belajar cara-belajar

90
BELAJAR CARA BELAJAR Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Julai 2001

Upload: rohana-nanyan

Post on 23-Jun-2015

1.179 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Belajar cara-belajar

BELAJAR CARA BELAJAR

Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaJulai 2001

Page 2: Belajar cara-belajar

KANDUNGAN• Pengenalan•Objektif Modul •Rasional Belajar Cara Belajar•Apakah Belajar Cara Belajar ?• Peranan Guru dan Murid•Kemahiran Belajar Cara Belajar•Kemahiran Maklumat• Strategi Metakognitif• Pengurusan Masa• Persediaan Peperiksaan•Contoh Rancangan Pelajaran

Page 3: Belajar cara-belajar

1. OBJEKTIF MODUL

Menjelaskan konsep BCB.

Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

Membantu guru melatih guru lain BCB

Menyediakan contoh rancangan p & p

Page 4: Belajar cara-belajar

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah.

Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Page 5: Belajar cara-belajar

Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.

3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Page 6: Belajar cara-belajar

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak

4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

Page 7: Belajar cara-belajar

Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

  Kemahiran belajar melibatkan beberapa

kemahiran seperti:

Page 8: Belajar cara-belajar

Kemahiran Belajar

–Kemahiran Mendengar–Kemahiran Membaca–Kemahiran Menulis–Kemahiran Mengambil Nota–Kemahiran Mengingat

Page 9: Belajar cara-belajar

a.   Kemahiran Mendengar

Apa yang didengar ..........pelbagai teks

seperti:

Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan

Page 10: Belajar cara-belajar

Mengapa perlu didengar.... untuk mendapatkan:

Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan – muzik, puisi, bunyi

Page 11: Belajar cara-belajar

Siapa yang didengar ….

Sesiapa sahaja yang

·  memberi maklumat

·  memberi penjelasan

·  membuat pertanyaan

·  memberi pendapat

Page 12: Belajar cara-belajar

b. Kemahiran Membaca

Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

Page 13: Belajar cara-belajar

Bacaan Intensif

Untuk Maklumat Terperinci

strategi : SQ3R

Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan

Question –tajuk jadi soalan – jawab

Read – baca perenggan untuk maklumat

Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan

Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi

Page 14: Belajar cara-belajar

Baca Laju

Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda:

tulisan condong/ bergaris/tebal

graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota

Page 15: Belajar cara-belajar

Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran

menulis dengan kepantasan yang tinggi dan

tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh

itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca

Page 16: Belajar cara-belajar

Mencatat Nota

Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.

Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Page 17: Belajar cara-belajar

Mengingat

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik.

Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

Page 18: Belajar cara-belajar

Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar

·   Motivasikan diri untuk memberi

sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu   ·  Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis• · Memandang ke arah guru.

Page 19: Belajar cara-belajar

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Page 20: Belajar cara-belajar

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran

belajar cara belajar yang penting.

Page 21: Belajar cara-belajar

Definisi Maklumat

Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang

Page 22: Belajar cara-belajar

Definisi Kemahiran Maklumat

Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan

mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan

tertentu.

Page 23: Belajar cara-belajar

Kemahiran maklumat terdiri daripada:

Kemahiran perpustakaan

Kemahiran belajar

Kemahiran penyelidikan

Kemahiran komunikasi dan penyampaian

Page 24: Belajar cara-belajar

SUMBER

MAKLUMAT

Bahan bercetak

Bahan audiovisual

Sumber berasaskan komputer Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan.

Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik

Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.

Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.

Sumber berasaskan manusia

SUMBER MAKLUMAT

Page 25: Belajar cara-belajar

JENIS SUMBER/BAHAN

1. Jurnal 2. Laporan /Statistik3. Kertas Kerja4. Paten5. Standard/Piawaian6. Tesis/Disertasi7. Katalog Perdagangan8. Ensiklopedia9. Kamus10. Tesaurus11. Atlas/Peta12. Gazetiar13. Brosur/risalah14. Akhbar15. Majalah/Buletin16. Buku teks/rujukan

17. Buku Tahunan18. Monograf19. Buku log/diari20. Kitab suci/Hadith21. Almanak22. Indeks23. Abstrak24. Bibliografi25. Ulasan/Resensi26. Direktori27. Biografi28. Buku Panduan /Manual29. Pangkalan Data Dalam Talian30. Internet31. CD-ROM

Page 26: Belajar cara-belajar

MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

• Memahami tugasan• Menggunakan pelbagai sumber rujukan• Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat• Membina soalan asas• Menentukan maklumat yang diperlukan• Mengenal pasti skop sumber• Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah

Page 27: Belajar cara-belajar

MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT

• Gunakan teknik imbasan dan luncuran• Pilih bahan, baca, dengar dan tonton• Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder• Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta.• Kumpulkan bukti., alasan dan butiran

yang dapat menyokong pandangan/hujah• Menilai sumber maklumat dan laman

web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.

Page 28: Belajar cara-belajar

Kemahiran Menemu Ramah

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat

secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

Page 29: Belajar cara-belajar

Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak

ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan

maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).

Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat).

Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki.

Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.

PERSEDIAAN MENEMU RAMAH

Page 30: Belajar cara-belajar

              Tepati janji temu   Beradab dan gunakan bahasa yang santun

(memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih).

Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.

Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti.

Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu.

Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan.

Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).

SEMASA MENEMU RAMAH

Page 31: Belajar cara-belajar

 Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Page 32: Belajar cara-belajar

KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

menggunakan dengan

kad katalog pembaca

mikrofis

  dengan komputer OPAC

Page 33: Belajar cara-belajar

MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG

Ada tiga jenis laci kad katalog :

·        Laci kad pengarang·        Laci kad perkara ·        Laci kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada lacI

tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul.

Page 34: Belajar cara-belajar

  Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

000-099 Karya Am100-199      Falsafah200-299      Agama300-399      Sains Kemasyarakatan400-499      Bahasa 500-599 Sains Tulen600-699 Teknologi700-799 Kesenian dan Hiburan800-899      Kesusasteraan900-999     Geografi, Sejarah dan Biografi

Page 35: Belajar cara-belajar

Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit

belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks,

bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan

maklumat yang tertentu .

Page 36: Belajar cara-belajar
Page 37: Belajar cara-belajar

Terdapat dua jilid ensiklopedia:Jilid maklumat umum atau jilid makro Jilid maklumat terperinci jilid mikro

Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN.

KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

Page 38: Belajar cara-belajar

 KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS

Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus:

• kamus umum• kamus khas atau kamus istilah.

Page 39: Belajar cara-belajar

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS

1. Pecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik)2. Jenis kata3. Maklumat etimologi4. Label penggunaan5. Rujuk silang6. Varian7. Ejaan8. Sebutan9. Istilah10.Peribahasa11.Contoh ayat

Page 40: Belajar cara-belajar

MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS

1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.  

2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama.

3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.

Page 41: Belajar cara-belajar

4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya.

Fabulous  fabulous – wonderful a fabulous dayIt was a fabulous week. Everything went well

entrifrasa

ayat Keterangan makna

Page 42: Belajar cara-belajar

Senarai enjin pencarian:

Infoseek (http://www.go.com) Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)

Page 43: Belajar cara-belajar

CONTOH ENJIN PENCARIAN

Page 44: Belajar cara-belajar

1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama.

2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.

3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari.

4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang ‘keris’ taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip ‘dagger’ sekiranya tiada

CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET

Page 45: Belajar cara-belajar

pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan.

4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.

5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.

Selamat Mencuba!

Page 46: Belajar cara-belajar
Page 47: Belajar cara-belajar
Page 48: Belajar cara-belajar

STRATEGI METAKOGNISI

An intellect is someone whose mind watches itself.

- Albert Camus

Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.

(Costa, A.L.:1981)

Page 49: Belajar cara-belajar

Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.

Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .

Pengertian Metakognisi

Page 50: Belajar cara-belajar

STRATEGI METAKOGNISI  

I.    Merancang apa yang ingin dipelajari.Ii.   Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii   Menilai apa yang dipelajari.

Pelajar mengawal pembelajarannya dengan:

Page 51: Belajar cara-belajar

KEMAHIRAN MERANCANG

• Meramal

• Menyediakan diri

• Membuat perancangan

Page 52: Belajar cara-belajar

KEMAHIRAN MEMANTAU

Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti:

Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan?

Page 53: Belajar cara-belajar

KEMAHIRAN MENILAI

Murid perlu membuat refleksi:

Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ?

Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?

Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari dengan strategi yang sesuai.

Page 54: Belajar cara-belajar

CARA MENGAJAR METAKOGNISI

Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi       perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

Page 55: Belajar cara-belajar

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI

MERANCANG Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan,

guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti.

Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

Page 56: Belajar cara-belajar

KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA PERINGKAT METAKOGNISI   Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran.

Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

Page 57: Belajar cara-belajar

Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

Ini akan membantu pelajar mengikuti proses metakognisi .

PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA

Page 58: Belajar cara-belajar

Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada

- membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti.

MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA

Page 59: Belajar cara-belajar

Bagaimanakahtindakan itu

harus diberikan pengiktirafan?

Apakah tindakan yang

membanggakn diri anda?

MENGAMBIL KREDIT

Guru harus meminta pelajarmendapatkan maklum balas daripadarakan dengan mengajukan soalan seperti:

Page 60: Belajar cara-belajar

Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:

“Apakah informasi yang diperlukan?” “Apakah alatan yang diperlukan?” “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk

melakukan tingkah laku berkenaan?”

Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan.

MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR

Page 61: Belajar cara-belajar

MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:                  GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah …

GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang …

Page 62: Belajar cara-belajar

MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU TINDAKANGuru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: “Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …”“ Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik.” “Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.” 

Page 63: Belajar cara-belajar

Biasanya murid mengeluarkan perkataan seperti“tidak adil’, ‘tidak baik’, “sangat tegas.”  Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik”,

atau “sangat tegas” kepada murid.

MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

Page 64: Belajar cara-belajar

MAIN PERANAN DAN SIMULASI Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut.  Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

Page 65: Belajar cara-belajar

Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid:

- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik.       - Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru.

- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara

membuat keputusan.

- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.

MENULIS JURNAL

Page 66: Belajar cara-belajar

·      Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan. ·      Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya.

MEMBERIKAN TELADAN

Page 67: Belajar cara-belajar

PENGURUSAN MASA

Murid yang berjaya biasanya mempunyai:

1. Jadual waktu

2. Perancangan yang tersusun dan

sistematik.

Page 68: Belajar cara-belajar

Apakah jadual waktu dan Perancangan ?

Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang

terperinci dan merangkumi:

1. Sesi pembelajaran2. Aktiviti-aktiviti lain.

PerancanganPandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

Page 69: Belajar cara-belajar

Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian? Tentukan masa untuk sesuatu

mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke

hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktiviti-

aktiviti lain.

Page 70: Belajar cara-belajar

Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk :

Berehat. Membuat kerja rumah. Bersukan. Membantu ibu bapa Aktiviti yang diminati Kelas tambahan

Page 71: Belajar cara-belajar

Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu? Mengurangkan pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan

kerja.

Page 72: Belajar cara-belajar

GAYA PEMBELAJARANMengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran?

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

Fokus terhadap apa yang diperlajari Memaksimumkan hasil pembelajaran.

Page 73: Belajar cara-belajar

Apakah Gaya Pembelajaran?

1. Gaya pembelajaran VAK

2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn

Page 74: Belajar cara-belajar

1. Gaya pembelaran VAK

VISUAL

AUDITORI

KINESTETIK

Page 75: Belajar cara-belajar

2. Gaya Dunn & Dunn

Berasaskan beberapa aspek :

Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi

Page 76: Belajar cara-belajar

Alam Sekitar

Bunyi Cahaya Suhu Pola

Page 77: Belajar cara-belajar

Emosi

Motivasi Ketabahan Tanggung jawab Struktur

Page 78: Belajar cara-belajar

Sosiologi

Sendiri Pasangan Rakan Sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

Page 79: Belajar cara-belajar

Fizikal

Persepsi Makan Waktu Gerakan

Page 80: Belajar cara-belajar

Psikologi

Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif

Page 81: Belajar cara-belajar

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAANPeperiksaan memberikan pelbagai pengalaman

RISAU

SUKA

DUKA

KECEWA

dan sebagainya….

Page 82: Belajar cara-belajar

SEBELUM PEPERIKSAAN

Bersedia Latihan Tidur secukupnya Yakin Makan secukupnya Awal Tenang Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir

Page 83: Belajar cara-belajar

SEMASA PEPERIKSAAN

Baca arahan dengan teliti

Anggarkan masa Teruskan kepada

soalan yang lebih mudah

Jangan panik releks

Page 84: Belajar cara-belajar

GURU PERLU:

Bantu murid tekun belajar.

Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah.

Bantu murid memberi perhatian.

Ajar murid teknik belajar yang betul

Page 85: Belajar cara-belajar

Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

Tingkatan : EmpatMasa : 80 minitTajuk : Berita / Laporan SukanBidang : Maklumat dan Interpersonal Hasil pembelajaran:  7.1   Mengenal pasti dan menyatakan

gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.

7.2   Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks.

Page 86: Belajar cara-belajar

Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks. (ii)   Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan.  1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila. Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kata

Page 87: Belajar cara-belajar

Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kataIlmu: SukanPeraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur dan patriotismeKemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan

Page 88: Belajar cara-belajar

Langkah pengajaran dan pembelajaran: 1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi) 2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)

Page 89: Belajar cara-belajar

 

 3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang

didengar. 4. Murid mendengar rakaman audio temu bual

dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting.

(kemahiran mencatat isi) 5. Murid menyenaraikan isi penting dan

membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru.

6.   Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)

Page 90: Belajar cara-belajar

  7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks kemahiran merujuk. 8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan. 9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog