modul sejarah tingkatan 5 2012_jpn

Upload: foocm2988

Post on 05-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    1/32

    BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

    1 Dasar penjajah Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara diAsia Tenggara sehingga mencetuskan semangat nasionalisme. (ms 14-22)

    a) Apakah maksud nasionalisme ?

    Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan Negara. Yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

    b) Nyatakan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh British ke atas negara yang dijajah.

    Sistem Tanaman Paksa Sistem Polo

    c) Nyatakan peranan sistem pengangkutan dan perhubungan ke arah kemunculan gerakan nasionalisme.

    Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis. Kawasan-kawasan terpisah dapat dihubungkan. Peminpin dapat bertemu untuk membincangkan idea perjuangan.

    d) Senaraikan iktibar daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

    Perjuangan mestilah berorganisasi Pemimpin mestilah berpendidikan Kesepakatan menjamin kejayaan perjuangan

    2 a) Bezakan dua tahap perkembangan nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara. (ms 18-23)

    Tahap Pertama

    Penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat Tidak berorganisasi Dipimpin gologan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat. Lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik Menuntut hak mereka dikembalikan Taraf hidup diperbaiki Tidak meminta kemerdekaan dengan segera

    Tahap Kedua

    Lebih radikal dan berorganisasi Dipimpin golongan berpendidikan serta berpengetahuan Bar at. Matlamat perjuangan jelas iaitu menuntut kemerdekaan

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    2/32

    b) Apakah tujuan penubuhan Liga Filipina pada tahun 1892 oleh Jose Rizal?

    Mendesak kerajan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

    c) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Ho Chi Minh setelah Perancis menangkap dan menghukum

    bunuh pemimpin-pemimpin Viet Nam Quoc Dang Dang?

    Melarikan diri ke Hong Kong

    (d) Apakah yang dapat diperlihatkan melalui perjuangan para nasionalis menentang penjajah?

    Semangat juang yang kental Keberanian Pengorbanan yang tinggi

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    3/32

    BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

    1 Gerakan Islah merupakan satu gerakan yang berusaha untuk meningkatkan minda bangsa.(ms 49-50)

    a) Berikan nama dua tokoh yang menjadi pendorong kepada gerakan Islah.

    Sheikh Tahir Jalaluddin Syed Syeikh Al-Hadi Dr. Burhanuddin Helmy

    b) Nyatakan akhbar yang telah digunakan oleh Kaum Muda sebagai saluran untuk merekamenyebarkan idea perjuangan.

    Al-Iman Neracha Edaran Zaman Pengasuh

    b) Senaraikan idea Kaum Muda dalam usaha untuk memajukan orang Melayu.

    Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia Gesaan memajukan ekonomi, politik dan sosial Mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu

    c)

    Apakah yang menyebabkan Gerakan Islah tidak dapat bergerak dengan baik di Negeri-negeri Melayu? Negeri-negeri Melayu mengeluarkan undang-undang yang tidak membenarkan sebarang kegiatan

    dakwah tanpa kebenaran sultan Negeri-negeri Melayu tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-

    negeri Selat

    2 Selain akhbar, majalah juga telah memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan lagi semangatnasionalisme di Tanah Melayu.

    a) Nyatakan persoalan yang difokuskan oleh majalah untuk memajukan bangsa.

    Memajukan bangsa melalui rencana Memajukan bangsa melalui puisi

    b) Berikan nama nama penulis Majalah Guru.

    Muhamad Dato Muda Linggi

    Yusuf Ahmad Mohd. Sidin Rashid

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    4/32

    c) Apakah isu yang telah dibangkitkan dalam Majalah Guru?

    Menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu Meniupkan semangat cinta akan negara Memajukan bahasa dan sastera Melayu

    d) Berikan isu yang berkaitan kaum wanita dalam Majalah Bulan Melayu.

    Menggalakkan perpaduan di kalangan guru wanita Melayu Johor Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    5/32

    BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

    1 Konsep negara bangsa merujuk pada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.(MS 67-68)

    a) Selepas peristiwa apakah idea ini tercetus?

    Revolusi Inggeris 1688 Perang Kemerdekaan Amerika 1776 Revolusi Perancis 1789

    b) Apakah ciri-ciri negara moden di Eropah?

    Mengikut sempadan rumpun bangsa Menggantikan bentuk negara feudal Nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa

    c) Apakah dua prinsip Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson?

    Penentuan nasib bangsa oleh rakyat sendiri Sempadan negara berasaskan bangsa

    d) Apakah kesan deklarasi di atas?

    Empayar Austria-Hungary dan Turki yang kalah telah dibahagikan Pelbagai golongan etnik dan bangsa beroleh kemerdekaan Muncul tujuh negara bangsa baru

    2 Amalan realpolitik wujud di Eropah pada abad ke 19. (MS 68-69)

    a) Namakan dua tokoh Eropah yang mengamalkan realpolitik. Count Camillo Benso di Cavour Otto Eduard von Bismark

    b) Senaraikan ciri-ciri amalan realpolitik.

    Tipu helah Kekerasan bersenjata Peperangan

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    6/32

    c) Nyatakan usaha pembentukan negara bangsa Itali.

    Itali terbahagi kepada beberapa wilayah Beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka Telah menghalau orang Austria dari Itali Menggunakan amalan realpolitik Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara Mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III dari Perancis Berjaya menewaskan Austria Akhirnya, Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali dan Rom

    d) Nyatakan usaha pembentukan negara bangsa Jerman.

    Otto Eduard von Bismark mengamalkan realpolitik Dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman Telah menggunakan taktik tipu helah Pemalsuan dokumen Provokasi Penipuan Ugutan Untuk mencetuskan peperangan Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran Bismark

    3 Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk kerajaan Islam di Madinah. (MS 71)

    a) Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. membentuk kerajaan ini?

    Melalui prinsip Islam Menyusun perlembagaan terlebih dahulu Piagam Madinah dapat menyatukan penduduknya yang berbilang kaum Juga menggunakan cara diplomasi Musyawarah

    Permuafakatan Amalan kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin Amalan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat

    b) Bagaimanakah negara kita iaitu Malaysia telah dibentuk?

    Kebijaksanaan pemimpin Tiada pertumpahan darah Rundingan Pakatan murni Tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar Pandangan jauh pemimpin

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    7/32

    4 Perlembagaan Negeri Johor telah digubal pada tahun 1895. (MS 80 82)

    a) Siapakah yang menggubal perlembagaan tersebut?

    Sultan Abu Bakar

    b) Apakah tujuan pengenalan perlembagaan tersebut?

    Membentuk kerajaan bercorak demokrasi Memantapkan sistem pentadbiran Johor Menghalang rancangan British menguasai negeri Johor

    c) Senaraikan syarat penabalan sultan seperti yang termaktub dalam perlembagaan

    tersebut.

    Berbangsa Melayu Lelaki Beragama Islam Waris pemerintah Johor

    d) Nyatakan bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan berikut seperti yang terdapatdalam perlembagaan tersebut.

    Majlis Negeri - Mempunyai kuasa perundangan Jemaah Menteri - Mempunyai kuasa pelaksanaan / mentadbir negeri

    5 * Diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III (MS 84 86)* Dikenal sebagai Ittiqan-ilmuluk bi- tadil il -suluk

    a) Nyatakan maksud Ittiqan-ilmuluk bi- tadil il -suluk.

    Keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan

    b) Berikan syarat untuk menjadi sultan Terengganu.

    Beragama Islam Bangsa Melayu Lelaki Waris Sultan yang memerintah

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    8/32

    c) Nyatakan kedudukan sultan Terengganu mengikut Undang-undang Tubuh.

    Mengamalkan sistem monarki / Pemerintahan beraja Raja Berperlembagaan Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Dibantu oleh Jemaah Menteri

    d) Apakah syarat yang ditetapkan pada menteri dalam Undang-Undang Tubuh KerajaanTerengganu?

    Beragama Islam Berbangsa Melayu Rakyat Terengganu

    Aku taat setia kepada Sultan dan kerajaan Dilarang mengkhianati pemerintah Ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain

    6 Berikut menunjukkan hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan mengikut Adat perpatih.(MS 87 88)

    Yang Dipertuan Besar

    Undang

    Lembaga

    Buapak

    Anak Buah

    a) Apakah peranan Undang?

    Melantik Yang Dipertuan Besar Mengetuai Luak

    b) Nyatakan tugas Lembaga.

    Memilik Undang untuk mengetuai Luak Ketua suku anggota masyarakat Bertanggungjawab terhadap suku masing-masing

    c) Senaraikan tugas buapak.

    Ketua Perut Menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah terutama yang berkaitan dengan adat

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    9/32

    d) Apakah unsur-unsur demokrasi yang terdapat dalam pemerintahan Negeri Sembilan?

    Tidak mengamalkan kuasa mutlak Kuasa diagih kepada individu mengikut peringkat Pemimpin dipilih secara muafakat

    e) Pengamalan Adat Perpatih dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan telahmelahirkan peraturan-peraturan hidup yang boleh dijadikan amalan dalammengekalkan keharmonian negara. Apakah peraturan-peraturan hidup tersebut?

    Mementingkan kepentingan bersama Semangat bergotong-royong Permuafakatan

    Saling menghormati antara satu sama lain

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    10/32

    Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

    1 Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan untuk menggubal Perjanjian PersekutuanTanah Melayu 1948. (ms 104-106)

    a) Senaraikan pihak yang menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

    Raja-raja Melayu UMNO Pegawai Kanan British

    b) Nyatakan tuntutan yang dikemukakan oleh orang Melayu kepada JawatankuasaEksekutif.

    Raja-raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur MalayanUnion

    Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri MelayuBersekutu

    Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union Mereka meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang

    Melayu dipulihkan Mereka menuntut supaya raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu

    diakui semula

    c) Nyatakan golongan yang menentang penubuhan Jawatankuasa Eksekutif.

    Orang Melayu radikal Orang dagang

    d) Bagaimanakah cara AMCJA-PUTERA menentang perjanjian tersebut?

    Mengadakan ceramah politik Demonstrasi Mogok Mencadangkan Perlembagaan Rakyat

    e) Mengapakah AMCJA-PUTERA menentang Jawatankuasa Eksekutif?

    Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak kerana tiada perwakilanorang dagang

    Menuntut konsep sebuah republic Menuntut kemerdekaan penuh

    Bersetuju dengan konsep Malayan Union

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    11/32

    f) Senaraikan kandungan Perlembagaan Rakyat.

    Singapura disatukan dengan Tanah Melayu Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada

    rakyat Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu Kerakyatan yang sama rata Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama

    British dan Tanah Melayu Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu

    2 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani pada 21 Januari 1948.(ms 107-108)

    a) Nyatakan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

    Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

    b) Apakah kesan perlaksanaan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948.

    British masih menguasai Tanah Melayu Kemerdekaan belum dicapai Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada

    peringkat pusat Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua

    pentadbir negeri Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaannegeri

    Membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri Syarat kerakyatan diperketatkan British mengiktiraf semula ketuanan Melayu Institusi Raja Melayu dikekalkan Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan

    British

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    12/32

    3 Sabah dan Sarawak telah menjadi tanah jajahan British dalam tahun 1946. (ms 110-112)

    a) Nyatakan alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

    Vyner Brooke tua Vyner Brooke uzur Penggantinya iaitu Anthony Brooke tidak layak Masalah kewangan selepas Perang Dunia Kedua Desakan British

    b) Apakah faktor penentangan penyerahan Sarawak kepada British?

    Bercanggah dengan Perlembagaan 1941 Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua tempatan

    c)

    Berikan cara penentangan Gerakan Anti-Penyerahan Persatuan-persatuan menentang pengisytiharan secara terbuka Menghantar surat bantahan kepada kerajaan British Berdemonstrasi Kakitangan awam meletak jawatan Kaum terpelajar mengadakan pakatan sulit Menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas Rosli Dhobi menikam Gabenor Sarawak, Sir Duncan Stewart

    d) Nyatakan tindakbalas British terhadap Gerakan Anti-Penyerahan

    Mengeluarkan surat Pekeliling No. 9 Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan Menghukum gantung Rosli Dhobi dan tiga orang lagi

    e) Mengapakah penyerahan Sabah oleh SBUB kepada British tidak mendapat bantahandaripada penduduk tempatan?

    Kesedaran politik amat perlahan Berpecah-belah

    Tidak berkesan Hanya terdapat persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana Persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    13/32

    Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

    1 Sistem Ahli telah ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari 1951.

    a) Nyatakan ciri-ciri Sistem Ahli. (ms 117-119)

    Merupakan sistem kabinet bayangan Anggota dikenali sebagai Ahli Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British Dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu Terdiri daripada 9 anggota 5 orang penduduk tempatan Tanah Melayu 4 orang pegawai British Ahli-ahli diletak di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British Ahli mengetuai portfolio

    b) Bincangkan perlaksanaan Sistem Ahli

    Ahli ditugaskan menjaga satu portfolio Mengandungi beberapa jabatan Ahli menguruskan pentadbiran harian jabatan Ahli mencadangkan undang-undang berkaitan jabatan Ahli berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan

    bersama Pesuruhjaya Tinggi memberikan arahan dan persetujuan bersama Cadangan undang-undang merupakan pendirian pentadbian British

    c) Huraikan kepentingan Sistem Ahli.

    Tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri Memulakan proses perpaduan kaum Asas penting untuk menentukan kemerdekaan Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan moden Selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi Dapat mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya

    2 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Kemerdekaan Ke London. (ms 123-124)

    a) Namakan ahli rombongan yang mewakili Sultan.

    Dato Panglima Bukit Gantang Dato Nik Ahmed Kami l Encik Abdul Aziz Majid Dato Mohd. Seth

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    14/32

    b) Namakan 3 ahli rombongan lain yang mewakili Parti Perikatan

    Dr. Ismail Abdul Rahman Dato Abdul Razak Hussein

    Kolonel H. S. Lee

    c) Apakah hasil rundingan mereka di London?

    Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957 Pembentukan suruhanjaya bebas menggubal perlembagaan

    d) Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman sekembalinya ke tanah air?

    Mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka Membentuk suruhanjaya bebas menggubal perlembagaan

    3 Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayuyang merdeka. (ms 123-124)

    a) Apakah isu yang menjadi panduan Suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan?

    Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat Pemberian kuasa autonomi kepada negeri Mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu Hak istimewa orang Melayu Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu

    b) Apakah perkara yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

    Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan Pemisahan antara kuasa pusat dengan negeri Melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Simpanan Melayu diteruskan

    Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak dibawah kuasa Parlimen Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran Beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    15/32

    c) Nyatakan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

    Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang berdaulat Mentadbir mengikut acuan sendiri

    Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk Konsep Raja Berperlembagaan dibentuk Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan murni untuk perpaduan Keharmonian kaum dapat dicapai Tanpa pertumpahan darah Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa telah diketepikan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Simpanan Melayu diteruskan Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara Penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan

    perundangan Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi barat untuk

    membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

    d) Jelaskan keistimewaan cara kemerdekaan Tanah Melayu dicapai.

    Diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah Sikap kerjasama antara kaum

    Mengutamakan perundingan masyarakat berbilang kaum Musyawarah sebagai pendekatan mengatasi segala kemelut politik negara dan bangsa Melalui pakatan murni Mengamalkan tolak ansur politik Melalui perpaduan kaum Melalui pilihanraya Melalui perjanjian dengan British

    4 Beberapa orang tokoh telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapaikemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (ms 131-132)

    a) Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman.

    Presiden UMNO Ketua Parti Perikatan Perdana Menteri yang pertama Mengendalikan pakatan murni antara kaum Mencapai kemerdekaan dengan harmoni

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    16/32

    b) Huraikan sumbangan Tun Abdul Razak

    Timbalan Presiden UMNO

    Timbalan Perdana Menteri Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua

    c) Nyatakan sumbangan Tun H. S. Lee

    Tokoh MCA Memulakan kerjasama antara kaum Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan Bekerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan Menteri Kewangan Tanah Melayu yang pertama

    d) Apakah peranan Tan Cheng lock?

    Presiden MCA yang pertama Menyokong Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan negara Menyokong pakatan murni Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaya

    e) Huraikan peranan Tun V. T. Sambanthan

    Presiden MIC Bersama Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan Menyokong dasar kerjasama kaum Menyeru kaum India setia kepada Tanah Melayu

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    17/32

    BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA

    1 Terangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia pada tahun 1963. (m/s 139-140)

    Faktor politik

    menghalang pengaruh komunis di Singapura mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak proses dekolonisasi arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menstabilkan politik di Asia Tenggara

    Faktor ekonomi

    pasaran luas galakan pelaburan memanfaat keistimewaan memanfaat kekayaan seperti bijih timah menikmati pembangunan

