modul 6 media bukan unjuran

Upload: gengkapak

Post on 05-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Modul 6 Media Bukan Unjuran

    1/6

    Modul 6: Media Bukan Unjuran.

    Jenis dan Penggunaan Media Bukan Unjuran

    Kemahiran:

    Merasionalisasikan penggunaan Media Bukan Unjuran dalam pengajaran

    Menghuraikan perbezaan antara bahan 2D dan 3D dengan merujuk contoh tertentu

    Bahan Dua Dimensi:

    Carta Dinding - Carta dinding ialah rajah atau gambarajah yang telah disediakan di

    atas kertas kadbod, kain atau kain plastic untuk kegunaan di bilik darjah. Untukpenyampaian pengajaran, carta-carta tidak memerlukan kelengkapan yang rumitjika dibandingkan dengan kelengkapan alat-alat tayangan. Saiz carta juga boleh

    dibuat mengikut pertimbangan tinggi dan lebar yang tidak terhad.

    Papan Pamer.

    o Papan Magnet papan magnet ialah papan yang belakangnya dilekat

    dengan magnet. Kertas-kertas yang hendak dipamerkan boleh dilekat

    dengan menggunakan magnet yang ringan dan murah. Sesetengah papan

    tulis dan papan putih boleh digunakan sebagai papan magnet juga keranapermukaan belakang papan tersebut sudah dipasangkan dengan bahanmagnet.

    o Papan Flanel atau Papan Felt Ia diperbuat daripada kain felt, flannel atau

    biasa dikenali sebagai kain selimut. Kertas-kertas pasir atau sejenis plasticyang kasar permukaannya boleh melekatkan kertas-kertas atau bahan-bahan

    ringan dan pipih yang hendak dipamerkan di atas papan flannel atau papan

    felt.

    o Papan Cangkuk dan Gelung Papan cangkuk dan gelung (hook and loop)

    hamper serupa dengan papan felt atau papan flannel. Bezanya ialah papancangkuk dan gelung lebih kuat, bahan-bahan yang lebih berat boleh terlekat

    di permukaannya. Permukaan papan cangkuk dan gelung ini diperbuatdaripada sejenis fabric nilon yang terdiri dari beribu-ribu cangkuk dan

    gelung yang halus.

    o Papan Gabus Papan jenis ini biasa didapati di kebanyakan bilik darjah. Ia

    diperbuat daripada gabus atau jenis asbestos yang mudah ditebusi jarumpeniti atau paku payung.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 6 1

  • 8/2/2019 Modul 6 Media Bukan Unjuran

    2/6

    Peta.

    o Peta Dinding Peta dinding ialah untuk kegunaan pengajaran dalam

    kumpulan murid yang lebih besar. Kebanyakan peta dinding ialah antara

    101.6 cm x 162.5 cm lebarnya. Tulisan dan maklumat di dalam petatersebut biasanya tidak dapat dilihat dari belakang bilik darjah. Peta jenisini hanya boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang besar seperti

    sebuah negeri atau kedudukan sebuah kota besar di dalam sesebuah negeri.

    o Peta Rangka Di Papan Gulung Biasanya papan gulung ini diperbuat

    daripada kain yang boleh digulung dan yang boleh ditulis dengan kapur di

    permukaannya. Permukaan depannya telah disediakan dengan peta rangka

    sesuatu kawasan. Guru boleh mengisikan peta kosong tersebut dengan

    maklumat yang sesuai dengan bahan pengajaran.

    o Atlas Atlas ialah buku yang mengandungi banyak peta untuk kajian danrujukan murid secara individu.

    o Peta Kosong Tercetak Penggunaan peta ini ialah untuk menjimatkan masa

    guru ketika mengajar dan masa murid. Guru boleh menyediakan peta

    kosong untuk diedarkan kepada murid dengan menggunakan kertas karbon.

    Sharifah Alwiah Alsagoff(1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Carta.

    o Freedman & L. Gerg (1961) mendefinisikan carta sebagai susunan

    sistematik bagi gambar, huruf, angka , rangkaikata dan lukisan. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran carta seharusnya dibuat di atas kertas yang

    besar. Terdapat 7 kelas utama bagi carta ialah:

    Carta pusingan,

    Carta Organisasi,

    Carta Bersiri,

    Carta Pokok dan aliran,

    Carta masa,

    Carta Daftar,

    Carta ringkasan.

    Poster.

    o Poster adalah kombinasi corak pandangan yang menarik serta dapat

    menggambarkan mesej dalam sekali imbas sahaja. Poster juga mempunyai

    cirri-ciri simbolik, mempunyai tujuan dan dipersembahkan menggunakan

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 6 2

  • 8/2/2019 Modul 6 Media Bukan Unjuran

    3/6

    media grafik tertentu seperti huruf, imej dan gambar tertentu untuk

    menyampaikan sesuatu idea.

    Graf.

    o Graf merupakan suatu rajah atau visual yang memaparkan maklumat yang

    ringkas bagi tujuan perbandingan dan persamaan dalam bentuk data.

    Antara jenis-jenis graf adalah: Graf gambar,

    Graf palang,

    Graf bulat,

    Graf garis,

    Graf baying-bayang.

    Gambarajah.

    o Gambarajah pula mempunyai symbol-simbol yang berguna untuk tujuan

    penerangan sesebuah situasi atau konsep. Ia berbentuk lukisan-lukisanbergarisan dan boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu:

    Gambarajah teknikal,

    Gambarajah proses

    Kartun dan komik.

    o Kartun didefinisikan sebagai lukisan berunsur simbolik yang disertai

    dengan idea-idea tertentu. Komik pula merupakan salah satu siri cerita

    bergambar berbentuk lukisan kartun yang disusun mengikut jalan cerita

    tertentu untuk menyampaikan sesuatu maksud.

    Peta.

    o Peta ialah interprestasi kedudukan bumi yang dilukis mengikut skala

    tertentu di atas kertas bagi membantu pelajar memahami konsep berkenaan

    bumi.

    o Jenis jenis peta adalah seperti: Peta taburan hujan,

    Peta suhu,

    Peta statistic,

    Peta penduduk,

    Peta sejarah,

    Peta pemerintahan.

    Bahan Tiga Dimensi:

    Bahan Relia - Bahan Relia merupakan bahan sebenar untuk dijadikan sebagaibahan Bantu mengajar. Antara contoh bahan Relia adalah seperti daun, haiwan

    kecil, serangga, batang, mesin, alat elektronik, kayu dan sebagainya yang boleh dibawa ke bilik darjah untuk digunakan dalam proses P & P. Ia boleh dibahagikan

    kepada:

    o Bahan relia dalam konteks Bahan relia yang berada dalam sesuatu

    keadaan sebenar seperti mesin dalam kilang, daun kelapa di tepi pantai,

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 6 3

  • 8/2/2019 Modul 6 Media Bukan Unjuran

    4/6

    televisyen di studio penerbitan video dan lain-lain. Antara kelemahannya

    adalah takut berlakunya kecederaan ke atas pelajar semasa membuat

    lawatan. Oleh itu, perancangan rapi perlu dilakukan sebelum sesuatulawatan dilakukan. Kebaikannya pula adalah pelajar dapat melihat sendiri

    di mana sesuatu bahan itu boleh didapati.

    o Bahan relia di luar konteks Bahan yang digunakan di luar sesuatu keadaan

    yang sebenar. Contohnya adalah mesin yang dibawa keluar daripada kilang

    ke bilik darjah, mengambil batang tebu daripada pokok tebu dan dibawa ke

    bilik darjah. Antara kelemahannya adalah pelajar mungkin tidak dapat

    mengaitkan bahan yang digunakan dengan keadaan sebenar bahan tersebut.Untuk mengatasi masalah ini, bahan yang ditunjukkan dapat diperkukuhkan

    dengan menunjukkan gambar dan penerangan lisan oleh pendidik.

    Kebaikannya pula adalah pelajar mudah dikawal di dalam bilik darjah.

    Simulator dan Simulasi Simulasi merupakan sesuatu bahan yang berfungsi sertadapat memberikan pengalaman yang serupa dengan pengalaman dalam keadaan

    sebenar. Biasanya digunakan untuk melatih pelajar melakukan sesuatu operasi atau

    proses kerja. Contohnya, latihan memandu dan simulasi penerbangan. Kelemahanutama simulasi adalah harga simulator yang agak tinggi dan kadang-kadang lebih

    mahal daripada harga bahan sebenar. Kebaikannya pula adalah pendidik dapat

    melihat kelemahan pelajar dan juga kemajuan pelajar di samping mengelakkanpelajar dari kemalangan jika mereka menggunakan bahan sebenar.

    Model - Model menggambarkan objek sebenar tetapi berbeza dari segi saiz dan

    bahan yang digunakan untuk membuat objek sebenar. Ia mungkin boleh dibukaatau dikeluarkan bahagian-bahagiannya untuk dikaji satu persatu. Terdapat tiga

    jenis model yang utama iaitu:

    o Model Berskala Model yang mewakili sesuatu objek yang besar atau kecil

    tetapi mengikut kekadarannya. Contohnya, model mata yang

    diperbesarkan, model peti sejuk yang diperkecilkan dan sebagainya.

    o Model Potongan - Model yang menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek

    yang telah dipotong, contohnya, bahagian tangan yang telah dipotong,

    model keratin rentas bagi sebiji sel bateri dan sebagainya.

    o Model Olok-olok Model yang menunjukkan perjalanan dalam sesuatu

    objek. Biasanya saiz model jenis ini adalah sama dengan objek sebenar.

    Contohnya, litar elektrik dalam radio, pemproses computer dan sebagainya.

    o Kebanyakan model dapat disediakan menggunakan beberapa bahan seperti

    kertas yang direndam dan dibentuk mengikut keperluan model, seterusnyadikering dan diwarnakan; styrafoam yang dipotong dengan pisau atau

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 6 4

  • 8/2/2019 Modul 6 Media Bukan Unjuran

    5/6

    pemotong dawai panas; tanah liat, kayu , papan, kain, dawai, paku dan lain-

    lain.

    Panel Animasi Alat pameran dua atau tiga dimensi . Bahagian-bahagian kecil

    diwarnakan untuk membezakan di antara satu sama lain dan kadang-kadangdigerakkan menggunakan motor dan sebagainya. Sebagai contohnya, tangan robot

    yang dapat digerakkan dan sebagainya.

    Diorama Diorama merujuk kepada suatu rekabentuk persembahan gabungan

    daripada ilustrasi dengan bahan-bahan realia, patung dan lain-lain model yangdiletakkan dalam suatu susunan atau kedudukan sepertimana keadaan sebenar tetapi

    dalam skala yang dikecil atau dibesarkan dari saiz bahan sebenar. Contoh diorama

    antaranya ialah taman kanak-kanak, gunung-ganang, taman rimba dan sebagainya.

    Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun & Zaidatun Tasir

    (2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang terkini Skudai:

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Bahan-bahan Dua Dimensi

    - Gambar,

    - Grafik

    - Carta,- Peta

    - Graf,

    - Poster- Kad Imbasan

    - Kad Gambar

    Bahan Tiga Dimensi

    - Relia

    - Model- Diorama

    - Akuarium dan Terrrarium

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 6 5

  • 8/2/2019 Modul 6 Media Bukan Unjuran

    6/6

    - Patung

    - Topeng

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 6 6