layout sp (1-34)myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4803/1/sari...bahagia di dunia aidh,...

24

Upload: others

Post on 24-Oct-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali di keluaran kedua Sari Pustaka bagi tahun 2006.

    Dalam penerbitan Sari Pustaka ini, kami memaparkan judul-judul buku hasil karya pengarangtempatan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Buku-buku ini bolehdirujuk atau dipinjam oleh ahli perpustakaan.

    Sari Pustaka memuatkan ulasan dan sinopsis 35 judul buku yang menerangkan secara ringkasmengenai isi kandungan buku-buku tersebut. Ulasan dan sinopsis ini adalah hasil usahaPegawai Perpustakaan Negara Malaysia.

    Kami berharap Sari Pustaka dapat memberi anda maklumat yang cukup untuk memudahkananda membuat pemilihan tentang buku apa yang hendak dibaca, buku yang sesuai diperolehiuntuk perpustakaan atau koleksi anda dan buku yang sesuai untuk dihadiahkan kepada sahabatatau keluarga.

    Perpustakaan Negara Malaysia sangat komited menanamkan sikap gemar membaca dancintakan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia. Semoga hasil ini akan berjaya danseterusnya merealisasikan slogan “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”.

    “Membaca Memerdekakan Minda.”

    Sekapur Sirih

    Sidang RedaksiPenasihatSiti Zakiah binti Aman

    Ketua EditorNafisah binti Ahmad

    EditorSiti Mariani binti S.M. OmarRosham bin Abd. ShukorMusalmah binti A. Muiz

    Penyelaras (Kandungan)Yazid bin Ibrahim (sehingga 7 Februari 2007)Norazlin binti Naseri (mulai 8 Februari 2007)

    Pembantu EditorAidatul Hasnida binti Abd. RaniRosimah binti SoadMazleen binti OsmanRozlinah binti IsmailNormila binti Ariffin

    Penyelaras (Percetakan)Bahagian Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 1

    ULASAN BUKU

    3 19 Tip Pendidik CemerlangMohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri dan Azali Mohamed

    4 Bagusnya Remaja IniMohd Radziq Jalaludin

    5-6 Fajar Merah di Lembah Ringat: Kumpulan CerpenBuang Haji Umar

    6-7 Houses in Malaysia : Fusion of the East and the WestWan Hashimah Wan Ismail

    7-8 Penanaman Tumbuhan Ubatan & Beraroma

    9 The Tao of Talking : The Speaker’s Tenets Towards CharismaAlvin Teoh dan Fabian Fidelis

    SINOPSIS BUKU

    10 130 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di DuniaAidh, Al-Qarni

    10 7 Rahsia Kecemerlangan AkademikMohammad Shatar Sabran

    10 Abdullah Badawi : Menuju Kecemerlangan HakikiS. Hashim Ahmad

    11 Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar

    11 Bergaduh dan MenariAlif Firdaus Azis

    11 Berita Gembira Buat Pesakit & DoktorKhairul Ghazali

    12 Berucap Dengan YakinMd. Izuddin Ali, Zetty Zahurin Mohd Yusoff

    12 Keindahan Hidup Menurut Perspektif Al-QuranHarun Yahya

    12 Kerjaya Sebagai Saintis Industri SawitRashidah Mat Nor

    13 Ketokohan Aisyah dalam PolitikSa’id Al-Afghani

    13 Klik Untuk Kaya : 8 Rahsia Jutawan Siber : Panduan Membuka Bisnes SiberRosli Jamal

    13 Kunci Menjadi Individu BerkredibilitiMohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar

    Kandungan

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 2

    Bil. 2/2006

    14 Liku-liku Jalan Ketuhanan

    14 Malaysian WebsitePalani Murugappan

    14 Masyarakat Perubahan dan Pembangunan

    15 Melakar Kejayaan dalam BelajarSabri Ahmad

    15 Memimpin ataupun TerpimpinRobiah Kulop Hamzah

    15 Menjejaki Jutawan Senyap = Silent MillionaireRusly Abdullah

    16 Multimedia : Konsep & PraktisJamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir

    16 Murtad : Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan Malaysia

    16 Panduan Senaman Silat Jiwa Sihat : Panduan Senaman Silat Melayu AsliMegat Ainuddin Megat Mohd. Nordindan Nor Anita Megat Mohd. Nordin

    17 Penanaman Rambutan

    17 Penyembuhan Semulajadi dengan HerbaNoraida Arifin

    18 Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Edisi Ke-2Danial Zainal Abidin

    18 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi.Edisi Ke-2Hashim Musa

    18 The Community Follow-up Project : An Approach to Comprehensive Patient CareSherina Mohd Sidik

    19 Tumbuhan Ubatan untuk Kesejahteraan WanitaZaharah Hasan

    19 Wacana Ketamadunan dalam Masyarakat Islam HadhariMohd Shauki Abd Majid

    19 Warna dan Suasana : Perancangan Bahasa Melayu di MalaysiaAwang Sariyan

    20 Judul-judul Baru yang DiperolehPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 3

    Buku ini ditulis oleh tiga orang pensyarah yangberpengalaman luas dalam bidang pendidikan diUniversiti Putra Malaysia. Kandungan buku iniberdasarkan kepada penemuan soal selidik ke atas 420orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia daripada 15fakulti dan 14 buah kolej kediaman. Buku ini bolehdikelasifikasikan sebagai wahana ilmu untukmeningkatkan motivasi di kalangan warga pendidik disekolah, kolej atau pun universiti agar menjadi pendidikyang cemerlang.

    Penulis membahagikan buku ini kepada dua bahagianiaitu bahagian pertama yang menjelaskan tentangpendidik cemerlang dan pelajar gemilang, bahagiankedua mengupas tentangkecemerlangan akademik.Penulis menerangkan bahawakecemerlangan akademikdipengaruhi empat faktor utamaiaitu kemahiran bahasa,personaliti dan imej diri,persatuan dan sukan. Dalamkonteks pendidikan negara,kecemerlangan pelajar itu akandiukur melalui keputusancemerlang yang diperoleh olehpelajar di peringkat sekolah.Keputusan cemerlang akanmencerahkan peluang pelajaruntuk kemasukan ke menaragading ataupun untuk diterimabekerja sama ada di sektorkerajaan atau swasta.

    Bahagian pertama jugamenyenarai dan menerangkan 19ciri utama pendidik cemerlangmengikut persepsi pelajar. Ciri-ciri tersebut ialah peganganagama yang kuat, pemurah ilmu,b e r f i k i r a n t e r b u k a ,bertanggungjawab, penampilanmenarik, berkeyakinan tinggi,menghormati pelajar, pembimbing, komitmen tinggi,penasihat pembaca, menepati masa, kreatif, merancangpengajaran, berpengalaman luas, matlamat jelas, peka,komunikasi berkesan, pengajaran aktif dan motivasitinggi. Penulis juga menyediakan panduan kepadawarga pendidik agar dapat mempraktikkan ciri-ciritersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Panduan ini akan membantu golongan sasar menjadi

    pendidik cemerlang dan seterusnya akan melahirkanpelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahamioleh semua lapisan pembaca. Bagi mengukuhkan setiaphujah, penulis mengemukakan fakta-fakta yang bernaslagi meyakinkan. Penulis juga memuatkan jadual yangmengkelaskan 19 sifat pendidik cemerlang bagimemudahkan rujukan. Seterusnya penulismenggambarkan seorang pendidik yang cemerlang darisudut pandangan pelajar. Pandangan ini telahditerjemahkan oleh pelajar melalui lakaran dan coretandalam borang soal selidik yang diedarkan kepadamereka.

    Penulis menekankan bahawapendidik adalah agen perubahanmasyarakat paling utama dalammenentukan kemajuan sesuatubangsa dalam sesebuah negara.Justeru, pendidik yangcemerlang menurut persepsipelajar mestilah inovatif dankreatif. Perkembangan dunia ICTturut menyumbang kepadapeningkatan ilmu di kalanganpelajar, oleh itu, pendidikperlulah bijak dari segipenyediaan bahan pengajaranyang kreatif dan inovatif.Pendidik diharapkan dapatmelahirkan pelajar yangseimbang dari segi rohani danjasmani sesuai dengan FalsafahPendidikan Negara dan Wawasan2020.

    Kesimpulannya, buku ini amatberguna kepada warga pendidiksama ada sekolah rendah,menengah, maktab, kolejmahupun universiti untukdijadikan panduan ketika proses

    pengajaran dan pembelajaran di institusi masing-masing.

    Pengulas :Jumadil bin AliPenolong PengarahBahagian Maklumat Digital MalaysianaPerpustakaan Negara Malaysia

    MOHAMMAD SHATAR SABRAN,JASNI SABRI DAN AZALI MOHAMED

    19 Tip Pendidik CemerlangKuala Lumpur : Utusan Publications and

    Distributors, 2006.ISBN 967-61-1814-1

    ULASAN BUKU

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 4

    Bil. 2/2006

    Bagusnya Remaja Ini merupakan sebuah bukuyang menterjemahkan pandangan penulismengenai kepentingan akhlak individu dalammembentuk disiplin, tingkah laku dan sikap remajapada hari ini dalam semua perkara. Skop penulisanbuku ini juga banyak menyentuh berkaitan akhlakdalam kehidupan dan pergerakan harian individu.Buku ini terbahagi kepadaempat bahagian. Bahagianpertama membincangkan‘tinjau-tinjau akhlak’ yangmelontarkan persoalan kepadapembaca sama ada seseorang ituberakhlak atau sebaliknya.Selain itu, penulis jugamemberikan gambaran suasanapersekitaran pada hari ini dimana masyarakat lebihmementingkan diri sendiridalam banyak perkara. Padabahagian kedua sekali lagipersoalan diluahkan iaitu‘bagaimana mahu mulaberakhlak’, namun padabahagian ini agak positif dimana penulis memberikanpandangan dan petua-petuamenjadi individu yangberakhlak dalam mencorakkangaya penulisan beliau. Manakalapada bahagian ketiga pulapenulis membincangkan topikmengenai ‘adab-adab umum dirumah’. Penulis menjelaskanbahawa pembentukan akhlak seseorang perlu bermuladari rumah kerana latar belakang institusikekeluargaan banyak memainkan peranan dalammemberi didikan akhlak yang positif. Sementara padabahagian keempat olahan penulis cuba membuatkesinambungan dari bahagian ketiga denganmenghuraikan soal ‘adab-adab dengan ibu dan ayah’.Pada bahagian ini ia menyentuh secara keseluruhanadab-adab yang perlu dipraktikkan oleh seorang anak.

    Selain itu kandungan buku ini juga mampumembuatkan para pembaca menilai kembali tahap

    akhlak yang dimiliki sama ada ia mampu untuk disukaioleh orang lain atau sebaliknya. Perkara-perkara sertapandangan yang cuba dibincangkan mungkin dilihatsebagai satu perkara yang mudah, tapi sikap individuyang mengambil mudah ini sering melalaikanseseorang dalam pembentukan insan yang berguna.Mungkin dengan kaedah dan panduan yang

    disampaikan oleh penulis inidapat membantu seseoranguntuk mempunyai imej diri yangcemerlang dan mencapaikejayaan.

    Mohd Radziq Jalaludin telahmenggunakan gaya penulisanyang deskriptif di mana beliaumenerangkan dengan telitisetiap bentuk pendapat yangingin disampaikan. Namun,gaya bahasa yang digunakanagak goyah di mana beliaubanyak menggunakan bahasapasar dan Inggeris dalammemberikan contoh-contohsituasi yang berlaku. Manakalapenggunaan ilustrasi dan dialogpertuturan menampilkankreativiti gaya penulisan penulisdalam memberi gambaran dancontoh sesuatu situasi. Bidangyang penulis ingin tonjolkankepada pembaca adalah bidangsosiologi. Kumpulan sasaran

    untuk bahan penulisan ini ialah para aktivis sosial,pelajar dan golongan remaja agar satu perbincanganumum mengenai tahap sosial di negara kita dapatdinilai sebaik mungkin.

    Pengulas :Mohd Zaki bin YusofPenolong PengarahBahagian Penyelidikan PerpustakaanPerpustakaan Negara Malaysia

    MOHD RADZIQ JALALUDINBagusnya Remaja Ini

    Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2006.ISBN 983-3603-16-5

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 5

    Kumpulan cerpen Fajar Merah di LembahRingat merupakan himpunan 18 buah cerpenhasil karya Buang Haji Umar, anak kelahiranSimunjan, Sarawak. Jika diteliti, penulis mendapatilham untuk berkarya melalui keindahan Sarawak yangkaya dengan sumber asli dan hutan tropika yangterhampar luas. Cerpen-cerpen yang dimuatkan didalam Fajar Merah di Lembah Ringat ialah NasibSeorang Tua, Titik Hitam Atap Rumbia, Cerita diSebalik Tebing, WarkahDaripada Isabella, MalamPertama, Mimpi Santubong SangPuteri, Fajar Merah di LembahRingat, Janji Pusaka, Tanganyang Menggapai, Gedung Mas diTanjung, Embrio, Melakau,Tersepit, Potret Isabel, SebuahKematian, Bulan Terang, Bara diGunung dan Tebus Tanah Ayah.

    Cerpen-cerpen yang dihasilkanbukan sekadar memaparkanpergolakan yang dialami olehmasyarakat setempat, tetapi jugamerupakan lontarankebimbangan, kegusaran sertaprotes secara halus terhadapgolongan yang cubamengangguk atas namakemajuan. Nasib Seorang Tuamerupakan cerpen yang benar-benar dihasilkan bagimemperjuangkan nasib sertamembela warga tua iaitu bekaspejuang negara yangdipinggirkan oleh masyarakatdan anak tunggalnya.

    Cerpen Titik Hitam Rumbia pula mengisahkanpengorbanan seorang gadis miskin yang sanggupmenghancurkan hidupnya untuk berjaya dalampelajaran seterusnya mengubah nasib keluarga.Malangnya cita-cita gadis tersebut hancur musnahdisebabkan sikap tidak berperikemanusiaan golonganberkemampuan yang cuba menodai kesucian gadisbernama Ana. Dalam cerpen ini, penulis cubamemprotes sikap golongan berkemampuan yang cubamenghancurkan masa depan gadis miskin dan tidakberdaya.

    Cerpen Cerita di Sebalik Tebing pula memaparkankedegilan hati seorang tua yang menolak kemajuanlantaran tidak berpuas hati dengan pembangunan yangdibawa oleh pihak berkuasa. Orang tua tersebutmenganggap pembangunan tersebut mencemari daerahkelahirannya. Malangnya kedegilan itu menyebabkandia kehilangan isteri yang dibawa pergi bersama ombakyang menghancurkan rumah yang dibina di tebingsungai. Penulis mengkritik pihak berkuasa secara haluskerana pembangunan tersebut menyebabkan tanah di

    tebing sungai terhakis danmembahayakan nyawa pendudukyang mendiami rumah-rumah ditepi tebing sungai.

    Warkah Daripada Isabella dancerpen Malam Pertamamemaparkan tema percintaanyang banyak membawakan kisahsuka duka yang dilalui olehwatak-watak berkaitan.Manakala cerpen SantubongSang Puteri pula memaparkankisah keajaiban legenda PuteriSantubong yang cantik jelita. Didalam cerpen ini, kekagumanpenulis terhadap wanitaditekankan.

    Fajar Merah di Lembah Ringatadalah cerpen ketujuh yangdihasilkan bagi menggambarkankeindahan dan kedamaian sebuahkampung pedalaman yangbernama Ringat. Dalam cerpenini, dikisahkan tentang tuairumah panjang yangbersekongkol dengan tauke

    kilang yang telah banyak melakukan pencemaran diRingat. Sulun, seorang pemuda cuba memperjuangkandan mempertahankan daerah kelahirannya daripadaterus tercemar.

