modul

Upload: tiong-ning-doreen

Post on 21-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

r

TRANSCRIPT

  • Tahun : 4

    Modul : Bidang Menggambar

    Aktiviti : Mozek

    Tema : Alam Semula Jadi dan bahan buatan manusia

    Tajuk : Akuarium

    DSKP: 1.1 Persepsi Estetik

    Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik mozek.

    1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Rupa - geometri atau organik 1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier 1.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh 1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Kontra - warna 1.1.2.2 Kepelbagaian bahan 1.2 Aplikasi Seni

    Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti: 1.2.1.1 Alat - gunting atau pembaris 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, gam dan bahan lain yang sesuai 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

    1.2.2.1 Teknik - mozek

  • 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek secara kreatif. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya gambar teknik mozek 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya gambar teknik mozek. 1.4 Aplikasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. 1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

  • STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    1. Guru mempamerkan contoh-contoh gambar mozek lantai melalui video.

    2. Guru membimbing murid menjawab soalan berkaitan video yang dilihat tadi kemudian memberitahu murid-murid aktiviti hari ini

    ialah menghasilkan suatu karya dengan menggunakan teknik mozek.

    Bagaimanakah corak-corak mozek lantai yang anda perhati melalui video tadi?

    Bagaimanakah susunan mozek lantai yang anda perhati melalui video tadi?

    Aplikasi Seni

    1. Guru menyatakan media yang digunakan seperti kertas warna, gunting, gum, pencil, kertas lukisan dan buku latihan. 2. Guru mengaplikasikan cara menghasilkan gambar teknik mozek iaitu dengan cara lukis, gunting dan tampal. 3. Guru meminta murid menyatakan media lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar teknik mozek seperti surat khabar,

    majalah dan sebagainya. 4. Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan mozek.

  • Ekspresi Kreatif 1. Murid menghasilkan mozek mengikut kreativiti masing-masing.

    Apresiasi Seni

    1. Murid boleh mencantum dua atau tiga hasil karya menjadi 3D sebagai pameran.

    2. Murid mempamerkan hasil karya masing-masing. 3. Murid menceritakan pengalaman semasa menghasilkan karya. 4. Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan.