modul 4 sistem geomorfologi

8
Modul Ulangkaji 4 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam Isi Kandungan BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI 1 a) Huraikan kepelbagaian jenis lipatan dan gelinciran [12 markah] b) Nyatakan bentuk muka bumi igneus rejahan dan bentuk bumi igneus terobosan [13 markah] 2 a) Jelaskan perbezaan ciri-ciri lava asid dengan lava bes [6 markah] b) Terangkan faktor-faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beraneka bentuk dan saiz [12 markah] c) Jelaskan pengaruh bentuk-bentuk muka bumi akibat gunung berapi terhadap aktiviti manusia [7 markah] 3 a) Berikan definisi luluhawa kimia [5 markah] b) Jelaskan Peranan air dalam proses-proses luluhawa kimia dan fizikal [10 markah] c) Huraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika lembap [10 markah] 4 a) Nyatakan jenis dan proses gerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap [5 markah] b) Nyatakan faktor-faktor yang yang menjana kejadian gerakan jisim di kawasan tropika lembap serta jelaskan kaedah-kaedah yang biasa digunakan untuk mengelakkan berlakunya fenomena tersebut. [10 markah] 5 a) Bezakan proses hakisan galir dan hakisan galur [4 markah] b) Huraikan jenis-jenis dan cara hakisan di dalam alur sungai [12 markah] c) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan sungai [13 markah] 6 a) Tunjukkan bagaimana sungai mengangkut muatannya [8 markah] b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan dalam alur sungai [10 markah] c) Huraikan proses pembentukan bentuk bumi pemendapan di dataran banjir [7 markah] 7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan zon litoral? [5 markah] b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap profil pantai [10 markah] 8 a) Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal [6 markah] b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap [7 markah] c) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah mengatasinya [12 markah] SKEMA JAWAPAN:MODUL 4: SISTEM GEOMORFOLOGI 21

Upload: rosnani-binti-khalid

Post on 13-Jun-2015

2.352 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 4 sistem Geomorfologi

Modul Ulangkaji 4 Geografi Alam sekitar FizikalTingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI1 a) Huraikan kepelbagaian jenis lipatan dan gelinciran [12 markah]

b) Nyatakan bentuk muka bumi igneus rejahan dan bentuk bumi igneus terobosan

[13 markah]

2 a) Jelaskan perbezaan ciri-ciri lava asid dengan lava bes [6 markah]b) Terangkan faktor-faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beraneka

bentuk dan saiz[12 markah]

c) Jelaskan pengaruh bentuk-bentuk muka bumi akibat gunung berapi terhadap aktiviti manusia

[7 markah]

3 a) Berikan definisi luluhawa kimia [5 markah]b) Jelaskan Peranan air dalam proses-proses luluhawa kimia dan fizikal [10 markah]c) Huraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika

lembap[10 markah]

4 a) Nyatakan jenis dan proses gerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap

[5 markah]

b) Nyatakan faktor-faktor yang yang menjana kejadian gerakan jisim di kawasan tropika lembap serta jelaskan kaedah-kaedah yang biasa digunakan untuk mengelakkan berlakunya fenomena tersebut.

[10 markah]

5 a) Bezakan proses hakisan galir dan hakisan galur [4 markah]b) Huraikan jenis-jenis dan cara hakisan di dalam alur sungai [12 markah]c) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan sungai [13 markah]

6 a) Tunjukkan bagaimana sungai mengangkut muatannya [8 markah]b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan dalam

alur sungai[10 markah]

c) Huraikan proses pembentukan bentuk bumi pemendapan di dataran banjir [7 markah]

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan zon litoral? [5 markah]b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap

profil pantai[10 markah]

8 a) Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal [6 markah]b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap [7 markah]c) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di

kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah mengatasinya[12 markah]