    Faktor sosial

    Mewujudkan kesepakatan Semangat setia kawan Majukan anggota belum membangunkan

    Imbangi jumlah kaum Antara Melayu dan bukan

    2 Jelaskan reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia.(m/s 141)

    PAP dan Lee Kuan Yew menyokong bimbang pengaruh Barisan Sosiolis Barisan Sosiolis menentang menganggap penjajahan baru menuntut pandangan rakyat

    referendum diadakan rakyat Singapura setuju menyertai Malaysia

    3 Jelaskan reaksi Sarawak dan Sabah terhadap Gagasan Malaysia.(m/s 142)

    reaksi awal menolak ingin kekal di bawah British

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    18/32

    SUPP bimbang Sabah dan Sarawak dikuasai Persekutuan Tanah Melayu UNKO bimbang penguasaan orang Melayu BERJASA mahukan merdeka dahulu akhirnya semua parti setuju kecuali SUPP

    4 Jelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.(m/s 149-152)

    lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak menerangkan tujuan penubuhan mengadakan rundingan antara pegawai British, Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan

    Singapura Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia mengumpulkan pandangan penduduk menubuhkan Suruhanjaya Cobbold (1962) dipengerusikan oleh Lord Cobbold bertujuan meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia satu per tiga menyokong tanpa syarat satu per tiga inginkan kemerdekaan dahulu penentukan tarikh penubuhan Malaysia bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)m membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah penubuhan Suruhanjaya PBB meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah

    majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963

    5 Apakah inti pati Perjanjian Malaysia 1963? (m/s 155)

    hal ehwal luar adalah kuasa persekutuan agama Islam agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak agama lain bebas diamalkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan taraf yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu Singapura memperoleh 15 kerusi perwakilan parlimen

    6 Apakah kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini? (m/s 156)

    keluasan negara bertambah bilangan penduduk bertambah pertahanan negara lebih kukuh

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    19/32

    komunis dapat dibanteras penjajahan asing ditamatkan merapatkan hubungan antara kaum memperkaya budaya negara

    meluaskan pasaran dalam negara sumber hasil diperkaya negeri-negeri yang kurang maju dibangunkan

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    20/32

    BAB 7

    SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

    1 Jelaskan maksud institusi Raja Berpelembagaan. (ms 167)

    sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan perlembagaan bertindak berasaskan perlembagaan nasihat Perdana Menteri tidak boleh bertindak sendirian kecuali perkara tertentu ikut budi bicara

    2 Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dipilih? (ms 167)

    dipilih daripada 9 raja-raja Melayu secara bergilir secara sulit oleh Majlis raja-raja Melayu mengikut peruntukan perlembagaan memegang jawatan 5 tahun

    3 Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. (ms 168)

    ketua negara Malaysia ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah

    Persekutuan

    Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata melantik Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Peguam Negara mentauliah duta-duta negara mengisytihar undang-undang darurat / Undang-undang X memelihara hak istimewa orang Melayu

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan badan perundangan? (ms 172)

    Parlimen terdiri YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

    Parlimen berperanan menggubal undang-undang dinamakan akta

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    21/32

    5. Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara. (ms 172)

    dewan tertinggi mengandungi 69 orang ahli 40 ahli dilantik Yang di-Pertuan Agong

    Ahli Dewan Negara digelar Senator tempoh keanggotaan 3 tahun berumur sekurang-kurangnya 30 tahun taraf sama dengan Ahli Parlimen boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri

    6. Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat. (ms 172)

    ahlinya dipilih rakyat melalui pilihan raya mewakili kawasan pilihan raya tempoh keanggotaan lima tahun tugas menggubal undang-undang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun mengandungi 219 orang ahli

    7. Nyatakan proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen. (ms 173)

    cadangan oleh kementerian rang undang-undang oleh Peguam Negara

    bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi baca tajuk bacaan kedua di Dewan Rakyat dibahaskan perbincangan terperinci oleh Jawatankuasa di Dewan Rakyat bacaan ketiga di Dewan Rakyat. Dibahaskan semula dan diluluskan pembentangan di Dewan Negara diperkenankan oleh YDPA pewartaan dalam Warta Kerajaan

    8. Jelaskan ciri-ciri badan pelaksana. (ms 173-174)

    pembuat dasar tertinggi negara terdiri daripada Jemaah Menteri /Kabinet diketuai Perdana Menteri Menteri mengetuai kementerian Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri KSN mengawasi perjalanan kementerian kakitangan awam melaksanakan dasar kerajaan

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    22/32

    9. Apakah peranan mahkamah? (ms 175)

    mentafsir perlembagaan negara melaksanakan undang-undang mentafsir undang-undang

    mengisytiharkan undang-undang persekutuan atau negeri mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

    10 Jelaskan ciri-ciri hakim. (ms 176)

    dilantik YDPA dengan nasihat Perdana Menteri dilindungi daripada pengaruh politik bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang tidak dibenarkan terlibat dalam politik

    11 Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? (ms 177)

    menjalankan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil dengan adil, dan saksama menjalankan pendaftaran pemilih menentukan sempadan pilihan raya

    12. Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya? (ms 179)

    warganegara Malaysia berumur 21 tahun bermastautin di Malaysia sempurna akal bukan orang muflis tidak disabitkan dengan kesalahan mahkamah tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam mengemukakan kertas penamaan calon

    13. Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengundi? (ms 179-180)

    berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin mendaftar sebagai pemilih pasukan keselamatan mengundi melalui pos

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    23/32

    14. Mengapakah pilihan raya kecil diadakan? (ms 178)

    kematian wakil rakyat peletakan jawatan wakil rakyat pelucutan jawatan wakil rakyat

    15. Mengapakah negara kita mengadakan pilihan raya? (ms

    Melibatkan rakyat untuk memilih pemimpin menentukan bentuk kerajaan menjamin kerajaan yang cekap melaksanakan sistem demokrasi

    16 Nyatakan maksud pada lambang jata negara (ms 188)

    harimau keberanian pokok Melaka negeri Melaka pokok Pinang negeri Pulau Pinang bulan sabit Islam agama rasmi Bintang 14 negeri dalam Malaysia lima bilah keris Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu, Johor bunga raya bunga kebangsaan

    17 Mengapakah cogan kata negara ditulis dalam tulisan jawi ?

    tulisan pertama negara identiti bangsa warisan bangsa dan budaya

    18. Mengapakah Jata Negara penting kepada negara?

    lambang kemegahan penduduk lambang rasmi negara identiti sesebuah negara menjadi kebanggaan warga negara simbol perpaduan lambang kedaulatan negara memangkin semangat patriotik rakyat

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    24/32

    19 Jelaskan maksud pada lambang bendera negara kita. (ms 189)

    Merah berani Putih kesucian Biru perpaduan Kuning kedaulatan raja Bulan sabit Islam agama rasmi Bintang pecah 14 gabungan 14 negeri dalam Malaysia

    20 Apakah tanggungjawab rakyat kepada bendera kebangsaan?

    Menghargai Menghormati Memuliakan Mengibarkan memahami maksud lambang negara

    21 Mengapakah negara kita mempunyai bendera kebangsaan?

    membangkitkan semangat patriotik menimbulkan rasa bangga terhadap negara tanda ketaatan dan negara lambang kemegahan penduduk lambang rasmi negara identiti sesebuah negara

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    25/32

    BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

    8.1 Rukun Negara

    1 Gagasan pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969(ms 210-212).

    a) Apakah matlamat pengenalan Rukun Negara?

    Mengukuhkan perpaduan Memelihara corak hidup demokratik Mencipta sebuah masyarakat yang adil Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai Membina masyarakat progresif

    b) Pada pendapat anda, mengapakah kepercayaan kepada Tuhan diberi keutamaan dalamprinsip Rukun Negara?

    Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab melengkapi hidup manusia

    [Mana-mana jawapan munasabah]

    c) Mengapakah kita mesti patuh kepada prinsip Rukun Negara yang keempat?

    Menuntut rakyat menghormati undang-undang Tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang Rakyat akan dapat hidup aman damai Bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan Undang-undang tidak dicabar oleh mana-mana pihak

    [Mana-mana jawapan munasabah]

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    26/32

    8.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    1 Garis masa berikut berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan negara yang diwujudkan selepasnegara kita merdeka. (ms 212-215)

    1956 Penyata Razak

    1957 Ordinan Pelajaran

    1960 Laporan Rahman Talib

    1961 Akta Pelajaran

    1974 Jawatankuasa Kabinet

    1979 Jawatankuasa Kabinet

    a) Nyatakan cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang kemudiannya dijadikan OrdinanPelajaran 1957.

    Penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan. Satu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk Penubuhan sekolah jenis umum rendah Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah.

    b) Nyatakan syor tambahan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelumnya.

    Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan. Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk perpaduan. Pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah tanpa mengira agama dan

    kaum. Sekolah rendah yang guna bahasa Inggeris ditukarkan ke bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai

    pelajar tidak kurang 15 orang pelajar Islam. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat

    sekurang-kurangnya 15 pelajar. Semua peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa kebangsaan.

    c) Senaraikan cadangan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 sebagai memantapkanDasar Pendidikan Kebangsaan.

    Menekankan kemahiran 3M Kenaikan darjah secara automatik. Penekanan terhadap sekolah vokasional. Sukatan pelajaran sekolah swasta.

    Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan. Penekanan terhadap kokurikukulum. Penekanan terhadap disiplin.

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    27/32

    d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Falsafah PendidikanKebangsaan?

    Pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Memudahkan hala tuju pendidikan negara.

    Berusaha melahirkan insan/individu seimbang dan harmonis. Iaitu dari segi intelek, rohani dan jasmani Melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas Memupuk perpaduan. Melahirkan masyarakat berkahlak mulia dan berketerampilan.

    [Mana-mana jawapan yang munasabah]

    e) Pada pandangan anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui dasar-dasarpendidikan?Dalam konteks anda sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah sistem pendidikan bolehmembentuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.

    Penggunaan bahasa pengantar yang sama. Penggunaan kurikulum yang sama. Interaksi pelajar pelbagai kaum dalam kegiatan kokurikulum. Mewajibkan penglibatan pelbagai kaum dalam seesuatu aktiviti kurikulum/

    kokurikulum. Mewujudkan sekolah wawasan/ sekolah bestari. Penyelarasan sistem peperiksaan.

    [Mana-mana jawapan yang munasabah]

    PERPADUAN KEBANGSAAN8.3 Akta Bahasa Kebangsaan8.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan8.5 Sukan Untuk Perpaduan

    1 Jelaskan kedudukan bahasa Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu 1957 (ms 216).

    Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    2 Terangkan langkah-langkah memajukan/ memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan.(ms 216).

    Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956. Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa. Melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa pada tahun 1960. Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar/ Sekolah Alam Shah/ Sekolah Sri Puteri/ Seklah Sultan Abdul Halim.

    Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967. Tahun 1970 bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada bahasakebangsaan.

    Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977.

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    28/32

    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasaInggeris pada tahun 1982.

    Bahasa Melayu digunakan di mahkamah pada tahun 1990.

    3 Apakah tujuan penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971? (ms 217)

    Panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kerohanian seimbang

    dengan pembangunan sosioekonomi.

    4 Senaraikan prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

    Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima.

    Islam sebagai unsur yang terpenting.

    8.6 Wawasan 2020

    1 Wawasan 2020 yang dicetuskan pada tahun 1991 merupakan gagasan negara untuk menjadisebuah negara maju menjelang tahun 2020. (ms 219-222)

    a) Siapakah yang mencetuskan gagasan tersebut?

    Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad

    b) Senaraikan matlamat Wawasan 2020.

    Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju Menggunakan acuan sendiri standing negara majuu di dunia Bukan seperti kemajuan di negara Barat/ kemajuan fizikal semata-mata Kemajuan bersepadu

    c) Senaraikan sembilan cabaran Wawasan 2020.

    Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika . Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan bertoleransi. Membina masyarakat yang maju dan saintifik. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Memupuk dan membina masyarakat makmur.

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    29/32

    d) Apakah tujuan penggubalan Wawasan 2020?

    Menyatupadukan perpaduan rakyat Menstabilkan politik Meningkatkan taraf hidup rakyat Mengukuhkan nilai moral dan etika Mengukuhkan sistem kerajaan Memartabatkan Mariah bangsa Memupuk semangat yakin diri bangsanya

    [Mana-mana 9 cabaran Wawasan 2020]

    f) Senaraikan ciri-ciri warganegara yang diperlukan untuk mengatasi Wawasan 2020.

    Bersatu padu Berjiwa bebas Bersikap terbuka Berkeyakinan diri

    Bangga dengan pencapaian negara Tabah menghadapi masalah Bermoral dan beretika Patuh kepada agama Berilmu pengetahuan Maju dan berfikiran saintifik Bersifat kreatif dan inovatif Menghormati orang lain

    [Mana-mana jawapan munasabah]

    g) Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab anda dalam merealisasikan Wawasan 2010?

    Merealisasikan Wawasan 2020 Menyahut Sembilan cabaran W2020 Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi Menguasai kemhiran IT. Berinovasi dan kreatif Berdisiplin Mengamalkan nilai-nilai murni Bersifat penyayang

    [Mana-mana jawapan munasabah]

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    30/32

    BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

    9.1 Perang Dunia Pertama 1914-1918

    a) Apakah faktor politik yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 1914 -1918?(ms 229-231)

    Kemunculan nasionalisme

    Negara kecil di Eropah bergabung Membentuk negara yang lebih besar Seperti Jerman/ dan Itali Menyertai negara besar yang lain/ Britian/Perancis/Austria-Hungary Usaha dapatkan tanah jajahan Sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan Mewujudkan persaingan akibat imperialisme baru Membentuk lingkungan pengaruh Kemunculan pakatan negara-negara Eropah

    Perikatan Kuasa Tengah/ Tripple Alliance Pakatan Bertiga/ Triple Entente Mengancam perimbangan kuasa dunia

    b) Nyatakan negara anggota Perikatan Kuasa Tengah.

    Jerman Austria-Hungary Itali

    Turki Bulgaria

    c) Senaraikan negara yang bergabung dalam Pakatan Bertiga.

    Britian Perancis Rusia Itali

    Jepun

    d) Senaraikan kesan Perang Dunia Pertama terhadap ekonomi dunia.

    Negara terlibat mengalami inflasi Hutang peperangan yang tinggi Perbelanjaan perang yang terlalu besar Pakatan Bertiga US $125 bilion Perikatan Kuasa Tengah US $60 bilion

    Membawa masalah inflasi dan pengangguran Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun Kesan ini dirasai oleh Britian. Britian kehilangan satu pertiga perdagangan luarnya.

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    31/32

    e) Terangkan implikasi perang tersebut terhadap sistem politik.

    Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah Persidangan Damai Perjanjian Versailles Mengubah peta Eropah Pembentukan beberapa negara baru Pembentukan Liga Bangsa Matlamatnya menggalakkan keamanan Kerjasama antarabangsa, dan Menjamin keselamatan bersama

    f) Pada pendapat anda, mengapakah peperangan menyebabkan kesengsaraan terhadap rakyat?

    Rakyat hidup dalam ketakutan

    Kehilangan harta benda Kehilangan keluarga dan rakan Kos makanan menjadi mahal Kekurangan bahan makanan

    [Mana-mana jawapan yang munasabah]

    9.2 ASA & MAPHILINDO

    1 Rajah berikut menunjukkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau (ms 253 260).

    a) Jelaskan penubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA).

    Cadangan Tunku Abdul Rahman Melindungi negara anggota daripada ancaman komunis

    Menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial Negara anggota ialah Malaysia, Thailand dan Filipina Ditubuhkan pada 31 Julai 1961. Dibubarkan pada 1963. Akibat pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina.

    b) Apakah matlamat penubuhan ASA?

    Menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara anggota

    Dalam bidang ekonomi, sosial dan politik Memberi dan menyediakan kemudahan latihan Penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota Mengekalkan dan menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.

    Pertubuhan Serantau ASA, MAPHILINDO dan ASEAN

  • 7/31/2019 Modul Sejarah Tingkatan 5 2012_jpn

    32/32

    c) Apakah tujuan utama penubuhan MALAYSIA, FILIPINA dan INDONESIA(MAPHILINDO)?

    Meningkatkan perhubungan persahabatan Menyelesaikan perteleingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia

    d) Kesan penubuhan MAPHILINDO.

    Sepakat memohon bantuan PBB Mendapat pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Malaysia PBB menghantar wakilnya, yg diketuai Lawrence Michael More membuat tinjauan Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dan sokong pembentukan Malaysia.

    e) Pada pandangan anda, apakah manfaat Malaysia menyertai pertubuhan serantau seperti ASAdan MAPHILINDO?

    Mengeratkan hubungan diplomatik antara negara. Mendapat sokongan dan bantuan keselamatan Menambah kerjasama dalam politik, ekonomi dan sosial. Menggalakkan pelaburan. Membantu perkembangan industri pelancongan Negara Meluaskan pasaran barangan siap. Membantu pengimportan produk tempatan ke pasaran serantau. Mengekalkan keamanan serantau Menonjolkan kewibawaan pemimpin negara

    Menempuh cabaran globalisasi dengan berkesan Menampung keperluan tenaga kerja serantau

    [Mana-mana jawapan yang munasabah]