modul ibadah nota

26
MODUL KESEMPURNAAN SOLAH PENEKANAN 1. WUDUK & TAYAMMUM a) Pengertian wuduk b) Rukun wuduk c) Syarat-syaratnya d) Sunat-sunatnya e) Perkara-perkara yang membatalkan wuduk f) Cara wuduk yang sempurna g) Pengertian Tayammum h) Syarat-syarat Tayammum i) Rukun dan sunat tayammum j) Perkara-perkara yang membatalkan tayammum. 2. SOLAH a) Syarat wajib solah b) Syarat sah solah c) Rukun-rukun Solah d) Sunat-sunat solah e) Perkara-perkara yang makruh ketika solah f) Perkara-perkara yang membatalkan solah 3. BACAAN DI DALAM SOLAH Bacaan Wajib Takbiratul Ihram Membaca surah Al-Fatihah Tahayat akhir Membaca selawat ke atas nabi pada tahayat akhir Salam yang pertama. Bacaan Sunat Doa Iftitah Amin selepas al-Fatihah 1

Upload: azmibhr

Post on 12-Jan-2016

253 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Panduan solat dan perkara berkaitan

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Ibadah Nota

MODUL KESEMPURNAAN SOLAH

PENEKANAN

1. WUDUK & TAYAMMUM

a) Pengertian wuduk b) Rukun wuduk c) Syarat-syaratnya d) Sunat-sunatnya e) Perkara-perkara yang membatalkan wuduk f) Cara wuduk yang sempurna g) Pengertian Tayammum h) Syarat-syarat Tayammum i) Rukun dan sunat tayammum j) Perkara-perkara yang membatalkan tayammum.

2. SOLAH

a) Syarat wajib solah b) Syarat sah solah c) Rukun-rukun Solah d) Sunat-sunat solah e) Perkara-perkara yang makruh ketika solah f) Perkara-perkara yang membatalkan solah

3. BACAAN DI DALAM SOLAH

Bacaan Wajib Takbiratul Ihram Membaca surah Al-Fatihah Tahayat akhir Membaca selawat ke atas nabi pada tahayat akhir Salam yang pertama.

Bacaan Sunat

Doa Iftitah Amin selepas al-Fatihah Membaca surah selepas al-fatihah Takbir & Tasbih intiqalat (rukuk, iktidal, sujud, duduk

antara dua sujud) Tasyahhud awal Salam yang kedua.

4. ADAB-ADAB SOLAH1

Page 2: Modul Ibadah Nota

a) Adab lelaki di dalam solah b) Adab perempuan di dalam solah c) Waktu-waktu yang dilarang solat

5. SOLAH JAMAAH, MUWAFIQ DAN MASBUQ DI DALAM SOLAH

a) Hukum solah Jamaah b) Adab-adab makmum ketika solah c) Susunan Makmum d) Orang yang layak menjadi imam e) Syarat-syarat solah berjamaah f) Maksud Muafiq g) Maksud Masbuq

Bab 1WUDUK & TAYAMMUM

Pengertian wuduk

Wuduk menurut syara` ialah membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil. Bagi orang yang hendak menunaikan solah, wajiblah dia berwuduk dahulu, kerana wuduk adalah syarat sah solahnya.

Rukun wuduk

Rukun wuduk ada enam:

Niat. Niat didalam hati ketika membasuh sebahagian muka.

Lafaz niat seperti berikut:غ.ر4 لله4 ت.ع.الى. ص:

د.ث4 ا:أل. ع. ال:ح. ف: ي:تD ر. atau ن.و.ء4 لله4 ت.عا.لى. و: DضDض. ال:و ي:تD ف.ر: ن.و.

Membasuh muka iaitu dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.

2

Page 3: Modul Ibadah Nota

Membasuh kedua tangan hingga ke siku. Wajib juga membasuh apa-apa yang ada di bawah kuku yang panjang, yang menutupi hujung jari.

Menyapu kepala sekali pun tiada rambut. Jika rambutnya panjang, maka tidak sah kalau hanya menyapu rambut yang berlebihan dari atas kepala.

Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.

Tertib, iaitu berturut-turut.Firman Allah dalam Al-Quran:

Syarat-syaratnya

Beragama islam.

Mumaiyiz, ertinya seseorang yang telah dapat membezakan antara yang bersih dengan yang kotor, antara baik dan buruk. Biasanya usianya lebih kurang tujuh tahun.

Suci dari haid dan nifas.

Dengan air yang suci dan menyucikan.

Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai ke kulit (anggota wuduk) seperti getah, lilin, minyak dan sebagainya.

Mengetahui yang mana sunat dan wajib.

Sunat-sunatnya

1) Membaca Bismillah pada permulaan wuduk.

2) Membasuh kedua tangan sampai ke pergelangan tangan.

3

Page 4: Modul Ibadah Nota

3) Berkumur-kumur.

4) Memasukkan air ke dalam hidung (Istinsyak).

5) Menyapu keseluruhan kepala.

6) Menyapu kedua telinga luar dan dalam.

7) Membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali.

8) Mendahului anggota kanan daripada anggota kiri.

9) Menyilang jari kaki dan tangan.

10) Mualat atau berturut-turut antara anggota wuduk. Iaitu sebelum kering anggota pertama, anggota kedua sudah dibasuh, dan sebelum anggota kedua kering anggota ketiga pula sudah dibasuh dan seterusnya.

11) Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk.

12) Menggosok-gosok anggota wuduk.

13) Bersugi.

14) Membaca dua kalimah syahadah sesudah berwuduk.

15) Berdoa apabila selesai berwuduk.

Dد ه. :OOأ.ش هD ، و. .OOر4ي:ك. ل .OOال. ش Dد.ه 4ل.ه. إ4الX الله و.ح: دD أ.ن: ال. إ ه. أ.ش:ع.ل:ن4ى: م4ن. مX اج: DهXلل. لDهD ، ا و: DOOOOس دDهD و.ر. :OOOOا ع.بcد XOOOOم أ.نX مDح.ع.ل:ن4ى: م4ن: ر4ي:ن. و.اج: eOOOOت.ط.ه Dع.ل:ن4ى: م4ن. ا:لم اب4ي:ن. و.اج: Xو XOOOOالت

ي:ن. . ال4ح4 Xبا.د4ك. الص ع4

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk

Berikut adalah perkara-perkara yang membatalkan wuduk:

4

Page 5: Modul Ibadah Nota

1) Keluar sesuatu sama ada benda keras, cair atau angin dan sebagainya daripada dua jalan iaitu qubul atau dubur.

2) Hilang ingatan dengan sebab gila, pengsan, mabuk, pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya.

3) Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik. (Mahram bermakna keluarga yang haram dikahwini).

4) Menyentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan atau perut anak jari. Sama ada kemaluan sendiri atau orang lain.

Cara wuduk yang sempurna

ان. Xان. ب:ن. ع.ف هD أ.نX عDث:م. ب.ر. ان. أ.خ: ل.ى عDث:م. و: ان. م. ر. م: Dح Xأ.ن ي:ه4 ث.ال.ث. Xل. ك.ف غ.س. أ. ف. Xت.و.ض وءy ف. Dد.ع.ا ب4و.ض Dه ع.ن:هXي. الل ض4 ر.

هD ث.ال.ث. ه. ل. و.ج: ت.ن:ث.ر. ثDمX غ.س. م.ض. و.اس: اتy ثDمX م.ض: Xم.ر yات Xف.ق4 ث.ال.ث. م.ر 4ل.ى ال:م4ر: ن.ى إ ل. ي.د.هD ال:يDم: اتy ثDمX غ.س. Xم.ر

XمDث Dه س.أ: ح. ر. ث:ل. ذ.ل4ك. ثDمX م.س. ى م4 ر. ل. ي.د.هD ال:يDس: ثDمX غ.س.

XمDث yات X4ل.ى ال:ك.ع:ب.ي:ن4 ث.ال.ث. م.ر ن.ى إ ل.هD ال:يDم: ل. ر4ج: غ.س.ول. اللXه4 Dس .ي:تD ر. أ ال. : ر. ث:ل. ذ.ل4ك. ثDمX ق. ى م4 ر. ل. ال:يDس: غ.س.

ال. ذ.ا ثDمX ق. وئ4ي ه. DضDو. و أ. ن.ح: Xم. ت.و.ضXل لXى اللXه ع.ل.ي:ه4 و.س. ص.و. أ. ن.ح: Xم. : م.ن: ت.و.ضXل لXى اللXه ع.ل.ي:ه4 و.س. ولD اللXه4 ص. Dس ر.ا م. دeثD ف4يه4 ك:ع.ت.ي:ن4 ال. يDح. ك.ع. ر. ر. ام. ف. ذ.ا ثDمX ق. وئ4ي ه. DضDو

دXم. م4ن: ذ.ن:ب4ه4 ا ت.ق. ر. ل.هD م. هD غDف4 س. . ن.ف:(رواه البخاري ومسلم)

Orang yang hendak menunaikan ibadah solah

mestilah mempunyai wuduk, tanpa wuduk ibadah solah yang dilakukan itu tidak sah.

Cara mengambil wuduk yang sempurna adalah seperti berikut:

1) Membaca bismillah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.

2) Berkumur-kumur sebanyak tiga kali.

3) Memasukkan air ke lubang hidung sebanyak tiga kali.

5

Page 6: Modul Ibadah Nota

4) Membasuh muka tiga kali mulai dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri, sambil berniat mengambil wuduk.

5) Basuh tangan hingga ke siku tiga kali.

6) Menyapu keseluruhan kepala sekali. (Sebahagian ulamak menyatakan tiga kali)

Pى : ي RحP RنU ي Rدa وPه_وP جPد] عPمRرUو ب ي Pز UنR dهU ب RدUالل UعPب h قPالP ل ج_ال Pر dنP أUهR Pي dه عPل dهU صPلdى الل س_ول_ الل Pر PانP RفP ك Pي Uي ك Pن _رUي نR ت

P PطUيع_ أ ت RسP Pت أPغ PرRفP UمPاءa فPأ PعPمR ، فPدPعPا ب Rدa : ن ي Pن_ زR dهU ب Rد_الل _ ؟ فPقPالP عPب PوPضdأ Pت dمP ي ل PسPو

PلPسPغ dم_ hا ث Pث Pال PرP ث Rث Pن ت RاسPو PضPمRضPم dم_ RنU ث Pي ت dرPم PلPسPغPف UهR PدPي عPلPى ي UنR فPقPي RرUمR UلPى ال RنU إ Pي ت dرPم UنR Pي ت dرPم UهR PدPي _مd غPسPلP ي hا ث Pث Pال ثDمXوPجRهPه_ ث

ه4 أ:س4 دXم4 ر. ب4مDق.. .د:ب.ر. ب.د.أ أ ا و. م. ب.ل. ب4ه4 أ.ق: هD ب4ي.د.ي:ه4 ف. س.

أ: ح. ر. م.س.4ل.ى ال:م.ك.ان4 ا إ م. DهXد اهD ثDمX ر. ف. 4ل.ى ق. ا إ م. تXى ذ.ه.ب. ب4ه4 ح.

Dن:ه RهU .الXذ4ي ب.د.أ. م4 Pي ل RجUر PلPسPغ dم_ ث(رواه البخاري)

7) Menyapu telinga sekali. (Sebahagian ulamak menyatakan tiga kali)

8) Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali tiga kali.

لdى Pص�� Uه dالل�� Uول س��_ Pر PعPا مP جPعRن Pر : PالPو قaرRمPع UنR dهU ب RدU الل عPنR عPبaاء Pم��U ا ب dن��_ UذPا ك dى إ ةU حPت Pين��UدPمR UلPى ال ةP إ dك��Pم RنUم Pمd ل Pس��Pو Uه Rي��P dهم عPل اللا Pن��R PهPي Rت ال� فPان Pج��Uع Rه_مPوا و_ ئ dض��PوP RعPصRرU فPت RدP ال ن Uم� عRوPق PلdجPعP UالطdرUيقU ت بdهU صPلdى س_ول_ الل Pر PالPقPاء_ ، فPمR هPا ال dسPمP PمR ي _وح_ ل Pل _ه_مR ت عRقPاب

P RهUمR وPأ Pي Uل إ. Pوء Rو_ض�_ Uغ_وا ال ب Rس��

P ارU أ dالن�� PنUم Uاب Pق�RعP Uأل ل� ل Rي�Pو : Pمd ل Pس�Pو UهR Pي dه_ عPل الل(رواه مسلم)

9) Membaca doa selepas wuduk.

Pengertian Tayammum

6

Page 7: Modul Ibadah Nota

Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi wajib khasnya bagi mereka yang ketiadaan air atau tidak dapat menggunakan air atas sebab-sebab tertentu. Caranya ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu.

Sebab-sebab yang dibolehkan bertayammum:

a) Uzur kerana sakit. Jika dia menggunakan air sakitnya bertambah parah atau lambat sembuh berdasarkan keterangan doktor.

b) Kerana uzur dalam perjalanan

c) Tiada air atau ada air cukup untuk minum sahaja.

Syarat-syarat Tayammum

1. Masuk waktu solah, sedangkan air tidak ada.

2. Tidak ada air sesudah dia berusaha mencarinya, kecuali bagi yang sakit.

3. Menggunakan tanah yang suci dan berdebu.

4. Menghilangkan najis dari badannya dan dengan beristinjak sebelum bertayammum.

Rukun dan sunat tayammum

Rukun-rukunya adalah seperti berikut:

1. Niat tayammum.ال.ة4 لله تعالى) Xض4 الص ة4 ف.ر: ت4با.ح. ي:تD التيمم. الس: ( نو.

2. Menepuk kedua tapak tangan ke atas debu yang suci.

3. Menyapu muka dengan debu tadi.

4. Menepuk kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian menyapu kedua belah tangan sampai ke siku.

5. Tertib.

7

Page 8: Modul Ibadah Nota

Sunat-sunat tayammum:

1. Membaca bismillah permulaannya.

2. Mengadap kiblat.

3. Mendahului menyapu anggota kanan.

4. Mualat.

Perkara-perkara yang membatalkan tayammum.

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk adalah membatalkan tayammum.

2. Memperolehi air sebelum memulakan solah.

3. Sudah boleh menggunakan air bagi yang uzur.

Bab 2SOLAH

Syarat wajib solah

Beragama Islam.

Suci daripada haid dan nifas.

Berakal, orang gila tak wajib solah.

Baligh (Cukup umur). Tanda-tanda baligh adalah keluar mani atau bermimpi bersetubuh, atau keluar haid bagi perempuan. Kanak-kanak yang belum baligh, maka wajiblah ke atas walinya menyuruhnya solah ketika usianya tujuh tahun dan bolehlah dipukul jika dia meninggalkannya jika dia berusia sepuluh tahun.

Berada dalam keadaan sedar (tidak tidur dan lupa). Orang yang tidur dan yang lupa tidak diwajibkan solah.

PالPق Pمd ل PسPو UهR Pي dه عPل Uي� صPلdى الل dب عPنR عPلUي� رضي الله عنه عPنU النUي� RقUظP وPعPنU الصdب Pي ت RسP dى ي U حPت Uم dائ Pةa عPنU الن Pث Pال Pم_ عPنR ث RقPل فUعP ال : ر_

. PلUقRعP dى ي _ونU حPت ن RجPمR UمP وPعPنU ال Pل ت RحP dى ي حPت(رواه أبو داود وأحمد)

8

Page 9: Modul Ibadah Nota

Tinggal solah kerana tidur atau terlupa

Apabila seseorang meninggalkan solah kerana tertidur atau terlupa, wajiblah dia solah apabila dia bangun atau dia ingat dan dia tidak berdosa. Solah orang yang lupa atau tidur hendaklah diniatkan adaan (tunai).

Syarat-syarat sah solah

Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.

Suci badan, pakaian atau tempat solah daripada segala najis.

Menutup aurat. Aurat hendaklah ditutup dengan sesuatu yang

menghalangi kelihatan warna kulit. Aurat lelaki antara pusat dan lutut sementara aurat perempuan pula adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Masuk waktu solah.

Mengadab qiblah dengan dada dan wajahnya.

Rukun-rukun Solah

Rukun solah ada 13 perkara iaitu:

1. Niat. Tempatnya di dalam hati dan dilakukan ketika takbirratul ihram.

2. Berdiri bagi orang yang berkuasa di dalam solah fardhu. Jika tidak berkuasa, bolehlah duduk. Jika tidak sanggup duduk boleh berbaring tubuh ke arah kanan. Jika tidak berkuasa bolehlah bersandar atau melentangkan badannya.

3. Melafazkan Takbiratul Ihram iaitu (الله أكبر)

4. Membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat, samaada solah berseorangan atau berjamaah.

9

Page 10: Modul Ibadah Nota

Orang yang tidak dapat membaca Fatihah hendaklah dia membaca sekadar yang dia ingat walaupun satu ayat sahaja.

5. Rukuk serta tuma`ninah.

Rukuk itu hendaklah kedua-dua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung (90 darjah).

6. Iktidal serta tuma`ninah.

7. Sujud dua kali serta tuma`ninah.

Sujud itu hendaklah dilakukan dengan tujuh anggota iaitu dahi, hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan hujung kedua kaki. Keadaan sujud itu hendaklah punggungnya itu lebih tinggi dari kepala.

8. Duduk antara dua sujud serta tuma`ninah.

9. Duduk tasyahhud akhir serta selawat ke atas nabi SAW dan keluarganya.

10. Membaca tasyahhud akhir.

11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahhud akhir.

12. Memberi salam yang pertama.

13. Tertib.

Sunat-sunat solah

Sunat-sunat Ab`ad:

1. Membaca tahayyat awal.

2. Membaca selawat ke atas nabi ketika membaca tahayyat awal.

3. Membaca qunut pada rakaat akhir solah subuh dan pada rakaat akhir solah witir dalam separuh akhir bulan ramadhan.

10

Page 11: Modul Ibadah Nota

Sunat-sunat hai`ah:

1. Mengangkat tangan hingga bertentangan dengan telinga ketika takbiratul ihram.

2. Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri di bawah dada atau di atas pusat.

3. Membaca doa iftitah.

4. Membaca ta`awwuz (A`uzibillah) sebelum membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca Amin selepas membaca Al-Fatihah.

6. Membaca surah selepas fatihah pada rakaat pertama dan kedua.

7. Menjaharkan (kuatkan) bacaan pada tempatnya dan sir (perlahankan) pada tempatnya.

8. Mencucapkan takbir ketika berpindah daripada rukun ke rukun yang lain, kecuali ketika bangkit dari ruku`.

9. Membaca Dد.ه م4 ع. اللهD ل4م.ن: ح. م4 .`ketika bangkit dari ruku س.

10. Membaca Dد م: بXنا. ل.ك. ال:ح. .ketika I`tidal ر.

11. Membaca tasbih 4د4ه م: ب4ح. بeي. ا:لع.ظ4ي:م و. ب:حا.ن. ر. Dس ketika ruku` dan 4د4ه م: ب4ح. بeي. ا:أل.ع:لى. و. ان. ر. ب:ح. Dس ketika sujud.

12. Meletakkan dua tapak tangan di atas lutut ketika ruku`.

13.Di waktu sujud, hendaklah rapatkan hidung dan dahi ke lantai, dan seluruh jarinya di arah ke qiblah.

14. Membacaد4ن4ي: ن4ي: و.اه: ق: Dز ار: ع:ن4ي: و. ف. ار: ن4ي: و. بDر: ن4ي: و.اج: م: ح. ار: ل4ي: و. ر: بeي اغ:ف4 ر.

ن4ى و.اع:فD ع.نeي:R و.ع.اف4ketika duduk antara dua sujud.

15. Meletakkan dua tapak tangan ke atas lutut, ketika duduk, dan menunjukkan dengan jari telunjuk tangan yang kanan ketika membaca tahayyat.

11

Page 12: Modul Ibadah Nota

Perkara-perkara yang makruh ketika solah

1. Bercekak pinggang.

2. Melihat ke kanan atau kiri atau ke belakang.

3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk ketika membaca tahiyyat.

4. Meludah.

5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak teratur.

6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali kalau sangat terpaksa.

7. Membuka mulut lebar-lebar ketiak menguap dalam solah.

8. Menahan lapar dan menahan yang sangat mendesak.

9. Kalau bilal sudah iqamah untuk mengerjakan solah fardhu, maka makruh menyerjakan solah yang lain selain dari solah fardhu itu sahaja.

Perkara-perkara yang membatalkan solah

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.

2. Terkena najis jika tidak segera dibuang.

3. Terbuka aurat dan tidak segera ditutup kembali.

4. Berkata-kata dengan sengaja, sekali pun sedikit, termasuklah ketawa.

5. Makan dan minum.

6. Bergerak yang banyak seperti melangkah, menggaru tiga kali berturut-turut atau memukul tiga kali berturut.

12

Page 13: Modul Ibadah Nota

7. Berubah niat: umpamanya niat memutuskan solah atau sangsi (ragu-ragu) dalam kehendaknya untuk memutuskan solahnya itu.

8. Menambah rukun fi`li (perbuatan) dengan sengaja seperti menambah ruku` dan sujud.

9. Meninggalkan salah satu daripada rukun solah seperti tidak membaca Al-Fatihah atau tidak I`tidal.

10.Meninggalkan salah satu daripada syarat-syarat sah solah seperti tidak mengadap qiblat.

