lain.

• Fasilitator memberi penerangan bahawa Helang adalah simbolik kepada musuh/ancaman kepada masyarakat dan negara

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator memberi rumusan tentang pentingnya mengetahui tentang masyarakat di Malaysia dalam membimbing semangat hormat-menghormati dan saling menjaga keamanan.

2. Fasilitator memberi pemahaman tentang pentingnya menjalin persahabatan dengan kaum lain dalam menjaga keharmonian Negara.

3. Fasilitator memberi pemahaman tentang kepentingan perpaduan dan hubungan baik sesama masyarakat walaupun berbilang budaya melalui cara mengenali antara satu sama lain.

LAMPIRAN 8: CONTOH PERMAINAN TRADISIContoh 1 : Permainan Galah Panjang

Page 51: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 37

ANTARA DUA DUNIAUNIT

13OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar tentang nilai persahabatan dengan rakan berlainan negeri atau negara serta kepentingan menjaga keamanan negara.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami keperluan menjalin dan mengekalkan persahabatan.

2. mengetahui bagaimana menyumbang ke arah persahabatan yang baik.

3. memahami pentingnya menjaga keamanan negara.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang pentingnya menjalin persahabatan dengan rakan dari negeri atau negara lain bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Antara Dua Dunia

Menonton video klip, persembahan lakonan, melukis dan permainan

50 Lampiran 8

2 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 9 & 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil, tali, video

klip berkaitan sebagai pemula acara.

• Fasilitator diminta menyediakan video klip berikut untuk tayangan kepada pelajar bagi memulakan topik: (Sumber dari Youtube)

1. Tajuk : The Power of Teamwork – Good Teamwork https://www.youtube.com/watch?v=Pxf6EtskpRs

2. Tajuk : Good Teamwork and Bad Teamwork

https://www.youtube.com/watch?v=fUXdrl9ch_Q

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 9 : Menteri Kabinet Kerajaan Pertama Tanah

Melayu @ Malaysia

• Lampiran 10 : Negara Yang Pernah Menjajah Tanah Melayu @ Malaysia

LANGKAH AKTIVITI

1. ANTARA DUA DUNIAPILIHAN AKTIVITI 1 : TARIK-TARIK TALI• Fasilitator membuat 4 kumpulan besar pelajar:

- Kumpulan A : perempuan sahaja

- Kumpulan B : lelaki sahaja

- Kumpulan C dan D : campur lelaki dan perempuan

• Fasilitator meminta setiap kumpulan A dan B bertanding

Page 52: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 38

tarik tali, kemudian Kumpulan C dan D.

• Fasilitator meminta setiap pelajar membincangkan apa yang diperolehi melalui permainan tersebut dan kesan kerjasama dalam kumpulan serta kesan hubungan dengan pihak lawan.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : PERMAINAN BEKERJASAMA

1. PERMAINAN PERTAMA (rujuk Gambar 1)• Fasilitator meminta 5 orang peserta berdiri di mana

seorang berada di tengah (tanpa berpegang tangan).

• Fasilitator meminta 2 orang peserta yang lain menjadi ancaman iaitu menarik peserta di tengah keluar dari kumpulan tersebut.

• Peserta yang menjadi ancaman dengan mudah dapat menarik peserta di tengah.

2. PERMAINAN KEDUA (rujuk Gambar 2)• Fasilitator meminta 5 orang peserta berdiri di mana

seorang berada di tengah (kali ini dengan berpegang tangan).

• Fasilitator meminta 2 orang peserta yang lain menjadi ancaman iaitu menarik peserta di tengah keluar dari kumpulan tersebut.

• Peserta yang menjadi ancaman dengan sukar atau gagal menarik peserta di tengah.

• Fasilitator membincangkan hasil persembahan pelajar.

Gambar 2

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 3 : PERMAINAN KERAJAAN DIRGAHAYU• Fasilitator membuat 4 kumpulan besar pelajar.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan menamakan kumpulan dengan sebuah negara baharu dan melukis Gambar 1

Page 53: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 39

bendera negara masing-masing.

• Fasilitator meminta pelajar membincangkan kaedah atau cara para pelajar sebagai wakil negara menjalin persahabatan dengan kumpulan lain yang telah menjadi sebuah negara baharu. 2 kumpulan dengan cara yang baik dalam menjalin persahabatan dan 2 kumpulan dengan cara yang tidak baik.

• Fasilitator meminta kumpulan mempersembahkan perbincangan dalam bentuk lakonan:

- 2 kumpulan menjadi negara aman, satu wakil negara datang untuk menjalin persahabatan dengan negara jiran.

- 2 kumpulan menjadi negara yang bermusuhan, bercadang untuk merampas negara jiran.

• Fasilitator membincangkan hasil persembahan pelajar.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 4 : MENARA SPAGHETTI• Fasilitator membahagikan pelajar kepada beberapa

kumpulan pelajar mengikut kesesuaian jumlah pelajar dan peralatan, terutamanya spaghetti, tali dan peralatan yang berkaitan.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membina arca/model bangunan tertinggi di Malaysia dalam masa yang ditetapkan (anggaran 15 minit).

• Apabila tempoh masa tamat, fasilitator membahagikan kumpulan kepada 2 kumpulan besar iaitu,

1) Kumpulan yang siap melaksanakan tugas

2) Kumpulan yang tidak siap melaksanakan tugas

• Fasilitator meminta kumpulan yang siap melaksanakan tugas agar:

- Membina satu bulatan

- Arca/model diletak di tengah-tengah bulatan

- Melantik seorang pemimpin kumpulan

- Merancang strategi membina kubu pertahanan

• Fasilitator meminta kumpulan yang tidak siap melaksanakan tugas agar:

- Melantik seorang pemimpin kumpulan

- Merancang strategi untuk menawan kubu pertahanan pihak lawan

- Merancang merosakkan arca/model pihak lawan

• Fasilitator perlu meletakkan syarat-syarat untuk permainan agar tidak melampaui batas.

• Fasilitator perlu memberi masa tertentu untuk pelaksanaan tugas dan mengawal keadaan agar keadaan terkawal.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1) Fasilitator memberi rumusan tentang pentingnya bagi menjal in hubungan persahabatan bagi menjamin keamanan dan kestabilan Negara.

2) Fasilitator menjelaskan pentingnya konsep mengekalkan hubungan baik dengan rakan dari negeri atau negara lain. Contohnya seperti mengetahui dan memahami budaya serta adat dan pantang larang, menghormati dan sambutan perayaan, mematuhi peraturan dan undang-undang apabila melancong, serta menjaga sensitiviti berbilang agama dan kaum.

3) Fasilitator mengingatkan pelajar agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak mendatangkan permusuhan dengan sesiapa serta sentiasa bersedia melindungi diri, keluarga dan negara dari unsur negatif dan bahaya.

Page 54: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 40

LAMPIRAN 9 : MENTERI KABINET KERAJAAN PERTAMA TANAH

MELAYU @ MALAYSIA

Page 55: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 41

LAMPIRAN 10 : NEGARA YANG PERNAH MENJAJAH TANAH MELAYU (TM) @ MALAYSIA

Page 56: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 42

GENGGAM BARA APIUNIT

14OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar tentang pentingnya mempunyai keazaman diri yang kuat dalam mencapai kejayaan demi membantu negara menjadi kuat.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. Memahami bahawa fokus dan azam diri yang kuat dapat membantu diri pelajar menjadi insan yang berketrampilan.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan mempunyai fokus dan azam diri yang kuat dalam membentuk diri menjadi seorang pelajar yang kuat dan cemerlang.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Saya adalah Pahlawan

Gerak kerja kumpulan dan Pembentangan

50

2 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 11

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil, kertas mahjung, kertas surat khabar lama, muzil latar, video klip lagu yang bersesuaian

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 11 : Makna Keazaman

LANGKAH AKTIVITI

1. SAYA ADALAH PAHLAWAN• Fasilitator meminta pelajar untuk membentuk dua

kumpulan besar, mewakili 2 buah negara.

• Fasilitator meminta pelajar melukis bendera negara di atas sekeping kertas A4, melantik seorang ahli kumpulan untuk menjadi ‘ROBOCOP’ dan menggunakan kertas suratkhabar untuk dibuat baju perisai lengkap dengan pedang dan perisai, serta seberapa banyak kapal terbang kertas sebagai ‘bom’ dalam masa 25 minit.

• Fasilitator meminta dua kumpulan berhadapan di antara satu sama lain dengan ‘ROBOCOP’ siap berbaju perisai di hadapan kumpulan untuk menjaga kumpulan. (Jarak dalam anggaran 50 meter di antara 2 kumpulan).

• Fasilitator memasang muzik rancak sebagai latar belakang permainan.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membaling bom kapal terbang kertas kepada kumpulan lain dan

Page 57: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 43

‘ROBOCOP’ cuba menghalang bom kapal terbang dari mengenai kumpulannya. Ahli yang terkena bom kapal terbang akan terkeluar dari permainan tersebut. Masa diberikan adalah 20 minit.

• Fasilitator membincangkan rumusan dan cadangan kaedah yang membantu pelajar membentuk keazaman diri.

• tidak berupaya melakukan sesuatu dengan baik contohnya, menari atau bermain piano, namun berazam sentiasa berlatih dengan tekun.

• menghadapi masalah dalam keluarga contohnya, masalah kewangan disebabkan keluarga miskin, ibu atau bapa berhenti kerja dan sebagainya, namun berazam akan belajar bersungguh-sungguh agar cemerlang di sekolah dan dapat bekerja dengan baik apabila dewasa kelak supaya dapat membantu keluarga di masa hadapan.

• Panduan kepada pelajar dalam usaha membentuk keazaman:

• melihat kegagalan sebagai cabaran dan terus berusaha tanpa jemu,

• berlatih bersungguh-sungguh menguasai sesuatu kemahiran walau sesukar mana pun,

• tidak mudah menyerah kalah, dan

• bersikap optimis dan bersangka baik.

1) Fasilitator meminta pelajar membincangkan pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2) Fasilitator memberi rumusan tentang pentingnya keazaman dalam menyelesaikan apa sahaja tugas yang diberi.

3) Fasilitator memberi pemahaman tentang kepentingan mempunyai fokus dan azam diri yang kuat dalam membentuk diri menjadi seorang pelajar yang kuat dan cemerlang.

LAMPIRAN 11: MAKNA KEAZAMANMelalui keazaman, pelajar mengatasi rintangan dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab, seperti berikut :

• kurang baik dalam kerja sekolah, namun berazam sentiasa membuat latihan bersungguh-sungguh,

• gagal dalam ujian dan peperiksaan, namun berazam sentiasa mengulangkaji pelajaran dan berbincang dengan guru,

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

Page 58: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 44

INTEGRITIUNIT

15OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan sikap integriti iaitu jujur dan amanah dalam kehidupan, terutama sekali terhadap ilmu.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami kepentingan sikap integriti

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan sikap integriti terutama sekali jujur dan amanah dalam kehidupan.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Rumah Kedai

Lakonan 50

2 Rumusan Perbincangan 10 L a m p i r a n 12

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, Pensil, Kertas

mahjung

• Nota Fasilitator: Fasilitator perlu menyediakan klip muzik latar atau suara latar suasana di pasar.

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 12 : Makna Integriti

1. RUMAH KEDAI• Fasilitator meminta pelajar membuat dua kumpulan.

• Fasilitator meminta satu kumpulan membuat lakonan sebuah kedai yang pekedainya jujur. Contohnya pelanggan tertinggal telefon bimbit mahal di kaunter kedai dan pekedai berusaha menghubungi keluarga atau rakan pemilik, tolong menyimpan dengan baik sehingga pelanggan terbabit datang menuntut semula.

• Fasilitator meminta satu kumpulan membuat lakonan sebuah kedai yang pekedainya tidak jujur di mana rasuah berlaku dan sebagainya.

• Fasilitator memasang muzik latar semasa lakonan pelajar (contoh suasana di pasar malam atau muzik rancak).

• Fasilitator membincangkan rumusan aktivityi dengan pelajar.

LANGKAH AKTIVITI

Page 59: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 45

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

Bagaimanakah menjadi seorang yang mempunyai INTEGRITI?Seseorang yang mempunyai integriti adalah seorang yang mempunyai sifat berikut:

1. Seorang yang boleh dipercayai dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab,

2. Seorang yang mengotakan janji dan bertindak dengan penuh tanggungjawab,

3. Tidak bergosip atau mengumpat tentang orang lain,

4. Berani kerana benar (contohnya: menegur perbuatan yang tidak bermaruah atau salah yang dilihat)

Apakah JUJUR?Kejujuran bermaksud bercakap dan bertindak benar terhadap diri sendiri dan orang lain. (Contoh: Jika saya jujur, saya berkata yang benar dan ikhlas. Saya tidak berbohong, menipu atau mencuri.)

Bagaimanakah menjadi seorang yang JUJUR?Seseorang yang jujur adalah seorang yang mempunyai sifat berikut:

1. Mengakui kesalahan diri sendiri,

2. Menyatakan kebenaran,

3. Memulangkan harta benda/ barang-barang bukan milik sendiri kepada pihak berkuasa,

4. Tidak menipu ketika membuat sesuatu pekerjaan ,

5. Tidak meniru atau menipu semasa dalam ujian atau peperiksaaan,

6. Dapat membezakan sesuatu tindakan yang betul dan salah.

1) Fasilitator meminta pelajar membincangkan pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2) Fasilitator memberi rumusan tentang pentingnya mempunyai keazaman dalam menyelesaikan apa sahaja tugas yang diberi.

3) Fasilitator memberi pemahaman tentang kepentingan sikap integriti terutama sekali jujur dan amanah dalam kehidupan.

LAMPIRAN 12 : MAKNA INTEGRITI

Apakah INTEGRITI?Seorang yang amanah akan berpegang teguh pada prinsip etika dan mempunyai keberanian moral untuk menegakkan kebenaran.

Kepentingan INTEGRITIBerikut adalah kepentingan mempunyai sifat integriti dalam setiap diri rakyat:

1. Dipercayai dan dihormati orang lain,

2. Menjalin hubungan yang baik dengan orang lain,

Page 60: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 46

ADIL SAKSAMAUNIT

16OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan sikap adil dan saksama dalam kehidupan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami kepentingan sikap adil saksama.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan sikap adil dan saksama dalam kehidupan.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Lakonan Senario

Persembahan Kumpulan

50

2 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 13

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, Pensil, Kertas mahjung

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 13 : Makna Adil Saksama

1. LAKON SENARIO

PILIHAN AKTIVITI 1 : SENARIO PADA ZAMAN DAHULU• Fasilitator meminta pelajar melantik seorang rakan pelajar untuk menjadi seorang ‘Raja’, seorang ‘Datuk Bendahara’, ‘dua orang pengawal’ dan ‘dua orang rakyat perempuan’ yang berjumpa raja untuk mengadu masalah. Masa diberikan 10 minit.

• Fasilitator meminta pelajar yang tinggal untuk membentuk satu kumpulan rakyat yang mengelilingi ruang untuk mendengar perbicaraan.

• Fasilitator meminta raja, datuk bendahara, dua orang pengawal dan dua orang rakyat untuk berjumpa dengannya untuk menerima arahan seterusnya.

• Fasilitator memberi satu senario cerita kepada pelajar tersebut dan meminta ia dilakonkan. Fasilitator meminta pelajar melakonkan watak yang diberi.

Watak : Raja

Datuk Bendahara

LANGKAH AKTIVITI

Page 61: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 47

2 orang rakyat perempuan bergaduh berebut anak kucing

Murid lain sebagai penonton

Dua orang rakyat perempuan berjumpa Raja untuk mendapatkan keadilan kerana berebutkan seekor anak kucing. Seorang rakyat adalah pemilik asal kucing yang baik hati dan seorang lagi adalah rakyat yang cemburu dan jahat.

Mereka berusaha meyakinkan kepada raja dan rakyat jelata tentang kucing itu milik mereka. Maka, raja meminta pandangan datuk bendahara dan berbincang. Akhirnya Raja mengambil keputusan membelah anak kucing itu kepada dua untuk dibahagikan kepada dua rakyat perempuan tersebut.

Pemilik asal kucing, menangis dan merayu agar anak kucing itu tidak dibunuh dan dipotong kepada dua bahagia.Dia bersetuju menyerahkan anak kucing itu kepada rakyat seorang lagi. Rakyat perempuan yang jahat bersetuju kucing itu dipotong dua sambil ketawa gembira.

Raja mengarahkan pengawal menangkap rakyat yang jahat itu dan dimasukkan ke dalam penjara. Raja memberitahu rakyat bahawa pemilik asal seorang yang penyayang dan sanggup berkorban demi menyelamatkan anak kucingnya walaupun terpaksa berpisah dan diberikan kepada orang lain. Rakyat yang jahat dan menganiaya orang lain akan diberi hukuman yang setimpal. Rakyat jelata bersorak kegembiraan di atas keadilan Raja menyelesaikan masalah.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : SENARIO DI SEKOLAH

Watak : Guru Kelas

Ketua Darjah

2 orang pelajar bergaduh berebut pen mahal

Murid lain sebagai penonton

Dua orang pelajar saling mengaku pen mahal milik mereka sehingga bergaduh dan mencetuskan kekecohan sehingga ‘Ketua Darjah’ tidak berjaya meleraikan pergaduhan. Ketua darjah memaklumkan kepada ‘Guru Kelas’. Guru kelas menjadi hakim dan ketua darjah menjadi bendahara mengadili cerita pelajar dan menguji pelajar untuk memastikan siapa yang paling jujur. Apabila guru kelas mengambil keputusan untuk memotong pen dengan kapak kepunyaan tukang kebun sekolah, pemilik asal merayu dan sanggup mengalah asalkan pen kesayangannya tidak dirosakkan. Guru kelas seterusnya mengenakan tindakan disiplin kepada pelajar yang menipu dan memulangkan pen mahal kepada pemilik asal.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 3 : SENARIO DI RUMAH

Watak : Bapa

Ibu

Dua orang adik-beradik bergaduh berebut anak patung lama kakak

Dua orang adik-beradik sedang mengemas kotak permainan lama di bilik stor. Kemudian salah seorang terjumpa dahulu sebuah anak patung lama kakak dalam kotak lama dan menunjukkan kepada saudaranya. Namun saudaranya cemburu dan mula merebut anak patung berkenaan. Pergaduhan membuatkan ibu datang lalu cuba memujuk namun tidak berjaya meleraikan pergaduhan. Ibu memaklumkan kepada ‘Ayah’. Ayah menjadi hakim dan ibu menjadi bendahara mengadili cerita dua beradik dan menguji untuk memastikan siapa yang paling jujur. Apabila ayah mengambil keputusan untuk memotong anak patung kepada dua bahagian, dua beradik merayu dan sanggup mengalah dan bermain bersama-sama secara bergilir-gilir asalkan anak patung itu tidak dirosakkan. Ayah seterusnya

Page 62: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 48

memberi nasihat tentang pentingnya hubungan kasih sayang sesama adik beradik. Kemudian ayah tetap mengenakan hukuman kepada dua adik beradik yang bergaduh agar tidak mengulangi pergaduhan iaitu denda melakukan kerja rumah membantu ibu selama satu minggu.

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

Bagaimana saya harus bersikap ADIL SAKSAMA?Antara cara-caranya adalah seperti berikut:

- berfikir dengan bijak dahulu sebelum bertindak,

- harus sedar jika ada unsur mementingkan diri sendiri dalam setiap situasi dan bertindak untuk tidak mementingkan diri apabila membuat sebarang tindakan,

- menegakkan undang-undang dan peraturan tanpa rasa takut atau pilih kasih,

- berani kerana benar,

- tidak menganiaya orang lain,

- tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain,

- tidak membuli orang lain,

- dan tidak bersikap kasar kepada orang lain.

1) Fasilitator meminta pelajar membincangkan pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2) Fasilitator memberi rumusan tentang pentingnya sikap adil dan saksama dalam kehidupan.

3) Fasilitator memberi penerangan tentang kebaikan dan contoh lain berkaitan amalan sifat adil dan saksama dalam kehidupan seharian.

LAMPIRAN 13: MAKNA ADIL SAKSAMA

Apakah ADIL SAKSAMA?Adil saksama bererti menghormati kebolehan atau hak milik orang lain apabila ingin mencapai sesuatu matlamat serta tidak berprasangka jahat terhadap orang lain.

Mengapa saya harus ADIL SAKSAMA?Keadilan akan menghasilkan suasana yang aman harmoni bagi semua rakyat yang mendiami sesuatu kawasan komuniti masyarakat.

Page 63: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 49

MALAYSIA, DI SINI LAHIRNYA CINTA

UNIT

17OBJEKTIFTopik ini menggalakkan pelajar bekerjasama dalam kumpulan yang besar tanpa mengira latar belakang kumpulan, perbezaan budaya, kekurangan dan kelebihan sumber demi negara yang dicintai.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. Mempamerkan kemahiran berinteraksi, bertoleransi dan berkerjasama dengan semua pelajar dalam kumpulan besar.

2. Menghargai identiti diri sebagai anak Malaysia.

KANDUNGANTopik ini memberi kemahiran berkomunikasi, interaksi dan toleransi serta kerjasama kumpulan.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Malaysia, Di Sini Lahirnya CInta

Melukis/ Menyanyi

30 Lampiran 14 & 15

2 Rumusan Perbincangan 20

BAHAN BANTU• Kertas A4 putih, kertas berwarna (mengikut warna

bendera Malaysia, kertas mahjong, gunting, gam, tali, pen marker, pen ‘magic’).

• Nota Untuk Fasilitator : Video klip Saya Anak Malaysia untuk membangkitkan rasa cinta pelajar dan Video klip Disini bemula Cinta (tema Kemerdekaan)

NOTA LAMPIRAN

Lampiran 14 : Ikrar Rakyat Malaysia

Lampiran 15 : Keluarga Besar Malaysia

1. MALAYSIA, DI SINI LAHIRNYA CINTA

PILIHAN AKTIVITI 1 : BENDERA MALAYSIA

• Fasilitator meminta pelajar berkumpul dalam kumpulan kecil (sekitar 8- 10 orang).

• Peralatan diagihkan kepada semua kumpulan.

• Arahan yang diberikan kepada kumpulan adalah ”Saya mahu anda buat satu bendera Malaysia dengan menggunakan apa yang telah diberikan kepada anda”.

• Selepas masa tamat, setiap kumpulan perlu menunjukkan hasil kerja masing-masing.

• Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, pelajar boleh meminjam/berkongsi bahan dengan kumpulan lain.

LANGKAH AKTIVITI

Page 64: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 50

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : JANGAN LUPA LIRIKBahan Bantu: Video klip/ Muzik lagu tema kebangsaan / lagu patriotik

• Fasilitator membahagikan antara 5 hingga 8 kumpulan.

• Video klip / muzik akan ditayangkan dan fasilitator akan memberhentikan klip bila-bila masa dan kumpulan akan menyambung lirik lagu tersebut. Jika salah atau tidak menyambung, markah akan dipotong.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 3 : KOLAJBahan Bantu: Kertas mahjung, kertas warna ikut warna bendera Malaysia (biru/putih/kuning/merah), pen marker, gam, gunting

• Fasilitator meminta pelajar melukis bendera Malaysia di atas kertas mahjung.

• Fasilitattor meminta pelajar membuat kolaj tampalan dengan kertas warna.

2) Fasilitator membincangkan hubungkait aktiviti dengan aspek perpaduan. - “Mengapakah pelajar tidak bergabung membuat hanya SATU bendera sahaja?”

3) Fasilitator member pemahaman kepada pelajar bahawa untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara Malaysia yang dicintai, semua rakyat perlu berkongsi sumber dan bertoleransi demi masa depan yang cemerlang.

LAMPIRAN 14 : IKRAR RAKYAT MALAYSIA

IKRARMaka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan

• Kedaulatan Undang-undang

• Kesopanan dan Kesusilaan

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR1) Fasilitator mengemukakan soalan berikut selepas semua pelajar bermain :

- Apakah yang berlaku dalam aktiviti?

- Apakah yang tidak sepatutnya berlaku?

- Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan?

Page 65: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 51

Page 66: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 52

TRANSFORM-ERS(PERUBAHAN-EMOSI RASIONAL SAYA

UNIT

18OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar mengenai pentingnya perubahan diri menjadi seorang yang kuat semangat dan tabah menghadapi cabaran.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami pentingnya menjadi seorang yang kuat semangat dan tabah menghadapi cabaran.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang semangat yang kuat dan tabah menghadapi cabaran yang datang.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Perlindungan Transformers!

Permainan 50

2 Rumusan Perbincangan 20

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil, kertas

mahjung, kertas suratkhabar

• Nota Fasilitator: Fasilitator perlu menyediakan video klip kisah hero kanak-kanak. Contoh:

1) Kartun Malaysia ‘Boboboi’

2) ‘The Avengers’ dalam misi menyelamatkan masyarakat dunia

3) ‘TheTransformers’ dalam misi menyelamatkan bumi

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 16 : Perubahan Diri, Aura Diri

1. PERLINDUNGAN TRANSFORMERS!• Fasilitator meminta pelajar untuk membentuk dua

kumpulan, satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan pelajar memilih seorang ahli kumpulan sebagai seorang musuh dan seorang pahlawan bagi kumpulan mereka.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membuat pakaian perang untuk pahlawan mereka menggunakan suratkhabar dalam masa 20 minit.

• Fasilitator meminta pahlawan setiap kumpulan berbaris di hadapan sekali manakala ahli kumpulan yang lain berbaris di belakangnya sambil memegang bahu rakan kumpulan.

• Fasilitator meminta musuh bagi setiap kumpulan berdiri di hadapan pahlawan kumpulan masing-masing.

• Fasilitator memaklumkan kepada pelajar bahawa musuh akan cuba menangkap ahli kumpulan yang berbaris di belakang pahlawan dan pahlawan akan berusaha

LANGKAH AKTIVITI

Page 67: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 53

melindungi ahli kumpulannya dengan mendepangkan tangan menghalang musuh dari menarik tangan ahli kumpulannya. Pahlawan atau ahli kumpulan tidak dibenarkan menyerang musuh atau mencederakan musuh. Masa diberikan adalah 20 minit.

• Fasilitator memaklumkan bahawa ahli kumpulan tidak boleh berpisah daripada pahlawan mereka atau akan ditangkap oleh musuh. Ahli kumpulan juga tidak boleh menyerang musuh.

• Fasilitator memaklumkan bahawa ahli kumpulan yang berjaya ditarik tangannya dari barisan atau yang terpisah dari barisan serta ditangkap musuh dianggap mati.

• Kumpulan yang masih mempunyai ahli yang banyak dianggap menang.

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

LAMPIRAN 16: PERUBAHAN DIRI, AURA DIRIBagaimanakah perubahan menjejaskan diri saya?

Pertama sekali, pelajar harus mengenalpasti perasaan dirinya terhadap perubahan dalam kehidupan jika ada melibatkan perkara negatif seperti kesedihan, tekanan perasaan (stress),

1) Fasilitator membincangkan pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2) Fasilitator membincangkan hubungkait aktiviti dengan aspek semangat cintakan negara, ketabahan diri menghadapi cabaran dan kekuatan semangat melawan kejahatan.

3) Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar mengenai pentingnya perubahan diri menjadi seorang yang kuat semangat dan tabah menghadapi cabaran.

perkara yang melemahkan semangat untuk belajar, kecewa, putus asa, atau malas.

Bagaimanakah saya dapat menangani perubahan negatif dengan cara yang baik dan membahagiakan saya?

Berikut adalah cara-cara yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam menangani perubahan negatif menjadi positif :

• pelajar perlu menumpukan perhatian pada ‘Apa yang boleh dilakukan, bukan perkara yang tidak boleh dilakukan’,

• pelajar perlu mencuba dan mempelajari sesuatu perkara positif yang baik dan baharu bagi dirinya, contohnya berkenalan dengan teman baru, bermain muzik, melukis dan sebagainya,

• mencari pelbagai cara menyelesaikan masalah dengan meminta panduan daripada orang yang lebih dewasa, seperti ibu bapa, guru atau kaunselor sekolah.

Bagaimanakah saya boleh berubah menjadi seorang pelajar yang tekun?

Menjadi seorang pelajar yang tekun, bersemangat kuat dan tabah memerlukan kesabaran dan usaha berterusan. Antara cara-caranya adalah :

• pelajar tidak takut bertanya soalan kepada guru,

• pelajar mempunyai sifat ingin tahu,

• pelajar berasa seronok apabila mendapat pengetahuan baharu,

• pelajar berasa bersemangat apabila menyertai perbincangan dengan rakan, guru atau ibu bapa,

• pelajar bersikap tabah dan sabar apabila mereka mengalami kesusahan.

Page 68: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 54

OPTIMIS PRIMEUNIT

19OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar untuk berfikiran positif dan optimis walaupun menghadapi dugaan atau cabaran.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami tentang sikap berfikiran positif dan optimis.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan berfikiran positif serta bersikap optimis dalam menghadapi dugaan atau cabaran.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Fikir Positif Tayangan video/ nyanyi karaoke

50 Lampiran 17

2 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 18

BAHAN BANTU• Laptop, CD video, masking tape, pen marker, pensil,

kertas mahjung.

• Nota Fasilitator: Fasilitator perlu menyediakan video klip lagu dengan lirik lagu. Contoh:

1) OAG – lagu Generasiku

2) Ella – lagu ‘Standing In The Eyes of The World’

3) A.P.I – lagu Pelita

4) Jaclyn Victor - Gemilang

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 17 : Lirik Lagu

• Lampiran 18 : Kenapa Optimis?

LANGKAH AKTIVITI

1. FIKIR POSITIF• Fasilitator meminta pelajar membuat dua kumpulan.

• Fasilitator memaklumkan bahawa pelajar perlu melihat video tersebut dan akan berbincang tentang tugasan seterusnya.

• Fasilitator memberi satu situasi iaitu sekiranya pelajar sesat di hutan, satu kumpulan akan membentangkan kepentingan sikap positif dan satu kumpulan membentangkan sifat negatif.

• Fasilitator memainkan CD video untuk tayangan kepada pelajar.

• Fasilitator meminta pelajar berbincang dan membuat pembentangan.

Page 69: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 55

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR • Fasilitator meminta pelajar membincangkan

pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

• Fasilitator memberi rumusan tentang kepentingan mengetahui maklumat penting diri dan mengenali rakan baharu.

Nanana

Malam ini bertemu di pesta

Berdebar membalas senyumannya

Manisnya oh jatuh cinta kali pertama

Bersama menitiskan impian

Cinta, cita-cita dan harapan

Di usia ini...

Tiada yang tak mungkin

Oh sayang

Segalanya dalam genggaman

Walau apa pun takkan menjadi halangan

Hidup ini setia menanti

Generasiku bersinar bagai mentari

Jangan gentar mengejar mimpi

Yakin berani percaya diri

Dan mula dengan hello

Ooo ... oooo

Ooo ... oooo

Jangan takut jatuh ke bumi

Bingkas bangun melangkah lagi

Ke depan, lari dan terbang

Menuju bintang

Hanya kau saja yang bisa menentu

Arah hidupmu yeah ...

Oooo .... (16 x)

Pagi terjagaku dari mimpi

Terasa hati senang sekali

Indahnya dunia ketika kita

Muda remaja

Segalanya dalam genggaman

1) Fasilitator membincangkan pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2) Fasilitator membincangkan hubungkait aktiviti dengan aspek semangat cintakan negara, ketabahan diri menghadapi cabaran dan kekuatan semangat melawan kejahatan.

3) Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar mengenai pentingnya perubahan diri menjadi seorang yang kuat semangat dan tabah menghadapi cabaran.

LAMPIRAN 17 : LIRIK LAGU

1) OAG – lagu GenerasikuPagi terjagaku dari mimpi

Terasa hati senang sekali

Pasti duniaku yang punya di hari ini

Bersama kawan-kawanku pergi

Ketawa riang senang hati

Indahnya dunia ketika kita muda remaja

Segalanya dalam genggaman

Wala apa pun takkan menjadi halangan

Hidup ini setia menanti

Generasiku bersinar bagai mentari

Oooo ... (16 x)

Page 70: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 56

Walau apa pun takkan menjadi halangan

Hidup ini setia menanti

Generasiku bersinar bagai mentari

Oooo .... (16 x)

Segalanya dalam genggaman (ooo...)

Hidup ini...

Generasiku...

2) Ella – lagu ‘Standing In The Eyes of The World’ Pahit getir hidup

Dan pengorbanan

Terpaksa dihadapi

Demi kejayaan

Terdidik sejak mula

Tabah berusaha

Tanpa cuba melangkah

Tak ke mana

Di mana kau berada

Pencapaian tak tiba dengan mudah

Korus:

Kini ‘Standing In The Eyes Of The World’

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara di jiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar ‘Standing In The Eyes Of The World’

Harapan yang pernah terkulai layu

Kembali segar mekar bawah bayanganmu

Setiap manusia ingin berjaya

Namun tak semua miliki tuah

Engkau menghampirinya

Kesempatan telah pun tiba

Kini ‘Standing In The Eyes Of The World’

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara di jiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar ‘Standing In The Eyes Of The World’

3) A.P.I – lagu PelitaTak pernah sesaat daku meragui

Apa yang telah daku temui selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali

Apa yang telah aku nikmati

Apaku alami

Selagi hayat dikandung badan

Korus:

Takkan ku menyerah kembali

Walau mimpiku musnah

Harapanku hancur sayapku patah

Kanku pancarkan cahaya

Seperti pelita

Ke serata dunia yang gelap-gelita

Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai

Page 71: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 57

Apa yang telah aku kecapi setakat ini

Tiba saatnya kanku tangisi

Pada yang pergi takkan kembali

Kembali lagi

Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kembali

Walau mimpiku musnah

Harapanku hancur sayapku patah

Kanku pancarkan cahaya

Seperti pelita ke serata dunia yang gelap-gelita

Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur

Selagi tubuhku belum ditimpa uzur

Pantang datuk nenek

Moyangku berundur

Takkan ku menyerah kembali

Walau mimpiku musnah

Harapanku hancur sayapku patah

Akanku pancarkan cahaya

Seperti pelita ke serata dunia

Seperti cahaya

4) Jaclyn Victor - Gemilang Sejuta bintang menyanyi

Ku di anata yang satu

Mungkin cahaya dan impianku

Di sini ... Gemilang

Laluku redah onak duri

Dan lautan api

Kemuncaknya inginku tawan

Akan kujelajahi

Korus:

Kini gemilang itu

Semakin pastiku genggam

Gemilang suara keyakinan kian dalam

Gementar harus jangan

Jiwaku harus bertenaga

Mungkin kini menjadi realiti

Laluku redah onak duri

Dan lautan api

Kemuncaknya inginku tawan

Akan kujelajahi

(Korus 2 x)

LAMPIRAN 18LAMPIRAN 18 : APAKAH OPTIMIS?

Optimis adalah sikap berfikir secara positif. Seorang yang sentiasa optimistik adalah seorang yang berfikir positif, bersemangat waja, tabah, dapat menyesuaikan diri dan fokus. Cara-cara untuk bersikap optimis adalah:

1. menumpukan perhatian pada penyelesaian yang mungkin dilakukan, bukan menambahkan masalah.

2. sentiasa mencari cara-cara lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

3. menerima teguran dan kritikan dengan baik.

4. tidak membesar-besarkan hal-hal atau perasaan yang negatif.

5. berlapang dada dan terbuka terhadap perubahan .

6. berkeupayaan menyesuaikan diri.

Page 72: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 58

PATRIOTISMEUNIT

20OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar agar mempunyai rasa sayang dan cintakan negara.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. Memahami tentang perasaan sayangkan negara dan cintakan Negara.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan mempunyai rasa sayang, cinta dan hormat kepada negara sendiri.

MASA (60 minit)No AKTIVITI KAEDAH

MASA (MINIT)

CATATAN

1 Wira Malaysia Tayangan video dan Lukisan Individu

50 Lampiran 19

2 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 20

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pensil warna, CD lagu

• Nota Fasilitator: Fasilitator perlu menyediakan video

klip. Contoh:

I. Lagu ‘Keranamu Malaysia’

II. Video klip kisah Bukit Kepong – pertempuran polis melindungi kampung yang diserang komunis

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 20 : Nilai Patriotisme

LANGKAH AKTIVITI

1. WIRA MALAYSIA• Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap pelajar.

• Fasilitator memainkan CD tayangan video di laptop.

• Fasilitator meminta pelajar melukis wira-wira Malaysia yang mereka kagumi (contoh: polis, bomba, tentera laut,

tentera darat, tentera udara, ahli saintis dan sebagainya)

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1) Fasilitator berbincang dengan pelajar tentang lukisan wira mereka.

2) Fasilitator memberi penekanan tentang rasa sayangkan dan cintakan negara.

3) Fasilitator memberi pemahaman tentang kepentingan mempunyai rasa sayang, cinta dan hormat kepada negara sendiri.

Page 73: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 59

LAMPIRAN 19 : LIRIK LAGU ‘KERANAMU MALAYSIA’

* Buruh nelayan dan juga petani

Gaya hidup kini dah berubah

Anak-anak terasuh mindanya

Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan

Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini

Kejayaan semakin hampiri

Biar di kota ataupun desa

Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya

Keranamu kami hidup selesa

Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu nyawa dipertaruhkan

Keranamu rela kami berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara

( *ulang dari mula)

Keranamu Negara Malaysia, Malaysia... Terima kasih Malaysia!LAMPIRAN 20

LAMPIRAN 20 : NILAI PATRIOTISMEPembangunan semangat kebangsaan atau patriotisme (nation building) adalah semangat perasaan cinta serta pengorbanan kepada Negara. Melalui elemen tanah air, pelajar perlu memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya.

i. Konsep Negara - Tanah Air adalah untuk menimbulkan perasaan bangga dan sayang kepada tanah air hingga sanggup mempertahankannya.

ii. Konsep Negara - Rakyat adalah untuk mencapai perpaduan, membina perasaan kasih dan sayang sesama etnik dan antara etnik, menganalisis fakta tentang etnik, membincangkan perbezaan dan persamaan, mengkaji cara-cara untuk mengharmonikan keadaan, ciri-ciri rakyat yang berkesan, cara rakyat menyumbang kepada negara, perubahan dunia dan kesan kepada rakyat

iii. Konsep Negara - Kerajaan adalah untuk memahami bagaimana kerajaan terpilih, prosesnya, jenteranya, bagaimana kerajaan mentadbir negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini, sistem pentadbiran, undang- undang, perlembagaan dan lain-lain.

iv. Konsep Negara - Kedaulatan adalah untuk memahami maksud kedaulatan, kepentingan Malaysia sebagai negara bebas untuk menentukan arahnya sendiri dan bukannya dijajah negara lain.

Page 74: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In
Page 75: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 61

Page 76: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 62

PENGENALANDewasa ini, seiring dengan pembangunan teknologi dan ketamadunan negara, didapati isu-isu masalah sosial dan perkauman semakin berleluasa dan semangat kemasyarakatan kurang diamalkan, termasuk golongan muda. Oleh sebab itu, inisiatif program ini dicadangkan berikutan kurangnya penglibatan remaja dan golongan pemuda di kawasan Lembah Kelang di dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan dan integrasi nasional.

Didapati bahawa golongan ini tidak berminat untuk menyumbangkan bakti dan tenaga untuk kerja-kerja kemasyarakatan sehinggakan terdapat lebih banyak golongan veteran dan kurang pelapis dari pemimpin golongan muda di dalam mana-mana Organisasi Bukan Kerajaan (NGO). Perkara ini amat menyedihkan kerana golongan muda masih tidak berubah dan

berada di takuk lama. Sehubungan itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui Kelab Rukunegara telah merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk golongan muda. Hasrat ini adalah sebagai pendedahan dan menarik minat mereka agar mempunyai kesedaran serta penghayatan jiwa dalam makna perpaduan. Selain itu, aktiviti sedemikian diharap dapat melatih diri remaja menjadi golongan muda yang berjiwa kental. Sebelum ini, didapati tiada penilaian dan maklum balas yang dibuat untuk mengenalpasti punca permasalahan mengapa golongan muda tidak begitu prihatin dan mempunyai kesedaran betapa pentingnya perpaduan, integrasi kaum dan keamanan sesebuah negara. Dilihat bahawa program-program sebelum ini masih belum cukup membuatkan pelajar mempunyai penghayatan dan kesedaran untuk berubah di mana mereka lebih kepada sekadar mengikuti program tanpa ada perubahan yang berlaku ke atas diri mereka atau menjadi contoh perkembangan yang berkesan.

Bab 3: Moral dan Sivik dirangka dalam usaha menyemai dan mempertingkatkan lagi nilai-nilai murni di kalangan pelajar dalam memupuk semangat perpaduan. Menjadi harapan agar nilai-nilai murni didedahkan kepada para pelajar agar diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjadi manusia berkemahiran insaniah dan berbudi-bahasa.

Page 77: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 63

JOM KENAL SAYAUNIT

21OBJEKTIFTopik ini menggalakkan pelajar mengenali rakan dalam kumpulan, mempunyai keyakinan diri dan saling hormat-menghormati untuk memupuk suasana kursus yang selesa dan selamat.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. mempamerkan keyakinan diri sewaktu berinteraksi dan

2. menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan dan fasilitator.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan hubungan interaksi antara sesama pelajar dan fasilitator yang dapat membentuk rasa selamat dan hormat-menghormati, seterusnya menggalakkan interaksi yang sihat dan harmoni.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Jom Kenal Saya

Persembahan Individu

25

2 Siapakah Anda?

Kerja Kumpulan 25

3 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 21 &2 2

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil, kertas

mahjung

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 21 : Teori Kejayaan Aisberg

• Lampiran 22 : Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan

LANGKAH AKTIVITI

1. JOM KENAL SAYA?• Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap pelajar.

• Para pelajar diminta melukis kartun diri sendiri, menulis nama gelaran dan tiga perkara penting yang menggambarkan dirinya. Masa diberikan adalah 10 minit. (Contoh: Raja Lawak; suka bergurau, sabar, ada lesung pipit apabila tersenyum)

• Fasilitator kemudian mengumpul gambar dan mengagihkan semula kepada pelajar berlainan.

• Para pelajar kemudian diminta membaca butiran diri rakannya dan cuba meneka rakan tersebut. Kemudian, individu yang sebenar diminta memperkenalkan nama penuh.

• Masa diberikan adalah 15 minit untuk sesi meneka dan memperkenalkan diri.

Page 78: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 64

Bahagian aisberg yang boleh nampak dari aras laut adalah hasil kejayaan seseorang yang boleh dilihat oleh orang sekeliling. Bahagian aisberg yang terlindung di bawah air adalah usaha, ketekunan, kesabaran, kegigihan dan penat lelah seseorang dalam mencapai kejayaan.

2. SIAPAKAH ANDA?• Para pelajar diminta mencari ahli kumpulan yang lahir

pada bulan yang sama dan membuat kumpulan masing-masing dalam keadaan senyap.

• Para pelajar dibenarkan membuat pergerakan jari dan badan dalam usaha mencari ahli kumpulan yang lahir pada bulan yang sama.

• Fasilitator perlu memastikan para pelajar tidak bersuara.

• Para pelajar diberikan masa 1 minit untuk berada dalam kumpulan masing-masing.

• Fasilitator mengedarkan kertas mahjung dan pen marker.

• Pelajar perlu menulis/melukis/membuat carta tentang sikap positif dan negatif bagi ahli kumpulan.

• Para pelajar diberi masa 9 minit untuk menyiapkan tugasan.

• Setiap kumpulan diberi masa 1 minit untuk memberi pembentangan tentang siapa ahli kumpulan dan sikap. Jumlah masa bagi sesi ini adalah 15 minit.

3. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator meminta pelajar membincangkan pengalaman mereka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

2. Fasilitator memberi rumusan tentang pentingnya interaksi sewaktu membuat tugasan agar tugasan dapat dilaksanakan dengan baik.

3. Fasilitator memberi nasihat tentang pentingnya semangat kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, sabar dan kreatif dalam membina hubungan persahabatan yang baik dan harmoni.

LAMPIRAN 21 : TEORI KEJAYAAN AISBERGDalam realiti, struktur aisberg, ais yang terapung adalah kelihatan lebih kecil berbanding ais yang terlindung oleh air laut. Struktur ini sangat penting dalam konsep betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan.

Page 79: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 65

JANUARI1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan

dididik.

2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

4. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

6. Pandai mengambil hati orang lain.

7. Pendiam kecuali telah dirangsang.

8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

12. Cukup sayang pada kanak-kanak.

13. Suka duduk di rumah.

14. Setia pada segala-galanya.

15. Perlu belajar kemahiran bersosial.

16. Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI1. Berfikiran abstrak.

2. Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

3. Bijak dan pintar

4. Berpewatakan yang mudah berubah.

5. Mudah menawan orang lain.

6. Agak pendiam.

7. Pemalu dan rendah diri.

8. Jujur dan setia pada segalanya.

9. Keras hati untuk mencapai matlamat.

10. Tidak suka dikongkong.

11. Mudah memberontak apabila dikongkong.

12. Suka kegiatan yang lasak.

13. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

14. Mudah mempamerkan marahnya.

15. Tidak suka benda yang remeh-temeh.

16. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

17. Sangat berani dan suka memberontak.

18. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

19. Pemerhatian yang tajam.

20. Suka hiburan dan sukan.

21. Suka benda yang bersifat seni.

22. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

23. Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

24. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

25. Belajar untuk mempamerkan emosi

LAMPIRAN 22 : RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT BULAN KELAHIRANKajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi Terkenal Malaysia)

Nota: Kajian ini telah dilakukan oleh ramai saintis dunia dan keputusan mereka adalah hampir sama bagi tiap-tiap bulan kelahiran. Ia adalah keputusan secara am. Mungkin ada yang tidak tepat bagi seseorang individu bergantung kepada latar belakang keluarga, pendidikan dan persekitaran. Jika ada sikap positif, kembangkan ia, tetapi jika ada sifat negatif, perbaikilah diri.

Page 80: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 66

MAC1. Berpesonaliti menarik dan menawan.

2. Mudah didampingi.

3. Sangat pemalu dan pemendam rasa.

4. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

5. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.

6. Suka pada kedamaian.

7. Sangat peka pada orang lain.

8. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

9. Tidak cepat marah dan sangat amanah.

10. Tahu membalas dan mengenang budi.

11. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

12. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

13. Suka berangan-angan.

14. Suka melancong.

15. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

16. Kelam kabut dalam memilih pasangan.

17. Suka dengan hiasan rumahtangga.

18. Punya bakat seni dalalm bidang muzik.

19. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.

20. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL1. Sangat aktif dan dinamik.

2. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.

3. Sangat menarik dan pandai menjaga diri.

4. Punya daya mental yang sangat kuat.

5. Suka diberi perhatian.

6. Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

7. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.

8. Sangat berani dan tiada perasaan takut.

9. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.

10. Emosi cepat terusik.

11. Cuba kawal perasaan.

12. Kecenderungan bersifat pendendam.

13. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.

14. Kuat daya ingatan.

15. Gerak hati yang sangat kuat.

16. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

17. Berpenyakit disekitar kepala dan dada.

18. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Page 81: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 67

MEI1. Keras hati & tegas.

2. Kuat semangat & bermotivasi tinggi.

3. Pemikiran yang tajam.

4. Mudah marah apabila tidak dikawal.

5. Pandai menarik hati & perhatian orang lain.

6. Perasaan yang amat mendalam.

7. Cantik dari segi mental & fizikal.

8. Tidak perlu dimotivasikan.

9. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

10. Mudah dipujuk.

11. Bersikap sistematik (otak kiri).

12. Suka berangan.

13. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

14. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

15. Daya khayalan yang tinggi.

16. Permikiran yang tajam.

17. Pandai berdebat.

18. Fizikal yang baik.

19. Kelemahan sistem pernafasan.

20. Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

21. Tidak berapa suka duduk di rumah.

22. Tidak boleh duduk diam.

23. Tidak punya ramai anak.

24. Rajin dan bersemangat tinggi.

25. Agak boros.

JUN1. Berfikiran jauh & berwawasan.

2. Mudah ditawan kerana sikap baik.

3. Berperangai lemah lembut.

4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.

5. Idea yang terlalu banyak di kepala.

6. Bersikap sensitif.

7. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).

8. Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

9. Bersikap suka menangguh-nangguh.

10. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

11. Cepat marah & cepat sejuk.

12. Suka bercakap & berdebat.

13. Suka buat lawak & bergurau.

14. Otaknya cerdas berangan-angan.

15. Mudah berkawan & pandai berkawan.

16. Seorang yang sangat tertib.

17. Pandai mempamerkan sikap.

18. Mudah kecil hati.

19. Mudah kena selsema.

20. Suka berkemas.

21. Cepat rasa bosan.

22. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.

23. Suka pada barang yang berjenama.

24. Mudah menjadi eksekutif.

25. Kedegilan yang tidak terkawal.

26. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan

Page 82: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 68

JULAI1. Sangat suka didamping.

2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

3. Agak pendiam kecuali dirangsang.

4. Ada harga dan maruah diri.

5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

7. Sangat menjaga hati orang lain.

8. Sangat peramah.

9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

10. Berjiwa sentimental.

11. Jarang berdendam.

12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

13. Tidak suka benda remeh-temeh.

14. Membimbing cara fizikal dan mental.

15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

16. Layanan yang serupa terhadap semua orang.

17. Tinggi daya simpati.

18. Pemerhatian yang tajam.

19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

20. Mudah dan rajin belajar.

21. Suka muhasabah diri.

22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

23. Suka mendiamkan diri.

24. Suka duduk di rumah.

25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

26. Tidak agresif kecuali terpaksa.

27. Lemah dari segi kesihatan perut.Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

28. Minta disayangi.Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

29. Terlalu mengambil berat.

30. Rajin dalam membuat kerja.

OGOS1. Suka berlawak.

2. Mudah tertawan padanya.

3. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.

4. Berani dan tidak tahu takut.

5. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

6. Pandai memujuk orang lain.

7. Terlalu pemurah & bersikap ego.

8. Nilai harga diri yang sangat tinggi.

9. Dahagakan pujian.

10. Semangat juang yang luar biasa.

11. Cepat marah & mudah mengamuk.

12. Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

13. Sangat cemburu.

14. Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

15. Cepat berfikir.

16. Fikiran yang berdikari.

17. Suka memimpin & dipimpin.

18. Sifat suka berangan.

19. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

20. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

21. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.

22. Belajar untuk bertenang.

23. Sikap kelam kabut.

24. Romantik, pengasih dan penyayang.

25. Suka mencari kawan.

Page 83: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 69

SEPTEMBER1. Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

2. Sangat cermat, teliti & teratur.

3. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

4. Pendiam tapi pandai bercakap.

5. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

6. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

7. Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

8. Sangat sensitif yang tidak diketahui.

9. Seorang yang banyak berfikir.

10. Daya pentaakulan yang baik.

11. Otak bijak & mudah belajar.

12. Suka mencari maklumat.

13. Kawal diri dari terlalu mengkritik.

14. Pandai mendorong diri sendiri.

15. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.

16. Suka sukan, hiburan & melancong.

17. Kurang menunjukkan perasaannya.

18. Terluka hatinya sangat lama disimpan.

19. Terlalu memilih pasangan.

20. Sukakan benda yang luas.

21. Bersistematik.

OKTOBER1. Suka berbual.

2. Suka orang yang sayang padanya.

3. Suka ambil jalan tengah.

4. Sangat menawan & sopan santun.

5. Kecantikan luar & dalam.

6. Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

7. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

8. Sentiasa berkawan.

9. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

10. Cepat marah.

11. Macam pentingkan diri sendiri.

12. Tidak menolong orang kecuali diminta.

13. Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

14. Tidak suka terima pandangan orang lain.

15. Emosi yang mudah terusik.

16. Suka berangan & pandai bercakap.

17. Emosi yang kelam kabut.

18. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

19. Suka melancong, bidang sastera & seni.

20. Pengasih, penyayang & lemah lembut.

21. Romantik dalam percintaan.

22. Mudah terusik hati & cemburu.

23. Ambil berat tentang orang lain.

24. Suka kegiatan luar.

25. Seorang yang adil.

26. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

27. [Mudah patah semangat.

Page 84: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 70

NOVEMBER1. Banyak idea dalam perkara.

2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

3. Berfikiran kehadapan.

4. Berfikiran unik dan bijak.

5. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.

6. Pemikiran yang tajam.

7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

8. Sesuai jadi seorang doktor.

9. Cermat dan teliti.

10. Personaliti yang dinamik.

11. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.

13. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.

14. Terlalu degil dan keras hati.

15. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.

16. Tak suka marah kecuali digugat.

17. Mudah ambil berat terhadap orang lain.

18. Pandai muhasabah diri.

19. Cara berfikir yang lain dari orang lain.

20. Otak yang sangat tajam.

21. Pandai mendorong diri sendiri.

22. Tidak hargai pujian.

23. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.

24. Cuba sampai berjaya.

25. Badan yang sasa.

26. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.

27. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.

28. Suka duduk d irumah.

29. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.

30. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

31. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.

32. Bercita-cita tinggi.

33. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER1. Sangat setia dan pemurah.

2. Bersifat patriotik.

3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

5. Bercita-cita tinggi.

6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

7. Seronok bila didampingi.

8. Suka bercampur dengan orang.

9. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

10. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

11. Tidak pandai berpura-pura.

12. Cepat marah.

13. Perangai yang mudah berubah-ubah.

14. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.

15. Benci pada kongkongan.

16. Suka berlawak.

17. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Page 85: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 71

BUDI BAHASA BUDAYA KITAUNIT

22OBJEKTIFTopik ini memberi pendedahan kepada pelajar agar menjaga budi bahasa dan sikap dalam diri supaya menjadi seorang rakyat yang bersahsiah tinggi.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami dan menghargai kepentingan menjaga budi bahasa dan sikap diri dalam menjadi seorang rakyat yang bernilai.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan menjaga budi bahasa dan sikap diri dalam menjadi seorang rakyat yang bernilai.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Indah Budi Bahasa

Pembentangan Kumpulan

50 Lampiran 23

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 23 : Nilai Murni dalam Budi Bahasa

1. INDAH BUDI BAHASA

PILIHAN AKTIVITI 1 : BUDI DAN BAHASA• Fasilitator membuat 4 kumpulan pelajar.

• Fasilitator mengedarkan sehelai kertas mahjung dan sebatang pen marker kepada 4 kumpulan tersebut.

• Para pelajar kemudian diminta membuat senarai tindakan berbudi bahasa mengikut 4 kumpulan tersebut dalam 20 minit:

Kumpulan 1 : Budi Bahasa Kepada Keluarga

Kumpulan 2 : Budi Bahasa Kepada Jiran

Kumpulan 3 : Budi Bahasa Kepada Rakan

Kumpulan 4 : Budi Bahasa Kepada Guru

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan dan meminta rakan lain bertanyakan soalan.

LANGKAH AKTIVITI

Page 86: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 72

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : AKTIVITI SUPER SPONTANBAHAN: 40 Potongan kertas, kotak ‘Budaya Positif’, kotak ‘’Budaya Negatif’, batu kecil

• Fasilitator membuat 4 kumpulan pelajar.

• Fasilitator mengedarkan potongan kertas (10 potongan) kepada setiap kumpulan.

• Fasilitator meminta pelajar menyenaraikan 5 budaya/ budi bahasa yang positif manakala 5 lagi adalah negatif mengikut kumpulan berikut:

Kumpulan 1 : Budi Bahasa Kepada Keluarga

Kumpulan 2 : Budi Bahasa Kepada Jiran

Kumpulan 3 : Budi Bahasa Kepada Rakan

Kumpulan 4 : Budi Bahasa Kepada Guru

• Fasilitator memberi panduan terhadap budi bahasa yang disenaraikan mengikut kumpulan sasaran (pelajar sekolah).

• Potongan kertas yang menyenaraikan budi bahasa positif dan negatif hendaklah disimpan dalam ‘Kotak Nilai’.

• Sebelum aktiviti bermula, setiap kumpulan akan diberi sejumlah batu yang sama banyak (modal setiap kumpulan).

• Fasilitator meminta ketua kumpulan mencabut 1 potongan kertas dari ‘Kotak Nilai’ dan kumpulan melakonkan watak berdasarkan kertas diambil.

• Fasilitator akan memberi ganjaran 5 biji batu jika mendapat ‘budi bahasa positif’ dan modal gula batu diminta diserahkan kembali sebanyak 10 gula batu jika mendapat ‘budi bahasa negatif’.

• Fasilitator akan mengira jumlah keseluruhan setiap kumpulan peroleh. Kumpulan paling banyak batu dikira sebagai pemenang.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang tentang hasil pembentangan pelajar dan membuat rumusan keseluruhan berdasarkan Lampiran 23 : Nilai Murni dalam Budi Bahasa.

2. Fasilitator menekankan kelebihan budi bahasa positif dan keburukan budi bahasa negatif dalam kehidupan seharian.

3. Fasilitator memberi nasihat tentang pentingnya menjaga budi bahasa dan sikap diri dalam menjadi seorang rakyat yang bernilai.

Page 87: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 73

Lampiran 23 : NILAI MURNI DALAM BUDI BAHASA17 nilai-nilai murni utama sebagai rakyat Malaysia

Nilai-Nilai Murni PENERANGAN

Baik Hati belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling memahami, saling memaafkan

Berdikari berupaya bertindak sendiri, yakin pada diri sendiri

Hemah Tinggi bersopan-santun, berbudi bahasa, mengaku kesalahan sendiri, ramah mesra

Hormat-menghormati hormat ibu bapa, hormat kerajaan dan negara, patuh kepada undang-undang, hormat kepada ahli keluarga, fasilitator, rakan dan jiran, hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa, patuh kepada ketetapan masa

Kasih Sayang menghargai nilai nyawa, menyayangi alam sekitar, mencintai negara

Keadilan adil, saksama, kebebasan di sisi undang-undang

Kebebasan kebebasan bersuara mengikut undang-undang

Keberanian berani mencuba, berani kerana benar

Kebersihan fizikal dan mental

kebersihan diri, kebersihan alam sekitar

Kejujuran amanah, bercakap benar, ikhlas, bertanggungjawab

Kerajinan daya usaha, dedikasi

Kerjasama gotong-royong, bersatu padu, bertolak ansur

Kesyukuran berterima kasih, menghargai, mengenang budi

Page 88: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 74

Rasional membuat pertimbangan yang wajar

Semangat bermasyarakat bermuafakat, semangat kejiranan, prihatin isu masyarakat dan sosial

Patriotisme taat setia, menghormati lagu dan bendera, mencintai negara, berbangga menjadi warganegara

CONTOH FRASA DAN PECAHAN NILAI MURNI DAN PENGAJARAN1. Menolong orang : BERTANGGUNGJAWAB

2. Menghulurkan bantuan : PRIHATIN

3. Menderma, menyumbang : TOLERANSI

4. Memberi hadiah : PENYAYANG

5. Berkongsi barang dengan adik-beradik : KASIH SAYANG

6. Memberi hadiah : PEMURAH

7. Membantu : BAIK HATI

8. Berkongsi : BERHEMAH TINGGI

9. Membuat kerja rumah / sekolah : RAJIN

10. Membuat jadual belajar : GIGIH

11. Mengulangkaji pelajaran : KEAZAMAN

12. Menyiapkan tugas : BERSUNGGUH – SUNGGUH

13. Mengembalikan semula : JUJUR

14. Memulangkan semula : TULUS

15. Menyerahkan : AMANAH

16. Memberikan (tanpa minta balasan) : IKHLAS

17. Meminjamkan : RELA HATI

18. Tidak berkira : BERTOLAK – ANSUR

19. Tidak mementingkan diri sendiri : SEPAKAT / MUAFAKAT

20. Mengagihkan tugasan/ meletakkan sesuatu pada tempatnya : ADIL / SAKSAMA

21. Membuat keputusan yang tepat : BIJAKSANA

22. Bertindak dengan bagus : BISTARI

23. Mencari penyelesaian : RASIONAL

24. Menjadi rujukan : MATANG

25. Bertindak demi kebaikan : BERANI

26. Membasuh baju / kasut : BERDIKARI

27. Menghormati lagu Negaraku : CINTA NEGARA

28. Mematuhi undang –undang : SEMANGAT PATRIOTIK

29. Membawa bekal ke sekolah : BERJIMAT-CERMAT

30. Menjaga kebersihan diri : CINTA KEBERSIHAN

31. Menjaga kebersihan alam sekeliling : CINTAKAN ALAM

32. Menurut arahan ibu bapa dan guru : TAAT DAN BERDISIPLIN

33. Tenang hadapi sesuatu keadaan : CEKAL

Page 89: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 75

BICARA MUTIARAUNIT

23OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan bercakap benar dalam pelbagai situasi sama ada dalam perbualan atau pergaulan

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami dan menghargai kepentingan bercakap benar dalam pelbagai situasi sama ada dalam perbualan atau pergaulan

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan bercakap benar dalam pelbagai situasi sama ada dalam perbualan atau pergaulan

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Bicara Mutiara

Persembahan Kumpulan / Lakonan/ Sesi bercerita

50

2 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 24

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, pensil, syiling 1 sen

(yang betul atau yang gambar yang digunting)

NOTA LAMPIRAN• Lampiran 24 : Bercakap Benar

LANGKAH AKTIVITI

1. BICARA MUTIARA

PILIHAN AKTIVITI 1 : PERMAINAN ‘DUIT SYILING 1 SEN’• Fasilitator membuat 4 kumpulan pelajar.

• Setiap pelajar diberi 5-6 keping duit syiling 1 sen. (Setiap pelajar mesti menerima jumlah yang sama. Fasilitator boleh menggantikan duit syiling dengan benda lain seperti guli dan batu kecil).

• Seorang pelajar (Pelajar A) akan memulakan permainan dengan cara memberitahu ahli kumpulan perkara yang dia pernah alami. Contoh: Saya pernah jatuh semasa mengayuh basikal. Pelajar A akan meletakkan sekeping syiling 1 sen di tengah meja. Pelajar-pelajar lain (Pelajar B hingga F akan meletakkan duit syiling jika mereka pernah mengalami pengalaman yang sama).

• Permainan diteruskan dengan pelajar B pula menceritakan pengalamannya.

Page 90: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 76

• Pelajar-pelajar yang pernah mengalami pengalaman yang sama akan meletakkan duit di tengah mereka.

• Permainan tamat apabila beberapa orang ahli telah kehabisan duit syiling.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : PERMAINAN ‘PENGALAMAN YANG BERNILAI’• Fasilitator memberi setiap pelajar syiling bernilai 10 sen,

20 sen dan 50 sen mengikut jumlah berikut:

• 2 keping syiling 10 sen

• 2 keping syiling 20 sen

• 2 keping syiling 50 sen

• Fasilitator meminta setiap pelajar untuk memberi satu cerita pendek mengenai pengalaman paling buruk atau paling manis. Setiap pelajar akan mendengar pengalaman rakan mereka dan membuat penilaian masing-masing seperti berikut melalui kiraan wang diberi:

• syiling 10 sen : cerita dirasakan tidak benar

• syiling 20 sen : cerita dirasakan tidak pasti benar atau tidak

• syiling 50 sen : cerita dirasakan benar

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 3 : FASILITATORKU SANG PENGLIPURLARA• Fasilitator meminta semua pelajar duduk dalam satu

bulatan besar dan fasilitator berdiri di tengah kumpulan.

• Fasilitator menjadi penglipurlara, atau ‘story-teller’ menceritakan kisah pengajaran tentang kepentingan bercakap benar melalui kisah dongeng rakyat. Contohnya:

1. Kisah Budak Gembala Kambing dan HarimauRingkasan cerita: Seorang budak gembala kambing yang bosan sewaktu menjaga kambingnya makan rumput di pergunungan telah membuat permainan dengan menipu penduduk kampung dengan menjerit sekuat hati meminta tolong kerana ada harimau hendak makan dirinya. Apabila penduduk kampung sampai dengan membawa senjata ingin menolong, dia ketawa berdekah-dekah. Dia mengulanginya sebanyak 2 kali, tetapi malang, belum sempat kali ketiga, harimau betul-betul muncul. Kali ini dia meminta tolong tetapi tiada seorang yang datang membantu. Akhirnya dia mati dimakan harimau.

2. Kisah Pemotong Kayu Yang JujurTersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Dia mencari rezeki hanyalah dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Dia tinggal bersama dengan isterinya yang akan menemaninya setiap kali mereka mencari kayu api untuk dipotong. Dijadikan cerita, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Oleh kerana terlalu letih, pemotong kayu itu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu terjatuh ke dalam sungai yang dalam. Menangis si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki, hendak terjun untuk mencari kapaknya dia takut akan dihanyut arus. Merataplah ia mengenangkan nasib.

Tiba-tiba turun si pari-pari dari langit kerana kasihankan si tua itu. Lalu turunlah si pari-pari bertanya.”Wahai

Page 91: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 77

orang tua, kenapakah kau bersedih?” Dengan perasaan takut dan terkejut kerana melihat pari-pari. Si tua menceritakan tentang nasibnya yang malang kerana kehilangan punca pencariannya.

“Baiklah, aku akan bantu kamu mencari kapak engkau yang tenggelam”.Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul kembali si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada si tua. Dengan sedih jawab si tua “ini bukan kepunyaan hamba, tidak mungkin hamba mampu memiliki kapak emas ini”, jawab si pemotong kayu dengan jujur.

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Si tua tetap mengatakan itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Si tua itu tidak menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu, Pemotong kayu dengan gembiranya mengatakan kapak itu barulah miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua.

Sebagai balasan terhadap kejujuran si pemotong kayu itu, pari-pari telah menghadiahkannya kapak emas, perak dan gangsa. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Apabila sampai di rumah, pemotong kayu menceritakan peristiwa itu kepada isterinya. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Sumber : http://ajariaku02.blogspot.my/2013/01/pemotong-kayu-yang-jujur.html

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR 1. Fasilitator berbincang tentang hasil pembentangan

pelajar.

2. Fasilitator memberi penerangan kepada pelajar bahawa nilai matawang yang diberikan oleh rakan

pelajar hanyalah sebagai penanda persepsi masyarakat di atas kepercayaan mereka terhadap kisah kita.

3. Fasilitator perlu menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan meluahkan atau menceritakan perkara yang benar dan keberanian untuk berkata benar.

LAMPIRAN 24 : BERCAKAP BENAR1. Warnakan perkataan yang menunjukkan kebaikan bercakap benar dalam pertuturan dan pergaulan.

Kebaikan

Bercakap Benar

Disukai

Disayangi

Dibenci

Dipercayai

Dihormati

Dimarahi

2. Warnakan (hijau) pada jawapan yang betul dan (merah) pada jawapan yang salah.

a) Saya suka kepada kawan-kawan yang bercakap benar.

b) Orang yang bercakap benar mempunyai ramai kawan.

c) Saya suka bercakap bohong dengan ibu.

d) Saya percaya kepada orang yang jujur.

e) Fasilitator sayang kepada Pelajar yang jujur.

f) Sikap jujur tidak baik.

g) Orang yang bercakap bohong tidak disukai.

h) Saya tidak marah apabila adik bercakap bohong.

Page 92: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 78

JEJAK HARMONIUNIT

24OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar kepentingan asas dalam menghormati agama kaum lain terutama kesucian rumah ibadat dan peraturan asas.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami dan menghormati kepelbagaian anutan agama sama ada rakan, jiran dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang menghormati kepelbagaian anutan agama sama ada rakan, jiran dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Jejak Harmoni

Permainan/Tayangan Video Rumah Ibadat

50

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung, tali,

buah dadu

• Nota Fasilitator Fasilitator sila sediakan video klip bertajuk ‘Konvoi Rumah Ibadat 2013’ untuk rujukan.(https://www.youtube.com/watch?v=sOUWR8_iFlg)

LANGKAH AKTIVITI

1. JEJAK HARMONI

PILIHAN AKTIVITI 1 : RUMAH JEJAK HARMONI• Fasilitator menyediakan props/peralatan untuk

sekurang-kurangnya lima (5) rumah ibadat kaum utama di Malaysia (boleh dipinda mengikut kesesuaian jika di Sabah dan Sarawak).

a. Agama Islam = Masjid

b. Agama Budhha = Tokong

c. Agama Hindu = Kuil

d. Agama Kristian = Gereja

e. Agama Sikh = Gudwara

Page 93: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 79

• Fasilitator meletakkan gambar dan nama bagi setiap stesen untuk menandakan rumah ibadat tersebut. (Koleksi Gambar 1)

• Fasilitator meletakkan props/peralatan utama di setiap rumah ibadat tersebut dan peraturan asas di rumah ibadat tersebut.

• Fasilitator meminta setiap pelajar untuk bersama-sama menziarah setiap stesen rumah ibadat yang ditandakan, dan berbincang tentang props dan peraturan yang perlu dihormati di setiap rumah ibadat yang dikunjungi.

Koleksi Gambar 1 : Gambar Rumah Ibadat

Agama Islam : Masjid Selat Melaka

Agama Buddha : Tokong Cheng Hoon Teng Melaka

Agama Hindu : Kuil Hindu Batu Caves Selangor

Agama Kristian : Gereja Kristian Melaka

Agama Sikh : Gudwara Changkat (Batu Gajah) Perak

Page 94: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 80

Rajah 1 : Props/Peralatan Rumah Ibadat

Rumah Ibadat Ketua Rumah Ibadat Peraturan Asas

Masjid Imam 1. Berpakaian sopan dan menutup aurat (terutama wanita dari kepala hingga kaki)

2. Menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid

3. Duduk dengan sopan dan tidak bising

4. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

5. Tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat

6. Menyimpan semula barang yang digunakan di tempat asal (sejadah/telekung/Quran dll)

7. Wanita haid dilarang memasuki dalam masjid

Tokong Sami Buddha 1. Memakai pakaian yang sopan

2. Menanggalkan kasut sebelum memasuki tokong

3. Duduk dengan sopan dan tidak bising

4. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

5. Memberi tumpuan semasa beribadat

6. Dilarang membawa makanan berdaging

Kuil Sami Hindu 1. Memakai pakaian yang sopan

2. Menanggalkan kasut sebelum memasuki kuil

3. Membasuh kaki sebelum masuk ke kuil

4. Memberi tumpuan semasa sami menjalankan upacara agama

5. Wanita haid dilarang memasuki perkarangan kuil

Gereja Paderi 1. Memakai pakaian yang sopan

2. Duduk dengan sopan dan tidak bising

3. Memberi tumpuan semasa dalam gereja

Gudwara Guru Granth Sahib 1. Memakai pakaian yang sopan dan menutup kepala

2. Menanggalkan kasut sebelum memasuki Gudwara

3. Membersihkan tangan sebelum memegang ‘Guru Grant Sahib’

4. Hanya makanan ‘vegetarian’ dibenarkan dibawa masuk ke Gudwara

Page 95: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 81

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : PERMAINAN DAM ULAR, TANGGA DAN KAD HARMONI• Fasilitator menyediakan kertas A4 yang ditulis nombor 1

hingga 50 dan disusun seperti lukisan dam gambar rajah di atas.

• Fasilitator boleh menggunakan tali untuk dibentuk menjadi tangga dan ular (tali yang dijadikan ular dilukis kepala ular dan diletakkan pada nombor seperti di atas). Nombor yang mempunyai tangga ditulis perkara positif yang membuat pemain mendapat ganjaran untuk naik ke nombor lebih besar. (Contoh: Anda hormat kepada rakan anda yang berlainan agama dan perhubungan persahabatan anda dengan rakan menjadi lebih baik dan harmoni.)

• Fasilitator membentuk 4 kumpulan pelajar.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil kumpulan untuk dijadikan buah catur yang akan bergerak di atas dam tersebut.

• Fasilitator meminta seorang dari ahli kumpulan untuk membaling dadu bagi menentukan giliran kumpulan yang akan mula dahulu. Kumpulan yang mendapat nombor paling banyak bagi satu balingan berbanding kumpulan lain akan mendapat giliran pertama dan begitulah seterusnya.

• Fasilitator meminta kumpulan yang mendapat giliran pertama untuk membaling dadu bagi ahli kumpulannya di atas dam bergerak mengikut nombor dadu yang dibaling.

• Jika nombor dadu itu kena pada nombor yang mempunyai tangga, maka ahli tersebut naik ke nombor tangga itu dan berhenti di nombor pada hujung tangga tersebut.

• Jika nombor dadu itu kena pada nombor yang ada ular, jika berada di nombor yang lebih besar sama ada di hujung ekor atau kepala ular, maka pelajar itu perlu mencabut kad harmoni.

• Kad harmoni ada dua pilihan iaitu jika arahan negatif maka pelajar perlu turun semula ke nombor yang lebih kecil dari hujung ular itu. Jika arahan positif maka pelajar tidak perlu bergerak.

• Pemenang dikira apabila ada pelajar yang sampai ke garisan penamat iaitu nombor 50 atau yang paling hampir jika masa telah tamat.

RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator memberi penerangan kepada pelajar tentang usaha murni membantu meningkatkan persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya, bahasa dan agama.

2. Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan menghormati hubungan masyarakat pelbagai agama.

3. Fasilitator memberi pendedahan bahawa melalui pemahaman dan sikap hormat dapat menghindarkan segala salah faham dan pandangan tidak benar mengenai rumah-rumah ibadat pelbagai agama.

Page 96: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 82

PILIHAN KAD HARMONI

Page 97: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 83

JALINAN KASIHUNIT

25OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar kepentingan ucapan yang baik dalam menjalinkan silaturahim yang membahagiakan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. Memahami dan menghargai ucapan yang baik dalam menjalinkan silaturahim yang membahagiakan.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan ucapan yang baik dalam menjalinkan silaturahim yang membahagiakan.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Jalinan Kasih

Pembentangan Kumpulan

50 Lampiran 25

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung,

kad ucapan

NOTA LAMPIRANLampiran 25 : Contoh Ucapan Terima Kasih

LANGKAH AKTIVITI

1. JALINAN KASIH

PILIHAN AKTIVITI 1 : TERIMA KASIH FAMILIKU • Fasilitator meminta beberapa orang pelajar melakonkan

cara mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga.

• Fasilitator dan pelajar lain memberikan komen tentang cara mengucapkan terima kasih dengan betul.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : KAD TERIMA KASIH• Fasilitator mengedarkan kepada pelajar kad yang

mengandungi kata-kata ucapan terima kasih kepada anggota keluarga.

• Fasilitator memaklumkan kepada pelajar bahawa ucapan boleh menggunakan bahasa mengikut bangsa masing-masing atau mengikut loghat daerah masing-masing. Berdasarkan kata-kata ucapan pada kad, pelajar diminta melafazkan ucapan terima kasih dengan sopan.

Page 98: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 84

• Fasilitator dan pelajar lain memberikan komen.

• Fasilitator menjelaskan kebaikan mengucapkan terima kasih dengan sopan.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 3 : TERIMA DAN KASIH• Fasilitator mencatatkan tajuk ‘Sebab saya mesti

mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga’ untuk menjalankan aktiviti sumbang saran.

• Fasilitator meminta pelajar memberikan satu sebab mereka perlu mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga.

• Fasilitator mencatatkan semua jawapan pelajar. Fasilitator bersama-sama pelajar memilih jawapan yang sesuai.

• Pelajar dikehendaki mengkelaskan jawapan mengikut tajuk-tajuk kecil seperti sebab mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, datuk dan nenek serta adik beradik.

• Fasilitator menjelaskan kepentingan mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga.

• Pelajar diminta mencipta kad ucapan terima kasih kepada anggota keluarga dengan menggunakan kata-kata ucapan yang indah. Kad paling menarik dan mendapat sambutan semua pelajar akan diberi ganjaran oleh fasilitator.

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

LAMPIRAN 25 : CONTOH UCAPAN TERIMA KASIHKad 1

“Terima kasih, papa.

Terima kasih, mama”

Kad 2

“Terima kasih ayah dan ibu”

Kad 3

“Datuk, terima kasih.Nasihat datuk tidak akan saya lupa”

Kad 4

“Terima kasih, nenek. Nenek pandai bercerita”

Kad 5

“Abang, terima kasih kerana membantu saya mencuci kasut sekolah”

Kad 6

“Kakak, terima kasih kerana menolong saya menyiapkan kerja sekolah”

Kad 7

“Terima kasih adik kerana meminjamkan abang pensel warna”

Kad 8

“Terima kasih makcik, kerana memberikan saya hadiah yang sungguh cantik ini”

1. Fasilitator berbincang tentang hasil pembentangan pelajar.

2. Fasilitator memberi penerangan kepada pelajar tentang ucapan yang baik dalam menjalinkan silaturahim yang membahagiakan

3. Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar tentang besar kesannya setiap ucapan walaupun ia ringkas terhadap setiap perasaan orang yang mendengarnya.

Page 99: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 85

AMALAN BAIK JIWA SELAMAT

UNIT

26OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar kepentingan mematuhi undang-undang di jalan raya.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami kepentingan mematuhi undang-undang di jalan raya.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan mematuhi undang-undang di jalan raya.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Kerana Diriku Begitu Berharga!

Perbincangan / kuiz/ tayangan video akibat kemalangan kerana kecuaian

50 Lampiran 26, 27 & 28

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung,

• Nota: Fasilitator digalakkan mempunyai buku undang-undang jalan raya atau maksud lambang-lambang lalu lintas dan jalanraya.

• Fasilitator digalakkan mempunyai video contoh kemalangan di jalanraya.

NOTA LAMPIRANLampiran 26 : Gambar dari keratan akhbar

Lampiran 27 : Tanda isyarat lalu-lintas dan maksud

Lampiran 28 : Latihan

LANGKAH AKTIVITI

1. KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA!• Fasilitator mempamerkan gambar kenderaan yang

terlibat dalam kemalangan jalan raya. (Lampiran 26)

• Fasilitator bersoal jawab dengan pelajar tentang perasaan pelajar melihat gambar tersebut.

• Fasilitator mempamerkan beberapa tanda isyarat lalu lintas. (Lampiran 27)

- Fasilitator menerangkan maksud bagi setiap tanda isyarat lalu lintas.

- Pelajar diminta memilih satu tanda isyarat lalu lintas dan mencatatkan akibat sekiranya tanda isyarat itu tidak dipatuhi.

- Pelajar diminta memberitahu catatannya kepada rakan pasangannya.

Page 100: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 86

- Beberapa orang pelajar dipilih untuk melaporkan catatannya dan catatan rakannya kepada semua pelajar di kelas.

- Pelajar menjelaskan kepentingan mematuhi tanda isyarat lalu lintas.

• Fasilitator meminta pelajar membuat latihan mengenal pasti tanda isyarat lalu lintas. (Lampiran 28)

2.RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang tentang hasil pembentangan pelajar.

2. Fasilitator memberi penerangan tentang kesan buruk jika gagal mematuhi undang-undang jalan raya.

3. Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan mengetahui dan mematuhi tanda isyarat di jalan raya serta patuh dengan peraturan demi keselamatan semua pihak yang menggunakan jalan raya.

LAMPIRAN 26: GAMBAR DARIPADA KERATAN AKHBARLAMPIRAN 27

Page 101: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 87

LAMPIRAN 27 : TANDA ISYARAT LALU-LINTAS DAN MAKSUD

LAMPIRAN 28 : LATIHAN

Padankan tanda isyarat lalu lintas dengan penyataan yang betul

Bil Tanda Isyarat Lalu Lintas Maksud

1 Kawasan kanak-kanak sekolah melintas

2 Lampu isyarat di hadapan

3 Kawasan sekolah di hadapan

4 Tempat meletak kenderaan

5 Jalan bengkang-bengkok

6 Simpang empat

1 Lintasan pejalan kaki

2 Bulatan di hadapan

3 Lampu isyarat di hadapan

4 Hospital

5 Kawasan kanak-kanak sekolah melintas

6 Jalan bengkang-bengkok

Page 102: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 88

CINTA FLORADAN FAUNA

UNIT

27

OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan menyayangi, menghormati dan menjaga alam persekitaran termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami kepentingan menyayangi, menghormati dan menjaga alam persekitaran termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan menyayangi, menghormati dan menjaga alam persekitaran termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA

(MINIT)CATATAN

1 Cinta Flora dan Fauna

Aktiviti Dalam Kumpulan

50 Lampiran 29,30,31 & 32

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung,

NOTA LAMPIRANLampiran 29 – gambar alam sekitar yang tercemar

Lampiran 30 – skrip lakonan

Lampiran 30a – sebab dan akibat

Lampiran 30b – contoh jawapan

Lampiran 31 – ikrar penghuni bumi

Lampiran 32 – contoh kad bentuk hati

LANGKAH AKTIVITI

1. CINTA FLORA DAN FAUNA• Fasilitator menunjukkan gambar beberapa orang kanak-

kanak sedang bermain dengan berlatar belakangkan persekitaran yang tercemar (rujuk Lampiran 29).

• Fasilitator bersoal jawab dengan pelajar, mengenai situasi mereka lihat dalam gambar tersebut dan meminta mereka menceritakannya.

AKTIVITI 1• Beberapa orang pelajar dipilih untuk melakonkan watak

yang berikut.

Page 103: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 89

a. Ikan A, Ikan B, Ikan C, Ikan D

b. Pokok A, Pokok B

c. Kulit kacang

d. Kotak minuman

e. Dua orang Pelajar

f. Beg plastik

• Setiap kumpulan diberikan kad situasi (rujuk Lampiran 30) dan diberi masa untuk membuat persediaan.

• Pelajar membuat persembahan.

• Fasilitator bersoal jawab dengan pelajar.

a. Jelaskan pelakuan David dan Ben ketika berkelah di tepi sungai.

b. Apakah yang berlaku kepada ikan dan pokok di situ?

c. Ceritakan perasaan kamu melihat keadaan itu.

d. Andaikan kamu ialah ikan dan pokok tersebut, nyatakan perasaan kamu.

e. Fasilitator dan pelajar membuat rumusan tentang tindakan manusia yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

AKTIVITI 2• Pelajar dikehendaki membincangkan akibat

pencemaran yang dilakukan oleh manusia (Lampiran 30a). Contoh jawapan disediakan. (Lampiran 30b)

• Hasil perbincangan dicatatkan dalam kertas mahjung.

• Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.

• Fasilitator bersama-sama pelajar membuat rumusan.

AKTIVITI 3• Pelajar diberikan ‘Ikrar Penghuni Bumi’. (Lampiran 31)

• Seorang pelajar dipanggil untuk mengetuai pembacaan

ikrar tersebut.

• Setiap pelajar dikehendaki menurunkan tanda tangan pada ikrar tersebut.

• Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan sekeping kad berbentuk hati dan

• Menulis ayat yang menunjukkan perasaan sayang terhadap alam sekitar. (Lampiran 32).

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR 1. Fasilitator berbincang tentang hasil pembentangan

pelajar.

2. Fasilitator boleh menerangkan cara menghijaukan rumah di kawasan bandar. Jika ada contoh tayangan video atau gambar untuk mendedahkan pelajar mengenai kaedah pertanian bandar, hidroponik dan sebagainya.

3. Fasilitator boleh menjelaskan kaedah pengurusan sisa pepejal/sampah mengikut kategori, fungsi tong sampah kitar semula dan kepentingan amalan kitar semula. Contoh pengasingan sampah dan labelkan mengikut kategori:

- Plastik

- Kaca

- Kertas

- Bahan lain

LAMPIRAN 29: GAMBAR ALAM SEKITAR YANG TERCEMARContoh ayat ialah `Saya sayang akan alam sekitar’, `Saya sayang kepada bumi’.

Page 104: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 90

LAMPIRAN 30 – SKRIP LAKONAN

Situasi di tepi sungaiDavid dan Ben pergi berkelah di tepi sungai. Mereka membawa dua kotak minuman dan kacang yang diisi dalam beg plastik.

David : Indahnya pemandangan di sini.

Ben : Udara di sini nyaman.

(David dan Ben mencari tempat duduk. Mereka berbual-bual sambil makan dan minum. David membuang kulit kacang dan Ben mencampakkan kotak minuman dan beg plastik ke dalam sungai. Pelajar yang berlakon sebagai kulit kacang, beg plastik dan kotak minuman terjun ke dalam sungai).

Situasi dalam sungaiIkan A : Tolong, tolong, susahnya bernafas!

Ikan B : Aduh, sakitnya perut!

Ikan C : Teruknya manusia. Mereka buang kulit kacang, kotak minuman dan beg plastik ke dalam sungai ini.

Ikan D : Hai manusia, sampai hati kau buat kami begini!

Situasi semasa dalam perjalanan pulang(David dan Ben balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang, mereka menconteng dan membuat ukiran nama pada pokok)

Pokok A : Aduh, sakitnya badanku ditoreh dengan pisau!

Pokok B : Aduh, banyaknya darahku keluar!

(David dan Ben pun berlalu dari situ)

Page 105: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 91

LAMPIRAN 30A – SEBAB DAN AKIBAT

Page 106: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 92

LAMPIRAN 30B – CONTOH JAWAPAN

Page 107: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 93

LAMPIRAN 31 – IKRAR PENGHUNI BUMI

Page 108: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 94

LAMPIRAN 32 – CONTOH KAD BENTUK HATI

Page 109: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 95

KELUARGAKU SAYANGUNIT

28OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar kepentingan hubungan bersama keluarga, rakan dan masyarakat, kepentingan menyayangi, menghormati dan menjaga perhubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan serta hidup bermasyarakat.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami, menghargai, menyayangi dan menghormati hubungan bersama keluarga, rakan dan masyarakat.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan hubungan bersama keluarga, rakan dan masyarakat.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA (MINIT)

CATATAN

1 Saya, Dia dan Mereka atau Keluargaku Sayang

Lakonan atau Aktiviti Dalam Kumpulan

50 Lampiran 33, 34,35,& 36

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung.

NOTA LAMPIRANLampiran 33 – Kad ucapan

Lampiran 34 – Kad tugasan

Lampiran 35 – Skala garisan sikap pelajar

Lampiran 36 – Latihan

LANGKAH AKTIVITI

1. SAYA, DIA DAN MEREKA

Page 110: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 96

Berdasarkan Rajah ‘Tingkat Perhubungan’ di atas :

• bincangkan ciri-ciri yang membezakan bentuk perhubungan sosial yang dilalui.

• bincangkan elemen yang terdapat dalam setiap tingkat perhubungan. sebagai contoh: Apakah sifat seorang sahabat karib?

PILIHAN AKTIVITI 1 : PENYELESAIAN KES (LAKONAN)Pelajar diminta memberikan pendapat tentang situasi-situasi yang berikut.

Jawapan anda haruslah disediakan dalam bentuk dialog dan dihasilkan dalam bentuk persembahan lakonan.

Apakah yang harus anda lakukan sekiranya... (LAKONKAN)

Situasi 1Anda terlambat menghantar tugasan/kerja sekolah kepada guru kerana rakan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Situasi 2Anda kehilangan wang di dalam bilik tidur anda. Setelah disiasat, didapati bahawa wang tersebut telah diambil oleh adik anda.

Situasi 3Rakan anda meminjam tugasan/ kerja sekolah anda sebelum diserahkan kepada guru kelas. Anda terkejut apabila mendapati rakan anda meniru tugasan/kerja sekolah anda.

Situasi 4Anda dapati rakan sekelas anda kerap tidak hadir ke kelas/bilik darjah/sekolah.

Situasi 5Hubungan anda dan rakan anda dingin dan saling tidak bertegur sapa. Pada suatu hari, rakan anda merayu kepada anda untuk meminjam wang kerana dia berada dalam keadaan terdesak.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : PERMAINAN SI BUTA DAN PENASIHAT • Fasilitator meminta 4 orang pelajar menjadi sukarelawan.

• Fasilitator meminta seorang pelajar menutup mata dengan kain. Kemudian fasilitator meletakkan beberapa halangan yang tidak berbahaya kepada pelajar dan mudah diperolehi untuk menghalang jalan yang akan dilalui oleh pelajar yang berlakon sebagai si buta.

• Seorang pelajar ditempatkan di permulaan jalan dan seorang lagi di hujung jalan.

• Pelajar keempat adalah penasihat/pembimbing yang diletakkan label sebagai ibu/ayah/guru.

• Pelajar yang berlakon sebagai si buta perlu mengenal pasti dari arah permulaan jalan untuk mendengar arahan daripada penasihat agar sampai ke hujung jalan tanpa melanggar halangan. Pada masa yang sama, wujud gangguan arahan daripada pelajar kedua dan ketiga di permulaan dan di hujung jalan yang mengganggu untuk mengheret pelajar ke tempat halangan.

• Fasilitator memberi kesimpulan kepada pelajar:

Si buta = pelajar yang masih kecil

Penasihat = Ibu/ Ayah/ Guru

Dua orang pengganggu = Pengaruh rakan sebaya yang jahat dan anasir negatif.

