imam ahmad bin hambal r.a

Upload: yayanabila

Post on 19-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

IMAM AHMAD BINHANBAL R.A.

RIWAYAT HIDUP Nama beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Dilahirkan pada tahun 164H/780M di Baghdad,Iraq pada zaman al-Mahdi, Bani Abbasiyah. Beliau berketurunan Quraisy. Beliau merupakan satu keturunan dengan Rasulullah S.A.W dari sebelah neneknya iaitu Nazar bin Muad bin Adnan. Beliau hidup miskin kerana bapanya hanya meninggalkan sebuah rumah dan tanah yang kecil kepadanya.

Untuk menyara dirinya,beliau mengambil upah menjual kain dan membawa barangan di jalanan. Beliau juga menjadi guru di Masjid Jamek di Baghdad ketika berusia 40 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 241H/855M ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

GELARANMasyhur dengan nama Hambali sempena nama datuknya Hambal bin Hilal as-Syaibani kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya, Muhammad. Beliau juga digelar Abu Abdullah kerana beliau merupakan anak kepada Abdullah.

SIFAT PERIBADIBeliau mementingkan kebersihan dan kekemasan. Beliau seorang yang pendiam. Beliau suka berfikir. Beliau tidak sombong dan bongkak. Beliau suka bergaul dengan orang miskin dan kurang bersahabat dengan orang kaya. Beliau seorang yang bertaqwa. Beliau membaca 1/7 al-Quran setiap hari. Khatam al-Quran pada setiap 7 hari.

PENDIDIKAN Sejak kecil lagi beliau mencintai ilmu dan rajin belajar. Ilmu awal yang beliau pelajari ialah al-Quran dan menghafaznya pada usia 14 tahun. Beliau belajar bahasa Arab. Beliau belajar hadis di Baghdad di mana berjaya menghafaz dan menyusun kitab al-Musnad ketika beliau berusia 16 tahun. Selepas itu,beliau mula merantau untuk menambah ilmu seperti ke Basrah,Syam dan Yaman.

KEHEBATAN Beliau digelar al-Hakam kerana berjaya menghafaz lebih 700 ribu hadis. Beliau juga digelar al-Mujaddid kerana kebolehannya mengeluarkan fatwa (keputusan tentang sesuatu hukum agama yang belum pernah diputuskan lagi berdasarkan Al-Quran dan hadis).

..SUMBANGAN KEPADA TAMADUN ISLAM..

Imam Mujtahid yang bijak dalam masalah fekah. Mengadakan kelas pengajian kepada umat islam. Mengasaskan kitab terkenal seperti Al-Musnad,Tafsir AlQuran,An-Nasikh Wal-Mansukh,At-Tarikh dan Al-Illat. Penyokong Mazhab Hambali. Pengikutnya terdapat di Mesir,Iraq,Syria dan Madinah.

..PEGANGAN..

Beliau seorang yang tegas dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Beliau sangat berpegang teguh dengan hadis. Beliau menolak jawatan kadi yang ditawarkan oleh Harun al-Rasyid. Beliau rela disebat dan dipenjarakan demi mempertahankan pendapatnya bahawa al-Quran itu qadim (terdahulu daripada segala yang ada dan abadi).

..KITAB-KITAB YANG DIHASILKAN..

..PENDIRIAN..

BELIAU TIDAK MENERIMA PENDAPAT MUKTAZILAH YANG MENGATAKAN AL-QURAN KALAM ALLAH SWT ITU, BERSIFAT BAHARU. AKIBATNYA, IMAM AHMAD DIPENJARA DAN DISEBAT DENGAN CEMETI HINGGA UZUR.

CARA MENGITHBATKAN HUKUM

Imam Ahmad sangat berpegang teguh pada Hadis sehingga beliau tidak mengguna hadis dhaif dalam mensabitkan hukum feqah. Imam Ahmad seorang yang berhati-hati dalam memilih Hadis yang berkait rapat dengan masalah halal haram sama ada dari segi matan atau sanad.

SOALAN