    Penulis juga secara sinis cuba menyindir golongantangkai jering serta mementingkan diri sendiri dalamcerpen Janji Pusaka, Tebus Tanah Ayah dan GedungMas di Tanjung. Kisah-kisah ini sangat sesuai dijadikanpengajaran kepada orang yang tamak dan pentingkandiri sendiri. Tangan yang Menggapai merupakan cerpenyang sangat menarik kerana ia memaparkan kisah

    BUANG HAJI UMARFajar Merah di Lembah Ringat :

    Kumpulan CerpenKuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka, 2006.ISBN 983-62-9000-1PERPUSTAKAAN

    NEGARA MALAYSIA

  • kehidupan manusia yang terlalu berpegang kepadadarjat dan kedudukan. Disebabkan terlalu memandangtinggi kepada darjat, seorang bapa sanggupmengenepikan perasaan cinta anak gadisnya sendiri.

    Embrio adalah salah satu cerpen yang mengambarkankesedihan seorang ibu yang keguguran. Akhirnyakesedihan itu terubat setelah ibu tersebut menyedariadanya Tuhan bersama-sama yang menentukan kejadiansegala perkara. Berlainan pula dengan cerpen Melakau;Melakau merupakan salah satu aktiviti seni yangbiasanya diturunkan dari satu generasi ke generasi.Dalam cerpen ini, seorang anak telah kehilangan bapayang dikasihi kerana enggan menerima melakau yangcuba diperturunkan kepadanya. Setelah pemergianbapanya, anak tersebut telah insaf dan cuba menguasaiseni melakau dengan bersungguh-sungguh.

    Tersepit merupakan kisah seorang tua yang dihantuidosa silam kerana keterlanjuran nafsu bersama kekasihketika muda. Masalah telah timbul ketika anaknya yangtidak sah taraf menyuarakan hasrat untuk berkahwin.Perkara ini membuatkan orang tua tersebut tersepitkerana beliau tidak boleh mewalikan anak gadisnya.Akhirnya kisah silam si tua telah terbongkar danmemalukan anaknya.

    Cerpen Bara di Gunung memaparkan betapaterseksanya seorang lelaki yang pada satu ketika dahulusering mengambil kesempatan di atas kemewahannya.Lelaki tersebut digambarkan sebagai mata keranjang,suka mengata dan memburukkan orang lain. Namunsegala perbuatannya telah dibalas dengan tekananperasaan sehingga menyebabkan dirinya mati dengancara yang mengaibkan.

    Jika dibuat penelitian, keseluruhan gaya dan larasbahasa yang digunakan dalam cerpen ini adalah mudahdifahami. Maksud yang cuba disampaikan oleh penulisjuga tepat dan padat sesuai dengan perkembangan duniamasa kini. Penulis banyak mengadaptasi kehidupanmasyarakat sekeliling dalam menghasilkan karya. Bukuini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakatkhususnya golongan dewasa dan pelajar peringkatmenengah.

    Pengulas : Normah binti Mohd. IdzaharPenolong PengarahPusat Maklumat MalaysianaPerpustakaan Negara Malaysia

    6

    Bil. 2/2006

    This book aims to clarify the origins ofarchitectural elements in modern detachedhouses in Malaysia. The author explains how thearchitecture of Malaysia is affected by outside forcesand that architecture in Malaysia is very much affectedby outside influences. A new trend of architecture wasintroduced in Malaysia with the return of youngarchitects from architectural design school overseas.

    The author describes that changes could be first seen inprivate houses and then followed by the seeminglynever ending erection of public buildings which includeskycrapers. As a result, the architecture of Malaysia hasbecome a mixture of several sources, basically a blendof local and foreign influences moulded into singlebuildings.

    Chapter 1 provides an overview of the architecturalscene in Malaysia.The author explains that the mainobjective of this book is to help identify the complexityof design in modern houses, simultaneously in evokingawareness of the richness of local heritage and whichcan be blended with modern ideas. It aims to trace the

    origins of architectural elements, particularly in modernhouses in Malaysia from 1950s onwards.

    In Chapter 2, the author differentiates the differentapproaches toward architecture in the countryparticularly its historical background, geography,climate and people. The author states that the historicalbackground starts with the period of early trading andcultural contacts with India, China, Africa and Europe.The first major entrepot in the Malay Peninsular wasMalacca, founded at the end of the 14th century. Theclimate factor which is hot and humid, with hightemperature, high humidity and heavy rainfall with verylittle seasonal variation throughout the year has also tobe considered.

    Chapter 3 presents differentiation between traditionalMalay houses and Chinese traditional houses.According to the author, a Malay traditional house hadevolved through many generations of Malay society. Itwas designed and built by the users themselves.However, some houses belonging to the richer peoplewere built by local craftsmen.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 7

    Chapter 4 explains that unlike thetraditional Malay houses whichare all free-standing, thetraditional Chinese house couldeither be detached or attached toone another. However, there areseveral varieties within these twogroups. The detached houses arethe farmhouses, fishermen’shomes, mansions and courtyardmansions. The attached housesare also known as shophouses,row houses or terrace houses.

    Chapter 5 shows the urbanisationof the new life style of theMalays. The traditional Malayhouses are unsuitable model forthe town centers. This is due tothe fact that they are freestanding houses and not easilyadaptable to be converted tofunctions associated to towncenters such as shops, offices,etc. The Chinese traditionalhouse was a different casealtogether. They were designedas terrace houses in the urbancenters. According to the author, several perceptionsentered into the minds of the people after the 1950s. Sheexplains that one of the reasons was that the traditionalMalay houses were fit only for poor people in villages.Besides, modern architecture has been associated withprestige and is considered more suitable to people witha higher standard of living.

    Chapter 6 shows the development of modern detachedhouses in Malaysia. The designers might have usedeither one of the four basic design or approaches;Traditionalism, International Modernism, Regionalismand Post-Modernism. The Traditionalism is the copyingof the traditional forms especially in the roof form and

    elevation treatment. Designapproach for the Regionalisminvolves the use of the vernacularelements and ideas in modernforms, using either local ormodern building materials orboth. International Modernism issimilar to the concepts of themodern architecture. And, thePost-modernism’s mainconsideration was the climate.

    Chapter 7 tells that both thetraditional houses of the Malaysand Chinese are framedstructures, although of differentmaterials. The Malays use timberbut the Chinese use either timberor brick.

    Chapter 8 provides theconclusion. The author reaffirmsthat there is no single style thatinfluenced the architecture of thecountry in any period. Shebelieves that a regionalarchitecture for the countryshould be based on a true

    understanding and appreciation of our cultural heritage.

    The availibiltiy of publications on Malaysianarchitecture is very limited. Therefore, this book ismuch welcomed in enriching our knowledge and fillingthe vacuum on the subject. It is recommended that it beused as a reference source in future design of houses.

    Pengulas:Siti Rafiah binti HarunPenolong PengarahBahagian Khidmat Nasihat dan PerundinganPerpustakaan Negara Malaysia

    WAN HASHIMAH WAN ISMAILHouses in Malaysia : Fusion of the East

    and the WestSkudai, Johor : Penerbit Universiti

    Teknologi Malaysia, 2005.ISBN 983-52-0362-8

    Buku ini mengenengahkan maklumat tentangpenemuan saintifik, teknologi dan aplikasi yangberkaitan dengan tumbuhan ubatan danberaroma. Kandungannya memaparkan teknologibersistematik dan saintifik yang meliputi kefahamanterhadap keperluan asas tumbuhan, penanaman,penyelenggaraan serta pengendalian selepas tuai.

    Penulisan buku ini adalah berdasarkan kajian yang telahdijalankan oleh Institut Penyelidikan dan KemajuanPertanian Malaysia (MARDI). Sebagai pengenalan,buku ini dimulakan dengan artikel Senario Industri danTeknologi Pengeluaran Tumbuhan Ubatan danBeraroma oleh Mansor Puteh. Penulis menyatakanminat pengguna kepada produk semulajadi daripada

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 8

    Bil. 2/2006

    tumbuh-tumbuhan telah meningkat dengan pesat diseluruh dunia. Fenomena ini adalah dari tanggapanbahawa produk dari tumbuhan lebih selamat digunakandan lebih mesra tubuh dan mesra alam berbandingdengan produk sintetik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) melaporkan bahawa 80% daripada pendudukmasih menggunakan ubatan-ubatan tradisional daripadatumbuh-tumbuhan.