21

Page 2: Modul 4 sistem Geomorfologi

SKEMA JAWAPAN:MODUL 4: SISTEM GEOMORFOLOGI

1 a) Terdapat pelbagai jenis lipatan dan gelinciran iaitu:a) Jenis-jenis lipatan

Lipatan simetri: bentuk lipatan yang kedua-dua cerunnya sama atau hampir sama

Lipatan tak simetri: Satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam berbanding cerun satu lagi

Lipatan lampau: Apabila keadaan lipatan tertetan atau herot ke depan Lipatan antiklin rebah: Apabila keadaan lipatan tertekan dgn kuat dan jatuh

ke depan Nappe: Apabila antiklin yang rebah tadi terus mengalami tekanan sehingga

wujudkan rekahan seterusnya pematahan lintap mungkum

b) Jenis-jenis gelinciran Gelinciran biasa: Gelinciran songsang Gelinciran rabak

b) Bentuk muka bumi igneus rejahan dan bentuk bumi igneus terobosana. Bentuk muka bumi igneus rejahan ialah

Daik Sil Lopolit Pakolit Lakolit Batolit

b) Bentuk muka bumi igneus terobosan Kon lava asid Kon lava bes Kon abu Kon komposit Penara basalt Krater Kaldera

2 a) Jelaskan perbezaan ciri-ciri lava asid dengan lava besCiri lava Lava asid Lava besTahap kecairan Sangat likat/pekat/melekit

dan mengalir dengan perlahan

Cair dan mengalir dengan laju

Tahap pembekuan Cepat membeku di permukaan bumi. Jarak alirannya adalah dekat

Lambat membeku dan dapat mengalir lebih jauh di permukaan bumi

Kandungan mineral Kaya dengan silika Kaya dengan besi dan magnesium

Takat peleburan Mempunyai takat lebur yang tinggi

Mempunyai takat lenur yang rendah dan sangat panas

Suhu 800-1000 C 1100- 1200 C

Kadar letupan Letupannya kuat kerana banyak mengandungi gas yang berada di bawah pengaruh tekanan tinggi

Letupannya kecil kerana gas – gas yang berada di bawah tekanan tinggi dalam lava ini adalah sedikit

b) Faktor-faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beraneka bentuk dan saizi.Jenis bahan yang diletuskan: Pelbagai jenis bahan yang diletuskanj akan

22

Page 3: Modul 4 sistem Geomorfologi

mempengaruhi rupa gunung berapi. Lava bes akan membentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dengan ukurlilitnya sangat besar. Ini kerana lava bes adalah cair dan mengalir jauh sebelum membeku. Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan mauna kea di Hawaii. Sebaliknya lava asid akan menghasilkan gunung berapi berkubah dengan cerun curam. Ini kerana lavanya tidak mampu mengalit jauh dan cepat membekuii. Sifat Lohong gunung berapi: Sifat lohong akan menentukan cara dan arah aliran lava. Lohong yang mendatar akan menghasilkan dataran lava apabila lava membeku.Bagi lohong tengah/tunggal akan menghasilkan kon. Jika lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain maka kon gunung berapi yang terbentuk akan bercantum menghasilkan kon komposit/serbaragam spt Gunung Etna di kepulauan Sicily.iii. Sifat dan jenis letusan: Letupan yang senyap san berterusan akan wujudkan kon gunung berapi yang sekata. Bagi letusan kuat, lohong akan musnah dan mewujudkan kawah yang besar atau kaldera di puncak gunung berkenaan. Jika membeku dalam lohong utama dan menyumbatkannya, maka terpaksa mencari jalan keluar yang lain. Tekanan dari dalam gunung akan mewujudkan lohong-lohong cawangan yang baru membolehkan lava keluar melaluinya lalu membentuk kon baru. Kon ini dipanggil kon parasit di sekeliling gunung berkenaan.iv. Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar: Saiz gunung berapi beragntung kepada kuantiti lava yang dikeluarkan. Lebih banyak bahan dikeluarkan bererti lebih besar gunung berapi akan terbentuk. Namun begitu kekuatan letusan juga boleh mempengaruhi saiz gunung berapi. Apabila letusan kuat berlaku mungkin akan mengecilkan atau memusnahkan sunung berapi yang sedia ada.v. Proses gondolan yang dialami: Sifat dan saiz gunun berapi yang terbentuk adalah tidak kekal, ia akan diubah oleh proses-proses geomorfologi di permukaan bumi. Misalnya hakisan yang berterusan di cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun berkenaan dan mendedahkan magma yang telah membeku di dalam lohongnya. Magma yang keras ini muncul di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi

3 a) Berikan definisi luluhawa kimia/dalamanLuluhawa dalaman bermaksud proses pereputan dan penguraian batuan yang melibatkan perubahan sifat asalnya akibat tindakbalas antara mineral dengan agen-agen persekitaran/atmosfera seperti air,asid, suhu dan unsur-unsur biotik.

b) Jelaskan Peranan air dalam luluhawa kimia dan luluhawa fizikalProses-proses luluhawa kimia

1. Hidrolisis- tindakbalas antara ion mineral dalam batuan dengan ion Hˉ atau OHˉ dalam air: Contohnya batuan granit yang mengandungi felsfar diurai dan menghasilkan tanah liat (Kaolinit)Proses yang berterusan terhadap batuan granit ini menyebabkan bertambah tebal longgokan kaolin di kawasan tanah pamah atau kaki cerun pergunungan di Malaysia.

2. Penghidratan- tindakbalas di antara air dengan mineral batuan yang sangat cita air. Air yang diserap akan menjadi sebahagian kimia baru, ini menyebabkan batuan mengembang dan seterusnya melemahkan struktur batuan tersebut. Kalsium sulfat bertukar menjadi gipsum

3. Pengkarbonan- tindakbalas antara asid karbonat lemah(air hujan) dengan batu kapur (kalsium karbonat) menhasilkan kalsium bikarbonat yang mudah larut dalam air dan mudah tersejat. Tindakan pengkarbonan dan larutan telah membentuk pandang darat di kawasan batu kapur/karst seperti gua batu kapur, stalagmit, stalagtit, uvala, dolin, klint, graik dan lain-lain

4. Larutan- mineral yang ada dalam batuan akan larut dalam air dan meninggalkan lubang-lubang yang dipanggil honey comb

Peranan air dalam luluhawa fizikal1. tindakan fros melalui proses beku cair. Kuantiti air yang diperlukan sedikit sahaja tetapi ini

mencukupi memasuki celah-celah rekahan batu pada siang hari. pada waktu malam, pembekuan menghasilkan ais yang mewujudkan tekanan terhadap rekahan

2. Luluhawa garam/ Penghabluran garam – larutan garam bergerak melalui tindakan rerambut masuk ke celah-celah rekahan. sejatan akan meninggalkan hablur-hablur garam yang bertindak seperti ais. Air yang diperlukan tidak banyak tetapi mencukupi.

23

Page 4: Modul 4 sistem Geomorfologi

3. Pembasahan dan pengeringan. Pada musim hujan batuan akan menyerap air dan mengembang dan pada musim panas air akan tersejat menyebabkan batuan mengecut. Proses pembasahan dan pengeringan yang berulang-ulang akan menyebabkan proses luluhawa batuan

c) Faktor yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika lembap

1. Faktor iklima. Luluhawa dalaman amat bergantung kepada wujudnya air sebagai agen pereput

batuan.Hampir seluruh proses luluhawa dalaman seperti proses larutan, pengkarbonan dan hidrolisis bergantung kepada air samada dalam bentuk larutan, asid lemah atau ionik untuk mengurai ikatan mineral batuan. Kawasan tropika lembab mendapat air banyak khususnya drp hujan, air sungai, air tanah dan wap air untuk pembasahan batuan secara berterusan dan membolehkan luluhawa dalaman berlaku dengan aktif

b. Faktor suhu memainkan peranan penting dalam proses luluhawa dalaman .Kawasan Tropika lembab mempunyai purata suhu tahunan yang tinggi sepanjang tahun(27-32 C) dan bezantara suhu harian yang kecil.Ini membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan. Ini kerana syarat untuk tindakbalas kimia ialah suhu 10 C. Setiap peningkatan suhu 10 C maka kadar tindakbalas kimia batuan akan berganda 2 atau 3 kali.

