1
Mohamad Ariff Bin Ali
lwn.
Siti Nor Aslinah Lim Li Ming
[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Permohonan No: 10400-036-0222-2013 (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar,
S.M.S, HMTS)]
[17 Sya’ban 1437H bersamaan 24 Mei 2016]
Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman –
Kebenaran Perintah Pengkomitan - Notis Tunjuk Sebab – Seksyen 151 (1) (b) (aa)
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Tatacara Mal – Tatacara Permohonan Penguatkuasaan
Penghakiman –Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003.
Fakta Kes
[1] Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 30 Julai 2009 di Pejabat
Agama Islam Hulu Langat, Selangor dan telah bercerai pada 12 Februari 2014 di
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Pemohon dan Responden telah
dikurniakan dua (2) orang cahaya mata di sepanjang tempoh perkahwinan
mereka. Anak yang pertama bernama Mohamad XXX bin Abdullah adalah anak
yang tidak sah taraf kerana telah dilahirkan pada 7 Oktober 2009 manakala anak
kedua bernama Siti XXX bt Mohamad Ariff adalah anak yang sah taraf kepada
Pemohon dan Responden yang telah dilahirkan pada 11 Januari 2011.
Mahkamah ini telah mengeluarkan suatu Penghakiman berhubung hak jagaan
anak pasangan ini berdasarkan persetujuan bersama melalui Saman No.:
10400-028-0548-2012 pada 22 Julai 2012. Pada 25 April 2013, Pemohon telah
memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan suatu kebenaran daripada
2
Mahkamah untuk mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab terhadap Responden dan
seterusnya menguatkuasakan perintah tersebut melalui suatu prosiding
pengkomitan berdasarkan peruntukan subperenggan 151 (1) (b) (aa) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
[2] Pemohon mendakwa Responden dengan sengaja engkar melaksanakan dan
mematuhi Perintah Persetujuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan
yang dinyatakan oleh Pemohon di dalam Afidavitnya. Pemohon mendakwa
dengan tindakan itu, Responden telah melanggar terma di Perenggan 1 (1.1)
dan 2 (2.1) perintah tersebut sebagaimana berikut:-
1. Mahkamah memerintahkan hak hadhanah anak yang bernama
seperti berikut:
1.1 MOHAMAD XXX BIN ABDULLAH
(No. Sijil Kelahiran/My Kid: XXXX)
(selepas ini disebut sebagai “anak lelaki tersebut”)
hendaklah diserahkan kepada Defendan (bapa)
manakala anak yang bernama iaitu:
1.2 .................................
2. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah
diberikan hak untuk lawatan dan bersama anak lelaki tersebut
dan anak perempuan tersebut sebagaimana berikut:
2.1 Plaintif diberikan hak untuk melawat dan bersama anak
lelaki tersebut manakala Defendan diberikan hak untuk
melawat dan bersama anak perempuan tersebut
sebanyak dua (2) kali dalam sebulan bermula jam 9.00
pagi hingga jam 6.00 petang tanpa mengganggu
kebajikan anak tersebut. Plaintif dan Defendan
bersetuju untuk menjadikan Bangunan Mahkamah
3
Syariah Sultan Idris Shah sebagai tempat pertemuan
bagi melaksanakan hak lawatan masing-masing
dan/atau di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak.
2.2 ............................................................................................
2.3 ............................................................................................
2.4 ...........................................................................................
3. ........................................................................................................
4. ........................................................................................................
5. ........................................................................................................
[3] Pada 8 Oktober 2013, Mahkamah telah memberi kebenaran kepada Pemohon
untuk memulakan prosiding pengkomitan dan mengarahkan suatu Notis Tunjuk
Sebab dikeluarkan kepada Responden. Notis tersebut telah berjaya
diserahsampaikan secara kediri Peguam Syarie Responden yang telah
mengesahkan penerimaan Notis tersebut semasa sesi sebutan pada 4
Disember 2013. Seterusnya, Mahkamah telah memberi peluang kepada
Responden untuk membela diri. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh
untuk memberikan keputusan berhubung permohonan ini.
Diputuskan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam
Syarienya, En. Mohammad Amir Nazli Bin Hj Hussin dan kehadiran Responden
bersama Peguam Syarienya, Dato’ Mohd Zaidi Bin Mohd Zain. SETELAH MENELITI
semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti
berikut:
1. Permohonan Pengkomitan Pemohon ditolak.
4
Peguam Syarie
1. Peguam Pemohon : En. Muhammad Firdaus Alhadi bin Abdullah daripada
Zaidi Zain & Associates.
2. Peguam Responden : En Mohammad Amir Nazli bin Hussin daripada
Tetuan Amir Hussin & Associates.
Kitab Yang Dirujuk
1. Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-
Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cet. Keempat. Dimashq: Dar al-
Qalam.
2. Al-Binani, ‘Abd al-Rahman Jadallah. T. th. Hashiyat al-Binani ‘ala Sharh al-Mahalli.
Juz. 1. Beirut: Dar al-Fikr.
3. Wahbah al-Zuhayli. 1999. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr.
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 61.
2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 135, 2.
151 dan s.245,
3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17 dan s.
83.
Kes Yang Dirujuk
1. Haji Azman Bin Abdul Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392.
2. Norazura Binti Mohd Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, Kes Rayuan (Negeri Sembilan)
No. 05000-099-003-2009.
3. Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob, Kes Rayuan Mal
(Selangor) No.: 10000-036-011-2009.
4. Wee Choo Keong lwn. MBF Holding Bhd & Anorther [1995] 3 MLJ 549.
5. Haji Azman Bin Abdul Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392.
6. Helen Yeap Poh Sin lwn. Universal Trustee (Malaysia) Bhd [2001] 7 CLJ 414 .
5
7. Shah Christirani Binti Azhar lwn. Othman Bin Talib, Kes Mal (Rayuan): 10000-036-
0006-2014.
Penghakiman Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S, HMTS;
Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidang kuasa.
[1] Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang lebar mengenai isu ini
kerana tiada sebarang bantahan mengenainya. Mahkamah berpuashati bahawa
Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan Pemohon
ini berdasarkan subsperenggan 61 (3) (b) (xiii) Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan Mahkamah hendaklah
berbidangkuasa dalam bidangkuasa Malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang berhubungan dengan perkara-perkara lain yang
berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang
bertulis. Secara khususnya bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar
permohonan Pengkomitan ini telah dijelaskan di dalam Seksyen 151 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Tatacara Pengkomitan.
[2] Secara umumnya, berdasarkan pemerhatian Mahkamah, tiada tatacara yang jelas
atau khusus diperuntukkan terhadap perlaksanaan pengkomitan atas sebab
keingkaran melaksana atau mematuhi sesuatu perintah atau penghakiman di
bawah peruntukan Seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006 pula hanya
memperuntukkan bahawa:-
kebenaran pengkomitan hendaklah terlebih dahulu diperolehi
daripada Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pelaksanaan
dilaksanakan menurut peruntukan seksyen 151 (1) (b) (aa) Akta /
6
Enakmen / Ordinan Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-
negeri.
[3] Namun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di dalam kes Norazura Binti Mohd
Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, Kes Rayuan (Negeri Sembilan) No. 05000-099-003-
2009 dan kes Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob, Kes
Rayuan Mal (Selangor) No.: 10000-036-011-2009 telah memberikan garis
panduan atau tatacara yang diadaptasikan dari Aturan 52 Kaedah-Kaedah
Mahkamah Tinggi 1980 (kini telah digantikan dengan Kaedah Mahkamah 2012)
atas kelompongan atau lacuna yang ada berdasarkan peruntukan subseksyen
245 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Berdasarkan kepada kedua-dua kes yang dirujuk tersebut, Mahkamah
berpandangan bahawa tatacara pengkomitan di bawah peruntukan Seksyen 151
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 hendaklah
melalui prosedur sebagaimana diterangkan selepas ini.
[4] Permohonan perintah pengkomitan dibuat secara satu pihak dan permohonan
tersebut hendaklah disokong dengan Affidavit Sokongan Pemohon yang
mengandungi butiran diri Pemohon, butiran diri orang hendak dikomitkan iaitu
Responden dan alasan permohonan iaitu berkaitan terma perintah yang dilanggar
dan cara pelanggaran terma perintah tersebut jika berkaitan. Mahkamah
hendaklah menyiasat dan meneliti samada permohonan ini wajar dibenarkan
ataupun sebaliknya. Sekiranya wajar dibenarkan, Mahkamah hendaklah membuat
suatu perintah tentang kebenaran tersebut dan seterusnya mengeluarkan suatu
Notis Tunjuk Sebab (NTS) kepada Responden. Selepas itu, Mahkamah
hendaklah meneliti pembelaan Responden dan menimbangkan sama ada
Responden wajar dikomitkan ke penjara atau sebaliknya.
[5] Jika tindakan tersebut bagi kes yang berada di bawah kuasa Mahkamah Rendah
Syariah, kebenaran pengkomitan hendaklah diperolehi terlebih dahulu di
Mahkamah Tinggi Syariah dengan membuat permohonan dan Affidavit Sokongan.
7
Ia selari dengan kehendak Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006. Setelah kebenaran
pengkomitan diperolehi, permohonan untuk pengeluaran Notis Tunjuk Sebab
beserta Affidavit Sokongan yang mengandungi butiran diri Pemohon, butiran diri
orang hendak dikomitkan (R) dan alasan permohonan (terma perintah yang
dilanggar dan cara pelanggaran terma perintah tersebut) hendaklah dipohon di
Mahkamah Rendah Syariah. Selepas mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi
Syariah maka Pemohon hendaklah memohon melalui Notis dan Afidavit di
Mahkamah Rendah Syariah yang mengeluarkan Perintah tersebut untuk
mendapatkan Perintah bagi pengeluaran suatu Notis Tunjuk Sebab (NTS). Ini
adalah bersandarkan alasan-alasan berikut:-
5.1. Pertama, tiada penjelasan yang jelas samada Arahan Amalan dan kes
rayuan yang dirujuk berkaitan bagaimana prosiding pengkomitan di MRS
perlu dilaksanakan setelah kebenaran MTS diperolehi.
5.2. Kedua, MRS juga hendaklah mempunyai kuasa pengkomitan sebagaimana
MTS kerana rujukan Aturan 52 Kaedah Mahkamah Tinggi yang dirujuk di
dalam kes rayuan tersebut adalah prosedur yang digunapakai di mahkamah
tinggi sivil sedangkan peruntukan yang sama juga ada diperuntukan di
bawah Aturan 36 Kaedah Mahkamah Rendah bagi prosedur di Mahkamah
Sivil (kini kedua-dua Kaedah telah dimansuhkan dan telah digantikan dengan
Kaedah Mahkamah 2012).
5.3. Ketiga, Enakmen Tatacara Mal ini hendaklah digunapakai sama ada di MTS
mahupun MRS tanpa ada pengecualian kecuali dinyatakan dengan jelas di
dalam Enakmen tersebut secara nyata sebagaimana pemakaian
permohonan Perintah Interim yang hanya terpakai di Mahkamah Tinggi
Syariah sahaja. Oleh yang demikian, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
mempunyai bidangkuasa terhadap prosiding pengkomitan. Apatah lagi,
Arahan Amalan tidak menyebut kes-kes sebegini hanya boleh dibicarakan di
8
MTS atau dibawah bidangkuasa MTS sahaja. Yang dinyatakan oleh Arahan
Amalan hanyalah kebenaran hendaklah diperolehi daripada MTS.
[6] Jika dirujuk kepada kes rujukan di atas, penyampaian Notis Tunjuk Sebab (NTS)
tersebut hendaklah dibuat lapan (8) hari sebelum tarikh pendengaran kes tersebut.
Walaubagaimanapun ia dilihat tidak selari dengan peruntukan berkaitannya iaitu di
dalam bab penyampaian saman atau notis sebagaimana peruntukan Seksyen 45
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu dua hari
genap melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya. Oleh itu, tempoh
penyerahan yang sesuai dikuatkuasakan adalah dua (2) hari sebelum tarikh
pendengaran kes sebagaimana diperuntukan. Sekiranya Responden tidak hadir
pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, suatu waran tangkap
boleh dikeluarkan kepadanya. Jika kehadiran Responden berdasarkan waran
tangkap, maka suatu jaminan wajar dikeluarkan kepada Responden untuk
mempastikan kehadirannya pada tarikh yang akan datang. Hakim Bicara juga
boleh menangguhkan prosiding dari masa ke semasa mengikut keperluan.
[7] Prosiding bagi kes pengkomitan ini hanya boleh dijalankan dengan kehadiran
Responden sahaja dan hanya boleh dikomitkan setelah Responden diberi peluang
membela dirinya berdasarkan alasan bahawa prosiding pengkomitan hendaklah
dijalankan secara lebih berhati-hati dan waspada sebagaimana pandangan di
dalam kes Helen Yeap Poh Sin lwn. Universal Trustee (Malaysia) Bhd., (2001) 7
CLJ 414 yang menyatakan kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan seseorang ke
penjara kerana kegagalan mematuhi perintah Mahkamah perlu dijalankan dengan
berhati-hati.” Begitu juga dengan pandangan Hakim Bicara di dalam kes Haji
Azman Bin Abdul Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392, Hakim
Abdul Rahman Yunus telah memakai prinsip Mahkamah Sivil sewaktu
membebaskan Respondan dari perintah komital kerana kegagalan mematuhi
perintah mahkamah dengan menyatakan kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan
seseorang ke penjara kerana kegagalan mematuhi perintah Mahkamah perlu
dilaksanakan dengan penuh berhati-hati.”
9
Asas Kebenaran dan Pengeluaran Notis Tunjuk Sebab.
[8] Pemohon telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan kebenaran
pengkomitan terhadap Responden kerana ingkar melaksanakan Perintah
bertarikh 23.07.2012. Sebelum Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon
ini, Mahkamah hendaklah meneliti dan telah mengambil kira perkara-perkara
berikut:-
8.1. Pertama, Perintah yang dilanggar hendaklah suatu Perintah yang sah dan
Ini bersesuaian dengan penghakiman kes di Mahkamah Tinggi Syariah
Pahang iaitu kes Haji Azman Bin Abdul Talib lwn Suhaila Binti Ibrahim
[2004] CLJ (Sya) 392, yang mana Hakim Bicara telah menolak
permohonan Pemohon untuk mengkomitkan Responden ke penjara
kerana gagal menyerahkan anak kepada Pemohon untuk anak bersama
Pemohon selama 2 hari setiap minggu. Antara alasan Mahkamah
menolak kes tersebut ialah tidak jelas ketetapan Perintah yang dilanggar
dan tidak ada serahan perintah asal kepada Responden. Di dalam
permohonan ini, Mahkamah dapati bahawa Perintah yang didakwa
dilanggar oleh Responden ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini melalui
Saman No.: 10400-028-0548-2012 bertarikh 23.07.2012 berdasarkan
salinan Perintah bersih yang dikemukakan di dalam ekshibit “MAA-4”.
8.2. Kedua, Perintah tersebut hendaklah telah disampaikan kepada
Responden jika Responden atau Peguam Syarienya tidak hadir semasa
keputusan diputuskan. Ini bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 135
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang
menyatakan:
135. (1). Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang
menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa
perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan
10
masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan,
dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu
hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh
penghakiman atau perintah itu.
(2). Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu
hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa
penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka
salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu
disampaikan kepadanya.
(3). Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu
tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk
penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan
jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang
diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28 telah
disampaikan kepadanya.
8.3. Hal ini selari dengan pandangan Hakim Lamin, Chong Siew Fai dan Wan
Adnan dalam kes Wee Choo Keong lwn. MBF Holding Bhd & Anor [1995]
3 MLJ 549 iaitu:
”Seseorang itu akan dianggap sebagai melakukan
penghinaan Mahkamah akibat ketidakpatuhan suatu perintah
Mahkamah, jika kelakuan menghina yang dikatakan itu
berlaku selepas perintah Mahkamah tersebut dibuat atas
pengetahuan pesalah atau selepas penyampaian
perintah tersebut kepadanya, maka masa bila kelakuan
yang dikatakan itu telah dibuat adalah sangat penting.”
11
8.4. Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, hlm. 120 dan
al-Binani dalam kitabnya Hashiyat al-Binani ‘ala Sharh al-Mahalli. Juz.
1, hlm. 60 menyatakan dalam ilmu usul fiqh, antara salah satu definisi
hukum ialah kata-kata Allah S.W.T yang berkaitan dengan perbuatan
mukallaf secara tuntutan (al-iqtida’). Al-iqtida’ membawa maksud satu
tuntutan, sama ada tuntutan untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu.
Tuntutan ini sama ada dalam bentuk mesti (ilzam) atau bentuk diberi
keutamaan (al-tarjih). Mahkamah mengqiyaskan maksud tuntutan dalam
ilmu usul fiqh dengan tuntutan dalam undang-undang tatacara mal
bahawa tuntutan penyerahan perintah dalam kes ini adalah suatu yang
mesti dan ia bukan satu pilihan kepada Pemohon yang membolehkan ia
dilakukan atau ditinggalkan tanpa ada keutamaan salah satu daripada
kedua-duanya. Oleh itu, ia membawa erti bahawa hukum menyampaikan
perintah tersebut kepada Responden adalah suatu tuntutan yang mesti
(ilzam) dilakukan oleh Pemohon jika semasa pengeluaran perintah
tersebut Pemohon hanya hadir bersendirian tanpa ada bersamanya
Responden.
Setelah meneliti perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah ini, Mahkamah
dapati semasa kes tersebut, Responden didapati hadir mendengar
keputusan yang dibacakan oleh Hakim Bicara bersama Pemohon kerana
ia merupakan suatu Perintah Persetujuan yang diperintahkan oleh
Mahkamah. Oleh yang demikian, ianya telah memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh undang-undang berdasarkan subseksyen 135 (2)
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
8.5. Ketiga, Mahkamah hendaklah meneliti terlebih dahulu sama ada
Responden telah melanggar terma perintah yang telah diperintahkan atau
sebaliknya sebagaimana dijelaskan selepas ini.
12
Sama ada Responden telah melanggar Perintah berkaitan Hak Lawatan Anak.
8.6. Di dalam Perintah Persetujuan bertarikh 23 Julai 2012 tersebut, Pemohon
telah diberikan hak jagaan ke atas anak yang bernama Mohamad XXX bin
Abdullah dan hak lawatan dan bersama dengan anak yang bernama Siti
XXX bt Mohamad Ariff sebagaimana di nyatakan di dalam Perintah
tersebut seperti berikut-
1. Mahkamah memerintahkan hak hadhanah anak yang
bernama seperti berikut:
2.
2.1 MOHAMAD XXX BIN ABDULLAH
(No. Sijil Kelahiran/My Kid: XXX)
(selepas ini disebut sebagai “anak lelaki tersebut”)
hendaklah diserahkan kepada Defendan (bapa)
manakala anak yang bernama iaitu:
2.2 ............................
3. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah
diberikan hak untuk lawatan dan bersama anak lelaki tersebut
dan anak perempuan tersebut sebagaimana berikut:
3.1 Plaintif diberikan hak untuk melawat dan bersama anak
lelaki tersebut manakala Defendan diberikan hak untuk
melawat dan bersama anak perempuan tersebut
sebanyak dua (2) kali dalam sebulan bermula jam 9.00
pagi hingga jam 6.00 petang tanpa mengganggu
kebajikan anak tersebut. Plaintif dan Defendan
bersetuju untuk menjadikan Bangunan Mahkamah
Syariah Sultan Idris Shah sebagai tempat pertemuan
bagi melaksanakan hak lawatan masing-masing
13
dan/atau di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak.
3.2 ............................................................................................
3.3 ............................................................................................
3.4 ...........................................................................................
4. ........................................................................................................
5. ........................................................................................................
6. Mana-mana pihak melanggari terhadap perjanjian ini boleh
dianggap melakukan PENGHINAAN TERHADAP MAHKAMAH.
8.7. Pemohon mendakwa bahawa Responden telah sengaja ingkar mematuhi
terma-terma Perintah 1 (1.1) dan 2 (2.1) di atas kerana Responden gagal
memberi hak jagaan anak lelaki tersebut kepada Pemohon dan
Responden menafikan hak Pemohon untuk melawat dan bersama anak
perempuan tersebut. Ia adalah berdasarkan beberapa kali percubaan
Pemohon untuk mendapatkan haknya tersebut di rumah Responden pada
1 Februari 2013, 20 Februari 2013, 1 Mac 2013, 9 Mac 2013, 13 Mac
2013 dan 14 Mac 2013.
8.8. Mahkamah berpuashati bahawa wujud perlanggaran Perintah tersebut
berdasarkan alasan bahawa apabila dakwaannya Perenggan 1 (1.1) dan 2
(2.1) Perintah tersebut telah tidak dilaksanakan berdasarkan berat sangka
Mahkamah kerana anak-anak tersebut dijaga oleh Responden kerana
tiada unsur penyerahan anak lelaki tersebut kepada Pemohon dan
penafian hak lawatan dan bersama ke atas anak perempuan tersebut. Ini
bersesuaian dengan kaedah fiqh telah disepakati oleh ulama dan
dinyatakan dalam kitab karangan al-Zarqa’ iaitu Sharh al-Qawaid al-
Fiqhiyyah, hlm. 87 menjelaskan:
العدم األصل
14
Bermaksud: Asal sesuatu itu tiada.
[9] Setelah berpuashati bahawa Perintah tersebut dilanggar oleh Responden,
Mahkamah telah memberikan kebenaran kepada Pemohon dan memerintahkan
suatu Notis Tunjuk Sebab (NTS) dikeluarkan dan diserahkan kepada Responden
secara kediri untuk membela diri daripada dikenakan tindakan pengkomitan
kerana sengaja engkar atau cuai atau melanggar Perenggan 1 (1.1) dan 2 (2.1)
Perintah Mahkamah bertarikh 23 Julai 2012 bersama dengan Perintah Kebenaran
Pengkomitan kerana kes berkaitan adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah
Tinggi Syariah. Responden telah menerima NTS tersebut berdasarkan pengakuan
Responden semasa prosiding pada 4 Disember 2013. Responden kemudiannya
telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 26 Mei 2014 bagi membela dirinya.
[10] Berhubung kaedah pembelaan secara Afidavit ini, adalah diakui bahawa
Pembelaan Responden lebih baik dibuat secara lisan dan Hakim Bicara
hendaklah menjalankan siasatan terhadap Responden secara “inquistorial” dan
mempunyai kuasa budi bicaranya membenarkan Responden disoal oleh
Pemohon dan/atau Peguamnya sendiri di dalam membantu siasatan Mahkamah.
Namun kaedah Pembelaan Responden secara Affidavit juga boleh diterima
sekiranya Hakim Bicara merasakan adalah munasabah baginya untuk
pembelaan Responden dibuat sedemikian dengan syarat kandungan Afidavit
hendaklah berkisar kepada pembelaan terhadap Notis tunjuk Sebab tersebut
serta Hakim Bicara boleh membenarkannya dan disoal-balas dan disoal-semula
oleh pihak-pihak termasuklah Hakim Bicara itu sendiri. Kaedah ini telah diulas
dan disahkan oleh Panel Rayuan di dalam kes Shah Christirani Binti Azhar lwn.
Othman Bin Talib, Kes Mal (Rayuan): 10000-036-0006-2014 di mana Panel
Rayuan menyatakan prosedur yang digunakan adalah sebagaimana berikut-
[20] Namun bagi memuaskan hati semua pihak kami menyatakan
pendirian di sini berdasarkan alasan penghakiman Hakim
15
Bicara dalam mengulas isu sama ada tatacara pengkomitan di
bawah seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Selangor 2003 di muka 347 hingga 355 adalah betul dan selari
dengan beberapa panduan dan prinsip-prinsip yang telah
Mahkamah Rayuan putuskan dalam kes Norazura Binti Mohd
Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, Kes Rayuan (Negeri Sembilan) No.:
05000-099-003-2009 dan kes Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed
Rafi Bin Mohamed Yaacob, Kes Rayuah Mal (Selangor) No.:
10000-036-011-2009. Dalam kes-kes tersebut kami telah
memberikan garis panduan atau tatacara yang diadaptasikan dari
Aturan 52 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 yang boleh
diamalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Kami tidak berhasrat
mengulangi panduan-panduan tersebut kali ini kerana pihak-pihak
telah merujuk kes-kes tersebut dalam hujahan masing-masing.
[11] Berdasarkan kepada Pemeriksaan Balas terhadap Responden, adalah jelas
menunjukkan bahawa anak lelaki tersebut masih berada dalam jagaannya
sehingga kini. Sebelum Mahkamah melihat dengan lanjut mengenai isu ini,
Mahkamah akan mengulas mengenai kedudukan anak lelaki terlebih dahulu dari
aspek hubungannya dengan Pemohon dan Responden. Anak lelaki tersebut
dilahirkan pada 7 Oktober 2009 dan Pemohon dan Responden telah berkahwin
pada 30 Julai 2009. Fakta ini diakui sendiri oleh Pemohon di dalam Afidavit
Sokongannya bertarikh 25 April 2013. Ini bermakna anak lelaki ini telah dilahirkan
selepas tiga (3) bulan Pemohon dan Responden berkahwin. Dalam istilah
syaraknya, anak lelaki ini adalah anak yang tidak sah taraf.
[12] Di dalam mengulas mengenai isu anak tidak sah taraf ini, Anak tak sah taraf
dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina1 yang bermaksud anak zina atau
anak luar nikah (suatu ketika dahulu masyarakat di kampung menggelarkannya
sebagai anak gampang). Berdasarkan perbincangan para fuqaha’ tentang nasab
1 Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, Library Du Liban, Beirut, 1980.
16
seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah
merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan
yang sah atau pun persetubuhan syubhah.2
[13] Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah pada 10 Jun 2003
bersetuju mendefinisikan anak tak sah taraf seperti berikut:
1. Anak yang dilahirkan di luar nikah samada akibat zina atau
rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah…
2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut
taqwim qamariah daripada tarikh akad nikah.
Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
mendefinisikan “tak sahtaraf”, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya
dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah. Ini bererti
bahawa pengertian anak tak sah taraf dalam semua Undang-Undang Keluarga
Islam di Selangor selaras antara satu sama lain dan selari dengan pandangan
para fuqaha sepertimana yang terkandung dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh
lama dan baru
[14] Terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan tanpa firash,
maksudnya ibu kepada anak tersebut tidak berada dalam ikatan perkahwinan.
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa tidak harus disambungkan nasab anak zina
dengan bapa biologinya. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada
25 Jun 1998, yang memutuskan seperti berikut:
2 Al-Nasab wa Atharuhu, Muhammad Yusuf Musa, Edisi 2, Dar al-Ma’rifah, Kaherah 1967, hal. 7-20.
Persetubuhan syubhah adalah merujuk kepada persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka
adalah suami isteri yang sah. Lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al- Syariah al-
Islamiyyah, Dr. Abd. Karim Zaydan, Vol. 9, Muassasah al-Risalah, t.tp, t.t, hal. 341-344.
17
“Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan keturunan dengan
ibunya . Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu
sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi
pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga
sekiranya anak tak sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu,
ibunya berhak mewarisi pusaka ”.
“Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan daripada
segi pusaka dengan bapanya tak sah taraf dan dia tidak menjadi
ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapanya dan
sebaliknya.”
Rasulullah s.a.w bersabda:
الولد للفراش وللعاهر الحجر )رواه مسلم(
Maksudnya: Anak luar nikah itu adalah hak ibunya dan bagi
bapa (penzina) adalah batu sahaja.
[15] Daripada hadis ini jelas bahawa anak yang dilahirkan sebab penzinaan adalah
dinasabkan kepada ibunya dan bapa penzina atau perogol tidak mendapat apa-
apa. Dari aspek penjagaan, menurut Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan,
penjagaannya adalah dipertanggungjawabkan pada ibu atau saudara mara
sebelah ibunya. Ini kerana, tiada bukti yang boleh disabitkan siapakah sebenarnya
lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Ia selari dengan peruntukan
Seksyen 86 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
yang menyatakan bahawa penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-
mata pada ibu dan saudara mara ibu.
[16] Jelaslah di sini bahawa, hukum syarak dan undang-undang telah menetapkan
bahawa penjagaan anak yang tidak sah taraf adalah kepada ibunya dan saudara
18
mara sebelah ibu. Oleh kerana Responden adalah seorang yang muallaf dan tidak
mendalami hukum Islam dengan sebaiknya, perjanjian persetujuan yang dibuat
semasa Majlis Sulh tersebut tidak dipandu oleh Hukum Syarak dan undang-
undang. Ini menunjukkan perjanjian persetujuan tersebut adalah bertentangan
dengan Hukum Syarak dan undang-undang.
[17] Mahkamah merujuk satu kaedah fiqh yang menjelaskan bahawa احلكم يتبع املصلحة
yang bermaksud “hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh”. Kaedah الراجحة
ini menjelaskan walaupun kadangkala pada zahirnya didapati ada kerugian
kepada sesuatu perbuatan, namun kesudahannya atau hakikatnya terdapat
kemaslahatan yang kuat dan rajih. Walaupun Pemohon mendapat kerugian
kerana tidak dapat memelihara anak lelaki tersebut, Pemohon harus memahami
terdapat satu kemaslahatan yang kukuh disebalik hukum syarak dan undang-
undang menetapkan bahawa anak tidak sah taraf hendaklah dinasabkan kepada
ibunya.
[18] Selain itu, Mahkamah merujuk satu lagi kaedah fiqh yang berbunyi ما ثبت بالشرع مقدم
yang bermaksud “apa yang sabit dengan syarak didahulukan على ما ثبت بالشرط
daripada sabit dengan syarat”. Kaedah ini membawa maksud, sesuatu atau apa
sahaja yang telah ditetapkan menurut syarak didahulukan atau diutamakan
daripada apa yang ditetap melalui syarat. Yang mana antara lain juga, ketetapan
yang berasal dan bersumber daripada jalan serta kaedah syarak itu seharusnya
didahulukan dari sesuatu amalam dan pelaksanaannya daripada apa yang
ditetapkan atau daripada ketetapan yang terbentuk daripada syarat-syarat yang
dibuat oleh manusia. Di dalam kes ini, walaupun ketetapan telah dibuat oleh
pihak-pihak melalui Majlis Sulh, tetapi ketetapan tersebut adalah tidak sabit
menurut syarak. Ia jelas bertentangan dengan hukum syarak dan hukum syarak
hendaklah diutamakan dalam perkara itu.
19
[19] Jika diteliti semula Perintah tersebut di atas, Mahkamah dapati tiada sebarang
tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah ini bagi penyerahan anak
tersebut. Oleh itu, elemen yang dikehendaki oleh perenggan 151 (1) (a) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 itu tidak dipenuhi iaitu berkaitan
elemen masa pelaksanaan yang tidak dinyatakan secara spesifik di dalam Perintah
tersebut. Ini bermaksud, untuk Mahkamah menganggap bahawa Responden telah
melanggar Perintah tersebut, Responden hendaklah didapati enggan atau cuai atau abai
melaksanakan perintah tersebut di dalam masa yang dinyatakan di dalam Perintah
tersebut sebagaimana kehendak frasa ”perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan
dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai
melakukannya dalam masa itu”.
Ini bermakna Pemohon tidak boleh melaksanakan dan menguatkuasakan Perintah
Mahkamah tersebut melalui prosiding pengkomitan ini kecuali dengan adanya
Perintah yang menetapkan masa untuk perlaksanaan Perintah tersebut. Ini juga
bermakna, tanpa perintah berkaitan masa tersebut, Pemohon hanya boleh
melaksanakan dan menguatkuasakan Perintah tersebut melalui lain-lain kaedah
pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perintah selain prosiding pengkomitan
sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang sediaada.
[20] Selanjutnya, mengenai pelanggaran Perenggan 2 (2.1) Perintah Persetujuan
tersebut, Pemohon menyatakan bahawa Responden menafikan haknya untuk
melawat anak perempuan tersebut. Berdasarkan kepada kejadian-kejadian yang
berlaku, Pemohon telah berusaha untuk menjalankan hak lawatan itu dengan telah
pergi ke rumah Responden untuk melawat anak perempuan tersebut. Di dalam
Perenggan 2 (2.1) Perintah Persetujuan tersebut ada menyatakan bahawa tempat
pertemuan adalah di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah dan/atau di
mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Berdasarkan kejadian
yang bertarikh 1 Februari 2013, 20 Februari 2013, 1 Mac 2013, 9 Mac 2013, 13
Mac 2013 dan 14 Mac 2013, Pemohon telah berusaha untuk mendapatkan haknya
20
melawat anak perempuan tersebut di rumah Responden dan bukannya di
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah.
[21] Begitu juga, tiada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapat persetujuan
kedua-dua belah pihak agar hak lawatan tersebut dibuat di tempat lain selain
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah tersebut. Pemohon menjelaskan
bahawa lawatan tidak boleh dibuat di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris
Shah kerana ia tidak lagi praktikal kerana komunikasi Pemohon dengan
Responden telah terputus. Mahkamah tidak dapat memastikan jenis komunikasi
yang dinyatakan oleh Pemohon tersebut kerana Pemohon boleh dan mengetahui
alamat kediaman rumah Responden. Ini juga merupakan satu komunikasi kerana
mengetahui kedudukan di mana Responden berada.
[22] Kehadiran Pemohon ke rumah Responden pada kejadian-kejadian tersebut
bertujuan untuk melawat anak perempuan tersebut di rumah bukannya untuk
berbincang mengenai hak lawatan berasama anak perempuan tersebut. Walaupun
Pemohon mendakwa Responden mengetahui kehadiran Pemohon pada ketika itu,
Mahkamah berpuashati dengan pembelaan Responden bahawa terdapat
beberapa kejadian yang menunjukkan Responden tiada di rumah, dan tiada
sebarang perbincangan awal dimulakan oleh Pemohon dengan Responden. Oleh
itu, Mahkamah tidak boleh menganggap bahawa Responden telah melanggar
Perenggan 2 (2.1) Perintah Persetujuan tersebut.
Keputusan
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam
Syarienya, En. Mohammad Amir Nazli Bin Hj Hussin dan kehadiran Responden
bersama Peguam Syarienya, Dato’ Mohd Zaidi Bin Mohd Zain. SETELAH MENELITI
semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti
berikut:
1. Permohonan Pengkomitan Pemohon ditolak.