13

Page 14: Modul Ibadah Nota

Bab 3BACAAN-BACAAN WAJIB DAN SUNAT

DI DALAM SOLAH

Bacaan-bacaan Wajib

1. Takbiratul IhramDك:ب.ر. ا.للهD أ

2. Membaca surah Al-Fatihah

3. Tasyahhud akhir

. .ي�هOOا ك. أ :OOع.ل.ي Dال.م XOOه4 ، ا.لسOOلل Dا.تOOبeيXالط Dل.و.ات Xالص Dكا.ت با.ر. Dال:م DاتXي .لتXح4 ابOOا.د4 اللOOه4 ال.مD ع.ل.ي:نOOا. و.ع.ل.ى ع4 XOOا.لس ، Dه DOOك.ات ب.ر. ةD اللOOه4 و. .OOم ح: النXب4ي� و.ر.Dو:ل DOOس دcا ر. XOOم دD أ.نX مDح. ه. :OOأ.ش 4ل.ه. إ4الX اللOOهD ، و. دD أ.ن: ال. إ ه. ي:ن. ، أ.ش: ال4ح4 Xالص لXي:ت. ع.لى. .OOك.ما. ص ، yد Xم دy ، و.ع.لى. آل4 مDح. Xم لe ع.لى. مDح. مX ص. DهXلل. الله4 ، ا، yد XOOم دy و.ع.ل.ى آل4 مDح. Xم ب.ار4ك: ع.لى. مDح. ي:م. ، و. اه4 4ب:ر. ي:م. و.ع.لى. آل4 إ اه4 4ب:ر. إك. XOO4ن ي:ن. إ ال.م4 .OOي:م. ، ف4ي: ا:لع اه4 ر. :OO4ب ي:م. و.ع.لى. آل4 إ اه4 4ب:ر. ك:ت. ع.لى. إ ا ب.ار. ك.م.

ي:د� . ي:د� م.ج4 م4 ح.

4. Membaca selawat ke atas nabi pada Tasyahhud akhir

لXي:ت. ع.لى. .OOا. صOOك.م ، yد XOOم دy ، و.ع.لى. آل4 مDح. XOOم لe ع.لى. مDح. .OOص Xم DهXلل. ا، yد XOOم دy و.ع.ل.ى آل4 مDح. Xم ب.ار4ك: ع.لى. مDح. ي:م. ، و. اه4 4ب:ر. ي:م. و.ع.لى. آل4 إ اه4 4ب:ر. إك. XOO4ن ي:ن. إ ال.م4 .OOي:م. ، ف4ي: ا:لع اه4 ر. :OO4ب ي:م. و.ع.لى. آل4 إ اه4 4ب:ر. ك:ت. ع.لى. إ ا ب.ار. ك.م.

ي:د� . ي:د� م.ج4 م4 ح.

5. Salam yang pertama.

ةD الله4 م. ح: ال.مD ع.ل.ي:كDم: و.ر. Xا.لس .

Bacaan Sunat

1. Doa Iftitah

الله أكبر كبيرا ، والحمد لله كثيرا ، وسبحان الله بكOOرة وأصOOيال ، وجهت وجهي للذي فطر السOموات واألرض حنيفOا مسOلما ومOا أنا من المشركين ، إن صالتي ونسكي ومحياي ومماتي للOOه رب

العالمين ، ال شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين .

2. Amin selepas al-Fatihah

14

Page 15: Modul Ibadah Nota

3. Membaca surah selepas al-fatihah

4. Takbir & Tasbih intiqalat

Rukukبeي. ا:لع.ظ4ي:م ان. ر. ب:ح. Dس

Iktidal

yء ي: ئ:ت. م4ن: ش. ا ش4 ءD م. ض4 و.م4ل: ر:ا:أل. م.و.ات4 و. Xالس Dء دD م4ل: م: بXن.ا ل.ك. ا:لح. ر.

. Dب.ع:د

Sujud

بeي. ا:أل.ع:لى. ان. ر. ب:ح. Dس

Duduk antara dua sujud

د4ن4ي: ن4ي: و.اه: ق: Dز ار: ع:ن4ي: و. ف. ار: ن4ي: و. بDر: ن4ي: و.اج: م: ح. ار: ل4ي: و. ر: بeي اغ:ف4 ر.ن4ى و.اع:فD ع.نeي:R و.ع.اف4

5. Tasyahhud awal

. .ي�هOOا ك. أ :OOع.ل.ي Dال.م XOOه4 ، ا.لسOOلل Dا.تOOبeيXالط Dل.و.ات Xالص Dكا.ت با.ر. Dال:م DاتXي .لتXح4 ابOOا.د4 اللOOه4 ال.مD ع.ل.ي:نOOا. و.ع.ل.ى ع4 XOOا.لس ، Dه DOOك.ات ب.ر. ةD اللOOه4 و. .OOم ح: النXب4ي� و.ر.Dو:ل DOOس دcا ر. XOOم دD أ.نX مDح. ه. :OOأ.ش 4ل.ه. إ4الX اللOOهD ، و. دD أ.ن: ال. إ ه. ي:ن. ، أ.ش: ال4ح4 Xالص

، yد Xم لe ع.لى. مDح. مX ص. DهXلل. الله4 ، ا

6. Salam yang kedua.

Bab 4ADAB-ADAB SOLAH

Adab lelaki di dalam solah

1. Berpakaian bersih dan menutup aurat.

2. Merenggangkan siku dari perut.

3. Mengangkat (merenggangkan) perut dari kedua peha ketika rukuk dan sujud.

4. Menjahar (menguatkan suara) pada tempat bacaan yang kuat.

15

Page 16: Modul Ibadah Nota

5. Bila terjadi sesuatu kepadanya ketika solah, seperti kedatangan tetamu atau mengingatkan imam yang terlupa dan sebagainya hendaklah membaca tasbih.

Adab perempuan di dalam solah

1. Memakai kain telekong atau pakaian yang menutup semua aurat.

2. merapatkan kedua belah kaki ketika berdiri lurus.

3. Sewaktu mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, kedua-dua sikunya hendaklah dirapatkan kepada tulang rusuk. Jari-jari dirapatkan dan diluruskan. Tangan hendaklah diangkat lebih kurang sampai paras bahu.

4. Waktu melipatkan tangan di dada, kedua siku hendaklah rapat pada tulang rusuk.

5. Waktu rukuk jari-jari tangan hendaklah diluruskan dan letakkan di atas lutut, dan kedua siku hendaklah dirapatkan kepada bahu dan paha.

6. Waktu sujud jari-jari tangan hendaklah dirapatkan, telapak tangan hendaklah diletakkan di atas tempat sujud bertentangan dengan telinga, siku hendaklah dirapatkan kepada badan dan paha.

7. Hendaklah melembutkan suara kalau solah bersama-sama dengan orang lelaki.

8. Bila terjadi sesuatu ketika solah, hendaklah menepuk tangan. Cara bertepuk itu adalah dengan memukul telapak tangan kanan kepada belakang tangan kiri.

Waktu-waktu yang dilarang solat

1. Sesudah solah subuh sehingga terbit matahari.

2. Ketika terbit matahari, sehingga sempurna terbitnya kira-kira tinggi segalah (lebih kurang 5 kaki daripada tempat terbitnya).

16

Page 17: Modul Ibadah Nota

3. Ketika matahari betul-betul di kemuncaknya sehingga tergelincir.

4. Sesudah solah asar sehingga terbenam matahari.

5. Ketika terbenam matahari sehingga sempurna terbenamnya.

Bab 5SOLAH JAMAAH, MUWAFIQ DAN MASBUQ

DI DALAM SOLAH

Hukum solah Jamaah

Hukumnya fardhu kifayah bagi solah lima waktu dan wajib (fardhu) bagi solah jumaat.

Kelebihannya ialah mendapat 27 kali ganda pahala daripada solah berseorangan.

Bagi lelaki solah lima waktu berjamaah di masjid lebih baik daripada berjamaah di rumah. Bagi perempuan pula solah di rumahnya lebih baik daripada di masjid.

Adab-adab makmum ketika solah

1. Hendaklah makmum membaca takbirratul ihram selepas imam membacanya.

2. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam yang dinyaringkan.

3. Hendaklah makmum menyebut Amin bersama-sama imamnya.

4. Hendaklah makmum rukuk sesudah imam rukuk dan menyamakan kepalanya dengan belakangnya.

5. Hendaklah makmum iktidal setelah imam mengangkat kepalanya dan setelah selesai membaca Sami Allahu liman Hamidah.

6. Hendaklah makmum sujud setelah imam meletakkan dahinya di tempat sujud.

17

Page 18: Modul Ibadah Nota

7. Hendaklah makmum memberi ingat kepada imamnya apabila imamnya lupa ayat yang dibacanya. Apabila lupa perbuatan, maka makmum lelaki memberi ingat dengan bertasbih (Subhanallah) dan makmum perempuan pula menepuk tangan.

Susunan Makmum

1. Kalau makmum hanya seorang sahaja, hendaklah dia berdiri di sebelah kanan imam.

2. Kalau makmum ramai dan terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak, maka saf pertama mestilah terdiri daripada makmum lelaki, saf kedua mestilah kanak-kanak dan saf ketiga makmum perempuan.

3. Saf hendaklah lurus dan rapat.

Orang yang layak menjadi imam

1. Seorang yang Qari, iaitu yang baik bacaannya khususnya bacaan al-fatihah lebih baik daripada seorang yang kurang fasih bacaannya.

