model dan teori perkembangan k2

53
OLEH: EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM KURSUS ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SHV 4193 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Upload: inatunyusof

Post on 23-Jun-2015

12.272 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model dan teori perkembangan k2

OLEH: EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

KURSUS ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SHV 4193

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 2: Model dan teori perkembangan k2

Model-Model Kurikulum

1. Family Center Model2. Portage Model3. Model Constructivist4. Model High Scope5. Montessori6. Model Multi-Cultural7. Mix-Age Classroom8. Model Inklusif Jowonio

Page 3: Model dan teori perkembangan k2

Model-Model Kurikulum

9. Model Projek10. Reggio Emilia11. Bank Street12. The Eriksonian Approach13. Child Care14. Analisis Tingkahlaku15. Frequency Count16. Educating The Young Thinker17. Model Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Page 4: Model dan teori perkembangan k2

(a) PORTAGE MODEL Konsep penglibatan keibubapaanBerpusatkan ibubapa mendidik anak-anakHome based program

(b) MODEL CONSTRUCTIVIST Berasaskan teori J.Piaget Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman

(c) MODEL MONTESSORI Penerokaan kepada pesekitaran Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain Belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpa pembelajaran formal)

CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM

Page 5: Model dan teori perkembangan k2

(d) REGGIO EMILIA Berasaskan prinsip sosial konstruktivis spt. Piaget, Dewey, Montessori dan VygotskyMelihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanakPersekitaran fizikal dan pengurusan ruang amat pentingMendirikan sekolah berkeperluan khas

(e) BANK STREET Penekanan kepada hubungan sosial

(f) THE ERIKSONIAN APPROACH Psikososial stage; oral, anal, lokomotor… Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain

CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM

Page 6: Model dan teori perkembangan k2

(g) ANALISIS TINGKAHLAKU Berasaskan;prinsip tingkahlaku analisis tingkahlakumodifikasi tingkahlaku

(h) EDUCATING THE YOUNG THINKER Pembelajaran berdasarkan pemikiran simbolik (Piaget,Kaplan) Kemahiran kanak-kanak dalam mengklasifikasikan konsep 2D/3D Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman

(i) MODEL PROJEK Projek based Peluang kepada kanak-kanak buat penyelidik

CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM

Page 7: Model dan teori perkembangan k2

• PERKEMBANGAN SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

• PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN• PENGALAMAN YANG BERMAKNA• PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

MODEL KURIKULUM PRASEKOLAH

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

• KECEKAPAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI

• KEMAHIRAN BERFIKIR

• BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA

• BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN

• SIHAT DAN CERGAS

• KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF

BERSEDIA KE SEKOLAH

ABP ABP

Page 8: Model dan teori perkembangan k2

8

Insanseimbang

Fizikal & EstetikaFizikal & EstetikaPerkembangan jasmani dan Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan dirikesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasikreativiti, bakat dan apresiasi

KomunikasiKomunikasiPenggabungjalinan Penggabungjalinan kemahiran berbahasa kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara semasa berinteraksi secara verbal verbal dan dan non verbal non verbal dalam dalam bahasa Malaysia, bahasa bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamilbahasa Tamil

Keterampilan DiriKeterampilan DiriPemupukan kepimpinan Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan aktiviti kurikulum dan kokurikulumkokurikulum

Sains & TeknologiSains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikkemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikkemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologikemahiran berasaskan teknologi

KemanusiaanKemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara alam sekitar setempat, negara dan globaldan globalPenghayatan semangat Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduanpatriotisme dan perpaduan

Kerohanian, Sikap & NilaiKerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilaikepercayaan, sikap dan nilai

Page 9: Model dan teori perkembangan k2

IDEA & PEMIKIRANPENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

PERSPEKTIF ISLAM

TEORI INTERAKSI

TEORI KEMATANGAN

TEORI HUMANISTIK

TEORI KECERDASANEMOSI

TEORI TINGKAH LAKU

TEORI KECERDASANPELBAGAI

TEORI SOSIOBUDAYA

Page 10: Model dan teori perkembangan k2

TEORI TINGKAH LAKU• Pavlov - Teori Pavlov• Skinner - Teori Ransangan – Gerakbalas• Froebel - Perkembangan tingkah laku semasa

bermain dari segi intelek, emosi, sosial

dan fizikal

TEORI KEMATANGAN/KOGNITIF

• Rousseau - Kematangan semula jadi

• Piaget - Kematangan mengikut peringkat umur

(Perkembangan Kognitif)

Page 11: Model dan teori perkembangan k2

PERPESPEKTIF ISLAM

• Al- Quran

• Hadith

• Pemikir: Sayyidina Umar Al Khattab r.a.

Imam Al Ghazali

Ibnu Khaldun

PERPESPEKTIF LAIN

• Confucius

Page 12: Model dan teori perkembangan k2

TEORI INTERAKSI• Dewey - Interaksi penting untuk pengalaman bermakna• Montessori - Interaksi diri dan persekitaran menggunakan deria

TEORI HUMANISTIK

• Maslow - Hiraki keperluan kanak-kanak

- Perlu memenuhi keperluan fisiologikal, rasa

selamat, rasa kepunyaan dan rasa dihargai

TEORI SOSIOBUDAYA

• Vygotsky - Kanak-kanak perlukan orang dewasa dalam

perkembangan mereka

- ZPD – Zone of Proximal Development

- Scalffolding

Page 13: Model dan teori perkembangan k2

TEORI KECERDASAN PELBAGAI• Gardner - 8 + 1 Kecerdasan Pelbagai

- bahasa/linguistik

- logika-matematik

- visual/ruang

- kinestetik

- muzik

- interpersonal

- intrapersonal

- naturalis

- kerohanianTEORI KECERDASAN EMOSI

• Goleman - memahami emosi sendiri dan orang lain

- mengurus emosi sendiri dan kemahiran sosial

Page 14: Model dan teori perkembangan k2

CONTOH; TEORI PERKEMBANGAN CONTOH; TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KANAK-KANAK

Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Fitrah perkembangan kanak-kanak membina tahap pemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif. Manakala proses membina pemahaman pula amat berkait rapat dengan konsep ‘Organisasi’ dan ‘Adaptasi’.

Kanak-kanak bukan sekadar mengorganisasi segala pemerhatian dan pengalaman semata-mata, malahan turut mengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-idea bagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara. Proses adaptasi akan berlaku dalam dua keadaan, iaitu ‘Proses Asimilasi’ dan ‘Proses Akomodasi’.

Page 15: Model dan teori perkembangan k2

• Proses Asimilasi merujuk kepada proses penambahan maklumat baru atau memperkaya sturuktur kognitif sedia ada. Contoh, Zahra ternampak seekor burung dan menyebutnya sebagai burung. Dalam keadaan ini, asimilasi telah berlaku iaitu maklumat diserap melalui pandangan dan sebutan tanpa sebarang pengubah suaian.

 • Proses Akomodasi merujuk kepada proses pengubah suaian

skemata sedia ada untuk memperoleh maklumat baru. Berdasarkan contoh di atas, pada hari yang lain, jika ibu Zahra terdengar Zahra menyebut kambing apabila ternampak burung, ibunya membaiki keadaan tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah burung kerana ia boleh terbang dan berkicau, tidak berkaki empat dan tidak berbadan besar.

Page 16: Model dan teori perkembangan k2

Bila mana kanak-kanak memperoleh maklumat baru :- • Akan berlakunya ketidak seimbangan

(disequilibrium) dalam pemikiran.

• Bagi memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu mengadaptasi dan mengorganisasi pada skemata (Struktur kognitif yang mengorganisasi dan menginterpretasi semua pengalaman kanak-kanak).

Page 17: Model dan teori perkembangan k2

2 fakta utama perkembangan kognitif menurut Piaget iaitu :-

 

• Mempunyai rasa ingin tahu

• Aktif bergerak balas terhadap persekitaran mengikut kefahaman dan keupayaan mereka

Page 18: Model dan teori perkembangan k2

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF• 0-2 Tahun (Deria Motor) Kanak-kanak menggunakan deria motor dan lain-lain deria untuk meneroka dan

memahami dunia persekitaran mereka

• 2- 7 Tahun (Praoperasi) Kanak-kanak mengeksploitasi kemampuan mereka berfikir secara simbolik untuk

menyelesaikan masalah tetapi pada tahap pemikiran yang masih tidak berdasarkan logik dan mudah berubah oleh persepsi yang berlainan.

