modul 4 - pengenalan kepada internet.docx

Upload: manafmuhammad

Post on 11-Mar-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KURSUS TMK TAHUN 52014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TajukSISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Topik4.0 PENGENALAN KEPADA INTERNET

A. ObjektifPada akhir sesi ini, peserta dapat:1. Menyatakan maksud internet dan menyenaraikan perkhidmatan internet yang diketahui.2. Menyenaraikan laman web mengikut kategori yang betul melalui carian yang dibuat.3. Mencari Laman web yang spesifik dengan satu cubaan dan menyebarkan laman web yang spesifik kepada rakan melalui e-mail.4. Membuat perbandingan antara 2 jenis laman web dan membuat pembentangan.

B. Kandungan Pengajaran4.1 Maksud Internet.4.2 Perkhidmatan Internet.4.3 Pengelasan Laman Web.4.4 Penerangan URL.4.5 Perbezaan web 1.0, web 2.0 dan web 3.0.

4.1Maksud InternetInternet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet.

4.2Perkhidmatan internetManusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi, pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, oranisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi maklumat aplikasi web, muat turun video, email, chating dan lain-lain.

Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal perkhidmatan Internet merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan internet kepada rakyat Malaysia. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes.4.3Pengkelasan Laman WebPada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi. Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan kategori. Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.

4.4Penerangan URL

Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:

https://www.google.com.my/#q=entertainment+siteshttp://www.upsi.edu.my/enhttp://www.jpa.gov.my/index.php?lang=msPerbezaan HTTP dengan HTTPSHypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit. Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja dengan SSL di mana SSL Digital Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum mengunakan HTTPS. Biasanya HTTPS digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya HTTPS dijual oleh penyelia web hosting. SSL Digital Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan pada laman e-dagang.

Sekiranya laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak jangan masukkan demi keselamatan anda.http://www.truthorfiction.com/rumors/s/secure-websites.htm#.U04slXrkFTkhttps://support. mozilla.org/en-US/kb/how-do-i-tell-if-my-connection-is-secure

4.5 Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0 (Semantic Website)1 Web 1.0 Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya,website yang dibangun pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Pada era Web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, iaitu anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.

2 Web 2.0 Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh OReilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi informasi secara dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing, spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel. Pada era Web 2.0, anda boleh membuka internet browser dan mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet lain. Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan semua informasi yang anda perlukan. Namun kini, wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.

3 Web 3.0 Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0. Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-2030. Beliau ialah pakar dan pioner dalam bidang Semantic Web. Semantic Web adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. Namun pada Semantic Web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk berfikir, menganalisis dan menentukan informasi yang sedang dicari. Contohnya, apabila anda mencari perkataan kuda, anda akan memperoleh semua informasi/data biologi tentang spesies kuda termasuk mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.Web 1.0Tertutup, individual publishing, komunikasi sehala, penglibatan pasif membaca sahaja laman web persendirian.

Web 2.0Kolaborasi, penglibatan berkumpulan, komunikasi 2 hala, penglibatan yang aktif, pengguna menjana kandungan dan blogging, print and digital unfiltered The social web.

Web 3.0Aplikasi dinamik, perkhidmatan interaktif The intelligent Web digital, dynamic filtered.

http://en.wikipedia.org/wiki/Web_1.0http://diaryofanelearner.com/2013/04/10/web-2-0-vs-web-3-0-what-really-is-the-difference/http://pjktekno.blogspot.com/2013/01/apa-perbezaan-di-antara-web-10-dengan-20.htmlhttp://wittycookie.wordpress.com/2012/06/04/what-are-the-major-differences-among-web-1-0-2-0-and-3-0/http://www.xislegraphix.com/website-types.htmlWeb 1.0Merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dan merupakan sebuah bentuk revolusi terbaru di dunia internet. Tujuan pengembangan daripada web ini adalah untuk kemudahan dalam pengaksesan informasi. Web 1.0 bersifat statis dan halaman webnya hanya dapat menampilkan sahaja, halaman web benar-benar direka sebagai HTML yang asli, dan komunikasinya biasanya hanya satu arah.

Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0 (Semantic Website)Web 2.0Merupakan web yang muncul setelah keberadaan Web 1.0. Web 2.0 ini bersifat Read-Write dan Web 2.0 memiliki kemampuan melakukan aktivita drag and drop, auto complete, chat, voice yang dapat dilakukan seperti aplikasi desktop. Web 2.0 pertama kali disebutkan oleh O'Reilly Media pada tahun 2003, dan tahun 2004 dilancarkan dalam persidangan Web 2.0 pertama. Oleh kerana bersifat platform, aplikasi-aplikasi pada Web 2.0 tidak lagi terbatas kepada sistem operasi seperti pada Windows. Kelebihan lain dari aplikasi Web 2.0 ialah menggunakan teknik-teknik penprograman yang ringan seperti AJAX dan RSS, maksudnya Ajax atau Asynchronous JAVA Script dan XLM itu bekerja dengan mengirimkan permintaan data dari user ke server dan hasil dari permintaan data tidak dikemukakan sebagai halaman HTML yang penuh, tetapi hanya sebagian kecil halaman. Dalam Web 2.0 ada menggunakan Web Service dan REST sebagai teknologi asas.Web 3.0Ini merupakan web generasi ketiga setelah Web 1.0 dan Web 2.0. Dalam pengembangannya, Web 3.0 membuat tampilan seolah-olah seperti nyata atau hidup. Dalam hal search engine, web 3.0 tidak hanya dapat menemukan keywords yang akan user cari, tetapi dapat juga menginterpretasi konteks dari pemintaan yang pengguna lakukan. Ia akan mencarikan hasil yang lebih sesuai dan mencadangkan kandungan yang berkaitan. Saat ini Web 3.0 mulai dikembangkan di beberapa perusahaan dunia, seperti Secondlife dan Google Co-Ops.Ciri - ciri Web 3.0: Tran

Note*It would seem as though we now have a clear understanding of the difference between a Web 1.0 and Web 2.0 site. Web 1.0 sites are content driven and the user has no way to increase their involvement or interact with the interface. Web 2.0 sites move beyond mere posting of content by allowing the user to become part of the process through collaboration. Content management systems became wikis, directories (taxonomy) became tagging (folksonomy) and domain name speculation became search engine optimization.Web 1.0

Web 2.0

Web 2.0:Even though the term may suggest that it is a newer version of the web, there is no actual update or new technical modification. Web 2.0 sites allow for user interaction and participation by having a user-friendly interface where one can edit and publish the existing information. The term architecture of participation or Web-oriented architecture is often used because the viewer has some power and control over the data. Web 2.0 also utilizes social networking tools to further increase the level of viewer participation. Examples include podcasting, blogging, tagging, social bookmarking and web content voting.

1MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET