modul ice breaking

11
Modul Perkembangan Kendiri OBJEKTIF MODUL Membantu pelajar untuk membina persoaliti dan serta membina penampilan diri yang berkualiti dalam kehidupan seharian. Menerapkan nilai-nilai dan ciri- ciri remaja yang idel dan baik seperti yang dikehendaki masyarakat. Menggerakkan daya pemikiran dan emosi pelajar dalam memahami dan merasai pengalaman diri sendiri dan orang lain. Membangunkan fungsi dan peranan diri seseorang dalam masyarakat. Melahirkan semangat untuk melakukan perubahan diri kearah kehidupan yang lebih baik dan sempurna. AKTIVITI 1: KENALI SAYA Objektif : Supaya ahli saling mengenali antara satu sama lain. Memupuk kasih sayang dan hubungan silaturrahim antara ahli. Kumpulan sasaran : Pelajar sekolah menengah Jangka masa : 1 jam Peralatan yang diperlukan : Tiada Pelaksanaan : 1. Pemimpin kelompok memperkenalkan diri dan memberi penerangan secara ringkas berkenaan bimbingan kelompok. 2. Setiap ahli perlu memperkenalkan diri iaitu menyebut nama, asal kelahiran, bilangan adik beradik. 3. Dalam memperkenalkan diri pelajar perlu mengaitkan nama dengan nama binatang yang sama pangkal huruf, serta gayanya sekali. 4. Ahli seterusnya akan memperkenalkan diri dengan cara yang sama dan mengulang gaya kawan sebelumnya. 5. Pemimpin kelompok bertanyakan kepada ahli rumusan program. Falsafah Aktiviti : 1. Setiap ahli kelompok perlu saling mengenali antara satu sama lain bagi memudahkan mereka berkongsi isu yang akan dibincangkan dalam bimbingan. 2. Hubungan yang erat antara ahli akan memupuk rasa kekitaan dan

Upload: zafik

Post on 24-Jun-2015

10.241 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

OBJEKTIF MODUL

Membantu pelajar untuk membina

persoaliti dan serta membina

penampilan diri yang berkualiti dalam

kehidupan seharian.

Menerapkan nilai-nilai dan ciri-ciri

remaja yang idel dan baik seperti yang

dikehendaki masyarakat.

Menggerakkan daya pemikiran dan

emosi pelajar dalam memahami dan

merasai pengalaman diri sendiri dan

orang lain.

Membangunkan fungsi dan peranan diri

seseorang dalam masyarakat.

Melahirkan semangat untuk melakukan

perubahan diri kearah kehidupan yang

lebih baik dan sempurna.

AKTIVITI 1: KENALI SAYA

Objektif :

Supaya ahli saling mengenali antara

satu sama lain.

Memupuk kasih sayang dan hubungan

silaturrahim antara ahli.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : Tiada

Pelaksanaan :

1. Pemimpin kelompok memperkenalkan

diri dan memberi penerangan secara

ringkas berkenaan bimbingan

kelompok.

2. Setiap ahli perlu memperkenalkan diri

iaitu menyebut nama, asal kelahiran,

bilangan adik beradik.

3. Dalam memperkenalkan diri pelajar

perlu mengaitkan nama dengan nama

binatang yang sama pangkal huruf,

serta gayanya sekali.

4. Ahli seterusnya akan memperkenalkan

diri dengan cara yang sama dan

mengulang gaya kawan sebelumnya.

5. Pemimpin kelompok bertanyakan

kepada ahli rumusan program.

Falsafah Aktiviti :

1. Setiap ahli kelompok perlu saling

mengenali antara satu sama lain bagi

memudahkan mereka berkongsi isu

yang akan dibincangkan dalam

bimbingan.

2. Hubungan yang erat antara ahli akan

memupuk rasa kekitaan dan

menggalakkan mereka hadir untuk sesi

seterusnya.

AKTIVITI 2 : PENGALAMANKU

Objektif :

Menggalakkan pelajar berkongsi

pengalaman dan perasaan

Memberi kesedaran kepada pelajar

kaitan pengalaman dengan keadaan

sekarang

Memupuk sifat saling mempercayai

antara satu sama lain.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Page 2: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : kertas

lukisan dan pensel

Pelaksanaan:

1. Pemimpin kelompok meminta pelajar

untuk melukis satu benda yang

memberi banyak pengertian seperti

kenangan manis, pahit, disukai dan

sebagainya.

2. Beri mereka masa sekitar 5 hingga 10

minit untuk melukis.

3. Kemudian, pemimpin kelompok

meminta agar setiap ahli

membentangkan apakah makna

perkara yang dilukis itu kepada ahli

kelompok.

4. Seandainya ada pelajar yang

menceritakan cerita yang sedih beri

galakan dan peneguhan kepadanya

kerana berjaya melalui saat itu dengan

tabah.

5. Beri peluang kepada semua ahli untuk

berkongsi.

Rumusan:

1. Setiap orang mempunyai penilaian

yang berbeza pada sesuatu perkara.

2. Peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku

mempengaruhi tingkahlaku masa kini.

3. Sesuatu perkongsian perlu disusuli

dengan kepercayaan yang tinggi dari

rakan-rakan. Sifat menyimpan rahsia

penting dalam membina hubungan

yang baik.

AKTIVITI 3: LUKISAN MASA HADAPAN

Objektif :

Membantu individu melihat diri pada

masa hadapan.

Meransang individu untuk bertindak

bagi mencapai impian yang dicita-

citakan.

Melihat sejauh mana individu itu

bersedia dan merancang akan masa

hadapannya.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : Kertas A4

dan pensil/pen

Pelaksanaan :

1. Pelajar diminta untuk melukis imej diri

pada masa 20 tahun akan datang.

Lukisan ini berbentuk bebas. Terpulang

pada kreativiti ahli.

2. Beri sedikit masa kepada ahli kelompok

untuk melukis (10 minit)

3. Minta ahli menerangkan gambar yang

dilukis seorang demi seorang.

4. Minta ahli beri respon terhadap hasil

lukisan dan impian sesama ahli.

5. Fokus apa yang ingin disampaikan oleh

ahli. Apa yang diungkapkan dengan

perkataan lebih bermakna dari lukisan

kerana lukisan itu sebagai medium

sahaja.

6. Bincangkan secara umum kaitan

penerangan ahli dengan gambar yang

dilukis.

Rumusan :

1. Aktiviti ini memberi peluang kepada

pelajar untuk berkongsi impian dengan

ahli kelompok yang lain.

Page 3: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

2. Hasil perkongsian ini akan memeberi

peneguhan kepada pelajar untuk

merealisasikan cita-cita yang tersemat

di hati.

AKTIVITI 4 : SAAT TERAKHIR

Objektif :

Membantu individu menghargai insan di

sekeliling.

Menerapkan rasa syukur dalam diri

peserta akan nikmat kehidupan dunia.

Menggalakkan individu menilai akan

segala perbuatan yang telah dilakukan

dan bersedia akan segala ketentuan

Tuhan.

Kumpulan sasaran

:Pelajar sekolah menengah

Jangka masa :1 jam

Peralatan yang diperlukan :Tiada

Pelaksanaan :

1. Pemimpin kelompok akan meminta ahli

bertenang dan meminta ahli

mengimbas kembali segala kenangan

pahit dan manis hidup di dunia ini.

2. Masa yang diberi sekitar 5 minit.

3. Ahli kelompok bebas untuk mengimbau

kenangan sama ada berkaitan keluarga,

rakan-rakan, zaman sekolah dan lain-

lain lagi.

4. Setelah selesai semua ahli berkongsi,

pemimpin kelompok menyatakan

kepada peserta apa yang akan

dilakukan kiranya dengan izin tuhan

mereka mengetahui bahawa akan mati

1 jam dari sekarang.

5. Ahli diberi masa sekitar 5

minit .Kemudian semua ahli kelompok

diminta berfikir dan berkongsi bersama

ahli kelompok yang lain.

Rumusan :

1. Aktiviti ini memberi pengajaran kepada

pelajar agar sentiasa menyanyngi insan

yang istimewa dalam kehidupan

mereka.

2. Memupuk rasa kasih sayang dan

keinsafan dalam diri.

AKTIVITI 5 : AKU BOLEH

Objektif :

Memupuk rasa keyakinan dalam diri ahli

kelompok.

Meransang pemikiran kreatif dan kritis

dan pemikiran spontan.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa :1 jam

Peralatan yang diperlukan : Tiada

Pelaksanaan :

1. Pemimpin kelompok menyediakan

tajuk-tajuk untuk diberi kepada ahli.

2. Pemimpin memanggil ahli dan meminta

mereka mengundi tajuk.

3. Selepas mengundi, ahli diberi masa 2

minit dan bercakap secara spontan

berkaitan tajuk yang diberikan.

4. Ahli yang lain memberi komen terhadap

persembahan ahli yang lain.

Rumusan :

Page 4: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

1. Bercakap di hadapan khalayak ramai

merupakan salah satu cara untuk

menambah keyakinan diri.

2. Setiap individu berkebolehan untuk

bercakap spontan namun memerlukan

galakan dan bimbingan.

3. Setiap individu juga perlu berani untuk

menerima komen dan pandangan orang

lain yang bertujuan untuk memperbaiki

kelemahan diri.

AKTIVITI 6 : PENYELESAIAN MASALAH

Objektif :

Membantu pelajar mengenalpasti

masalah yang perlu diberi keutamaan

Membantu pelajar membuat pilihan

yang sesuai untuk menghadapi

masalah.

Membina daya tahan pelajar dalam

menghadapi masalah

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : Petikan

kes “ Antara kawan dan peraturan”

Pelaksanaan :

1. Pemimpin kelompok mengedarkan

petikan kes kepada pelajar.

2. Pelajar membaca petikan dengan teliti

secara bersendirian.

3. Peserta diminta menyenaraikan

masalah yang timbul pada kertas

secara bersendirian.

4. Ahli kelompok membentang

pemahaman masing-masing dan

bertukar-tukar pandangan dengan ahli

kelompok.

5. Ahli digalakkan untuk memberi

penyelesaianyang terbaik untuk

mengatasi maslah dalam petikan kes.

Rumusan :

1. Setiap manusia yang hidup di dunia

pasti akan menghadapi masalah dan

diuji oleh tuhan.

2. Setiap permasalahan ada jalan

penyelesaian. Penyelesaian yang

terbaik akan terhasil dari daya

pemikiran yang baik dan tersusun.

PETIKAN KES : ANTARA KAWAN DAN

PERATURAN

Atan dan Zaidi merupakan kawan

rapat semenjak kecil lagi. Mereka

merupakan sahabat baik yang sentiasa

bersama walau kemana mereka pergi.

Hubungan rapat mereka amat disenangi

keluarga masing-masing kerana mereka

telah mendapat 5 A dalam UPSR dan

dinobatkan pelajar contoh sekolah.

Ditakdirkan mereka berja masuk ke sebuah

sekolah asrama yang ternama di tanah air.

Mereka sangat aktif di sekolah dan dikenali

ramai. Atan terus cemerlang dan menjadi

pengawas yang dihormati dan atlit sekolah

semasa Tingkatan Dua hingga Tingkatan

Lima. Kesibukan atan dalam bertugas telah

merenggangkan hubungan dengan Amir.

Amir yang dikenali dengan seorang yang

sangat sensitive tentang sahabatnya terasa

tersisih lebih-lebih lagi di tidak lagi sebilik

dengan Atan. Atan kini lebih rapat dengan

Page 5: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

rakan setugasnya Sazali. Hari terus berlalu.

Amir semakin berlainan.

Semasa di tingkatan Empat dia

selalu mengantuk dalam kelas. Didapati

Amir selalu keluar malam. Atan berasa

tidaksedap hati. Dia tahu keadaan

sahabatnya namun kesibukannya

menguruskan aktiviti pelajar dan sukan

membataskan pergaulannya. Dia tidak

pernah lupa sahabatnya. Atan mendapat

tahu Amir selalu fly dan merokok.

Perbuatan ini gagal dihidu oleh sesiapa.

Hanya Atan sahaja yang tahu.Atan tidak

laporkan kepada Guru Disiplin perkara ini

kerana sayangkan sahabatnya. Atan

menegur perbuatan Amir. Tetapi ia tidak

diterima oleh Amir yang kembali memarahi

Atan. Amir menyatakan bahawa dilah

penyebab utma kepada tingkahlakunya

sekarang. Atan masih terngiang-ngiang

pesanan ibu Amir yang memesan agar

sentiasa melihat perkembangan anaknya.

Satu hari spot check dilaksanakan.

Amat terkejut atan kerana kebetulan dia

memeriksa almari Amir terjumpa sekotak

rokok dan pisau. Dia amat resah.

Disekolahnya Pelajar yang membawa rokok

akan terus dibuang sekolah.

Cuba fikirkan bagaimana hendak selesaikan

masalah kawan ini.

AKTIVITI 7 : TANGGUNGJAWAB

Objektif :

Membantu pelajar mengenalpasti

tanggungjawab yang telah

diamanahkan kepadanya.

Membantu pelajar untuk menilai

sejauhmana dirinya sudah menjalankan

tanggungjawabnya.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa :1 jam

Peralatan yang diperlukan : Kertas A 4

Pelaksanaan:

1. Pemimpin kelompok memberi

penerangan tentang konsep

tanggungjawab.

2. Setiap ahli diberi sehelai keras A4.

3. Pemimpin kelompok meminta kepada

ahli agar menulis tanggungjawab

kepada diri sendiri, keluarga, sekolah

dan negara.

4. Kemudian ahli diminta mencatatkan

peratusan pelaksanaan tanggungjawab

tersebut mengikut penanda aras

sendiri.

5. Ahli diberi masa selama 10 minit untuk

mencatatkan tanggungjawab masing-

maisng dan peratusan pelaksanaan.

6. Setelah tamat masa, ahli diminta

membentangkan tanggungjawab

masing-masing.

7. Minta respon dari ahli bimbingan yang

lain.

8. Fokus kepada tanggungjawab dan

peratusan pelaksanaan.

9. Pemimpin kelompok memberi

pandangan tentang pelaksanaan

tanggungjawab.

Rumusan:

Page 6: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

1. Semua manusia yang hidup dimuka

bumi ini memikul tanggungjawab.

2. Terdapat individu yang tidak menyedari

tanggungjawab yang dipikul dan tidak

melaksanakannya dengan sempurna.

3. Individu yang sedar akan

tanggungjawabnya akan lebih berjaya

kerana mem[punyai landasan dan

matlamat hidup

AKTIVITI 8 : PETAH BICARA

Objektif :

Membantu pelajar meningkatkan

kemahiran komunikasi.

Membantu pelajar untuk meningkatkan

kemahiran menerima pendapat orang

lain.

Membina keupayaan pelajar untuk

mengutarakan hujah dan menegakkan

pendapat.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : Petikan

kes “ Kerana Cinta”

Pelaksanaan:

1. Pemimpin kelompok membacakan

petikan kes kepada ahli.

2. Petikan ini akan menimbulkan banyak

pendapat.

3. Ahli diminta berfikir dan diminta

memilih siapa yang bersalah serta perlu

di satu pihak yang disokong sama ada

Romeo, Juliet, pembawa helikopter,

Peneroka, Ketua kampung, atau

keluarga Romeo.

4. Pemimpin kelompok meminta ahli

mengemukakan pandangan dan

menegakkan hujah masing-massing.

5. Pemimpin kelompok juga berperanan

dalam menggalakkan ahli bersuara.

6. Setelah selesai maka pemimpin

kelompok akan menerangkan cara-cara

komunikasi yang betul.

Rumusan:

1. Komunikasi merupakan perkara penting

dalam kehidupan manusia kerana ia

medium untuk menyampaikan dan

menyatakan sesuatu.

2. Cara seseorang berkomunikasi

melambangkan peribadi seseorang.

3. Komunikasi boleh menjadikan sesuatu

hubungan itu bertambah baik atau

buruk.

4. Setiap manusia itu unik dan mempunyai

pandangan masing-masing yang perlu

dihormati.

PETIKAN TEKS: “TENTANG CINTA”

Romeo Juliet bercinta dengan

sepenuh hati. Romepo berjanji untuk

sehidup semati bersama Juliet. Setelah

beberapa ketika Romeo terpaksa berhijrah

kerana berpindah tempat kerja. Romeo

berjanji untuk pulang meminangnya. Sudah

enam tahun Juliet tidak bertemu Romeo.

Perasaan terlalu rindu menyebabkan Juliet

lari rumah untuk mencari Romeo. Pelbagai

rintangan yang dilalui dalam bertemu

Romeo. Dalam perjalanan Juliet terpaksa

merentasi gauang yang sangat dalam.

Kenderan yang ada hanyalah helicopter

sahaja. Dia pun menaiki helikopter namun

pemandunya meminta upah. Juliet tidak

membawa harta benda melainkan bajunya

Page 7: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

sahaja. Maka baju yang dipakai itu dijadikan

upah oleh Juliet. Turun dari helicopter, Juliet

tidak memakai baju sehelai sepinggang.

Dalam kegelapan malam, dia terus

berlari. Dalam ketakutan, Juliet terserempak

dengan peneroka. Disebabkan nafsu yang

membuak di dada, peneroka tersebut

mencabul kehormatan Juliet. Juliet tidak

berdaya. Kemudian dia terus berlari. Lalu

terjumpa sebuah rumah. Dia mengetuk

rumah tersebut dan merayu pertolongan.

Tuan rumah tersebut yang juga merupakan

ketua kampong menghalau Juliet kerana

takut difitnah. Rayuan Juliet dengan

linangan air mata tidak dilayan. Dalam

keadaan tanpa seurat benang dan waktu

menjelang subuh, Juliet terus berlari dan

terjumpa rumah Romeo. Juliet pun

menceritakan segala yang berlaku kepada

Romeo. Setelah mendengar cerita Juliet,

Romeo terus menghalau Juliet kerana ia

kedatangannya memalukan dia dan

keluarganya lebih-lebih lagi dia sudah

kehilangan dara. Juliet sangat kecewa dan

membunuh diri.

Siapakah yang harus

dipertanggungjawabkan dalam kisah ini?

AKTIVITI 9 :TEGURLAH DAKU

Objektif :

Menyedarkan pelajar kekuatan dan

kelemahan diri.

Melatih peserta untuk menerima

pandangan orang lain terhadap

kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Membentuk peribadi diri yang lebih

baik.

Kumpulan sasaran : Pelajar

sekolah menengah

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : kertas A4

dan pensel

Pelaksanaan:

1. Setiap pelajar dikehendaki menulis

segala sekurang-kurangnya sepuluh

kekuatan dan kelemahan diri dalam

masa 10 minit.

2. Setelah selesai kertas itu mesti diberi

kepada rakan sebeh dan dibaca.

3. Kemudian pemimpin kelompok

mengarahkan kertas itu diberi kawan

sebelah dan dibaca serta diulang proses

ini sehingga kertas ini kembali kepada

tuannya.

4. Setiap ahli perlu menyatakan kekuatan

dan kelemahan masing-masing dan

bagaimana usaha yang boleh dilakukan

untuk mengurangkan kelemahan.

5. Pelajar lain boleh memberi respon

positif untuk sama-sama memperbaiki

kelemahan.

Rumusan:

1. Setiap manusia itu unik yang

mempunyai kekuatan dan kelemahan

masimg-masing.

2. Kehidupan ini umpama cerminan.

Personaliti seseorang hanya boleh

dilihatn oleh orang lain. Oleh itu, kita

perlu saling tegur-menegur bagi sama-

sama membaiki keadaan.

AKTIVITI 10 : BIARKAN IA PERGI

Objektif :

Menyedarkan kepada peserta bahawa

setiap manusia boleh berubah

Page 8: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

Melatih pelajar untuk sentiasa

memperbaiki diri.

Menyedarkan kepada pelajar bahawa

baik buruk kelakuan itu ditentukan oleh

diri sendiri.

Kumpulan sasaran :

Pelajar sekolah menengah

Jangka masa : 1 jam

Peralatan yang diperlukan : kertas dan

pen.

Pelaksanaan:

1. Aktiviti sesuai untuk bilangan kelompok

sekitar 6 orang. Ia amat sesuai

diadakan di tepi sungai di dalam hutan.

Ia juga boleh dilakukan di mana-mana

tempat yang selesa dan memberi

ketenangan seperti di padang sekolah.

2. Pemimpin kelompo memberi sedikit

kata-kata muhasabah kepada pelajar.

3. Peserta diberi masa 10 minit untuk

berfikir tentang segala tingkahlaku

yang buruk yang pernah dilakukan.

4. Kemudian peserta diminta menuliskan

perkara tersebut diatas kertas.

5. Atas kertas tersebut juga perlu ditulis

segala sifat buruk yang ada dalam diri.

6. Dengan sukarela pelajar diberi ruang

untuk berkongsi apa yang ditulis atau

perkara yang terlintas pada fikiran

pelajar.

7. Pemimpin kelompok memberi respon

positif dan mengucapkan tahniah seta

terima kasih atas perkongsian cerita itu.

8. Pemimpin kelompok memberi semangat

kepada pelajar bahawa setiap manusia

boleh berubah dengan azam dan

semangat yang kuat. Beri keyakinan

bahawa tiada manusia yang dilahirkan

jahat kerana semuanya lahir dengan

kebaikan.

9. Kemudian kertas yang ditulis segala

sifat keburukan itu diletakkan diatas air

dan dibiarkan hanyut (jika di sungai)

atau dibaling (jika di padang).

10. Biarkan pelajar melihat sendiri kertas

itu hanyut. Pemimpin kelompok

menjelaskan biarlah segala kejahatan

atau keburukan itu hanyut dan pergi

jauh dari diri kita.

11. Beri semangat kepada pelajar untuk

melakukan perubahan positif.

Rumusan:

1. Setiap manusia ada kekurangan dan

pernah melakukan sesuatu kesalahan.

2. Segala kelemahna dan keburukan yang

ada dalam diri boleh dibuang sedikit

demi sedikit dengan azam dan

semangat yang tinggi.

3. Tiada manusia yang sempurna. Semua

mahukan kebaikan. Cuma hakikat

kehambaan menjadikan seseorang leka

dan alpa serta melakukan dosa.

4. Bagi yang beragama Islam perlu banyak

bertaubat dan memohon ampun kepada

Allah agar memaafkan segala

kesalahan yang dilakukan.

RUJUKAN

Rubiah K. Hamzah (2001). Teknik dan

Strategi Membimbing Remaja Penampilan

Diri Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Page 9: Modul Ice Breaking

Modul Perkembangan Kendiri

Zuraidah Abdul Rahman (1996).

Pebimbing Rakan Sebaya. Petaling Jaya: IBS

Buku Sdn Bhd.

Game Ice Breaking

1. Tanya nama, tingkatan, badan uniform, asal.

2. Bahagi kepada 5 kumpulan.3. main game duit4. tiru gaya binatang5. pyakit berjangkit

Senarai game yang ada

1. game duit2. hunter and squirel3. simon says4. game cowboy5. black magic6. ujian penglihatan7. ujian pendengaran8. jumping jack9. bing bong10. ping pong piang11. mana ibu12. i have a friend gorilla, gorilla’s

friend is tommy, tommy’s friend........

13. kiranya ku tahu14. MISSISSIPPI15. captain ball16. ayam dan musang17. water confidence18. smile if you love me19. i love u – i hate u20. sap ting / tekukur-ketitir/ 21. seven up/ raja botol22. treasure hunt23. spider web24. hand shake lock25. dam dam dara26. shake banana27. ci ku ca28. Saya lihat ada bukit, bukit cantik

tak pernah lihat,bukit yang cantik hei bukit yang cantik.

29. buat 7 batang paku berdiri diatas tanah liat.

30. bahagikan kawasan dengan adil,31. making melodys in my heart,

making melodys in my heart,making melodys in my heart,to the king of king.

32. Lumba lagu- nyanyi lagu yang ada lirik dalam rangkap

33. Gaya ku34. traffic jammed35. clock on the tower, set at this hour,

at …..o’ clock36. sharing group37. human bridge38. titi tali,39. free fall40. magic ilusi41. pizza hut42. laici kang43. hot seat44.