modul 9-kata-majmuk

3
Cenderabahasa Bil.1 JPNPP MODUL 9 : KATA MAJMUK Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu. Bentuk-bentuk kata majmuk: 1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contoh: gambar rajah kuning langsat biru laut jalan raya luar biasa merah muda tengah hari jam tangan kapal terbang nasi minyak bandar raya bom tangan alat tulis meja tulis terima kasih kipas angin *kategori ini juga termasuk gelaran Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara. 2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus. Contoh; garis pusat kertas kerja cari gali pita suara darah panas reka bentuk model linear mata pelajaran kanta lekap segi tiga batu kapur atur cara kemas kini 3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) Contoh: kaki ayam pilih kasih duit kopi kaki bangku makan angin buah tangan manis mulut anak emas buah hati berat tangan Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan. antarabangsa kerjasama suruhanjaya beritahu olahraga tandatangan bumiputera matahari tanggungjawab jawatankuasa setiausaha warganegara kakitangan sukarela pesuruhjaya Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum. Contohnya:

Upload: botol-budu

Post on 08-Aug-2015

221 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 9-kata-majmuk

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP

MODUL 9 : KATA MAJMUK

Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

Bentuk-bentuk kata majmuk:

1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.Contoh:

gambar rajah kuning langsatbiru laut jalan rayaluar biasa merah mudatengah hari jam tangankapal terbang nasi minyakbandar raya bom tanganalat tulis meja tulisterima kasih kipas angin

*kategori ini juga termasuk gelaran

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.Contoh;

garis pusat kertas kerja cari galipita suara darah panas reka bentukmodel linear mata pelajaran kanta lekapsegi tiga batu kapuratur cara kemas kini

3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)Contoh:

kaki ayam pilih kasih duit kopi kaki bangku makan anginbuah tangan manis mulut anak emas buah hati berat tangan

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

antarabangsa kerjasama suruhanjayaberitahu olahraga tandatanganbumiputera matahari tanggungjawabjawatankuasa setiausaha warganegara

Page 2: Modul 9-kata-majmuk

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP

kakitangan sukarela pesuruhjaya

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.Contohnya:

a. Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang

b. Kata adjektif sukacita, dukacitac. Kata sendi nama kepada, daripadad. Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala,

padahal, walhal, kadangkalae. Kata tanya bagaimana

Penggandaan Kata MajmukPenggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.Contohnya:

Tunggal Jamakalat tulis alat-alat tulisgambar rajah gambar-gambar rajahbalai raya balai-balai rayakapal terbang kapal-kapal terbangMenteri Besar Menteri-menteri besarsuku kata suku-suku katagaris pusat garis-garis pusat

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

Tunggal Jamakpesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjayawarganegara warganegara-warganegaratandatangan tandatangan-tandatanganjawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasasetiausaha setiausaha-setiausaha

Page 3: Modul 9-kata-majmuk

Cenderabahasa Bil.1 JPNPP

Pengimbuhan kata majmuka) Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya:campur aduk - bercampur adukambil alih - mengambil alihdaya serap - daya serapanulang kaji - mengulang kaji

b) Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.Contohnya:campur aduk - mencampuradukkanambil alih - pengambilalihandaya serap - kedayaserapanulang kaji - pengulangkajian