misi,visi,tugas pm

Upload: nur-farhana-hassan

Post on 01-Mar-2018

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Misi,Visi,Tugas Pm

    1/6

    MISI

    1.

    Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supayamampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari

    segi pendidikan,sosial dan ekonomi.

    2.

    Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan

    nilai-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang.

    3. Meningkatkan sistem penyampain perkhidmatan yang

    berkesan

    4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang

    berkualiti

    5. Memberi kefahaman dan menjayakan perlaksanaan dasar-

    dasar kerajaan

    6. Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan

    sepanjang hayat.

    Visi

    Nadi Pembangunan dan Perubahan

    Masyarakat Luar Bandar

  • 7/26/2019 Misi,Visi,Tugas Pm

    2/6

    ETIKA,TUGAS

    DAN TANGGUNGJAWABPEMAJU MASYARAKAT

    Kami Pemaju-pemaju Masyarakat Taman Bimbingan Kanak-kanak

    (Tabika) KEMAS,yakin dan berusaha membimbing dan mendidik

    anak-anak,menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek

    pertumbuhan diri ke arah perkembangan yang

    menyeluruh,seimbang,bersepadu dan cemerlang dari aspek

    fizikal,emosi,rohani.intelek dan sosial.

    Melalui pendidikan,kami berserta ibu bapa berusaha membentuk

    kanak-kanak menjadi warganegara yang berilmu,mencintai tanah

    air,taat setia,bertanggungjawab,berkebolehan dan berakhlak

    mulia.

    Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing

    dan mendidik kanak-kanak sepenuhnya, maka dengan ini kamimenerima etika berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami

    menghayati,menyempurna dan meningkatkan profesionalisme

    kami ke arah kecemerlangan dan kesusilaan yang setinggi-

    tingginya.

  • 7/26/2019 Misi,Visi,Tugas Pm

    3/6

    1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP KANAK-KANAK:

    Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-

    kanak dan memperlakukan mereka seperti adik atau anak sendiri. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak lebih

    dari hal-hal lain.

    Bersikap adil dan menjalinkan hubungan kemesraan terhadap

    setiap orang kanak-kanak tanpa mengira faktor-faktor

    fizikal,mental,emosi,politik,agama dan keturunan.

    Mengajar tidak semata-mata mencari upah,balasan dan terima

    kasih tetapi mengajar kerana ALLAH.

    Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap

    pengetahuan dan penguasaan kemahiran mereka.

    Mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak menurut tahap

    pemahaman dan kemahiran mereka serta tahap kemampuan

    otaknya.

    2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA KANAK-KANAK

    Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-

    anak mereka

    Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat

    di antara Tabika dengan ibu bapa

    Menganggap semua maklumat yang diberikan ibu bapa

    mengenai anak mereka atau mengenai keadaan rumahtangga

    mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada

    sesiapa kecuali kepada yang berhak

    Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-

    anak mereka dan menggunakan maklumat yang diberi ibu bapa

    dengan baik,teliti,bijaksana dan adil

    Menjalinkan hubungan silaturrahim dengan ibu bapa secara ikhlas

    dan jujur serta mengelakkan diri dari dipengaruhi olehnya

  • 7/26/2019 Misi,Visi,Tugas Pm

    4/6

    Sentiasa berhati-hati mengendali dan mengelakkan diri dari

    mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

    mempengaruhi dan menjejaskan kepercayaan kanak-kanak

    terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

    Bersedia menerima teguran,tolong-menolong,menyanjungi dan

    menghargai nilai amanah ibu bapa dalam menjalankan tugas.

    3.

    TANGGUNGJAWAB TERHADAP

    MASYARAKAT DAN NEGARA

    Mengelakkan diri dari mempengaruhi fikiran kanak-kanak dengan

    perkataan dan ajaran yang boleh merosakkan kanak-

    kanak,masyarakat dan Negara atau yang bertentangan dengan

    Rukun Negara dan agama.

    Menyemai,memupuk dalam dir setiap kanak-kanak sikap dan nilai

    yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi

    warganegara yang taat setia, bertanggungjawab,berkebolehan,

    berguna dan berakhlak mulia.

    Membimbing dan mendidik kanak-kanak menghormati ibu

    bapa,masyarakat dan pemimpin.

    Menghormati da masyarakat tempatan kami berkhidmat dan

    mematuhi segala tanggungjawab sebagai Pemaju Masyarakat

    Tabika dan sentiasa mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti

    masyarakat.

    Sentiasa berusaha melibatkan masyarakat dalam apa jua kegiatan

    Tabika yang bersesuaian dan yang memerlukan peranan dan

    tanggungjawab mereka.

    Sentiasa menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara

    Pemaju Masyarakat dengan ibu bapa dan Tabika dengan

    masyarakat.

    Memberi sumbangan yang ikhlas , redha dan cergas untuk

    meningkat mutu kehidupan,moral,pengetahuan,kebudayaan dan

    kemajuan masyarakat

    Berpegang kepada tingkah laku yang sopan,akhlak yang baik

    yang diterima oleh masyarakat dan menjalankan kehidupan yang

    sempurna.

  • 7/26/2019 Misi,Visi,Tugas Pm

    5/6

    4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT,

    TUGAS DAN JABATAN Memahami dan menghayati tugas,falsafah dan matlamat Jabatan.

    Mengelakkan diri dari membuat kenyataan atau ulasan yang boleh

    mencemarkan nama baik dan menjatuhkan maruah jabatan.

    Tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan

    kecekapan kami sebagai Pemaju Masyarakat Tabika dan mementingkan

    pekerjaan yang bersih,cekap,amanah dan berkesan.

    Sentiasa berusaha menjadi Pemaju Masyarakat yang

    sensitif,kreatif,inovati,positif dan proaktif dalam memelihara dan

    mempertingkatkan imej jabatan sejajar dengan kemajuan pendidikan

    dan masyarakat.

    Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama yang baru

    dan yang memerlukan secara bermesyuarah dan dalam kumpulan yang

    berkesan.

    Sentiasa mengawasi dan mengendali diri,mematuhi dan menghormati

    peraturan supaya tidak mencemarkan nama baik Pemaju Masyarakat

    dan Jabatan.

    Menjadikan tugas sebagai sumber motivasi kerja dan kecemerlangan.

    Menjalankan tugas semata-semata kerana ALLAH dengan mengamalkan

    sifat-sifat muhasabah diri,bijaksana,adil,amanah,jujur,ikhlas serta

    sentiasa bersungguh-sungguh,rajin dan redha.

    Sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya yang berkaitan

    dengan tugas dan menganggap bekerja sebagai satu ibadah.

    Akan menjadi ahli pertubuhan yang sesuai dengan tugas dan yang

    berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

  • 7/26/2019 Misi,Visi,Tugas Pm

    6/6

    OBJEKTIF TABIKA KEMAS

    1.Memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan

    bakat dan kebolehan, mengembangkan minat, bakat

    dan kreativiti dari peringkat awal.

    2.Memupuk nilai-nilai murni, (sikap bertolak ansur, strive for

    excellence, menerima kekalahan) nilai estetika,keyakinan diri, kecergasan dan ketangkasan fizikal serta

    sikap menghargai warisan budaya.

    3.Memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di

    kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin

    tempatan serta agensi yang berkaitan.

    4.Memberi ruang kepada ibu bapa dan masyarakatmelihat dan mengenalpasti potensi dan perkembangan

    diri kanak-kanak dari aspek sosioemosi, intelek, fizikal

    dan rohani

    5.Memberi penghargaan kepada Jawatankuasa Tabika

    /Taska dan guru.