    Dua kumpulan yang sering digunakan ialah tumbuhanubatan dan tumbuhan beraroma.Tumbuhan ubatan digunakansecara dalaman dan luaran untukpenjagaan kesihatan. Tumbuhanubatan juga penting dalampengeluaran ubatan farmaseutik.Tumbuhan beraroma ialahtumbuh-tumbuhan yangmengandungi minyak pati.Kebanyakan spesis tumbuhanadalah spesis tumbuhan ubataniaitu 35,000 daripada 500,000spesis tumbuhan. Daripadajumlah ini, kira-kira 2,000 spesisdiperdagangkan di peringkatantarabangsa tetapi hanya 500spesis diniagakan dalam kuantitiyang tinggi. Negara pengimportterpenting ialah Hong Kong,Jepun, Jerman dan AmerikaSyarikat manakala pengeksportutama ialah China, India, Jermandan Singapura. Malaysia ialahnegara ke-12 terkaya di duniadari segi kepelbagaian bio.

    Sebanyak dua puluh spesistanaman herba hasil daripadaprogram penyelidikan MARDItelah dipilih untuk dimuatkan ke dalam buku ini.Penerangan setiap spesis terbahagi kepada pengenalan,ciri-ciri morfologi, khasiat dan kegunaan, kesesuaiantanah iklim, penyediaan kawasan tanaman, penyediaanbahan tanaman, penanaman di ladang, pengurusantanaman, penuaian hasil, pengendalian selepas tuai dananggaran kos pengeluaran dan pendapatan.

    Dalam bahagian pengenalan, penulis menerangkantentang tempat asal spesis dan habitat asal spesistersebut. Misalnya, mengkudu ialah tanaman bersifatsaka berasal dari Asia, Australia dan Kepulauan Pasifik.

    Kebanyakannya terdapat di kawasan pinggir hutan danberdekatan dengan peparitan dan sungai. Misai kucingmempunyai ketinggian sehingga 1.5 meter. Batangnyabersegi empat, berbulu pendek atau gondol, berwarnakemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Ciriuniknya ialah bunga mempunyai filamen yang panjangmenyerupai misai kucing. Khasiat dan kegunaan,menerangkan tentang kandungan zat misalnya kelopakbuah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin Adan C serta mineral. Minuman rosel dipercayai boleh

    membantu peredaran darah yangbaik, mengurangkan tekanandarah tinggi dan memberikankesan awet muda. Panduantentang kesesuaian tanah daniklim turut dijelaskan olehpenulis, misalnya, tanaman seraimakan sesuai ditanam dikawasan beriklim tropika, cukupcahaya matahari dan hujan. Iasesuai ditanam di tanah gemburdari jenis lom berpasir.

    Maklumat tambahan untukmemulakan penanaman industriherba seperti pemilihan kawasantanaman, penyediaan kawasantanaman, penyediaan bahantanaman, penanaman di ladangdan pengurusan penanaman turutdijelaskan oleh pengarang.Pengarang juga menyediakanmaklumat tentang anggaran kosdan pulangan bagi setiap hektartanaman.

    Tarikan utama buku ini ialahsetiap tumbuhan yangdisenaraikan dihiasi dengan

    gambar-gambar berwarna-warni yang jelas dan terangmeliputi beberapa sudut seperti keratan rizom, daun,bunga, buah dan lain-lain. Ini dapat menarik minatuntuk membaca dan mengenali spesis dengan lebihdekat lagi.

    Buku ini digarap menggunakan gaya penulisan yangmudah dan ringkas, tersusun dan berfakta berdasarkanpenemuan penyelidikan yang telah dijalankan olehMARDI. Justeru, buku ini bermanfaat untuk digunakansebagai panduan asas bagi orang perseorangan danpengusaha industri herba yang berminat dalam

    Penanaman Tumbuhan Ubatan &Beraroma

    Bangi, Selangor : Institut Penyelidikandan Kemajuan Pertanian Malaysia, 2005.

    ISBN 967-936-486-0PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 9

    Ketidakyakinan pada diri untuk berucap dihadapan khalayak ramai menjadi salah satusebab utama penulis mengutarakan idea-ideanya sebagai panduan kepada individu-individu yangsering kali terlibat di dalam pengucapan awam. Masalahini selalu berlaku kepada kebanyakan pengucap yangterdiri daripada pelbagai latar belakang profesiontermasuklah jurujual, guru, dan semua profesion yangmelibatkan penggunaan komunikasi dua hala di dalamtugas hariannya. Oleh itu, adalah penting bagi penulisbuku The Tao of Talking: The Speaker’s Tenets TowardsCharisma untuk membantu pembaca denganmemperkenalkan pengalamanpembelajaran yang proaktif yangdikenali sebagai The Tao ofTalking.

    Penulis mengenal pastipermasalahan dan kekurangankemahiran pengucapan melaluipengalaman-pengalaman yangdilihat, dibaca dan dikajinyasendiri. Bermula dari sinilah,timbul inisiatif penulis untukmengutarakan idea-idea danpandangan agar para pengucapdapat menyampaikan ucapannyadengan lebih berkesan danberkeyakinan tinggi.

    Buku ini mempunyai 12 bab. Setiap bab mengandungilukisan grafik yang menerangkan maksud yangdibicarakan dalam bab tersebut. Pendekatan inimemudahkan pembaca memahami kandungan sesuatubab dan menambah tarikan kepada pembaca.

    Selain itu, penulis mengharapkan agar pembaca yangmembaca buku ini menyedari bahawa pengucapan dikhalayak ramai tidaklah sukar seperti yang merekasangka. Pembaca diberi beberapa tip dan cara membinakeyakinan diri semasa berucap selepas membaca danmemahami isi kandungan buku ini.

    Buku ini ditulis denganmenggunakan bahasa Inggerisyang mudah difahami denganistilah-istilah yang bersesuaianuntuk pelbagai peringkat umurdan latar belakang pendidikan.Saiz buku yang kecil dan ringkasjuga dapat memudahkanpembaca membacanya.

    Pengulas : Husnita binti HussinPenolong PengarahBahagian Pembangunan SumberManusiaPerpustakaan Negara Malaysia

    ALVIN TEOH DAN FABIAN FIDELISThe Tao of Talking : The Speaker’s

    Tenets Towards CharismaSubang Jaya, Selangor : Pelanduk

    Publications, 2005. ISBN 967-978-922-5

    pengeluaran bahan mentah tanaman herba. Di sampingitu, ia boleh dijadikan panduan dan rujukan bagipenuntut sekolah dan institut pengajian tinggi untukmendapatkan maklumat dalam penanaman tumbuhanubatan dan beraroma. Pengetahuan asas mengenaikhasiat dan kegunaan tumbuhan yang biasa dijumpai disekitar kita sama ada liar atau mempunyai kegunaandalam masakan akan dapat membantu pembaca

    memperkayakan kegunaan herba dalam kehidupanharian.

    Pengulas : Noraini Noran binti AbdullahPenolong PengarahPusat Maklumat MalaysianaPerpustakaan Negara Malaysia

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 10

    Bil. 2/2006

    AL-QARNI, AIDH130 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia

    Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa, 2006. ISBN 983-9395-51-3

    Buku hasil penulisan Dr. Aidh al-Qarni ini merupakan sebuah lagi buku motivasi yangditujukan khas kepada golongan wanita bagi mendorong mereka mencapaikebahagiaan di dunia dan akhirat. Buku ini mengandungi bait-bait syair yang indah yangboleh dijadikan panduan dan diamalkan dalam menjalani kehidupan sebagai wanitaMuslim. Kandungannya banyak menyentuh mengenai bagaimana mencari penyelesaiandalam menghadapi pelbagai masalah menerusi kata-kata dan bait-bait puisi yang disusunmengikut nama-nama tertentu seperti ‘nilam’, ‘batang emas’, ‘batu permata’ dan lain-lainlagi yang sinonim dengan keindahan yang seringkali menjadi pujian wanita. Buku inisangat sesuai sebagai bahan pengisian rohani bagi wanita Muslim dalam mencarikeredhaan Allah SWT.

