mk/u/125 30 safar 1435 02 januari 2014 - moh.gov.bn yang berhormat... · di antara kemajuan dan...
TRANSCRIPT
1
MK/U/125 30 Safar 1435
02 Januari 2014
Kepada
Yang Mulia
Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan
Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan
Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)
Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal)
Ketua-Ketua Pengarah
Ketua-Ketua Jabatan
Pakar-Pakar, Doktor-Doktor, Allied Health Profesional
Jururawat-Jururawat
Pegawai-Pegawai serta Kakitangan
Kementerian Kesihatan
PERUTUSAN YANG BERHORMAT
MENTERI KESIHATAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA TAHUN BARU MASIHI 2014
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asrafil Ambiae
Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa’ala Aalihiee Wasahbihee
Ajama’een.
dan salam sejahtera
2
1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan izin, taufik, hidayah dan limpah kurnia rahmat dari Nya
jua kita dapat bersama-sama melangkah ke Tahun Baru Masihi 2014.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Kesihatan terus
melaksanakan peranannya sebagai sebuah organisasi yang menjadi
peneraju utama terhadap hal ehwal penjagaan kesihatan keseluruhan
rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Disepanjang tahun
2013, pelbagai program dan inisiatif telah diungkayahkan, yang mana
telah menghasilkan pencapaian yang sangat menggalakkan semata-mata
bagi tujuan meningkatkan lagi kualiti kesihatan dan kesejahteraan rakyat
serta penduduk di negara ini. Dengan berpandukan kepada visi dan
strategi-strategi Kementerian Kesihatan, sistem penjagaan kesihatan di
negara ini akan terus meliputi penjagaan secara holistik serta ‘universal
health coverage’ dari aspek promosi kesihatan, pencegahan dan kawalan
penyakit, rawatan dan pemulihan serta dalam melindungi kesihatan
awam di samping berusaha meningkatkan kualiti, efisiensi, keberkesanan
penyampaian perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran secara
keseluruhan. Perkembangan kesihatan negara adalah selaras dengan
perkembangan dan penaiktarafan infrastruktur serta kemudahan-
kemudahan kesihatan demi untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan
dan meningkatkan keselesaan orang ramai selaras dengan pendekatan
‘people centred care’.
2. Di antara kemajuan dan pencapaian Kementerian Kesihatan sepanjang
tahun 2013 adalah seperti berikut:
3
2.1 Kementerian Kesihatan telah terus melipatgandakan usaha bagi
memperkembangkan perkhidmatan yang sedia ada dan
seterusnya mengukuhkan perkhidmatannya supaya lebih efisien,
efektif dan berkualiti dengan mengamalkan dasar ‘Universal
Health Coverage’, amalan-amalan terbaik dan juga yang
disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Langkah-langkah yang telah dilaksanakan termasuklah
pembangunan infrastruktur kesihatan dan juga penambahbaikan
dan menaiktaraf fasiliti yang sedia ada seperti bangunan-
bangunan hospital, pusat-pusat kesihatan, klinik-klinik kesihatan
serta makmal-makmal dan kemudahan yang berkaitan dengan
perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini secara
berperingkat-peringkat mengikut keutamaan. Beberapa projek
prasarana di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) telah
siap dibina seperti berikut:
(i) Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-
Wakkilah Hayatul Bolkiah di Mukim Gadong yang
pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah
Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah pada 5 September 2013;
4
(ii) Bangunan Perkhidmatan Makmal Saintifik, Jabatan
Perkhidmatan Saintifik yang telah dibuka rasmi pada 3
Januari 2013;
(iii) Blok Tambahan Bangunan Kementerian Kesihatan telah
siap pada akhir bulan Oktober 2013 dan Majlis
Penyerahan Kunci bagi Blok tersebut telah dilangsungkan
pada 4 November 2013; dan
(iv) Dewan Al-‘Afiah Kementerian Kesihatan yang dibuka
rasmi pada 7 November 2013.
Manakala pembinaan Blok Perempuan dan Kanak-Kanak,
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Bangunan
Perkhidmatan Farmasi sedang pesat berjalan dan Insya Allah
dijangka akan siap pada tahun 2014 nanti. Projek-projek lain
yang baru bermula ialah Bangunan Stor Perbekalan dan
Kesihatan Negara, Pusat Kesihatan Lambak Kanan dan Pusat
Kesihatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien di Kampung Sungai
Kebun.
2.2 Kementerian Kesihatan berterusan memberi keutamaan bukan
sahaja kepada pemberian perkhidmatan komprehensif yang
menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan dari peringkat
asasi kepada secondary dan tertiary tetapi juga memperkenalkan
pembaharuan dari aspek perkhidmatan perubatan. Justeru itu,
pihak Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif dan komited
untuk memperkembangluaskan perkhidmatan perubatan dalam
5
pelbagai kepakaran, sesuai dengan perkembangan teknologi dan
kemahiran dalam pelbagai pengkhususan. Ini jelas apabila pada
tahun 2013 perkembangan perkhidmatan perubatan yang
signifikan telah dapat diungkayahkan yang mana juga telah
melakar sejarah dengan kejayaan program-program seperti
berikut:
(i) Perlaksanaan Program Pemindahan Buah
Pinggang yang julung-julung kali diadakan di
Negara Brunei Darussalam iaitu sebagai satu pilihan
rawatan terbaik bagi pesakit yang menghadapi kegagalan
fungsi buah pinggang tahap akhir. Pada 21 November
2013, pembedahan pemindahan organ buah pinggang yang
pertama kali telah dijalankan di Negara Brunei
Darussalam iaitu di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha. Prosedur pembedahan serta rawatan dikendalikan
oleh gabungan beberapa konsultan, doktor, jururawat dan
profesional kesihatan Jabatan Perkhidmatan Renal dan
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta seorang
Pakar Bedah Pemindahan Buah Pinggang dari Australia
dan seorang Pakar Nefrologi Pemindahan Buah Pinggang
dari Malaysia;
(ii) Prosedur klinikal menggunakan teknik baru iaitu
‘Renal Artery Denervation’ bagi rawatan pesakit
yang menghidap tekanan darah tinggi yang kronik
6
telah mula diperkenalkan pada 8 Julai 2013 di
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Prosedur ini merupakan satu kejayaan rawatan perubatan
dalam membantu pesakit mengawal penyakit dengan baik
dan mengelak daripada sebarang komplikasi; dan
(iii) Terapi ‘Insulin Infusion Pump’ telah mula
diperkenalkan pada 7 Mac 2013 sebagai salah satu
pilihan rawatan bagi pesakit-pesakit diabetes yang
mana sekaligus adalah sebagai usaha Kementerian
Kesihatan untuk mempertingkatkan lagi tahap
perkhidmatan perubatan sejajar dengan peringkat
antarabangsa dan mengikut perkembangan teknologi dan
amalan-amalan terbaik, rawatan yang terkini serta
memberikan rawatan yang optima kepada pesakit-pesakit
diabetes di negara ini.
2.3 Sebagai langkah untuk menangani cabaran peningkatan penyakit-
penyakit tidak berjangkit di negara ini, Kementerian Kesihatan
telah membentuk satu strategi iaitu Pelan Tindakan Multi-Sektor
Negara Brunei Darussalam bagi Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2013-2018 (Bru-MAP NCD
2013-2018) yang telah dilancarkan pada 21 September 2013.
Pelan strategi ini bertujuan bagi menangani trend penyakit-
penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dari tahun ke
7
setahun, dengan menetapkan sasaran bagi mengurangkan faktor-
faktor risiko dan seterusnya jumlah kematian yang berpunca
daripada penyakit-penyakit berkenaan. Pihak Kementerian
Kesihatan juga telah dapat mengusahakan bagi pembentukan
Bandar Seri Begawan Declaration on Prevention and Control of Non-
communicable Diseases in ASEAN yang telah dipersetujui dan
diluluskan oleh Ketua-Ketua Negara / Kerajaan negara-negara
ahli ASEAN pada 9 Oktober 2013 semasa 23rd ASEAN Summit
di mana Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi
persidangan tersebut.
2.4 Usaha berterusan dalam mengawal dan mencegah penyakit-
penyakit tidak berjangkit melalui program-program promosi
kesihatan terus dilaksanakan yang antaralain meliputi aktiviti-
aktiviti yang berkaitan seperti berikut:
(i) Di tahap masyarakat, aktiviti-aktiviti promosi kesihatan
giat diperluaskan di seluruh negara dengan memfokuskan
kepada kaedah People Centred Health Care seperti
program Mukim Sihat dan penubuhan Jawatankuasa
Mempromosi dan Mengamalkan Cara Hidup Sihat di
pusat-pusat kesihatan yang melibatkan pelbagai
stakeholders dan penyertaan masyarakat setempat.
8
(ii) Pada tahun 2013, Kementerian Kesihatan juga telah
memperkenalkan Program Pemeriksaan Kesihatan di
Pusat-Pusat Kesihatan serta penubuhan Klinik Cara Hidup
Sihat secara berperingkat-peringkat sebagai satu
pendekatan yang akan mengukuhkan lagi peranan
perkhidmatan penjagaan kesihatan di peringkat asasi
sebagai ‘gatekeeper’ khususnya dalam mengesan awal akan
penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit di kalangan
masyarakat dan seterusnya untuk memberi intervensi
melalui rawatan atau kaunseling bagi mencegah dari
berlakunya komplikasi serta keadaan lebih serius yang
disebabkan oleh penyakit-penyakit berkenaan.
2.5
Kementerian Kesihatan juga mengambil berat akan kepentingan
untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam bagi
melindungi kesihatan dan keselamatan awam di negara ini. Pada
5 Februari 2013, program penghapusan filariasis atau penyakit
untut telah dimulakan melalui kaedah pemberian ubat kepada
rakyat dan penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan yang
berisiko tinggi.
2.6 Pada tahun 2013 ini juga, Negara Brunei Darussalam
diisytiharkan menepati sasaran serantau dalam mengawal
penularan penyakit Hepatitis B kepada tahap yang rendah iaitu
kurang daripada 1% di kalangan kanak-kanak.
9
2.7 Manakala cabaran-cabaran mengenai penyakit denggi terus
dikawal dan begitu juga dengan kemunculan kes-kes Japanese
Encepahilitis (JE) yang mana sebagai langkah pencegahan bagi
jangkitan JE ini, Kementerian Kesihatan pada bulan November
2013 telah melaksanakan perkhidmatan suntikan vaksin JE
secara berperingkat-peringkat dengan memberikan keutamaan
di kawasan-kawasan dimana kes-kes berkelompok telah
dikenalpasti, khususnya di Mukim Kuala Belait dan Mukim Sungai
Liang.
2.8 Perlaksanaan Sistem Maklumat dan Pengurusan Penjagaan
Kesihatan Negara Brunei Darussalam (Bru-HIMS) telahpun
dilaratkan ke hospital-hospital lain serta pusat-pusat dan klinik-
klinik kesihatan di seluruh negara pada tahun 2013 seperti
berikut:
- Permulaan Pra-Pendaftaran bagi Sistem Bru-HIMS di
Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong pada
11 April 2013;
- Memulakan penggunaan Sistem Bru-HIMS di Hospital Raja
Isteri Pengiran Anak Saleha secara berperingkat-peringkat,
iaitu Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan serta
Perkhidmatan Radiologi pada 18 Mei 2013, manakala di
Bahagian Pesakit Luar pada 24 Ogos 2013 dan seterusnya
10
dilaratkan disemua klinik-klinik dan wad-wad di Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; dan
- Memulakan penggunaan Sistem Bru-HIMS secara
berperingkat di pusat-pusat dan klinik-klinik kesihatan di
daerah Brunei Muara pada 23 September 2013.
2.9
Kementerian Kesihatan berterusan memberi perhatian kepada
pengurusan dan perkembangan tenaga profesional kesihatan
yang menjadi nadi penggerak kepada sistem dan perkhidmatan
penjagaan kesihatan di negara ini. Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam pada bulan Mei 2013 telah memperkenankan
Skim Perkhidmatan Kejururawatan yang baru. Ini adalah
dihasratkan untuk memberikan peluang kepada perkembangan
kerjaya dalam jurusan kejururawatan ke peringkat kepakaran
yang lebih tinggi dan sebagai dorongan kepada para jururawat
untuk lebih bertekad, lebih iltizam dan lebih dedikasi untuk
meningkatkan kemahiran yang lebih tinggi. Sejajar dengan
perancangan dan matlamat Kementerian Kesihatan untuk
meningkatkan lagi imej dan profesion keseluruhan profesional
kesihatan yang lebih berkualiti, bekepakaran, lebih efisien dan
lebih efektif dalam memberikan perkhidmatan dan penjagaan
kesihatan di negara ini, maka skim-skim perkhidmatan baru bagi
kumpulan-kumpulan Allied Health Professionals juga telahpun
11
dihadapkan kepada pihak-pihak berkenaan untuk pertimbangan
mengenainya.
2.10
Kementerian Kesihatan juga sangat peka akan kepentingan
untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan tenaga kerja
kesihatan khususnya bagi kategori pekerjaan yang berisiko tinggi.
Dalam menangani perkara sedemikian, Kementerian ini telah
memperkenalkan program insuran kesihatan dengan memulakan
kepada kumpulan Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans
Perubatan (EMAS). Majlis Penandatanganan Memorandum
Perjanjian telah pun dilaksanakan pada 7 Disember 2013 di
antara Kementerian Kesihatan dengan Insurans Islam TAIB
Family Takaful Sendirian Berhad bagi perlaksanaan Perlindungan
Takaful kepada semua pegawai dan kakitangan EMAS mulai 1
Januari 2014. Insya Allah, pelan Perlindungan Takaful ini akan
dilaratkan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian
Kesihatan yang lain mengikut keutamaan melalui penilaian tahap
pendedahan terhadap risiko kerja masing-masing.
2.11 Sejajar dengan usaha bagi mendokong kepada pembelajaran
berterusan bagi profesional kesihatan, Pusat Pembelajaran dan
Perkembangan Kesihatan baru di Kuala Belait telah siap dibina
dan mula beroperasi pada 23 November 2013. Pusat ini juga
12
akan digunakan bagi menjalankan program-program promosi
kesihatan dan penerapan kesedaran awam bukan sahaja
memfokus kepada penjagaan dan pengawalan penyakit-penyakit
khususnya tidak berjangkit tetapi juga tentang mengamalkan
cara hidup sihat.
2.12
Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee
Billah di daerah Tutong juga telah mengikut jejak Hospital Raja
Isteri Pengiran Anak Saleha dan Hospital Suri Seri Begawan
dalam memperolehi pengiktirafan dan akreditasi sebagai
‘Teaching Hospital’ dari Universiti Brunei Darussalam pada 9
November 2013, iaitu bagi mendokong kepada meningkatkan
pusat pembelajaran dan juga penyelidikan bidang perubatan di
negara ini.
2.13 Menyentuh mengenai bidang penyelidikan, pihak Kementerian
Kesihatan sangat menggalakkan bagi kajian-kajian bidang
kesihatan yang memberi fokus kepada aspek-aspek seperti
epidemiologi penyakit di negara ini dan juga kajian mengenai
status kesihatan. Oleh yang demikian, pelancaran Laporan
National Health and Nutritional Status Survey (NHANSS), Brunei
Darussalam, Fasa Pertama pada 10 Januari 2013 sangat dialu-
alukan yang mana kajian penyelidikan yang seumpama ini adalah
bertujuan bagi mendokong perlaksanaan dan pembuatan dasar
yang berasaskan bukti (evidence-based policymaking). Sehubungan
13
dengan ini, adalah diharapkan laporan bagi fasa kedua akan dapat
disiapkan secepat mungkin mengenainya.