• 7 – 11 Tahun (Operasi Konkrit) Kanak-kanak memulakan zaman persekolahan formal dan menggunakan pemikiran

logik dan konkrit untuk menyelesaikan masalah secara ‘Cuba Jaya’ (Trial and Error)

• 12 Tahun ke Atas (Operasi Formal) Kanak-kanak berada di zon remaja yang membolehkan mereka berfikir secara

abstrak, menggunakan konsep pemikiran hipotetikal dan kesan jangka panjang sesuatu situasi.

 

Page 19: Model dan teori perkembangan k2

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY

Vygotsky memberi pandangan berkaitan konsep ‘Zon Perkembangan Proksimal’ (ZPD) iaitu :-

• Kanak-kanak akan menjadi lebih berkemahiran jika diberi peluang terlibat secara aktif bersama ahli masyarakat yang lebih dewasa dan lebih matang. Ini membolehkan mereka lebih mahir memikirkan sesuatu dalam lingkaran budayanya.

• Kanak-kanak yang terlibat dengan budaya masyarakat akan lebih mudah bergerak balas dengan persekitarannya dengan menggunakan pemikiran, peluang berbahasa dan berdialog.

Page 20: Model dan teori perkembangan k2

• Kesempatan berada dalam budaya masyarakat akan membolehkan kanak-kanak berkomunikasi sesama sendiri dan berinteraksi dengan orang lain. Proses ini akan mengubah kapasiti mental yang menjadi asas kepada perkembangan proses kognitif yang lebih tinggi.

• Kanak-kanak berpeluang mempelajari sesuatu kemahiran atau pembelajaran baru melalui bimbingan orang dewasa atau rakan yang lebih berkemahiran bagi membantu mereka mencapai tahap yang lebih optimum.

Page 21: Model dan teori perkembangan k2

• Faktor ‘Scalffolding’ yang terdapat dalam ZPD menjadi agen perubahan kualiti berbentuk sokongan sosial dalam tempoh proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Orang dewasa membina ‘Scalffolding’ melalui panduan, arahan, bahasa badan, mimik muka dan sebagainya bagi membimbing kanak-kanak menguasai konsep asas pembelajaran yang lebih bermakna.

• Faktor ‘Intersubjektiviti’ merupakan situasi di mana dua individu bermula dengan pemahaman yang berbeza mengenai sesuatu perkara yang sama tetapi akhirnya memperoleh pemahaman yang sama pada peringkat akhirnya.

Page 22: Model dan teori perkembangan k2

Teori Perkembangan Emosi Erikson

Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama :-

• Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asas• Perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas

terhadap keperluan-keperluan asas• Perkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentu• Setiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini

perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap berikut dengan jayanya

• Kegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya

Page 23: Model dan teori perkembangan k2

• Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Bagi mencapai tahap kesempurnaan psikososial yang positif, setiap tahap perlu ditangani oleh individu tersebut dengan jayanya. Seandainya krisis yang berlaku pada tahap tertentu tidak dapat ditangani, individu tersebut akan berhadapan dengan kegagalan sepanjang hayatnya.

Page 24: Model dan teori perkembangan k2

Tahap Pertama – Percaya Lawan Tidak Percaya (0 – 18 Bulan)

• Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya mula terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya terhadap orang lain dan persekitaran akan terbentuk jika bayi tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti daripada pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai penjagaan yang tidak sempurna kepada bayi, maka akan terbina perasaan tidak percaya kepada orang lain.

• Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan

individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka, kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi.

Page 25: Model dan teori perkembangan k2

Tahap Kedua – Autonomi Lawan Rasa Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun)

• Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara sendiri. Segala aktiviti asas kehidupannya seperti mandi, makan, berpakaian dan ke tandas telah mula dapat dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanak-kanak mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara bebas tanpa gangguan orang lain.

• Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanak-kanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.

Page 26: Model dan teori perkembangan k2

Tahap 3 – Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (3 – 6 Tahun)

• Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka. Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian dan memasak.

• Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah

mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.  

Page 27: Model dan teori perkembangan k2

Tahap 4 – Industri Lawan Rendah Diri (6 -12 Tahun)

• Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi melalui pemikiran logik.

• Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika

bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka. Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.

Page 28: Model dan teori perkembangan k2

Tahap 5 – Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan (12 - 20 tahun)

• Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan mengenali diri mereka sendiri termasuk mencari kemungkinan teman hidup, peranan dalam keluarga dan masyarakat.

• Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai pilihan yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk memilih. Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu persepsi mereka terhadap peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan dalam masyarakat.

Page 29: Model dan teori perkembangan k2

Tahap 6 – Tahap Intimasi/Kemesraan Lawan Pengasingan Diri (20 - 40 tahun)

• Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang akrab terutama dengan rakan berlainan jantina, mula memikir teman hidup, percintaan dan perkahwinan.

• Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan, akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.

Page 30: Model dan teori perkembangan k2

Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri (40 - 60 tahun)

• Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi perhatian dan komitmen terhadap individu lain dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan masa hadapan.

• Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap

keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai tahap generativiti, mempunyai pandangan positif dan berazam untuk berjaya secara optimum. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna jika berjaya membentuk anak-anak menjadi orang berguna yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan masyarakat.

Page 31: Model dan teori perkembangan k2

Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa (60 tahun ke atas)

• Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dan kepuasan dalam dirinya.

• Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.

Page 32: Model dan teori perkembangan k2

TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARDNER

• Gardner berpandangan bahawa kecerdasan mempunyai kaitan dengan kebolehan individu untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu hasil kerja berdasarkan skop budayanya sendiri seperti menghasilkan karya seni, mencipta lagu atau mengarang puisi.

• Gardner tidak bersetuju bahawa individu boleh dikesan tahap

kecerdasannya berdasarkan ujian seperti Ujian IQ. Beliau menyakini bahawa bukan hanya terdapat satu kaedah untuk menyelesaikan masalah atau konflik, tetapi melibatkan pelbagai cara di mana individu boleh menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau mengeluarkan sesuatu hasil.

Page 33: Model dan teori perkembangan k2

Gardner mengklasifikasikan kecerdasan individu kepada beberapa 9 kategori, iaitu :-

• Kecerdasan Bahasa-Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan, pembacaan dan penulisan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Ini termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, bercakap tentang bahasa itu sendiri, menghasilkan bahan bahasa, mengenal pasti perbezaan bahasa, susunan dan rima perkataan.

Individu yang memiliki kecerdasan ini, boleh menguasai bahasa isyarat, mudah mempelajari bahasa asing, berkecenderungan berpuisi dan menghasilkan novel.

Page 34: Model dan teori perkembangan k2

• Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-

– Gemar bercerita– Gemar menulis– Mempunyai ingatan yang baik seperti mengingati bait puisi– Mengeja perkataan dengan mudah, cepat dan tepat– Suka membaca – Suka aktiviti permainan bahasa

Page 35: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Logika-Matematik

Kebolehan menggunakan nombor dan mengira secara berkesan, berkebolehan mengemukakan pandangan secara induktif atau deduktif, mampu membuat jangkaan dan menyatakan sebab dan akibat, menghuraikan perkara-perkara yang abstrak serta dapat menganalisis sesuatu isu sebelum menyelesaikannya secara bersistematik.

Page 36: Model dan teori perkembangan k2

• Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-

– Mampu menyelesaikan masalah matematik dengan pantas– Berkecenderungan dalam komputer– Gemarkan permainan berstrategi seperti catur – Dapat menyatakan sebab dan akibat sesuatu peristiwa– Suka pada kerja-kerja yang melibatkan eksperimen

Page 37: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Individu yang memiliki kecerdasan jenis ini mampu membuat kerja-kerja binaan, pengukuran dan kejuruteraan, serta menganalisis graf, peta dan carta.

Page 38: Model dan teori perkembangan k2

• Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-

– Gemar berangan dan berimaginasi– Berkebolehan mentafsir peta, rajah, graf dan carta– Gemarkan permainan seperti menyusun objek– Suka menyanyi dan aktiviti yang melibatkan muzik– Suka pada kerja-kerja seni terutama melukis

Page 39: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Kinestetik-Badan

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-

– Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar– Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk– Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila

bercakap– Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau kraftangan– Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain

Page 40: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Muzik

Kebolehan mengesan irama, nada, tempo, melodi dan rentak lagu serta bunyi-bunyian. Berkecenderungan kepada muzik, menghargai keindahan dan kedamaian serta suka bermain dengan perasaan.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-

– Gemar dan mampu bermain alat muzik

– Senang mengingat dan menghafal melodi dan lirik lagu

– Mudah mengenal pasti bentuk irama yang dimainkan

– Sukakan muzik dan bunyi-bunyian ketika belajar

– Suka mengisi masa yang ada dengan menyanyi

Page 41: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Ini termasuklah kemahiran bertindak dan berhubung secara berkesan dengan orang lain secara praktikal.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,

ialah :-

– Gemar berkomunikasi dan mempunyai ramai rakan– Mudah simpati dan amat memahami perasaan orang lain– Suka berkumpul bersama rakan-raka– Sukakan permainan secara berkumpulan – Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

Page 42: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kekurangan, hasrat dan kehendak. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau perbezaan diri dengan orang lain, dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mampu mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

  Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai

kecerdasan ini, ialah :-

• Mempunyai kebolehan untuk berdikari• Dapat memberikan pandangan yang konkrit • Gemarkan kesunyian dan bersendirian• Memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi

Page 43: Model dan teori perkembangan k2

Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan haiwan termasuk rumput dan batuan serta beraneka flora dan fauna, kebolehan untuk mengenali artifak budaya berdasarkan pakaian dan makanan. Individu kategori ini amat menyintai keindahan alam semula jadi serta gemar meneroka hutan dan memelihara haiwan.

  Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,

ialah :-

• Sukakan memelihara haiwan • Dapat mengenal pasti haiwan dan tumbuhan dengan cepat• Gemar mengumpulkan karangan laut• Minat menanam bunga dan menghias menggunakan bahan

semula jadi seperti buluh, rotan dan akar.

Page 44: Model dan teori perkembangan k2

• Kecerdasan Eksistensial / Kerohanian

Individu yang memiliki kepekaan, kemampuan dan memberikan respons terhadap persoalan kewujudan dan kematian manusia, sensitif kepada permasalahan masyakat di sekitarnya, memiliki kecenderungan beragama dan sentiasa ingin mencari penyelesaian melalui pendekatan agama.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-

• Sensitif kepada keperluan masyarakat sekeliling• Gemar mengkaji hal-hal berkaitan agama• Gemar mendampingi diri dengan bahan berunsur agama• Cenderung kepada pemikiran falsafah dan kerohanian

Page 45: Model dan teori perkembangan k2

TEORI KREATIVITI TORRANCE

• Torrance berpandangan bahawa ‘Kreativiti Sempurna Kendiri’ dan ‘Kreativiti Bakat Istimewa’ adalah proses kreativiti yang menjadikan individu tersebut sensitif terhadap masalah, merasai kekurangan ilmu dan pengetahuan serta menghadapi keadaan yang tidak harmoni dalam diri.

• Kreativiti Sempurna Kendiri mempunyai pertalian yang rapat dengan tahap kesihatan mental tetapi tidak ada hubungan dengan konsep ‘Genius’ dan ‘Bakat’.

• Kreativiti Bakat Istimewa merupakan anugerah yang lahir daripada bakat semulajadi.

Page 46: Model dan teori perkembangan k2

• Kreativiti di anggap sebagai satu kurniaan di mana seseorang itu mungkin memilikinya atau tidak. Namun kreativiti sebenarnya melibatkan kemahiran-kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

• Ini atas rasional bahawa walaupun seseorang itu memiliki bakat dan kreativiti semula jadi, tetapi jika tidak diberi peluang untuk berkembang, ianya akan pupus dan menjadi sia-sia.

Page 47: Model dan teori perkembangan k2

• Ini mendorong seseorang itu mengenal pasti kesukaran yang wujud, mencari penyelesaian dengan membuat tekaan atau merangka hipotesis tentang kekurangan tersebut, menguji hipotesis dan melaporkan dapatan atau hasilan yang diperoleh. Melalui dapatan, maka kreativiti akan terbentuk dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai.

• Torrance berpandangan bahawa ujian kepintaran IQ serta ujian kertas dan pensil tidak akan memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap tahap kreativiti manusia. Ujian seperti ini hanya melihat perkembangan dari sudut pandangan yang sempit.

Page 48: Model dan teori perkembangan k2

Kreativiti menurut Torrance berdasarkan

ciri-ciri berikut :- • Kelancaran/Kefasihan/Kepetahan (Fluency) - Jumlah

yang boleh diinterpretasi, bermakna dan idea yang bersesuaian untuk digeneralisasikan sebagai respons yang mendorong kepada kreativiti.

• Kelenturan (Flexibility) – Jumlah perbezaan antara kategori yang bersesuaian dengan respons dalam proses menggambarkan kreativiti.

• Keaslian (Originality) – Data yang menunjukkan kelainan atau keanehan terhadap perkara yang diuji.

Page 49: Model dan teori perkembangan k2

• Penghuraian (Elaboration) – Jumlah terpeinci yang diperoleh daripada respons

• Indeks Kreativiti (Creativity Index) – Pencapaian yang diperoleh untuk menggambarkan tahap kreativiti.

• Kesamaran (Abstractness of Titles) – Tahap pemahaman responden terhadap tajuk atau perkara yang dikemukakan.

• Rintangan/Halangan (Resistance to Closure) – Halangan untuk membuat kesimpulan terhadap tahap kreativiti.

• Purata (Average) – Gambaran keseluruhan terhadap kreativiti yang ingin dikesan.

Page 50: Model dan teori perkembangan k2

Jerome Bruner Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Merupakan seorang pakar psikologi Amerika dan pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Havard dan Oxford.

Pada keseluruhannya, Bruner juga sependapat dengan Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak. Namun demikian, Bruner menambah kepada apa yang disampaikan oleh Piaget. Pada pandangan Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut beliau, perkembangan berfikir tidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Maka perkembangan kecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosialnya dengan orang lain. Bruner (1966) telah mengenal pasti tiga tema yang berkaitan perkembangan kognitif.

Page 51: Model dan teori perkembangan k2

Jerome Bruner i. Tema pertama dikaitkan dengan cara bagaimana manusia

mengurus dan mempamerkan pengalaman mereka. Beliau menerangkan bahawa kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu enactive, iconic dan symbolic. Setiap daripada tahap ini membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik.

ii. Tema kedua dikaitkan dengan pengaruh budaya ke atas perkembangan. Beliau mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang bukan sekadar pengaruh luar ke dalam tetapi juga pengaruh dari dalam ke luar.

iii. Tema ketiga dikaitkan dengan perkembangan sejarah manusia. Beliau percaya bahawa manusia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran.

Page 52: Model dan teori perkembangan k2

RUJUKANRUJUKAN

Bruner, J. (1966). Studies in cognitive growth. New York: Wiley.

Lev Semenovich Vygotsky www.massey.ac.nz/~Alock/virtual/project2.htr

Slee, P.T. (2002). Child, adolescent and family development. Cambridge: Cambridge University Press.

Steinberg, L & Meyer, R. (1995). Childhood. New York: McGraw-Hill.Inc.

The Jean Piaget Archiveswww.unige.ch/piaget/presentg.htm

Van Der Veer, R. (1986). Vygotsky’s developmental psychology, Psychological Reports, 59: 527-536.

Vygotsky, L. (1988). Thought and Language. Cambridge: The MIT Press.

Wood, D., Wood, H.A. & Middleton, D.J. (1978). An experimental evaluation of four face-to-face teaching strategies. International Journal of Behavioural Development 1: 131-147.

Page 53: Model dan teori perkembangan k2