mock pa 2014

Upload: salmiah-ramli

Post on 02-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    1/10

    1Unit Pengajian Am SMKTAR

    900/2 STPM

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK, KUCHING

    PENGAJIAN AM

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2

    ( 1 jam 30 minit)

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

    Arahan kepada calon:

    Untuk kegunaan pemeriksa

    Bahagian A

    1

    2

    3

    4

    Bahagian B

    Bahagian C

    Jumlah

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN

    BERBUAT DEMIKIAN.

    Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,

    Bahagian B, dan Bahagian C.

    Calon dikehendaki menjawab semuasoalan dalam Bahagian

    A dan satusoalan dalam Bahagian B dan dua Bahagian C.

    Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A

    pada ruang yang disediakan.

    Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam

    bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas

    yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat

    helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

    Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan

    diberikan dalam tanda kurung [ ]

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    2/10

    2Unit Pengajian Am SMKTAR

    BAHAGIAN A

    [15 markah)

    Jawab semuasoalan.

    1. Jelaskan duaindikator yang membolehkan sesebuah negara menjadi negara maju seperti yangdicadangkan oleh Organisation For Economic CO-operation and Development (OECD). [4]

    i. ................................................................................................................................................

    ...............................................................................................................................................

    ii. ..............................................................................................................................................

    ...............................................................................................................................................

    2. Nyatakan tigatonggak utama dalam Model Baru Ekonomi untuk menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. [3]

    i. ...............................................................................................................................................

    ii.

    iii.

    3. Jelaskan duamatlamat pembentukan Rukun Negara Malaysia. [4]

    i.

    ii. ..

    .

    4. Walaupun Malaysia menitikberatkan bidang perindustrian, bidang pertanian tidak diabaikan.

    Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pertanian dalam tiga fasa iaitu Dasar Pertanian FasaPertama,Fasa Kedua dan Fasa Ketiga.

    (a) Nyatakan duamatlamat yang digunakan oleh Kerajaan dalam Dasar Pertanian Fasa

    Ketiga. [2]

    i. ...............................................................................................................................................

    ii. ...............................................................................................................................................

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    3/10

    3Unit Pengajian Am SMKTAR

    (b) Terangkan satustrategi yang digunakan dalam Dasar Pertanian Ketiga. [2]

    i. .............................................................................................................................................

    .............................................................................................................................................

    BAHAGIAN B

    [20 markah]

    5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai

    untuk menunjukkan peratus perubahan kematian perinatal yang direkodkan di negeri-negeri

    terpilih di Malaysia antara tahun 2009 dan 2010.

    Kematian perinatal dikaitkan dengan kematian janin pada usia awal kehamilan yang

    disebabkan oleh jangkitan kuman serta trauma kehamilan. Meskipun wujud kaedah rawatan

    moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi rawatan bersalin, namun kematianperinatal mencatakan peningkatan kes, baik di Malaysia mahupun di seantaro dunia. Di Kedah

    umpamanya kematian perinatal yang direkodkan didapati meningkat sebanyak 15 kes pada tahun

    2010 berbanding dengan 340 kes pada tahun 2009.

    Bagi negeri Pulau Pinang pula, rekod kematian perinatal menunjukkan penurunan kes

    pada tahun 2010 kepada 168 kes berbanding dengan 171 kes pada tahun sebelumnya. Negeri

    Selangor pula merupakan negeri tertinggi merekodkan kes kematian perinatal dalam kalangan

    negeri terpilih pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah kematian yang dilaporkan bagi kedua-dua

    tahun ialah 1,237 kes dan 51.7% daripadanya merupakan kematian perinatal yang direkodkan

    pada tahun 2009, manakala bakinya ialah data kematian perinatal pada tahun berikutnya.

    Kematian perinatal yang dilaporkan tahun 2009 di negeri Sabah pula melebihi data

    kematian pada tahun 2010. Sebanyak 221 kes kematian perinatal dilaporkan pada tahun 2010,

    iaitu berkurang sebanyak 14 kes berbanding dengan tahun 2009. Jumlah kematian perinatal di

    negeri Sarawak pula mengatasi angka kematian di Sabah. Hal ini terbukti apabila sebanyak 307

    kes kematian perinatal direkodkan pada tahun 2009 dan bertambah sebanyak 21 kes pada tahun

    berikutnya.

    Negeri Johor mencatakan 388 kes kematian perinatal pada tahun 2009 dan meningkatkepada 409 kes kematian pada tahun 2010. Negeri Sembilan pula merupakan terendah angka

    kematian perinatalnya bagi kedua-dua tahun. Sebanyak 324 kes kematian perinatal dilaporkan

    bagi tahun 2009 dan tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 166 kes kematian

    dilaporkan pada tahun 2010, manakala selebihnya ialah kes kematian yang berlaku pada tahun

    2009 .

    (Sumber: Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    4/10

    4Unit Pengajian Am SMKTAR

    6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk

    menunjukkan perbandingan nilai pasaran utama eksport sektor pembuatan Malaysia mengikut

    negara pengimport bagi tahun 2010 dan tahun 2012.

    Pada tahun 2010, pertambahan nilai eksport keluaran sektor berkenaan ialah RM46 835

    juta dan telah bertambah kepada RM147 524 juta pada tahun 2012, iaitu pertambahan tahunan

    sebanyak kira-kira 25.8 peratus. Namun, mengikut negara pengimportnya pula, terdapat

    perubahan tertentu nilai eksport yang terlibat bagi kedua-dua tahun perangkaan berkenaan.

    Malaysia menpunyai ramai rakan dagang. Negara yang menjadi rakan dagang Malaysia

    yang mengimport barangan keluaran sektor pembuatan Malaysia ialah Amerika Syarikat, iaitu

    daripada RM11 756 juta pada tahun 2010 kepada RM38 504 juta pada tahun 2012. Nilai eksport

    Eksport ke Singapura ialah RM12 880 juta pada tahun 2010, dan nilai sebenar eksport ke

    Singapura telah meningkat kepada RM32 750 juta dua tahun kemudian. Hubungan dagangan

    Malaysia dengan Kesatuan Eropah menunjukkan penurunan sebanyak 2.1 peratus kepada 15.4peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 2012, iaitu RM22 719 juta pada tahun 2012 dan

    RM8 196 juta pada tahun 2010. Walau bagaimanapun nilai sebenarnya bertambah hampir tiga

    kali ganda. Begitu juga dengan negara Jepun yang menunjukkan nilai importnya telah meningkat

    hampir empat kali ganda, iaitu RM15 195 juta pada tahun 2012 berbanding dengan hanya 8.2

    peratus sahaja atau RM3 840 juta daripada jumlah nilai eksport sektor pembuatan Malaysia pada

    tahun 2010.

    Hubungan dagangan dengan Hong Kong telah bertambah daripada RM2 248 juta pada

    tahun 2010 kepada RM9 146 juta pada tahun 2012. Manakala nilai eksport Malaysia ke Taiwan

    telah meningkat daripada 1.4 peratus atau RM656 juta daripada jumlah nilai eksport pada tahun2010 kepada RM4 426 juta daripada jumlah nilai eksport pada tahun 2012.

    Hubungan dagangan Malaysia dengan Negara-negara Selatan adalah jumlah RM1 358

    juta, iaitu 2.9 peratus daripada jumlah nilai eksport telah berjaya diurus pada tahun 2010. Angka

    ini bertambah ke paras 6.1 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 2012, yakni

    sebanyak RM 8 999 juta. Sementara itu, nilai eksport ke negara-negara yang lain telah

    mencatatkan peningkatan sebanyak lebih dua kali ganda, iaitu daripada RM 5 901 juta pada

    tahun 2010 kepada RM 15 785 juta pada tahun 2012.

    ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan

    Malaysia Kesepuluh, 2013)

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    5/10

    5Unit Pengajian Am SMKTAR

    BAHAGIAN C

    [25 markah]

    Pilih satudaripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga

    350 patah perkataan.

    7. Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal

    memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Namun begitu, terdapat pelbagai

    kekangan yang menghalang hasrat murni ini. Bincangkan.

    8. Proses urbanisasi menjadi satu keperluan kepada Malaysia, namun sebalik

    kewujudannnya pelbagi kos sosial terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.

    Bincangkan.

    SOALAN TAMAT

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    6/10

    6Unit Pengajian Am SMKTAR

    SKEMA JAWAPAN

    1. (i) Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya. [1]

    Kemajuan teknologi dan keupayaan modal membolehkan masyarakat di negara maju

    memanfaatkan sumber alam secara optimum sperti penghasilan tenaga alternatif. [2](ii) Dapat mengatasi masalah penduduk [1m]

    Kualiti dan produktiviti penduduk tinggi, dan peluang pekerjaan dan ekonomi terbuka luas.[1m]

    (iii) Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang pesat. [1]

    Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan tidak terlalu bergantung kepada

    hasil pertanian. [1]

    (iv) Tingkat dab kualiti hidup masyarakat tinggi. [1]

    Tingginya kualiti penduduk mendorong semakin tingginya produktiviti masyarakat yang akan meningkatkan

    pendapatan perkapita dan pendapatan negara.

    (v) Kebanyakan eksport adalah hasil industri dan perkhidmatan [1]

    Tidak bergantung kepada sumber alam sepenuhnya, tetapi dengan pengetahuan dapat menghasilkan produk

    daripada sumber alam seperti hasilan daripada kelapa sawit.

    (vi) Kemudahan prasarana yang model dan mencukupi.[1]

    Mampu menyediakan prasarana bagi warganya. Wujud tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan wargamasyarakatnya untuk memelihara dan memanfaatkan prasarana tersebut. [1]

    2. (i) 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakanmenyatukan rakyat Malaysia

    (ii) Program Transformasi Kerajaan (PTK)

    (iii) Program Transformasi Ekonomi (PTE)

    (iv) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011- 2015)

    3. (i) Untuk mencipta masyarakat yang adil. [1]

    Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama sera mempunyai peluang yang sama

    untuk menikmati kejayaan tersebut.[1]

    (ii) Untuk memelihara cara hidup demokratik.[1]

    Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar

    undang-undang negara. [1]

    (iii) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat.[1]Semua rakyat hendaklah mendokong cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan satu negara yang bersatu

    padu.[1]

    (iv) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan pelbagai kaum. [1]

    Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan maasing-masing sesuai dengan

    matlamat perpaduan negara.[1]

    (v) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. [1]

    Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak

    maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan

    Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.

    4. (a) (i) Meningkatkan kualiti pengeluaran bahan makanan

    (ii) Pengukuhan hubungan antara sektor pertanian dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan

    (iii) Meningkatkan peroduktiviti dan daya saing sektor pertanian untuk perkembangan yang berterusan melaluibioteknologi

    (iv) Pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mapan

    (v) Mewujudkan sumber pertumbuhan baru untuk sektor pertanian dan perhutanan

    dibangunkan di seluruh dunia. Keperluan pasaran ini untuk menggubal strategi-strategi pertanian hutan. [1]

    (b) (i) Pendekatan Perhutani : [1]

    Bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh,

    dan bahan mentah. Pertanian dan perhutanan dibangunkan

    bersama kerana dua kegiatan tersebut saling melengkapi dan serasi.[1]

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    7/10

    7Unit Pengajian Am SMKTAR

    (ii) Pendekatan Berasaskan Produk : [1]

    Memberi penekanan kepada keperluan cita rasa pengguna serta pasaran di seluruh dunia.