2.14 Kementerian Kesihatan juga menitikberatkan mengenai hal
ehwal antarabangsa melalui peningkatan jalinan hubungan
kerjasama dibidang kesihatan dengan negara-negara sahabat dan
institusi-institusi perubatan antarabangsa iaitu melalui
pertukaran maklumat, mesyuarat-mesyuarat dua hala dan
pertukaran lawatan-lawatan kerja. Pencapaian pada tahun 2013
dalam hal ehwal antarabangsa dalam kesihatan antaralain seperti
berikut:
(i) Penandatanganan Memorandum Persefahaman bagi
Kerjasama dalam Bidang Kesihatan di antara Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dan Republik Rakyat Jerman pada 10 April 2013, serta
pembaharuan Memorandum Persefahaman bagi
Kerjasama dalam Bidang Kesihatan dengan Republik
Singapura pada 28 Mei 2013.
(ii) Kerjasama dalam kesihatan juga terus diperkukuhkan di
peringkat serantau dan antarabangsa melalui penyertaan
aktif Negara Brunei Darussalam dalam menyumbang
kepada perkembangan kesihatan sejagat di Forum
14
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ASEAN, OIC,
APEC dan sebagainya. Negara Brunei Darussalam melalui
Kementerian Kesihatan telah diberi kepercayaan bagi
mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan
Komanwel bagi tahun 2013-2014 dan bagi tahun 2013
Kementerian Kesihatan juga telah menjadi tuan rumah
kepada beberapa mesyuarat teknikal ASEAN dan serantau
Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand
(BIMST).
2.15 Kementerian Kesihatan telah berjaya menganjurkan dan menjadi
tuan rumah kepada Persidangan Kesihatan Antarabangsa
(International Health Conference) yang bertemakan ‘Strengthening
Primary Healthcare’ iaitu sebagai landasan bagi peningkatan ilmu,
perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik untuk
dipraktikkan dalam usaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan
penjagaan kesihatan asasi di negara ini dan juga di peringkat
serantau. Majlis Perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa
tersebut telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka
Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah pada 21 September 2013 di Hotel
Centrepoint, Gadong.
15
2.16 Persidangan peringkat antarabangsa yang turut dianjurkan oleh
Kementerian Kesihatan ialah seperti;
(i) International Orthopaedic Conference 2013 yang diadakan
buat pertama kali di Negara Brunei Darussalam pada 13
Januari 2013
(ii) 10th Biennial Convention of ASEAN Neurological
Association (ASNA) yang diadakan juga buat pertama
kalinya di Negara Brunei Darussalam pada 13 Oktober
2013; dan
(iii) 6th Fédération Dentaire Internationale / Ministry of Health
Brunei Darussalam Dental Convention yang diadakan pada
24 November 2013.
Ini jelas menunjukkan kebolehan serta keyakinan pihak
Kementerian Kesihatan dalam mengungkayahkan persidangan
peringkat antarabangsa dan seterusnya bagi menyumbang
kepada pembangunan kapasiti dalam bidang perubatan bagi
profesional kesihatan di rantau ASEAN dan global.
2.17 Penubuhan Orthopaedic Society of Brunei Darussalam pada 12
Januari 2013 adalah merupakan satu inisiatif yang sangat dialu-
alukan kerana ini boleh menyumbang kepada memantapkan lagi
perkhidmatan perubatan khususnya dalam bidang orthopaedic.
16
2.18 Kementerian Kesihatan juga sangat peka akan kepentingan bagi
pengawalan profesional kesihatan di negara ini. Pada 5 Jun 2013
pendaftaran Ahli Farmasi telah dilaksanakan iaitu mengikut
perundangan Perintah Pendaftaran Ahli Farmasi 2001 yang
antara lain bertujuan bagi memastikan ahli farmasi di negara ini
adalah berdaftar dan mematuhi Kod Amalan dan Etika Ahli
Farmasi di Negara Brunei Darussalam serta sentiasa
mengekalkan profesionalisma sebagai Ahli Farmasi.
2.19
Penyertaan pihak Kementerian Kesihatan dalam Konvensyen
Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) peringkat kebangsaan pada
akhir-akhir ini adalah berkurangan dan perlu lebih galakkan dan
diambil perhatian oleh Ketua-Ketua Jabatan serta bahagian.
Walau bagaimanapun pada tahun 2013, syabas diucapkan kepada
Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) iaitu Kumpulan “Tekad
Kejayaan” dari Bahagian Rekod Perubatan, Hospital Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha atas pencapaian Anugerah Pingat Gangsa
pada 4 Disember 2013 sempena sambutan Hari Perkhidmatan
Awam Ke-20. Kumpulan ini telah melaksanakan projek
mengenai “Maklumat Pemeriksaan Kesihatan Yang Kurang
Efektif dan Efisien Kepada Pelanggan dan Kakitangan” yang mana
memberi impak positif kepada penyelesaian masalah proses dan
menyumbang kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan
bahagian tersebut.
17
2.20 Mengenalpasti akan kepentingan bagi menambah nilai akan
perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan
kepada golongan kanak-kanak istimewa maka bersempena
dengan Sambutan Hari Antarabangsa Orang dan Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas 2013, Taman Permainan Nur Insyirah
Kanak-Kanak Istimewa sebagai kemudahan tambahan kepada
Pusat Perkembangan Kanak-Kanak di Kiarong telah siap dibina
dan dirasmikan pada 8 Disember 2013.
2.21 Perlaksanaan projek-projek perancangan yang strategik lagi
holistik yang mendokong usaha untuk memantapkan
perancangan, meningkatkan kualiti serta memajukan sistem
penjagaan kesihatan negara selaras dengan Wawasan Brunei
2035 terus dijalankan disepanjang tahun 2013. Projek-projek
yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Projek Pelan Induk Komprehensif Menaiktaraf dan
Pembaikan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang
mana deraf muktamad telah siap disediakan; dan
Projek Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan
yang melibatkan beberapa aktiviti kerja seperti kajian
kesihatan penduduk, bengkel-bengkel, konsultasi dengan
pelbagai stakeholders dalaman dan luar dari Kementerian
Kesihatan. Sehingga kini, pihak konsultan The Innova Group
18
(USA) telah menyediakan Deraf Pelan Inisiatif-Inisiatif dan
Program-Program yang akan memberikan landasan hala
tuju bagi memenuhi keperluan penyediaan perkhidmatan-
perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kesihatan dan
perubatan dalam masa jangka panjang di Negara Brunei
Darussalam.
3. Alhamdulillah, kejayaan dan pencapaian yang telah dihasilkan secara
keseluruhan dan sepertimana jua yang disebutkan di atas tidak mungkin
terlaksana tanpa komitmen, dedikasi, pengorbanan dan kerjasama padu
secara berpasukan serta semangat jitu semua pihak dari kalangan warga
Kementerian Kesihatan apatah lagi dengan semangat kuat dan inovatif
serta membuat pembaharuan untuk terus mara ke hadapan dan
mengukir kejayaan demi kejayaan ke arah bersama-sama meningkatkan
kualiti, kecemerlangan, keberkesanan dan efisiensi penjagaan kesihatan
rakyat dan penduduk di negara ini.
4. Dalam melangkah ke tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya,
marilah kita bersama-sama di setiap peringkat pegawai dan
kakitangan menanamkan tekad dan azam untuk terus
melipatgandakan usaha dalam meningkatan kualiti
perkhidmatan yang disampaikan; sentiasa pemedulian;
berterusan muhasabah supaya tahap perkhidmatan dapat
dinilai bagi membolehkan pembaikan serta pembaharuan yang
perlu dilaksanakan dikenalpasti; berterusan mengamalkan sifat
19
permuafakatan dengan sentiasa bermuzakarah dan bersyura
dalam menyelesaikan sebarang masalah dan sepakat
mengambil keputusan yang terbaik dan bagi sentiasa
mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti,
berkesan, beriltizam, berakhlak mulia, berdisiplin dan
mematuhi etika kerja yang luhur lagi mulia. Setiap jabatan,
bahagian, hospital-hospital, pusat-pusat dan klinik-klinik kesihatan juga
perlulah memperkukuhkan dan memantapkan lagi semangat kerja
berpasukan atau “teamwork” demi untuk kepentingan masyarakat dan
negara khususnya pesakit-pesakit dan orang ramai yang memang
sepatutnya diberi keutamaan dan perhatian. Ini adalah bagi mendukung
dan menjunjung tinggi serta menanai sepenuhnya akan titah dan hasrat
murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan
Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 pada hari Rabu, 4 Disember 2013
yang mana Baginda antaralain telah bertitah “Perkhidmatan Awam, adalah
nadi dan jentera kerajaan, yang berperanan antara lain menjaga kebajikan
dan kesejahteraan rakyat. Bagi memenuhi peranan ini, pemberian
perkhidmatan kepada orang ramai perlulah efisien dan berkesan. Ini
bermakna pengurusannya perlulah mudah dan adil untuk menepati
keperluan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab Perkhidmatan Awam
juga, untuk mengetahui secara berterusan mana-mana perkhidmatan yang
tidak menepati keperluan orang ramai hendaklah diperbaiki dengan
segera.”
20
5. Sehubungan dengan itu juga, bagi tahun 2014 saya menyeru bagi warga
Kementerian Kesihatan untuk terus memantapkan lagi perkhidmatan
dengan memberi fokus kepada perlaksanaan program-program
peningkatan kualiti untuk mencapai kecemerlangan dan matlamat
pengiktirafan akreditasi antarabangsa seperti Joint Commission
International (JCI). Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah
seperti mengenai Keselamatan Pesakit (Patient Safety) dan Pengurusan
Organisasi Penjagaan Kesihatan (Healthcare Organisation Management).
Adalah diharapkan dengan Kementerian Kesihatan melipatgandakan
usaha-usaha ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada efisiensi
dan keberkesanan perkhidmatan malahan juga kepada meningkatkan
imej dan integriti Kementerian Kesihatan serta keyakinan orang awam
terhadap perkhidmatan yang diberikan.
6. Seterusnya pada tahun 2014 ini, saya juga berharap dengan penyediaan
Pelan Induk Sistem Penjagaan dan Infrastruktur Kesihatan Negara
Brunei Darussalam nanti akan memberikan hala tuju serta dasar yang
berpandangan jauh ke arah mengukuhkan lagi sistem dan perkhidmatan
penjagaan kesihatan negara serta bagi memenuhi keperluan jangka masa
panjang dengan lebih mantap, komprehensif dan efektif disamping
siapsiaga menangani pelbagai cabaran yang mendatang dan persekitaran
yang sentiasa berubah termasuk situasi serantau dan peringkat global.
Di samping itu juga, kita hendaklah mengekalkan usaha secara proaktif
dalam memperbaiki pencapaian sasaran-sasaran mengenai kesihatan
seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan
21
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibawah Matlamat Pembangunan
Milenium.
7. Kemeterian Kesihatan akan terus berusaha meningkatkan lagi
kepelbagaian perkhidmatan kepakaran bidang perubatan, kesihatan
awam dan sebagainya dari golongan anak-anak tempatan bagi memenuhi
keperluan negara. Dengan ini akan dapat mencapai hasrat bagi
meningkatkan lagi kualiti dan mengembangluaskan perkhidmatan
perubatan dan kesihatan termasuk dalam memperkenalkan
pembaharuan perkhidmatan selaras dengan perkembangan kesihatan
serantau dan global dengan turut mengambilkira perubahan teknologi
yang lebih canggih dan moden. Ini adalah selaras dengan titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sempena tahun baru Masihi 2014 yang mana
Baginda antaralain bertitah “Di dalam bidang kesihatan Kerajaan akan
mempesatkan lagi penyediaan infrastruktur fizikal dan perkhidmatan
serta langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi sumber tenaga manusia
yang berkepakaran”. Oleh yang demikian, para profesional kesihatan
adalah sangat digalakkan untuk meningkatkan tahap kepakaran dan
kemahiran dalam bidang profesion masing-masing.
8. Kementerian Kesihatan juga perlu lebih giat berusaha bagi meningkatkan
penglibatan dan kerjasama pelbagai stakeholder dari sektor swasta, agensi-
agensi bukan kerajaan, civil societies dan masyarakat serta orang awam
untuk sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri,
22
keluarga dan masyarakat serta bagi sama-sama melaksanakan tindakan
dan pendekatan yang berteraskan health in all policies bagi kesejahteraan
dan kemakmuran negara. Seiring dengan program-program yang telah
pun dirancang melalui Pelan Tindakan Multi-Sektor Negara Brunei
Darussalam bagi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Tidak
Berjangkit 2013-2018 (Bru-MAP NCD 2013-2018) kita perlu bertindak
cepat bagi mengurangkan faktor-faktor risiko penyakit-penyakit tidak
berjangkit di negara ini bagi mengelak dari ianya berterusan menjadi
beban kepada kesejahteraan dan sosio-ekonomi negara, masyarakat,
keluarga dan individu.
9. Maka adalah diseru kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan
termasuk Pakar-Pakar, Doktor-Doktor perubatan dan kesihatan,
Doktor Gigi, Jururawat-jururawat, Allied Health Professionals dan bidang
pengurusan, pentadbiran dan kewangan akan terus memberikan
kerjasama padu dan komitmen sepenuhnya dalam apa jua usaha-usaha
bagi mencapai kecemerlangan perkhidmatan Jabatan serta Kementerian
Kesihatan secara umumnya dan khasnya bagi memastikan semua projek-
projek yang dirancang akan dapat direalisasikan atau yang baru akan
terus dilaksanakan dan dipantau sehingga mencapai matlamat yang
dihasratkan. Ini adalah termasuk Projek Sistem Pengurusan Maklumat
Penjagaan Kesihatan Negara Brunei Darussalam (Bru-HIMS),
Penyediaan Pelan Induk Sistem Penjagaan dan Infrastruktur Kesihatan
Negara Brunei Darussalam dan Penyediaan Pelan Induk Menaiktaraf
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, projek-projek pembangunan
23
infrastruktur di bawah Rancangan Kemajuan Negara dan projek-projek
lain di Kementerian Kesihatan.
10. Bagi mengakhirinya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya
ucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah
menyumbangkan khidmat bakti mengikut bidang tugas dan
tanggungjawab serta pengorbanan masing-masing di sepanjang tahun
2013. Apa yang saya harapkan ialah bukan sahaja pada tahun 2014,
malah pada tahun-tahun yang akan datang, prestasi perkhidmatan di
Kementerian Kesihatan akan terus meningkat menjadi lebih cemerlang,
berkualiti, efisien, disamping menjaga disiplin serta semangat berpasukan
sebagai nilai murni yang terus diamalkan oleh setiap warga Kementerian
Kesihatan. Saya percaya dengan adanya elemen-elemen tersebut, kita
akan dapat melangkah dengan yakin ke arah pencapaian tahap penjagaan
kesihatan yang lebih berkualiti dan terbaik di negara ini. Apa yang
mustahak kita mestilah berusaha dan penuh komited untuk
mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai dan pesakit
terhadap pemberian perkhidmatan kepada mereka yang berkenaan di
mana ini sudah setentunya akan memantapkan imej dan integriti
Kementerian Kesihatan.
11. Marilah kita sama-sama memohon doa kehadrat Allah Subhanahu
Wata’ala semoga kita semua akan dikurniakan petunjuk, taufik, hidayah
dan rahmatNya serta kita akan senti asa dalam perlindungan Allah
24
Subhanahu Wata’ala dan berada dalam kandungan sihat wal’afiat dan
sejahtera. Amin Ya Rabbal Alamin.
Selamat Tahun Baru Masihi 2014
[PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN
DATO SERI SETIA HJ. ADANAN BIN BPSK DATO HJ. MD. YUSOF]
Menteri Kesihatan