modul untuk aktiviti 4

3
Modul untuk Aktiviti 4 Hari : Jumaat Tarikh : 27 Februari 2015 Masa : 19.00mlm – 20.30 mlm Aktiviti 1 : Apa yang penting? KERJASAMA Tempoh perlaksanaan : 20 minit Bahan: Pensel bersaiz besar/Marker dan Manila Kad Perlaksanaan: 1. Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama- sama. 2. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut. 3. Fasilitator perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar. 4. Permainan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat pada sebatang kayu penyapu. Aktiviti 2 : Cabaran Tisu Tempoh perlaksanaan : 20 minit Bahan : Tisu dan penanda Perlaksanaan:

Upload: abu-zar

Post on 18-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

Modul untuk Aktiviti 4

Hari : Jumaat

Tarikh : 27 Februari 2015

Masa : 19.00mlm 20.30 mlm

Aktiviti 1 : Apa yang penting? KERJASAMA

Tempoh perlaksanaan : 20 minit

Bahan:Pensel bersaiz besar/Marker dan Manila Kad

Perlaksanaan: 1. Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama-sama.

2. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut.3. Fasilitator perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar. 4. Permainan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat pada sebatang kayu penyapu.

Aktiviti 2 : Cabaran Tisu

Tempoh perlaksanaan : 20 minit

Bahan : Tisu dan penanda

Perlaksanaan: 1. Para peserta diminta membentuk satu bulatan yang besar dengan memegang tangan masing -masing. Para peserta di beri tisu satu setiap seorang.

2. Para peserta diminta tidak lagi memegang tangan rakan mereka tapi perlu memegang hujung tisu rakan mereka dan rakan mereka turut hujung tisu yang sama.

3. Mereka perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain yang akan ditentukan oleh fasilitator.

4. Jika ada tisu yang terputus balik semula ke checkpoint dan ulangi pergerakan semula.

5. Ulangi sehingga semua berjaya ke checkpoint yang lain tanpa mengoyakkan tisu.

Aktiviti 3 : Titanic TerbalikTempoh Perlaksanaan : 20 minit

Bahan : Tikar

Perlaksanaan:

1. Guru menceritakan situasi Dalam berkumpulan kamu sedang berlayar, tiba-tiba kapal pelayaran itu terbalik dan kamu terpaksa menyelamatkan diri dengan berpaut pada belakang kapal tersebut. Setelah berbincang, kamu membuat keputusan untuk menterbalikkan kembali kapal itu keatas

2. Bagi menyelamatkan semua, gunakan kebijaksanaan dan kerjasama kumpulan kamu untuk menterbalikan kembali tikar itu.

3. Semasa menterbalikkan tikar itu, setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan terkeluar daripada tikar ataupun memijak permukaan lantai.

4. Ahli kumpulan yang terkeluar dari tikar dikira mati dan tidak dapat diselamatkan.

Nama aktiviti 4 : Perjalanan sebiji belonTempoh Perlaksanaan : 20 minit

Bahan : Belon dan pensel

Perlaksanaan :

1. Fasilitator memberikan arahan,

Anda diminta memindahkan belon berkenaan dengan semua belakang pensil anda mesti menyentuh belon di tangan saya. Anda perlu memindahkan belon ini dari garisan mula sehingga garisan tamat.

2. Fasilitator perlu menandakan checkpoint untuk peserta memulakan permainan dan menamatkan permainan.

Variasi:Aktiviti ini boleh dipelbagaikan lagi dengan membuat halangan yang perlu diharungi oleh peserta.