    SINOPSIS BUKU

    S. HASHIM AHMADAbdullah Badawi : Menuju Kecemerlangan Hakiki

    Kuala Lumpur : Juz’ Art, 2005. ISBN 983-3153-01-1

    Melalui buku ini, penulis telah mengupas dan menghidangkan kepada pembacamengenai gaya kepimpinan serta program dan dasar yang diperkenalkan olehAbdullah Ahmad Badawi yang sesetengahnya tidak terfikir oleh kita semua. Di sampingitu, penulis juga menyelitkan pelbagai peristiwa suka duka yang dilalui oleh beliausebelum mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.Buku ini juga menyingkap kisah Abdullah dan keluarga beliau yang tidak pernah dirakamoleh mana-mana penerbitan lain termasuk akhbar. Gaya bahasanya yang mudah difahamimenjadikan buku ini sesuai untuk bacaan segenap lapisan masyarakat yang inginmengetahui kisah-kisah eksklusif mengenai Abdullah termasuk pengalaman beliau semasazaman kanak-kanak, dalam kehidupan seharian dan juga dalam arena politik.

    MOHAMMAD SHATAR SABRAN7 Rahsia Kecemerlangan Akademik

    (Siri motivasi dan kecemerlangan Utusan)Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2005.

    ISBN 967-61-1771-4

    Buku ini merupakan buku motivasi yang menghuraikan tentang kaedah dan strategiyang sesuai diikuti oleh pelajar di sekolah rendah, menengah dan juga institusipengajian tinggi. Buku ini mempunyai sembilan bahagian yang diantaranyamembincangkan tentang konsep kecemerlangan akademik masa kini dan tujuh rahsiakecemerlangan akademik yang telah diguna pakai oleh pelajar-pelajar cemerlang sebelumini. Pada bahagian akhir buku ini, penulis mengulas tentang isu yang berkaitan denganpelajar dan cabaran era globalisasi masa kini. Buku ini sesuai dibaca oleh semua pelajartermasuk ibu bapa kerana olahan penyampaian maklumat dan gaya bahasa yangdigunakan oleh penulis mudah difahami. Di samping itu, ilustrasi kartun juga turutdimuatkan untuk menceriakan dan menarik minda pembaca apabila membacanya.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 11

    ALIF FIRDAUS AZISBergaduh dan Menari

    Bentong, Pahang : PTS One, 2006. ISBN 983-3357-31-8

    Buku Bergaduh dan Menari ini adalah sebuah novel untuk menyampaikan mesej yangtersirat kepada pembaca. Melalui watak Shahrizal, Zainuri dan Aminah iamenggambarkan kisah perjuangan pelajar sekolah yang sentiasa bersaing bagimendapatkan kejayaan dalam bidang sukan. Namun, perjalanan novel ini disambung puladengan kemunculan watak Rosman Zamzuri dan A. Azis yang menunjukkan corakkehidupan yang subjektif yang perlu dilakar oleh seseorang individu untuk mencapaikejayaan biarpun mengalami kecacatan. Apa yang jelas novel ini banyak memberipengajaran dengan mengenengahkan beberapa mesej seperti persaingan, usaha, kasihsayang, konflik dalam diri dan kejayaan. Buku ini sangat sesuai menjadi bahan bacaanbagi remaja dalam mendidik emosi dan rohani mereka.

    MOHD. FADZILAH KAMSAH & AHMAD NAIM JAAFARAnda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?

    (Siri pembangunan diri)Bentong : PTS Millennia, 2005.

    ISBN 983-3372-18-X

    Ramai lelaki ingin menjadi gentleman sama seperti ramai wanita yang ingin lelakigentleman di sampingnya. Buku ini ditulis bagi mendefinisikan semula maksudgentleman. Menjadi lelaki gentleman bukanlah mudah kerana ia melibatkan etika, intelek,

    gaya dan personaliti yang menarik. Ia juga ditulis mengikut nilai serta budaya tempatan

    yang apabila dipraktikkan secara mendalam bakal menjadikan individu lebih

    berperwatakan menarik dan mempunyai karekter sebagai seorang gentleman. Selain itu

    buku ini turut memuatkan 63 tip yang dapat membantu individu menjadi gentleman yang

    berjaya.

    KHAIRUL GHAZALIBerita Gembira Buat Pesakit & Doktor

    (Siri gaya hidup sihat)Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2005.

    ISBN 983-3372-26-0

    Buku ini memberi pendedahan mengenai hikmah dan keindahan di sebalik sakit sertamemberi panduan bagi merawat penyakit dari aspek pengajaran Islam. Penulismenegaskan bahawa penyakit memang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan tanpa

    mengira umur dan jantina. Buku ini mengutarakan bahawa sakit itu adalah guru yang tidak

    bercakap tetapi ia mengajar, mendidik dan melatih setiap insan yang sakit untuk

    mendapatkan sifat-sifat yang terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui

    diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah SWT, mengharapkan

    pertolongan Allah SWT dan sebagainya. Gaya penulisan dan bahasa yang digunakan

    adalah mudah difahami oleh setiap pembaca.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 12

    Bil. 2/2006

    RASHIDAH MAT NOR Kerjaya Sebagai Saintis Industri Sawit

    (Siri pendidikan kerjaya)Kuala Lumpur : PTS Professional Pub., 2006.

    ISBN 983-3376-88-6

    Buku ini merupakan salah satu buku yang diterbitkan di bawah Siri PendidikanKerjaya. Sasaran utama buku ini ialah kepada pelajar peringkat menengah danuniversiti. Buku ini mengandungi panduan bagaimana pembaca dapat mencapai impianuntuk menjadi seorang saintis. Bagi pelajar yang masih tercari-cari bidang pilihan mereka,buku ini memberi satu pilihan kerjaya. Penerangan seimbas lalu mengenai sejarah sertaperkembangan masa depan industri sawit Malaysia dan organisasi yang berkaitandengannya diberikan oleh penulis dalam buku ini. Terdapat dalam buku ini juga maklumatmengenai syarat dan kelayakan memohon, cara-cara memohon, IPTA dan IPTS yangmenawarkan kursus yang berkaitan, bidang tugas dan peluang kerjaya dalam organisasiberkaitan dalam industri ini.

    MD. IZUDDIN ALI, ZETTY ZAHURIN MOHD YUSOFFBerucap Dengan Yakin

    Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2005.ISBN 983-3372-80-5

    Tuntutan berucap amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej menggunakankemahiran berkomunikasi terutamanya melalui pengucapan awam. Terdapat pelbagaijenis ucapan dalam masyarakat kita di mana ia bergantung kepada tujuan sesuatu majlis.Seseorang yang ingin cemerlang dalam pengucapan awam perlu mahir dalam semua jenisucapan. Pengucapan awam dikendalikan oleh mereka yang aktif memberi ucapan. Adapengucap yang mempunyai idea baik untuk dikongsi dengan para hadirin tetapi carapenyampaian kurang berkesan dan ini menyukarkan penyampaian mesej sebenar. Mesejyang tidak kesampaian mengakibatkan matlamat yang hendak dicapai tidak dapatdirealisasikan. Terdapat beberapa perkara yang boleh berlaku di luar dugaan dan kawalanpengucap. Peristiwa yang dialami oleh pengucap perlu dijadikan ikhtibar dalam

    mengendalikan pengucapan awam. Penyuntingan teks ucapan perlu dilakukan supaya objektif ucapantercapai, masa ditepati dan para hadirin tertarik kepada ucapan yang disampaikan. Pastikan semuaobjektif yang hendak disampaikan tercapai dan tidak melebihi masa yang diperuntukkan. Bahan

    ucapan perlu spesifik dan padat.

    YAHYA, HARUNKeindahan Hidup Menurut Perspektif Al-Quran

    Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa, 2005. ISBN 983-170-617-X

    Al-Quran, Kitab Keadilan Allah diturunkan kepada umat manusia untuk menerangkanmengenai kewajipan manusia terhadap Allah SWT dan balasan yang akan diterimasetimpal dengan perbuatan yg dilakukan. Mengandungi perkara asas mengenai pelbagaiperkara yang perlu diketahui oleh seseorang insan sepanjang hayat. Ia menjadi sumberrujukan unik bagi semua jawapan dan penerangan kepada manusia mengenaikesejahteraan abadi untuk panduan kehidupan. Kitab Allah juga digunakan sebagaisumber maklumat dan jalan penyelesaian paling berkesan yang diperlukan untukmenjalani kehidupan. Umat Islam perlu berpegang teguh pada prinsip-prinsip Al-Quranuntuk memperoleh anugerah “kebijaksanaan” iaitu nilai yang hanya dimiliki oleh merekayang mengingati dan takutkan Allah SWT dalam mendapat keberkatan hidup.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 13

    ROSLI JAMALKlik Untuk Kaya : 8 Rahsia Jutawan Siber :

    Panduan Membuka Bisnes SiberKuala Lumpur : Al-Ameen Serve Holdings, 2005.