2. Faktor Biotika. Tumbuhan tropika seperti Hutan Hujan Khatulistiwa dan Hutan Monsun Tropika

mempunyai silara yang berlapis-lapis dan kanopi yang tebal. Sifat ini mempengaruhi keaktifan luluhawa dalaman kerana bekalan organik yang banyak apabila tumbuhan mati dan mereput, ia membekalkan asid humik dan asid fulvik apabila humus bercampur dengan air hujan dan air tanah.Asid ini merupakan agen pereput dan peluluh mineral yang berkesan apabila terkena batuan.

b. Bekalan organik yang banyak menyediakan larutan tanah, koloid dan mineral spt silika dan ferum apabila ia mereput dan terlarut. Ini mempercepatkan tindakbalas kimia apabila larutan tanah,koloid dan mineral tadi bertemu dengan mineral batuan. Contohnya kawasan tropika mengalami proses penglateritan dan penyingkiran silika yang paling hebat berbanding zon iklim lain. Oleh itu penghasilan tanah laterit di kawasan tropika adalah tebal sehingga 90 meter

c. Sifat tumbuhan yang berlapis dan tebal juga menghalang hakisan larian air permukaan, sebaliknya menggalakkan infiltrasi(penyusupan). Oleh sebab itu larutan-larutan tanah, asid-asid dan koloid dapat meresap jauh ke dalam tanah.Semakin jauh larutan ini meresap masuk, semakin dalam zon batuan yang terluluhawa.

d. Komponen organisma seni seperti bakteria, serangga dan cacing menggalakkan proses luluhawa dalaman dengan mempercepatkan pembentukan humus dengan cara mencampurkan sarap organik untuk menghasilkan asid humik dan asid fulvik. Manakala cacing dan serangga spt semut bertindak menggali lubang , liang dan rongga dalam tanah. kesannya mempercapatkan penyusupan air, larutan asid dan menggalakkan operasi luluhawa dalaman.

3. Faktor Geologi batuana. Jenis batuan lembut seperti batu kapur,dolomit dan gypsum merupakan batuan cepat

mengalami luluhawa kerana mineral batuan tersebut tidak stabil dan paling tinggi darjah mobilitinya apabila bertindakbalas dengan air, asid, oksigen dan ion.

b. rekahan yang dimiliki oleh batuan juga menjadi faktor kepada keaktifan luluhawa dalaman. Rekahan dianggap sebagai garis kelemahan yang membenarkan air, asid dan larutan tanah menembusinya dan bertindakbalas mereput dan mengurai mineral dalam batuan tersebut. Contohnya batuan kapur banyak menghasilkan bentuk seperti gua, grike, klint, stalagmit dan stalagtit apabila berlaku penguraian ke atasnya.

4. Faktor relief. aspek dan masaa. relief merujuk kepada keadaan cerun di sesuatu kawasan. Luluhawa kimia cenderung

bertindakbalas di kawasan cerun landai dan bertanah pamah kerana kawasan ini menggalakkan penyusupan air berbanding cerun curam

b. Faktor aspek iaitu cerun yang menghadap matahari lebih mengalami luluhawa dalaman berbanding cerun membelakangi matahari kerana matahari membekalkan tenaga untuk proses kimia berlangsung.

24

Page 5: Modul 4 sistem Geomorfologi

c. pengaruh masa juga menentukan keberkesanan luluhawa. Biasanya luluhawa dalaman mengambil masa yang lama untuk keberkesanannya.

4 a) Nyatakan jenis dan proses gerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembapJenis-jenis pergerakan jisim termasuklah:a. Aliran lambat yang meliputi kesotan tanih, kesotan talus , kesotan batuan dan gelangsaran

tanah. Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit dan tanah-tanih secara perlahan-lahan menuruni cerun. Lazimnya proses pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kejadiannya dapat dikenalpasti dengan melihat kesan-kesan yang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon, tiang pagar dan pokok condong daripada kedudukan asalnya yang tegak.

b. Aliran cepat yang meliputi aliran tanih dan aliran lumpur/banjir lumpur. Proses aliran cepat melibatkan pergerakan regolit, tanih dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan berarus deras pada cerun yang lebih curam. Biasanya 60% daripada bahan yang dibawa terdiri daripada air.

c. Gelonsoran /geluncuran tanah melibatkan pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun yang curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan tiba-tiba kerana lapisan batuan yang berat terletak di atas lapisan batuan lembut seperti syal dan tanah liat. Bebanan batuan berat diatasnya menyebabkan lapisan lembut dibawahnya runtuh dan batuan keras turut sama bergerak menuruni cerun tersebut

d. Runtuhan ialah pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam dan ada kalanya tegak (90 darjah) seperti di tebing-tebing tinggi, bahu-bahu bukit yang ditarah dabn dipotong untuk dibina jalan raya atau di lereng bukit yang diteres untuk didirikan kondominium dan sebagainya.Fenomena runtuhan yang paling popular ialah tanah runtuh, runtuhan batu dan runtuhan tebing yang berlaku akibat perubahan gradien/kecerunan sesebuah cerun bukit.

b) Faktor-faktor mempengaruhi proses pergerakan jisim1. Kecerunan cerun/kawasan – sama ada curam atau landai akan menentukan jenis pergerakan

dan kekuatan daya graviti2. Hujan – akan menentukan kelicinan permukaan cerun serta penambahan berat beban atau

ketepuan beban3. Bekalan regolit yang ada di atas cerun - disediakan oleh luluhawa akan menentukan

penambahan berat beban4. Litupan tumbuhan – tebal/nipis litupan tumbuhan akan menentukan kestabilan cerun5. Tindakan manusia – memotong, meneres , menggondolkan permukaan cerun serta

pembinaan-pembinaan yang meningkatkan beban ke atas cerun akan menentukan kadar pergerakan cerun.

Cara mengelak1. menanam tumbuhan2. Teres3. Tembok halangan4. penyimenan5. perparitan di cerun-cerun

5 a) Bezakan proses hakisan galir dan hakisan galur1. Hakisan galir :Hakisan yang berlaku dalam alur-alur sungai kekal2. Hakisan galur: Hakisan yang berlaku dalam alur-alur kecil yang bersifat

sementara di permukaan cerun. Alur-alur kecil itu dikenali sebagai gegalurb) Huraikan Jenis-jenis dan cara hakisan di dalam alur sungai

Jenis-jenis hakisan di alur sungai1. Hakisan mendalamkan alur (Hakisan menegak)– melibatkan kerja-kerja mengorek dasar

alur sungai oleh air sungai yang bergerak secara pusaran. Biasanya berlaku di kawasan hulu sungai yang mempunyai air yang laju

2. Hakisan melebarkan alur(Hakisan mendatar) –melibatkan kerja penghakisan yang berlaku pada kedua-dua tebing alur sungai. Hakisan ini amat berkesan semasa banjir kerana air sungai mempunyai isipadu yang banyak dan kelajuan yang tinggi untuk meruntuhkan tebing. Biasanya berlaku di kawasan likuan sungai iaitu di bahagian cerun cekung sungai.

3. Hakisan mengundur – Melibatkan kerja-kerja hakisan sungai secara ke belakang . Biasanya terjadi jika terdapat takat terjun. Aliran air terjun yang deras akan menghakis di pangkal terjun

25

Page 6: Modul 4 sistem Geomorfologi

menyebabkan daya tampungan di pangkal cerun menjadi rendah dan hakisan mengundur ke belakang

Cara-cara hakisan di alur sungai1. cara-cara hakisan alur sungai merujuk kepada makenisma berlakunya hakisan itu seperti

tindakan hidraul, lelasan, lagaan dan larutan2. Tindakan hidraul – tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu

sendiri tanpa melibatkan bahan-bahan yang dibawanya. Tindakan hidraul wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yang lemah atau struktur rekahan yang menyebabkan dinding rekahan menjadi tegang akibat mampatan udara. Apabila air keluar dari rekahan , dinding rekahan akan menjadi kendur. Proses yang berulang menyebabkan rekahan menjadi besar dan dalam. Kekuatan tindakan hidraul juga bergantung kepada isipadu air dan kelajuan air.

3. Geselan/lelasan- proses pergeselan yang berlaku ke atas tebing atau dasar alur sungai oleh bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir,kerikil dan batu tongkol. Daya geseran yang wujud akibat aliran air sungai menyebabkan pengkahisan tebing atau dasar alur. Keadaan ini bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa dan kekerasan batuan dasar.

4. Lagaan- merupakan perlanggaran antara bahan-bahan yang dibawa oleh sir sungai dengan tebing dan dasar alur atau perlanggaran sesama bahan itu sendiri. perlanggaran ini menyebabkan bahan yang dibawa semakin kecil dan dasar alur mengalami retakan. Proses ini bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa dan kekuatan arus aliran sungai yang mampu menyeret dan melantunkan bahan yang dibawa.

5. Larutan- merujuk kepada tindakbalas secara kimia antara air sungai dengan mineral di tebing dan dasar alur. Jika mineral di dasar dan tebing alur terdiri daripada bataun lembut spt dolomit dan batu kapur maka ia mudah mengalami larutan menyebabkan struktur batuan di tebing dan dasar alur menjadi longgar dan tidak stabil seterusnya mudah runtuh. Keberkesanan proses ini bergantung kepada keasidan air sungai.

c) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan di alur sungai1. Faktor kecerunan dasar alur sungai- cerun yang curam mempengaruhi halaju arus.

kecuraman cerun membolehkan air sungai mengalir deras dan sudah tentu menyebabkan kadar hakisan tinggi. Hakisan lelasan dan lagaan terutamanya akan giat berlaku. Oleh itu kadar hakisannya lebih tinggi di bahagian hulu sungai berbanding di bahagian tengah dan hilirnya kerana kecuraman dasar alur sungai di kawasan berkenaan.

2. Isipadu air sungai atau kuantiti air sungai banyak mempengaruhi keberkesanan proses larutan dan hidraulik kerana semakin banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensinya. Tenaga air yang banyak semasa bergerak mampu berpusar,menghempas, mengorek dan memperdalamkan rekahan di dasar dan tebing alur sungai

3. Kuantiti bahan yang dibawa oleh air sungai juga mempengaruhi kadar hakisan di alur kerana semakin banyak bahan yang dibawa,kebarangkalian untuk pelanggaran berlaku lebih tinggi. Bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai samada diseret, melantun, terampai dan sebagainya akan berlanggar sesama sendiri dan bergesel dengan dasar alur atau tebing yang akan menghakis dasar alur sungai. Sekiranya bahan yang dibawa keras kadar hakisan alur lebih tinggi berbanding bahan yang bersifat lembut.

4. Geologi batuan dasar juga mempengaruhi kadar hakisan. Sekiranya tebing dan dasar sungai dibentuk oleh batuan lembut spt dolomit, batu kapur dan gypsum sudah tentu hakisan lebih hebat berbanding geologi batuan yang keras seperti granit dan gabro yang lebih tahan untuk dihakis dan diuraikan oleh air sungai

5. Sifat tumbuhan yang berada ditebing sesuatu alur sungai mempengaruhi kadar hakisan kerana akar tumbuhan akan menstabilkan dan mengikat batuan dan tanih di tebing sungai drp diruntuhkan oleh hakisan sungai. Oleh itu tebing sungai di kawasan hutan tebal/hutan primer lebih kukuh dan stabil daripada tebing sungai di kawasan hutan yang sudah diterokai seperti di hutan sekunder dan kawasan lapang.

6 a) Tunjukkan bagaimana sungai mengangkut muatannyaPengangkutan ialah proses pemindahan bahan atau muatan sungai dari hulu ke hilirnya.

a. Ampaian- pengangkutan bahan-bahan halus seperti lumpur, kelodak dan bahan organik akan dibawa di atas permukaan air kerana ia ringan. Bahan-bahan ini akan bergerak dengan cara terampai-ampai di bawah aras permukaan air sungai.Bahan ini akan amengeruhkan air sungai.

b. Apungan- pengangkutan bahan seperti batang kayu, sampah sarap, kotak-kotak minuman yang tidak tenggelam dan sebaliknya terapung di permukaan sungai. Bahan-bahan ini boleh diperhatikan dengan jelas dari tebing sungai. Bahan ini boleh terangkut

26

Page 7: Modul 4 sistem Geomorfologi

jika terdapat halangan-halangan di permukaan atau tebing sungaic. Seretan- Bahan berat seperti batu tongkol akan diseret di sepanjang dasar sungaid. Golekan- pengangkutan beban yang berat seperti tunggul kayu, bongkah kayu yang

memerlukan kelajuan air yang tinggie. Lompatan/loncatan - Bahan sederhana berat akan ditolak berperingkat-peringkat

mengikut daya /kekuatan sungai. Musim kemarau dan banjir akan mempengaruhi cara pengangkutan ini.

f. Larutan- bahan-bahan mudah larut seperti garam galian dan mineral serta tanih halus akan mengeruhkan air sungai dan dibawa aliran air.

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan dalam alur sungai1. Bentuk,saiz dan jenis bahan yang dibawa adalah berbeza. Perbezaan ini akan

mempengaruhi perbezaan cara pengangkutan beban sungai tersebut sama ada secara golekan, lompatan, ampaian dan larutan

2. Kuantiti bahan atau muatan yang dibawa akan menentukan kadar pengangkutan dan juga pemendapan sungai. Semakin banyak bahan yang dibawa maka semakin tinggi kadar pengangkutan dan pemendapannya

3. Halaju arus sungai dan isipadu air sungai juga mempengaruhi kadar pengangkutan. Pengangkutan banyak berlaku pada musim banjir kerana isipadu air sungai adalah banyak dan halaju arusnya tinggi

4. Geometri alur sungai iaitu alur sungai yang lebar banyak melakukan pengangkutan manakala alur sungai yang berliku banyak menjalankan pemendapan

c) Huraikan proses pembentukan bentuk bumi pemendapan di dataran banjirProses pemendapan berlaku di hilir sungai apabila sungai kehilangan tenaganya akibat pertambahan luas permukaan alur di bahagian muara dan pertembungan arus sungai dengan arus lautan. Bentuk-bentuk muka bumi yang terhasil daripada pemendapan ialah

1. Dataran banjir dan tetambak: Air banjir yang melimpahi tebing sungai akan memendapkan lumpur, kelodak, pasir, kelikir dan lempung apabila banjir surut. Kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar. Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk timbunan yang dipanggil tetambak

2. Likuan sungan, liku terpenggal danTasik ladam; Hakisan yang giat di tebing luar liku sungai manakala pemendapan pula berlaku di tebing dalam liku sungai. Hakisan yang giat di bahagian luar liku sungai menyebabkan lengkok tebing menjadi semakin rapat dan akhirnya bertemu dan air terus mengalir. Pemendapan yang berterusan membentuk liku sungai terpisah daripada alur baru sungai. Liku sungai asal yang terpisah drp sungai baru akan membentuk liku terpenggal. Akhirnya liku terpenggal menjadi sebuah tasik ladam

3. Delta: Delta akan terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai apabila halaju arus amat perlahan kerana pertembungan arus sungai dengan arus laut. Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan bahan dengan giatnya. Bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, lempung, bahan ampaian akan dimendapkan sehingga memenuhi sungai utama dan cawangan-cawangannya membentuk sebuah delta

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan zon litoral?Zon litoral merangkumi kawasan pantai daratan yang paling tinggi dapat dipengaruhi oleh air laut dan ke lautan dimana sedimen dasar laut tidak dapat digerakkan lagi oleh ombak.AtauMerangkumi kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak

b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap profil pantai1. Peranan ombak: Ombak pemusnah mengangkut pasir, kelikir ke luar pantai dan

ombak pembina menimbunkan pasir dan kelikir di pantai2. Bekalan bahan sedimen: Sedimen berlebihan menyebabkan pemendapan pantai

akan menjadi landai sementara sedimen kurang menyebabkan hakisan . Oleh itu

27

Page 8: Modul 4 sistem Geomorfologi

profil pantai akan menjadi curam3. Saiz bahan sedimen: Saiz bahan kecil atau halus menghasilkan profil landai

sementara saiz bahan kasar akan menghasilkan profil pantai curam4. kewujudan arus seret menyebabkan pantai curam5. Perubahan aras laut dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan profil pantai

curam jika aras meningkat. Jika aras laut turun profil pantai menjadi landai6. Bezantara pasang surut: Perbezaan yang besar semasa pasang dan aras surut

akan menyebabkan pantai lebih landai dan sebaliknya7. Tebusguna dan penambakan dipantai8. Pengorekan/perlombongan pasir menyebabkan pantai terhakis dan profil akan

menjadi curam9. Penebangan pokok bakau menyebabkan pantai terhakis dan menjadi lebih

curam10. Pembinaan pemecah ombak/benteng pemecah ombak di luar pantai akan

menjadikan pantai lebih landai apabila ombak diperlahankan

8 a) Perbezaan Luluhawa kimia Luluhawa fizikalAgen Luluhawa kimia berlaku kerana

tindakbalas kimia, udara, air dan mineral dalam batuan

Luluhawa fizikal berlaku kerana tindakan suhu dan biotik

Proses Luluhawa kimia melibatkan proses pengoksidaan, hidrolisis, larutan, pengkarbonan dan penghidratan

Luluhawa fizikal melibatkan proses insolasi (kembang-kecut), tindakan fros, penghabluran, dan tindakan biotik

Kandungan Luluhawa kimia boleh mengubah kandungan mineral batuan/ kimia batuan

Luluhawa fizikal tidak mengubah kandungan mineral batuan

Kawasan Luluhawa kimia berlaku dengan aktif di kawasan beriklim panas dan lembap seperti iklim tropika dan kurang di kawasan iklim gurun

Luluhawa fizikal aktif di kawasan iklim panas/gurun dan kurang di kawasan iklim lembap

b) Proses hidrolisis Pengkarbonan Pengoksidaan Larutan Penghidratan

c) Faktor-faktor tanah runtuh Langkah-langkah mengatasiRegolit yang tebal Penyimenan/tembokIklim- hujan lebat Menanam tumbuhan, penyimenan

perparitan, sungkupan plastikAktiviti manusia- pembinaan petempatan, pembalakan, jalan raya, lebuhraya

Teres, tembok, kejuruteraan (cerucuk)

Gangguan tektonik-gempa bumi Kejuruteraan(cerucuk)Litupan bumi kekurangan tumbuhan Menanam tumbuhan, sungkupan plastik,

kejuruteraanBentuk muka bumi - kecerunan Menanam tumbuhan, teres, tembok

28