Halangan = Masalah/ ancaman kepada pelajar

Page 111: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 97

1. KELUARGAKU SAYANG

PILIHAN AKTIVITI 1 : SAYANG SAYANG KELUARGAKU SAYANG• Fasilitator mempamerkan kad ucapan hari lahir/ucapan

tahniah kepada anggota keluarga. (Lampiran 33)

• Fasilitator bersoal jawab dengan pelajar.

- Pernahkah kamu memberi kad ucapan kepada anggota keluarga?

- Apakah perasaan kamu dapat memberi kad ucapan tersebut?

- Pernahkah kamu menerima kad ucapan daripada anggota keluarga?

- Apakah perasaan kamu apabila menerima kad ucapan daripada anggota keluarga?

AKTIVITI 1a• Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

• Fasilitator mengedarkan kad tugasan 1 dan 2 (Lampiran 34) kepada setiap kumpulan.

• Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan melaporkan hasil perbincangan di dalam kelas.

AKTIVITI 1b• Fasilitator mempamerkan skala garisan sikap pelajar

dalam membantu mengukuhkan perpaduan keluarga. (Lampiran 35)

• Fasilitator menjelaskan cara menggunakan garisan tersebut iaitu:

- poin 5 dan ke bawah bermaksud pelajar menunjukkan

sikap semakin kurang berusaha ke arah

mengukuhkan perpaduan keluarga.

- poin 6 dan ke atas bermaksud pelajar menunjukkan.

sikap semakin berusaha ke arah mengukuhkan

perpaduan keluarga.

• Berdasarkan garisan, semua pelajar diminta mencatatkan kedudukan mereka dan memberikan alasan mereka mencatatkan kedudukan tersebut.

• Fasilitator menghitung semua poin pelajar. Jumlah tersebut dibahagikan dengan bilangan pelajar untuk mendapatkan purata.

• Fasilitator membuat rumusan tentang pentingnya pelajar berusaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam keluarga.

• Pelajar dikehendaki menyenaraikan usaha yang dilakukan oleh mereka untuk mengukuhkan perpaduan keluarga. (Lampiran 36)

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : MEMBUAT KAD ISTIMEWA UNTUK KELUARGAContoh:

Page 112: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 98

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang tentang hasil lakonan/ pembentangan pelajar.

2. Fasilitator memberi penerangan kepada pelajar berkaitan kepentingan hubungan kekeluargaan yang sihat.

3. Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan menghargai hubungan bersama keluarga, rakan dan masyarakat.

4. Fasilitator berbincang tentang hasil pelajar.

5. Fasilitator boleh menggunakan kreativiti dengan menunjukkan video tentang kasih sayang sesama manusia, keluarga haiwan dan sebagainya.

6. Fasilitator perlu menekankan bahawa penggunaan telefon bimbit hingga mengabaikan keluarga serta penggunaan yang berhemah dalam mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

LAMPIRAN 33 – KAD UCAPAN

Page 113: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 99

LAMPIRAN 34 – KAD TUGASAN LAMPIRAN 35 – SKALA GARISAN SIKAP PELAJAR

Page 114: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 100

LAMPIRAN 36 – LATIHAN

Nyatakan tindakan yang diambil untuk mengukuhkan perpaduan keluarga

Bil Pernyataan Tindakan yang diambil mengukuhkan perpaduan keluarga

1 Hari lahir ibu Mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu

2 Hari Bapa

3 Ulang tahun perkahwinan datuk dan nenek

4 Perkahwinan ibu saudara

5 Bapa saudara dirawat di hospital

6 Abang berjaya dalam acara sukan yang disertainya

7 Kakak lulus dalam peperiksaan

8 Adik mendapat sijil tamat prasekolah

Page 115: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 101

BERSAMA KITA BERSYUKURUNIT

29OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan bersyukur dan menjaga perhubungan dengan Tuhan.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami tentang kepentingan bersyukur dan menjaga perhubungan dengan Tuhan.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan bersyukur dan menjaga perhubungan dengan Tuhan.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA (MINIT)

CATATAN

1 Bersama Kita Bersyukur

Aktiviti Dalam Kumpulan

50 Lampiran 37 & 38

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung,,

kotak, barang-barang rosak dan lama seperti buku koyak, bunga plastik dan botol-botol kosong

NOTA LAMPIRANLampiran 37 – Seloka

Lampiran 38 – Kad situasi

LANGKAH AKTIVITI

1. BERSAMA KITA BERSYUKUR

PILIHAN AKTIVITI 1 : SELOKA PILU OKU• Fasilitator mempamerkan seloka (Lampiran 37).

• Fasilitator mengedarkan kad situasi (Lampiran 38) kepada setiap kumpulan.

• Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan tugasan masing-masing.

• Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

• Pelajar lain diberi peluang untuk bersoal jawab.

• Fasilitator bersoal jawab dengan pelajar.

a. Apakah yang boleh dilakukan oleh golongan kurang upaya seperti dinyatakan dalam seloka?

b. Nyatakan perkara lain yang boleh dilakukan oleh golongan kurang upaya.

Page 116: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 102

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 2 : MEMBUAT CERITA ‘AKU BARANGAN LAMA’• Fasilitator meletakkan sebuah kotak di hadapan kelas.

Kotak itu mengandungi barang-barang yang rosak dan lama.

• Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

• Wakil setiap kumpulan diminta keluar untuk mengambil satu barang dari kotak tersebut tanpa melihat ke dalam kotak.

• Setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang perkara yang berikut.

- Dua sifat fizikal yang terdapat pada barang itu

- Dua kegunaan barang itu

- Dua cara menjaga barang tersebut dengan baik

- Dua cara menerima kekurangan yang ada pada barang itu.

• Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 3 : BUKU SKRAP SUMBANGAN OKU• Pelajar dikehendaki membuat buku skrap tentang

sumbangan golongan kurang upaya (tempatan atau luar negara) dalam pembangunan negara dari aspek yang berikut.

a. Sukan (Paralimpik)

b. Ekonomi

c. Sains

d. Sastera

ATAU

PILIHAN AKTIVITI 4 : MAHKOTA PERASAAN• Fasilitator membuat 4 keping kad yang dilipar untuk

dijadikan topi/mahkota ringkas dengan tulisan seperti contoh berikut:

Page 117: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 103

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang tentang hasil pembentangan pelajar.

2. Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan bersyukur dan menjaga perhubungan dengan Tuhan.

3. Fasilitator perlu menekankan bahawa pelajar perlu menjaga sensitiviti perasaan golongan orang kurang upaya, memahami kesusahan orang lain dengan cuba membantu meringankan beban sedaya yang boleh dan tidak memandang rendah terhadap kekurangan atau kelemahan orang lain.

LAMPIRAN 37 – SELOKA

Seloka tentang kelebihan orang kurang upaya.

Yang pekak membakar meriam.

Yang buta menghembus lesung.

Yang tempang menghalau ayam.

LAMPIRAN 38 – KAD SITUASI

Page 118: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 104

SAYANGI SAYAUNIT

30OBJEKTIFTopik ini memberi pemahaman kepada pelajar tentang sikap bertanggungjawab terhadap harta benda awam.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir aktiviti ini, pelajar dapat :

1. memahami kepentingan sikap bertanggungjawab terhadap harta benda awam.

KANDUNGANTopik ini memberi pemahaman tentang kepentingan sikap bertanggungjawab terhadap harta benda awam.

MASA (60 minit)

No AKTIVITI KAEDAHMASA (MINIT)

CATATAN

1 Sayangi Saya

Perbincangan 50 Lampiran 39, 40, 41 & 42

2 Rumusan Perbincangan 10

BAHAN BANTU• Kertas A4, masking tape, pen marker, kertas mahjung, kotak, barang-barang rosak dan lama seperti buku koyak, bunga plastik dan botol-botol kosong

NOTA LAMPIRANLampiran 39 – Gambar kemudahan awam

Lampiran 40 – Kad tugasan

Lampiran 41 – Borang Kepentingan Kemudahan Awam Negara

Lampiran 42 – Lembaran kerja

LANGKAH AKTIVITI

1. SAYANGI SAYA• Fasilitator mempamerkan gambar kemudahan awam

yang terdapat dalam negara. (Lampiran 39)

• Fasilitator bersoal jawab dengan pelajar.

- Pernahkah anda melihat kemudahan awam seperti yang terdapat dalam gambar? Di mana?

- Bagaimanakah keadaan kemudahan awam yang anda lihat itu?

• Fasilitator mengedarkan kad tugasan (Lampiran 40) kepada setiap kumpulan dan Borang Kemudahan Awam Negara (Lampiran 41).

Page 119: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 105

• Pelajar diminta berbincang tentang tugasan yang diberikan.

• Wakil setiap kumpulan membuat laporan.

• Fasilitator bersama-sama pelajar membuat rumusan tentang kemudahan awam yang menjadi kebanggaan negara.

• Pelajar dikehendaki melengkapkan ayat dengan memberikan sebab mereka berbangga dengan kemudahan awam negara. (Lampiran 42)

2. RUMUSAN FASILITATOR KEPADA PELAJAR

1. Fasilitator berbincang tentang hasil tugasan pelajar.

2. Fasilitator memberi pemahaman kepada pelajar tentang kepentingan sikap bertanggungjawab terhadap harta-benda awam.

3. Fasilitator perlu menekankan bahawa pelajar perlu menjaga kebersihan dan keselamatan harta-benda awam dan kesan buruk jika berlaku sesuatu musibah.

LAMPIRAN 39 – GAMBAR KEMUDAHAN AWAM

Page 120: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 106

LAMPIRAN 40 – KAD TUGASAN

Page 121: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 107

LAMPIRAN 41 – BORANG KEPENTINGAN KEMUDAHAN AWAM NEGARA

Jadual Kepentingan Kemudahan Awam Negara

Bil Contoh Kepentingan Kepada Masyarakat Kepentingan Kepada Negara

i Telefon awam Kegunaan semasa kecemasan Alat perhubungan untuk kegunaan rakyat

ii

iii

iv

v

vi

Page 122: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 108

LAMPIRAN 42 – LEMBARAN KERJA

Lembaran Kerja

1. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana kemudahan

awam negara boleh digunakan pada bila-bila masa.

2. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

3. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

4. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

5. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

6. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

7. Saya berbangga dengan kemudahan awam negara kerana

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Page 123: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 109

RUJUKAN

1. http://www.planetofsuccess.com/blog/2011/the-iceberg-theory-of-success/

2. http://www.planetofsuccess.com/blog/wpcontent/uploads/2011/01/iceberg2.jpg

3. http://www.scribd.com/doc/48477359/Rahsia-Tarikh-Lahir-Fadzilah-Kamsah

4. http://www.slideshare.net/marcjacobs2012/17-nilai-murni-yang-utama

5. http://ohcikguhindon.blogspot.my/2014/01/adab-di-tempat-ibadat.html

6. Rita Willaert. https://www.flickr.com/photos/daverugby83/4606317886. 12 May 2010. Davidlohr Bueso

7. http://www.backpackingmalaysia.com/things-to-do/dutch-square-red-square/melaka

8. http://ajariaku02.blogspot.my/2013/01/pemotong-kayu-yang-jujur.html

9. https://www.youtube.com/watch?v=sOUWR8_iFlg

10. Masjid Selat, Melaka https://www.flickr.com/photos/daverugby83/4606317886

11. http://www.backpackingmalaysia.com/things-to-do/dutch-square-red-square/melaka

Page 124: MOHAMMAD SHATAR SABRAN Modul... · 2018. 11. 30. · Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan adat resam masyarakatnya sering dikenali sebagai ‘Unity In

MODUL SILANG BUDAYA | 110

PENULIS MODULPROF. DATO’ DR. MOHAMMAD SHATAR SABRAN

PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

ROSEWATI MOHD YUSUFF

KAMARIAH DERASOL

PENYUMBANG DATO’ GANDESAN A/L LETCHUMANAN

PROF. DR. NAZARUDDIN MOHAMED JALI

ABDUL HALIM BIN OMAR

HO KHEK HUA

SURAYA BINTI WEN

SYADATUL AMIRA BINTI AMINUDIN

RUZYLAWATI BINTI MUSTAPHA KAMAR

PENGHARGAANNOR ASHIKIN BINTI ABDUL GAFAR

NOR ASHIKIN BINTI TASOR

MOHD NASRI ADLI BIN ZAINUDDIN

SUFIAN BIN SAMAT

NORMALAWATI BINTI HASSIM

KHAIRUNNISA BINTI IDIL

SITI NURFATIMAH BINTI HUSSEN

MUHAMMAD FARID BIN BAKAR

ARIESUSANTO BIN NGADIMIN

INTAN SUHANA BINTI YUSUFF

ALL ASHAARI BIN NONG

NAIZARINA BINTI ISA

NORIZAN BINTI ZAINAL

ZANARIAH BINTI SULEIMAN

MOHD ZAMRI BIN NUSI

LIDIAWATI BINTI ZAMRI

MUHAMMAD HAFIZ BIN HASAN

NOORLIZAWATI BINTI MOHD SHARIFF