    ISBN 983-2334-59-4

    Statistik menunjukkan potensi perniagaan melalui internet semakin berkembang.Perniagaan tanpa sempadan melalui internet ini akan terus mendapat perhatianterutama dengan perubahan cara kehidupan penduduk dunia. Buku Klik Untuk Kaya

    menggariskan empat (4) langkah asas untuk membina perniagaan di internet iaitu

    menyediakan rancangan perniagaan, membina laman web mampu jual, menyediakan

    pilihan sistem pembayaran dan melaksanakan pelan pemasaran.

    AL-AFGHANI, SA’IDKetokohan Aisyah Dalam Politik

    Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa, 2005.ISBN 983-9395-49-1

    Buku ini menyingkap sejarah Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a. dari segiperanan dan penglibatan beliau dalam politik. Aisyah sebagai salah seorang isteriRasulullah telah memainkan peranan dari segi periwayatan dan penyampaian hadis

    Rasulullah SAW semasa zaman Abu Bakar hingga Umar. Sejarah penglibatan Aisyah

    dalam dunia politik Islam bermula dari zaman pemerintahan Uthman bin Affan r.a. di

    mana perubahan situasi sosial telah mempengaruhi Aisyah bergerak untuk mengadakan

    gerakan atau sebagai parti pembangkang. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua

    lapisan masyarakat, terutama wanita yang menceburi bidang politik.

    MOHD. FADZILAH KAMSAH & AHMAD NAIM JAAFARKunci Menjadi Individu Berkredibiliti

    (Siri pembangunan diri)Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2005.

    ISBN 983-3372-17-1

    Kredibiliti merupakan tunjang kepada pembinaan kualiti pemimpin. Mengikutpandangan Islam faktor utama membina kredibiliti seseorang adalah akhlaknya.Ia dapat dibina, tetapi mengambil masa yang lama. Namun begitu, meruntuhkan

    kredibiliti hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Buku ini ditulis untuk

    dijadikan panduan kepada pembaca yang ingin membina sifat kredibiliti dalam diri

    serta mempelajari cara-cara menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Nabi

    Muhammad SAW diletakkan sebagai tanda aras atau benchmark dalam membina

    kredibiliti pemimpin.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 14

    Bil. 2/2006

    Masyarakat Perubahan dan PembangunanBangi, Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

    ISBN 967-942-689-0

    Buku ini membincangkan tentang pembangunan dan perubahan dalam masyarakatlampau dan kontemporari di Malaysia yang menyentuh isu-isu sepertipembangunan infrastruktur pendidikan di sekolah-sekolah, teknologi maklumat,

    perindustrian, pelancongan, kebudayaan dan pembangunan lestari. Buku ini juga

    memuatkan idea para sarjana mengenai falsafah dan pendirian mereka mengenai isu-isu

    yang berkaitan dengan perubahan masyarakat dalam proses pembangunan negara. Ia

    juga turut menyingkap setiap apa yang berlaku terhadap masyarakat akibat dari

    berlakunya perubahan dan pembangunan negara. Semua sektor dan organisasi adalah

    saling berkait rapat dalam proses pembangunan sesebuah negara yang akhirnya

    mencetus perubahan kepada masyarakat.

    Liku-Liku Jalan KetuhananJohor Bahru : Perniagaan Jahabersa, 2005.

    ISBN 983-170-694-3

    Buku ini menjelaskan dengan terperinci tentang persoalan kesufian, tasawuf dan jugatariqah. Isu utama yang dibincangkan dalam buku ini ialah mengenai disiplin danprinsip penting yang wajib dipelihara khususnya di kalangan para salik dalam

    mengharungi segala dugaan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Buku ini diolah dengan

    gaya persembahan dan bahasa yang tersendiri yang memaparkan mesej besar dan penting

    tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami. Ia juga lebih menarik kerana

    diselitkan dengan pengalaman para ulama dan ahli tasawuf itu sendiri di mana dapat

    memberi pengajaran dan iktibar kepada manusia sejagat.

    PALANI MURUGAPPANMalaysian Website

    Batu Caves, Selangor : Venton Pub. (M), 2005. ISBN 983-2661-84-6

    This book gives tips on how to create and design a website. It then moves on to theareas of e-commerce and how to market a website. It contains examples of various e-commerce, travel, leisure, theme parks, and newspaper websites by Malaysian based

    companies. Readers are guided to the appropriate websites using a step by step approach.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 15

    ROBIAH KULOP HAMZAHMemimpin Ataupun Terpimpin

    (Siri bina diri)Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2006.

    ISBN 983-3603-07-6

    Remaja adalah bakal pemimpin yang akan mengambil alih pentadbiran negara.Berdasarkan kepentingan ini, buku Memimpin Ataupun Terpimpin mengemukakanpanduan dan bimbingan asas kepada golongan remaja yang berminat dan terlibat dalam

    persatuan. Buku ini mengupas mengenai konsep kepimpinan dan kepemimpinan dalam

    organisasi atau persatuan. Ia juga memberi panduan untuk menubuh dan mengurus

    persatuan serta pengendalian mesyuarat secara teratur dan sistematik.

    SABRI AHMADMelakar Kejayaan dalam Belajar

    Sintok, Kedah : Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2005. ISBN 983-3282-05-9

    Buku ini ditulis oleh seorang pensyarah yang berpengalaman luas dalam bidangpendidikan. Penulis membincangkan tentang kemahiran belajar yang perlu ada padasetiap pelajar yang ingin cemerlang. Buku ini merupakan satu sumbangan dan agenda

    pengisian terhadap kejayaan pelajar pada peringkat sekolah dan Institusi Pengajian

    Tinggi. Penulis telah melakarkan banyak panduan bagi pelajar untuk menjadi pelajar yang

    bermotivasi, berpandangan luas, saintifik dan berorentasikan kejayaan.

    RUSLY BIN ABDULLAHMenjejaki Jutawan Senyap = Silent MillionaireKuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings, 2005.

    ISBN 983-2334-60-8

    Buku berbentuk motivasi keusahawanan “Menjejaki Jutawan Senyap” ini merupakansebuah buku yang berorientasikan nilai tempatan yang memaparkan contohmengenai kegigihan anak tempatan yang berjaya mewujudkan kreativiti dan inovasidalam bidang perniagaan sehingga mencapai status sebagai seorang jutawan.Kandungannya lebih tertumpu pengajaran untuk menjadi jutawan senyap iaitu denganmenjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sehinggalah mampu menjadi seorangjutawan. Contoh sebeginilah yang perlu dilihat dan dicontohi oleh pembaca tanpa terusmemberi tumpuan kepada kejayaan korporat global seperti Bill Gates, Donald Trump,Sony Morita dan lain-lain lagi. Buku ini amat sesuai sebagai bahan bacaan yang dapatmerangsang serta memotivasikan golongan pelajar, pelatih keusahawanan dan mana-mana individuyang berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Contoh kegigihan dan jati diri individutempatan yang berusaha merubah nasib yang dipaparkan adalah kekuatan buku ini yang memudahkanpembaca menerima hakikat bahawa sesiapa pun boleh menjadi jutawan yang berjaya dalam bidangperniagaan.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 16

    Bil. 2/2006

    MEGAT AINUDDIN MEGAT MOHD NORDIN, NOR ANITA MEGAT MOHD NORDIN

    Panduan Senaman Silat Jiwa Sihat : Panduan Senaman Silat Melayu AsliKuala Lumpur : Al-Ameen Serve Holdings, 2005.

    ISBN 983-2334-58-6

    Seni silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang sinonim denganmasyarakat Melayu. Namun, kini seni ini telah menjadi satu seni mempertahankan diriyang telah diperluaskan ke semua peringkat masyarakat. Buku ini diterbitkan bagimemperkenalkan senaman silat mengikut pendekatan ilmu persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu. Senaman silat ini merupakan kaedah senaman yang sesuai untukmencapai kesihatan sejahtera yang menyeluruh. Terdapat pelbagai kaedah dan langkah-langkah senaman silat yang ditunjukkan secara grafik bagi memudahkan pemahamanpembaca seperti gerak Asangin, Kiangin dan Nasangin yang merupakan senamanberasaskan nafas. Selain itu, terdapat juga gerak langkah Sembunga, Serat Sendi, SeratSaraf dan diakhiri gerak Randai Piring.