    Keperluan pasaran ini untuk menggubal strategi-strategi pengeluaran pertanian huluan. [1]

    5. Graf Bar Memesong

    PERATUS PERUBAHAN KEMATIAN PERINATAL YANG DIREKODKAN DI NEGERI-NEGERI TERPILIH

    DI MALAYSIA ANTARA TAHUN 2009 DAN 2010

    Negeri Terpilih Kes Kematian Perinatal Peratus

    PerubahanTahun 2009 Tahun 2010

    Kedah 340 355 4.41

    Pulau Pinang 171 168 -1.75

    Selangor 640 597 -6.75

    Sabah 235 221 -5.96

    Sarawak 307 328 6.84

    Johor 388 409 5.41

    Negeri Sembilan 158 166 5.06

    (Sumber : Diubahsuaikan daripada JabatanPerangkaan Malaysia, 2010)

    6. Carta Pai Bandingan

    PASARAN UTAMA EKSPORT SEKTOR PEMBUATAN MALAYSIA MENGIKUT NEGARA

    PENGIMPORT BAGI TAHUN 2010 DAN TAHUN 2012

    Negara Tahun 2010 Tahun 2012

    RM Juta % ( ) RM Juta (%) ( )

    Amerika Syarikat 11 756 25.1 90.4 38 504 26.1 94.0

    Singapura 12 880 27.5 99.0 32 750 22.2 79.0

    Kesatuan Eropah 8 196 17.5 63.0 22 719 15.4 55.4Jepun 3 840 8.2 29.5 15 195 10.3 37.1

    Hong Kong 2 248 4.8 17.3 9 146 6.2 22.3

    Taiwan 656 1.4 5.0 4426 3.0 10.8

    Negara-negara Selatan 1 358 2.9 10.4 8 999 6.1 22.0

    Negara-negara lain 5 901 12.6 45.4 15 785 10.7 38.5

    Jumlah 46 835 100.0 360.0 147 524 100.0 60.0

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    8/10

    8Unit Pengajian Am SMKTAR

    7.Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal memerlukan usaha yang

    bersungguh-sungguh.Namun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang menghalang hasrat murni ini.

    Bincangkan.

    Pendahuluan: Malaysia berpotensi menjadi sebuah negara perdagangan dan perkhidmatan halal yang merangkumimakanan, produk bukan makanan , farmaseutikal dan kosmetik serta perkhidmatan termasuk logistik,

    pelancongan dan pemasaran, perbankan dan kewangan.

    Bil Idea Huraian

    1.

    Menangani isu pensijilan halal -menyelaras pengurusan pensijilan halal antara JAKIM

    dan Jabatan Agama Islam Negeri

    -menangani pemalsuan sijil halal

    -memastikan tatacara pensijilan halal dipatuhi

    2. Kerjasama antara agensi kerajaan -melaksanakan dan menguatkuasa peruntukan undang-

    undang sedia ada

    -melibatkan kerjasama antara kementerian dan pihak

    berkuasa tempatan

    -menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan

    secara bersepadu, efisien

    3. Mencipta jenama Halal Malaysia -strategi untuk meningkatkan pembangunan industri

    halal

    -mempromosikan Malaysia dalam arena halal global

    merangkumi produk makanan dan bukan makanan,

    perkhidmatan , kewangan dan pelancongan.

    -contoh Halalmart (pasaran dagang runcit halal

    bersepadu) yang pertama di Malaysia

    -menjadi hab penting pengilang bumiputera

    mempromosi dan memasarkan produk mereka4. Kempen -pameran halal dalam negeri dan peringkat antarabangsa

    - memperkenalkan Malaysia sebagai pengeluar hab halal

    -memperkenalkan sijil dan bentuk logo halal

    -menggalakkan pihak pengeluar produk mendapatkan

    sijil halal

    5. e-halal - memperkenalkan dan memasarkan produk halal secara

    elektronik samada dalam atau luar Negara.

    -e-halal akan membenarkan syarikat yang mendapat sijil

    halal sahaja mempamerkan produk halal mereka

    -contohnya perbankan islam, pasaran modal islam

    -produk halal ini disifatkan sebagai bersih, selamat

    berfaedah dan baik.

    6.

    B. Kekangan

    Penipuan/pemalsuan sijil halal -banyak berlaku masalah pemalsuan sijil halal / logo

    halal

    -memberi pinjam / serah sijil halal kepada premis lain

    -menggunakan logo halal kepada produk yang tidak

    tersenarai dalam sijil halal

    -mengubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil halal

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    9/10

    9Unit Pengajian Am SMKTAR

    - menjejaskan reputasi dan integriti sijil halal Malaysia

    dan kewibawaan Malaysia sebagai peneraju industri

    halal global

    7. Kurang pendedahan / kesedaran -kesedaran masyarakat terhadap aspek halal masih lagi

    pada tahap rendah

    -pengeluar tidak prihatin dan tidak bermaklumat

    8. penguatkuasaan -kurang pemantauan dan penguatkuasaan dalammemastikan syarat pensijilan halal dipatuhi secara

    konsisten

    -kekurangan kakitangan menyukarkan urusan

    pemantauann dan penguatkuasaan undang-undang ini

    -penguatkuasaan tidak berterusan

    Kesimpulan : Usaha untuk memperkasa Malaysia sebagai hab halal harus menjadi agenda penting negara. Kita

    mestikan mencapai standard halal yang dapat diterima diperingkat antarabangsa.

    8. Proses urbanisasi menjadi satu keperluan kepada Malaysia, namun sebalik

    kewujudannnya pelbagi kos sosial terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.

    Bincangkan.

    Pengenalan

    Proses urbanisasi merupakan proses pertumbuhan satu-satu kawasan yang melibatkan pertukaran corak aktiviti

    ekonomi daripada tradisi kepada moden, perubahan fizikal dan juga sosial.

    Isi

    (a) Peranan / kepentingan

    1. Pusat politik dan pentadbiran

    - Pusat pelbagai jabatan kerajaan, badan berkanun yang emnguruskan pentadbiran kerajaan.

    - Tumpuan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan berurusan

    2. Pusat kegiatan ekonomi

    - Tumpuan gadung perniagaan dan perdagangan- Kawasan perniagaan dan kewangan

    3. Pintu masuk antarabangsa

    - Bandar pelabuhan untuk kegiatan import dan eksport iaitu kegiatan import dan eksport iaitu

    kegiatan perkapalan

    - Lapangan terbang menjadi pintu masuk pelancong

    - Bandar sempadan pintu masuk rakyat dan perniagaan

    4. Kegiatan sosial

    - Pusat pendidikan, kebudayaan, sukan dan pelbagai kegiatan harian

    - Terdapat pelbagai kemudahan moden untuk rekreasi dan lain-lain

    (b) Kos sosial yang terpaksa ditanggung/ masalah

    1. Kesesakan lalulintas

    - penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar menyebabkan kesesakan

    - pertambahan kenderaan dan poeningkatan taraf hidup

    2. Masalah sosial

    - keruntuhan akhlak seperti pelacuran, penagihan dan pendaran dadah serta rompak disebabkan

    Kemiskinan

    - budaya hidup individualistik dan materialistik menyebabkan institusi keluarga porak peranda

  • 8/10/2019 Mock Pa 2014

    10/10

    10Unit Pengajian Am SMKTAR

    3. Masalah perumahan

    - kemiskinan dalam bandar disebabkan masalah pengangguran

    - penerokaan tanah kerajaan dan persendirian mewujudkan petempatan setinggan yang

    mencacatkan imej negara dan menimbulkan pelbagai masalah

    4. Peningkatan kos hidup

    - Bayaran perkhidmatan semakin meningkat disebabkan kemudahan hidup yang serba moden

    - harga tanah dan rumah meningkat

    5. Pencemaran dan sanitari

    - masalah pencemaran haba, udara dan bunyi boleh memberi kesan pada kesihatan manusia

    - selain itu masalah pelupusan atau sanitari dan perkhidmatan perbandaran amat diperlukan

    Kesimpulan

    Urbanisasi memerlukan perancangan yang teratur dan perlu dibuat untuk tempoh masa panjang. Semua aspek

    kehidupan perlu diambil kita agar masalah atau kos yang perlu ditanggung akibat perbandaran dapat dielakkan.