2. Seorang yang alim (Faqeh) di dalam ilmu agamanya lebih baik daripada seorang yang jahil.

3. Seorang yang lebih tua (dewasa) lebih baik daripada seorang yang muda.

4. Tuan rumah lebih baik daripada tetamu.

5. Seorang yang lebih disukai ramai lebih baik daripada orang yang dibenci.

6. Seorang yang bersih pakaiannya lebih baik dari orang yang kotor.

7. Seorang yang bermukim lebih baik daripada orang yang musafir.

Syarat-syarat solah berjamaah18

Page 19: Modul Ibadah Nota

1. Makmum wajib berniat mengikut imam.

2. Makmum tidak boleh mendahului imam dalam semua keadaan sama ada dari segi saf, tempat dan perbuatan.

3. Makmum hendaklah mengikut segala perbuatan dan kelakuan imam. Jangan mendahului imam atau terlambat daripadanya dalam 2 rukun fe’li. Jika dia mendahului imamnya dengan kadar 2 rukun fe’li atau terlambat daripada imamnya dalam jarak 2 rukun fe’li tanpa uzur, maka batallah solahnya.

4. Imam dan makmum mestilah sama bentuk solahnya. Tidak sah solah zohor mengikut solah jenazah.

5. Makmum mengetahui segala perbuatan imam, perpindahan dari satu rukun ke satu rukun sama ada melihat atau mendengarnya.

6. Hendaklah sama solah imam dengan makmumnya.

7. Kedudukan makmum mestilah di belakang imam. Jika makmum berdiri di hadapan imam batallah solahnya.

8. Makmum jangan berdiri terlalu jauh daripada imamnya sehingga lebih dari 300 hasta, kecuali kadar imam dan makmum di dalam satu bumbung masjid.

9. Makmum hendaklah yakin bahawa solah imamnya itu sah.

10.Jangan solah fardu mengikut solah sunat, kecuali kalau makmum tidak tahu bahawa imamnya sedang menunaikan solah sunat.

11.Imam bukan seorang yang ummi dan makmum seorang yang qari. Tidak sah orang yang qari mengikut imam yang ummi.

Maksud Muafiq 19

Page 20: Modul Ibadah Nota

Sesiapa yang sempat bersama imam sekurang-kurangnya kadar bacaan fatihah pada rakaat pertama atau rakaat yang lain.

Maksud Masbuq

Mereka yang tidak sempat bersama imam pada rakaat pertama atau rakaat yang lain kadar bacaan fatihah.

1. Jika dia takbir sebelum imam rukuk, hendaklah dia terus membaca fatihah seberapa yang dapat. Apabila imam rukuk sebelum dia sempat membaca fatihahnya maka dia hendaklah rukuk mengikuti imamnya.

2. Jika dia datang ketika imam sedang rukuk maka hendaklah dia terus rukuk serta tumakninah, maka rakaat itu juga dikira.

3. Orang yang muafiq kalau menyanggahi imam sekadar satu rukun fe`li solahnya masih sah. Tetapi kalau sampai tiga rukun maka solahnya terbatal atau wajib baginya mufaraqah imam.

4. Orang yang masbuq tidak disunatkan baginya melakukan perkara sunat selepas takbiratul ihram, bahkan surah fatihah melainkan dia yakin dapat melakukannya sebelum imam rukuk. Dia wajib ikut imam rukuk untuk mendapatkan rakaat, dan tak perlu membaca fatihah. Kalau dia baca fatihah juga sedangkan imam telah habis rukuk maka dia tak dapat rakaat.

5. Orang yang masbuq kalau dia dapat rukuk bersama imam sekadar sebentar maka dia telah dapat rakaat. Kalau dia berselisih seperti dia nak rukuk tapi imam telah bangun dari rukuk maka dia tak dapat rakaat tersebut.

صلى الله عليه وسلم : عن أبي هريرة قال : قال رسول الله ا و: .ت4م� أ ات.كDم: ف. ا ، و.ما. ف. ل�و: ك:تDم: ف.ص. .د:ر. ا أ .م.(رواه الشيخان)

Maknanya: (Apa yang kamu sempat bersama imam teruskan, dan apa yang kamu tertinggal maka sempurnakanlah)

20

Page 21: Modul Ibadah Nota

H.R Bukhari & Muslim

6. Sunat bagi orang yang masbuk yang terlepas satu atau dua rakaat yang awal membaca surah selepas fatihah di dalam rakaat yang digantikannya.

21