kkbs misi,visi,dasar

48
Visi dan Misi Visi : “Bangsa Brunei Yang Cemerlang” Misi: “Mencanai Masyarakat Cemerlang Yang Beragama, Berbudaya, Penyayang, Cerdas, Bersatu Padu, Dinamik dan Berwawasan” Matlamat Visi dan Misi Memberikan hala-tuju yang jelas dan bermakna kepada masyarakat melalui kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan. Memupuk masyarakat penyayang dan prihatin. Meningkatkan semangat kesukarelaan. Menyemai semangat kekitaan dan patriotisme. Membentuk masyarakat yang cergas, cerdas, bermaklumat, berdaya tahan, sihat dan seimbang. Mengadakan panduan nasional yang menyeluruh bagi membolehkan pembentukan masyarakat yang memiliki jatidiri tulen berasaskan falsafah Negara. Objektif Visi dan Misi Menjelang Tahun 2015 KKBS telah : Mempunyai dasar dan panduan nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan. Berupaya meningkatkan penyertaan aktif rnasyarakat dalarn menangani hal-hal Kebajikan, Kemasyarakatan, Kebudayaan, Kebeliaan dan Kesukanan. Membudayakan semangat kesukarelaan dan berdikari di kalangan semua peringkat masyarakat. Melibatkan secara aktif berbagai agensi dalam mengukuhkan nilai-nilai patriotisme, keusahawanan dan semangat kekitaan dikalangan masyarakat khususnya belia. Memiliki prasarana dan kemudahan asas dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan diseluruh negara. Sama-sama berupaya meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah Negara.

Upload: farahhr

Post on 19-Jan-2016

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KKBS

TRANSCRIPT

Page 1: KKBS Misi,Visi,Dasar

Visi dan Misi

Visi : “Bangsa Brunei Yang Cemerlang”

Misi: “Mencanai Masyarakat Cemerlang Yang Beragama, Berbudaya, Penyayang, Cerdas, Bersatu Padu, Dinamik dan Berwawasan”

Matlamat Visi dan Misi

Memberikan hala-tuju yang jelas dan bermakna kepada masyarakat melalui kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

Memupuk masyarakat penyayang dan prihatin.

Meningkatkan semangat kesukarelaan.

Menyemai semangat kekitaan dan patriotisme.

Membentuk masyarakat yang cergas, cerdas, bermaklumat, berdaya tahan, sihat dan seimbang.

Mengadakan panduan nasional yang menyeluruh bagi membolehkan pembentukan masyarakat yang memiliki jatidiri tulen berasaskan falsafah Negara.

Objektif Visi dan Misi

Menjelang Tahun 2015 KKBS telah :

Mempunyai dasar dan panduan nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

Berupaya meningkatkan penyertaan aktif rnasyarakat dalarn menangani hal-hal Kebajikan, Kemasyarakatan, Kebudayaan, Kebeliaan dan Kesukanan.

Membudayakan semangat kesukarelaan dan berdikari di kalangan semua peringkat masyarakat.

Melibatkan secara aktif berbagai agensi dalam mengukuhkan nilai-nilai patriotisme, keusahawanan dan semangat kekitaan dikalangan masyarakat khususnya belia.

Memiliki prasarana dan kemudahan asas dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan diseluruh negara.

Sama-sama berupaya meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah Negara.

Berupaya mencipta persekitaran yang kondusif bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berbudaya tinggi.

Rancangan Strategi

Menggubal dan melaksanakan Dasar dan Panduan Nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

Mengadakan program-program yang dapat menjana penglibatan masyarakat dalam bidang kebajikan, kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

Page 2: KKBS Misi,Visi,Dasar

Meningkatkan rangkaian dan perkongsian pintar dalam semua bidang.

Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai murni dan luhur termasuk Semangat Kesukarelaan.

Memperkasa agensi-agensi dan semua peringkat masyarakat dalam bidang-bidang Kebudayaan, Kesukanan, Kebeliaan dan Kemasyarakatan.

Meningkatkan kerjasama yang bersepadu di antara semua agensi dan semua peringkat masyarakat dalam semua bidang.

Memperkasa belia melalui penyediaan kemudahan latihan dan rancangan pembinaan diri. Meningkatkan penglibatan orang ramai dalam Sukan untuk Masyarakat dan Sukan untuk Kecemerlangan.

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal

Tenaga Kerja Yang Berkebolehan (Competent) - berkelayakan, didikasi, mahir, komited, yakin, profesionalisme, perkongsian kebersamaan nilai (shared values) dll.

Sistem Pengurusan Yang Berkesan - Pensejajaran dan koordinasi bagi KKC, MPK, TPOR dan lain-lain.

Peruntukkan - Kewangan yang mencukupi dan fasilitas prasarana terkini.

Jaringan (Networking) Berkesan Dan Efisen Dengan Rakan Kerja (Stakeholders) KKBS.

Perkongisan Kebersamaan Nilai (shared values).

Latihan Profesionalisme Yang Berterusan Dalam Pelbagai Bidang Kepakaran.

Nilai-Nilai Utama Organisasi

Berdasarkan Rukun Akhlak Dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam:

Bersih, jujur dan amanah

Cekap, cepat dan tepat

Titih, lutanan dan menghargai masa

Berilmu, kreatif dan inovatif

Beriltizam,keterbukaan dan bertanggungjawab

Sabar, tabah dan bersopan

Teladan dan Kepimpinan terbaik

Setiakawan, syura dan bermuafakat

Berjimat cermat

Pemedulian

Kesejagatan (keuniversalan)

Page 3: KKBS Misi,Visi,Dasar

Berdayasaing

Profesionalisme

Penurunan kuasa (empowerment)

Kesedarhanaan (moderation, wasathiyah, non-extreme)

Berbaik Sangka (toleransi, tasammuh)

Penyayang

Kerja Berkumpulan

Hormat Menghormati

Bermotivasi

Page 4: KKBS Misi,Visi,Dasar

DASAR-DASAR

Dasar Belia Negara

Latar Belakang dan Tujuan

Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang sangat muda, kira-kira lebih separuh daripadanya berumur di bawah 25 tahun. Mereka yang berumur di antara 15 hingga 24 tahun merupakan jumlah terbesar daripada penduduk keseluruhannya. Manakala pelaburan dalam perkembangan belia adalah sangat penting di manamana negara pun kerana masa depan negara terletak pada mereka, perkara tersebut adalah lebih penting lagi di Negara Brunei Darussalam. Malah belia di Negara Brunei Darussalam adalah aset negara yang paling berharga.

Negara Brunei Darussalam telah lama menikmati keamanan dan kemakmuran tetapi masa depan akan membawa banyak cabaran dalam negara ini sendiri, serantau dan antarabangsa. Untuk memastikan cabaran-cabaran ini membawa kesan positif dan bukan sebaliknya, belia itu sendiri dan pihak yang bertanggungjawab bagi perkembangan mereka, iaitu keluarga, masyarakat, majikan dan Kerajaan mestilah menerima tanggungjawab masing-masing, terutamanya tanggungjawab untuk bekerjasama bagi perkembangan belia di Negara ini.

Cabaran-cabaran yang ada seperti pengangguran yang meningkat di kalangan belia, keperluan untuk memberentas penyalahgunaan dadah, dan memberikan lebih banyak galakan dan peluang bagi penglibatan belia dalam kehidupan sosial, ekonomi dan kebudayaan adalah ketara.

Dasar Belia Negara digubal untuk menyediakan rangka kerja bagi membimbing ke arah usaha-usaha tersebut.

Definasi Belia

Belia di Negara Brunei Darussalam adalah lelaki dan perempuan yang berumur 15 - 40 tahun, manakala Pemimpin Belia adalah tidak dihadkan umur.

Terdapat 152,700* orang dalam kumpulan yang berumur 15-40 tahun iaitu 45.l2% daripada jumlah penduduk. Daripada jumlah ini, 81,100 orang (53.1%) adalah lelaki dan 71,600 orang (46.9%) adalah perempuan.

* Brunei Darussalam Key Indicators 2000

Profil Belia

Maklumat mengenai Negara Brunei Darussalam dan penduduknya yang muda dari sudut sosial dan kebimbangan dan ekonomi, diterangkan dalam Lampiran Profil Belia Negara.

Isu Sejarah dan Kontemporari yang Melibatkan Belia

Apa jua penunjuk yang digunakan -taraf kehidupan, pendapatan per kapita, tahap pekerjaan, kesihatan, penyertaan dalam pendidikan - Negara Brunei Darussalam adalah diberikan penilaian tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa arus sosial, kebudayaan dan ekonomi serta masalah

Page 5: KKBS Misi,Visi,Dasar

kebimbangan yang perlu dikenalpasti dan ditangani oleh Dasar Negara, termasuk Dasar Belia Negara seperti berikut:

Pada tahun 2000 kadar pengangguran di kalangan penduduk adalah 4.6%* (lebih 6,543 orang) berbanding dengan 2.6% tahap purata pengangguran pada tahun 1993. Apa yang sangat membimbangkan ialah pengangguran ini terutamanya tertumpu pada belia. Sebagai contoh dikalangan yang berusia 20-24 tahun hampir 18%.

Sumber minyak dan gas yang menjadi tunggak ekonomi dan kemakmuran negara pada masa ini adalah terhad. Oleh kerana itu adalah perlu bagi negara ini untuk memajukan sektor pengeluaran dan pekerjaan lain serta meningkatkan lagi pengeluaran produk pertanian tempatan.

Negara telah melalui proses pembandaran. Walaupun ini suatu kemajuan tetapi langkah-langkah hendaklah diambil supaya proses pembandaran ini tidak menyumbang kepada kemorosotan luar bandar dan pertanian serta peningkatan masalah-masalah sosial.

Terdapat kemorosotan pertubuhan-pertubuhan belia/ kemasyarakatan dan usaha-usaha bantu diri di kalangan penduduk. Di antara tahun 1964 dengan tahun 1984, bilangan pertubuhan bukan kerajaan meningkat dari 20 kepada lebih 220. Tetapi pada hari ini dianggarkan kurang satu per tiga daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut masih aktif, dan sebahagian besar belia sama ada tidak terlibat dalam pertubuhan belia atau tidak berminat untuk menubuhkan atau menghidupkan semula pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Pergantungan pada sektor awam bagi pekerjaan adalah salah satu faktor yang menyebabkan tahap pengangguran yang tinggi di kalangan belia. Daripada menganggap pekerjaan dalam sektor swasta (di mana sebahagian besarnya bergantung pada buruh asing) sebagai mempunyai taraf yang sama dengan sektor awam, atau memulakan perusahaan kecil, belia memilih untuk terus menganggur dan bergantung pada keluarga mereka. Di sini, sikap belia dan keluarga mereka perlu berubah.

Sungguhpun keluarga stabil, berpengaruh kuat dan memberikan sokongan baik kepada belia di negara ini, yang mana kesannya adalah positif, tetapi terdapat bahaya bahawa jika mereka berterusan bergantung terlalu lama kepada keluarga akan menjadikan mereka kurang berdikari dan tidak mengendahkan yang mereka adalah menganggur.

Walaupun kadar jenayah di negara ini rendah, terdapat kebimbangan yang jenayah di kalangan belia telah meningkat. Juga terdapat kebimbangan mengenai budaya lepak dan peningkatan masalah sosial di kalangan belia.

Revolusi maklumat dan teknologi di seluruh dunia, yang membawah fesyen dan imej-imej budaya lain, terutamanya budaya asing, ke pelusuk dunia dan rumah-rumah di Negara Brunei Darussalam, seiring dengan arus kehidupan di bandar, telah mengakibatkan kemerosotan kebudayaan dan tradisi tempatan, sehingga menjejaskan identiti dan kemajuan masa depan.

* Brunei Darussalam Key Indicators 2000

Latar Belakang Perkembangan Perkhidmatan Belia

"Cawangan Belia" mula ditubuhkan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1964. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 1974, Jabatan ini ditukar menjadi Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan.

Page 6: KKBS Misi,Visi,Dasar

Pada tahun 1993, Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan telah menjadi Jabatan Belia dan Sukan. Bahagian Kebajikan Masyarakat di Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dicantumkan dengan Bahagian Hal Ehwal Masyarakat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menjadi Unit Perkhidmatan Hal Ehwal Masyarakat di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dalam Kementerian ini terdapat juga Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei di bawah bidang kuasa Jabatan Muzium Brunei yang menyediakan latihan kemahiran pertukangan tradisional kepada belia-belia. Pada tahun 1996 Outward Bound Brunei Darussalam dan Pusat Pembangunan Belia ditubuhkan.

Di luar Sektor Kerajaan terdapat beberapa pertubuhan bukan-kerajaan. Di peringkat negara, pertubuhan - pertubuhan ini termasuk Majlis Belia Brunei yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang mempunyai cawagannya di keempat-empat daerah, Pasukan Pengakap, Pasukan Pandu Puteri dan Pasukan Bulan Sabit Merah. Pertubuhan belia juga ditubuhkan di peringkat kampung.

Lain-lain Dasar yang Melibatkan Belia

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempunyai dua dasar dan hendaklah dianggap sebagai pelengkap kepada Dasar Belia Negara iaitu Dasar Kebudayaan Negara yang diluluskan pada tahun 1996, dan Dasar Sukan Negara yang diluluskan pada tahun 1991. Program kegiatan sukan yang disediakan bagi belia termasuklah 'Sukan Untuk Masyarakat' dan 'Sukan Untuk Prestasi Tinggi'. Program-program ini ada diterangkan dalam Dasar Sukan Negara.

Dasar dan perkhidmatan yang disediakan bagi belia atau yang melibatkan belia juga terdapat di beberapa Kementerian, Jabatan dan Badan-Badan bukan kerajaan yang lain yang dihubungi oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kementerian dan Jabatan itu termasuklah:

Jabatan Perdana Menteri - dasar.

Kementerian Kewangan - kewangan

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri - hubungan dalam ASEAN, rantau Asia, Komanwel dan antarabangsa

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri - dasar pekerjaan dan latihan

Kementerian Pendidikan - dasar pendidikan dan latihan vokasional

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama - dasar kemajuan bantuan perusahaan

Kementerian Hal Ehwal Ugama - tarbiah agama

Kementerian Pembangunan - dasar perusahaan dan latihan

Kementerian Kesihatan - dasar kesedaran dan penjagaan kesihatan

Walau bagaimanapun, adalah diterima oleh semua institusi Kerajaan dan Swasta bahawa tanggungjawab sebenar mengenai hat ehwal kebeliaan terletak kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Oleh yang demikian adalah wajar bagi semua projek dan kegiatan kebeliaan yang dikendalikan oleh semua institusi, sama ada Kerajaan atau bukan kerajaan diselaras dan dihubungkan dengan Kementerian berkenaan.

Matlamat Dasar Belia Negara - "Mewujudkan Belia Brunei Cemerlang"

Page 7: KKBS Misi,Visi,Dasar

Menanam dan mengukuhkan pada belia nilai-nilai dan kepercayaan-kepercayaan yang terkandung dalam Perlembagaan Negara dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja;

Memupuk rasa kepunyaan, patriotisme, beriltizam, berazam dan berhaluan yang jelas;

Memperkembangkan di kalangan belia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta menanam dalam diri mereka sikap dan kualiti bertanggungjawab, berdisplin, dinamik, dapat menyesuaikan diri dan berdikari bagi pembangunan negara di samping mengukuhkan kepaduan negara.

Menggalakkan penglibatan belia dalam perkembangan ekonomi yang kukuh dan berlanjutan.

Nilai dan Prinsip yang menjadi Teras Dasar Belia Negara

Dasar Belia Negara adalah berteraskan perkara - perkara berikut:

Nilai:

Mengamal dan mengukuhkan nilai-nilai dan kepercayaan-kepercayaan yang terkandung dalam Perlembagaan Negara dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.

Prinsip:

Mendukung kerasmian Ugama Islam dan menzahirkannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian belia sebagai satu cara hidup yang lengkap selaras dengan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.

Menyumbang kepada kehidupan bermasyarakat, bernegara dan perkembangan ekonomi yang kukuh dan berlanjutan di Negara Brunei Darussalam supaya negara keseluruhannya dan belia khususnya dapat mengatasi dan mendapat faedah dari perubahan sosial, ekonomi dan teknologi yang pesat tanpa menjejaskan nilai peribadi dan kebudayaan mereka.

Menyumbang kepada pembinaan kesedaran diri, kepaduan, perkhidmatan kepada orang lain dan keeratan sosial di kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam, terutamanya di kalangan belia.

Menyumbang kepada perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap peribadi yang dikehendaki di kalangan orang ramai, khususnya belia, bagi kemajuan negara, pekerjaan dan warganegara yang aktif dan produktif.

Membantu belia memperkembangkan kualiti peribadi yang penting seperti berdikari, kepimpinan, inisiatif, keyakinan, iltizam, daya usaha dan kreatif dan untuk menggalakkan ekspresi kualiti ini dalam pelbagai keadaan sosial dan ekonomi.

Memperluas penglibatan organisasi belia amnya dan Majlis Belia Brunei khususnya dalam pembangunan negara.

Membolehkan belia memperkembangkan kesedaran dan persefahaman antarabangsa, supaya menyedari kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN, rantau Asia, Komanwel dan antarabangsa.

Page 8: KKBS Misi,Visi,Dasar

Menggalakkan pihak swasta mempunyai program khas bagi belia.

Keistimewaan dan Tanggungjawab Belia

Selain dikukuhkan dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip tertentu yang telah dijelaskan, Dasar Belia Negara juga terletak pada pemahaman bahawa belia mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang diberikan oleh negara dan tanggungjawab yang negara mengharapkan mereka melaksanakannya. Dalam perkara ini keistimewaan dan tanggungjawab tersebut membentuk asas 'kontrak sosial' di antara belia dengan Kerajaan seperti berikut:

Keistimewaan Belia

Mendapat perlindungan dari eksploitasi, diskriminasi atau penganiayaan;

Melakukan amalan dan ekspresi kepercayaan berugama dan kegiatan kebudayaan dalam rangka Perlembagaan Brunei;

Menubuhkan persatuan mengikut kehendak undang-undang;

Mendapat peluang pendidikan umum dan ugama, latihan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan - perkhidmatan penting yang lain yang bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran dan potensi manusia;

Mendapat peluang untuk lebih memahami dan menghayati kebudayaan negara;

Mendapat perkhidmatan yang diperlukan oleh belia yang berkeperluan khas atau belia yang tidak berkeupayaan;

Mendapat pengiktirafan disebabkan kualiti peribadi dan perkhidmatan melalui pemberian Anugerah seperti yang diberikan oleh Negara dan Anugerah Belia di peringkat serantau dan antarabangsa;

Mengistiharkan satu hari khas yang disebutkan Hari Belia Kebangsaan.

Tanggungjawab Belia

Taat kepada Allah, Setia kepada Raja dan Cinta kepada Negara;

Untuk menghormati keperluan dan hak orang lain dan warga tua;

Untuk hidup dan bertindak mengikut ugama dan kebudayaan selaras dengan kehendak Perlembagaan Negara;

Untuk bertindak jujur dan boleh dipercayai;

Untuk memikul tanggungjawab peribadi bagi memelihara dan memperkembangkan kesihatan, pendidikan, kemahiran dan kualiti peribadi;

Untuk memikul tanggungjawab peribadi kepada keluarga dan masyarakat;

Untuk menyumbangkan secara aktif kepada kekukuhan dan kesepaduan masyarakat serta keamanan dan kesejahteraan negara keseluruhannya;

Page 9: KKBS Misi,Visi,Dasar

Mempertahankan kesucian Ugama Islam, menghayati ajaran-ajaran dan celik Al-Quran;

Huraian Matlamat Dasar Belia Negara

Matlamat Dasar Belia Negara adalah seperti yang telah dinyatakan dalam huraian di atas. Matlamat Dasar ini diterangkan secara terperinci di bawah: Objektif Dasar, dan seterusnya di bahagian Bidang Strategi Penting dan Kumpulan Sasaran Utama.

Objektif Dasar 1:

Mendukung Islam sebagai ugama rasmi dan menjadikannya satu cara hidup yang lengkap

Untuk menjadikan belia bertanggungjawab:

Menjadikan Al-Quran dan Assunah sebagai panduan hidup;

Memelihara dan mempertahankan kesucian Ugama Islam;

Memperlajari dan mengamalkan tuntutan Fardhu Ain dengan sempurna dan celik Al-Quran;

Menjadi warga yang taat beragama dan mempunyai akhlak mulia dan terpuji.

Objektif Dasar 2:

Menyumbang kepada ekonomi, kebudayaan dan masyarakat yang kukuh dan berlanjutan

Untuk membolehkan belia menghargai:

Keperluan untuk menyumbang kepada pencapaian ekonomi yang kukuh dan berlanjutan;

Keperluan untuk mendukung satu kebudayaan dan masyarakat yang kukuh dan bertenaga;

Penubuhan sebuah Yayasan Belia

Objektif Dasar 3:

Pemahaman dan Kesedaran

Untuk membolehkan belia memupuk:

Kesedaran diri dan rasa kepunyaan serta mempunyai hala tuju kehidupan yang sempurna;

Kefahaman tentang keperluan untuk bekerja dengan semangat perpaduan dengan orang lain;

Menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dan khidmat kepada orang lain dalam masyarakat;

Kebolehan untuk menyumbang bagi kesepaduan masyarakat dan negara;

Persefahaman antarabangsa.

Objektif Dasar 4:

Pengetahuan dan Kemahiran

Page 10: KKBS Misi,Visi,Dasar

Untuk membantu belia mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk:

Menyumbangkan secara positif kepada pembangunan negara;

Bersikap positif kepada pekerjaan;

Menjadi warganegara yang aktif dan penuh azam.

Objektif Dasar 5:

Sikap dan Kualiti Peribadi

Untuk menbantu belia memperkembangkan sikap dan kualiti peribadi yang penting dalam semua aspek kehidupan harian dan untuk mengekalkan penyataan sikap dan kualiti ini dalam pelbagai keadaan sosial dan ekonomi. Sikap dan kualiti ini antara lain termasuklah:

Beriman dan bertakwa

Taat dan setia kepada Raja

Patriotik

Patuh kepada undang-undang

Berdaya saing

Berdikari

Kepimpinan

Inisiatif

Keyakinan

Iltizam

Keusahawanan

Kreatif

Bidang Strategi Penting dan Kumpulan Sasaran Utama

Rujukan telah dibuat kepada beberapa isu sejarah dan kontemporari yang melibatkan belia di Negara Brunei Darussalam. Dalam Dasar Belia Negara perkara tersebut digambarkan dalam beberapa bidang strategi penting dan kumpulan sasaran yang dijadikan fokus perhatian utama Perkara itu adalah seperti berikut:

Pendidikan Perkembangan Diri

Apa jua yang dilakukan oleh pihak Kerajaan dan pihak lain untuk mengutarakan kebanyakan isu yang melibatkan belia di Negara Brunei Darussalam, pada hakikatnya bergantung pada kesediaan dan kebolehan belia itu sendiri untuk mengenalpasti dan

Page 11: KKBS Misi,Visi,Dasar

mengatasi masalah yang mereka hadapi dan menggunakan peluang yang ada. Oleh itu strategi penting yang boleh didapati dalam semua kegiatan dan program belia yang dilaksanakan di bawah Dasar Belia Negara adalah perkembangan peribadi, termasuk prinsip-prinsip berugama, supaya belia memperkembangkan sikap peribadi dan kualiti yang diperlukan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui sistem pendidikan dan skim latihan.

Pekerjaan dan Latihan Belia

Untuk menghadapi dua keperluan yang berkaitan iaitu mengatasi tahap pengangguran yang tinggi di kalangan belia dan menggalakkan lebih ramai daripada mereka bekerja di sektor swasta, maka skim latihan, penempatan kerja dan maklumat kerja/kerjaya telah diperkenalkan dan akan diperluaskan. Skim ini akan dikendalikan dengan kerjasama yang rapat dengan majikan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkaitan. Oleh kerana keluarga juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas belia, mereka ini juga perlu sama dilibatkan. Bagi skim ini kumpulan sasaran utama adalah belia yang tercicir dari sekolah di peringkat pendidikan awal dan/atau mereka yang memiliki kelulusan pendidikan yang rendah kerana kumpulan inilah yang terdedah bukan sahaja kepada pengangguran tetapi juga kepada penyalahgunaan dadah dan jenayah kecil. Perkembangan peribadi juga merupakan tema yang utama bagi perkhidmatan ini.

Kepimpinan

Di bawah Dasar Belia Negara, dengan penekanan terhadap perkembangan peribadi, keutamaan akan diberikan untuk mengembangkan kebolehan dan kualiti kepimpinan belia seperti teladan yang digambarkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Fokus terpenting di sini ialah untuk mengekang kemerosotan bilangan pertubuhan belia dan pertubuhan bukan-kerajaan negara ini. Selain daripada program latihan kepimpinan, sokongan dan latihan juga akan diberikan kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan untuk memastikan yang mereka tetap kukuh dan komited dengan tanggungjawab mereka.

Daya Usaha

Gabungan perkembangan peribadi, pekerjaan, latihan dan kepimpinan diberikan fokus utama bagi menggalakkan dan membolehkan lebih ramai belia melibatkan diri dalam daya usaha ekonomi dan sosial. Melalui skim latihan, sokongan dan kewangan khas, termasuk sokongan aktif bagi penubuhan badan-badan koperasi sekolah, keutamaan akan diberikan untuk memajukan lebih ramai usahawan belia.

Persefahaman Antarabangsa

Keutamaan sentiasa diberikan untuk memastikan bahawa belia menyedari sepenuhnya akan kedudukan mereka, dan kedudukan negara mereka dalam ASEAN, rantau Asia, komanwel dan antarabangsa. Oleh itu program perhubungan dan pertukaran antarabangsa akan terus menjadi bahagian penting Dasar Belia Negara.

Perkhidmatan Kepada Orang Lain dan Negara

Sungguhpun Negara Brunei Darussalam pada keseluruhannya dan setiap individu penduduknya mesti berusaha untuk berjaya dan berdaya saing, tetapi terdapat bahaya bahawa perkara ini akan tercapai dengan mengorbankan sikap pemedulian sosial dan perpaduan di kalangan masyarakat. Tanda-tandanya sudah nampak yang sikap individualisme dan budaya pengguna telah mengakibatkan kehilangan nilai tradisi yang

Page 12: KKBS Misi,Visi,Dasar

positif. Oleh yang demikian, perkhidmatan, program dan kegiatan kemasyarakatan yang ada sekarang akan dikembangkan dan dipertingkatkan serta diberikan keutamaan di bawah Dasar Belia Negara.

Rancangan Tindakan Strategi

Pembangunan Sukan

Pembangunan sukan negara bagi kedua-dua sektor aktiviti hendaklah dilaksanakan serentak secara kesinambungan (continuum), terselaras dan bersepadu, bukan sahaja antara dua sektor sukan tetapi juga antara satu program dengan program yang lain dalam sektor berkenaan seperti dicontohkan di bawah:

Satu rancangan kasar peringkat awal (blueprint) yang meliputi tajuk-tajuk seperti (a) kepimpinan, (b) pengurusan, dan (c) sumber-sumber bagi tempoh lima tahun hendaklah disediakan untuk kedua-dua sektor aktiviti dan tiap-tiap program.

Sektor "Sukan Untuk Masyarakat" amatlah penting dan hendaklah diberi keutamaan dan penekanan yang lebih daripada sektor "Sukan Prestasi Tinggi". Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penyertaan yang aktif di kalangan masyarakat dan untuk mengukuhkan asas atau tapak ke arah melahirkan kemahiran bagi mencapai prestasi yang tinggi. Sebahagian besar daripada tujuan sukan negara akan tercapai melalui sektor "Sukan Untuk Masyarakat".

Bagi pembangunan sektor "Sukan Prestasi Tinggi" yang mengandungi tiga program yang terkemuka, bakat (tidak keseluruhannya), pelapis dan elit, adalah wajar semua jenis sukan yang berjumlah lebih daripada 30 dimajukan serentak tetapi hanya beberapa jenis sukan sahaja diutamakan. Pemilihannya hendaklah berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu, seperti mutu semasa dan potensi, persediaan dan perancangan dan multi pengurusan persatuan termasuk teknikal.

Penyertaan atlit dan pasukan negara di kejohanan anjuran persekutuan sukan, seperti Sukan SEA hendaklah dihadkan kepada sukan yang boleh memperlihatkan mutu walaupun pendedahan di kalangan antarabangsa terus digalakkan.

Kepimpinan

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Antara rancangan tindakan strategi yang akan diutamakan ialah kepimpinan yang melibatkan struktur organisasi, pembahagian peranan, kuasa dan tanggungjawab di pihak Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukan.

Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus memimpin, menggalak dan membantu pembangunan dan perkembangan sukan bertanggungjawab dalam perkara dasar dan penyelarasan.

Sebuah undang-undang mengenai sukan, iaitu "Brunei Darussalam Sports and Recreation Act" adalah dicadangkan. Antara perkara-perkara terkemuka ialah:

Peranan, kuasa dan tanggungjawab Menteri;

Page 13: KKBS Misi,Visi,Dasar

Penubuhan sebuah Jabatan Sukan dan Rekreasi; Penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan Sukan; dan

Penubuhan sebuah Yayasan Sukan Kebangsaan.

Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tidak kurang penting untuk pembangunan sukan negara (a) dasar pelajaran negara dapat memberi sumbangan dan penggalakkan kepada dasar sukan negara, (b) murid-murid sekolah dan penuntut institusi pelajaran tinggi merupakan kumpulan sasaran yang besar dan penting bagi program di kedua-dua sektor sukan dan (c) guru-guru merupakan sumber jurulatih dan pegawai yang penting.

Antara sumbangan Kementerian Pendidikan ialah:

Penggubalan kurikulum persekolahan yang menggalakkan perkembangan aktiviti sukan dan pendidikan jasmani;

Penggubalan kurikulum latihan guru yang menggalakan perkembangan pendidikan jasmani dan kejurulatihan;

Perancangan dan pelaksanaan program mencungkil bakat dan potensi ke arah kecemerlangan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan sukan negara;

Penubuhan "Pusat Cemerlang" bagi beberapa jenis sukan tertentu;

Persediaan menubuhkan "Sekolah Sukan"; dan

Penubuhan sebuah majlis sukan sekolah-sekolah bagi memperkemaskan pengurusan dan perlaksanaan program termasuk pertandingan di dalam dan di luar negeri.

Kementerian dan Jabatan Kerajaan hendaklah mempertingkatkan lagi usaha memajukan sukan dan rekreasi di kalangan pegawai dan kakitangan melalui program yang berperancangan. Sebuah majlis penyelaras dicadang dan ditubuhkan.

Pertubuhan Sukan

Keberkesanan dasar sukan negara dan pelaksanaan segala program sukan, sebahagian besarnya, terletak ke atas persatuan-persatuan sukan kebangsaan. Selain daripada itu, pertubuhan dan kelab belia/sukan turut bertanggungjawab untuk mempertingkatkan penyertaan.

Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebagai anggota International Olympic Committee dan memperjuangkan "semangat olimpik" dan menyelaraskan persatuan sukan kebangsaan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk membangun dan memajukan sukan terutama ke arah kecemerlangan. Dasar Sukan Negara menekankan supaya majlis ini berfungsi lebih aktif menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Penubuhan pertubuhan sukan yang boleh memberi khidmat sokongan seperti persatuan sains sukan dan persatuan jurulatih clan sebagainya hendaklah digalakkan.

Pengurusan

Page 14: KKBS Misi,Visi,Dasar

Rancangan tindakan strategi hendaklah mewujudkan "professionalism" dan kecekapan dalam bidang pengurusan di kalangan sektor bukan Kerajaan seperti Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Sukan Kebangsaan. Antara rancangan yang dicadangkan di bawah satu skim bantuan pengurusan sukan ialah:

o Menubuhkan sebuah unit khas di Kementerian atau di Jabatan untuk menyelaras perkara-perkara pengurusan dan teknikal dengan persatuan-persatuan dan pertubuhan sukan

o Perlantikan seorang setiausaha kerja sepenuh masa untuk kerja-kerja pentadbiran dan perancangan (sebagai permulaan beberapa persatuan sukan yang tertentu sahaja akan terlibat).

o Menempatkan beberapa persatuan sukan kebangsaan secara satu kumpulan di sebuah "Balai Sukan" atau "Sport House" yang menggunakan perkhidmatan guna sama kakitangan, alat kelengkapan pejabat, perkhidmatan penerbitan, perpustakaan dan lain-lain.

Kejurulatihan

Masalah yang mendesak dalam pembangunan sukan tanahair ialah kejurulatihan, baik dari segi jumlah mahupun kelayakan dan pengalaman dan sistem persijilan yang seragam. Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan anjuran Kerajaan untuk menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan. Lembaga hendaklah mewujudkan satu kurikulum kejurulatihan dan skim persijilan yang diiktiraf bersama oleh Kerajaan dan persatuan sukan kebangsaan ke arah menjadikan kejurulatihan sebagai satu profesyen.

Kemudahan Sukan

Berbagai-bagai kemudahan sukan telah disediakan dan dirancang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian/]abatan, seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa tempatan. Kemudahan-kemudahan ini pada keseluruhannya dapat memenuhi kehendak semasa. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dari segi penyelarasan penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut yang menimbulkan keadaan penggunaan yang tidak maksima. Taburan (distribution) dan penyelenggaraan kurang menggalakkan kemajuan sukan terutama di sektor "Sukan Untuk Masyarakat".

Satu rancangan kasar peringkat awal (blueprint) untuk tempoh 20 tahun berkenaan kemudahan sukan hendaklah disediakan berpandukan kepada strategi kedua-dua sektor aktiviti sukan, serta merangkumkan rancangan yang sedia ada, yang mana sesuai.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan hendaklah berperanan sebagai penyelaras bagi rancangan kemudahan sukan di sektor Kerajaan dan di sektor bukan kerajaan. Satu garispandu ke arah penyelarasan penggunaan hendaklah disediakan selepas perbincangan dengan agensi-agensi tuan punya/penyelenggara dan pihak pengguna seperti persatuan sukan kebangsaan.

Page 15: KKBS Misi,Visi,Dasar

Pihak berkuasa yang merancangkan pembangunan bandar dan desa dan alam sekitar hendaklah memasukkan rancangan kemudahan sukan dan rekreasi mengikut dasar, pawaian, spefikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan berpandukan "blueprint" yang disediakan.

Kewangan

Sehingga ini hampir keseluruhan sumber kewangan untuk pembangunan dan kemajuan sukan bergantung kepada sumber Kerajaan. Dasar Sukan Negara menekankan supaya lama-kelamaan dan setapak demi setapak semua program sukan dapat berdikari dan mempunyai sumber kewangannya sendiri dan semua program dapat diungkayahkan tanpa masalah kewangan.

Yayasan Sukan

Sebuah Yayasan Sukan Negara (National Sports Foundation) dicadang ditubuhkan di bawah "Brunei Darussalam Sports and Recreation Act" sebagai sumber kewangan dan agensi pembangunan ekonomi belia dan sukan. Selain daripada pemberian pelancaran Kerajaan dan derma dan sumbangan daripada sektor swasta, sebahagian besar aset-aset Yayasan akan diperolehi daripada orang ramai, terutama masyarakat belia dan sukan melalui pembelian saham dan sebagainya.

Yayasan akan mengambil langkah-langkah menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kalangan belia dan sektor sukan seperti pelaburan, pembuatan (manufacturing) alat-alat sukan dan mengadakan kejohanan antarabangsa yang menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan dan "celebrity".

Penggalakan (Insentif)

Usaha-usaha penggalakan kepada atlit, jurulatih dan pegawai hendaklah dipertingkatkan kerana ia amat penting untuk menggalakkan kepimpinan dan meningkatkan kecemerlangan. Antara insentif ini, ialah pemberian pelancaran, subsidi tahunan untuk pentadbiran bagi kelab dan persatuan belia dan sukan yang mempunyai program ke arah memajukan "Sukan Untuk Masyarakat", hadiah kemenangan, bantuan perbelanjaan latihan di dalam dan di luar negeri, elaun "tuition", cuti, biasiswa, peluang pekerjaan, anugerah, perlindungan insurans dan sebagainya. Penggalakan ini hendaklah juga untuk pemimpin dan pegawai, termasuk jurulatih. Skim penggalak khas hendaklah juga diwujudkan untuk orang-orang cacat. Pihak sektor bukan Kerajaan, selain daripada menyokong tindakan Kerajaan, perlu juga menawarkan insentif untuk peningkatan mutu sukan di kalangan mereka.

Pemansuhan cukai import ke atas alatan sukan dan pertumbuhan industri sukan rekreasi dan pelancongan adalah satu daripada insentif yang akan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sukan.

Biasiswa

Satu skim biasiswa sukan untuk atlit yang berpotensi akan dapat mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan mereka sambil meneruskan peningkatan bidang akademik. Ia dapat mengikiskan andian bahawa sukan itu satu faktor negatif dan penghalang kepada

Page 16: KKBS Misi,Visi,Dasar

kemajuan akademik seseorang. Adalah wajar juga diwujudkan satu skim latihan melalui hadiah biasiswa untuk pegawai-pegawai sukan, terutama dari golongan guru-guru untuk mempertingkatkan mutu kejurulatihan dan pengetahuan sukan.

Kesimpulan

Dokumen dasar ini hendaklah dibaca bersama-sama Lampiran untuk menampakkan gambaran yang menyeluruh.

Juga dalam Bidang Strategi Penting dan Kumpulan Sasaran Utama, perhatian prioriti adalah pada enam bidang penting - A. Pendidikan Perkembangan Diri, B. Pekerjaan dan Latihan Belia, C. Kepimpinan, D. Daya Usaha, E. Persefahaman Antarabangsa, dan F. Perkhidmatan Kepada Orang Lain dan Negara, dan bagi pekerja-pekerja belia, rangka kerja tertentu akan disediakan bagi setiap bidang berkenaan.

Pada kesimpulannya, tujuan Dasar Belia Negara dapat dikategorikan seperti berikut:

Kerasmian Ugama Islam - mendukung kerasmian Ugama Islam dan menzahirkannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian belia sebagai satu cara hidup yang lengkap selaras dengan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja;

Solidariti - membina pertimbangan tekad dan kepaduan di kalangan belia, bahkan di kalangan semua warganegara;

Pekerjaan, pembinaan peribadi dan latihan - membina sikap positif, kemahiran dan kualiti di kalangan belia yang perlu bagi pekerjaan (terutamanya di sektor swasta);

Daya usaha, berdikari dan kepimpinan - menggalak dan membolehkan belia berkeyakinan sendiri, kreatif, berinisiatif, menyelesaikan masalah, menubuhkan perusahaan baru, dan mengambil peranan kepimpinan.

Perkembangan pertubuhan dan kegiatan yang dikendalikan oleh belia - memberikan belia peluang dan motivasi untuk lebih berdikari dan lebih bertanggungjawab dalam urusan mereka;

Kekukuhan dan kepaduan negara - membina ekonomi yang kukuh dan berlanjutan dan sebuah masyarakat yang mampu mengatasi perubahan cepat di bidang sosial, ekonomi dan teknologi.

Disebabkan terdapat kepelbagaian yang tinggi di kalangan belia di mana setiap individu mempunyai keinginan, kebolehan, ciri-ciri keperibadian, keadaan, minat dan aspirasi yang berlainan semakin meluas khidmat dan kegiatan yang disediakan, semakin tinggi kemungkinan matlamat Dasar Belia Negara dapat dicapai.

Khidmat dan kegiatan tersebut mestilah tergolong ke dalam dua kategori besar:

"Kegiatan Belia"

Penglibatan belia dalam aktiviti yang sihat dan menyeronokkan di mana pembangunan peribadi dan sikap merupakan hasil sampingan;

Page 17: KKBS Misi,Visi,Dasar

"Kegiatan Pembangunan Belia"

Penglibatan dan penyertaan belia dalam program yang khusus dirancang bagi merangsang perkembangan dan pertumbuhan sikap, dan kualiti motivasi, daya usaha, kepimpinan dan sifat berdikari. Kegiatan-kegiatan itu bukan dihasratkan untuk mengisi masa tetapi untuk membentuk belia menjadi insan yang baik keseluruhannya.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Kementerian utama adalah bertanggungjawab menyelaras dengan pihak-pihak lain mengenai hal ehwal kebeliaan, program atau kegiatan yang Kementerian-Kementerian dan JabatanJabatan berkaitan mempunyai kepentingan. Kementerian ini hendaklah dibawa berunding dan dimaklumkan tentang pendaftaran atau pembatalan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan belia supaya perlembagaan dan lain-lain undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak akan bercanggah dengan prinsip-prinsip dan penyataan-penyataan Dasar Belia Negara.

lnisitif yang diambil untuk mencapai dasar-dasar dan hasil-hasil yang dikehendaki melalui program dan projek yang telah dikenalpasti adalah dihasratkan untuk meliputi semua(atau sekurang-kurangnya sebahagian besar) belia di Negara Brunei Darussalam. Kejayaan hasrat sedemikian cuma akan tercapai sekiranya semua Kementerian dan Jabatan berkaitan, semua sektor masyarakat dan semua lapisan golongan adalah terlibat dengan penuh azam. Kejayaan itu tidak dapat dicapai cuma dengan dasar-dasar dan tindakan-tindakan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumber-Sumber mithalnya kewangan yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan adalah sederhana berbanding dengan kemungkinan kerugian yang akan dialami sekiranya tanda-tanda penyakit sosial dalam perkara-perkara kemerosotan nilai-nilai keluarga, pengangguran, sikap malas ku ingau dan lainlain tidak ditangani dengan sempurna.

Lampiran Profil Belia Negara

Penduduk

Pada pertengahan tahun 2000 * penduduk Negara Brunei Darussalam dianggarkan seramai 338,400 orang. Pada masa itu kadar purata pertumbuhan penduduk adalah dianggarkan 2.3% setahun.

Etnik dan Ugama

Negara Brunei Darussalam ialah negara Islam. 67.8% penduduknya adalah Melayu terdiri daripada puak asli iaitu Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Belait, Bisaya, Dusun dan Murut; 14.8% orang Cina dan 5.9% puak asli Iban, Dayak dan Kelabit; dan selebihnya, 11.4% adalah rakyat asing yang kebanyakannya pekerja asing.

Taburan Penduduk

Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 4 daerah: Daerah Brunei-Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong. Kebanyakan penduduk tinggal di kawasan bandar. Taburan penduduk daerah ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Taburan Penduduk Menurut Daerah

Daerah % Penduduk

Page 18: KKBS Misi,Visi,Dasar

Brunei – Muara 66.2%

Belait 20.2%

Tutong 10.8%

Temburong 2.8%

Penduduk Belia

Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang terdiri dari generasi muda. Terdapat 261,800 penduduk yang berumur di bawah 39 tahun mewakili kira-kira lebih 77.4% daripada jumlah penduduk. Kumpulan yang ditakrifkan sebagai Belia bagi tujuan Dasar Belia Negara adalah yang berumur 15-40 tahun, manakala Pemimpin Belia adalah tidak dihadkan umur.

* Brunei Darussalam Key Indicators 2000

Struktur dan Pengaruh Keluarga

Secara tradisi, sistem keluarga besar telah berakar umbi di kalangan struktur keluarga di Negara Brunei Darussalam. Sistem ini telah berjaya membantu ahli keluarga dari segi keperluan peribadi, kebendaan, kewangan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kemanusiaan. Namun begitu jika golongan muda terus bergantung kepada keluarga mereka sistem ini akan melemahkan sifat berdikari.

Sekarang kecendurungan kepada keluarga asas sudah mulai nampak di Negara Brunei Darussalam. Tanpa sokongan sampingan daripada sistem keluarga luas, sistem keluarga asas dapat menggalakkan orang menjadi bersifat individualistik.

Kesihatan, Pendidikan, Celik Huruf dan Pendapatan

Pelbagai penunjuk menunjukkan bahawa penduduk Negara Brunei Darussalam adalah masyarakat yang sihat. Dalam tempoh 20 tahun iaitu dari 1971-1991 jangka hayat di kalangan lelaki meningkat dari 62 tahun kepada 72 tahun, dan di kalangan perempuan dari 62 tahun kepada 76 tahun. Kadar kematian anak damit sekarang adalah 2.8 per 1,000 lahir hidup berbanding dengan 11 pada tahun 1993.

Pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat menengah adalah disediakan oleh Kerajaan dan pendaftaran dalam pendidikan adalah tidak wajib tetapi universal. Dasar Pendidikan Negara menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan sekurang-kurangnya 12 tahun pendidikan bagi setiap anak Brunei, iaitu 7 tahun dalam pendidikan rendah (termasuk pra-sekolah), 3 tahun dalam menengah bawah dan 2 tahun dalam menengah atas atau dalam sekolah vokasional atau maktab teknik.

Kadar celik huruf telah meningkat sejak tahun 1971. Pada tahun itu 78.4% lelaki dan 58.8% perempuan sudah celik huruf. Menjelang tahun 2000 ia telah meningkat kepada 94.6% bagi lelaki dan 90% bagi perempuan.

Page 19: KKBS Misi,Visi,Dasar

Pada tahun 2000 Per Kapita Keluaran Negara Kasar (GDP) bagi Negara Brunei Darussalam adalah kira-kira B$23,600 (US$13,880).

Tenaga Buruh

Bekal tenaga buruh di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1999* berjumlah 140,000 orang, iaitu 88,300 lelaki dan 51,700 perempuan. Daripada jumlah ini, 133,500 adalah bekerja: 87,700 lelaki dan 47,800 perempuan. Kadar penyertaan tenaga buruh adalah tinggi bagi lelaki (64.2%) dan lebih rendah bagi perempuan (35.8% ).

Daripada 106,750 tenaga buruh pada tahun 1991, 58% terdiri dari orang tempatan dan 42% pekerja asing (kebanyakannya dari negara-negara ASEAN). Peratus pekerja asing berkurangan pada masa ini ekoran penghantaran balik pekerja-pekerja tersebut disebabkan oleh kemelesetan ekonomi. Angka sebenar tidak dapat diperolehi kerana jumlah pengambilan sentiasa berubah mengikut permintaan pemasaran. Pergantungan yang tinggi kepada buruh luar berterusan hingga ke hari ini.

Pekerjaan

Kerajaan merupakan majikan tunggal yang terbesar di Negara Brunei Darussalam dengan lebih 45% tenaga buruh pada tahun 1991. Pada tahun yang sama terdapat seramai 23,800 di sektor pengeluaran, iaitu 60% daripada pekerja asing. Walau bagaimana pun angka ini tidak lagi digunakan sekarang disebabkan ramai yang sudah dihantar balik.

Pengangguran

Pada tahun 2000 kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam di kalangan penduduk tempatan adalah 4.6% * (lebih 6,500 orang), berbanding dengan 2.6% tahap purata pengangguran pada tahun 1993.

Apa yang membimbangkan ialah pengangguran lebih tertumpu kepada golongan belia. Terdapat di kalangan mereka yang berumur 15-19 tahun yang tidak meneruskan persekolahan. 41 % daripada mereka ini tidak melakukan aktiviti yang berfaedah dari segi ekonomi. Di kalangan belia yang berumur 20-24 tahun hampir 18% daripada mereka adalah menganggur. Bagi kedua-kedua kumpulan ini, peratus pengangguran adalah lebih tinggi di kalangan perempuan berbanding dengan lelaki. Angka ini menunjukkan bahawa usaha serius adalah diperlukan bagi mengatasi masalah ini bagi memudahkan belia-belia yang telah mencapai umur mendapat pekerjaan.

* Brunei Darussalam Key Indicators 2000

Arus Sosial, Ekonomi dan Kebimbangan Lain

Apa juga penunjuk yang digunakan sama ada taraf kehidupan, pendapatan, per kapita, tahap pekerjaan, kesihatan atau penyertaan dalam pendidikan, Negara Brunei Darussalam adalah pada tahap yang tinggi. Di samping masalah pengangguran yang sebutkan di atas, terdapat arus sosial dan ekonomi dan kebimbangan lain yang perlu dikenalpasti dan ditangani oleh Dasar Negara, termasuk Dasar Belia Negara. lni termasuk:

Sumber minyak dan gas yang menjadi tunggak ekonomi dan kemakmuran negara pada masa ini adalah terhad. Oleh itu sektor pengeluaran dan pekerjaan lain perlu dimajukan sementara

Page 20: KKBS Misi,Visi,Dasar

penghasilan keluaran pertanian tempatan yang semakin merosot pada tahun-tahun kebelakangan ini hendaklah dikekang dan dimajukan semula.

Negara telah melalui proses pembandaran. Walaupun ini suatu kemajuan tetapi langkah-langkah hendaklah diambil supaya proses pembandaran ini tidak menyumbang kepada kemerosotan luar bandar dan pertanian serta peningkatan masalah-masalah sosial.

Terdapat kemerosotan pertubuhan-pertubuhan belia/kemasyarakatan dan usaha-usaha bantu diri di kalangan penduduk. Di antara tahun 1964 hingga 1984, bilangan pertubuhan bukan kerajaan bertambah dari 20 kepada 220. Tetapi pada hari ini dianggarkan kurang satu per tiga daripada pertubuhanpertubuhan ini masih aktif, dan sebahagian besar belia sama ada tidak terlibat dalam pertubuhan belia atau tidak berminat untuk menubuhkan atau menghidupkan semula pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Pergantungan pada pekerjaan di sektor awam merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tahap pengangguran yang tinggi di kalangan belia. Daripada bekerja dengan sektor swasta (di mana sebahagian besarnya bergantung kepada buruh luar) yang mereka anggap rendah tarafnya dari sektor awam, belia lebih suka terus menganggur dan bergantung pada keluarga mereka. Di sini, sikap belia dan keluarga mereka perlu berubah.

Walaupun kesetabilan keluarga dengan pengaruh dan sokongan kuat kepada orang-orang muda di Negara Brunei Darussalam memberikan kesan yang positif, dikhuatiri jika mereka berterusan bergantung terlalu lama kepada keluarga akan menjadikan mereka kurang berdikari dan tidak mengendahkan yang mereka adalah menganggur.

Walaupun Negara Brunei Darussalam mempunyai kadar jenayah yang rendah, terdapat kebimbangan bahawa kadar jenayah di kalangan belia adalah meningkat. Juga terdapat kebimbangan akan perkembangan budaya lepak di kalangan belia, dan tentang meningkatnya masalah sosial di kalangan mereka.

Revolusi maklumat dan teknologi di seluruh dunia, yang membawa fesyen dan imej budaya lain, terutamanya budaya asing, ke pelusuk kedai dan rumah-rumah di Negara Brunei Darussalam, seiring dengan arus kehidupan di bandar, telah mengakibatkan kemerosotan kebudayaan tempatan dan tradisi tempatan, sehingga menjejaskan identiti dan kemajuan masa depan.

Page 21: KKBS Misi,Visi,Dasar

Dasar Sukan Negara

Mukadimah

Dasar Sukan Negara ini merupakan kenyataan ringkas akan tujuan, matlamat serta strategi dan cita-cita Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhubung dengan sukan yang merangkumi kedua-dua sektor program dan aktiviti yang biasa dirujukkan sebagai (a) “Sukan Untuk Masyarakat” (SUM) dan (b) “Sukan Prestasi Tinggi” (SPT).

Dasar ini digubal atas beberapa sebab-sebab antaranya:

1. Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa;

2. Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara - antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan BERDIKARI;

3. Pembangunan sukan dan kemajuan sukan adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan dengan sektor bukan Kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan / persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan; dan

4. Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanahair melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Latar Belakang

Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi sukarela dalam tahun-tahun lima puluhan. (Persatuan Olahraga Amatur Brunei ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956). (3) Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya.

Page 22: KKBS Misi,Visi,Dasar

Aktiviti sukan di sekolah dan institusi pelajaran tinggi dirancang dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk persediaan dan penyertaan di kejohanan peringkat ASEAN. Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan yang positif untuk melahirkan kumpulan atlit yang bermutu dan supaya dapat diselaraskan dengan program pembangunan sukan negara yang berasaskan kesinambungan.

Jabatan-jabatan Kerajaan, Gedung-gedung Perniagaan dan Kelab-kelab Belia dan Sukan mengadakan berbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah pegawai dan kakitangan dan ahli kelab.

Di pihak Kerajaan usaha memimpin dan menyelaras aktiviti sukan bermula secara rasmi pada tahun 1974 (4) dengan penubuhan Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dengan tugas seperti berikut:-

Mengawasi, mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan kebajikan, belia dan sukan;

Merancang dan memajukan sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan Negara Brunei Darussalam.

Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasan program.

Pada keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan / dalam proses pembinaan / perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di sektor "Sukan Untuk Masyarakat" banyak lagi yang perlu diungkayahkan bagi memperluaskan penyertaan yang lebih aktif dan menghasilkan satu tapak atau landasan yang kukuh ke arah kecemerlangan. Di sektor "Sukan Prestasi Tinggi", walaupun beberapa kemajuan telah dicapai tetapi jika dibandingkan dengan negaranegara di rantau ASEAN kemampuan atlit dan pasukan negara amat terhad dan jauh ketinggalan.

Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan kelemahan sukan keseluruhannya ialah:-

1. Ketiadaan tapak yang kukuh disebabkan masih kekurangan penyertaan /penglibatan yang aktif di kalangan masyarakat dan penaburan (distribution) kemudahan-kemudahan sukan, terutama bagi sektor "sukan untuk masyarakat”;

2. Kurang keberkesanan kepimpinan dan kelemahan pengurusan terutama di kalangan pertubuhan / persatuan sukan kebangsaan yang disebabkan, antara lain, kurang jelas (bertindih) peranan dan tanggungjawab dan khidmat yang tidak sepenuh masa;

3. Kelemahan program kejurulatihan dari segi bilangan jurulatih, kelayakan / pengalaman dan bertugas secara sambilan.

4. Kekurangan perancangan pembangunan yang saintifik tanpa kesinambungan antara satu sektor program dengan yang lain, termasuk perancangan tiap-tiap jenis sukan, dan tanpa penyelarasan yang berkesan; dan

Page 23: KKBS Misi,Visi,Dasar

5. Kekurangan sumber kewangan di kalangan pertubuhan / persatuan sukan kebangsaan untuk pengurusan dan pelaksanaan program tanpa usaha mendapatkannya sendiri.

Nota

1. "Sukan Untuk Masyarakat", ringkasnya (SUM) rnerujuk kepada aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan.

2. "Sukan Prestasi Tinggi", ringkasnya (SPT) merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Persatuan Sukan Kebangsaan bagi menentukan pemenang.

3. Persatuan yang mengawal standard, syarat-syarat permainan dan pertandingan dan bergabung dengan Persekutuan Sukan Antarabangsa.

4. Surat Keliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Bilangan 26/1974.

Falsafah Sukan

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan BERDIKARI melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu Islam Beraja".

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.

Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: -

Di Peringkat Individu,

Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.

Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif;

Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat;

Kekurangan tekanan (stress) hidup moden;

Page 24: KKBS Misi,Visi,Dasar

Semangat bergaul dan bersahabat antara individu;

Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan

Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.

Di Peringkat Masyarakat,

Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin;

Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara;

Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat;

Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya; dan

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

Di Peringkat Antarabangsa,

Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan

Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Tujuan Sukan Negara

Untuk menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa;

Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa; dan

Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia dan sukan.

Rancangan Tindakan Strategi

Pembangunan Sukan

Pembangunan sukan negara bagi kedua-dua sektor aktiviti hendaklah dilaksanakan serentak secara kesinambungan (continuum), terselaras dan bersepadu, bukan sahaja antara dua sektor sukan tetapi juga antara satu program dengan program yang lain dalam sektor berkenaan seperti dicontohkan di bawah:

Page 25: KKBS Misi,Visi,Dasar

Satu rancangan kasar peringkat awal (blueprint) yang meliputi tajuk-tajuk seperti (a) kepimpinan, (b) pengurusan, dan (c) sumber-sumber bagi tempoh lima tahun hendaklah disediakan untuk kedua-dua sektor aktiviti dan tiap-tiap program.

Sektor "Sukan Untuk Masyarakat" amatlah penting dan hendaklah diberi keutamaan dan penekanan yang lebih daripada sektor "Sukan Prestasi Tinggi". Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penyertaan yang aktif di kalangan masyarakat dan untuk mengukuhkan asas atau tapak ke arah melahirkan kemahiran bagi mencapai prestasi yang tinggi. Sebahagian besar daripada tujuan sukan negara akan tercapai melalui sektor "Sukan Untuk Masyarakat".

Bagi pembangunan sektor "Sukan Prestasi Tinggi" yang mengandungi tiga program yang terkemuka, bakat (tidak keseluruhannya), pelapis dan elit, adalah wajar semua jenis sukan yang berjumlah lebih daripada 30 dimajukan serentak tetapi hanya beberapa jenis sukan sahaja diutamakan. Pemilihannya hendaklah berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu, seperti mutu semasa dan potensi, persediaan dan perancangan dan multi pengurusan persatuan termasuk teknikal.

Penyertaan atlit dan pasukan negara di kejohanan anjuran persekutuan sukan, seperti Sukan SEA hendaklah dihadkan kepada sukan yang boleh memperlihatkan mutu walaupun pendedahan di kalangan antarabangsa terus digalakkan.

Kepimpinan

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Antara rancangan tindakan strategi yang akan diutamakan ialah kepimpinan yang melibatkan struktur organisasi, pembahagian peranan, kuasa dan tanggungjawab di pihak Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukan.

Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus memimpin, menggalak dan membantu pembangunan dan perkembangan sukan bertanggungjawab dalam perkara dasar dan penyelarasan.

Sebuah undang-undang mengenai sukan, iaitu "Brunei Darussalam Sports and Recreation Act" adalah dicadangkan. Antara perkara-perkara terkemuka ialah:

Peranan, kuasa dan tanggungjawab Menteri;

Penubuhan sebuah Jabatan Sukan dan Rekreasi; Penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan Sukan; dan

Penubuhan sebuah Yayasan Sukan Kebangsaan.

Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tidak kurang penting untuk pembangunan sukan negara (a) dasar pelajaran negara dapat memberi sumbangan dan penggalakkan kepada dasar sukan negara, (b) murid-murid sekolah dan penuntut institusi pelajaran tinggi merupakan kumpulan sasaran yang besar dan penting bagi program di kedua-dua sektor sukan dan (c) guru-guru merupakan sumber jurulatih dan pegawai yang penting.

Page 26: KKBS Misi,Visi,Dasar

Antara sumbangan Kementerian Pendidikan ialah:

Penggubalan kurikulum persekolahan yang menggalakkan perkembangan aktiviti sukan dan pendidikan jasmani;

Penggubalan kurikulum latihan guru yang menggalakan perkembangan pendidikan jasmani dan kejurulatihan;

Perancangan dan pelaksanaan program mencungkil bakat dan potensi ke arah kecemerlangan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan sukan negara;

Penubuhan "Pusat Cemerlang" bagi beberapa jenis sukan tertentu;

Persediaan menubuhkan "Sekolah Sukan"; dan

Penubuhan sebuah majlis sukan sekolah-sekolah bagi memperkemaskan pengurusan dan perlaksanaan program termasuk pertandingan di dalam dan di luar negeri.

Kementerian dan Jabatan Kerajaan hendaklah mempertingkatkan lagi usaha memajukan sukan dan rekreasi di kalangan pegawai dan kakitangan melalui program yang berperancangan. Sebuah majlis penyelaras dicadang dan ditubuhkan.

Pertubuhan Sukan

Keberkesanan dasar sukan negara dan pelaksanaan segala program sukan, sebahagian besarnya, terletak ke atas persatuan-persatuan sukan kebangsaan. Selain daripada itu, pertubuhan dan kelab belia/sukan turut bertanggungjawab untuk mempertingkatkan penyertaan.

Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebagai anggota International Olympic Committee dan memperjuangkan "semangat olimpik" dan menyelaraskan persatuan sukan kebangsaan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk membangun dan memajukan sukan terutama ke arah kecemerlangan. Dasar Sukan Negara menekankan supaya majlis ini berfungsi lebih aktif menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Penubuhan pertubuhan sukan yang boleh memberi khidmat sokongan seperti persatuan sains sukan dan persatuan jurulatih clan sebagainya hendaklah digalakkan.

Pengurusan

Rancangan tindakan strategi hendaklah mewujudkan "professionalism" dan kecekapan dalam bidang pengurusan di kalangan sektor bukan Kerajaan seperti Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Sukan Kebangsaan. Antara rancangan yang dicadangkan di bawah satu skim bantuan pengurusan sukan ialah:

o Menubuhkan sebuah unit khas di Kementerian atau di Jabatan untuk menyelaras perkara-perkara pengurusan dan teknikal dengan persatuan-persatuan dan pertubuhan sukan

o Perlantikan seorang setiausaha kerja sepenuh masa untuk kerja-kerja pentadbiran dan perancangan (sebagai permulaan beberapa persatuan sukan yang tertentu sahaja akan terlibat).

Page 27: KKBS Misi,Visi,Dasar

o Menempatkan beberapa persatuan sukan kebangsaan secara satu kumpulan di sebuah "Balai Sukan" atau "Sport House" yang menggunakan perkhidmatan guna sama kakitangan, alat kelengkapan pejabat, perkhidmatan penerbitan, perpustakaan dan lain-lain.

Kejurulatihan

Masalah yang mendesak dalam pembangunan sukan tanahair ialah kejurulatihan, baik dari segi jumlah mahupun kelayakan dan pengalaman dan sistem persijilan yang seragam. Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan anjuran Kerajaan untuk menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan. Lembaga hendaklah mewujudkan satu kurikulum kejurulatihan dan skim persijilan yang diiktiraf bersama oleh Kerajaan dan persatuan sukan kebangsaan ke arah menjadikan kejurulatihan sebagai satu profesyen.

Kemudahan Sukan

Berbagai-bagai kemudahan sukan telah disediakan dan dirancang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian/]abatan, seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa tempatan. Kemudahan-kemudahan ini pada keseluruhannya dapat memenuhi kehendak semasa. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dari segi penyelarasan penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut yang menimbulkan keadaan penggunaan yang tidak maksima. Taburan (distribution) dan penyelenggaraan kurang menggalakkan kemajuan sukan terutama di sektor "Sukan Untuk Masyarakat".

Satu rancangan kasar peringkat awal (blueprint) untuk tempoh 20 tahun berkenaan kemudahan sukan hendaklah disediakan berpandukan kepada strategi kedua-dua sektor aktiviti sukan, serta merangkumkan rancangan yang sedia ada, yang mana sesuai.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan hendaklah berperanan sebagai penyelaras bagi rancangan kemudahan sukan di sektor Kerajaan dan di sektor bukan kerajaan. Satu garispandu ke arah penyelarasan penggunaan hendaklah disediakan selepas perbincangan dengan agensi-agensi tuan punya/penyelenggara dan pihak pengguna seperti persatuan sukan kebangsaan.

Pihak berkuasa yang merancangkan pembangunan bandar dan desa dan alam sekitar hendaklah memasukkan rancangan kemudahan sukan dan rekreasi mengikut dasar, pawaian, spefikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan berpandukan "blueprint" yang disediakan.

Kewangan

Sehingga ini hampir keseluruhan sumber kewangan untuk pembangunan dan kemajuan sukan bergantung kepada sumber Kerajaan. Dasar Sukan Negara menekankan supaya lama-kelamaan dan setapak demi setapak semua program sukan dapat berdikari dan mempunyai sumber kewangannya sendiri dan semua program dapat diungkayahkan tanpa masalah kewangan.

Page 28: KKBS Misi,Visi,Dasar

Yayasan Sukan

Sebuah Yayasan Sukan Negara (National Sports Foundation) dicadang ditubuhkan di bawah "Brunei Darussalam Sports and Recreation Act" sebagai sumber kewangan dan agensi pembangunan ekonomi belia dan sukan. Selain daripada pemberian pelancaran Kerajaan dan derma dan sumbangan daripada sektor swasta, sebahagian besar aset-aset Yayasan akan diperolehi daripada orang ramai, terutama masyarakat belia dan sukan melalui pembelian saham dan sebagainya.

Yayasan akan mengambil langkah-langkah menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kalangan belia dan sektor sukan seperti pelaburan, pembuatan (manufacturing) alat-alat sukan dan mengadakan kejohanan antarabangsa yang menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan dan "celebrity".

Penggalakan (Insentif)

Usaha-usaha penggalakan kepada atlit, jurulatih dan pegawai hendaklah dipertingkatkan kerana ia amat penting untuk menggalakkan kepimpinan dan meningkatkan kecemerlangan. Antara insentif ini, ialah pemberian pelancaran, subsidi tahunan untuk pentadbiran bagi kelab dan persatuan belia dan sukan yang mempunyai program ke arah memajukan "Sukan Untuk Masyarakat", hadiah kemenangan, bantuan perbelanjaan latihan di dalam dan di luar negeri, elaun "tuition", cuti, biasiswa, peluang pekerjaan, anugerah, perlindungan insurans dan sebagainya. Penggalakan ini hendaklah juga untuk pemimpin dan pegawai, termasuk jurulatih. Skim penggalak khas hendaklah juga diwujudkan untuk orang-orang cacat. Pihak sektor bukan Kerajaan, selain daripada menyokong tindakan Kerajaan, perlu juga menawarkan insentif untuk peningkatan mutu sukan di kalangan mereka.

Pemansuhan cukai import ke atas alatan sukan dan pertumbuhan industri sukan rekreasi dan pelancongan adalah satu daripada insentif yang akan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sukan.

Biasiswa

Satu skim biasiswa sukan untuk atlit yang berpotensi akan dapat mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan mereka sambil meneruskan peningkatan bidang akademik. Ia dapat mengikiskan andian bahawa sukan itu satu faktor negatif dan penghalang kepada kemajuan akademik seseorang. Adalah wajar juga diwujudkan satu skim latihan melalui hadiah biasiswa untuk pegawai-pegawai sukan, terutama dari golongan guru-guru untuk mempertingkatkan mutu kejurulatihan dan pengetahuan sukan.

Penutup

Yang terpenting dalam Dasar Sukan Negara yang dicadangkan ini ialah tujuan dan matlamat dan rancangan tindakan strategi untuk mempastikan pencapaian dan keberkesanan segala dasar itu. Ia dilaksanakan atas sebab bahawa segala kegiatan sukan, baik di sektor "Sukan Untuk Masyarakat" mahupun di sektor "Sukan Prestasi Tinggi" adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan negara dalam konteks membina masyarakat yang bersukan, berdisiplin dan BERDIKARI yang menjadi teras kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Page 29: KKBS Misi,Visi,Dasar

Dasar ini ialah untuk semua - melibatkan institusi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat belia dan sukan di berbagai peringkat. Segala pengungkayahan pula merupakan satu persyarikatan atau "partnership" dikalangan ketiga-tiga institusi yang besar ini dan semua pihak di bawah institusi masing-masing. Walau bagaimanapun pada pokok pangkalnya, oleh sebab matlamat mutlak ialah membina masyarakat yang BERSATU DAN BERDIKARI maka kejayaan dasar sukan negara ini bergantung kepada rakyat dan penduduk yang mana secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan dasar ini. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus memimpin, menggalak dan membantu sebagai ahli persyarikatan yang bertanggungjawab

Page 30: KKBS Misi,Visi,Dasar

Dasar Kebudayaan Negara

Mukadimah

Budaya diertikan secara umum sebagai keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat yang dapat mencerminkan keperibadian bangsa.

Ditinjau dari sudut sejarah dan antropologi, Brunei Darussalam baik sebagai satu bangsa mahupun sebuah negara, mempunyai bukti-bukti nyata tentang wujudnya KEBUDAYAAN MELAYU BRUNEI bertapak kukuh di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya. Kesultanan, adat istiadat, adat resam, kehidupan beragama dan berbahasa Melayu merupakan sebahagian manifestasi warisan budaya yang masih ada hingga ke hari ini dan masih tetap kuat bertahan.

Di sepanjang laluan sejarah kewujudan bangsa dan negara, Brunei Darussalam telah banyak mengalami pasang surut, pahit manis dan kegemilangan yang mewarnai Kebudayaan Melayu Brunei. Kebudayaan Melayu Brunei inilah yang dapat mengekalkan bangsa dan Negara Brunei Darussalam hingga ke hari ini.

Sejauh ini belum dibuat dalam bentuk rasmi pernyataan mengenai DASAR KEBUDAYAAN NEGARA yang dapat dijadikan panduan konkrit dalam apa jua kegiatan, matlamat dan hasrat yang menyentuh kebudayaan. Yang ada hanyalah pernyataan sumber-sumber kebudayaan yang terdapat dalam Perlembagaan 1959 yang menyatakan di antaranya agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jemaah sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara serta Titah Pemasyhuran Kemerdekaan 1984 yang menekankan Konsep Negara 'Melayu Islam Beraja.'

Sungguhpun demikian kefahaman masyarakat Brunei terhadap kebudayaan masih kurang jelas, sehingga ada yang mentakrifkannya semata-mata NYANYIAN, MUZIK dan TARIAN. Sekiranya kefahaman tersebut terus-menerus gagal dilihat atau dimengertikan dari perspektif yang betul, sudah pasti ianya akan menjejaskan sistem kehidupan kita.

Kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan kebudayaan pada tahun-tahun kebelakangan ini telah diusahakan secara khusus oleh beberapa buah Jabatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti Jabatan Adat Istiadat Negara yang memeduli hal-ehwal adat istiadat, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam hal-ehwal pembinaan bahasa dan kesusasteraan Melayu, Jabatan Muzium-Muzium menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kajipurba, kajibangsa, pertukangan tangan dan ilmu kejadian, manakala Jabatan Pusat Sejarah mengendalikan tugas-tugas yang berkaitan dengan sejarah diraja dan orang-orang kenamaan Brunei dan sejarah Brunei secara am. Jabatan-jabatan Kerajaan yang lain, pertubuhan dan persatuan-persatuan kebajikan juga turut sama melibatkan diri mengembangkan kebudayaan menurut kemampuan masing-masing. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sejauh

Page 31: KKBS Misi,Visi,Dasar

ini berperanan memberikan pimpinan kebudayaan secara menyeluruh, manakala Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan menjalankan program-program pembinaan dan pengembangan serta kajian dan penyeIidikan kebudayaan termasuk bidang adat resam dan kesenian seperti muzik, tarian, nyanyian, persilatan, pakaian dan hiasan seni rupa, halus serta permainan tradisi Brunei. Kementerian ini juga mengungkayahkan program bantuan, kerjasama dan pertukaran kebudayaan.

Sekali imbas kegiatan-kegiatan di bidang kebudayaan tidak menampakkan banyak masalah. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam dan teliti masalah asas itu memang ada terutamanya dari segi koordinasi. Ketiadaan koordinasi yang berkesan di kalangan agensi-agensi tersebut telah menimbulkan masalah seperti duplikasi dan kekeliruan mengenai peranan dan fungsi agensi-agensi itu terhadap pembinaan dan perkembangan kebudayaan.

Masalah tersebut akan mengakibatkan kerugian besar jika diukur dari faktor-faktor ekonomi, masa, tenaga dan moral. Sekiranya koordinasi berkesan dapat diwujudkan, perancangan dan perlaksanaan programprogram kebudayaan akan mudah dicapai.

Pada umumnya sejarah telah membuktikan bahawa kita sudahpun mempunyai kebudayaan sendiri iaitu KEBUDAYAAN MELAYU BRUNEI yang tinggi nilainya. Tetapi pada tahap ini penyusunan dan falsafahnya masih belum begitu jelas dan teratur. Jadi adalah difikirkan memang wajar sekiranya lumih-lumih yang menjadikan KEBUDAYAAN MELAYU BRUNEI itu dikenalpasti, disusunatur dan dikemaskinikan dengan lebih adun dan sempurna pada memantapkan lagi kewujudannya baik dari segi falsafah, prinsip mahupun amalinya.

Sejak awal lagi di bumi Brunei yang dulunya dikenal sebagai PUNI (Brunei Tua) sudah bertapak satu rumpun bangsa Melayu yang terdiri daripada beberapa puak jati Brunei.

Dalam kurun ke-10 agama Islam sudah ada di bumi Brunei dan mulai bertapak dalam kurun ke-14 apabila rajanya yang mula-mula memeluk agama Islam iaitu Sultan Muhammad Shah. Ini juga membawa erti yang agama Islam telah diterima menjadi amalan utama kehidupan bagi rakyatnya. Hingga ke hari ini agama Islam masih tetap hidup subur dan terpelihara serta diangkat pula ke tahap yang tinggi sebagai agama rasmi negara dan menjadikannya satu cara hidup yang lengkap bagi rakyat negara ini.

Pemerintahan beraja pula bukanlah satu perkara atau institusi yang asing bagi bangsa atau rakyat negara ini. Ianya sudah wujud sejak kurun ke-14 hinggalah ke hari ini dengan Sultan ke-29 iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pemerintahan beraja bagi Brunei Darussalam bukan hanya sebagai lambang negara tetapi benar-benar berfungsi bagi faedah rakyat dan negara ini.

Proses modenisasi menyerap masuk ke dalam masyarakat kita pada masa ini begitu kuat dan amat sukar untuk dibendung. Ianya juga telah sedikit sebanyak merubah susunan nilai-nilai dan matlamat kehidupan masyarakat Brunei terutamanya di kalangan generasi baru. Pengaruh modenisasi lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang ada pada waktu ini. Kemasukan serta kehadiran pengaruh-pengaruh tersebut (tidak semuanya buruk) baik disedari atau tidak sedikit demi sedikit menghakis Kebudayaan Melayu Brunei. Akibatnya tidak sedikit jumlahnya manifestasi

Page 32: KKBS Misi,Visi,Dasar

nilai-nilai budaya Melayu Brunei hilang dan pupus ditelan zaman, seperti taat setia, awar galat, yang tua dituakan, hormat pada orang tua-tua, atau tamu, cara-cara berpakaian, kesenian dalam kehidupan seharian dan lain-lain lagi.

Di akhir-akhir ini telah menampakkan terdapatnya haluan kehidupan yang kurang memberikan perhatian kepada adat istiadat dan adat resam Brunei seperti yang terkandung dalam konsep Negara Melayu Islam Beraja. Sudah wujud sikap-sikap negatif di kalangan masyarakat Brunei terutamanya para remaja dan belia yang kurang mengindahkan manifestasi nilai-nilai disebutkan di atas, malah sebahagian daripada mereka sekarang menyenangi cara hidup tanpa tujuan, agak kasar dan kurang sopan seperti memugut, tidak hormat pada orang tua, ketua dan handai taulan, melakukan jenayah, suka pada minuman yang memabukkan, berpakaian kurang senonoh, kurang menggemari ilmu, tidak lagi segan silu meminta dan banyak lagi.

Keadaan sedemikian diburukkan lagi oleh kehadiran budaya-budaya "kuning", komersialisma, dan juga materialisma yang tidak punya daratan hasil daripada peningkatan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang serba mampu. Pada dasarnya perkara ini tidak semestinya membuahkan sikap-sikap negatif di kalangan sebahagian masyarakat Brunei kerana ianya bertujuan membawa pembangunan untuk kebaikan bersama. Arus pembangunan itu pula biasanya sukar untuk dibendung sebab semua orang memerlukannya.

Masalahnya ialah sebahagian daripada masyarakat Brunei tersalah pilih dalam membuat pilihan. Soalnya apakah yang menjadikan mereka tersalah pilih itu. Inilah yang patut dikaji dan di betulkan. lnilah antaranya tanggungjawab yang mesti dipikul oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta lain-lain Kementerian dalam hasrat mewujudkan masyarakat Brunei yang berbudaya di dalam konteks pembangunan negara dan perubahan sosial yang pesat tanpa ketegangan sosial dan keruntuhan moral dan akhlak di peringkat individu. Apakah mungkin di kebelakangan ini negara kita mengalami kekontangan budaya lain dengan menjadikan manifestasi nilai-nilai budaya yang dipinjam itu diangkat menjadi semacam budaya sendiri? Salah satu hakikat yang ada antaranya ialah bahawa kita tidak begitu serius menitikberatkan (cara-cara menanam, melatih dan mengamalkan) nilai-nilai budaya kita sendiri secara praktik menurut susunan yang sewajarnya dalam kehidupan seharian kerana mungkin sama ada kita mempunyai keutamaan-keutamaan lain atau pun kita tidak memahami tentang hubung-kait yang rapat di antara susunan nilai-nilai budaya, manifestasi susunan nilai-nilai itu dan ketahanan nasional di dalam konteks dunia yang pesat berubah.

Keadaan begini sudah tentu akan memberikan kesan yang amat ketara terhadap sistem kemasyarakatan dan kebudayaan kita. Sebelum sistem-sistem kemasyarakatan dan kebudayaan kita tergugat adalah amat perlu bagi generasi kita sekarang ini dan akan datang diberikan bimbingan serta tunjuk ajar secara bersistem untuk mengenali, mengetahui dan seterusnya menghayati unsur-unsur budaya bangsa Melayu dan seterusnya mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian mereka agar mereka menjadi rakyat atau bangsa Brunei yang mencintai Konsep Negara 'Melayu Islam Beraja' sebagai benteng mempertahankan keutuhan jiwa dan raga dan konteks memperkembangkan kemajuan bangsa Brunei di dalam berbagaibagai bidang.

Budaya yang didasari oleh MIB itu dari semasa ke semasa dihakis dan pupus disebabkan oleh pengaruh-pengaruh luar yang lebih berkemampuan dan bertenaga masuk menyerap ke dalam kebudayaan Brunei yang secara perlahan-perlahan menanduskannya.

Page 33: KKBS Misi,Visi,Dasar

Menyedari akan hakikat ini kebudayaan Brunei perlu dibina semula, dihidupkan dan dikembangkan dengan mengambil kira Konsep Negara iaitu Melayu Islam Beraja sebagai terasnya.

Salah satu langkah utama yang amat diperlukan ialah adanya satu Dasar Kebudayaan yang dapat dijadikan sebagai sandaran atau panduan bagi membolehkan usaha-usaha penyelidikan dan perancangan dan perlaksanaan program kebudayaan yang dapat dibuat dengan cara yang bersistem dan terarah. Semoga dengan itu usaha-usaha boleh dibuat pada menyemarakkan semula susunan nilai-nilai budaya Brunei yang murni yang sedia ada dan mengetengahkan manifestasi susunan nilai-nilai budaya yang fungsional di dalam kehidupan seharian kita dan, tidak kurang pentingnya, mengetengahkan manifestasi-manifestasi nilai-nilai budaya yang diperlui oleh pembangunan dan permodenan negara seperti berdikari, bersaing dan lain-lain yang mendorong kearah kemajuan, pencapaian kehidupan yang lebih tinggi dan sempurna, serta berakhlak, berwibawa, berdisiplin dan bertenaga. Insya Allah di suatu masa nanti akan wujudlah warganegara Brunei yang berwibawa, berdarjat, maju, kuat dan teguh.

Dalam DASAR KEBUDAYAAN NEGARA ini digariskan dasar dan matlamat-matlamat kebudayaan serta institusi-institusi dan langkah-langkah atau cara bagaimana yang difikirkan baik bagi dasar tersebut boleh dicapai.

Perlu juga diambil perhatian bahawa untuk dasar ini mencapai matlamatnya memerlukan kefahaman serta kerjasama yang komited dari semua pihak terutamanya agensi-agensi rasmi dan juga pihak swasta dan persatuan-persatuan dan pergerakan-pergerakan sukarela pada mendukungnya. Di samping itu pihak sasaran seperti keluarga, para belia, penuntut/pelajar dan masyarakat umum juga perlu terlibat sama dengan berbagai cara dan pendekatan. Masing-masing hendaknya mempunyai kesedaran serta keinsafan terhadap tanggungjawab membina dan menghidupkan kebudayaan untuk faedah serta kepentingan bangsa dan negara.

Kebudayaan secara umum merupakan identiti keperibadian bangsa. Kebudayaan merupakan manifestasi konkrit norma-norma dan nilai-nilai sebuah masyarakat yang membezakannya daripada masyarakat masyarakat yang lain yang mempunyai sistem-sistem nilai yang berlainan. Kemajuan budaya terbit daripada kemajuan yang timbal-balas (reciprocal) di antara pertumbuhan intelek dan bertambahnya kemampuan berkerja dengan tangan. Dalam hal ini kebudayaan yang mencakup Konsep Negara "Melayu Islam Beraja" memang sudah lama terserap dalam sejarah kewujudan bangsa Brunei tetapi telah menghadapi berbagai cabaran dan hambatan yang kadangkala menyulitkan proses kewujudan dan kemaraannya. Itulah di antara sebab mengapa Konsep Negara pada waktu ini amat perlu diketarakan secara praktik dan fungsional di berbagai peringkat dan kegiatan masyarakat sesuai dengan pembangunan negara dan permodenan bangsa serta perubahan-perubahan sosial akibat daripada pembangunan dan permodenan itu agar unsur-unsur utama keperibadian bangsa itu dapat ditonjolkan kembali untuk memperkukuhkan keutuhan negara dan kekuatan bangsa. Di samping mengadakan infrastruktur fizikal, ekonomi dan politik amatlah perlu juga diberi penekanan infrastruktur sosio-budaya dengan tujuan untuk memberi keseimbangan kepada pembinaan dan pertumbuhan bangsa. Infrastruktur sosio-budaya itu berperanan membudayakan manusia khususnya pada menyesuaikan dirinya kepada kesan-kesan pemikiran sains dan teknologi moden dan perubahan-perubahan sosial akibat daripada perubahan- perubahan politik dan ekonomi sebuah masyarakat atau bangsa. Oleh kerana itu kebudayaan dapat memainkan peranan penting dan

Page 34: KKBS Misi,Visi,Dasar

menawarkan sumbangan positif dalam mewujudkan satu bangsa dan negara yang makmur, sejahtera dan kukuh lagi bertamadun tinggi.

Kita berhasrat untuk mewujudkan satu rupa bangsa Brunei yang keseluruhan hati nurani dan wibawanya bersemangatkan nilai-nilai KEBUDAYAAN MELAYU BRUNEI yang sejati lagi praktik dan fungsional sebagai lambang maruah bangsa. Sesuatu bangsa itu hanya akan dihormati, digalati dan disanjung tinggi apabila bangsa itu mempunyai keupayaan, maruah dan martabat tinggi. Adalah diyakini DASAR KEBUDAYAAN NEGARA, Insya Allah, akan dapat mewujudkan cita-cita ini.

Matlamat

Mengukuhkan semangat cinta dan taat setia rakyat kepada Konsep Negara 'Melayu Islam Beraja'.

Memelihara dan mengembangkan Kebudayaan Negara untuk dihayati sebagai amalan hidup bernegara yang praktik dan fungsional.

Melahir dan mengekalkan bangsa Brunei yang berbudaya, cergas, maju dan teguh seimbang dengan pembangunan sosioekonomi negara dan arus perubahan dunia keseluruhannya.

Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dalam usaha memperoleh ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan bagi rakyat.

Huraian Matlamat Kebudayaan Negara

Empat matlamat Kebudayaan Negara yang digariskan adalah bertujuan untuk mendukung dan menjelaskan DASAR KEBUDAYAAN NEGARA. Matlamat-matlamat ini juga dihasratkan bagi memudahkan orang ramai memahami maksud dan tujuan Dasar Kebudayaan Negara dengan senang dan lebih baik.

Mengukuhkan Semangat Cinta Dan Taat Setia Rakyat Kepada Konsep Negara 'Melayu Islam Beraja'.

Untuk memastikan 'survival' bangsa dan Negara Brunei Darussalam adalah difikirkan amat perlu supaya matlamat ini diperkukuhkan dari semasa ke semasa agar kehadirannya dalam diri individu rakyat akan sentiasa wujud. Dengan memiliki semangat ini adalah diharapkan supaya dapat membantu untuk menjadikan rakyat Brunei yang rela berkorban demi kepentingan raja, bangsa, agama dan negara.

Memelihara Dan Mengembangkan Kebudayaan Negara Untuk Dihayati Sebagai Amalan Hidup Bernegara Yang Praktik Dan Fungsional

Matlamat kedua ini berhubung rapat dengan matlamat pertama. Pada dasarnya waktu ini memang terdapat usaha-usaha pemeliharaan dan pengembangan kebudayaan secara berasingan menurut bidang dan kemampuan masing-masing tetapi tanpa koordinasi yang berkesan dan fungsional. Kurangnya koordinasi ini dan sistem yang praktik dan fungsional menimbulkan beberapa masalah asas, terutamanya dari segi perlaksanaan peranan dan fungsi serta kefahaman orang ramai dalam membuat satu-satu rujukan untuk satu-satu tujuan. Dengan adanya koordinasi yang berkesan dan sistem yang praktik dan fungsional akan lebih menyenangkan untuk mencapai matlamat usaha-usaha pemeliharaan dan pengembangan Kebudayaan Negara.

Page 35: KKBS Misi,Visi,Dasar

Memandangkan unsur-unsur budaya itu suatu yang penting terhadap kemajuan keperibadian bangsa, dan unsur-unsur itu pula dari semasa ke semasa semakin lenyap atau tenggelam oleh arus permodenan, jadi adalah difikirkan amat perlu unsur-unsur budaya itu dipelihara dan dikembangkan supaya kebudayaan Melayu Brunei itu benar-benar dapat dirasakan kehadirannya sebagai Kebudayaan yang fungsional untuk ketahanan bangsa dan kemajuan negara.

Melalui matlamat ini akan dapat diusahakan program pengkajian dan penyelidikan kebudayaan yang mana hasilnya kelak dapat dimanfaatkan dengan berkesan untuk dihayati sebagai amalan hidup bernegara yang praktik dan fungsional demi memberi erti kepada kewibawaan Kebudayaan Negara.

Adalah perlu unsur-unsur Kebudayaan Melayu Brunei itu dikenali, diketahui dan dihayati oleh setiap rakyat Negara Brunei Darussalam agar tumbuh semangat atau rasa kepunyaan (sense of belonging) terhadap Kebudayaan Melayu Brunei supaya dengan lebih mudah mereka itu akan menginsafi asal usul dan latar belakang kepentingan dan potensi mereka sendiri. Dengan cara ini akan membantu pembentukan warga Negara Brunei Darussalam yang tahu mengenang budi, berjasa kepada raja, bangsa, agama dan negara dan mampu pula untuk menyesuaikan diri mereka dengan arus-arus perubahan dunia sekelilingnya.

Melahirkan dan Mengekalkan Bangsa Brunei Yang Berbudaya, Cergas, Maju dan Teguh Seimbang dengan Pembangunan SosioEkonomi Negara

Adalah dihasratkan Kebudayaan Negara dapat mengangkat kualiti atau darjat kehidupan orang Brunei ke tahap yang lebih tinggi dan bererti pada menuju ke arah kesejahteraan dan kesempurnaan insan

Pertambahan penduduk sering digimbari oleh pelbagai masalah dan cabaran.

Jika masalah dan cabaran itu tidak diberikan perhatian wajar, berkemungkinan besar ianya akan melemahkan semangat cintakan budaya sendiri, semangat ingin maju, semangat ingin berjuang, semangat dan rasa tanggungjawab terhadap raja, bangsa, agama dan negara di kalangan generasi akan datang. Kelemahan atau kehilangan semangat-semangat tersebut pada diri rakyat Brunei Darussalam akan mengancam dan menjejaskan 'survival' bangsa dan negara.

Untuk melahir dan mengekalkan suasana stabil dan sejahtera bagi bangsa dan negara ini memerlukan pertumbuhan dan pembangunan sosio-budaya dan tekno-ekonomi yang seimbang. Kepincangan salah satu daripadanya akan menjejaskan sistem sosial, ekonomi dan politik negara. Fenomena inilah yang seboleh-bolehnya hendak dielakkan supaya program-program pembangunan negara akan dapat dilaksanakan dengan baiknya.

Memupuk dan Meningkatkan Semangat Perpaduan Dalam Usaha Memperoleh Ketenteraman Keselamatan, Kebajikan Serta Kebahagiaan Rakyat

Kesejahteraan negara merupakan suatu impian yang mahu dicapai oleh semua negara di dunia ini. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali.

Salah satu cara untuk mencapainya adalah melalui proses atau strategi pemupukan semangat perpaduan di kalangan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam. Perpaduan yang dimaksudkan ialah perpaduan yang jujur lagi sihat seperti hasrat yang sering dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Semangat ini dapat disemai dan dipupuk pada peringkat awal lagi dengan cara proses pembudayaan nilai-nilai tradisi

Page 36: KKBS Misi,Visi,Dasar

yang sifatnya mulia dan murni seperti taat setia kepada raja, berpegang kepada ajaran agama, beradat istiadat dan bersopan santun, memuncang- muncang, hormat kepada orang tua-tua dan sifat berawar galat. Nilai-nilai tradisi ini akan menimbulkan semangat perpaduan, persefahaman, toleransi dan hormatmenghormati.

Perpaduan amat penting untuk kestabilan sosial, politik dan ekonomi bagi sesebuah negara. Tanpa kestabilan sosial, politik dan ekonomi adalah sukar untuk mencapai tahap pembangunan yang tinggi bagi bangsa dan negara yang boleh membantu kepada pengwujudan perpaduan. Hasrat untuk mencapai perpaduan bagi kesejahteraan dan keamanan rakyat dan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

Strategi

Untuk Mencapai DASAR dan MATLAMAT Kebudayaan Negara, maka ianya memerlukan institusi-institusi dan langkah-langkah berikut:

Majlis Kebudayaan Negara

Hendaklah ditubuhkan sebuah Majlis Kebudayaan Negara untuk menasihati Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam hal-ehwal Kebudayaan Negara.

Pusat Budaya Negara

Hendaklah ditubuhkan sebuah Pusat Budaya Negara untuk merancang, mengurus, melaksanakan dan menilai programprogram Kebudayaan yang bersifat katalitik seperti-berikut:

Program penyelidikan dan dokumentasi kebudayaan.

Program latihan dan kepimpinan kesenian / kebudayaan.

Program latihan dan kepimpinan kesenian / kebudayaan.

Program pengembangan kebudayaan.

Program khidmat bantuan/perkembangan.

Program asuhan, bimbingan dan pendidikan kebudayaan.

Program pertukaran dan kerjasama kebudayaan.

Pengurusan dan Komunikasi Budaya

Perlu wujud sistem Pengurusan dan Komunikasi Budaya yang berkesan antara Pusat Budaya Negara dengan institusi-institusi Kerajaan dan pihak-pihak lain untuk mendapat dan menyibarkan sumber-sumber maklumat kebudayaan.

Infrastruktur Ekonomi Budaya

Perlu wujud beberapa infrastruktur budaya berorientasikan ekonomi yang terarah lagi teratur bagi memudahkan perlaksanaan kegiatan-kegiatan kebudayaan secara praktikal dan fungsional terutamanya yang berunsurkan kesenian.

Page 37: KKBS Misi,Visi,Dasar

Infrastruktur ekonomi budaya juga dihasratkan untuk mengangkat mutu daya cipta kesenian ke taraf yang lebih tinggi dan sempurna sebagai manifestasi susunan nilai-nilai yang berimbangan dan ketinggian Kebudayaan Negara.