model pemprosesan maklumat

32
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Upload: allison93

Post on 20-Jul-2016

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Model pemprosesan maklumat

TRANSCRIPT

Page 1: Model pemprosesan maklumat

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Page 2: Model pemprosesan maklumat

• Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer.

• Input : Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran.

• Output: - Melalui proses retrieval.- Kajian susun atur, simpan, dan

dikeluarkan daripada ingatan.

Page 3: Model pemprosesan maklumat

Tiga model ingatan

Daftar deria / sensori

Ingatan pendek

Ingatan panjang

Page 4: Model pemprosesan maklumat

working memory

Page 5: Model pemprosesan maklumat

• Apabila maklumat baharu diterima oleh daftar maklumat, maka maklumat berkenaan dikenal pasti dan diberikan perhatian serta disalurkan kepada ingatan jangka pendek.

• Ingatan jangka pendek ada kala dinyatakan sebagai working memory kerana disinilah maklumat sebenarnya diproses.

Page 6: Model pemprosesan maklumat

• Jika latihan elaboratif berlaku, iaitu terdapat perkaitan antara maklumat dengan apa-apa yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, maklumat ini akan disalurkan ke dalam ingatan jangka masa panjang dan disimpan dalam skema.

• Maklumat boleh dikeluarkan semasa diaktifkan dan diproses oleh ingatan jangka masa pendek sebelum dihasilkan sebagai output.

Page 7: Model pemprosesan maklumat

Jenis- jenis ingatan

Page 8: Model pemprosesan maklumat

Daftar sensori / Deria

• Input utama daripada penglihatan dan bunyi.• Pemprosesan berlaku dalan 3 hingga 5 saat.• Input disalurkan kepada ingatan jangka

pendek untuk pemprosesan sebenar.• Maklumat yang diterima biasanya dipantau

pada tahap perhatian rendah dan oleh itu respons juga secara terpilih.

Page 9: Model pemprosesan maklumat

• Cth: - Apabila memandu kereka sambil bercakap, seseorang boleh terus memandu dan bercakap. Dia boleh memantau dan memberikan respons terhadap keadaan memandu tanpa pemindahan maklumat ini ke dalam ingatan jangka pendek.

Page 10: Model pemprosesan maklumat
Page 11: Model pemprosesan maklumat

Inkuiri bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan.

Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis, dan membuat inferens dan kesimpulan.

Inkuiri

Page 12: Model pemprosesan maklumat

•Teknik Inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah.

• Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu.

•Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep.

•Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuanterbimbing yang disarankan oleh John Dewey.

Page 13: Model pemprosesan maklumat

Model Inkuiri•Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu.

•Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka.

•Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan.

•Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

                                                

Page 14: Model pemprosesan maklumat

Dalam model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah:

Page 15: Model pemprosesan maklumat
Page 16: Model pemprosesan maklumat

Keterangan model inkuiri :

Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. 

Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami. 

Page 17: Model pemprosesan maklumat

Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.

Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.

Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.

Page 18: Model pemprosesan maklumat

Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai

untuk semua bidang.

Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada

hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.

Page 19: Model pemprosesan maklumat
Page 20: Model pemprosesan maklumat

Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model iaitu;

i) Model Inkuiri Sains (Model Dewey)

1. Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains.

2. Prinsip kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat rumusan, membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan menilai serta membuat rumusan.

Page 21: Model pemprosesan maklumat

3. Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah.

4. Peringkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah.

5. Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah.

Page 22: Model pemprosesan maklumat

6. Peringkat menguji hipotesis merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian

7. peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian

8. membuat rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah.

Page 23: Model pemprosesan maklumat

ii) Model Inkuiri Sosial

model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik.

- Merangkumi 6 langkah:i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURUii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURIDiii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESISiv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESISv. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESISvi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

Page 24: Model pemprosesan maklumat

iii) Model Inkuiri Jurispudential

model inkuiri juris prudental yang digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti balajar Sains dan Sastera.

Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. 

Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. 

Page 25: Model pemprosesan maklumat

i)-Inkuiri Terbimbing- Melalui bimbingan guru- Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.

ii)-Inkuiri Terbuka- Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.- Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.

Page 26: Model pemprosesan maklumat

iii)Inkuiri SuchmanBerlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains.

Page 27: Model pemprosesan maklumat

Model Inkuiri-Penemuan•Model ini sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan.

•Namun kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama.

•Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. 

Page 28: Model pemprosesan maklumat

•Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk suatu generasi yang diharapkan.  

•Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan mengandungi lima peringkat utama iatu peringkat mengenal pasti topik kajian, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat yang berkaitan, mengkaji dan menganalisis maklumat dan membuat generalisasi atau rumusan.

Page 29: Model pemprosesan maklumat
Page 30: Model pemprosesan maklumat

•Dalam model ini, murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

•Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

•Murid akan lebih mudah memahami sesuatu konsep melalui model ini kerana murid sendiri yang membuat pengujian untuk memahaminya.

Page 31: Model pemprosesan maklumat

Ini dapat dilihat bahawa proses ‘hands on’ akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada murid.

Selain mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap sesuatu konsep atau tajuk. Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami dan mengingati perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan.

Page 32: Model pemprosesan maklumat

•Model ini membantu guru menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan yang sesuai.

•Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip, ataupun teori dengan jelas dan terperinci.

•Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang berkesan.

•Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid.