modul pengajaran fertigasi

19
MODUL PENGAJARAN TANAMAN KOMERSIAL JENIS TANAMAN : CILI KULAI 461 ( CILI BESAR) SISTEM TANAMAN : FERTIGASI KEMAHIRAN PERKEBUNAN KEMAHIRAN KHUSUS Mengenalpasti alatan penanaman pokok cili secara fertigasi. Menggunakan alatan penanaman pokok cili. Mengamalkan keselamatan semasa penanaman pokok cili. Mengamalkan kebersihan di tapak penanaman pokok cili. Mengenalpasti bahan penanaman pokok cili. Menanam pokok cili . Menjaga pokok cili.

Upload: danjuro-hamada

Post on 10-Apr-2016

137 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pertanian moden

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pengajaran Fertigasi

MODUL PENGAJARAN TANAMAN KOMERSIAL

JENIS TANAMAN : CILI KULAI 461 ( CILI BESAR)SISTEM TANAMAN : FERTIGASI

KEMAHIRAN PERKEBUNAN

KEMAHIRAN KHUSUS Mengenalpasti alatan penanaman pokok cili secara fertigasi.

Menggunakan alatan penanaman pokok cili.

Mengamalkan keselamatan semasa penanaman pokok cili.

Mengamalkan kebersihan di tapak penanaman pokok cili.

Mengenalpasti bahan penanaman pokok cili.

Menanam pokok cili .

Menjaga pokok cili.

Memungut dan menjual buah cili

Page 2: Modul Pengajaran Fertigasi

PROJEK UTAMA PROJEK KOMERSIAL

PROJEK KHUSUS (A) Penanaman sayuran jenis buah (Cili)

ALATAN Bekas semaian 104 lubang32 mm polipipe20 mm polytubeCocopeatValve & rubber gourmetTangki 400 literPipe fittingPam air 0.5 HPDigital timerMicrotube 1mmEC meterPancang (besi nako)Tali rafiaWeed control matPasu putihSarung tangan.Serampang tangan/sudip tangan.Pakaian berkebun.Tong racun.Bekas racun.Topeng muka. Carta peralatan.Lembaran kerja.

Page 3: Modul Pengajaran Fertigasi

BAHAN Air.Baja ABSabut kelapaBiji benih/anak pokok.Racun serangga.Racun kulat.Racun rumpai.

STRATEGI PENGAJARANLANGKAH 1 :

1.1. Menjalankan set induksi.

LANGKAH 2 :

2.1. Memastikan murid mengenalpasti peralatan perkebunan yang akan digunakan semasa berkebun serta tahu menggunakan peralatan tersebut melalui aktiviti:

2.1.1. Lawatan ke stor penyimpanan peralatan perkebunan.2.1.2. Latih tubi menyebut nama alatan secara kumpulan dan individu.2.1.3. Memadan gambar alatan dengan perkataan.2.1.4. Tayangan video.

- Menonton tayangan video berkaitan tanaman secara fertigasi.- Menonton tayangan cara memegang alatan dengan betul.- Melakukan simulasi penggunaan alatan dengan cara yang betul.

2.1.5. Demonstrasi penggunaan alatan dengan betul.seperti berikut :i. Cangkul : - Memegang hulu batang cangkul dengan kedua-dua tangan. - Mengangkat ke hadapan pada paras dada atau mengikut keperluan tinggi dan

rendah. - Melambuk pada permukaan tanah untuk menggali lubang atau membina batas.

Page 4: Modul Pengajaran Fertigasi

- Dilakukan secara berulangan mengikut keperluan.ii. Pencakar-mengumpul rumput :- Memegang batang pencakar dengan dua belah tangan.- Memastikan mata pencakar menghala ke bawah.- Tarik pencakar ke bahagian dalam ketika mencakar sampah/rumput/buah.

iii. Sarung tangan-melindungi tangan :- Masukkan jari ke dalam sarung tangan mengikut susunan jari yang betul.- Tarik sarung tangan sehingga pergelangan tangan.- Sarung tangan hendaklah dipakai pada kedua-dua belah tangan.

iv. Serampang tangan & sudip tangan-menggembur dan memasukkan sabut ke dalam pasu:

- Memegang serampang tangan dengan tangan kanan atau kiri.- Menghalakan mata serampang tangan ke atas batas atau bekas tanaman.- Membuat pergerakan menggembur tanah di atas batas atau dalam bekas tanaman.

2.1.6. Latihan amali menggunakan alatan.

LANGKAH 3 :

3.1. Menerapkan tentang aspek mengamalkan keselamatan diri melalui aktiviti :3.1.1.Perbincangan tentang penjagaan keselamatan diri menggunakan carta bergambar

yang berkaitan.- Menerangkan peraturan keselamatan diri.- Menerangkan perlunya menjaga keselamatan diri.- Bersoal jawab tentang keperluan memakai kasut ketika berada di kebun.- Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan diri.- Mengambil peralatan mengikut arahan.- Memakai pakaian yang sesuai.

Page 5: Modul Pengajaran Fertigasi

3.1.2. Menerangkan langkah-langkah penjagaan keselamatan diri.- Peraturan menggunakan alatan mestilah dipatuhi.- Laporkan kepada guru dengan serta merta sekiranya terdapat kemalangan.- Jangan simpan racun dan baja dalam bekas minuman.- Jangan letakkan bahan kimia di merata-rata tempat dan jauhkan daripaka rakan-

rakan.- Mencuci tangan dengan sabun selepas menjalankan aktiviti perkebunan.

3.2. Menerapkan tentang aspek mengamalkan keselamatan rakan melalui aktiviti :3.2.1. Lakonan berkaitan salah laku ketika berkebun.

- Melakonkan aktiviti-aktiviti di bawah :- Menghulurkan cangkul dengan cara yang salah.- Membaling tanah kepada rakan-rakan.- Mencabut pokok-pokok yang telah ditanam.- Mencucuk kawan dengan peralatan perkebunan.

3.3. Menerapkan tentang aspek mengamalkan keselamatan bahan melalui aktiviti :3.3.1. Menyenaraikan bahan/alatan yang boleh mendatangkan bahaya.i. Racun tumbuhan.ii. Racun seranggan.iii. Bekas racun tumbuhan.iv. Bekas racun serangga .v. Baja.vi. Sarung plastik baja.3.3.2. Perbincangan tentang penggunaan racun.i. Sebelum meracun:

- Membaca arahan menggunakan racun..- Mengikut peraturan meracun.- Memakai pakaian sesuai seperti memakai baju lengan panjang /seluar panjang,

memakai penutup hidung, dan topi untuk aktiviti meracun.

Page 6: Modul Pengajaran Fertigasi

ii. Semasa meracun:- Menyembur racun hanya pada tempat yang hendak diracun.- Tidak menghalakan racun kepada orang lain.- Tidak meminum air campuran racun.- Menghalakan batang penyembur ke arah bawah.- Menyembur mengikut arah tiupan angin supaya semburan menyembur dalam jarak

jauh.iii. Selepas meracun:

- Membuang baki racun dengan mencurahkannya ke tanah.- Membersihkan bekas meracun serta perkakasan yang lain.- Menyimpan racun dan

bekasnya di tampat yang selamat.- Membungkus botol racun dengan kemas dan selamat.- Membersihkan diri.

3.3.3. Tayangan video tentang bahaya penggunaan racun serangga.3.3.4. Demonstrasi.

- Langkah-langkah keselamatan penggunaan racun serangga dan baja.- Bahaya racun serangga.- Menggunakan peralatan yang sesuai ketika menggunakan racun serangga.- Penggunaan racun serangga mengikut sukatan yang betul.

3.4. Menerapkan tentang aspek mengamalkan keselamatan alatan melalui aktiviti :3.4.1. Bercerita tentang penggunaan alatan untuk melakukan aktiviti.

- Menerangkan peraturan penggunaan alatan.- Menyatakan langkah-langkah penggunaan setiap alatan.- Memastikan murid tidak menggunakan peralatan yang rosak.- Membaik pulih peralatan yang masih boleh digunakan.

3.4.2. Perbincangan mengenai cara menggunakan alatan dengan betul supaya tidak membahayakan diri dan juga rakan.

i. Cangkul. Gunakan apabila perlu digunakan semasa aktiviti.

Page 7: Modul Pengajaran Fertigasi

Letakkan mata cangkul ke arah bawah apabila tidak digunakan. Letakkan jauh dari diri dan rakan. Minta izin guru untuk menggunakan.ii. Pencakar Gunakan apabila perlu digunakan semasa aktiviti. Letakkan mata pencakar ke arah bawah apabila tidak digunakan. Minta izin guru untuk menggunakannya.iii. Serampang tangan Gunakan apabila perlu digunakan untuk aktiviti sahaja. Gunakan untuk mengembur tanah. Letak di tempat selamat jika tidak digunakan. Minta izin guru untuk menggunakannya.

3.5. Menerapkan tentang aspek cara menyimpan alatan melalui aktiviti :3.5.1. Melawat ke stor penyimpanan alatan perkebunan.3.5.2. Perbincangan berkumpulan.

- Cara menyimpan alatan di tempat yang sesuai.- Penerangan perlunya menyimpan peralatan di tempat selamat.- Menyimpan peralatan di tempat yang telah dikhaskan.- Peraturan cara menyimpan peralatan perkebunan.

LANGKAH 4 :

4.1. Menerangkan tentang aspek penjagaan kebersihan diri melalui aktiviti :4.1.1. Menunjukkan model yang memakai pakaian berkebun.4.1.2. Cara menjaga kebersihan diri ketika berkebun.

- Memakai pakaian yang sesuai untuk berkebun.- Memakai but getah.- Memakai topi.

Page 8: Modul Pengajaran Fertigasi

- Menggunakan tuala muka untuk mengelap peluh.- Menggunakan sarung tangan.

4.1.3. Membasuh tangan dengan betul selepas berkebun.- Basuh tangan terlebih dahulu untuk membuang sisa kotoran.- Sabunkan tangan dengan menggosok di celah-celah jari dan kuku.- Bilas tangan dengan air sehingga bersih.- Lap tangan dengan tuala sehingga kering.

4.2. Menerangkan tentang aspek penjagaan kebersihan alatan melalui aktiviti :4.2.1. Demonstrasi cara menjaga kebersihan alatan.

- Mengumpulkan semua peralatan yang telah digunakan.- Membersihkan alatan tersebut.- Memastikan tiada kotoran melekat pada peralatan tersebut.- Pastikan semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.- Menyimpan semua peralatan

4.2.2. Latihan amali membersihkan alatan dengan cara yang betul.i. Cangkul Buang tanah yang melekat pada mata cangkul. Cuci mata cangkul dan batangnya di air yang mengalir. Lap mata cangkul dan batangnya. Biarkan kering sebelum disimpan.ii. Pencakar Buang sampah yang melekat pada jejari pencakar. Cuci mata pencakar dan batangnya di air yang mengalir. Lap mata pencakar dan batangnya. Biarkan kering sebelum disimpan.iii. Serampang tangan Buang tanah yang melekat pada mata serampang tangan. Cuci serampang dengan air mengalir. Lap serampang tangan. Biarkan kering sebelum di simpan.

Page 9: Modul Pengajaran Fertigasi

iv. Tong racun Buang sisa racun dalam tong. Masukkan air bersih ke dalam tong. Masukkan serbuk pencuci. Goncang tong racun. Buangkan air campuran sabun di atas tanah. Terlungkupkan tong racun supaya kering di dalamnya. Selepas mencuci tong racun, cuci pula penutup, hos, besi pemegang dengan

sabun dan bilas di air yang mengalir. Lap dan keringkan.

4.3. Menerangkan tentang aspek penjagaan kebersihan tapak semaian melalui aktiviti :4.3.1. Projek menjaga kebersihan di tapak semaian.

- Memastikan kebun sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat, tiada sampah atau rumput atau benda-benda tajam.

- Memasang pagar di sekeliling kawasan tapak semaian.- Analisis tugasan :

Buat lubang di empat penjuru tapak semaian. Memasukkan kayu ke dalam lubang dan ketuk kayu sedalam 10sm. Ratakan tanah di sekeliling lubang. Regang tali dari satu penjuru ke satu penjuru

LANGKAH 5 :

5.1. Menjalankan projek asas tani menanam pokok cili melalui aktiviti :

Page 10: Modul Pengajaran Fertigasi

5.1.1. Projek buku skrap/portfolio tumbuhan jenis sayur-sayuran.- Sayuran daun.- Sayuran berbuah.- Sayuran berubi/akar.

5.1.2. Analisis tugasan: Medium tanah adalah sabut kelapa. Masukkan ke dalam pasu. Pindahkan anak cili kedalam pasu.

5.1.3. Demonstrasi dan amali menyediakan tapak tanaman.- Langkah-langkah menyediakan tapak tanaman .- Merumput.

Membuang rumput-rumput. Menghapuskan haiwan perosak. Meratakan tanah.

5.1.4. Demonstrasi dan amali membuang bendasing daripada tapak semaian.- Mengutip dan mengumpul benda-benda asing seperti rumput, siput, dan batu-batu

yang tidak diperlukan ditapak semaian.5.1.5. Demonstrasi dan amali cara membancuh baja cili AB.

- Ambil baja dan masukkan ke dalam tong air.- Masukkan air dan godak sehingga baja larut.- Tutup tong baja dan simpan ditempat yang selamat.

5.1.6. Demonstrasi dan amali cara memilih biji benih cili di tapak semaian.- Memilih biji benih cili yang berkualiti untuk ditanam dan dimasukkan ke dalam

bekas.- Asingkan biji benih cili yang rosak dan berlubang.

5.1.7. Demonstrasi dan amali cara menyemai biji benih cili. Masukkan media semaian ke dalam bekas semaian 104 lubang. Masukkan biji benih ke dalam media tanaman sedalam 3-5 mm ditengah-

tengah lubang. Siram biji benih cili yang telah ditanam. Letakkan di tempat teduh.

Page 11: Modul Pengajaran Fertigasi

Bekas semaian disiram 2 kali sehari.5.1.8. Projek menanam pokok cili.

- Menyemai biji benih cili di dalam beg politena atau bekas semaian.- Masukkan sabut kelapa ke dalam pasu.- Ratakan kawasan tanaman.- Bentang weed control mat.- Pasang pam air dan polipipe.- Susun pasu yang telah di isi sabut kelapa di tapak tanaman.- Membuat lubang-lubang sebesar cawan di tengah-tengah pasu.- Pindahkan anak pokok cili (berusia 25 hari) dari bekas semaian ke dalam lubang

yang telah dibuat ditengah-tengah pasu. Anak pokok cili dimasukkan hingga daun pertama.

- Rata dan padatkan sabut di sekeliling anak pokok cili.- Pasang pancang dan tali penyokong.- Cucukkan dripper pada setiap pasu bagi menyalurkan air baja.- Bancuhkan air dan baja AB didalam tangki utama dan sukat kadar kandungan

baja dalam air menggunakan EC meter. - Setkan digital timer mengikut waktu tanaman perlu di siram / di salurkan baja.

(8.00pagi, 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 2.00 petang, 5.00 petang)

5.2. Menjalankan projek asas tani menjaga pokok cili melalui aktiviti :5.2.1. Projek menjaga kebun.

- Melakukan aktiviti penjagaan dari masa ke semasa.- Mencabut rumput yang tubuh di dalam pasu.- Membuang tunas.- Membuang daun.- Membancuh baja mengikut jadual. Cara membaja:

Bancuh baja AB dengan air di dalam tangki utama dan sukat menggunakan EC meter.

Sukatan baja mengikut manual pengurusan tanaman fertigasi.

Page 12: Modul Pengajaran Fertigasi

- Mengawal serangan serangga perosak dan penyakit. Mengawal tanaman supaya tidak diserang oleh serangga perosak dan kulat

dengan cara mengguna racun serangga, racun rumpai dan racun kulat. Semburan racun serangga mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5.2.2. Perbincangan tentang bahaya makhluk perosak kepada tanaman :- Merosakkan tanaman.- Pertumbuhan tanaman akan terbantut.- Hasil tanaman kurang berkualiti/terjejas.- Tanaman akan mati.

5.2.3. Perbincangan tentang kepentingan penjagaan tanaman:- Membekalkan nutrien.- Menggalakkan tumbesaran.- Menyuburkan tanaman.- Mengelakkan penyakit.- Mengelakkan serangan serangga perosak.- Mengeluarkan hasil yang subur dan banyak.

5.3. Menjalankan projek projek komersial menuai dan memasarkan hasil pokok cili melalui aktiviti :

5.3.1. Demonstrasi dan amali memungut hasil tanaman yang matang.- Pastikan buah cili cukup matang untuk dituai.- Petik buah cili pada pangkal.- Memasukkan buah cili ke dalam bakul.

5.3.2. Demostrasi dan amali proses memasarkan hasil tanaman yang dituai. - Mengasingkan hasil tuai yang segar dan yang rosak. - Membersihkan hasil tuai yang segar tadi dari kotoran. - Menimbang hasil tuai mengikut berat dan harga yang dikehendaki - Memasukkan hasil tuai yang telah ditimbang ke dalam plastik. - Menyusun hasil yang hendak dijual di dalam bakul yang sesuai. - Meletakkan tanda harga.

Page 13: Modul Pengajaran Fertigasi

PENUTUP 1. Sesi soal jawab tentang aktiviti yang telah dilakukan2. Pemerhatian hasil kerja murid.

PENILAIAN Soal jawab.Refleksi.Pemerhatian.Latihan amali.Pemerhatian.Latihan bertulis.Lisan.Pemerhatian.Temubual.Lembaran kerja.Senarai semak.Hasil kerja murid.