    JAMALLUDIN HARUN, ZAIDATUN TASIRMultimedia : Konsep & Praktis

    Batu Caves, Selangor : Venton Pub. (M), 2005. ISBN 983-2661-83-4

    Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa yang berminat untuk mendalami bidangmultimedia tanpa mengira usia atau latar belakang pendidikan. Penulismembincangkan secara terperinci setiap elemen utama yang berkaitan dengan multimediadari segi konsep dan penggunaannya dalam kehidupan. Mereka mengharapkan buku inimampu menjawab persoalan-persoalan mengenai multimedia di kalangan pembaca danseterusnya dapat meningkatkan minat dan motivasi pembaca untuk mendalami duniamultimedia secara lebih khusus.

    Murtad : Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan MalaysiaPetaling Jaya : Intel Multimedia and Publication, 2005.

    ISBN 983-2417-26-0

    Kegiatan penyebaran agama lain di kalangan umat Islam Malaysia secara umum diakuiwujud sejak sekian lama. Kegiatan tersebut mengakibatkan timbul perlakuan murtaddi kalangan orang Islam. Isu berkenaan sering mendapat liputan dan menarik minatpelbagai pihak untuk dibahaskan. Perlembagaan Persekutuan di Malaysiamemperuntukkan kebebasan beragama tetapi setiap kebebasan bukanlah mutlak. Isukebebasan beragama bertambah rumit apabila melibatkan penganut pelbagai agama.Kerumitan berlaku kerana Malaysia mengamalkan undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Terdapat tiga keadaan dalam isu kebebasan beragama iaitu kebebasanmengamalkan perintah dalam agama, kebebasan menentukan dan memilih agama bagikanak-kanak serta kedudukan akidah dan kebebasan seseorang yang beragama Islamuntuk keluar daripada agama Islam. Keadaan yang berlaku perlu merujuk kepadaPerlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada struktur dan undang-undang negara. Terdapatdua jenis undang-undang bertulis berkenaan murtad iaitu peruntukan peraturan terperinci mengenaicara menangani seseorang yang telah atau ingin keluar daripada Islam, selain peruntukan undang-undang yang membuat sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan orang Islam. WalaupunPerlembagaan Malaysia yang ada bukan perlembagaan Islam namun ia membenarkan umat Islamhidup dan mempertahankan tradisi serta identiti Islam.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 17

    NORAIDA ARIFIN

    Penyembuhan Semulajadi Dengan HerbaBentong, Pahang : PTS Millennia, 2005.

    ISBN 983-3372-29-5

    Malaysia mempunyai 1300 spesis tumbuhan herba yang bermanfaat untuk tujuanperubatan. Hutan hujan tropika Malaysia umpama sebuah farmasi besar yangmempunyai pelbagai penawar terdiri dari pelbagai jenis tumbuhan herba. Masyarakat

    Melayu sejak dari zaman dahulu kaya dengan pelbagai khazanah dan petua perubatan

    yang menggunakan herba. Herba bermaksud semua jenis tumbuhan yang mana-mana

    bahagiannya termasuk daun, batang, buah, kulit batang, akar ataupun bunga mempunyai

    nilai perubatan atau digunakan dalam masakan. Herba adalah sumber semulajadi yang

    mudah dicapai dan digunakan sebagai penawar sakit. Kebanyakan petua dan amalan

    perubatan herba di Malaysia diturunkan dari generasi ke generasi melalui mulut ke mulut dan amalan

    seharian. Amalan perubatan herba ditemui melalui kaedah cuba jaya terhadap haiwan dan ditemui

    secara tidak sengaja melalui pengalaman. Perubatan berasaskan herba akan mengambil masa lebih

    lama untuk sembuh berbanding perubatan farmaseutikal moden. Pesakit perlu mendapatkan nasihat

    doktor sepanjang tempoh mengamalkan perubatan ini. Kini banyak tumbuhan yang digunakan dalam

    perubatan herba dikaji secara saintifik untuk diaplikasikan dalam perubatan moden.

    Penanaman RambutanKuala Lumpur : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, 2005.

    ISBN 967-936-463-1

    Rambutan merupakan buah tropika yang sedap dan berkhasiat tergolong dalamkeluarga sapindaceae yang merangkumi 125 genera serta lebih 1000 spesis. Dahulu,rambutan ditanam menggunakan biji dan tumbuh meliar di kawasan hutan serta kampung

    yang dikenali sebagai rambutan kampung. Pokok rambutan kemudian dibiakkan secara

    tampang melalui cantuman mata tunas dan tut untuk meningkatkan kualiti serta mutu

    pokok. Malaysia menjadi penyumbang utama pengeluaran rambutan dunia selepas

    Thailand dan Indonesia serta pengeksport kedua terbesar dunia. Ini kerana keadaan

    agroiklim Malaysia yang bersesuaian. Industri buah-buahan merupakan industri yang

    terpenting dalam sektor pertanian selepas kelapa sawit dan getah dari segi sumbangan

    kepada ekonomi negara. Pusat Penyelidikan Hortikultur dan MARDI menyebarkan maklumat terkini

    serta mendidik para pengusaha tanaman rambutan untuk menghasilkan produk yang bermutu. MARDI

    telah menjalankan pelbagai penyelidikan yang merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan

    pemasaran. Pengendalian lepas tuai perlu dilaksanakan dengan cermat dan teratur bagi mengawal

    penurunan mutu dan mengelakkan kerosakan. Pengendalian dusun rambutan secara komersial

    memerlukan bantuan jentera bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja di ladang di samping

    mengurangkan penggantungan pada tenaga buruh. Infrastruktur ladang amat penting dalam

    pengurusan dusun rambutan komersial. Penyediaan reka bentuk dan susun atur sesuatu dusun perlu

    mengambilkira ciri topografi, kecerunan, sistem pengendalian ladang, perparitan dan sistem pengairan

    yang diperlukan.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 18

    Bil. 2/2006

    SHERINA MOHD SIDIKThe Community Follow-up Project : An Approach

    to Comprehensive Patient CareSerdang, Selangor : Universiti Putra Malaysia Press, 2005.

    ISBN 983-2871-73-5

    This book discusses the various medical and health facilities (both governmental andnon-governmental) available in Malaysia, and the current services provided by thesefacilities. It aims to provide information on comprehensive and continuing care services

    available in Malaysia, and the importance of utilizing these services in the health care

    management of patients. This book is extremely useful for medical students, medical

    lecturers, as well as medical and heath care professionals in Malaysia.

    DANIAL ZAINAL ABIDINPerubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Ed. ke-2

    (Siri pembangunan spritual)Bentong, Pahang : PTS Millennia, 2006.

    ISBN 983-3372-63-5

    Perubatan Islam sering dikaitkan dengan doa, jampi dan air penawar semata-matasedangkan ramai ilmuan Islam seperti Ibnu Sina dan Abu al-Qasim al-Zahrawi telahmengungguli bidang perubatan sebelum perubatan dunia barat berkembang. Penulis buku

    Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden ini cuba membuktikan kehebatan konsep

    perubatan Islam dari Al-Quran dan Sunnah dengan secara saintifik. Sehubungan itu,

    penulis telah mengemukakan penemuan-penemuan sains Islam mahupun Barat dan

    mengaitkan dengan konsep perubatan Islam.

    HASHIM MUSASejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Ed. Ke-2

    (Siri lestari bahasa)Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

    ISBN 983-62-8889-6

    Buku ini memuatkan hasil kajian mengenai perkembangan tulisan Jawi sejak dari abadke-13/14M hingga kini. Ia turut menjelas dan membahaskan mengenai tinjauanringkas kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu sebagai latar belakang kemunculan abjadJawi yang bersumberkan abjad Arab. Tumpuan turut diberikan tentang tahap-tahappensisteman ejaan Jawi bermula dari tahap penemuan Batu Bersurat Terengganu ke tahappenubuhan kerajaan Melayu di Sumatera sehinggalah ke Kepulauan Melayu bermula dariabad ke-14 hingga abad ke 20. Selain itu juga, buku ini turut membincangkan mengenaiseni khat yang terdapat dalam tulisan Jawi terutamanya yang terdapat dalam pelbagaimanuskrip Melayu sejak dari zaman awal hingga ke abad 20. Pelbagai gaya penulisan manuskripMelayu dibincangkan termasuklah gaya Naskhi, gaya Ta’liq, gaya Thuluth, Muhaqqaq dan Raihani.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 19

    MOHD SHAUKI ABD MAJIDWacana Ketamadunan dalam Masyarakat Islam Hadhari

    Kuala Lumpur : iBook Publication, 2006.ISBN 983-2748-25-9

    Istilah ‘hadhari’ mula digunakan secara meluas di Malaysia setelah pemimpin negaramenggunakannya untuk menampilkan gagasan Islam progresif sebagai pendekatanyang diperlukan oleh umat mengikut perubahan zaman. Konsep ‘hadhari’ merujuk kepadaamalan agama yang menekankan soal ketamadunan, pembangunan dan kemajuan yangbersifat komprehensif dan seimbang. Buku ini memberikan gambaran konsep ‘hadhari’dalam konteks tersebut di mana Malaysia sebagai role-model. Konsep ‘hadhari’ dikupassebagai gagasan pemikiran dan gerak kerja yang amat bermakna bagi Malaysia dalamusaha membangunkan sebuah negara maju serta bertamadun dalam kerangka ajaran Islamsebagai agama rasmi negara.

    ZAHARAH HASANTumbuhan Ubatan untuk Kesejahteraan WanitaKuala Lumpur : Institut Penyelidikan dan Kemajuan

    Pertanian Malaysia, 2005.ISBN 967-936-456-9

    Rawatan tradisional orang Melayu untuk wanita merupakan satu khazanah yang amatbernilai. Dalam tradisi perubatan Melayu rawatan selepas bersalin merupakanrawatan yang paling banyak digunakan. Rawatan tradisional berkenaan merangkumiaspek-aspek rawatan di sekitar kehamilan, rawatan selepas bersalin, rawatan masalahberkaitan dengan wanita serta penjagaan bayi. Kerapian rawatan selepas bersalin pentingkerana wanita sebagai ibu menjadi tunggak kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Bidangkesihatan wanita merangkumi rawatan aromaterapi yang menggunakan herba untukmengatasi masalah wanita. Rawatan tersebut menunjukkan betapa pentingnya danlengkapnya rawatan untuk sakit puan serta penjagaan bayi dalam tradisi orang Melayu. Kaedahrawatan tradisional berkenaan turut menjadi asas kepada para penyelidik dalam menjalankanpenyelidikan mengenai kegunaan tumbuhan ubatan dalam penjagaan kesihatan wanita bagimemastikan produk yang lebih saintifik dan bertenaga untuk generasi akan datang.

    AWANG SARIYANWarna dan Suasana : Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

    Ed. ke-2. (Siri lestari bahasa)Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

    ISBN 983-62-8896-1

    Buku ini mengandungi makalah-makalah yang ditulis oleh Awang Sariyan untukpelbagai seminar dan persidangan. Walau bagaimanapun, tulisan ini telah diubahsuaimenurut perkembangan semasa dan keperluan penerbitan. Penulis menampilkan beberapaaspek dan isu yang berkaitan dengan proses perancangan bahasa Melayu di Malaysia.Buku ini menggarap tajuk-tajuk mengenai dasar bahasa, pembinaan korpus bahasa,pengaruh bahasa asing, kesilapan penggunaan bahasa, hubungan bahasa dengan aspek-aspek kehidupan dan penghasilan wacana yang berkesan. Turut dibicarakan adalah aspekfalsafah dan sejarah pembakuan bahasa Melayu.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 20

    Bil. 2/2006

    Ahmad Naim Jaafar. Membina karisma. Batu Caves, Selangor : PTS Profesional Pub., 2006. ISBN 983-3376-95-9

    Ahmad Sarji. Sekadar berpendapat. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2005. ISBN 983-2636-13-2

    Amran Hassan. Belajar berbahasa Inggeris dengan cekap : kaedah praktikal. Ed. kedua. Batu Caves, Selangor : CrescentNews (K.L.), 2006. ISBN 983-061-315-1

    Anita Sharma. Chinese made easy : learn Chinese an easy and systematic way. Batu Caves, Selangor : Crescent News(K.L.), 2006. ISBN 983-061-542-1

    Ann, Wan Seng. Rahsia bisnes orang Korea. Batu Caves, Selangor : PTS Profesional Pub., 2006. ISBN 983-3585-22-1

    Arifin Ngah. Revolusi Kenyir. Kuala Lumpur : Creative Entreprise, 2006.

    Asmah Haji Omar. Bahasa Melayu di samudera : benih yang baik menjadi pulau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka, 2006. ISBN 983-62-9256-X

    Goh, Eric dan Tew, Kia Hui. Soil erosion engineering. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006.ISBN 983-3391-66-4

    Intan Yaacob. Klasikal : himpunan cerita klasik. Bandar Baru Bangi, Selangor : Galeri Intan, 2006. ISBN 983-43223-0-5

    Kesultanan Melayu Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. ISBN 983-62-9246-2

    Mahbubani, Kishore. Mampukah warga Asia berfikir? Kuala Lumpur : Marshall Cavendish Editions, 2005. ISBN 983-331-841-X

    Mohd. Sufian Omar Fauzee dan Mariani Mohd. Nor. Bangkit sebagai juara. Kuala Lumpur PTS Milennia, 2006.ISBN 983-3603-89-0

    M. Said Othman. Komunikasi pemasaran bersepadu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. ISBN 983-62-8096-0

    Nahmar Jamil. Mencari uuuuu. Kota Bahru : Pustaka Dewan Puisi, 2006. ISBN 983-2771-06-4

    Nik Abdul Aziz Nik Mat. Insan ingatlah : sebuah panduan menuju hati yang tenang. Kuala Lumpur : Nufair Street, 2006.ISBN 983-3172-14-8

    Nor Aini Idris. Seri sawit : koleksi resipi daripada berita sawit. Kuala Lumpur : Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 2006.ISBN 967-961-116-7

    Noriah Mohamed. Sentuhan rasa dan fikir dalam puisi Melayu tradisional. Bangi, Selangor : Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia, 2006. ISBN 967-942-771-4

    Perkhidmatan Awam Malaysia. Putrajaya : Jabatan Perdana Menteri, 2006. ISBN 983-9827-20-0

    Rajendra Kartawiria. Syoknya..... berpuasa. Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2006. ISBN 983-3604-01-3

    Ramli Awang. Penghayatan Tauhid Al-Quran. Skudai, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2005.ISBN 983-52-0323-0

    Reflecting on Southeast Asia History since 1945. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006. ISBN 983-3391-49-4

    Respons : intelektual muslim dan isu-isu semasa. Kuala Lumpur : Harakah, 2006. ISBN 983-3172-18-0

    Rosnah Mohamad. Guru sebagai pembimbing dan teman. Petaling Jaya : Sejati Books, 2006. ISBN 983-154-172-3

    Rushami Zien Yusoff. Pengurusan kualiti : prinsip dan pelaksanaan. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti, 2005.ISBN 967-958-195-0

    Taher Buyong. Spatial statistics for geographical information science. Skudai, Johor : Penerbit Universiti TeknologiMalaysia, 2006 ISBN 983-52-0393-8

    Thock, Ker Pong. Ketuanan politik Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2005. ISBN 983-100-303-9

    Thomas-Mamora. Christina. Women who inspire. Kuching : Bumi Serasi, 2006. ISBN 983-43015-0-2

    Zakiyah Jamaluddin. Privatisation of squatters resettlement. Sintok, Kedah : Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2005.ISBN 983-3282-37-7

    JUDUL-JUDUL BARU YANG DIPEROLEH

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Sekalung Budi

    Husnita binti Hussin

    Jumadil bin Ali

    Mohd Zaki bin Yusof

    Noraini Noran binti Abdullah

    Normah Mohd. binti Idzahar

    Siti Rafiah binti HarunPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA