modul ulbs

10
PANDUAN PRAPENGAJARAN GURU MODUL 1 (ULBS) TINGKATAN : 4 / 5 MASA : 80 minit TAJUK : Karangan jenis pendapat. “Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja”. OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat : 1. Menulis sebuah karangan yang lengkap. 2. Mengemukakan isi sesuai dengan tajuk karangan. 3. Menyampaikan pendapat yang bernas menggunakan intonasi dan gaya penyampaian yang betul. (ULBS) HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) : 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar dibaca dan ditonton. HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK) : 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN : Aras 1 (vi) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok, isi penting dan kurang penting dalam pelbagai bahan. KEMAHIRAN BAHASA : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. SISTEM BAHASA : - Tatabahasa – ayat aktif, kosa kata. - Peribahasa, simpulan bahasa.

Upload: anonymous-ukyryed

Post on 27-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

PANDUAN PRAPENGAJARAN GURU

MODUL 1 (ULBS)

TINGKATAN: 4 / 5

MASA : 80 minit

TAJUK : Karangan jenis pendapat. “Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja”.

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :

1. Menulis sebuah karangan yang lengkap. 2. Mengemukakan isi sesuai dengan tajuk karangan. 3. Menyampaikan pendapat yang bernas menggunakan intonasi dan

gaya penyampaian yang betul. (ULBS)

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) :7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar dibaca dan ditonton.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK) :7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan idea utama, isi penting dan isi

relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN : Aras 1 (vi) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok, isi penting dan kurang penting dalam pelbagai bahan.

KEMAHIRAN BAHASA : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

SISTEM BAHASA : - Tatabahasa – ayat aktif, kosa kata.- Peribahasa, simpulan bahasa.

ILMU : Nilai sosiobudaya.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT) : - Kemahiran berfikir.- Kajian masa depan.

NILAI :- Berhemah tinggi.- Jati diri.- Jaya diri.

LANGKAH PENGAJARAN

AKTIVITI CATATAN

Soalan Lisan

1. Apakah yang anda lihat dalam gambar ini?

2. Pada pendapat anda siapakah yang terdapat dalam gambar tersebut.

Induksi Set ( 5 minit )

1. Guru menunjukkan gambar remaja sedang melepak di kompleks membeli-belah.

2. Pelajar menjawab soalan secara lisan mengenai gambar tersebut.

3. Guru meminta seorang pelajar memberi pandangan secara spontan mengenai gambar tersebut.

Sediakan gambar atau potongan akhbar tentang tingkah laku negatif remaja.

Individu

1. Memberi pandangan mengenai punca.

2. Memberi pendapat tentang kesan.

3. Memberi idea mengenai langkah mengatasi.

Langkah 1 ( 50 minit )

1. Pelajar telah diberi tugasan untuk mengemukakan pendapat mengenai punca / sebab masalah sosial.

2. Pelajar memberi hujah mengenai kesan masalah remaja.

3. Pelajar mengemukakan idea tentang langkah mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.

Seorang pelajar mengemukakan 2 isi penting.

Enam orang diuji dan dinilai berdasarkan tugasan masing-masing.

AKTIVITI CATATAN

Langkah 2 (20 minit)

1.Pelajar lain memberikan komen, idea dan isi penting di hadapan kelas (seorang demi seorang). 2.Pelajar lain memerhati, mendengar dan mencatat isi yang dikemukakan oleh pelajar.

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan hasil pembentangan dan membetulkan aspek isi yang dikemukakan oleh setiap pelajar.

2. Pelajar menulis dan menghasilkan karangan yang lengkap.

- Guru mencatatkan skor dalam borang ULBS.

PANDUAN PRAPENGAJARAN GURU

MODUL 2 (ULBS)

TINGKATAN: 4 / 5

MASA : 80 minit

TAJUK : Kemerosotan Disiplin Pelajar Berpunca Daripada Rumah (Perbahasan)

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :

1. Menyampaikan pendapat yang bernas menggunakan intonasi dan gaya penyampaian yang betul. (ULBS)

2. Mengemukakan hujah dan alasan dengan bernas.(ULBS) 3. Menulis karangan bentuk perbahasan.

( Menyokong atau membangkang )

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) : 2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK): 2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HHP): Aras 1 – i. Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK): 2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HHP): Aras 1 – iii. Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan respon yang sesuai.

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU): 12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK): 12.1 Menghasilkan karya prosa secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HHP): Aras 1 – i. Menentukan dan menganalisis idea dan isi yang bernas untuk menghasilkan karya prosa.

KEMAHIRAN BAHASA: Mendengar, bertutur dan menulis.

SISTEM BAHASA: Ayat gramatis - subjek dan predikat.

- penggunaan imbuhan yang betul.

ILMU: Sains Kemasyarakatan

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH : - Kecerdasan pelbagai.- Kemahiran berfikir – menilai, membuat inferens.

NILAI : Bekerjasama

BBB : Gambar / Slaid / Keratan akhbar / Lembaran Kerja / Bahan grafik

LANGKAH PENGAJARAN

AKTIVITI CATATAN

1. Apakah pendapat anda tentang gambar yang ditunjukkan?

2. Siapa?

3. Di mana?

Induksi Set ( 5 minit )

1. Pelajar ditontonkan / ditunjukkan dengan gambar/ slaid / keratan akhbar tentang kes-kes salah laku dalam kalangan pelajar ( gambar pelajar melepak, merokok, berpeleseran dan sebagainya )

2. Guru meminta pelajar memberikan pendapat tentang gambar-gambar yang ditunjukkan.

3. Guru menyatakan isu utama dan mengemukakan tajuk perbahasan.

4. Guru memaparkan tajuk di papan putih.

5. Guru menjemput panel perbahasan.

Perbahasan Langkah 1 ( 30 minit )ULBS

1. Guru menyerahkan majlis perbahasan kepada pengerusi perbahasan (pelajar).

2. Pengerusi memperkenalkan pembahas dan penjaga masa.

3. Pengerusi meneruskan perbahasan sehingga selesai.4. Pelajar lain diminta mencatat isi-isi penting.

( Kumpulan –6 orang pelajar)

Langkah 2 ( 15 minit )

1. Pengerusi memberikan peluang kepada pelajar lain untuk mengemukakan pendapat/ ulasan/ pandangan tentang tajuk perbahasan.

ULBS( Individu –

2 orang pelajar )

AKTIVITI CATATAN

Langkah 3 (15 minit )

1. Pelajar diminta mengemukakan isi-isi penting dan menyusun isi tersebut untuk menulis karangan.

Perbincangan

Langkah 4 (10 minit )

1. Pelajar mengisi peta minda berdasarkan isi-isi penting yang dibincangkan.

Lampiran 1

Penutup (5 minit )

1. Guru dan beberapa pelajar membuat rumusan pelajaran.

Pengukuhan:

Pelajar menulis karangan berbentuk perbahasan di rumah (menyokong atau membangkang)

Mengarang

Lampiran 1Tajuk : Kemerosotan Disiplin Pelajar Berpunca Daripada Rumah.

SOKONG

BANGKANG

ATAU