modul body oriented psychotherapy

11
Modul 5 Tajuk Modul: Equine therapy Tempoh Masa: 45 Minit Objektif modul: 1. Membentuk perubahan sikap ke arah yang lebih positif 2. Mewujudkan pergantungan kepada pencipta secara total. Peralatan: Lap top, LCD, Speaker, Penutup botol Media: Zikir terapi diri Langkah-Langkah (aktiviti ini dilakukan dengan kawalan pihak latihan berkuda) 1. Klien diminta untuk membuat latihan pernafasan dan berorientasi dengan latihan kuda 2. Klien mesti menghadirkan rasa selesa terhadap kuda serta membina kepercayaan diri 3. Klien kemudiannnya diminta menaiki kuda secara perlahan dan berjalan 4. Selepas beberapa sesi, jika klien mampu menegndalikan kuda dengan baik, klien boleh meneruskan sesi berlari dan sebagainya. 5. Klien diberi 3 ayat zikir a) Subhanallah b) Alhamdulillah c) Allahu Akhbar d) Istighfar e) Selawat

Upload: norizan-yusof

Post on 14-Feb-2017

202 views

Category:

Self Improvement


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Body Oriented psychotherapy

Modul 5

Tajuk Modul: Equine therapy

Tempoh Masa: 45 Minit

Objektif modul:

1. Membentuk perubahan sikap ke arah yang lebih positif2. Mewujudkan pergantungan kepada pencipta secara total.

Peralatan: Lap top, LCD, Speaker, Penutup botol

Media:

Zikir terapi diri

Langkah-Langkah (aktiviti ini dilakukan dengan kawalan pihak latihan berkuda)

1. Klien diminta untuk membuat latihan pernafasan dan berorientasi dengan latihan kuda

2. Klien mesti menghadirkan rasa selesa terhadap kuda serta membina kepercayaan diri

3. Klien kemudiannnya diminta menaiki kuda secara perlahan dan berjalan4. Selepas beberapa sesi, jika klien mampu menegndalikan kuda dengan baik, klien

boleh meneruskan sesi berlari dan sebagainya.

5. Klien diberi 3 ayat zikira) Subhanallahb) Alhamdulillahc) Allahu Akhbard) Istighfare) Selawat

6. Klien diminta untuk mengulang menyebut setiap zikir tersebut sebanyak 33 kali dengan setiap kali sebutan diiringi dengan setiap langkah mengetuk meja dengan tangan.

7. Terpulang kepada kreativiti klien bagaimana untuk menghabiskan setiap bilangan zikir yang telah dikeluarkan.

Refleksi

Falsafah

1. Tenang dan bahagia itu satu anugerah, orang yang tenag mampu rasa bahagia

Page 2: Modul Body Oriented psychotherapy

Penutup

Refleksi keseluruhan sesi bersama klien.

Minta klien untuk menjaga: Kerahsiaan, tepati masa, hormati rakan.

Ingatkan tentang perjumpaan sesi lain dengan klien. Doa penutup.

Modul 6

Tajuk Modul: Thai chi therapy

Tempoh Masa: 45 Minit

Objektif modul:

1. Mewujudkan perasaan dan pemikiran yang positif dalam diri klien2. Memberi pendedahan tentang cara mengembalikan mood dalam setiap pekerjaan yang

dilakukan.3. Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemikiran yang positif

Peralatan:

Lap top, LCD, diari, pen

Media:

Langkah-Langkah

1. Latihan penafasan dilakukan2. Klien diminta mengikut setiap gerak geri yang dilakukan berserta focus yang

penuh ketika melakukan aktiviti ini.

3. Klien diminta untuk memberi 3 perkataan yang positif berkaitan perkara yang dilalui pada hari ini.

4. Klien diminta untuk membuat gaya bagi setiap perkataan yang dilalui 5. Klien diminta mengulang gaya dan perkataan tersebut sebanyak 7 kali.6. Klien diminta mengulang gaya, perkataan dan ditambah ketukan terhadap perkatan

tersebut sebanyak 11 kali.7. Klien diminta untuk menambah di setiap hujung perkataan dengan ucapan zikir/puji-

pujian.8. Klien diminta untuk menulis refleksi perasaan yang dilaui oleh mereka.

Refleksi

Page 3: Modul Body Oriented psychotherapy

Falsafah

1. Emosi dan perasaan untuk diurus bukan untuk dituruti.2. Serahkan keseluruhan diri kita kepada pencipta, rasailah nikmat

pertolonganNYA.3. Penutup

Refleksi keseluruhan sesi bersama klien.

Minta klien untuk menjaga: Kerahsiaan, tepati masa, hormati rakan.

Ingatkan tentang perjumpaan sesi lain dengan klien.

Doa penutup.

Modul 7

Tajuk Modul: Gided imagery and movement therapy

Tempoh Masa: 45 Minit

Objektif modul:

1. Memberi contoh melalui nasihat kepada klien2. Mewujudkan kesedaran kendiri yang mendalam dalam diri klien

Peralatan:

Lap top, LCD, diari, pen

Media:

Langkah-Langkah:

1. Kaunselor menyediakan beberapa keping nasihat yang diletakkan dalam sampul surat dan disorokkan di tempat tempat tertentu.

2. Kaunselor akan memberikan kata kunci tempat kepada klien3. Klien diminta bergerak dan mencari kata kunci tersebut. Sebelum sampai ke tempat

kata kunci, klien perlu melalui beberapa denda.4. Klien yang telah mendapat kata kunci dimnta untuk duduk dalam bulatan kembali5. Klien ditayangkan dengan video “kata-kata nasihat Luqmanul Hakim”6. Klien diminta menghayati setiap kata-kata tersebut 7. Sesi refleksi dan perbincangan dijalankan.

Refleksi

Page 4: Modul Body Oriented psychotherapy

Falsafah

1. Masa lalu adalah pengajaran paling bermakna untuk mengubah masa kini.2. Tiada siapa uang mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri.

Penutup Minta klien ambil ikhtibar pada semua sesi yang dijalankan. Usaha untuk mencari penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi.

Lampiran 1

1. Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga, biar seketika dalam hati (rasakan, aku pasrah, aku berserah, aku tidak kuat)

2. Perlahan-lahan, gerakkan tangan ke posisi qiyam (rasakan sedangan berkomunikasi dengan seseorang/ sesuatu kuasa yang mampu membantu anda)

3. Perlahan-lahan turunkan posisi badan anda ke posisi rukuk..(Rasakan diri anda semakin rendah)

4. Rendahkan lagi diri anda dan rebahkan badan anda ke bumi..(Rasakan anda sudah tidak berdaya dan berkuasa)

5. Bangkit kembali dalam posisi duduk, mintalah, mengharaplah nikmat yang masih ada.

6. Ulang langkah 1 hingga 5 secara berurutan empat kali.

Lampiran 2 (Skrip meditasi Siapa Aku?)

Lampiran 3 : (Nasihat Luqman Hakim)

Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,

banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam,

layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah

Tawakkal kepada ALLAH.”

Page 5: Modul Body Oriented psychotherapy

Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka

dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima

nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan

taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH

dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang

dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh

menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk

tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ),

tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak

dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak

melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya

semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu

mengerti.”

Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar

dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana

engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”

Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.

Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

Page 6: Modul Body Oriented psychotherapy

Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan

daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir

majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu

kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan

dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana

sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu

diberikan kepada anjing sahaja.”

Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya

barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana

manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan

kesengsaraan.”

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan

bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari

mereka.”

Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari

ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang

mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu

menambahkannya.”

Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih

dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih

berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila

tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Page 7: Modul Body Oriented psychotherapy

Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,

dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain

yang pernah memberikan barang yang berharga.”

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai

orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang

mengharapkan sesuatu darimu.”

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin

menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang

akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu

disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.

Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan

dunianya.”

Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang

busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau

berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang

menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya

sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam

akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat

menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

Page 8: Modul Body Oriented psychotherapy

Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu.

Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan

nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah

yang subur lalu disirami air hujan.”

Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan

nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke

keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat

beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya

kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah

engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan

dirimu.”